Anda di halaman 1dari 1

1. Senaraikan ENAM ciri-ciri sejarawan yang bertanggungjawab.

 Berani memberi pendapat berdasarkan fakta, dokumen dan bahan bukti yang jelas
 Membuat penyelidikan dan membuat penulisan tentang sejarah dengan kebenaran
dan kesahihan.
 bersifat objektif dan kritis dalam menentukan kebenaran.
 Moralizing dalam pensejarahan.
 Melakukan penyelidikan menggunakan kaedah-kaedah yang betul dan tersusun.
 Menulis sejarah atas kesedaran diri sendiri.

2. Huraikan secara ringkas DUA kepentingan pemikiran kritikal


dalam kalangan sejarawan atau penulis sejarah.

 Menunjukkan kejelasan dalam menjelaskan fakta sejarah atau peristiwa sejarah.


Kejelasan merupakan salah satu ciri pemikiran kritikal. Kejelasan merupakan
langkah pertama yang terlibat sebelum menilai sesuatu hujah atau dakwaan
seseorang adalah untuk memahami dengan jelas apa yang mereka katakan.
Kejelasan dapat menunjukkan seseorang penulis amat yakin dan faham terhadap
penulisan sendiri.
 Mewujudkan keadilan dalam penulisan sejarah. Keadilan bermaksud merangkumi
fikiran terbuka, tidak berat sebelah dan bebas daripada bias dan tanggapan awal.
Keadilan merupakan unsur yang penting bagi seseorang sejarawan dalam penulisan
sejarahnya. Justeru itu, keadilan mestilah ditunjukkan dalam karya penulisan
sejarahwan supaya pertelingkahan tidak diwujud.

3. Berikan DUA perbezaan antara Sejarawan dengan Penulis


Sejarah

 Sejarawan perlulah membuat kajian dengan menggunakan bahan-bahan seperti


dokumen, rekod kerajaan, diari-diari peribadi untuk mendapatkan fakta dan bahan
bukti manakala penulis sejarah pula, penulis sejarah hanya menuliskan pandangan
sendiri terhadap sesuatu peristiwa.
 Sejarawan perlulah bersikap jujur terhadap bukti-bukti yang diterokai tanpa
pandangan sendiri apabila dipaparkan manakala penulis sejarah boleh menulis atau
memaparkan sesuatu dengan menggunakan pelbagai gaya penulisan yang disukai
olehnya serta mencetuskan idea dan pandangan yang baru dalam karyanya.

Anda mungkin juga menyukai