Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Media pengajaran merupakan sesuatu yang dapat digunakan untuk menyampaikan segala
pesanan atau mesej daripada pengirim kepada penerima dan seterusnya merangsang fikiran,
perasaan, perhatian, serta minat seseorang pelajar itu yang di mana berlakunya proses
pembelajaran (OUM, n.d.). Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan sesuatu media pengajaran
yang betul dan sesuai adalah penting dalam mempengaruhi sesuatu proses pembelajaran.
Oleh sebab dunia pendidikan yang semakin demokratik, media pengajaran turut
berubah dan berkembang. Hal ini bermaksud media pengajaran sudah menjadi wadah utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, dan ini telah menunjukkan fungsinya yang
begitu penting dalam pembelajaran para pelajar, sama ada kehadiran guru mahupun tidak.
Daripada modul OUM, telah dicatakan bahawa sesuatu media pengajaran yang baik dan
berkesan adalah media pengajaran yang dapat memperjelaskan penyampaian mesej,
mengatasi ruang, waktu dan pancaindera, dapat digunakan secara betul dan bervarisi serta
semua penerimanya iaitu pelajar mendapat pengalaman dan persepsi yang sama.
Berpandukan konsep ini, perancangan dan pemilihan dalam proses menghasilkan media
pengajaran adalah tidak kurang penting. Dalam hal ini, pelbagai model reka bentuk
pengajaran yang telah dicipta untuk dan boleh dijadikan sebagai panduan guru dalam
menyediakan bahan pengajarannya.

Dengan ini, penulisan seterusnya akan membincangkan bagaimana saya sebagai


seorang guru merancang, memilih, menggunakan dan menilai keberkesanan media
pengajaran saya, iaitu sesuatu pakej persembahan multimedia interaktif pembelajaran.

USER 1
2.0 Model ASSURE

Adalah penting untuk membuat perancangan yang teliti semasa membuat pemilihan
dan menghasilkan media pengajaran. Dengan ini, Model ASSURE merupakan salah satu
model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan oleh para guru semasa merancang dan
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajarannya kepada kanak-kanak di dalam bilik
darjah. Hal ini penting untuk menjamin keberkesanan pembelajaran dan penyerapan ilmu
murid-murid, terutamanya kanak-kanak prasekolah.

Model ASSRURE merupakan satu model reka bentuk pengajaran yang digubalkan
oleh Heinich dan rakan-rakannya (Wan, 2012). Model ini dijangka dapat membantu guru dan
sentiasa dijadikan panduan untuk guru menghasilkan dan menilai bahan persembahan
multimedia interaktif atau media pengajarannya.

Seperti yang dapat diperhatikan daripada pandangan luaran perkataan, iaitu A-S-S-U-
R-E, setiap huruf membawa makna yang berbeza. Antaranya adalah seperti berikut:

i. A ialah Analyse learner, iaitu menganalisis pelajar


ii. S pertama ialah State objective, iaitu menyatakan objektif
iii. S seterusnya ialah Select method, media, teaching materials, iaitu memilih kaedah,
media dan bahan pengajaran
iv. U ialah Utilise media and materials, iaitu menggunakan media dan bahan
v. R ialah Require learner participation, iaitu mendorong dan mengkehendaki
penglibatan pelajar
vi. E ialah Evaluate dan revise, iaitu menilai dan menyemak semula

(Ismun, n.d.)

3.0 Perancangan, Pemilihan, Penggunaan dan Penilaian Pakej Persembahan


Multimedia Interaktif (Media Pengajaran)

Dalam hal ini, saya juga telah menggunakan Model ASSURE sebagai panduan saya
untuk menghasilkan Pakej Persembahan Multimedia Interaktif dalam Tugasan Kursus EDUP
3053 Teknologi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran.

Dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)


Pendidikan Prasekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), April 2016), saya telah
memilih Tunjang Sains dan Teknologi (Sains Awal) sebagai isi pengajaran media

USER 2
persembahan interaktif saya. Dalam tunjang ini, terdapat banyak ilmu pengetahuan yang perlu
untuk mengajar kanak-kanak prasekolah. Misalnya, anggota tubuh badan manusia.

Dengan berpandukan Model ASSURE, saya telah menganalisis pelajar saya sebelum
saya menghasilkan media pengajaran. Saya telah menganalisis pelajar saya dari segi umur,
tahap, latar belakang dan sebagainya. Dalam proses ini, saya telah mengenal pasti bahawa
pelajar yang akan menggunakan media pengajaran saya ialah kanak-kanak prasekolah yang
berumur dari 5 hingga 6 tahun. Oleh itu, saya telah memilih banyak gambar-gambar comel
dan berwarna-warni dalam persembahan multimedia saya untuk menarik minat kanak-kanak
kecil ini untuk belajar. Dengan ini, saya telah memasukkan gambar animasi seperti GIF, video
kisah yang bersesuaian dengan tahap umur prasekolah serta membuat animasi pergerakan-
pergerakan perkataan dalam bahan persembahan pengajaran saya.

Selain itu, saya juga telah menetapkan objektif saya sebelum saya menghasilkan
media pengajaran saya. Dengan ini, saya telah menetapkan bahawa objektif pembelajaran
saya pada akhir menggunakan media pengajaran ini ialah kanak-kanak dapat mengenal pasti
dan menyatakan nama-nama bahagian anggota tubuh badan yang asas dan menyenaraikan
fungsi setiap organ deria.

Oleh sebab, kanak-kanak prasekolah merupakan kanak-kanak yang mempunyai sikap


ingin tahu dan semangat meneroka yang amat tinggi. Saya telah memilih untuk
menyampaikan pengajaran Pendidikan Sains Awal saya dengan menghasilkan satu pakej
persembahan multimedia interaktif yang boleh dieksplorasi oleh kanak-kanak sendiri. Dengan
komputer yang disediakan dalam prasekolah, kanak-kanak dapat sendiri mencuba dan
menekan video-video atau gambar-gambar slide saya dan belajar tentang Sains. Dengan ini,
kanak-kanak akan berasa lebih seronok dan cepat menyerap ilmu pengetahuan kerana
melibatkan pengalaman hands-on mereka sendiri. Dengan kata lain, saya memilih kaedah ini
daripada mengajar dan bercakap di depan kelas sahaja kerana saya percaya kaedah ini akan
lebih berkesan dan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak prasekolah. Selain itu,
video-video, gambar-gambar dan bahan-bahan lain yang saya masukkan dalam media
interaktif saya adalah berunsur kekanakan dan bergerak-gerak. Isi, penggunaan kata dan
aspek-aspek fizikal seperti besar kecil bahan dan perkataan, warna, cahaya dan suara juga
telah saya mempertimbangkan semasa membuat media pengajaran ini.

Selain menggunakan komputer di dalam kelas prasekolah, saya juga akan


menghasilkan beberapa keping CD kepada kanak-kanak untuk dibawa balik ke rumah. Dalam
CD tersebut, saya juga boleh memasukkan isi pembelajaran yang lebih banyak dan
komprehensif untuk pembelajaran tambahan kanak-kanak. Semasa melakukan ini, saya telah

USER 3
memastikan bahawa status kewangan pelajar saya adalah memuaskan dan terdapat
komputer di dalam rumah mereka.

Saya juga akan sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa dalam
memastikan kejayaan strategi pengajaran berunsur Flipped Classroom (Tucker, n.d.) saya
ini. Berdasarkan Teori Pembelajaran Behavioris (Kay, 2012), peneguhan adalah penting
dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Dengan ini, saya telah menggunakan
ganjaran dalam melatih sikap kerajinan kanak-kanak untuk belajar secara sendiri. Hal ini
adalah bermaksud, saya akan memberikan hadiah-hadiah seperti gula-gula, pingat Saya
Budak Rajin atau pujian-pujian untuk mendorong kanak-kanak belajar. Kanak-kanak yang
ingin mendapat hadiah atau pujian daripada guru akan lebih bermotivasi untuk sentiasa
meneroka sendiri daripada pakej persembahan multimedia interaktif yang telah saya sediakan
dan berikan kepada mereka. Lantaran ini, topik-topik lain juga dapat saya mengajar dengan
kaedah ini supaya pengetahuan kanak-kanak dapat didalami dan mereka akan lebih cepat
faham isi pelajaran semasa pengajaran saya dalam kelas.

E dalam Model ASSURE membawa maksud menilai dan menyemak. Oleh itu, saya
juga tidak lupa untuk sentiasa menilai keberkesan kaedah pengajaran saya serta bahan
persembahan media pengajaran saya. Antara cara saya untuk menilai adalah menjalankan
pentaksiran dan penilaian terhadap kanak-kanak. Oleh sebab topik yang saya ajar ialah
Anggota Tubuh Badan Manusia, saya akan membuat pemerhatian dan menilai sama ada
media pengajaran saya Berjaya diserap oleh mereka dengan memberikan lembaran kerja,
menanyakan soalan-soalan atau membuatkan aktiviti dan permainan untuk menguji
kefahaman mereka. Seterusnya, saya juga akan menyediakan senarai semak untuk menilai
kanak-kanak dalam kelas. Di samping itu, saya juga akan bersoal jawab dengan kanak-kanak
untuk mengenal pasti keberkesanan bahan persembahan multimedia interaktif ini.

USER 4
4.0 Penutup

Kesimpulannya, Model ASSURE adalah satu model reka bentuk pengajaran yang
amat sempurna dalam membantu merancang, memilih, menggunakan dan menilai
keberkesanan sesuatu media pengajaran. Semua aspek dari segi penganalisisian pelajar
sehingga media, bahan atau alat dan akhirnya kesan telahpun dijadikan factor
pertimbangannya.

Dengan ini, saya akan sentiasa berpandukan kepada A-S-S-U-R-E iaitu menganalisis
pelajara, menyatakan objektif, memilih media, alat dan baha, menggunakan kaedah
pengajaran, media dan bahan, mendorong penglibatan pelajar serta menilai dan menyemak
semula untuk menghasilkan media pengajaran saya pada bila-bila masa. Oleh sedemikan,
pelajar atau penerima saya baru dapat mendapat mesej atau maklumat yang ingin saya
sampaikan dengan tepat, cepat dan berkesan. Dengan kata lain, sesuatu pembelajaran yang
efektif juga akan berlaku.

USER 5
Rujukan

Ismun, M. H. (n.d.). Model ASSURE. Didapatkan dari EDU 3105 teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran: http://hasan92.weebly.com/tajuk-4--model-assure.html
Kay, H. A. (2012, Oktober 16). Teori pembelajaran. Didapatkan dari Slideshare:
https://www.slideshare.net/herneyaqilah/teori-pembelajaran-14744555
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (April 2016). Dokumen standard kurikulum dan
pentaksiran pendidikan prasekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.
OUM. (n.d.). Topik 3 media pengajaran. Didapatkan dari Academia.edu:
https://www.academia.edu/12126718/MEDIA_PENGAJARAN_TOPIK_3_OUM_TOPI
K_3_MEDIA_PENGAJARAN
Tucker, B. (n.d.). The flipped classroom. Didapatkan dari Education Next.:
http://educationnext.org/the-flipped-classroom/
Wan. (2012, Oktober 18). Model Assure. Didapatkan dari Ilmu Pendidikan [Blogspot]:
http://rujukpendidik.blogspot.my/2012/10/model-assure.html

USER 6

Anda mungkin juga menyukai