Anda di halaman 1dari 2

SOALAN: Bincangkan keupayaan pengurusan grafik dan peta pemikiran dalam membantu

siswa pendidik meningkatkan kemahiran belajar secara berkesan.

Kemahiran belajar secara berkesan dapat ditingkatkan melalui penggunaan alat berfikir
dalam membuat nota. Pengurusan grafik dan peta pemikiran merupakan salah satu alat
berfikir yang digunakan oleh siswa pendidik. Terdapat beberapa kelebihan sekiranya siswa
pendidik menggunakan alat berfikir dalam membuat nota.

Penggunaan pengurusan grafik membolehkan siswa pendidik menyusun idea dengan lebih
mudah dan tersusun . Hal ini dikatakan demikian kerana konsep pengurusan grafik dibuat
dalam ilustrasi gambar. Ilustrasi gambar ini memudahkan seseorang memahami dan
mengingati dengan cepat. Selain itu, siswa pendidik akan lebih fokus terhadap nota yang
dibuat dan mengelakkan kita berfikir secara kabur, sempit , terburu-buru dan bercelaru.

Seterusnya, pengurusan grafik membantu siswa pendidik untuk membuat klasifikasi dengan
lebih tersusun. Setiap idea yang dikemukakan dapat dibahagikan mengikut bahagian yang
ditetapkan. Hal ini dapat memudahkan urusan siswa pendidik untuk menganalisis maklumat
seterusnya membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberikan.

Di samping itu,kelebihan menggunakan peta pemikiran dapat mudah memahami satu


konsep berdasarkan ayat ayat dari buku dan bahasa yang digunakan membuatkan kita sukar
untuk memahami isi yang terkandung di dalamnya.Namun melalui peta pemikiran ini ianya
dapat membantu kita untuk lebih memahami dengan mendalam.Ini kerana peta minda
hanya menggunakan hanya satu kunci dan memberikan cabang pemahaman yang lebih
mudah maksudnya.

Akhir sekali, penggunaan peta pemikiran membolehkan siswa pendidik mengembangkan


kreativiti organisasi dan persembahan idea.Hal ini demikian kerana idea-idea diterjemahkan
dalam bentuk yang tidak formal. Sebagai contoh peta pemikiran melibatkan penggunaan
warna, anak panah, rajah dan kod untuk menunjukkan perkaitan antara tajuk kecil dan tajuk
utama.

Kesimpulannya, pengurusan grafik amat penting bagi siswa pendidik kerana dapat
membantu mereka belajar dengan lebih berkesan dan sistematik. Oleh itu, siswa pendidik
hendaklah sentiasa menggunakan peta pemikiran dan pengurusan grafik dalam setiap
tugasan bagi memastikan kerja dapat disiapkan dengan lebih mudah dan terancang.

Anda mungkin juga menyukai