Anda di halaman 1dari 2

1.

Pendapat ulama’ berkaitan hadith ini

Antara pendapat ulama’ dalam menghukum hadith ini:

 Abu Daud tidak memberi apa-apa komentar berkaitan hadith ini (‫)س كت عنه‬. Ini
bermakna hadith ini salih (‫ )صالح‬berdasarkan risalah kepada ahli Makkah yang
ditulis olehnya.

 Imam al-Baghawi mengatakan bahawa hadith ini adalah gharib. [Lihat: Syarah


al-Sunnah, 4/436]

 Syeikh Syu’aib al-Arnaouth mengatakan sanadnya dhaif disebabkan dhaifnya


Zabban bin Faid dan juga Sahl bin Mu’az. [Lihat: Sunan Abu Daud, 2/583]

Tarjih

Setelah melihat pendapat dan hukum para ulama’ dalam menilai hadith ini, kami
cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini dhaif disebabkan terdapat
perawi yang dihukum dhaif di dalam sanad tersebut. Walaubagaimanapun, di
sana terdapat sebuah hadith yang boleh dijadikan syawahid atau mutaba’at bagi
hadith ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Syu’aib al-Arnaouth, beliau
berkata:

‫ وباقي‬،‫إسناده حسن في المتابعات والشواهد من أجل بشير بن المهاجر ال َغ َنوي‬


‫رجاله ثقات رجال الشيخين‬
Maksudnya: “Sanadnya adalah hasan pada syawahid atau mutaba’at disebabkan
Basyir bin al-Muhajir al-Ghanawi dan perawi-perawi yang lain adalah thiqah iaitu
perawi-perawi al-Syeikhan (al-Bukhari dan Muslim)”. [Lihat: Musnad Ahmad, 38/42]

2. Daripada Buraidah al-Aslamiy RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: “Akan dipakaikan di kepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan
yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan
seperti ini?”. Allah menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari al-Quran?”. Kemudian dikatakan
kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia
membaca (ayat al_Qur’an)”.[Riwayat Ahmad, 38/42, no. Hadith 22950]  al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan
sanad hadith ini hasan. [Lihat: al-Mathalib al-‘Aliyah, 14/324]
3. “Barang siapa yang membaca dan menghafal al-Quran lalu menghalalkan yang halal di
dalamnya dan mengharamkan yang haram di dalamnya nescaya Allah akan
memasukkannya dengan sebab itu ke dalam jannah, dan menerima syafa’atnya untuk
10 orang daripada keluarganya yang kesemuanya mesti masuk ke dalam
neraka”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2905]

Pendapat ulama’ berkaitan hadith ini

Antara pendapat ulama’ dalam menghukum hadith ini:

 Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai ghorib dan tidak diketahui (jalurnya)
melainkan daripada jalur ini. Tambahan pula, ia tidak mempunyai sanad yang
sahih dan padanya Hafs bin Sulaiman didhaif dalam meriwayatkan hadith.

 Imam al-Baihaqi mengatakan Hafs bin Sulaiman bersendiri (tafarrud) dalam


meriwayatkan hadith ini dan dia seorang yang dhaif dalam meriwayatkan
hadith. [Lihat: Syu’ab al-Iman, 2/804]
 Al-Mubarakfuri mengatakan Hafs bin Sulaiman seorang matruk (ditinggalkan)
dalam meriwayatkan hadith. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 7/323]

Tarjih

Setelah melihat pendapat dan hukum para ulama’ dalam menilai hadith ini, kami
cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini teramat lemah dan perawinya
telah dihukum dhaif oleh para ulama’.

Anda mungkin juga menyukai