Anda di halaman 1dari 9

DAURAH MANZUMAH BAIQUNIYYAH

-Manzumah Baiquniyyah dikarang oleh Umar bin Muhammad bin Futh Al-
Dimasyqi As-Syafii

-Hadith merupakan sumber kedua dalam memahami syariat.

-Memahami ilmu hadith termasuk dalam menjaga syariat.

-Mustolah Hadith telah ada sejak zaman Nabi S.A.W dan terus
berkembang.

-Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita,
maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum
tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(QS.
Al-Hujurat : 6)

-Ayat ini telah dijadikan dasar dalam rincian berita atau penyaringan khabar terutama apabila
berkaitngan Nabi S.A.W

Kata Nabi S.A.W :

Semoga Allh memberikan cahaya pada wajah orang yang mendengarkan sebuah
hadits kami, lalu ia menghafalnya dan menyampaikannya ke orang lain

(Hadis Mutawatir , Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (V/183))

Nabi S.A.W mendoakan ahli ilmu yang menhafaz hadith dan menyampaikan hadith
tersebut dengan syarahan dan kaedah yang betul.

Keutamaan Ilmu Hadith dan Ahli Hadith


Hadits lain dari Imam Muslim: Akan senantiasa ada satu kelompok dari umatku yang
meraih kemenangan (karena berada) di atas kebenaran, orang-orang yang
menelantarkan mereka tidak akan mampu menimbulkan bahaya kepada mereka,
sampai datangnya urusan Allah sementara keadaan mereka tetap seperti itu . (HR.
Muslim: Kitabul Imarah no. 3544 dan Tirmidzi: Kitabul fitan no. 2155 )

Kata Imam Ahmad : Kalau bukan dari golongan ahli hadith , maka aku tidak tahu siapa
lagi

Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah : Mazhab Ahlul Hadith dalam perbahasan fikih
merupakan mazhab yang paling banyak berada di atas pendapat yang paling rajih.
Seseorang yang memahami tafsir Al-Quran wajib menguasai asas ilmu hadith kerana
Penafsiran diambil dari Al-Quran , hadith , atsar . Hadith dan atsar serta tafsiran para
mufasir selepasnya perlu diperiksa jalur periwayatannya.

Begitu juga dalam akidah . Yang mempunyai perbahasan yang lebih ketat . Contoh
dalam perbahasan Kursi . Ada pelbagai penafsiran seperti kursi dengan arasy , kursi
dengan ilmu dan selainnya .Apabila diperiksa , sebahagian bersumberkan riwayat yang
lemah . Yang paling kuat adalah riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam kitabnya Al-Arasy
melalui jalan Ibnu Abbas dengan menepati syarat Al-Bukhari dan Muslim iaitu tempat
kedua kaki Allah S.W.T.

Demikian juga dalam perbahasan fikih . Hadith mengusap leher adalah hadith yang
lemah dari semua jalur riwayat

Seseorang yang meneledani ilmu hadith akan berusaha mengikuti jejak langkah Nabi
S.A.W . Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia
pula menyebut dan banyak mengingati Allah.( SURAH AL AHZAB AYAT 21)

Imam As-Syafii menyifatkan orang yang mengambil hadith tanpa sanad


adalah pengambil kayu balak pada tengah malam .Dia tidak mempunyai
penglihatan baik dan hanya meraba-raba tanah sahaja untuk mencari
kayu . Dan tengah dia cari dia terambil seekor ular yang disangkanya
kayu .Apabila pulang , ular mengigit pengambil kayu balak itu. Maksudnya
, orang yang meriwayatkan hadith tanpa meneliti sanad akan memberi
kesan buruk pada agama.

Antara kitab yang para ahli hadith susun khas untuk riwayat riwayat
lemah adalah :
-Abu Jaafar Al-Uqaili dalam Ad-Dhuafa

-Ibn Adyy dalam Al-Kamil

-Juga terdapat dalam Tarikh Baghdadi oleh Khatib Al Baghdadi dan Ibn
Asakir oleh Tarikh Dimasyq.

-Ad-Dailami Sunan Firdaus tetapi sekarang dicetak ringkasan sahaja


beserta takhrijnya oleh Ibnu Hajar Al Asqalani.

-Al-Hakim At-Tirmizi dalam kitab Nawadirul Usul

-Al-Hakim dalam Tarikh Naisabur

ILMU HADIS TERBAHAGI KEPADA DUA


*Ilmu Riwayah
Mengikut Siddiq Hasan Khan , ilmu membahas bersambung hadis tersebut
kepada Nabi dari segi kuat atau lemah . Demikian ditinjau dan kondisi
rawinya sama ada dhabt dan adalah.

*Ilmu Dirayah

Ilmu membahas keadaan si rawi dan keadaan riwayatnya menurut Ibnu


Hajar Al Asqalani.

Perbahasan PERAWI

*Ada perawi yang yang membincangkan kitab imam tertentu .Yang masyhur adalah Al-
Bukhari dan Muslim Al-Hajjaj.

*Ada perawi berkenaan Negara tertentu seperti Baghdad,Iraq dalam Tarikh Baghdad oleh
Khatib Al Baghdadi.

*Dalam perbahasan rawi , ada yang menyentuh nisbah , nama dan keturunan.

*Perawi yang mempunyai ciri ciri baik mengikut ahli hadith sahaja diterima riwayatnya .

*Antara yang dilihat para ahli hadis adalah jumlah guru yang dia ada , bila dia lahir ,
rehlah ke sesebuah tempat, tarikh lahir , tarikh wafat , hubungan antara dia dan gurunya
yang diriwayatkan hadith.

*Rawi itu secara umum dikaji dari dua aspek iaitu dari adalah dan dhabt.

*Mengikut adalah, nak diihat sama ada dia ahli sunnah atau ahli bidah , fasik atau soleh
dan selainnya.
*Dari segi dhabt , nak dilhat sama ada dihafal dalam minda atau ditulis.

*Perbahasan tentang rawi ini ada pelbagai aneka ragam . Ada kitab yag dikarang ole ahli
hadith yang membahaskan nama kuniyah perawi sahaja.

*Ada rawi yang dinisbahkan kepada bapanya atau atuknya. Atau nama kuniyah bapanya
atau kuniyah atukya.Seperti Imam Ahmad bin Hanbal sedangkan nama sebenar adalah
Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal As-Syaibani.

Hadith Qudsi

*Adalah firman Allah yang disandarkan kepada Nabi S.A.W melalui lafaznya
Baginda S.A.W sendiri.

Definisi Sanad

*Silsilah para rawi yang bersambung ke matan hadith.

Contoh :

Muslim berkata Telah menceritakan Zuhair ibn Harb* berkata


telah menceritakan Yahya Ibn Said** dari Husain Al-Mualimi***
dari Qatadah dari Anas bin Malik dari Nabi S.A.W telah berkata

Demi Tuhan yang jiwaku berada di Tangan-Nya, seorang hamba


tidak beriman sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang
dia cinta dirinya sendiri

(Riwayat Muslim dalam Shahih)

*Muslim meriwayatkan lebih dari 1000 hadith darinya . Seorang


Imam dan Tsiqah

**Yahya bin Said Al-Qattan . Ada dua orang yang nama sama
dengan sama tabaqah dengan beliau iaitu Yahya bin Said Al-Athar
dan Yahya bin Said Al-Umawi . Al-Qattan jugak ada dua orang
guru dengan nama Yahya bin Said.

***Beliau orang yang tsiqah.Ada satu lagi rawi sama yang


setabaqah iaitu Hasan bin Zakwan , dia rawi dhaif.

Bait Kedua
&Dalam manzumah ini menerangkan mustolah hadith iaitu istilah-
isitlah yang diguna pakai dalam ilmu hadith.

&Penulis hanya membincangkan sebahagian dalam ulum hadith


kerana terlalu luas.

&Ulum hadith bagaikan laut yang tiada penghujungnya .

&

SYARAT PERTAMA HADIS SHAHIH = SANAD HADIS BERSAMBUNG

Munqati Dua rawi terputus secara tidak berterusan.

Mudhal Dua rawi terputus secara berterusan

Mursal Terputus pada sahabat .

Bagaimana mengetahui sanad terputus atau bersambung =

1) Pengakuan para ulama hadis terutama pakar rijal bagi pengesahan pada mana-
mana liqa antara seorang rawi dengan rawi lain.

TAMBAHAN

-Antara kaedah adalah para ulama rijal meriwayat satu hadis dari seorang rawi
dan pada tahun berikutnya dia menguji balik sama ada dia ingat balik tak hadis
itu lagi . Jika banyak perubahan dari apa yang dikatakan dari tahun sebelum
maka rawi ini kurang kuat hafazan.

2) Lafaz yang jelas menceritakan dia betul-betul dengar atau meriwayat dari gurunya.

-Seperti lafaz Hadthana fulan , Samitu fulan ,

Jika disemak liqa seorang rawi dengan syaikhnya tidak terjadi , maka kemungkinan dia
berdusta ( sariqah hadith) atau mungkin terkeliru .

3)Kesaksian sahabat sekelas dengannya .

TAMBAHAN
- Al-Bukhari mensyaratkan hadis untuk berlaku liqa walaupun sekali
antara seorang rawi dengan syaikh.Syarat ini untuk Jami As-Sahih tapi
untuk kitab yang lain seperti Tarikh Kabir ada hadith yang dinilai sahih
disisi beliau walaupun tidak ikut syarat beliau.
- Muslim mensyaratkan sekurang-kurang satu zaman antara rawi dan
syaikh , liqa mungkin boleh berlaku dan perawi bukan mudalis.
Buku Jarh Wa Tadil penting bagi melihat tarajim para ruwat dalam liqa
mereka dengan para masyaikh mereka .Terbahagi kepada primer iaitu kitab
yang para ulama rijal salaf yang sempat menilai para perawi seperti Tarikh
Kabir , Al-Majruhin dan seangkatan.

Adalah = Mengikut Ibn Hajar Al-Asqalani , adalah orang yang memiliki


pembawaan sesuatu akhlak yang menghantar dia selalu dalam ketakwaan
dan muruah ( pembawaan yang tidak tercela)

As-Syafii pula kata rawi adil adalah orang yang tidak membuat dosa besar
dan kebaikan sentiasa meninggi dari keburukanya.

Ibn-Hibban pula memberi takrifan dalam muqaadimah Sahih Ibn Hibban


adalah kebanyakan keadaan rijal itu sentiasan bertakwa pada Allah.

Ibn Solah berkata pula adalah rawi adil itu adalah muslim , baligh , waras ,
tidak melakukan sabab kefasikan dan tidak melakukan perbuatan yang
meruntuhkan muruahnya.

Adalah terdiri daripada : Islam* , Baligh** , Berakal , Bersih dari kefasikan ,


bersih dari perkara yang meruntuhkan muruah***

*Jika dia hafaz hadith masa dia kafir dan riwayat masa dia islam , ini
diterima.

**Tetapi jika dia hafaz hadith masa dia kecil dan riwayat masa dia sudah
baligh .

*** Ini dilihat di sisi uruf .Misalnya seseorang menyampaikan hadth dalam
keadaan tidak memakai baju , di sesetengah tempat ini adalah perkara
yang aib dan meruntuhkan muruah.

Macam mana nak nilai adalah rawi :

1) Melihat kalam para ulama hadis berkenaan seseorang rawi.


2) Melihat pujian para manusia terhadapnya dan dia mesti masyhur.
Kebiasannya dia seorang ulama.
3) Melihat murid muridnya . Jika kebanyakan muridnya adalah
kebanyakannya rawi thiqah , maka syaikh seorang adilnya.
4) Melihat pada riwayat yang dibawa . Dia akan terangkan secara langusng
mana dia dapat riwayat dengan amanah.

DHABT
Definisi : Hafazan para rawi

Terbahagi pada dua :

1) Dhabt Al-Kitabah Meriwayat melalui kitab


Kitab mereka disahihkan melalui dua cara

&Memeriksa kandungan hadith dengan gurunya sama ada hafazan atau


kitab syaikh.

&Memeriksa dengan ashabnya yang sama majlis dengan seorang syaikh

2)Dhabt As-Sadr Meriwayat melalui akal yang cergas.

Dikatakan Al-Bukhari apabila menghadiri satu majlis dia tidak menulis


hadith tapi menghafaz hadith seorang syaikh . Dan apabila hendak
berpindah ke tempat lain dia menulis semua hadith yang diingati.

Ahl hadith mempunyai ingatan yang sangat dasyhat sehnigga mereka


antara dapat detect keslahan rawi dalam lafaz matan mereka secara
detail .

Ada rawi kuat hadits pada seorang syaikh tapi lemah pada yang lain

Mamar ibn Rasyid Az-Zuhri kuat

Qatadah- Lemah

Yahya Ibn Abi Kathir Lemah

Mamar dari Qatadah tidak ada dalam Sahih Muslim kecuali satu itupun
syawahid.

Abdurrahman Ibn Abi Zinad Umumnya dhaif . Tapi kalau dari ayahnya
sahaja jadi maqbul .

HADITH DHAIF

-Disebut di sini dalam manzumah bahawa penulis kata hadis yang bertaraf
bawah Hasan adalah Dhaif dan menyebut pelbagai bentuk.

-Ibn Solah memberi takrifan sebagai hadis yang tidak terkumpul sifat hadis sahih
atau sifat hadis hasan.

-Az-Zahabi dalam Al-Muqizoh memberi takrifan hadis yang kurang derajat sikit
dari hadis dhaif. Kalau semakin jauh derajat dari hadis Hasan termasuk hadis
dhaif jiddan.
- Jumlah bentuk hadis dhaif menurut pelbagai ahli hadith ,

Ibn Solah dan Ibn Hibban 49 ,

Nasiruddin Ad-Dimasyq 64

Al-Iraqiy 42

HADITS MARFU

Terbahagi kepada dua :

1) Marfu Sorih

-Sabda Nabi

-Perbuatan Nabi

-Taqrir Nabi

2) Marfu Hukum

-Para sahabat menceritakan perkara ghaib seperti pahala atau doa sesuatu amalan ,
tanda-tanda fitnah , tafsir terhadap Al-Quran.

TABII
-Manusia yang tidak sempat berjumpa Nabi S.A.W tapi sempat berjumpa
dengan sahabat Nabi S.A.W dan mati dalam keimanan

-Hadith maqtu merupakan hadis yang disandarkan pada perbuatan dan


percakapan sahaja yang disandarkan pada tabii.

-Kenapa tidak dikaitkan dgn sifat dan akhlak? Kerana hanya Rasulullah S.A.W
sahaja dijadikan contoh akhlak dan teladan.

-Amalan para salaf juga diambil perhatian kerana para salaf pada 3 kurun
dipuji oleh Nabi S.A.W.

- Antara kitab yang banyak menghimpun kata-kata para salaf seperti


Mushannaf Abdurrazaq As-Sanani dan Mushannaf Abu Bakar Bin Abi Syaibah
serta Ibn Abd Barr dalam Kitab At-Tamhid. .

HADITH MUSNAD
-Hadith yang bersambung sanad yang bersambung kepada Rasulullah S.A.W .

-Hanya hadith yang memenuhi definisi di atas hanya akan digelar hadith
musnad.
-Definisi ini jugak dsokong oleh Al-Hakim , Az,Zahabi , Al-Khatib , Ibn Al-Athir
dan selainya.

-Tapi Ibn Hajar mendefinisikan sebagai hadis yang diriwayatkan oleh sahabat
sahaja.

-Wajib mengetahui istilah dalam ilmu mustalah dari setiap imam hadis
berbeza.

-Muttafaq Alaih secara masyhur adalah hadith yang diriwayat oleh Al-Bukhari
dan Muslim tapi Sheikhul Islam Ibn Taimiyah berpendapat muttafaq alaih
adalah hadith yang diriwayat oleh Al Bukhari , Muslim dan Ahmad bin Hanbal.

-Penggunaan Muttafaq Alaih di sisi Abu Nuaim masih lagi samar-samar dan
memerlukan kajian.

Anda mungkin juga menyukai