Anda di halaman 1dari 4

EDUP3053 TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

================================================
=========
Tajuk : Pemilihan, pengubahsuaian, penghasilan dan penilaian media
1. Apakah media pengajaran?
Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada
penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem,
televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer
dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat
digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada
penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat
serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.
2. Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran?
Kesan menggunakan media yang terdiri daripada pelbagai jenis itu
didapati berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang sesuai pada
perkara yang mempunyai unsur abstrak ikonik dan enaktif.
3. Bagaimana media boleh diklasifikasikan?

Media Sebagai Alat Bantu Mengajar


Media Sebagai Bahan Untuk Latihan
Panduan Pembelajaran (Study Guides)
Media Sebagai Bahan Maklumat
Media Sebagai bahan Peningkatan Ilmu

4. Apakah fungsi media pengajaran?


Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah
gemuruh (podium fright) semasa penyampaian pengajaran.
Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran,
memberi maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam
pembelajaran dan memberi hiburan (entertainment).
Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan
sekeping gambar.

5. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih media


pengajaran?
Sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai. Media yang dipilih berdasarkan
tujuan insrtuksional yang diterpakan secara umum mengacu kepada
kepada salah satu atau gabungan dari dua atau tiga arah kognitif, afektif,
dan psikomotorik. Tujuan ini dapat digambarkan dalam bentuk tugas yang
harus dikerjakan oleh siswa seperti menghafal, melakukan kegiatan fisik,
dan mengerjakan tugas-tugas yang melibatkan pemikiran pada tingkatan
lebih tinggi.
Guru terampil menggunakannya, ini merupakan salah satu kriteria utama.
Apapun jenis media yang digunakan, guru harus mampu
menggunakannya dalam proses belajar mengajar. Nilai dan manfaat
media sangat ditentukan oleh guru yang menggunakannya.
Media hendaknya menunjang tujuan pembelajaran yang telah dirumuskan.
Pemilihan perlu memperlihatkan ada atau tidak media tersedia di
perpustakaan atau di sekolah serta mudah-sulinya diperoleh.
6. Apakah langkah-langkah yang perlu dalam menyediakan bahan media
pengajaran?
i. Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut sudah diketahui,
a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang
telah dialaminya.
b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media
tersebut.
c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut.
d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.
f. Alat kawalan media yang akan digunakan.
g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan didahulukan).
ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP, pita video, pita
audio, mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada
dan boleh digunakan.
iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya kakitangan
sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan juga

kemahiran teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa


pengajaran.
iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. Hal ini perlu
diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami dan
menggunakan beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari
kemahiran yang murid miliki ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid
yang mahir dalam pengajarannya.
v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada komunikasi
sehala atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti.
vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu
sesuai dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai.
7. Huraikan empat kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Bahan bercetak mudah didapati. Cth: Guru boleh menggunakan bahanbahan terpakai yang tidak digunakan lagi seperti majalah, surat khabar
dan sbg.
Bahan bercetak senang dibawa kerana bahan jenis ini ringan dan mudah
disisipkan dalam fail.
Penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seseorang guru untuk
berkemahiran dalam menggunakanya.
Bahan bercetak mudah untuk dijaga dan tahan lama. Cth : poster.
8. Senaraikan empat contoh bahan bukan bercetak.

Projektor LCD
Radio
Kamera Pegun
Televisyen

9. Apakah perbezaan antara media cetak dengan media bukan cetak?

Media cetak-media yang mempunyai banyak teks, perkataan dan gambar yang
di cetak.
Contohnya : Buku, Jurnal, Majalah, Surat Khabar, Buku Rujukan dan banyak lagi.
Media bukan cetak- bahan yang boleh diklasifikasikan sebagai jenis perkakasan
(hardware) dan jenis perisian (software) dan bahan kos rendah dan papan
peragaan.

Terbahagi kepada dua :


- MEDIA TAYANG : Filem Sisipan (Slaid),Projektor
- MEDIA BUKAN TAYANG : Grafik, Gambar Kaku, Media Pameran, Media Audio

10. Bagaimana media mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah?
Memperjelaskan Penyampaian Mesej. Cth: Perkataan disertakan dengan
gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya
Memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Cth :
sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa
merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu
pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep
atau prinsip.
Mengatasi Batasan Ruang, dan Waktu
-Ruang : Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
-Waktu : Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam
bentuk filem,gambar foto mahupun secara lisan.
Menguat dan mengekalkan daya ingatan

Anda mungkin juga menyukai