Anda di halaman 1dari 6

Masalah-Masalah Tingkah Laku Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Murid Di Sekolah Rendah Mengikut Mohd Nazar Mohamad ( 1990

), mentakrifkan masalah tingkah laku individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Mengikut pandangan Lewis M. Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Bagi Garry Martin & Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan atau reaksi. Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar ( glandular ) dan aktiviti eletrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkahlaku adalah apa saja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Feldhusen. Menurut ( Levin & Nolan, 2004), ia merujuk kepada tingkah laku yang bermasalah yang melakukan gangguan terhadap perlaksanaan proses pengajaran yang lancar. Menurut Emmer ( Levin & Nolan, 2004) pula, masalah tingkah laku ialah mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk jangka masa yang tertentu. Manakala, dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pembelajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, masalah tingkah laku disebut sebagai Abnormal Behavior iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

Tingkah laku bermasalah ini boleh berupa tingkah laku negatif atau positif dan yang pastinya masalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti muridmurid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat diguna pakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan. Masalah tingkah laku boleh terdiri daripada pelbagai jenis. Antara masalah tingkah laku yang berlaku dalam kalangan murid-murid di sekolah ialah melawan. Terdapat segelintir murid yang berkelakuan seperti ini di sekolah kerana tidak dapat menerima arahan guru atau teguran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, murid berkenaan melawan guru. Hal ini juga disebabkan sikap murid yang terlalu berani dalam aspek negatif dan tidak menghormati guru. Ini juga menunjukkan murid berkelakuan tidak sopan dengan guru. Selain itu, masalah tingkah laku yang lain ialah memukul. Ini boleh disebabkan oleh pergaduhan antara murid dan ia menjadi besar apabila terdapat murid yang memukul murid yang lain. Masalah ini boleh menyebabkan mana-mana pihak cedera dan menjadi satu kes di sekolah. Masalah lain ialah mencuri. Murid yang melakukan masalah sehingga tahap ini boleh menjejaskan masa depan mereka sendiri sekiranya tidak ditangani menggunakan cara yang betul. Selain itu, terdapat juga masalah murid yang mengugut murid lain atau guru sendiri. Tetapi dalam kalangan sekolah rendah, kebanyakan murid mengugut antara sesame mereka. Ini boleh dikaitkan dengan kes buli apabila hal ini telah menjadi besar dan sekiranya mana-mana pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah tersebut. Antara tingkah laku bermasalah lain yang biasa berlaku dalam bilik darjah ialah murid yang kurang memberikan perhatian. Masalah ini biasanya berlaku semasa guru sedang menyampaikan isi pelajaran dengan bercakap di hadapan kelas. Mudah bagi guru untuk mengesan murid yang mempunyai masalah sebegini kerana golongan murid seperti ini kemungkinan tidak akan memahami apa yang disampaikan oleh guru tetapi murid yang lain memahami apa yang disampaikan. Selain itu, murid seperti ini juga selalu tidak fokus semasa guru sedang bercakap.

Masalah tingkah laku hiperaktif juga sering berlaku terutamanya dalam kalangan murid pemulihan yang mempunyai masalah pembelajaran. Murid seperti ini biasanya tidak dapat memberikan perhatian yang lama di dalam kelas dan asyik berjalan atau bergerak di dalam kelas. Ada kalanya juga murid hiperaktif mengganggu murid lain. Berbeza pula dengan murid yang pendiam. Murid yang pendiam pula terlalu pasif dan enggan bercakap sekiranya disoal. Walaupun mereka tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, tetapi masalah ini menyebabkan guru tidak dapat mengetahui sama ada murid berkenaan mempunyai masalah dalam memahami isi pelajaran yang disampaikan atau tidak. Murid yang sensitif pula berbeza dengan murid normal yang lain. Terdapat antara mereka yang sangat sukar untuk didekati dan guru sendiri sukar mengetahui apa yang perlu dilakukan supaya murid ini berasa selesa di dalam kelas. Mereka akan mudah menangis dan cepat marah apabila terdapat perbuatan atau percakapan yang sensitif bagi mereka. Masalah tingkah laku yang seterusnya ialah sikap murid yang suka melengahkan sesuatu dan sambil lewa. Murid seperti ini adalah mereka yang merasakan sesuatu tugasan atau tanggungjawab yang diberikan kepada mereka itu tidak penting sehingga mereka berani berbuat sambil lewa terhadap apa yang perlu mereka lakukan. Hal ini boleh mendorong kepada kerja rumah yang tidak siap dan tidak melaksanakan apa-apa tugasan atau tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka. Terdapat juga murid yang sangat gemar bercakap sehingga mengganggu kelicinan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan ini boleh mengganggu penyampaian isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dan kemudian menyebabkan perancangan pengajaran guru tidak berkesan. Ini juga mendorong kelas menjadi bising semasa guru mengajar. Rentetan daripada masalah ini, boleh berlaku masalah lain yang lebih besar iaitu kekecohan dalam kelas. Apabila murid berkenaan terlalu banyak bercakap dan kelas menjadi bising, keadaan kelas menjadi lebih bising dengan adanya kekecohan dalam kelas yang melibatkan murid-murid dalam kelas. Sekiranya hal ini berlaku, maka guru perlu menggunakan kemahiran pengurusan kelas supaya keadaan bising itu berkurang. Masalah lain yang timbul ialah sikap berbohong atau menipu. Hal ini boleh berlaku sebagai contoh yang melibatkan kerja rumah. Terdapat murid yang memang menyiapkan kerja rumah menggunakan usaha mereka sendiri tetapi terdapat segelintir murid yang siap kerja rumah tetapi hakikatnya menyuruh orang lain yang

menyiapkannya. Sekiranya guru bertanya siapa yang membuat kerja rumahnya, dan murid berkenaan menjawab dia sendiri yang menyiapkannya, ini menunjukkan murid tersebut telah menipu guru semata-mata untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Masalah tingkah laku lain yang biasanya berlaku di sekolah ialah merosakkan harta benda sekolah atau vandalisme. Masalah ini biasanya melibatkan murid yang berada dalam tahap 2. Masalah ini boleh menjadi lebih besar sekiranya tidak diatasi dan murid berkenaan melakukan kelakuan yang sama di luar sekolah iaitu merosakkan harta benda awam. Di samping murid yang bermasalah vandalisme, terdapat juga murid yang mudah marah dan agresif. Sikap ini boleh menyebabkan pergaduhan antara murid dan juga guru. Hal ini berpunca daripada murid yang sensitif dan tidak dapat mengawal emosi marahnya. Murid akan bertindak agresif apabila tahap

kemarahannya tidak dapat dikawal lagi. Oleh itu, tingkah laku seperti ini sememangnya menimbulkan banyak masalah bukan sahaja kepada murid dan guru tetapi juga kepada sekolah jika tidak ditangani dengan betul. Terdapat kategori lain yang juga merupakan masalah tingkah laku murid iaitu masalah yang bersifat disruptif. Masalah dalam kategori ini termasuklah tidak memberikan perhatian, mengganggu rakan, bercakap, makan dan tidur semasa di dalam kelas. Masalah ini seringkali berlaku di dalam kelas. Perbuatan makan dan tidur di dalam kelas sememangnya perbuatan yang dilarang semasa berada di dalam kelas. Masalah lain ialah murid keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. Mengikut peraturan yang sedia ada, murid yang ingin keluar daripada kelas sepatutnya meminta kebenaran dari guru yang berada di dalam kelas pada masa itu. Masalah yang seringkali timbul dalam hal ini pula ialah keluar kelas tanpa kebenaran. Ini merupakan antara perbuatan yang tidak sopan dan tidak menghormati guru yang sedang mengajar pada masa itu. Masalah lain yang dikenal pasti ialah murid lewat masuk kelas. Ini selalu berlaku di sekolah. Hal ini memberikan kesan yang tidak baik kepada murid berkenaan kerana tertinggal isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru pada waktu tersebut. Ini juga menunjukkan murid tidak menepati masa masuk kelas dan gagal dalam menguruskan masa sendiri. Selain itu, masalah disruptif juga merangkumi murid yang tidak membawa buku latihan atau buku teks. Jadual waktu

telah diberikan kepada setiap orang murid tetapi murid yang tidak membawa buku berkenaan ke sekolah menunjukkan bahawa mereka tidak mengikut dan tidak merujuk jadual waktu yang telah diberikan kepada mereka. Ibu bapa murid juga patut memantau anak mereka sama ada mereka telah bersedia untuk segala persiapan ke sekolah sebelum anak mereka bertolak ke sekolah. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Di samping itu, masalah yang tidak sopan seperti menunjukkan sikap biadap terhadap guru sering berlaku. Ini menunjukkan murid sangat berani dalam menentang guru dan tidak takut akan kesan buruk yang boleh berlaku ke atas mereka. Perbuatan biadap terhadap guru biasanya disebabkan oleh murid yang suka melawan dan enggan mengikut arahan guru sebagai contoh guru menegur murid dan murid tidak dapat menerima teguran tersebut, maka murid akan melawan kata-kata guru tanpa rasa takut berkelakuan tidak hormat terhadap guru. Satu lagi masalah yang sememangnya menjadi rutin dan sikap murid-murid di sekolah ialah melepak, berlari dan menjerit di koridor. Murid yang seperti ini merupakan mereka yang nakal dan suka bermain. Murid nakal suka melepak apabila terdapat masa yang terluang bagi mereka semasa di sekolah, jika dibandingkan dengan murid yang bersikap baik, mereka akan membaca buku atau membuat perkara-perkara yang berfaedah apabila terdapat masa terluang semasa di sekolah. Selain itu juga, murid yang nakal suka berlari di kawasan sekolah. Ini sebenarnya berbahaya kepada murid berkenaan dan juga murid lain serta pihak sekolah yang terlibat. Murid boleh terjatuh dan tercedera sekiranya mereka berlari dan bermain. Banyak kemungkinan kemalangan boleh berlaku. Murid sukar untuk mengikut arahan walaupun sudah diberitahu jangan berlari di kawasan sekolah. Satu lagi perbuatan yang biasanya dilakukan oleh murid yang nakal ialah menjerit di koridor. Ia merupakan perbuatan yang selalu dilakukan oleh murid pada waktu rehat dan waktu di luar kelas. Mereka menjerit kerana sedang bemain tetapi perbuatan menjerit itu tidak perlu dilakukan kerana mengganggu warga sekolah. Ia seharusnya dilarang dan murid perlu diberikan hukuman yang setimpal bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan yang telah dilakukan itu.

Oleh itu, segala usaha yang dilakukan oleh pihak kaunseling mestilah mendapat kerjasama daripada guru-guru lain dan ibu bapa murid berkenaan. Ini bagi memastikan usaha yang dilaksanakan itu berhasil seperti yang telah dirancang.

Anda mungkin juga menyukai