Anda di halaman 1dari 37

TERAPI DALAM INTERVENSI

KANAK-KANAK
TERAPI MUZIK DAN
PERGERAKAN KREATIF
Pengenalan
 Terapi muzik digunakan sebagai tenaga
penyembuh berabad-abad yang lalu
 Terapi muzik telah digunakan 400 tahun
Sebelum Masehi, apabila Hippocrates
menggunakan muzik untuk menyembuhkan
pesakit-pesakit mental.
 Aristotle juga telah menjelaskan bahawa
muzik merupakan tenaga yang dapat
membersihkan emosi.
Pengenalan
 Pada abad ke-13, beberapa hospital di Arab Saudi
telah menyediakan bilik khas di mana para pesakit
boleh mendengar muzik untuk menenangkan jiwa
mereka.
 Masyarakat Red Indian di Amerika juga
menggunakan muzik dan tarian untuk menyembuhkan
penyakit.
 Semasa perang Dunia ke-2,ahli-ahli muzik telah
mengunjungi hospital-hospital di Britain untuk
menenangkan para pesakit dalam kalangan anggota
tentera yang mendapat kecederaan fizikal dan emosi
serta trauma dalam perang.
Pengenalan
Terapi muzik adalah menggunakan kemahiran muzik
dan elemen muzikal sepenuhnya oleh terapis muzik
yang diiktiraf untuk menggalakkan,
mengekalkan, memulihkan mental, fizikal,
emosi dan kesihatan spiritual.
Muzik mempunyai nonverbal, kreatif, berstruktur,
dan kualiti emosional.
Ini semua digunakan dalam hubungan terapeutik
untuk memudahkan hubungan, interaksi,
kesedaran kendiri, pembelajaran, ekspresi
kendiri, komunikasi dan perkembangan
peribadi.
Canadian Association for Music Therapy
Definisi

Terapi Muzik….

“a goal-directed process in which the therapist


helps the client to improve, maintain, or
restore a state of well-being”

Bruscia, 1987
Definisi

Intervensi muzik klinikal untuk mencapai


matlamat individu di bawah hubungan
terapeutik yang dilaksanakan oleh terapis
yang telah dilatih.

American Music Therapy Association


KONSEP TERAPI MUZIK
 Muzik dapat mengurangkan perasaan
tertekan, bimbang, sunyi, dan sedih.
 Muzik memainkan peranan penting dalam
menyembuhkan dan mendidik.
 Muzik juga adalah nilai tambah yang efektif
kaunseling dengan kanak-kanak dan remaja
(Newcomb, 1994)
 Muzik digunakan dalam kaunseling untuk
meningkatkan kesedaran afektif,
menambah kefahaman, meredakan
kebimbangan dan meningkatkan
verbal
KONSEP
 Gladding (1992) menjelaskan muzik sebagai
“satu kaedah terapeutik untuk
menggalakkan verbal dalam kaunseling”
 Newcomb (1994) mencadangkan muzik satu
pendekatan yang ideal untuk klien yang
mempunyai kesukaran untuk mengekspresi
diri secara verbal.
 Kaunselor akan membuat aktiviti mendengar
muzik untuk meredakan tekanan dan
meningkatkan konsep kendiri
Conton-contoh Intervensi
Kaunseling Menggunakan Muzik

 Music Listening
 My Own Song
 Songs as Lessons
 Music Collage
 Music and Color
Music Listening
 Klien akan pilih lagu yang membawa maksud
yang mendalam kepada dirinya
 Kaunselor & klien bersama-sama mendengar
lagu
 Kemudian,kaunselor akan tanya klien tentang
perasaan dan fikiran yang dibangkitkan oleh
lagu tersebut dan bagaimana perasaan dan
fikiran tersebut menyumbang kepada
kehidupan klien sekarang.
 Teknik ini dapat memberi celik akal kepada
klien dan kaunselor tentang situasi kehidupan
klien, sejarah dan kefungsiannya.
PRISIP TERAPI MUZIK
 Muzik sebagai ejen perubahan
 Digunakan untuk membina hubungan
yang terapeutik
 Untuk membantu pertumbuhan
(growth) dan perkembangan
(development) individu,
 Untuk mencapai kesempurnaan
kendiri (self actualization) - Diproses
melalui terapi muzik,
Kaedah
Kaedah berdasarkan 3 kategori muzik
 composed music
 clinically improvised
 adapted music

dalam 3 mode aktiviti muzik terapeutik


 Singing/ chanting
 Instrument playing
 Music-movement
Kaedah
 Mendengar – untuk relaksasi, mengurangkan
kesakitan, memory retention
 GIM – Guided Imagery and Music- untuk
pemulihan psikodinamik
 Menyanyi – ekspresi kendiri, pembangunan
vokal dan verbal, pembangunan kognitif, ekpresi
emosi
 Bermain alat muzik – ekpresi kreatif,
pembangunan kemahiran sosial, keyakinan diri,
pembangunan motor halus, pembangunan
kognitif
Kaedah
 Menari dan bergerak – pembangunan
motor halus, ekpresi kendiri
 Menggubah lagu- pembangunan sosial,
ekpresi kendiri,pembangunan
kognitif,ekspresi emosi, berhubung
dengan trauma dan emosi yang hilang
 Menulis lagu kreatif – keyakinan diri,
pembangunan imej kendiri, berhubung
dengan emosi yang hilang dan trauma
5 Elemen Pelaksanaan Terapi Muzik
 Ditetapkan
 Melibatkan dan menggunakan aktiviti muzik
seperti menyanyi,bermain alat
muzik,mendengar muzik,mencipta muzik,
pergerakan muzik, membincangkan lirik dan
karektor lagu atau gubahan instrumental.
 Dibimbing oleh terapis yang dilatih
 Fokus – mencapai matlamat terapeutik
Pendekatan Terapi Muzik
 2 pendekatan yang biasa digunakan ketika
mengendalikan terapi muzik ialah:
 Pendekatan individu
 Pendekatan kelompok

 Terapi muzik boleh digunakan untuk


merawat tumpuan, motivasi dan masalah
tingkah laku.
Persediaan Terapi Muzik
 Di dalam bilik terapi muzik perlu
disediakan pelbagai alat muzik moden dan
tradisional serta dalam pelbagai bentuk
yang dikumpulkan daripada pelbagai
bangsa & etnik.
Matlamat Terapi Muzik
 Untuk memberi kesan kepada perubahan
diri
 Untuk memudahkan hubungan
interpersonal
 Untuk menyuburkan pertumbuhan dan
perkembangan
 Menyumbang ke arah pencapaian
kesempurnaan kendiri
 Untuk membantu individu melibatkan diri
dalam masyarakat
Muzik sebagai ejen terapeutik
 Mode ekspresi silang budaya
 Nonverbal semulajadi yang membawa
maksud komunikasi yang universal
 Sebagai rangsangan bunyi yang unik –
mempunyai kuasa untuk menembusi minda
dan badan secara terus
 Merangsang deria, membangkitkan perasaan
dan emosi, mencungkil tindakbalas fisiologikal
dan mental, memberi tenaga kepada minda
dan badan.
Muzik sebagai ejen terapeutik
 Terdapat 2 aspek dalam Terapi Muzik iaitu:

 1. Medium terapi iaitu muzik sebagai satu


seni.

 2. Proses terapi menjadi satu seni yang


dibentuk oleh terapis muzik. Terapis
akan bersama-sama dengan klien dan
mengaplikasi kemahiran klinikal yang keratif
serta berhubung dengan keseluruhan diri
klien, yang sedang praktis seni dalam terapi
muzik
Muzik sebagai ejen terapeutik
Gaston (1968), salah seorang pengasas
terapi muzik menyatakan bahawa
penggunaan muzik secara terapeutik
bermaksud dapat mempengaruhi
tingkah laku manusia dan
mengaitkan terapi muzik kepada
sains tingkah laku.
MATLAMAT TERAPI MUZIK
 Untuk memberi kesan kepada perubahan diri
 Untuk memudahkan hubungan interpersonal
 Untuk menyuburkan pertumbuhan dan
perkembangan
 Menyumbang ke arah pencapaian kesempurnaan
kendiri
 Untuk membantu individu melibatkan diri dalam
masyarakat
PRINSIP TERAPI MUZIK
 American Music Therapy (2009) mentakrifkan Terapi
Muzik sebagai penggunaan intervensi muzik berasaskan
klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu
dalam perhubungan terapeutik oleh profesional yang
mempunyai kredential yang telah menamatkan
program terapi muzik yang diiktiraf.
 Muzik mempunyai komponen pelbagai yang dapat
membantu klien menjadi insan yang bersemangat,yakin
dan berwibawa.
PRINSIP TERAPI MUZIK
 Ramai orang berkongsi nilai yang sama, identiti, dan adat istiadat.
Begitu juga dengan muzik. Kita berkongsi pemuzik, penghibur,
penulis dan pendengar lain kerana muzik adalah satu bahagian penting
dalam kehidupan mereka. Mereka sangat berminat untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti kaunseling yang melibatkan muzik.

 Tahap penyembuhan muzik dan kuasa muzik membantu dalam


kaunseling berkaitan bagaimana muzik terlibat secara mendalam
dengan klien, dan apakah jenis gangguan atau penyakit yang mereka
hadapi (Bruscia, Dileo, Shultis & Dennery, 2009)
PRINSIP TERAPI MUZIK
 Apabila kaunselor menggunakan dan menyedari genre muzik,
lirik, melodi, dan muzik dapat diterima oleh klien, maka
kaunselor dapat meningkatkan pemahaman dan komunikasi
klien.
 Muzik dalam kaunseling perlu menumpukan kepada kepentingan
dan cita rasa klien.
 Kaunselor boleh memilih pendekatan muzik termasuk menulis,
persembahan, atau mendengar sesetengah jenis bunyi untuk
memupuk ungkapan terapeutik klien, serta membolehkan klien
mengambil bahagian dalam pengalaman aktiviti muzik.
PRINSIP TERAPI MUZIK
 Muzik klasik masih berkesan terutama bagi mereka
yang tidak biasa dengan genre ini. Apabila dipilih
dengan teliti dan mainkan secara perlahan, muzik
klasik "boleh menjadi bantuan utama dalam
menghasilkan suasana yang kondusif untuk aktiviti
kreatif" (Nadeau, 1984, p.68).
 Pemilihan aktiviti muzik adalah berdasarkan
matlamat kaunseling anda, sama ada untuk
mengadakan kaunseling pemulihan atau pencegahan.
KEMAHIRAN YANG PERLU ADA
 Berupaya bermain alat muzik atau menyanyi
 Berupaya mengubah atau mengubahsuai lagu-lagu
yang mudah dan berupaya memimpin individu atau
kumpulan untuk bernyanyi dan bermain alat muzik
 Berupaya menilai peringkat fungsional klien melalui
penggunaan muzik
 Berupaya mengambil bahagian dalam perancangan
rawatan susulan dengan ahli profesional lain.
PRINSIP TERAPI MUZIK
 Pemilihan juga berdasarkan personaliti klien. Jika
klien seorang yang muram, pemilihan muzik yang
bercorak riang akan membuat klien tersebut
memberontak secara senyap.

 Pemilihan muzik juga mestilah berdasarkan


keperluan-keperluan individu klien tersebut.
KELEBIHAN TERAPI MUZIK
 Music therapy is the planned and creative use of music
for:
Increasing social/interpersonal skills
Improving communication
Improving fine and gross motor coordination
Developing auditory, visual and tactile perception
 Relaxing
Pain management
Cognitive stimulation
Encouraging emotional expression
Developing creative expression
Improving attention span
Improving self-esteem
TERAPI PERGERAKAN KREATIF
Rasional
• Psikoanalitik – kesedaran diri adalah melalui
body -badan
• Pergerakan badan (mewakili aspek bawah sedar)
yang akan memberitahu minda sedar terhadap
perasaan yang mempengaruhi kehidupan
manusia
• Pergerakan menyampaikan kebenaran dan
pergerakan adalah printout daripada minda
bawah sedar
• Pergerakan kreatif menawarkan kesedaran dan
integrasi antara fizikal dan psikik
Rasional
• Berdasarkan bodywork seperti massage,
yoga, acupressure semuanya adalah untuk
membantu klien melonggarkan psychophysical
blocks dalam badan mereka.
• Manipulasi badan secara terus selalunya akan
dapat mengesan memori trauma yang lama,
kesakitan atau luahan perasaan.
• Sangat berkesan kepada mereka yang selalu
bercakap tentang perasaan mereka
Rasional
• Semasa bayi, pergerakan badan adalah satu
cara berkomunikasi. Pergerakan kreatif adalah
satu cara untuk menyatakan perasaan
• Pergerakan kreatif menghubungkan seni yang
menyatukan diri mereka dan orang lain
Prosedur
•Dilaksanakan berdasarkan matlamat rawatan

•Kekerapan dan masa perjumpaan

• Pergerakan kreatif yang hendak dilaksanakan sebagai


rawatan (menari, pergerakan )

•Aktviiti yang dipilih untuk dilaksanakan

• GBK perlu tahu bagaimana melaksanakan terapi


pergerakan kreatif (mendapat latihan)

• Perlu membimbing klien sekiranya klien tidak tahu


bagaimana hendak mulakan pergerakan
Faedah Terapi Pergerakan Kreatif
kepada klien
• Integrasi klien dengan kelompok
• Luahan emosi secara bukan lisan yang kreatif
• Meningkatkan kesedaran diri dan kesedaran
tubuh badan
• Koordinasi otot, keupayaan pergerakan dan
meredakan ketegangan
• Keseronokan relaksasi melalui muzik
LIMITASI TERAPI MUZIK
• Klien sukar memahami untuk melakukan
pergerakan
• Memerlukan bantuan guru/ GBK untuk
membimbing pergerakan
• Memerlukan peralatan yang sesuai
• Ruang bilik kaunseling atau bilik terapi terhad
• Guru kurang pengetahuan
• Guru tidak kreatif dalam melaksanakan aktiviti
terapi

Anda mungkin juga menyukai