Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100

KERJA KURSUS
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073
Nama : SITI NOR HAFSAH BINTI NOR RUDIN

Angka Giliran : 2018202340107

No. Kad Pengenalan : 990322-03-5042

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2018

Kumpulan/Unit : PI 4.02

Nama Pensyarah Kursus : ENCIK SAIPO BIN AYUB

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah


Wajaran
Temu Bual 23.01.2020 07.02.2020
Penulisan Akademik 07.02.2020 02.03.2020
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah
Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bersama limpah dan kurnia-Nya serta
pemberian nikmat nyawa, masa dan tenaga dari-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada Ketua Jabatan
Ilmu Pendidikan, Dr. Mohd Azmi bin Mat Yusoff juga selaku mentor kuliah P4.02 bersama
Ustazah Norliza binti Nor Hashim kerana telah banyak memberi dorongan dan kerjasama
yang baik sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah subjek EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran, En. Saipo bin Ayub yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang sangat berguna dan telah membuka
peluang/ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada pihak pusat sumber Perpustakaan Al-


Ghazali, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam yang telah banyak membantu
saya dan rakan-rakan mencari maklumat kajian melalui sumber-sumber berautoriti yang telah
disediakan. Selain itu, ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga saya rakamkan khas
untuk ditujukan kepada satu-satunya ayah saya, Nor Rudin bin Abdullah dan kepada kedua
bonda saya yang telah pergi dari dunia ini, Almarhumah Asiah Binti Yusoff dan Almarhumah
Rohani binti Che Mahmood yang pernah sentiasa mendoakan saya serta memberikan
inspirasi dan motivasi sepanjang meneruskan pengajian.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
yang setia memberi galakan dan membantu serta sentiasa memberi peringatan kepada saya
tentang perkara-perkara yang mungkin saya terlupa.Akhir kalam, saya mengucapkan jutaan
terima kasih serta penghargaan kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau
sebaliknya dalam waktu pembikinan tugasan kerja kursus saya ini. Sekian, terima kasih.

I
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGHARGAAN I
ISI KANDUNGAN II
TUGASAN 1: TEMU BUAL III

1.0 LAPORAN TEMUBUAL IMPLIKASI KEPELBAGAIAN


SOSIOBUDAYA KEPADA MURID-MURID 1

RUJUKAN i
LAMPIRAN ii

TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK IV


1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 DEFINISI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 1
3.0 MANUAL AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MESRA BUDAYA 1
3.1 Nama Aktiviti 2
3.2 Objektif 2
3.3 Bahan Bantu Mengajar 2
3.4 Langkah-Langkah Aktiviti “Cuba Teka Jaya” 2
3.5 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Aktiviti Cuba
Teka Jaya 3
4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN MANUAL AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN 4
5.0 PENUTUP 6

RUJUKAN i
LAMPIRAN ii

II
TUGASAN 1:
Laporan Temu Bual
(20%)

III
1.0 Laporan Temubual Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Kepada Murid-Murid

Pada 9 Februari 2020, seorang guru dari sebuah sekolah rendah di sekitar Setapak,
Kuala Lumpur, Nur Shahida binti Shamsul Alias telah ditemu bual mengenai aspek
dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid-murid. Menurutnya
sosiobudaya itu adalah cara seseorang tu membesar dalam sesuatu budaya. Dari
segi adab, adat, dan agama itu adalah budaya. Manakala sosio itu pula suasana dia
membesar. Hal ini menepati Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat yang menyatakan
bahawa sosiobudaya ialah hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup,
adat istiadat, dan lain-lain. Terdapat beberapa aspek kepelbagaian sosiobudaya yang
dapat memberi implikasi kepada murid-murid. Antaranya ialah penguasaan bahasa,
kelompok kaum dan etnik, kelas sosial dan jantina (Noriati, 2017). Oleh itu, kesedaran
mengenai kepelbagaian sosiobudaya amatlah penting bagi mewujudkan suasana
kelas yang harmoni.
Berdasarkan temubual yang dijalankan, antara implikasi kepelbagaian
sosiobudaya kepada murid-murid yang dinyatakan oleh Cikgu Shahida adalah dari
segi kemahiran dan penggunaan bahasa. Murid yang menguasai lebih dari satu
bahasa iaitu murid yang dapat menguasai bahasa selain bahasa ibunda atau dialek
etniknya akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan guru mahupun rakan-rakan
sekelas. Contohnya, murid disekolahnya yang berbangsa India yang dapat memahami
Bahasa Melayu selain Bahasa Tamil sahaja, murid ini akan lebih cepat dan cerdas
dalam memahami konsep isi pelajaran yang diajari, berbanding murid yang berbangsa
india yang hanya tahu menggunakan Bahasa Tamil sahaja. Murid seperti ini agak
susah memahami apa yang dibicarakan oleh gurunya serta tidak mampu untuk
menjelaskan kembali input isi pelajaran yang diterima olehnya, sedangkan proses
komunikasi yang berkesan didalam bilik darjah perlu berlaku dua hala serta murid
memberikan tindak balas terhadap mesej yang disampaikan dengan mengolah
mengikut kefahaman mereka (Haliza, 2016). Hal ini bertepatan dengan pernyataan
yang dinyatakan Noriati et. al (2014) mengenai murid yang menguasai dua atau lebih
bahasa dengan kosa kata yang terhad atau meluas akan lebih cerdas dan tangkas
didalam bilik darjah berbanding murid yang hanya menguasai dialek atau bahasa
etniknya sahaja.

Oleh itu, sebagai seorang guru yang meraikan kepelbagaian sosiobudaya


murid, Cikgu Shahida mengambil inisiatif untuk menggunakan pelbagai kemahiran
berkomunikasi yang berkesan. Antaranya ialah pergerakan badan semasa

1
menyampaikan isi pelajaran selain bercakap. Selain itu, beliau juga menunjukkan
contoh secara fizikal dan maujud agar murid yang tidak bertutur dalam Bahasa Melayu
memahami apa yang ingin disampaikan tanpa perlu menterjemahkan kedalam bahasa
ibunda mereka. Cikgu Shahida juga peka terhadap tahap kefahaman murid semasa
memberi apa-apa arahan kepada mereka. Contohnya, semasa matapelajaran
Pendidikan Jasmani, Cikgu Shahida akan mendemonstrasi pergerakan berserta
menunjukkan anggota yang terlibat seperti kepala dan kaki. Selepas itu, beliau akan
bertanya “Dimanakah kepala awak?” dan “Adakah awak faham? Boleh awak
terangkan kembali kepada rakan-rakan? ”. Cara pengajaran Cikgu Shahida ini
bertepatan dengan teori Erik Erikson dimana murid perlu diberi peluang untuk
mempelajari dan membentuk kemahiran-kemahiran tertentu (Wong Kiet Wah, 2016).
Oleh itu, guru haruslah bersikap terbuka apabila murid yang berlainan sosiobudaya
melakukan kesilapan serta membimbing mereka untuk membuat penambahbaikan.

Seterusnya, temubual ini beralih pula kepada aspek kepelbagaian kaum dan
etnik. Telah diketahui maklum bahawa negara Malaysia sejak 1500 tahun dahulunya
yang dikenali sebagai Tanah Melayu telahpun bercampur-gaul dengan berbagai-bagai
bangsa Asia yang lain terutama India dan Cina (Asmad, 1990). Menurut Cikgu
Shahida, disekolahnya majoriti murid-muridnya terdiri daripada kaum India dan Melayu
selain daripada kaum lain yang minoriti seperti kaum cina, warga Indonesia dan lain-
lain. Oleh kerana sekolah tersebut terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, langkah-
langkah untuk memupuk perpaduan haruslah diambil seperti menggunakan Bahasa
Melayu sebagai alat perpaduan (Zarina, 2005). Contohnya, didalam kelas Cikgu
Shahida akan membiasakan murid-murid untuk bercakap menggunakan Bahasa
Melayu seperti untuk membuat tugasan berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai
bangsa, dan juga menggalakkan murid untuk tampil ke hadapan untuk bercakap dalam
Bahasa Kebangsaan.

Cikgu Shahida juga mengakui bahawa masih wujud sedikit sikap perkauman
dikalangan murid-murid disekolah itu apabila dilihat pada waktu rehat kebanyakan
mereka saling berehat berasingan mengikut kaum. Beliau berpendapat bahawa
mereka juga berhak diberikan waktu bebas untuk mereka bersosial dengan rakan-
rakan yang mereka berasa selesa. Hal ini kerana ketika didalam kelas mereka sudah
dipecahkan keselesaan mereka itu untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas yang
lain, juga tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir murid-murid yang selesa
berkawan baik dengan mereka yang berlainan kaum. Begitu juga ketika aktiviti
berkumpulan dijalankan, murid-murid kelihatan tidak kekok bersama dalam

2
menjalankan aktiviti. Contohnya, sewaktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, murid-
murid tetap bergembira bermain bersama dengan tidak mengira warna kulit, etnik dan
agama. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Lee Lam Thye (2018), kanak-kanak
tidak melihat kepada kanta yang berwarna. Oleh itu, kanak-kanak harus diletakkan
bersama-sama dan biarkan mereka membesar bersama supaya mereka dapat
memahami budaya yang diamalkan rakan-rakan mereka yang berlainan etnik dan
kaum.

Kemudian, topik perbincangan beralih kepada aspek kelas sosial. Menurut


Cikgu Shahida kebanyakan murid disekolah itu adalah dari kalangan golongan B40
yang mana pedapatan mereka tidak melebihi RM2000. Murid-murid disekolah ini
sememangnya berbeza dari segi IQ, cara berfikir dan juga pengetahuan sedia ada.
Kemahiran berfikir mereka tidak dapat mencakup secara meluas. Apa yang mereka
nampak hanyalah kepada perkara disekeliling mereka. Walaupun mereka ada
menggunakan telefon pintar akan namun mereka kurang mendapat pendedahan
berkenaan penggunaannya untuk mendapatkan inforamasi. Hal ini terbukti apabila
Cikgu Shahida meminta mereka untuk mencari maklumat mengenai sesuatu perkara
mereka tidak tahu atau tidak faham untuk mengakses maklumat sendiri. Tambahan
lagi, kebanyakan mereka tidak mempunyai komputer riba dirumah. Oleh itu, implikasi
kepelbagaian kelas sosial tidaklah terlalu ketara terlihat di sekolah tersebut. Hal ini
berbeza dengan keadaan sekolah yang Cikgu Shahida pernah mengajar sebelum ini
yang mana terlihat perbezaan yang besar dari segi gaya hidup, cara pemikiran
dikalangan murid yang berlatar belakangkan keluarga yang berpendapatan tinggi.
Murid-murid lebih terkehadapan dari segi pelajaran kerana mendapat keperluan
pedidikan yang cukup seperti alat tulis, kelas tuisyen dan lain-lain. Murid mestilah
diajar untuk tidak bersikap prejudis dan diskriminasi merek yang berlainan kelas sosial
(Syed,2013). Oleh itu, murid akan sentiasa digalakkan untuk bergaul sesama mereka
dalam aktiviti berkumpulan. Contohnya, dalam melaksasnakan aktiviti berkumpulan,
murid akan diberikan garis panduan peraturan yang wajib mereka patuhi seperti tidak
mendiskriminasikan rakan-rakan mereka.

Kesimpulannya, kepelbagaisan so siobudaya dari kalangan murid amatlah


memerlukan peranan guru dalam menguruskannya di bilik darjah. Semangat
perpaduan akan dapat dipupuk sejak dari kecil lagi. Oleh itu, kepelbagaian
sosiobudaya haruslah diraikan dan dimanfaatkan agar murid-murid dapat menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang harmoni dan berkesan.

3
RUJUKAN

Asmad. (1990). Kebudayaan Secara Umum. Melaka: Associated Educational Distributors (M)
Sdn.Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nemalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Lam Thye. (2018). Memupuk Semangat Perpaduan dan Patriotisme. Berita Harian
Online. Dicapai pada 8 Februari 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/09/469640/memupuk-
semangat-perpaduan-dan-patriosme

Noriati A. Rashid et. al (2014). Budaya dan Pembelajaran. Edisi Kemaskini. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah S.A & Zuraidah A. Majid (2017). Budaya
dan Pembelajaran. Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2012). Budaya dan Pembelajaran.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Wong Kiet Wah et al. (2016). Perkembangan Kanak-kanak. Edisi Kedua. Shah Alam : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Zarina Syukor. (2005). Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum. Subang Jaya: Penerbit
Pinang Sdn. Bhd.

i
LAMPIRAN

TRANKRIP TEMUBUAL
Penunjuk
S: Soalan
J: Jawapan daripada

S: Bolehkah akak ceritakan tentang latar belakang diri akak sebagai guru?

J: Nama saya Nur Shahida binti Shamsul Alias berasal dari Ampang, Kuala Lumpur.
Saya baru sahaja secara rasminya ditugaskan menjadi seorang guru pada tahun 2018.
Sekarang saya sedang mengajar di salah sebuah sekolah di bandar Kuala Lumpur.
Sekolah yang kecil sahaja yang terdiri daripada 400 orang murid atau lebih. Sekolah
ini majoritinya terdiri daripada dua bangsa iaitu India dan melayu, juga terdapat bangsa
minoriti yang terdiri daripada cina, india muslim dan lain-lain.

S: Sebagai guru bidang Pendidikan Islam, adakah Kak Shad hanya mengajar subjek
Pendidikan Islam yang terdidri daripada murid yang beragama Islam sahaja?

J: Walaupun bidang major Kak Shad Pendidikan Islam yang akan mengajar
matapelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan juga Bahasa Arab, akan tetapi
Kak Shad juga diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk mengajar
matapelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Bahasa Inggeris dan juga
beberapa subjek yang lain lagi. Justeru itu, Kak Shad bukan sahaja mengajar murid
yang beragama islam, tetapi Kak Shad juga akan berinteraksi dengan murid yang
terdiri daripada pelbagai Agama dan latar belakang.

S: Apakah maksud sosiobudaya menurut pemahaman Kak Shad?

J: Sosio budaya tu ialah macam mana seseorang tu membesar dalam sesuatu budaya.
Adab dia, adat dia, agama dia itu budaya. Manakala sosio itu pula suasana dia
membesar. Contohnya di sekolah Kak Shad majoriti murid terdiri daripada kaum india
dan melayu. Dari situ sudah terdapat perbezaan sosiobudaya yang sangat besar dari
segi cara pergaulan, cara berfikir, cara bercakap. Dari kalangan kaum melayu sendiri
pon terdiri daripada pelbagai keturunan seperti campuran Indonesia, Pakistan, india-
muslim. India-muslim itu lain daripada India biasa dari segi cara bercakap, pemakaian.

ii
Oleh itu, perkara-perkara tersebut sangat memberi kesan terhadap pergaulan dalam
kelas.

S: Pada pandangan Kak Shad, apakah punca yang menyebabkan wujudnya perbezaan
sosiobudaya?

J: Punca utamanya ialah masalah komunikasi. Sebagai contoh, terdapat murid india
yang memahami bahasa melayu. Oleh itu, semasa dia berkomunikasi dengan gurunya
atau rakan-rakan melayunya, dia menggunakan bahasa melayu walaupun masih
terdapat slanga india dan beberapa tatabahasa yang kurang tepat. Manakala, terdapat
juga murid india yang tidak memahami bahasa melayu, oleh itu ketika guru sedang
mengajar, dia seakan keawang-awangan dek kerana tidak memahami apa yang
disebutkan oleh guru. Jika diminta untuk menjelaskan kembali apa yang telah diajar,
dia tidak mampu untuk menerangkannya kembali. Jelaslah terdapat perbezaannya
yang ketara disitu.

S: Apakah peranan Kak Shad sebagai seorang guru?

J: Apa yang Akak buat dalam kelas sebagai seorang cikgu, selain daripada bercakap
sahaja Akak akan gunakan pergerakan, Akak akan guna contoh-contoh, dan bahasa
yang mudah seperti pandang depan. Isi pelajaran akan diterangkan satu persatu
beserta tunjukkan kepada mereka seperti kepala disini kaki disini dan disini, faham?
Selepas itu tanya balik kefahamannya sebab kalau tak tanya balik, dia akan jd kelam
kabut. Contoh nya kepala dimana. Hal ini juga dapat menambahkan kosa kata murid
bangsa lain dan membantu pemahaman mereka. Hal ini juga kerana jika tidak
ditekankan dari awal untuk murid memahami bahasa guru, murid tersebut akan lagi
susah untuk faham di masa akan datang. Contohnya, murid tahap satu yang betul-
betul berbangsa india yang keluarganya yang sepenuhnya berbicara dalam bahasa
tamil, yang tidak dihantar pergi tadika dan tidak pernah bergaul dengan bangsa lain,
perkara seperti inilah yang agak mencabar bagi guru untuk memahamkan murid
tersebut.

Jadi mahu tidak mahu guru memang kena bercakap dalam bahasa melayu, bercakap dengan
gaya sekali. Biasanya dalam kelas guru akan menempatkan murid dalam kumpulan yang
berlainan bangsa supaya ada komunikasi yang berlaku. Kalau ada murid yang tidak faham
jarang-jarang kena minta tolong murid yang faham translatekan balik kat dia dalam bahasa
tamil. Hal ini tidak dibiasakan kerana khuatir kanak-kanak tersebut selesa dengan cara begitu

iii
tanpa cuba untuk berbicara dalam bahasa melayu. Kak Shad biasa suruh mereka bercakap,
jika taknak juga Akak akan suruh diorang datang bercakap kat depan.

S: Adakah wujud sikap perkauman dikalangan murid?

J: Dalam kalangan melayu sendiri pon ramai, melayu-melayu, india-india, benda itu sdh
terbiasa. Cara nak pecahkan benda tu mungkin ambil masa. Mungkin waktu rehat
mereka selesa, mereka nak berehat, mereka nak cakap dengan rakan mereka. Tapi
didalam kelas untuk perkara tersebut cikgu bermain peranan untuk pecahkan seketika
keselesaan mereka tu untuk berkomunikasi dengan orang yang lain dari orang yang
biasa.

S: Di sekolah Kak Shad wujudkah dikalangan murid yang berkawan rapat dengan bangsa
lain?

J: Ada je yang berkawan baik antara melayu – cina – ind ia kerana ada yang sama-sama
kelas pemulihan dan sebagainya.

S: Adakah ketara jurang dikalangan murid dari segi perbezaan pendapatan ibu bapa?

J: Kebanyakan murid disekolah itu tinggal di ppr, rumah flat yang biasanya golongan b40 (tidak
lebih 2k). Mereka memang berbeza dari segi IQ, cara berfikir dan juga pengetahuan sedia ada.
Bila ditanya dalam kelas, mereka tidak boleh buka view yang luas. Apa yang mereka nampak
hanya perkara disekitar kehidupan mereka juga apa-apa yang pernah dilihat di televisyen, Hal
ini berpunca daripada gaya hidup zaman sekarang yang walaupun anak-anak ini gemar
menggunakan telefon pintar akan tetapi mereka kurang membaca informasi yang
bermanfaat. Jadi kebanyakan murid disekolah Akak , apa yang cikgu bagi, itulah yang mereka
pegang. Walaupun sekarang sudah disebut berkenaan abad ke21, anak-anak boleh belajar itu
dan ini, mudah untuk belajar sendiri, itu kalau kemudahan yang ada di rumah. Senang belajar
dirumah kerana kebanyakan anak-anak sekarang mempunyai laptop dirumah akan tetapi
untuk murid-murid Akak, kebanyakannya tidak. Mereka tidak faham atau tidak tahu untuk
mengakses maklumat sendiri. Berdasarkan pengalaman Kak Shad disekolah yang sebelum ini,
murid dari segi pemikiran, gaya hidup, kerenah ibubapa, semua berbeza, sangat
menampakkan jurang yang besar. Hal ini kerana latar belakang keluarga. Anak-anak

iv
sebenarnya kurang bermasalah yang lebihnya adalah pada kerenah ibubapa yang memberi
kesan kepada anak-anak, guru-guru, dan sikap murid itu sendiri.

S: Adakah wujud masalah sosiobudaya akibat perbezaan kognitif? Adakah mereka


berkelompok?

J: Tak juga. Hal itu tidak berlaku sangat dan kurang menjadi isu. Lagi pula sekolah Akak
ni kecil je jadi kurang terlihat.Hal ini juga kerana kebiasaannya disekolah tersebut biasa
mengamalkan teknik peer coaching, yang menggabungkan didalamnya murid pandai
dan kurang pandai.

v
Temubual bersama Cikgu Nur Shahida Binti Shamsul Alias

vi
TUGASAN 2:
Penulisan Akademik
(30%)

IV
3.0 PENDAHULUAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menekankan aspek
kesamarataan pendidikan dalam kalangan setiap anak-anak di Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan etnik. Setiap murid daripada latar belakang berbeza ini
berhak mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan
mereka mencapai potensi masing-masing. Dalam hal ini guru berperanan dalam
meraikan kepelbagaian budaya dikalangan murid. Oleh yang demikian, dalam
tugasan kali ini manual aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dihasilkan bagi
memupuk bilik darjah yang mesra budaya.

2.0 DEFINISI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Istilah bilik darjah menurut Mok Soon Sang (2011) dapat ditafsirkan sebagai sebuah
bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar berada yang dibawah jagaan seorang
guru untuk menjalani apa jua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala
perkataan mesra menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah sangat rapat atau karib
benar. Dapat dikaitkan disini perkataan mesra dengan perbuatan yang menimbulkan
keselesaan dan disenangi. Kemudian, budaya menurut Mohd Anuar (2016) ialah
kebudayaan merupakan satu cara berfikir bagi sekumpulan manusia untuk dijadikan
nilai yang dikongsi bersama dan dilahirkan melalui perbuatan dalam setiap aspek
kehidupan sosial. Menurut Noriati et. al (2014) pula, mesra budaya dalam konteks bilik
darjah ialah keselesaan dan kegembiraan yang diwujdkan oleh guru dan murid
sewaktu berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, konsep bilik darjah mesra budaya yang dapat disimpulkan disini ialah
sebuah bilik yang didalamnya terdapat satu komuniti murid dan guru yang selesa dan
menyenangi antara satu sama lain dengan perlakuan yang positif dalam menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 MANUAL AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA


Pada tugasan ini, satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dipilih adalah bagi
matapelajaran Pendidikan Islam bidang Jawi tahun 4 yang bertemakan Sukan
Berprestij. Aktiviti ini adalah berdasarkan standard pembelajaran yang mana murid
mestilah mampu membaca, membina dan menulis teks berdasarkan tema iaitu sukan.
Aktiviti ini juga adalah merupakan saranan daripada seorang guru dari SK Marian
Convent yang mana beliau telah memberi pendapat bahawa aktiviti sambil bermain

1
amat sesuai untuk bilik darjah yang mesra budaya kerana beliau mendapati bahawa
murid-murid tidak melihat kepada perbezaan apabila mereka bermain. Katanya,
mereka akan bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam suatu
permainan. Menurut Noriati A. Rashid (2017), melalui permainan murid-murid belajar
berinteraksi dengan orang lain secara positif, belajar menghormati hak orang lain,
mengambil giliran dan melayani keperluan orang lain.

3.1 Nama Aktiviti


Nama aktiviti yang dihasilkan adalah ‘Cuba Teka Jaya’. Hal ini adalah kerana
dalam aktiviti ini, murid-murid akan cuba untuk meneka perbuatan yang
digayakan oleh rakan mereka kemudian perbuatan yang diteka tersebut akan
dituliskan perkataannya dalam tulisan jawi dan seterusnya akan dihuraikan
perkataan itu dalam bentuk ayat.

3.2 Objektif
3.2.1 Murid mampu membaca dan memahami perkataan jawi berdasarkan
tema sukan menggunakan kad perkataan
3.2.2 Murid mampu mengaplikasikan penulisan jawi semasa menulis
perkataan dan membina ayat dalam dalam tulisan jawi pada kad manila
3.2.3 Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara murid
3.2.4 Dapat memupuk nilai dan budaya masyarakat yang ada di malaysia

3.3 Bahan Bantu Mengajar


3.3.1 Kad manila
3.3.2 Pen marker
3.3.3 Kad Perkataan

3.4 Langkah-Langkah Aktiviti “Cuba Teka Jaya”


3.4.1 Sebelum permainan bermula, murid akan dibahagikan oleh guru
kepada tiga orang murid dalam satu pasukan. Murid-murid dikehendaki
untuk memilih nama kumpulan berdasarkan negeri-negeri yang ada di
Malaysia dan memilih kata-kata semangat (Power Teaching)
menggunakan loghat yang ada pada setiap negeri kumpulan masing-
masing. Contohnya: Kumplan Kelantan menggunakan ‘Gomo Klate
Gomo’ atau Kumpulan Negeri Sembilan menggunakan ‘Hobin Jang
Hobin’.

2
3.4.2 Murid satu akan diberikan kad perkataan yang mengandungi nama
sejenis sukan. Murid 1 akan membuat gaya yang menunjukkan sukan
tersebut tanpa boleh mengeluarkan suara.
3.4.3 Murid 2 akan meneka gaya yang dibuat oleh Murid 2 kemudian
menulisnya dalam perkataan jawi diatas kad manila.
3.4.4 Murid 3 pula menyambung peranan murid 2 dengan membuat ayat
dalam tulisan jawi berdasarkan perkataan tersebut.
3.4.5 Seterusnya, murid-murid akan bersilih ganti bertukar peranan masing-
masing.

3.5 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Aktiviti Cuba Teka Jaya

Kedah Perak
Kelanta
n
Selango
Gur r
u

Melaka Negeri
Pahan
Sembila
g
n

Murid 1:
Membuat
gaya

Murid 2:
Menulis Murid 3:
perkataa Buat ayat
n

3
4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN MANUAL AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam menghasilkan manual aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan bilik darjah mesra budaya, beberapa aspek telah diambil kira sebagai faktor
untuk menjadikan aktiviti ‘Cuba Teka Jaya’ yang dipilih ini sebagai suatu aktiviti yang
berkesan kepada murid. Antara sebab atau justifikasi pemilihan aktiviti ini yang akan
dihuraikan dalam penulisan ini adalah aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi, memupuk nilai dan budaya masyarakat malaysia, aktiviti yang
mengandungi ciri pedagogi relevan budaya serta dapat menigkatkan kemahiran
bahasa dan tulisan warisan.
Sebab utama pemilihan aktiviti ini ialah aktiviti ini mampu untuk meningkatkan
kemahiran komunikasi dikalangan murid yang mana ketika melaksanakan aktiviti ini,
secara tidak langsung murid akan dapat mengasah kemahiran untuk berkomunikasi
secara non-verbal bersama rakan mereka. Hal ini kerana sewaktu melakukan aktiviti
ini, murid akan berusaha dengan sebaik mungkin agar rakan mereka memahami mesej
yang disampaikan melalui bahasa tubuh yang digayakannya. Contohnya, apabila
murid mendapat kad perkataan ‘Badminton’, murid akan membuat gaya cara bermain
badminton kepada orang yang meneka. Dengan ini, aktiviti ini akan dapat
meningkatkan persefahaman dikalangan murid dan dapat menjadikan murid saling
memahami antara mereka serta mengeratkan lagi perhubungan mereka. Komunikasi
yang dijalankan dengan sempurna dan berkesan akan menerbitkan persefahaman dari
kedua pihak iaitu penghantar dan penerima maklumat (Amir & Ahmad, 2016). Jelaslah
disini, dengan meningkatkan kemahiran komunikasi akan dapat mewujudkan bilik
darjah yang mesra budaya.
Seterusnya, menerusi pemilihan aktiviti ini akan dapat memupuk nilai dan
budaya masyarakat yang terdapat di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan apabila pada
permulaan aktiviti sewaktu pembahagian kumpulan, nama untuk setiap kumpulan akan

4
dipilih berdasarkan negeri-negeri yang ada di seluruh Malaysia. Setelah itu, murid-
murid diminta pula oleh guru untuk memilih kata-kata semangat yang menggunakan
loghat-loghat yang diambil daripada nama kumpulan masing-masing, contohnya ‘Agi
idup agi ngelaban’ yang diambil daripada kata-kata azimat pahlawan iban di Sarawak
yang bermaksud selagi bernyawa selagi itu akan bersedia berkorban. Dengan ini
secara tidak langsung murid-murid akan dapat mempelajari dan memahami budaya
bahasa etnik rakan mereka yang lain (Noriati et. al, 2014). Menurut Sharifah et. al
(2018), ciri-ciri afektif individu yang meliputi perasaan, emosi, sentimen, sikap dan nilai
perlu dibimbing dan dididik untuk membina sifat-sifat yang sihat untuk tujuan
perpaduan negara. Dalam masa yang sama murid yang berasal daripada berlainan
negeri itu juga selasa berada dalam kelas tersebut kerana berasa diraikan. Oleh itu,
dengan berpandukan rukun negara yang kelima, aktiviti ini akan dapat melahirkan
rakyat yang mendukung cita-cita negara untuk mewujudkan perpaduan antara kaum.
Seterusnya, justifikasi keatas pemilihan aktiviti ini adalah kerana aktiviti ini amat
menepati ciri-ciri pedagogi relevan budaya. Antara ciri tersebut ialah murid menjalani
aktiviti yang dijalankan bagaikan sebuah keluarga yang mana saling menyokong dan
bantu-membantu demi mencapai kejayaan dalam aktiviti tesebut (Noriati et. al, 2014).
Hal ini dapat dilihat apabila murid akan saling bantu membantu untuk meneka dan
membina ayat dalam tulisan jawi. Oleh itu, penggunaan pedagogi relevan
budayaseperti yang digunakan dalam aktiviti ini dapat memupuk sikap keterbukaan,
toleransi, hormat-menghormati dikalangan murid (Chan Tun Kuet, 2011).
Selain itu, pemilihan aktiviti ini adalah relevan dengan bilik darjah mesra budaya
adalah kerana hasil pembelajaran untuk aktiviti ini tidak hanya berfokus pada
pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya turut menekankan tentang identiti dan
warisan budaya (Noriati et. al, 2014). Melalui aktiviti ini murid dapat menghayati bahasa
rasmi, Bahasa Melayu dan budaya kebangsaan Malaysia seperti tulisan jawi.
Contohnya, walaupun aktiviti ini untuk matapelajaran Pendidikan Islam bidang jawi,
aktiviti ini juga turut disertakan unsur-unsur tambahan yang lain seperti unsur-unsur
kepelbagaian budaya, bekerjasama, bertolak ansur dan perpaduan. Menurut kajian
yang dijalankan oleh Ishak Haron dalam Ahmad Faisal & Noralina(2009), terdapat
sejumlah besar murid sekolah rendah yang masih belum dapat menguasai asas tulisan
jawi. Melalui aktiviti ini murid dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menulis jawi
dihadapan rakan-rakan. Oleh itu, melalui aktiviti ini kemahiran dan penguasaan bahasa
dan tulisan warisan dapat diperkasakan dikalangan murid dan secara tidak langsung
dapat memenuhi aspek bilik darjah mesra budaya.

5
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru
hendaklah meraikan latar budaya murid yang pelbagai agar mendapat penglibatan
murid secara menyeluruh serta isi pelajaran yang ingin disampaikan juga dapat
disampaikan dengan berkesan. Guru juga perlulah mengambil kira pandangan mereka
yang pakar dan lebih berpengalaman agar dapat mempelbagaikan lagi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Seterusnya dapat
menjadikan pengajaran yang dilaksanakan selari dengan tuntutan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

6
RUJUKAN

Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Noralina binti Abdullah. (2009). Penguasaan Tulisan Jawi
Di Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam: Kajian Di Institut Pengajian Tinggi Awam (Ipta)
Tempatan. Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 145-156.

Amir Aris & Ahmad Rozelan Yunus. (2016). Komunikasi Berkesan. Universiti Teknikal
Malaysia Melaka. Capaian daripada
https://www.researchgate.net/publication/308414649_KOMUNIKASI_BERKESAN

Chan Tun Kuet. (2011). Pedagogi Releven Budaya. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang. Capaian daripada
https://www.academia.edu/32444756/Pedagogi_Releven_Budaya_Culturally_Relavent_P
edagogy_

Kamus Pelajar (Edisi Kedua). (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Online)(www.


moe. gov. my).

Mohd Anuar Ramli. (2016). Konsep Budaya. Universiti Malaya. Capaian daripada:
https://www.academia.edu/1736613/KULIAH_1_KONSEP_BUDAYA

Mok Soon Sang (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (3rd ed.) Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid et. al (2014). Budaya dan Pembelajaran. Edisi Kemaskini. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah S.A & Zuraidah A. Majid (2017). Budaya
dan Pembelajaran. Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sharifah Nor Puteh, Nurhijrah Zakaria & Amla Salleh. (2018). Pemupukan Kesepaduan Sosial
Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Capaian
daripada
https://www.researchgate.net/publication/325247620_Pemupukan_Kesepaduan_Sosial_
Melalui_Kurikulum_Persekolahan_di_Malaysia

Yusof, N. M. (2006). Konsep pendidikan. PTS Professional.

i
LAMPIRAN

Bahan Bantu Mengajar 1: Kad Manila

Bahan Bantu Mengajar 2: Pen Marker

Bahan Bantu Mengajar 3: Kad Perkataan

ii
Contoh aktiviti ‘Cuba Teka Jaya’

iii

Anda mungkin juga menyukai