Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT

NAMA PELAJAR : AHMAD AFIQ BIN AHMAD NAZRI

ANGKA GILIRAN : 2018062340080

NO. KAD
: 990609-36-6121
PENGENALAN

PISMP MATEMATIK (SK) SEMESTER 4 AMBILAN


KUMPULAN/ UNIT :
JUN 2018
KOD KURSUS/ : PRKA 3012 PERANCANGAN PENGAJARAN DAN
NAMA KURSUS PEMBELAJARAN

TAJUK TUGASAN : TUGASAN 4: PENULISAN REFLEKTIF


PENGAJARAN MAKRO

NAMA : DR KHOO CHWEE HOON


PENSYARAH

TARIKH HANTAR : 23 MAC 2020

MARKAH KERJA
:
KURSUS

PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan fahami.

Tandatangan:___________________ Tarikh:____________________

ISI KANDUNGAN

0
Kandungan Muka Surat
BIODATA 2
PENGHARGAAN 3
1.0 Pengenalan 4
2.0 Refleksi Pengajaran Makro 5
2.1 Kekuatan-kekuatan Yang Dikenalpasti 5
2.2 Kelemahan-Kelemahan Yang Dikenalpasti 6
2.3 Cadangan Penambahbaikan 7
3.0 Kesimpulan 8
RUJUKAN 9

BIODATA

1
NAMA : AHMAD AFIQ BIN AHMAD NAZRI

NO KAD PENGENALAN : 990609-36-6121

TARIKH : 9 JUN 1999

JANTINA : LELAKI

UMUR : 21 TAHUN

BANGSA : MELAYU

AGAMA : ISLAM

POGRAM : POGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AMBILAN


JUN 2018

PENGKHUSUSAN : MATEMATIK (SK)

ALAMAT : LOT 1725, LORONG CHANGKAT KURNIA, JALAN RAJA


MUDA, 33000 KUALA KANGSAR, PERAK.

HOBI : MENGUMPUL SETEM

MOTO HIDUP : TIADA YANG MUSTAHIL

EMAIL : ustazleman@gmail.com

PENGHARGAAN

2
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PRKA 3012) ini dengan jayanya dan dihantar
pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Dr Khoo Chwee Hoon kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Beliau juga sering
memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Segala
masalah dan rasa kebingungan dapat diatasi berkat kesungguhan dan kerajinan beliau
dalam membimbing kami. Hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa dan pengorbanan
beliau dan memberikan rezeki dan kesihatan kepada beliau.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

1.0 PENGENALAN

3
Pada 3 Mac 2020, saya telah menjalankan pengajaran makro mengenai topik
pembelajaran Penukaan Unit Ukuran Jisim melibatkan Kilogaram dan Gram dalam Sukatan
Pembelajaran Matematik KSSR tahun 3, terhadap 25 orang murid dari Kelas 3 Alfa sebagai
murid-murid Tahun 3. Pengajaran makro yang dijalankan selama satu jam (60 minit)
tersebut dijalankan di bawah seliaan pensyarah kursus saya.

Pada pengajaran makro tersebut, saya telah mengajar bahagian perbincangan


berdasarkan pemerhatian dan membimbing murid untuk membuat kesimpulan pada
peringkat penstrukturan semula idea, membincangkan lembaran kerja dan kepentingan-
kepentingan penyejatan dalam kehidupan seharian kita di bawah peringkat aplikasi idea,
dan seterusnya membuat penutup akademik dan menguji kefahaman murid untuk peringkat
Refleksi. Borang-borang maklum balas telah kami edarkan kepada guru-guru pelatih untuk
menilai dan memberikan komen mereka terhadap kami sepanjang kami menjalankan
pengajaran makro tersebut.

Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan


pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya
melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar. Terdapat banyak perkara yang telah
saya pelajari daripada pengajaran makro ini. Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan
kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan
pengajaran makro, memberikan cadangan-cadangan penyelesaian untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan yang telah saya kemukakan, serta proses-proses dan perasaan
semasa menjalankan pengajaran makro berdasarkan rakaman, maklum balas rakan-rakan
sebaya, dan pensyarah.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

4
2.1 KEKUATAN-KEKUATAN YANG DIKENALPASTI

Sepanjang melaksanakan pengajaran makro, saya dapat mengurus dan mengawal


bilik darjah dengan teratur dan berkesan. Hal ini adalah disebabkan oleh peraturan
bilik darjah yang saya kenakan kepada murid-murid dan prosedur yang betul telah
dibertahu sekiranya ingin menjawab soalan dan melakukan kerja dalam kumpulan
untuk mengawal keadaan dalam bilik darjah. Contohnya, apabila ingin melakukan
aktiviti berkumpulan semasa menggunakan resos KGG Converter, murid-murid telah
diberitahu dan ditetapkan lebih awal kumpulan masing-masing mengikut kumpulan
yang telah disediakan. Menurut Haliza dan Joy (2009), pengurusan bilik darjah
merujuk kepada semua tindakan guru semasa mengendalikan kelas supaya dapat
mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk mengalakkan pembelajaran
yang berkesan. 

Selain itu, penggunaan pelbagai media bahan bantu mengajar, iaitu slaid-
slaid power point dan juga video, serta lembaran kerja yang menarik yang telah saya
gunakan semasa menjalankan pengajaran makro juga membolehkan murid
mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran, menyebabkan mereka
sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P, dan membolehkan
mereka lebih mengingati kandungan pembelajaran yang telah kita ajar. Bahan bantu
mengajar iaitu KGG Converter telah menarik minat murid untuk mengunakannya
bahkan meningkatkan kefahaman murid dalam topik penukaran unit Jisim. Lembaran
kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran makro yang berjaya
dan mengetahui kemajuan kefahaman murid serta pengukur kepada pencapaian
objek pembelajaran.

Pelbagai teori, kaedah, dan teknik juga saya aplikasikan semasa


menjalankan pengajaran makro tersebut. Antaranya ialah teknik penyoalan, semasa
saya bertanya soalan terhadap murid-murid saya. Selain itu, kaedah pembelajaran
koperatif juga telah saya gunakan apabila saya meminta murid-murid berbincang
untuk mendapat satu jawapan yang dipersetujui menggunakan KGG Converter
dalam kumpulan. Menurut Tay (2000), pembelajaran koperatif bermaksud
sekumpulan murid bekerjasama belajar dalam kumpulan kecil bagi mencapai
matlamat pendidikan yang dikongsi bersama.

5
2.2 KELEMAHAN-KELEMAHAN YANG DIKENALPASTI

Semasa melihat semula rakaman pengajaran makro saya, saya juga mendapati
bahawa saya selalu menggunakan perkataan “Ah” apabila saya sedang berfikir atau
semasa mengadakan interaksi dengan murid-murid. Saya sedar bahawa
penggunaan perkataan-perkataan yang tidak diperlukan dengan terlalu kerap seperti
ini akan mengganggu kelancaran dan proses pelaksanaan pengajaran-
pembelajaran. Namun, ia memerlukan satu tempoh masa yang agak panjang untuk
saya berubah memandangkan ia sudah menjadi sebahagian daripada tabiat saya
semasa bercakap.

Aspek kelemahan lain yang dapat saya kenalpasti semasa menonton semula
rakaman pengajaran makro saya ialah saya seperti mengabaikan soalan dan
pendapat yang dilontarkan dari sesetengah murid. Keadaan ini mungkin
menyebabkan murid beranggapan bahawa guru ini adalah sukar untuk didekati dan
hanya selesa apabila berada di tempat tersebut. Murid-murid juga akan beranggapan
bahawa guru tersebut hanya memberi respons kepada jawapan yang betul sahaja
dan meminggirkan jawapan yang kurang atau tidak tepat Lantas mereka pun mula
kurang memberikan fokus dan mula membuat kerja mereka sendiri. Walaupun saya
tidak sedar bahawa saya tidak memberi respons secara kesuluruhan semasa
mengajar, namun, aspek ini begitu ketara dan jelas kelihatan apabila saya melihat
semula pengajaran makro saya.

Daripada borang-borang maklum balas rakan-rakan yang telah kami


kumpulkan, saya mendapati bahawa terdapat sesetengah guru pelatih yang
merasakan bahawa kadar percakapan saya adalah terlalu cepat. Keadaan ini
mungkin akan menyebabkan murid-murid tidak dapat mendengar apa yang hendak
saya sampaikan semasa mengajar. Kesannya, murid-murid mungkin akan tertinggal
dalam pelajaran atau gagal melakukan apa-apa perkara yang telah saya arahkan.
Maklum balas pertama saya selepas saya mendapat tahu perkara ini ialah: Adakah
pernyataan ini benar? Ataupun tanggapan sesetengah orang sahaja? Selepas
mengimbas kembali apa yang berlaku semasa pengajaran makro, saya juga
mendapati masalah yang sama. Oleh itu, ini memberikan satu kesedaran kepada
saya bahawa apabila saya mengajar kelak, saya perlu bercakap pada kadar yang
sesuai dengan tahap kognitif murid-murid dan pastikan bahawa setiap murid faham
akan apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya.

6
2.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan sepanjang melaksanakan


pengajaran makro, saya perlulah mencuba untuk mengurangkan penggunaan istilah
“Ah” semasa berfikir atau semasa berinteraksi dengan murid-murid. Apabila saya
berfikir panjang, bukan sahaja perkataan “Ah” sahaja, malah perkataan-perkataan
seperti “lah”, “kah”, “ya”, “eh”, dan sebagainya juga haruslah saya kurang sebanyak
yang mungkin. Dengan mengurangkan percakapan seperti ini, saya percaya bahawa
saya akan dapat menyampaikan kandungan saya dengan lebih lancar dan ia akan
lebih mempamerkan sifat profesional saya sebagai seorang guru yang mulia dan
beretika.

Pada pengajaran makro, saya akan mencuba untuk melayan dan memberi
respons kepada jawapan dan pendapat dari semua murid supaya tiada murid yang
berasa kecil hati dan mula menunjukkan tidak minat untuk melibatkan diri dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan inisiatif dan penambahbaikan unutk
lebih memberi perhatian dan fokus kepada keseluruhan murid nescaya mampu
menarik perhatian murid dan menyebabkan mereka fokus kepada pembelajaran
tanpa berani melakukan apa-apa perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran.

Di samping itu, saya juga akan mencuba untuk mengawal kadar pertuturan
saya agar tidak terlalu cepat atau terlalu perlahan. Mungkin saya boleh berhenti
seketika untuk membolehkan murid-murid memikir sejenak apa yang telah saya
sampaikan atau bertanya kepada murid-murid sama ada mereka faham atau dapat
mengikuti pelajaran sebelum saya meneruskan topik pembelajaran yang seterusnya.
Dengan cara ini, saya dapat memastikan bahawa tiada murid yang tidak faham atau
tertinggal pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

7
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara yang tidak dapat saya pelajari
dalam kuliah daripada pengajaran makro ini. Ini memberikan keyakinan yang sangat tinggi
kepada saya bahawa saya akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila saya
menjalankan praktikum semester depan kelak. Saya berharap bahawa saya mampu
melakukan yang terbaik pada pengajaran yang seterusnya.

8
RUJUKAN

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia


Sdn. Bhd.

Tay, L. K. (2000, November). Kaedah Pembelajaran Koperatif: Ke Arah Pembelajaran


Bacaan

Anda mungkin juga menyukai