Anda di halaman 1dari 21

SEMESTER 2 SESI 2019/2020

KPD3026

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2

KAJIAN TINDAKAN

PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP YANG BERKESAN DALAM MENILAI


PEMAHAMAN MURID TINGKATAN 1 DALAM TAJUK GARIS DAN SUDUT

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

NORASNINA BT MOHD ARNI D20172080303

KUMPULAN : AT14C
NAMA PENSYARAH : DR. HAMIZA BINTI ADENAN
ISI KANDUNGAN

Muka surat

PENGHARGAAN 1

ABSTRAK 2

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 3

2.0 FOKUS KAJIAN 4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 5

4.0 KUMPULAN SASARAN 5

5.0 REKA BENTUK KAJIAN 6

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 TINJAUAN MASALAH 7

6.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 9

6.3 TINDAKAN YANG DIRANCANG 12

7.0 KESIMPULAN 13

BIBLIOGRAFI 14

LAMPIRAN 15
PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kajian

tindakan ini. Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya mendapat sokongan dan kerjasama

yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak. Kesempatan ini saya ambil bagi merakamkan

setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan.

Pertamanya, jutaan terima kasih kepada pensyarah KP3026, Dr. Hamiza binti Adenan

yang begitu bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan kajian saya serta tidak putus-

putus memberi sokongan yang padu. Rujukan, panduan dan contoh yang diberikan amat

membantu dalam menyiapkan kajian tindakan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

KPD3026 yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan menjawab segala persoalan yang ditanya

tanpa rasa jemu. Mereka juga telah terlibat dalam kajian ini sebagai kumpulan sasaran dan

kerjasama yang tinggi dalam menjayakan kajian ini. Akhir sekali penghargaan dan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada keluarga tercinta, sokongan moral dan

kasih sayang kalian merupakan dorongan yang sangat tinggi nilainya bagi mencapai kejayaan

ini.

Allah S.W.T. jua yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.

1
TAJUK • Menyatakan hala tuju, /ndakan dan sasaran kajian.
PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP YANG BERKESAN DALAM
MENILAI PEMAHAMAN MURID TINGKATAN 1 DALAM
TAJUK GARIS DAN SUDUT

OLEH:
NORASNINA BINTI MOHAMAD ARNI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TIDAK PERLU
ABSTRAK

Pengajaran dan pembelajaran bagi topik garis dan sudut khususnya berkaitan pada jenis-
jenis sudut berserta sifatnya mendapati bahawa murid masih mengalami kekeliruan untuk
mengenal pasti jenis dan sifat sudut. Kajian ini dijalankan untuk memperbaiki kelemahan
kemahiran menutup guru dalam menilai permahaman murid dalam tajuk garis dan sudut
Tingkatan 1. Seramai 28 orang mahasiswa/i jazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik,
seorang guru pelatih dan seorang pensyarah terlibat dalam kajian ini. Proses mikropengajaran
pada fasa penutup merupakan proses utama pada kajian ini. Tinjauan awal dilaksanakan
melalui pemerhatian video mikropengajaran, borang ‘Exit Ticket’ kepada kumpulan sasaran
dan komen dengan kumpulan sasaran dan pensyarah menggunakan borang penilaian fasa
penutup mikropengajaran. Analisis kajian ini menggunakan analisis kualitatif iaitu kesimpulan
berdasarkan pemerhatian video, borang ‘Exit Ticket’ dan borang penilaian fasa penutup
mikropengajaran. Keputusan daripada tinjauan yang dilakukan telah menunjukkan bahawa
proses penutup guru pelatih masih lagi lemah di mana guru pelatih mengambil masa yang
lama untuk membuat kesimpulan melalui peta i-Think. Melalui borang ‘Exit Ticket’
menunjukkan bahawa penggunan peta i-Think sesuai untuk pembelajaran jenis dan sifat
sudut.

2
REFLEKSI • Menilai kembali amalan pengajaran yang lalu.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi mata pelajaran Matematik

dalam topik garis dan sudut berkaitan jenis-jenis dan sifat-sifat sudut, saya dapati bahawa

terdapat hasil pembelajaran ditetapkan tidak semuanya tercapai kerana kelemahan saya

dalam fasa penutup. Saya mengambil masa yang terlalu lama untuk menjalankan fasa

penutup dan aktiviti yang dijalankan tidak sesuai bagi fasa penutup. Dalam pengajaran

tersebut, saya gagal untuk mendapatkan pandangan daripada pelajar terhadap pengajaran

dan pembelajaran topik garis dan sudut. Hal ini kerana aktiviti sebelumnya mengambil masa

yang agak lama dan kesuntukan untuk menjalankan aktiviti ‘Exit Ticket’. Oleh itu saya

meminta pelajar untuk membantu saya mengedarkan borang ‘Exit Ticket’ pada awal fasa

penutup dan mengembalikannya kepada saya selepas PdPc. Penerangan contoh jenis dan

sifat sudut dalam kehidupan seharian merupakan punca utama mengambil yang lama.

Selain itu, sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan saya mempercayai

bahawa saya telah berjaya untuk merumuskan jenis dan sifat sudut menggunakan peta i-

Think iaitu peta buih. Saya telah mengedarkan lembaran peta buih kepada pelajar dan alat

bantu mengajar yang melibatkan peta buih untuk melengkapkan peta buih bersama-sama

pelajar. Melalui pemerhatian pada aktiviti berkumpulan di mana setiap kumpulan berbincang

untuk memadankan jenis sudut pada sifatnya. Saya mendapati bahawa pelajar telah berjaya

untuk mengenal pasti dan membanding beza jenis dan sifat sudut menggunakan peta buih.

Hal ini kerana apabila saya “menanyakan adakah kumpulan tersebut memadankan jenis dan

sudut dengan betul” dan mereka semua menjawab “betul”. Oleh itu, saya mampu untuk

mengenalpasti pelajar memahami perkara yang di ajar.

Kelemahan saya dalam merumuskan pembelajaran pada fasa penutup ini berjaya

dikesan melalui pemerhatian video yang telah dirakam semasa pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Selain itu, kelemahan semasa sesi penutup dijalankan juga dapat dikenalpasti

melalui borang penilaian yang disediakan oleh pensyarah KPD3026 kepada barisan juri

3
bersama-sama pensyarah sendiri. Pensyarah mengatakan bahawa saya kreatif dalam

mengajar topik garis dan sudut, namun saya mengambil masa yang lama dan aktiviti yang

dijalankan tidak sesuai pada fasa penutup. Komen daripada juri juga mengatakan hal yang

sama seperti pensyarah tetapi penggunaan peta i-Think merupakan satu tindakan yang bagus

dalam merumuskan pembelajaran.

• Menentukan tema/isu kepriha1nan kajian


• Merumuskan masalah yang dikenalpas1
FOKUS KAJIAN daripada refleksi PdP.
2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN

Berdasarkan kajian Fakhrul Anwar (2019) menyatakan bahawa isu keprihatinan merupakan

satu perkara yang diutamakan dalam kajian ini. Isu yang dinyatakan adalah proses

mengenalpasti masalah yang terdapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu

topik. Kelemahan atau masalah yang dikenalpasti adalah saya mengambil masa yang lama

dan aktiviti yang tidak bersesuaian pada fasa penutup. Kemahiran menutup merupakan

kemahiran yang diaplikasikan pada penghujung sesi pengajaran untuk merumuskan perkara

yang dipelajari dan menilai kefahaman murid-murid tentang topik pengajaran.

Kemahiran menutup pengajaran terbahagi kepada dua iaitu aspek kognitif dan aspek

sosial. Aspek kognitif adalah melihat semula atau memperkukuh dan meringkaskan hasil

pembelajaran. Selain itu, ianya juga adalah untuk menilai kefahaman pelajar melalui beberapa

soalan yang diajukan pada pelajar. Aktiviti penggunaan peta i-Think untuk meringkaskan

jenis-jenis dan sifat-sifat sudut merupakan aspek kognitif. Pada aktviti ini, proses penilaian

kefahaman pelajar dijalankan melalui kaedah perbincangan dan soal jawab. Aktiviti ini juga

bertujuan untuk jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Seterusnya, aspek kemahiran menutup pengajaran yang kedua adalah aspek sosial.

Kajian Noraini & Shukri (2009) menyatakan bahawa kemahiran menutup aspek sosial pula

dilakukan untuk menimbulkan rasa penguasaan dalam diri pelajar, perasaan mencapai

kejayaan dan motivasi pelajar serta memberikan peneguhan positif kepada pelajar. Bagi

menilai dari aspek sosial, saya menggunakan borang “Exit Ticket” di mana saya menanyakan

4
“apakah perkara yang anda pelajari hari ini”. Saya juga memberi pilihan menggunakan emoji

muka bahawa apakah perasaan murid mengenai perkara yang telah dipelajari. Sebelum

mengakhiri pengajaran dan pembelajaran, saya juga menanyakan adakah pelajar berasa

seronok dengan pembelajaran hari ini.

• Menyatakan objek-f umum dan objek-f khusus.


OBJEKTIF • Objek-f umum terdiri daripada:
3.0 OBJEKTIF KAJIAN i) hala tuju,
ii) -ndakan
iii) sasaran kajian
3.1 Objektif Umum • Objek-f khusus hendaklah boleh diukur.

Objektif umum kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk memperbaiki kelemahan

saya dalam fasa menutup pada sesi pengajaran yang seterusnya bagi memastikan

murid berupaya untuk merumuskan pengajaran dengan mudah dan jelas.

3.2 Objektif Khusus:

Objektif khusus bagi kajian tindakan ini adalah:

3.2.1 Meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam menggunakan kemahiran

menutup pengajaran.

3.2.2 Meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam menarik minat murid terhadap

sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.2.3 Mengubah cara pengajaran guru pelatih yang lebih menarik dan berkesan.
*PERLU TAMBAH:

PERSOALAN KAJIAN • Menyatakan soalan kajian yang selari dengan objek3f kajian.

4.0 KUMPULAN SASARAN PESERTA KAJIAN


• Menyatakan bilangan responden/peserta, instrumen dan proses kesahan yang
dijalankan.
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 28 orang mahasiswa/i Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan yang mengambil kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2

(KPD3026).

5
REKA BENTUK KAJIAN • Kerangka teori/model yang dinyatakan adalah berkaitan dengan fokus kajian.
5.0 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kajian tindakan. Kajian tindakan adalah

satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal

pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi itu sendiri (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2008). Terdapat pelbagai definisi kajian tindakan yang telah

dikemukakan oleh pakar-pakar kajian tindakan. Dalam kajian ini, saya menggunakan model

Kemmis dan McTaggart (1988)

Kemmis dan McTaggart menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu bentuk

inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, bertujuan untuk meningkatkan

kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri.

Langkah-langkah model Kemmis dan McTaggart (1988) dinyatakan pada rajah 1. Model

tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti

berikut:

i. Mereflek (Reflect)

ii. Merancang (Plan)

iii. Bertindak (Action)

iv. Memerhati (Observe)

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

6
Rajah 1 menunjukkan kajian tindakan dijalakan melalui tiga proses bagi setiap dua

gelung. Proses pertama adalah guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran

dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kedua, guru menyediakan perancangan untuk

mengatasi masalah atau kelemahan yang dihadapi. Ketiga, guru melaksanakan perancangan

yang telah dihasilkan dan dalam proses pelaksanaanya guru memerhati kemajuan tindakan

yang dijalankan itu. Bagi penulisan refleksi pula, berikut merupakan tujuan refleksi:

i. Memahami sesuatu masalah yang timbul dalam pengajaran

ii. Memahami sebab masalah tersebut timbul

iii. Mengetahui tahap keseriusan masalah yang dihadapi

iv. Memahami pelaku yang menyebabkan masalah terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam permasalahan itu.

Keseluruhan pelaksanaan kajian tindakan tersebut disifatkan sebagai Gelungan Pertama

(Cycle 1) dan jika masalah yang timbul tidak dapat ditangani, maka guru memulakan proses

semula pada Gelungan Kedua (Cycle 2). Kebolehan penggunaan merujuk model Kemmis dan

McTaggart (1988) ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada pengakhiran dalam sesuatu

proses yang hendak dilaksanakan.

CONTOH INI TIDAK MENUNJUKKAN KAEDAH ANALISIS DATA


6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
6.1 Tinjauan Masalah ANALISIS DATA
• Menghuraikan secara tersusun tata cara 0njauan awal dilaksanakan.
• Menggunakan kaedah analisis data yang bersesuaian dengan data yang diperoleh
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat

awal bagi kajian ini. Contohnya adalah seperti berikut:

a) Pemerhatian Video

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian video dalam kajian ini. Saya telah

merakam proses pengajaran dan pembelajaran fasa menutup pengajaran untuk

memerhati tingkah laku pelajar yang saya tidak sedar semasa menjalani pengajaran.

Melalui pemerhatian tersebut saya mendapati bahawa semua pelajar saya terlibat

7
secara aktif dan mendengar arahan yang saya berikan. Ketika beberapa murid pada

awal video yang membantu saya mengedarkan ‘Exit Ticket’, saya mendapati ada

segelintir pelajar yang berborak-borak dan mengacau pelajar yang lain. Akan tetapi,

sapanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlansung, murid memberi tumpuan

dan minat sepenuhnya kepada saya.

b) Borang ‘Exit Ticket’

Kaedah lain yang saya gunakan ialah menggunakan borang ‘Exit Ticket’. Soalan yang

diajukan dalam borang tersebut adalah ‘apakah perkara yang anda pelajari hari ini?’.

Soalan ini ditanya untuk mengenalpasti sama ada murid mengetahui dan memahami

yang dipelajari bagi topik garis dan sudut. Guru pelatih juga meminta pelajar untuk

membulatkan emoji muka tentang perasaan pelajar mempelajari topik garis dan sudut

tersebut. Secara tidak langsung, guru juga mengemukakan soalan secara lisan

semasa aktiviti peta i-Think dijalankan. Berdasarkan soalan yang diajukan, saya

mendapati bahawa murid lebih memahami perbezaan jenis dan sifat bagi setiap sudut.

c) Borang Penilaian Fasa Penutup Mikropengajaran

Melalui orang penilaian fasa penutup mikropengajaran ini, saya dapat mengenalpasti

kelemahan yang saya hadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara

yang dinilai oleh pensyarah dan barisan juri adalah aspek kognitif, aspek sosial dan

kewujudan motivasi. Bagi aspek kognitf, ciri-ciri adalah seperti berikut:

i. Guru membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman murid-

murid.

ii. Guru menggunakan prosedur dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif-

objektif pelajaran/ pembelajaran murid.

iii. Perhubungan antara penutup dan bahagian penting pelajaran adalah jelas

kepada murid-murid serta murid-murid digalakkan mengemukakan soalan-

soalan tambahan yang berkaitan.

8
iv. Guru mencadangkan aktiviti-aktiviti susulan.

Perkara yang kedua adalah, aspek sosial iaitu adakah guru mewujudkan perasaan

pencapaian dan kejayaan, misalnya melalui pujian dan galakan kepada murid.

Terakhir sekali, kewujudan motivasi dinilai melalui:

i. Kemesraan dan penuh semangat

ii. Rasa ingin tahu

iii. Unsur-unsur yang menghairankan

iv. Aktiviti susulan

CONTOH INI HANYA MENERANGKAN DENGAN SOKONGAN LITERATUR


TETAPI TIADA MEYIMPULKAN DATA DARIPADA DAPATAN TINJAUAN AWAL

DAPATAN DATA
6.2 Analisis Tinjauan Masalah KESIMPULAN DATA
• Menerangkan dengan sokongan literatur berkaitan data 2njauan awal yang telah dianalisis.
• Menyimpulkan data daripada dapatan 2njauan awal.
Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang

menyebabkan kelemahan yang saya hadapi dalam proses menutup pengajaran. Analisis

kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif. Data yang telah dikumpul

perlu dianalisis untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi. Kementerian

Pendidikan Malaysia (2008) menyatakan antara masalah-masalah yang diberi tumpuan

adalah:

i. Masalah yang mengongkong kemajuan pembelajaran murid.

ii. Masalah yang menjadi penghalang kepada kepada keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran

iii. Masalah yang memerlukan tindakan penyelesaian segera.

Wayan Suwendra (2018) menyatakan bahawa analisis kualitatif adalah satu prosedur yang

menghasilkan data deskriptif melalui penulisan atau lisan daripada penilai kajian.

6.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi

berdasarkan tingkah laku murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

9
berlangsung. Hasil daripada pemerhatian video yang saya jalankan sebelum

memulakan aktiviti terdapat segelintir pelajar yang berborak, bermain dan

manganggu pelajar yang lain. Namun, sepanjang aktiviti berlangsung, pelajar

memberi tumpuan sepenuhnya kepada saya. Mereka bersungguh-sungguh untuk

mendengar penerangan saya. Semua pelajar terlibat secara aktif dalam

pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan. Akan tetapi, terdapat beberapa murid

yang menguap dan menunjukkan ekspresi muka yang tidak ceria dan tertarik pada

proses pembelajaran dan pengajaran.

Kajian Mohd Uzi Dollah (2007) menyatakan bahawa nilai pengajaran guru

matematik adalah merupakan kecenderungan seseorang guru matematik tentang

bagaimana sepatutnya atau tidak sepatutnya mereka bertindak atau kecenderungan

seseorang guru matematik melakukan sesuatu perkara dalam proses pengajaran di

bilik darjah. Oleh itu, analisis pemerhatian video dijalankan untuk saya bertindak

merancang fasa menutup perancangan yang lebih baik pada masa yang akan

datang.

6.2.2 Borang ‘Exit Ticket’

Guru pada abad ke-21 bukanlah seorang guru yang mahir dalam setiap topik dalam

kurikulum tetapi seorang guru yang mempelajari sesuatu topik bersama-sama

dengan pelajar melalui kaedah pembelajaran abad ke-21 (Siti Zubaidah, 2016).

Kaedah PAK21 sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah

penggunaan peta i-Think dan ‘Exit Ticket’. Analisis kajian melalui borang ‘Exit Ticket’

menunjukkan bahawa pelajar mampu menyatakan apa yang dipelajari dalam bilik

darjah. Terdapat juga pelajar menyatakan bahawa dia memahami topik garis dan

sifat sudut dengan lebih jelas dan mudah menggunakan peta i-Think. Kebanyakan

pelajar membulatkan pilihan emoji muka pada muka yang paling seronok.

10
6.2.3 Borang Penilaian Fasa Penutup Mikropengajaran

Hasil daripada perbincangan dan komen daripada barisan juri dan pensyarah

berkaitan kekuatan dan kelemahan saya dalam pembelajaran, pensyarah

menyimpulkan bahawa pengajaran saya masih kurang pada fasa menutup

pengajaran. Berikut merupakan borang penilaian fasa menutup mikropengajaran

yang dirujuk dan diubahsuai daripada kajian Fakhrul Anwar (2019).

Bil. Perkara yang dinilai Catatan

1 Aspek Kognitif  Aktiviti yang dijalankan

a) Rumusan dan perkaitan berhubung tidak sesuai (aktiviti boleh

dengan pengalaman murid. digunakan pada fasa

b) Prosedur dan aktiviti yang sesuai menerang)

c) Perhubungan antara penutup dan  Mengambil masa yang

bahagian penting pelajaran. lama.

d) Murid digalakkan mengemukakan  Penggunaan peta i-Think

soalan. untuk merumuskan jenis

dan sifat sudut.

 Guru kreatif dalam

membuat aktiviti.

 Murid digalakkan untuk

bertanya soalan

2 Aspek Sosial  Mrmberi galakan dan

a) Menimbulkan perasaan pencapaian pujian kepada kumpulan

pelajar. yang memadankan jenis

b) Memberi peneguhan positif. dan sifat sudut dengan

c) Mewujudkan perasaan ingin tahu. betul.

11
d) Memotivasikan perasaan ingin  Memberi tepukan kepada

belajar. pelajar.

e) Mengaitkan dengan pelajaran yang  Tidak mengaitkan dengan

akan datang. pembelajaran yang akan

datang.

3 kewujudan perasaan pencapaian dan  Menunjukkan kemesraan

kejayaan dan mengajar penuh

a) Mewujudkan perasaan ingin tahu. semangat. (suara jelas)

b) Aktiviti-aktiviti susulan.  Mempunyai aktiviti

c) Kemesraan dan penuh semangat. susulan iaitu memberikan

kerja rumah.

REFLEK • Merancang tindakan


SI susulan untuk
6.3 Tindakan yang Dirancang
penambahbaikan.

Daripada tinjauan yang telah dibuat berdasarkan kelemahan guru dalam fasa menutup

pengajaran yang menyebabkan guru pelatih mengambil masa yang lama dan kesuntukkan

masa, saya mengambil inisiatif untuk rancangan pengajaran harian yang seterusnya dengan

menggunakan kaedah penerangan kesimpulan yang relevan, cepat dan mudah difahami

berkenaan topik yang diajar. Saya tetap menggunakan peta i-Think dan borang ‘Exit Ticket’

tetapi cara pelaksanaan yang berbeza.

6.3.1 Aktiviti 1

Saya memulakan pembelajaran pada hari seterusnya dengan menggunakan bahan

bantu mengajar yang sama tetapi cara pelaksanaan berbeza.

a) Aktiviti melibatkan semua pelajar yang membentuk kumpulan terdiri daripada 4

orang pelajar.

b) Setiap kumpulan akan diberikan kad yang tertulis jenis-jenis sudut .

12
c) Pelajar dikehendaki untuk memadankan jenis-jenis pada sifat-sifatnya yang betul

menggunakan peta i-Think yang telah ditampal papan putih.

d) Guru akan berbincang bersama-sama pelajar dan menanyakan sama ada

jawapan yang dinyatakan betul atau tidak.

e) Menggalakkan murid untuk mengemukakan soalan yang ingin diajukan.

6.3.2 Aktiviti 2

Saya meneruskan lagi pembelajaran pada hari seterusnya dengan langkah inisiatif

kedua iaitu dengan menyediakan borang ‘Exit Ticket’ dan kertas undi untuk memilih

pelajar mengemukakan pandangan dan perasaan terhadap apa yang telah dipelajari.

a) Permulaan aktiviti ini adalah guru akan mengedarkan borang ‘Exit Ticket’ yang

telah ditulis nombor 1 hingga 28 pada belakang kertas sebgai kertas undi. Borang

tersebut diedarkan kepada semua pelajar.

b) Guru akan memanggil tiga nombor dan meminta pelajar untuk mengemukakan

perasaan yang dipelajari pada hari tersebut.

c) Pelajar memulangkan borang ‘Exit Ticket’ kepada guru dan mencatat kerja rumah

yang diberikan oleh guru.

• Mensintesis perubahan dalam 2njauan awal.


7.0 REFLEKSI KAJIAN REFLEKSI
• Menilai kembali kesan 2njauan awal.

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membantu saya untuk memperbaiki kelemahan saya

pada proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hal ini kerana melalui kajian ini saya

dapat mengenalpasti kelemahan, kekuatan dan perkara-perkara yang perlu ditambahbaik

untuk memastikan proses fasa menutup pengajaran yang seterusnya berjalan dengan lancar

dan tidak memakan masa yang lama.

13
Namun begitu, setelah meneliti kelemahan pada mikropengajaran fasa menutup dan

setelah mendengar segala perbincangan dan komen dari pensyarah serta bimbingan rakan-

rakan yang lain, saya dapat merangka semula rancangan pengajaran untuk sesi pengajaran

dan pembelajaran yang seterusnya. Terdapat masih banyak kelemahan yang saya kenalpasti

secara langsung dan tidak langsung melalui analisis pemerhatian video, borang ‘Exit Ticket’

dan borang penilaian fasa menutup pengajaran mikropengajaran. Hasil daripada analisis

kesemua tinjauan masalah, saya dapat merumuskan bahawa kelemahan utama saya adalah

aktiviti yang digunakan tidak sesuai untuk menutup pengajaran dan mengambil masa yang

agak lama daripada masa yang telah ditetapkan.

Oleh itu, saya perlu memikirkan perancangan yang lebih elok untuk mengurangkan

faktor masa yang berlebihan sehingga maslaah ini dapat diselesaikan. Hal yang sedemikian,

saya telah memilih model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan utama untuk saya

memperbaiki kelemahan pada gelungan kedua (Cycle 2). Antara sebab lain model ini dipilih

adalah proses memperbaiki masalah sentiasa berlanjutan dan tiada pengakhiran dalam

sesuatu proses yang hendak dilaksanakan.

14
BIBLIOGRAFI

Fakhrul Anwar Mohd Sabri. (2019). Penggunaan kemahiran membuat penutup dalam

pengajaran dan pembelajaran. Asian Education Action Research Journal, 8, 9-16.

Diperoleh daripada

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/ESSS/article/view/3269/2252.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan: Edisi Ketiga.

Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM.

Mohd Uzi Dollah. (2007). Penerapan nilai dalam pengajaran guru matematik sekolah

menengah: satu kajian kes (Tesis Doktor Falsafah). Diperoleh daripada

http://eprints.usm.my/29418/1/Penerapan_nilai_dalam_pengajaran_guru_matematik_

sekolah_menengah-.pdf.

Siti Zubaidah. (2016). Keterampilan abad ke-21: keterampilan yang diajarkan melalui

pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/3

18013627_KETERAMPILAN_ABAD_KE21_KETERAMPILAN_YANG_DIAJARKAN_

MELALUI_PEMBELAJARAN.

Wayan Suwendra. (2018). Metodologi penelitian kualitatif dalam ilmu sosial, pendidikan,

kebudayaan dan keagamaan. Bandung, Bali: Nilacakra.

15
LAMPIRAN

1) VIDEO FASA PENUTUP MIKROPENGAJARAN

Link video mikropengajaran:

https://drive.google.com/file/d/1IKhJvYtOUPFyC2c2PBGD1G2crIxxSlT1/view?u

sp=drivesdk

16
2) LAMPIRAN PETA I-THINK (PETA BUIH)

17
3) BORANG ‘EXIT TICKET’

18
4) BORANG PENILAIAN FASA PENUTUP MIKROPENGAJARAN

19

Anda mungkin juga menyukai