Anda di halaman 1dari 13

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENCETUSAN IDEA DALAM MENYATAKAN NILAI DAN


PENGAJARAN NOVEL BAHASA MELAYU MELALUI APLIKASI ‘PLOTAGON’

ROKIAH BINTI HASHIM


SMK BUKIT JANA, KAMUNTING
PERAK DARUL RIDZUAN
KANDUNGAN

Abstrak

1.0 Latar Belakang Kajian 2


2.0 Fokus Kajian/ Isu Keprihatinan 3
3.0 Objektif Kajian 3
3.1 Objektif Am
3.2 Objektif Khusus
4.0 Kumpulan Sasaran 4
5.0 Pelaksanaan Kajian 4
5.1 Tinjauan Awal Masalah 4
5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5
5.3 Tindakan Yang Dijalankan 6
5.4 Aplikasi Plotagon 6
5.5 Pelaksanaan Tindakan 7
5.6 Refleksi Kajian Tindakan 10

6.0 Cadangan Kajian Tindakan 11

7.0 Kesimpulan 11

Rujukan

1
MENINGKATKAN PENCETUSAN IDEA DALAM MENYATAKAN NILAI DAN
PENGAJARAN NOVEL BAHASA MELAYU MELALUI APLIKASI ‘PLOTAGON’

Disediakan oleh;
Rokiah Binti Hashim
SMK Bukit Jana, Kamunting
Perak Darul Ridzuan

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menguasai aspek seni bahasa yang merupakan
satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sampel kajian melibatkan seramai 12
orang murid di SMK Bukit Jana, Kamunting, Perak. Pengkaji memfokuskan kepada aspek
seni bahasa dalam Dokumen Standard Kandungan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2.
Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid lemah dalam
menyatakan nilai serta pengajaran novel yang dikaji. Oleh itu, aplikasi Plotagon digunakan
oleh guru sebagai galakan untuk murid mencetuskan idea berkenaan nilai dan pengajaran
dalam pengajaran aspek seni bahasa. Aplikasi ini memerlukan guru menghasilkan video
animasi yang disunting berpandukan plot novel mengikut bab yang tertentu. Video animasi
yang siap dihasilkan akan ditayangkan di hadapan kelas untuk tontonan murid lain. Murid
tersebut lebih bersikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif apabila berupaya
menyatakan nilai dan pengajaran dengan betul setelah kaedah ini diguna pakai. Bahkan murid
dilihat berupaya menjadi lebih kolaboratif apabila menggunakan aplikasi ini.

1.0  LATAR BELAKANG KAJIAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan secara berperingkat mulai


tahun 2017 bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 (KPM 2013). Menurut KPM (2016b), kurikulum baharu berasaskan
standard ini mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard
Prestasi yang didokumenkan sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP). Kajian ini mempunyai hubungan langsung dengan kehendak KPM menerusi DSKP
dan kaitannya dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dinilai melakui murid menerusi
aspek seni bahasa

2
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Secara khususnya, DSKP Bahasa Melayu terdiri
daripada lima kemahiran bahasa iaitu, kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
menulis, kemahiran membaca, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Aspek seni bahasa
merupakan rangkuman kemahiran memahami dan mengapresiasi karya prosa dan puisi
melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) Komponen Sastera (KOMSAS), serta
penguasaan bahasa kiasan. Melalui seni bahasa, murid diajar untuk mencipta, menghasilkan
dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre melalui lisan dan penulisan dalam
pelbagai teknik yang menarik. Oleh itu, pengkaji memilih aplikasi Plotagon sebagai kaedah
agar murid dapat memahami dan menghayati nilai dan pengajaran yang terkandung dalam
novel kajian, iaitu “Jalan ke Puncak” karya Juri Durabi.

2.0  FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Pengkaji memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal, didapati bahawa 12 orang murid
ini tidak berupaya menyatakan dan menghuraikan nilai dan pengajaran berserta contoh
peristiwa yang sesuai secara lisan dan penulisan. Oleh yang demikian, pengkaji terpanggil
untuk membantu 12 orang murid ini mencetuskan idea secara konstruk untuk menyatakan
dan menghuraikan nilai dan pengajaran berserta contoh peristiwa yang sesuai. Penghayatan
untuk jangka masa panjang juga merupakan isu yang dihadapi oleh murid-murid kerana
kebiasaannya, dalam tempoh tertentu, murid-murid tidak lagi mengingati nilai dan pengajaran
yang diperoleh daripada novel yang dikaji sepanjang tahun.

3 .0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian tindakan ini dijalankan, diharapkan agar dapat mencapai objektif tersebut:

            3.1 )  Objektif Am


Ø     Murid berupaya menyatakan nilai dan pengajaran novel yang dikaji
berserta contoh perisitwa yang sesuai.
           3.2 )  Objektif Khusus
Ø      Murid dapat mengesan nilai melalui babak tertentu dalam animasi.
Ø      Murid boleh membezakan nilai dan pengajaran.
Ø      Murid boleh memberikan contoh peristiwa yang tepat dengan nilai atau
pengajaran yang dinyatakan.

3
4.0  KUMPULAN SASARAN

Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 12 orang murid Tingkatan 203.
Tiga orang murid lelaki dan sembilan orang murid perempuan Melayu. 

5.0   PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Awal Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan, tinjauan


awal terhadap masalah yang dikenal pasti dilakukan. Langkah-langkah telah dilakukan
berdasarkan pemerhatian, pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.

i ) Pemerhatian :

Pengkaji telah memerhatikan tingkah laku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Pengkaji mendapati murid mempunyai masalah menyatakan nilai dan
pengajaran berserta contoh peristiwa yang sesuai semasa menjalankan tugasan berkumpulan
dan tugasan individiu. Pada awalnya, pengkaji merasakan murid tidak membaca novel yang
dikaji. Tetapi selepas beberapa minggu, murid masih lagi belum juga mampu menyatakan
nilai dan pengajaran walaupun fokus tugasan hanya melibatkan beberapa bab sahaja dalam
novel tersebut.

ii ) Pemeriksaan buku latihan

Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku latihan
kepada pengkaji. Setelah disemak, didapati murid belum dapat menguasai pernyataan nilai
dan pengajaran dalam novel yang dikaji. Murid kadang kala memberikan nilai atau
pengajaran yang tidak disertakan dengan contoh peristiwa yang tepat.

iii)  Ujian pra

Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid Tingkatan 203. Ujian ini bertujuan
menguji tahap penghayatan dan kefahaman murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut,

4
murid tidak dapat menyatakan nilai dan pengajaran berserta contoh peristiwa yang tepat
berdasarkan bab yang dikaji dalam novel “Jalan ke Puncak” ini. Kemudian, murid juga
menjalani ujian kali kedua. Namun, masalah yang sama masih dikesan.

5.2  Analisis Tinjauan Masalah

Hasil pemerhatian, pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data
yang disediakan.

Senarai Rekod Pencapaian (Jumlah markah = 10 M)

Jadual 1
Bil Nama Murid Ujian Ujian
Diagnostik Kedua
1 Nur Zulaikha binti Khairul Nizam 2 2
2 Nur Syuhada binti Azmi 2 3
3 Nur Auni Firdina binti Mohammad Nizam 1 2
4 Siti Nur Diyana Sofea binti Mohamad Junaidi 0 1
5 Qaeh binti Zahirudin 1 2
6 Aina Madiha binti Mohd Iftihar 2 4
7 Nur Aisyah binti Abdul Wahid 2 4
8 Adila Azrina binti Azmin 2 4
9 Nur Khairina binti Khairul 1 2
10 Muhammad Muqsalmina bin Mohd Nor 2 4
11 Mohd Adief Daniel bin Afzahnizam 2 4
12 Mohd Hafiz Iruan bin Khairul Fitri 4 5

Jadual 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut
dibuat sebelum pelaksanaan tindakan pengkaji. Pengkaji mendapati tahap penguasaan murid
masih lemah walaupun telah menjalani dua kali latihan.

5
5.3  Tindakan yang dijalankan

Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh dua
bulan melibatkan 12 orang murid khasnya dan 15 orang murid amnya. Pengajaran dan
pembelajaran ini dijalankan pada setiap hari Khamis kerana mempunyai satu jam pengajaran
dan pembelajaran. Pengkaji menyediakan skrip dan babak dalam aplikasi Plotagon sebelum
memulakan pelaksanaan tindakan.

5.4 Aplikasi Plotagon

Rajah 1

Aplikasi Plotagon ini digunakan oleh pengkaji sebagai medium pengajaran untuk
mencetuskan idea secara konstruk terhadap murid. Pengkaji menyediakan skrip terlebih
dahulu sebelum murid merakam suara kerana kekangan masa. Aplikasi ini membantu murid
menyediakan animasi mudah yang ringkas dan tidak memakan masa yang lama dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sambungan Internet diperlukan untuk murid
menyunting video tersebut.

Aktiviti yang dijalankan menggunakan aplikasi Plotagon adalah;

i) merakam suara watak dalam babak animasi


ii) menentukan mimik muka watak animasi, latar tempat dan masa
iii) menyunting video lengkap

6
5.5 Pelaksanaan Tindakan

Pada 12 Mei 2022, pdpc dijalankan seperti dalam Jadual 1. Pengkaji telah melaksanakan
beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan kaedah ini. Berikut ialah
Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini.
Jadual 2

7
NAMA GURU : ROKIAH BINTI HASHIM

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU

MINGG
U HARI TARIKH KELAS MASA HINGGA

12 MEI
7 KHAMIS 2022 203 8.30 pagi 10.30 pagi

STANDARD STANDARD
TAJUK / BIDANG / UNIT KANDUNGAN PEMBELAJARAN

Tema 5: Bahasa dan Satera 4.1 4.1.1

Unit 9: Bahasaku di Persada Memahami dan mengapresiasi Memahami dan mengapresiasi


Dunia karya sastera dengan karya prosa dari aspek sinopsis,
memberikan respons peribadi. tema, persoalan, nilai,
TAJUK : Nilai & pengajaran, watak dan
Pengajaran perwatakan dengan memberikan
Novel Jalan ke Puncak respons yang betul dan rasional.
Bab 10, 11, 12

OBJEKTIF Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid


PEMBELAJARAN akan dapat:

1. Menyatakan sekurang-kurangnya 3-4 nilai berserta contoh


peristiwa yang sesuai.
2. Menyatakan sekurang-kurangnya 3-4 pengajaran berserta
contoh peristiwa yang sesuai.

KRITERIA KEJAYAAN Saya berjaya jika saya dapat:

1. Mengenal pasti babak dan skrip yang mengandungi nilai dan


pengajaran.
2. Menghayati contoh peristiwa dalam setiap babak yang
dirakam.

STRATEGI 1. Induksi – Murid menonton papan cerita novel Jalan ke


PENGAJARAN / Puncak yang ditunjukkan oleh guru. (5 minit)
AKTIVITI PDP
2. PdPR - Murid mendengar arahan guru untuk melaksanakan
aktiviti8berkumpulan. (3 minit)
- Murid membentuk kumpulan (6 orang).
- Murid merakam suara mengikut skrip yang diberikan
            Berdasarkan rancangan pelajaran harian, guru memulakan pengajaran dengan
menayangkan papan cerita novel “Jalan ke Puncak” karya Juri Durabi. Murid menonton
selama 3 minit dan kemudian menjawab dua soalan lisan yang ringkas daripada guru. Contoh
soalan: Siapakah watak dalam papan cerita? Adakah watak tersebut merupakan watak utama
atau watak sampingan?

            Seterusnya, pada langkah yang pertama, guru menerangkan arahan tugasan
berkumpulan sambil menunjukkan simulasi gerak kerja untuk murid. Selepas memahami
arahan yang diberikan, murid mula membentuk kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu
peranti seperti telefon pintar, tab dan komputer riba untuk memulakan tugas menghasilkan
video animasi. Peranti tersebut dilengkapi dengan aplikasi Plotagon yang telah dimuat turun
sebelum pdpc dimulakan. Setiap kumpulan juga dibekalkan skrip yang telah disediakan oleh
guru. Ketua kumpulan berperanan mengagihkan watak untuk rakaman suara menerusi
aplikasi Plotagon.

Semasa aktiviti rakaman suara, murid dinasihati untuk menghayati watak masing-
masing agar dapat menghasilkan nada suara yang bersesuaian dengan babak yang dirancang.
Di sinilah idea dikonstruk oleh murid untuk mencapai objektif. Murid yang menghayati skrip
dan babak dalam watak, akan mengingati dengan jelas situasi sesuatu peristiwa dan dapat
mengaitkannya dengan nilai murni dalam kehidupan.

Tempoh rakaman suara selama 15 minit mencukupi sebelum video tersebut disunting
menjadi video yang lengkap. Murid berupaya menyunting sendiri kerana aplikasi ini mudah
dan mesra pengguna. Setelah selesai, setiap kumpulan diberikan 6 minit untuk membentang
video berdurasi 3 minit di hadapan kelas melalui tayangan LCD. Pembentangan
mengandungi aspek nilai dan pengajaran berserta contoh peristiwa berdasarkan paparan
video.

Pada bahagian penutup pengajaran dan pembelajaran, murid diberikan soalan sebagai
ujian individu dan melengkapkan tugasan berkumpulan. Murid dipanggil untuk membuat
rumusan di hadapan kelas.

9
5.6   Refleksi  Kajian Tindakan

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid, penggunaan aplikasi Plotagon yang telah
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini telah memberikan suatu impak yang
positif. Peningkatan skor markah murid dilihat ketara. Keadaan ini menunjukkan kaedah
yang dilaksanakan sangat bersesuaian dan berkesan. Murid semakin yakin untuk menyatakan
nilai dan pengajaran berserta contoh peristiwa yang sesuai. Daripada tinjauan yang dibuat,
murid juga dapat mengingati plot cerita dan situasi sesuatu peristiwa dalam novel dengan
lebih lama berbanding sebelum ini. Murid juga dapat menghasilkan video animasi dalam
pengajaran selain novel. Pengkaji juga melihat murid seronok apabila video yang dihasilkan
diulang tayang sebagai ulang kaji.

Berikut ialah data yang menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam ujian ketiga;        
Bil Nama Murid Ujian Ujian Ujian Peningkatan
Diagnostik Kedua Ketiga
1 Nur Zulaikha binti Khairul Nizam 2 2 8 4
2 Nur Syuhada binti Azmi 2 3 9 6
3 Nur Auni Firdina binti Mohammad Nizam 1 2 7 5
4 Siti Nur Diyana Sofea binti Mohamad 0 1 7 6
Junaidi
5 Qaeh binti Zahirudin 1 2 8 6
6 Aina Madiha binti Mohd Iftihar 2 4 8 4
7 Nur Aisyah binti Abdul Wahid 2 4 8 4
8 Adila Azrina binti Azmin 2 4 9 5
9 Nur Khairina binti Khairul 1 2 7 5
10 Muhammad Muqsalmina bin Mohd Nor 2 4 8 4
11 Mohd Adief Daniel bin Afzahnizam 2 4 7 3
12 Mohd Hafiz Iruan bin Khairul Fitri 4 5 10 5

10
6.0 Cadangan Kajian Tindakan

Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid
semakin baik dan mereka yakin apabila perlu membentang nilai dan pengajaran novel yang
dikaji. Sebagai kesimpulan, kajian tindakan yang dilakukan ini sangat memberi manfaat
kepada murid untuk meningkatkan prestasi dan memberikan kelebihan kepada guru untuk
memperbaiki pengajaran. Pengkaji berharap hasil kajian ini boleh diguna pakai oleh guru-
guru lain kelak. Dicadangkan juga, kajian ini diperluas dengan melihat penggunaan aplikasi
lain yang sesuai untuk pengajaran aspek tatabahasa pula. Hal ini demikian, dengan adanya
peranti moden seperti telefon pintar diharapkan dapat membantu murid dalam pembelajaran
mereka. Murid pada abad kini lebih tertarik dengan penggunaan peranti yang lebih dekat
dengan diri mereka.

7.0 Kesimpulan

Pembelajaran murid dalam aspek seni bahasa merupakan salah satu kemahiran belajar yang
estetik. Pelbagai bakat dan kreativiti murid boleh diserlahkan melalui aktiviti seni bahasa.
Murid yang bermasalah dalam bahagian tertentu perlu dikenal pasti dengan segera agar
masalah tersebut dapat diatasi. Murid dalam era globalisasi canggih dan pintar peranti ini,
memerlukan kaedah berteknologi untuk merancakkan pengajaran dan pembelajaran.
Diharapkan kajian tindakan ini sedikit sebanyak dapat membantu perancangan pengajaran
dan pembelajaran guru dan murid.

11
Rujukan

Abdul Rahman Abd Majid (2007) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul Kajian


Tindakan Teknologi Pendidikan

Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis


Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia

Juri Durabi (2015) Jalan ke Puncak, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016b). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


(DSKP) Bahasa Melayu Tingkatan 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor
Sdn Bhd.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dan Penaksiran 2 KPD
3026

12

Anda mungkin juga menyukai