Anda di halaman 1dari 18

JENIS –JENIS PENDAHULUAN

1. Pendahuluan Jenis Definisi


Soalan:

Baru-baru ini, banyak penyakit berjangkit yang


melanda penduduk negara kita. Penyakit
berjangkit tersebar disebabkan oleh beberapa
faktor dan punca. Bincangkan punca-punca
penyebaran penyakit berjangkit.
Pendahuluan Jenis Definisi

Dasawarsa ini, penyakit berjangkit yang


melanda negara kita semakin membimbangkan.
Secara umumnya, penyakit berjangkit
didefinisikan/ditakrifkan/dimaksudkan/difahami
sebagai virus yang boleh disebarkan kepada
orang lain melalui beberapa medium atau punca
hingga menyebabkan kesihatan orang lain turut
terjejas.
Soalan:

Industri kraf tangan di Malaysia


memiliki potensi untuk berkembang di
serata dunia. Nyatakan usaha-usaha
untuk memajukan industri kraf tangan
Malaysia agar terkenal di peringkat
antarabangsa.
Pendahuluan Jenis Definisi
Dalam meniti arus kemodenan ini, hasil kraf
tangan di Malaysia semakin membanggakan
rakyat. Secara umumnya, kraf tangan
didefinisikan/ditakrifkan/dimaksudkan/difahami
sebagai hasil seni tradisional secara pembuatan
menggunakan tangan. Seni kraf tangan yang
direka bentuk oleh masyarakat tempatan
mempunyai peluang yang besar untuk
dimajukan di peringkat antarabangsa.
Latihan
SOALAN: Rukun tetangga memainkan
peranan yang penting terhadap penduduk
setempat. Bincangkan kepentingan rukun
tetangga.

…………………………(rangkai kata)…………………,
……………………..(isu) di negara/Malaysia semakin/
menunjukkan …………………………………………………..
Secara umumnya, ………………………(isu) difahami
sebagai …………………………………………………….......
Contoh :

(Rangkai kata) Pada zaman pascakemerdekaan


ini, peranan (isu) rukun tetangga di negara kita
semakin penting. Secara umumnya, rukun tetangga
difahami sebagai (definisi) kumpulan atau
persatuan sukarela yang ditubuhkan dalam
sesebuah komuniti setempat untuk mengawal selia
isu-isu keselamatan dan perpaduan dalam kawasan
tempat tinggal berkenaan.
Kesesuaian padanan “isu”
PADANAN ISU

hasil kraf tangan/pertanian/tanaman


amalan membaca/menabung/gotong-royong
budaya membaca/menabung/sopan santun
peranan unit-beruniform/ guru/ pelajar/ ibu bapa/
kumpulan belajar/ anggota keselamatan
kadar kemalangan jalan raya/ penonton
televisyen/ perokok/ penagih/ peragut
bilangan pemilik telefon pintar/ ahli sukan/
pembuli/ peniaga/ pekebun
isu penyakit berjangkit/ keselamatan/ sukan/
ekonomi
masalah pengangguran/ salah laku/ sosial/ penagihan
gejala merokok/ sumbang mahram/ buli/ vandelisme
Pendahuluan Jenis Situasi/Kes

Soalan:

Baru-baru ini, banyak penyakit berjangkit yang


melanda penduduk negara kita. Penyakit
berjangkit tersebar disebabkan oleh beberapa
faktor dan punca. bincangkan punca-punca
penyebaran penyakit berjangkit.
ISU: Penyakit Berjangkit
KEHENDAK SOALAN:

(Rangkai kata)…………………………………….
Terkini/mutakhir ini/baru-baru ini/tahun ini/bulan
lepas/ seminggu yang lalu ……………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
…………………………………………………
Contoh 1:

Baru-baru ini, penyakit berjangkit yang


melanda negara semakin serius dan
membimbangkan. Terkini, negara kita digemparkan
dengan kes yang berlaku di beberapa buah negeri
berkenaan laporan penyakit berjangkit yang
semakin merebak hingga menyebabkan kematian.
Beberapa orang telah pun maut dan sebahagiannya
masih menjalani rawatan rapi di hospital.
Contoh 2
• Soalan :

Kes kebakaran yang berlaku di negara kita


semakin meningkat. Bincangkan langkah-
langkah mengatasi kes kebakaran daripada
berlaku.
Sejak akhir-akhir ini, kes kebakaran yang
berlaku dalam negara kita semakin
membimbangkan. Terkini, terpampang di dada
akhbar mengenai satu kes kebakaran yang
berlaku di Selangor melibatkan sebuah pusat
tahfiz al-Quran. Kebakaran tersebut telah
menggemparkan seluruh masyarakat kerana
jumlah pelajar yang terkorban sangat ramai. Ada
juga pelajar yang kini, masih lagi menjalani
rawatan kerana kecederaan yang serius.
Soalan:
Belakangan ini, kes kemalangan jalan raya yang
berlaku sepanjang bulan Ramadan semakin
menjadi-jadi. Bincangkan langkah-langkah
mengatasi kemalangan jalan raya semasa musim
perayaan.

ISU:
KEHENDAK SOALAN:
(Rangkai kata) ……………………….. kadar
(isu) kemalangan jalan raya di Malaysia semakin
meningkat, lebih-lebih lagi ketika musim
perayaan. Baru-baru ini, (kes/situasi) berita
nasional telah memaparkan sebuah kes
kemalangan yang berlaku di sebuah negeri di
selatan tanah air. Kes tersebut melibatkan
sebuah bas dan dua buah kereta hingga
menyebabkan kematian serta kecederaan yang
serius.
SOALAN
Akhir-akhir ini, hasil bidang pertanian dalam
negara kita semakin merosot dan
membimbangkan. Bincangkan langkah- langkah
untuk mengatasi isu kemerosotan hasil
pertanian.
Pendahuluan Jenis Persoalan
Pada era globalisasi ini, hasil bidang
pertanian dalam negara menunjukkan
penurunan yang drastik. Tahukah / sedarkah
bahawa hasil pertanian boleh menyumbang
peningkatan ekonomi dalam negara dan
meningkatkan pendapatan petani? Ya, hasil
pertanian mampu memberikan pulangan yang
lumayan. Namun, ramai yang masih belum
sedar akan hal ini.
SOALAN
Belakangan ini, prestasi sukan bola sepak
negara menunjukkan kemunduran terutama di
peringkat antarabangsa. Bincangkan punca-
punca kemunduran prestasi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai