Anda di halaman 1dari 5

ROLL CALL PUBLIC SPEAKING

1. Madu Dalam Lebah Betina

DALAM al-Quran turut menyatakan perihal lebah jantan dan lebah betina yang
mempunyai 16 pasangan kromosom. Bilangan kromosom lebah jantan dan lebah
betina sama dengan bilangan ayat an-Nahl yang mungkin dianggap kebetulan
oleh sesetengah orang.
Firman Allah SWT dalam surah ini:
“Dan Tuhanmu memberikan ilham kepada lebah: ‘Hendaklah engkau membuat
sarangmu di gunung-ganang dan pokok kayu, dan juga di bangunan yang didirikan
oleh manusia.” Surah an-Nahl: 16
Dalam ayat ini, Allah SWT mengilhamkan lebah (an-nahl) untuk membuat sarang di
gunung, pokok kayu, dan bangunan yang dibina oleh manusia. Apabila diteliti ayat
ini, manusia diseru supaya memerhatikan tingkah laku lebah yang diberikan ilham
oleh-Nya yang tertera pada ungkapan takhizi, iaitu ayat perintah kepada lebah
betina supaya membuat sarang.
Ayat perintah ini dapat diperhalus maksudnya dalam surah yang sama, iaitu:
“Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan
dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya
minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi
manusia (daripada berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian
itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah SWT) bagi orang-orang yang
mahu berfikir.”
Surah an-Nahl: 69

2. 6 Fakta Menarik tentang Nyamuk, Si Kecil Pengisap Darah

I. Nyamuk tidak punya gigi


Berbeda dengan jenis binatang pada umumnya yang memiliki gigi sebagai
alat untuk mengunyah makanan, nyamuk tidak memilikinya. Hal itu
disebabkan karena nyamuk hanya mengonsumsi darah sebagai makanan.
Untuk mengisap darah, ia hanya menggunakan bagian tubuh bernama
proboscis atau sejenis jarum yang ia gunakan untuk menembus kulit
mangsanya. Proboscis terdiri dari dua tabung. Satu berfungsi sebagai
penyalur air liur nyamuk, sementara satu lainnya untuk menyedot darah ke
dalam tubuhnya. Baca juga: Bukan Cuma Bikin Gatal, Gigitan Nyamuk Bisa
Pengaruhi Kekebalan Tubuh

II. Jumlah darah yang dihisap


Jumlah darah yang dihisap oleh seekor nyamuk sangat bervariasi, tergantung
jenis nyamuk tersebut. Mereka akan berhenti minum apabila perut mereka
sudah terisi penuh. Rata-rata seekor nyamuk meminum 0,001 sampai 0,1 mili
liter darah dalam sekali hisap.

III. Cara pejantan mengenali betina

Sepintas nyamuk terlihat seperti tidak memiliki perbedaan fisik antara betina
dan pejantan. Namun, ternyata ada trik tersendiri yang digunakan oleh
pejantan dalam menemukan betina yang sepintas semua terlihat sama saja.
Trik itu dengan memperhatikan bunyi dari kepakan sayap yang dihasilkan
ketika terbang. Bunyi kepakan sayap antara pejantan dan betina memiliki
perbedaan, dan pejantan bisa mendeteksi perbedaan itu.

IV. Usia nyamuk pendek

Seekor nyamuk memiliki usia hidup yang relatif pendek. Antara betina dan
pejantan, lama masa hidup mereka berlainan. Nyamuk betina cenderung
memiliki usia yang lebih panjang dibanding pejantan, yakni dua minggu
hingga empat minggu dalam kondisi idealnya. Namun, beberapa jenis
nyamuk, betinanya dapat bertahan selama beberapa bulan, karena selama
musim dingin mereka melakukan hibernasi. Sementara nyamuk jantan,
usianya hanya berkisar lima hari - tujuh hari, jauh lebih pendek dari sang
betina.

V. Kecepatan terbang
Kecepatan terbang seekor nyamuk bisa mencapa 1-1,5 mil per jam. Mereka
biasanya terbang tidak jauh atau dekat dengan tanah. Kebanyakan dari
mereka, tidak terbang lebih dari 1 mil dari tempat di mana mereka
menetaskan telurnya. Baca juga: Meski Meleset, Pukulan Anda Bisa Bikin
Nyamuk Kapok dan Tak Mendekat

VI. Obyek sasaran nyamuk


Kadang kita bertanya-tanya mengapa si A sering digigit nyamuk, sementara
yang lain tidak. Jawabannya adalah perbedaan suhu dan kondisi seorang
manusia atau binatang yang menjadi sasaran. Beberapa hal yang
mempengaruhi adalah jumlah karbondioksida atau suhu panas, kemudian
keringat, parfum, shampoo, dan produk perawatan tubuh lainnya. Nyamuk
diketahui tertarik dengan hal-hal tersebut. Sementara kemampuan
mereka mendeteksi keberadaan kulit manusia bisa dilakukan dari jarak
hingga 100 kaki atau sekitar 30,48 meter

3. 10 Fakta Menarik tentang Bayi

Bayi Boleh Menangis di dalam Rahim


Kali pertama keluar dari rahim ibu dan ditepuk punggungnya oleh doktor, bayi
selalunya akan menangis. Tetapi, itu bukanlah kali pertama ia menangis.

Sebenarnya, menurut kajian, mereka sudah boleh menangis sejak di dalam rahim
lagi – secara senyap. Ada satu kajian ultrasound telah dibuat oleh para pengkaji dan
didapati fetus mampu menunjukkan tabiat menangis di dalam rahim iaitu dengan
membuka mulut, menekan lidahnya, menggetarkan bibir bawah dan menarik nafas
dengan laju.

#2: Bayi Tiada Kepala Lutut


Sebenarnya, mereka ada kepala lutut namun ia masih lembut dan digelar tulang
rawan. Jika bayi yang baru dilahirkan diletakkan di dalam x-ray, tulang lutut mereka
tidak akan kelihatan. Tulang rawan itu hanya akan mula terbentuk secara sempurna
pada usia 10 hingga 12 tahun!

#3: Berat Kepala Bayi

Apabila bayi yang baru lahir ditimbang beratnya, hampir 25% daripada berat
berkenaan datang daripada kepala bayi! Disebabkan peratusan berat kepala yang
besar dan leher yang masih belum kuat terbentuk, amat penting untuk kita
menyokong kepalanya apabila mendukung mereka.

#4: Tulang Bayi Lebih Banyak Daripada Tulang Orang Dewasa


Lagi satu fakta menarik tentang bayi yang mungkin akan membuat anda berkata
‘wow’ adalah jumlah tulang bayi yang baru lahir adalah lebih banyak daripada
orang dewasa!

Mereka mempunyai 300 tulang dan orang dewasa hanya 206. Tulang-tulang ini
kemudiannya akan bercantum semasa mereka membesar dan berakhir dengan
jumlah biasa iaitu 206.

#5: Bayi Boleh Bernafas dan Menelan Pada Waktu Yang Sama
Cuba anda buat perkara ini: bernafas dan menelan air liur/makanan pada masa
yang sama. Tidak boleh bukan?

Ini adalah kerana terdapat lapisan di bahagian tekak anda dikenali sebagai
epigglotis yang akan menutup lubang angin apabila anda menelan sesuatu.

Namun, bayi dikatakan mampu untuk bernafas dan menelan pada waktu yang
sama! Ini adalah supaya mereka boleh menyusu dan bernafas serentak.

#6: Bayi yang Baru Lahir Tiada Air Mata


Apabila bayi yang baru lahir meraung atau merengek, mereka sebenarnya tidak
mengeluarkan air mata – mereka hanya mengeluarkan bunyi sahaja. Ini adalah
kerana ia masih belum terbentuk.

Pada usia yang sangat muda sebegitu, mata mereka hanya mampu menghasilkan
cecair yang cukup untuk memastikan mata mereka lembap dan sihat – bukannya
banyak untuk mengeluarkan air mata.

Selalunya, ia mula keluar pada usia 3 hingga ke 12 minggu.


#7: Penglihatan Bayi Adalah Sebaik Orang Dewasa
Ada orang menyatakan bahawa bayi yang baru lahir tidak boleh nampak apa-apa.
Namun, sains menyatakan bahawa mata mereka sudah pun mampu melihat
dengan baik sejak lahir.

Namun, otak mereka masih belum mampu memproses dengan baik. Mata mereka
juga belum mampu untuk memfokus dengan tepat.

Sebab itulah, pandangan mereka hanya terhad pada sekitar 8 ke 12 inci daripada
mata mereka sahaja sebulan pertama selepas dilahirkan.

#8: Bayi Kenal Ibu Mereka Dahulu Sebelum Bapa


Tahukah anda bahawa bayi yang baru dilahirkan boleh mengesan suara dan bau
ibunya sebaik sahaja dilahirkan? Mereka juga hanya memerlukan beberapa minggu
sahaja untuk mengenal rupa ibu dan membezakannya dengan orang dewasa yang
lain. Suara dan keberadaan ibu yang hampir dapat menenangkan mereka
berbanding orang lain. Sweet, bukan?

#9: Bayi Bernafas Dua Kali Lebih Laju daripada Orang Dewasa
Bayi sememangnya seorang superpower. Bukan sahaja mereka mempunyai tulang
yang lebih banyak dan mampu bernafas dan menelan serentak, mereka juga
bernafas dua kali lebih laju daripada orang dewasa – 130 hingga 160 kali seminit!

#10: Bayi Boleh Tahu Arah Bunyi


Kan kami sudah beritahu anda, bayi adalah seorang superpower! Bayi boleh
mengetahui dari mana bunyi datang hanya selepas 10 minit dilahirkan.

Sebab itulah mereka mudah terkejut dan bergerak apabila terdengar bunyi yang
kuat. Pada usia 4 hingga ke 8 bulan pula, mereka sudah pandai untuk memusingkan
kepala ke arah bunyi yang mereka dengar.

Menarik bukan ciptaan Tuhan? Semuanya telah direka dengan sebaik dan
sesempurna mungkin. Gunakan fakta menarik tentang bayi ini untuk mengenali si
kecil dengan lebih baik.

4. Empat Sifat Yang Diharamkan Api Neraka


Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi:
( ‫)سهل لين هين قريب كل على تحرم النار؟ عليه تحرم بمن أخبركم أال‬
Terjemahan Hadis:
“Tidakkah aku beritahukan akan orang yang diharamkan api neraka ke atasnya?
Diharamkan neraka untuk orang yang dekat (disenangi orang lain), merendah diri,
lembut (budi pekerti) dan mudah (berurusan).”
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)
Beberapa pengajaran penting:
Hadis tersebut menjelaskan berkenaan dengan empat sifat yang dapat
menyelamatkan diri seseorang itu dari azab Allah SWT iaitu merendah diri, hati yang
lembut, disenangi orang dan memudahkan urusan orang lain. Kesemua sifat tersebut
tidak akan wujud di dalam diri seseorang jika dia tidak memiliki hati yang bersih
kerana hati yang bersih itu akan melahirkan sifat-sifat yang baik dan terpuji.
Untuk mendapatkan sifat-sifat tersebut , kita perlu berusaha untuk menanamkan sifat
tawadhu’ di dalam diri kita sepertimana sikap yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW ketika berhadapan dengan seorang Badwi yang amat kasar dengan menarik
jubah Baginda dengan kuat, namun Baginda tidak marah, malah membalas
kekasaran tersebut dengan kelembutan.
Orang-orang yang memiliki sifat-sifat ini akan dicintai Allah SWT kerana Allah SWT
amat mencintai orang-orang yang lemah lembut di dalam setiap tutur katanya,
mahupun perbuatannya. Sifat-sifat yang baik ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis
Baginda yang menyatakan dengan maksud “Sesungguhnya Allah itu adalah Maha
Lembut dan Menyukai kelembutan (budi pekerti) dalam segala sesuatu” (Riwayat
Imam Bukhari dan Muslim)
Semoga kita berusaha memperoleh kekuatan untuk menerapkan keempat-empat
sifat ini iaitu bersikap ramah dan disenangi orang lain, merendah diri, lembut budi
pekerti dan mudah berurusan dalam pergaulan kita sesama manusia, insyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai