Anda di halaman 1dari 1

3.4.

3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan


menggunakan bahasa yang gramatis
Latihan Membina Pendahuluan
1. Gejala merokok menjadi tabiat buruk yang mendatangkan banyak
keburukan. Bincangkan keburukan merokok kepada remaja.
Isu/tema :
Kehendak soalan:
Kata kunci soalan:
(Selang 7-8 baris)
2. Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang sangat berharga.
Namun, pencemaran alam sekitar mengundang kesan negatif
kepada manusia. Huraikan kesan-kesan pencemaran alam sekitar
kepada manusia.
3. Aktiviti sukan lasak kian diminati oleh anak-anak muda masa kini.
Bincangkan kebaikan aktiviti sukan lasak kepada generasi muda.
4. Budaya membaca dalam kalangan rakyat semakin luntur.
Cadangkan langkah-langkah untuk memupuk budaya membaca
dalam kalangan murid-murid sekolah.
5. Amalan menabung sangat penting, terutamanya pada masa
sekarang di mana ekonomi semakin meleset. Huraikan manfaat
menabung.
6. Kejadian jenayah seperti pembunuhan, rompakan bersenjata,
pemerdagangan manusia, rogol dan pelacuran semakin menjadi-jadi
belakangan ini. Nyatakan faktor-faktor kejadian jenayah ini
meningkat dalam negara kita.
7. Kadar kemalangan jalan raya setiap tahun kian meningkat. Huraikan
punca-punca kemalangan jalan raya di Malaysia.
8. Kes buli tidak pernah padam dalam data pendidikan negara.
Huraikan cara-cara menangani kes buli di sekolah.
9. Penggunaan Internet dan telefon pintar menjadi satu keperluan
pada masa kini. Bincangkan kepentingan Internet dan telefon pintar
kepada masyarakat.
10. Aktiviti bergotong-royong wajar diamalkan oleh komuniti setempat
kerana mendatangkan banyak faedah. Bincangkan faedah-faedah
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai