Anda di halaman 1dari 195

KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S


A. CONTOH KARANGAN
1. Syarahan
2. Ceramah
3. Laporan
4. Surat Rasmi
5. Surat Tidak Rasmi
6. Rencana
7. Perbincangan
8. Fakta
9. Karangan Rangsangan 1
10. Karangan Rangsangan 2
11. Rangka Karangan Rangsangan 3
12. Rangka Karangan Rangsangan 4
B. LATIHAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
1. Rumusan 1 (Kaedah-kaedah Menjaga Kesihatan Badan)
2. Rumusan 2 (Faktor-faktor Sikap Lepas Laku Remaja)
3. Rumusan 3 (Impak Negatif Media Soaial)
4. Rumusan 4 (Ciri-ciri Remaja Cemerlang)
5. Rumusan 5 (Kepentingan Sungai Dalam Kehidupan)
6. Rumusan 6 (Kepentingan Aura Positif Dalam Kehidupan Remaja)
7. Rumusan 7 (Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri)
8. Rumusan 8 (Langkah-langkah Memulihara Alam Sekitar)
9. Rumusan 9 (Punca-punca Gejala Buli)
10. Rumusan 1 (Usaha-usaha Memupuk Nilai Murni Dalam Kalangan
Masyarakat)
C. LATIHAN PEMAHAMAN PROSA MODEN
1. Latihan Pemahaman Prosa Moden 1
2. Latihan Pemahaman Prosa Moden 2
3. Latihan Pemahaman Prosa Moden 3
4. Latihan Pemahaman Prosa Moden 4
5. Latihan Pemahaman Prosa Moden 5
6. Latihan Pemahaman Prosa Moden 6
7. Latihan Pemahaman Prosa Moden 7
8. Latihan Pemahaman Prosa Moden 8
D. LATIHAN TATABAHASA
9. Pola Ayat
10. Ragam Ayat
11. Ayat Biasa dan Ayat Songsang
12. Ayat Aktif dan Ayat Pasif
13. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
14. Kesalahan Ejaan
9. Kesalahan Ejaan dan Imbuhan 1
10. Kesalahan Ejaan dan Imbuhan 2
11. Kesalahan Ejaan dan Imbuhan 3
12. Kesalahan Ejaan dan Imbuhan 4
13. Kesalahan Istilah atau kata dan tatabahasa 1
14. Kesalahan Istilah atau kata dan tatabahasa 2
15. Kesalahan Istilah atau kata dan tatabahasa 3
16. Kesalahan Istilah atau kata dan tatabahasa 4
E. LATIHAN BINA AYAT
17. Latihan Bina Ayat 1
18. Latihan Bina Ayat 2
19. Latihan Bina Ayat 3
20. Latihan Bina Ayat 4
21. Latihan Bina Ayat 5
22. Latihan Bina Ayat 6
23. Latihan Bina Ayat 7
24. Latihan Bina Ayat 8

Contoh Karangan Syarahan

Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat negeri. Tajuk syarahan itu ialah 'Rokok dan
Keburukannya kepada Masyarakat Remaja.’ Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan pelajar yang saya hormati. Berdirinya
saya pada pagi yang berbahagia ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
'Rokok dan Keburukannya kepada Masyarakat Remaja'. Seperti yang kita sedia maklum, bilangan
perokok kian bertambah dari sehari ke sehari dan asap yang dikeluarkan daripada perokok semakin
mengancam kehidupan makhluk di bumi ini.Merokok mendatangkan pelbagai keburukan, sama ada
kepada individu, masyarakat dan alam sekitar.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Usaha untuk menangani masalah ini sebenarnya sudah memakan masa yang agak lama. Banyak
pihak dengan pelbagai strategi telah berusaha untuk menyedarkan masyarakat, khususnya dalam
kalangan remaja. Peranan media masa yang mengeluarkan risalah dan penerangan yang lengkap
tentang bahan-bahan yang digunakan untuk menjelaskan bahaya rokok seolah-olah tidak mencukupi.
Usaha ini dipandang remeh oleh mereka. Bagi perokok tegar sebegini, mereka seakan-akan
menidakkan kebenaran tersebut kerana mereka sukar untuk menghilangkan tabiat mereka.

Oleh itu, kerjasama antara pihak media massa dengan syarikat pengeluar rokok diwujudkan bagi
mengurangkan penglibatan remaja dalam amalan yang tidak sihat ini. Masyarakat perlu didedahkan
dengan bahaya merokok sejak mereka kecil lagi kerana dengan cara ini sahaja mereka akan cuba
berhenti untuk merokok. Kebanyakan perokok terdiri daripada kalangan orang dewasa dan remaja
yang berumur 18 tahun hingga 50 tahun. Mereka sering memberikan alasan bahawa dengan merokok
mereka dapat menghilangkan segala masalah dan tekanan yang dihadapi. Sebaliknya, mereka tidak
sedar bahawa masalah lain pula yang akan timbul.
Hadirin yang saya hormati,

Tidakkah kita sedar bahawa masalah merokok kini sudah menular dalam kalangan remaja?
Remaja yang merokok ini mudah terdorong untuk menghisap dadah. Ada pula remaja yang
berpendapat bahawa merokok dapat menggambarkan status seseorang dan akan membuatkan
seseorang itu kelihatan lebih matang dan bergaya. Kita juga dapat saksikan senario ini dalam filem
atau drama yang disiarkan di kaca televisyen. Mereka gemar meniru tingkah laku orang tua atau
dewasa; yang sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada generasi muda ini, bak kata
peribahasa Melayu, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Kita tidak sepatutnya meletakkan kesalahan ini terhadap golongan remaja semata-mata kerana
para peniaga juga harus dipersalahkan. Walaupun kerajaan telah menetapkan bahawa penjualan
rokok hanya kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas, namun mereka tidak mempedulikannya.
Remaja di bawah umur dibenarkan untuk membeli dan memiliki rokok walaupun undang-undang
tidak membenarkannya. Mereka menjadikan remaja sebagai sasaran utama dan ingin mengaut
keuntungan yang lebih tanpa memikirkan tentang risiko yang bakal diterima.

Tabiat merokok boleh diumpamakan seperti membakar wang. Tabiat ini sangat merugikan dan
mereka tidak sedar tentang keperitan ibu bapa mereka mencari nafkah. Wang yang diberikan oleh
ibu bapa sebagai wang saku, yang sepatutnya dibelanjakan untuk tujuan yang betul, dihabiskan untuk
membeli rokok. Remaja seperti ini tidak menghargai pengorbanan ibu bapa mereka kerana yang
terlintas dalam fikiran hanya ingin berfoya-foya dengan rakan sambil merokok. Senario sebegini
memang tidak asing lagi di negara kita. Lihat sahaja di kompleks beli-belah di bandar, pasti ada
sahaja kumpulan remaja yang melepak sambil bertukar-tukar rokok sesama mereka.

Hadrian sekalian,

Sunggupkah kita menyedut gas karbon monoksida setiap hari? Gas ini ialah sejenis gas yang
berbahaya dan jika disedut terlalu banyak boleh mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen
ke tisu-tisu lalu menyebabkan kita sukar bernafas dan cepat letih. Bagi wanita yang mengandung,
merokok boleh menyebabkan kecacatan kepada janin dan boleh merosakkan generasi masa depan
negara. Kita sentiasa diingatkan dan didedahkan oleh pakar perubatan dan kesihatan bahawa sekali
menyedut asap rokok bermakna kita mengisi paru-paru kita dengan bahan yang berbahaya seperti
nikotin dan tar. Semua pihak mestilah bekerjasama agar bilangan perokok dapat dikurangkan. Akhir
kata, kesedaran perokok terhadap ancaman kesihatan, alam sekitar, dan tanggungjawab terhadap
negara perlu diterap dalam jiwa masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Contoh Karangan Ceramah

Sekolah anda telah mengadakan Minggu Alam Sekitar untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang
pentingnya menjaga alam sekitar. Sempena minggu tersebut, satu ceramah umum yang bertajuk
‘Cintailah Sungai Kita’ telah diadakan. Anda selaku pegawai di Jabatan Alam Sekitar telah diminta
untuk menyampaikan ceramah tersebut. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.
Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah
Tun Sham al-Johari, Bandar Baharu Sri Makmur, Tangkak, Johor, Guru-guru Penolong Kanan, guru-
guru, serta adik-adik pelajar sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pada pagi yang indah dan mulia ini, izinkan saya menyampaikan ceramah yang bertajuk
'Cintailah Sungai Kita.’ Sebagaimana yang kita sedia maklum, Negara kita merupakan sebuah negara
beriklim khatulistiwa. Iklim seperti ini mempunyai keindahan alam sekitar yang indah seperti
kehijauan hutan dan jalinan sungai yang banyak. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran dan
perasaan bertanggungjawab untuk memelihara khazanah alam ini. Namun begitu, yang menyedihkan
kita hari ini ialah sebahagian daripadanya telah mengalami pencemaran yang teruk. Manakala
sebahagian yang lain telah musnah oleh sikap manusia itu sendiri. Oleh itu, atas dasar kesedaran
inilah, kita perlu mencari sebab-sebab kita perlu mencintai sungai kita. Kita juga perlu mencari jalan
untuk menanamkan kesedaran ini dalam kalangan anggota masyarakat, khususnya diri kita sendiri.

Kempen 'Cintailah Sungai Kita' amat penting kerana air merupakan sumber terpenting dalam
kehidupan manusia. Sedarkah kita apakah yang akan terjadi sekiranya dunia ini tiada air? Sudah
tentu semua makhluk yang bernyawa akan mati. Oleh itu, jika kita tidak bertanggungjawab menjaga
sungai sudah pasti kita semua akan hidup dalam derita. Menyedari hakikat inilah setiap masyarakat
perlu mengakui betapa penting sungai kepada kehidupan kita. Sungai merupakan sebahagian
daripada keperluan manusia sejak kecil lagi. Sungai membekalkan sumber air semula jadi kepada
manusia untuk pelbagai keperluan harian. Justeru, kesedaran tentang kepentingan sungai dalam
kehidupan manusia tidak boleh dinafikan.

Hadirin sekalian,

Di samping sungai menjadi sumber kepada manusia, sungai juga berfungsi sebagai pusat
rekreasi berasaskan air di negara kita. Sebagai pusat rekreasi, sungai perlu dipelihara daripada
sebarang pencemaran agar dapat mengekalkan keindahan seterusnya menarik minat pengunjung.
Tanpa kawalan terhadap pencemaran sungai yang kian berleluasa, peranan sungai sebagai salah satu
kawasan rekreasi di negara kita akan terjejas. Pencemaran sungai yang berlaku sudah pasti akan
menyebabkan industri pelancongan negara terjejas. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga tidak mahu
mendengar peribahasa indah khabar dari rupa itu menjadi buah mulut pelancong-pelancong asing.
Sungai merupakan kawasan tadahan air yang paling penting dan menjadi sumber bekalan air negara
pada masa depan. Oleh itu, seandainya pencemaran sungai terus dibiarkan, kemungkinan besar suatu
hari nanti bekalan air kita akan terjejas dengan teruk. Hal ini perlu diberikan perhatian serius supaya
negara kita tidak menghadapi masalah yang kritikal pada masa depan.

Hadirin sekalian,

Menyedari punca pencemaran sungai lazimnya berpunca daripada kealpaan dan kecuaian
manusia, maka suatu langkah drastik perlu diambil untuk menanganinya. Pihak yang tidak
bertanggungjawab serta kerap melakukan aktiviti pencemaran perlu dikenakan tindakan yang
setimpal oleh pihak berkuasa. Suatu bentuk penguatkuasaan yang tegas perlu diambil sebelum
perkara yang tidak diingini berleluasa. Hukuman seperti menarik balik permit dan mengenakan
denda yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha kilang yang didapati menggunakan sungai sebagai
tempat pembuangan sisa kilang mereka perlu dilaksanakan segera. Dengan cara ini, kebersihan dan
keindahan sungai akan terpelihara.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya wajar dijadikan iktibar untuk menggambarkan
betapa pentingnya kita mendidik dan memupuk generasi muda agar menghargai sungai sebagai
sumber alam yang penting. Melalui pendidikan awal yang berterusan, generasi muda dapat
membentuk sikap mencintai sungai dalam diri mereka. Di samping itu, dasar Kementerian
Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran baharu seperti 'Pendidikan Alam Sekitar' di
peringkat rendah merupakan usaha murni ke arah budaya negara sihat. Dengan cara ini, kita akan
dapat memastikan generasi akan datang sentiasa memelihara sungai untuk keperluan mereka.

Kesimpulannya, sungai ialah sumber alam yang amat penting kepada kehidupan manusia.
Sekiranya ditakdirkan kita kehilangan sumber ini, suatu malapetaka kepada setiap warganegara
Malaysia akan berlaku. Tiada gunanya kita meratapi kehilangan alam yang paling berharga ini jika
langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dari sekarang. Saya ingin menyusun jari sepuluh
memohon ampun dan maaf jika dalam ceramah saya tadi terdapat sebarang kesilapan yang tidak
disengajakan. Akhir kata, hayatilah pepatah Melayu ini, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna.
Sekian, terima kasih.

Contoh Karangan Laporan

Sebuah persatuan di sekolah anda telah membuat lawatan ke suatu tempat bersejarah pada cuti
sekolah yang lalu. Anda sebagai setiausaha persatuan tersebut diminta menulis laporan tentang
lawatan itu. Tulis laporan itu selengkapnya yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

Laporan Lawatan sambil Belajar Persatuan Sejarah


Sekolah Menengah Cina Batu Pahat
Pada cuti penggal pertama yang lalu, Persatuan Sejarah Sekolah Menengah Cina , Batu Pahat
telah mengadakan lawatan sambil belajar di Bandaraya Bersejarah Melaka. Lawatan yang diadakan
pada hari Sabtu bersamaan dengan 12 Mac 2020 itu disertai oleh empat orang guru penasihat
persatuan dan 40 orang ahli persatuan.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali tempat-tempat bersejarah di Melaka dengan
lebih dekat. Di samping itu, sebahagian daripada kami dalam proses menyiapkan kerja kursus yang
berkaitan dengan sejarah negara.

Sebelum bertolak, ketua rombongan merangkap ketua guru penasihat mengingatkan kami agar
membawa buku catatan dan menjaga disiplin semasa lawatan. Kami juga diingatkan supaya menjaga
barang-barang berharga seperti kamera dengan baik. Pelajar perempuan pula tidak digalakkan
memakai barang kemas semasa lawatan.

Kami bertolak tepat pukul lapan pagi dan sampai kira-kira pukul 10.30 pagi. Kami dibahagikan
kepada empat kumpulan di bawah penyeliaan guru penasihat masing-masing. Hal ini bagi
memastikan semua peserta mematuhi peraturan lawatan dan memudahkan penyeliaan oleh guru-guru
penasihat.

Semasa melawat bangunan Memorial Perisytiharan Kemerdekaan, kami berpeluang melihat


rakaman peristiwa bersejarah perisytiharan kemerdekaan negara yang ditayangkan khusus untuk
rombongan kami atas permintaan ketua rombongan kami. Selain itu, kami turut melihat pameran
pelbagai barangan dan gambar yang berkaitan dengan kemerdekaan negara. Kami sibuk membuat
catatan. Walau bagaimanapun, kami dilarang mengambil gambar di dalam bangunan tersebut.
Setelah kami keluar dari bangunan tersebut, ada antara kami mengambil kesempatan untuk
bergambar berhampiran dengan kereta yang digunakan untuk mengisytiharkan kemerdekaan dengan
nombor plat 1957.

Tempat yang menjadi tumpuan kami seterusnya ialah runtuhan kota A Famosa. Kelihatan
pelancong asing sibuk mengambil gambar di sekitar tugu tersebut. Selepas itu, kami mendaki Bukit
St. Paul. Di situ memaparkan sejarah warisan Portugis. Apabila kami sampai di sebuah perigi buta di
puncak bukit tersebut, kami lihat ada beberapa orang yang mencampakkan syiling ke dalam perigi
tersebut. Di situ juga kelihatan beberapa orang pelukis yang menghasilkan lukisan pemandangan di
sekitar kawasan tersebut untuk dijual kepada orang ramai.

Menjelang pukul 1.00 tengah hari, kami berehat untuk makan dan solat Zuhur kami dibenarkan
bergerak bebas tetapi mesti dalam kumpulan untuk membeli cenderamata dan buah tangan. Pada
pukul dua petang, kami berkumpul semula berhampiran dengan bas yang kami naiki. Kemudian
kami bertolak ke Taman Mini Malaysia. Di situ kami melihat pelbagai bentuk rumah tradisional
seluruh negeri di Malaysia.

Kami memperoleh beberapa faedah daripada lawatan ini. Selain menambahkan pengetahuan
kami tentang sejarah tanah air, kami juga dapat memupuk semangat cinta akan negara.

Setelah memastikan semua ahli rombongan berkumpul, kami bertolak pulang tepat pukul 6.30
petang. Lawatan ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Kami berharap agar lawatan seumpama ini
akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh, 30 MAC 2020.


Nasriza
(NASRIZA HISHAMUDIN)
Setiausaha,
Persatuan Sejarah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mahkota.

Contoh Karangan Surat Rasmi

Sebagai seorang penduduk sebuah taman perumahan yang baharu, anda dapati banyak masalah
yang berlaku di taman perumahan ini. Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk
membuat aduan tentang masalah yang berlaku. Nyatakan beberapa saranan anda untuk mengatasi
masalah tersebut.
13-H, Flat Sri Pulau Pinang,
Jalan Batu 3, Cheras,
56000 Kuala Lumpur.
_________________________________________________________________________________

Ketua Pengarah,
Unit Keselamatan Polis,
Balai Polis Cheras,
56000 Kuala Lumpur. 18 APRIL 2020.

Tuan,

Aduan tentang Masalah Keselamatan Penduduk Flat Sri Pulau Pinang

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang beberapa masalah yang timbul
akibat sistem kawalan yang lemah di kawasan perumahan saya.

2. Saya merupakan seorang penghuni taman perumahan ini. Sejak menghuni taman ini, banyak
perkara yang tidak diingini telah menimpa diri saya dan juga penduduk yang lain. Pertama, kereta
saya telah dimasuki pencuri pada waktu malam. Malah, pada malam itu juga bukan kereta saya
sahaja yang menjadi mangsa, malahan terdapat 10 buah kereta lain turut mengalami nasib yang
sama. Kerugian yang dianggarkan akibat kejadian itu mencecah RM5,000. Hal ini menyebabkan
saya dan penduduk taman ini berada dalam keadaan tertekan. Yang paling saya takuti ialah kejadian-
kejadian yang lebih teruk daripada ini akan berlaku seperti peras ugut, samun dan sebagainya jika
masalah ini tidak dibendung.

3. Daripada pemerhatian saya, didapati orang yang melakukan perkara itu ialah orang luar yang
terdiri daripada remaja yang tidak bersekolah. Mereka akan berkumpul sambil melakukan beberapa
aktiviti yang tidak sihat seperti menghisap rokok, ponteng sekolah dan lari dari rumah. Keadaan ini
amat membimbangkan saya kerana sebagai penghuni tetap, keselamatan saya terasa seperti tidak
terjamin. Kami berasa takut walaupun berada di rumah sendiri.

4. Yang membimbangkan ialah saya dapati sesetengah remaja itu sanggup melakukan apa-apa
sahaja untuk mendapatkan wang. Pernah pada suatu hari, mereka bergaduh sesama sendiri akibat
kalah bermain judi. Saya bimbang sekiranya perkara ini berterusan, ada nyawa insan yang tidak
berdosa akan hilang. Pada waktu malam pula, mereka sering membuat bising sehingga mengganggu
waktu tidur penduduk. Walaupun pernah ditegur akibat sikap mereka itu, namun teguran itu tidak
sedikit pun memberikan kesan kepada mereka.

5. Untuk pengetahuan pihak tuan, beberapa bulan sebelum ini, taman perumahan ini mempunyai
pondok pengawal dan pengawal yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Walau
bagaimanapun, sejak sebulan yang lalu, saya mendapati taman ini tidak mempunyai pengawal lagi.
Akibatnya, masalah-masalah yang tidak diingini kian meruncing. Saya pernah meminta kerjasama
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengatasi masalah ini, tetapi tidak mendapat apa-apa
respons. Keadaan ini benar-benar mengecewakan saya.

6. Selain itu, saya juga mendapati kejadian pecah rumah mula berlaku. Dua hari yang lepas, rumah
jiran saya telah dipecah masuk. Ketika membuat laporan tentang kejadian itu di pondok polis
berhampiran, pihak polis telah meminta saya memanjangkan hal ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Hal ini menyebabkan seluruh penduduk taman berada dlam ketakutan. Saya dan penduduk berasa
tahap keselamatan di taman perumahan ini seolah-olah tidak selamat lagi. Saya mengharapkan jasa
baik dan tindakan segera daripada pihak tuan untuk menangani masalah ini. Saya yakin bahawa
dengan kuasa yang ada pada pihak polis, masalah ini dapat diatasi dengan murah. Saya sebagai
penduduk taman perumahan ini memohon jasa baik tuan sekali lagi supaya meningkatkan kawalan di
taman perumahan ini, khususnya pada waktu malam.

7. Oleh itu, saya ingin memberikan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah ini. Pertama,
saya berharap agar pihak berkenaan seperti pihak polis atau Dewan Bandaraya mengambil tindakan
segera apabila menerima aduan daripada wakil penduduk. Kedua, pihak yang bertanggungjawab
terhadap taman perumahan ini dapat menyediakan pengawal keselamatan yang tetap dan
berdedikasi. Ketiga, pihak taman perlu dibenarkan menubuhkan pasukan RELA bagi membantu
pihak tertentu. Yang penting ialah kerjasama daripada semua pihak perlu diwujudkan. Akhir sekali,
saya berharap agar aduan ini mendapat perhatian dan tindakan daripada pihak tuan. Segala kerjasama
yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”

Yang benar,
Alfyan Shamsul
( ALFYAN BIN SHAMSUL )
Penduduk Flat Sri Pulau Pinang,
Kuala Lumpur.

Contoh Karangan Rencana

Cara-Cara Menjaga Alam Sekitar Dalam Kalangan Masyarakat

Cara-Cara Menjaga Alam Sekitar Dalam Kalangan Masyarakat


Oleh : Iklil Ar- Raihanah Zulkhairi
Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai. Sebagai hamba-Nya , kita perlu
bersyukur ataupun berterima kasih kerana diberi nikmat untuk hidup di bumi ini. Oleh itu , menjadi
tanggungjawab setiap individu untuk menjaga alam sekitar ini agar sentiasa bersih , indah dan tidak
tercemar. Firman Allah SWT dalam surah al-Araf. “ Dan janganlah kamu membuat kerosakan di
muka bumi ini sesudah Allah SWT membaikinya”. Jelas Allah SWT berpesan agar manusia perlu
menjaga bumi yang ditinggal oleh mereka dengan baik. Setiap yang diciptakan oleh Allah SWT
mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan kewujudan alam sekitar
alam sekitar alam sekitar kita yang sememangnya berfungsi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT. Seperti yang diketahui , alam ini merupakan tempat tinggal segala kehidupan
termasuklah manusia , haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa alam ini, maka tiadalah kehidupan.
Makhluk yang hidup memerlukan habitat atau tempat tinggal, tempat membiak dan tempat untuk
mendapatkan makanan. Segala musibah yang menimpa manusia disebabkan oleh sifat tidak
bertanggungjawab mereka.

Penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan merupakan salah satu cara yang terbaik untuk
memupuk sifat cinta akan alam sekitar dalam diri masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
pemimpin perlu mengenakan tindakan yang tegas. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah
dikuatkuasakan pada tahun 1979 menyarankan agar semua industri mengolah air buangan untuk
mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air
daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan
cara yang selamat seperti ditanam. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran
perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan
teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan
ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata. Oleh itu,
kerajaan telah mengambil tindakan yang tegas terdahap pesalah yang membuang sisa kimia ke dalam
Sungai Kim Kim Pasir Kudang Johor. Pembuangan sisa kimia ini telah menyebabkan penduduk di
Pasir Kudang mengalami sesak nafas. Contoh denda yang akan dikenakan terhadap pesalah yang
melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam
perairan Malaysia tanpa suatu lesen ialah denda tidak melebihi RM 500, 000 atau dipenjara tidal
lebih 5 tahun atau kedua-duanya. Ternyatalah , penguatkuasaan undang-undang merupakan salah
satu cara untuk memupuk sifat cinta akan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Pada masa yang sama, program kitar semula juga merupakan cara seterusnya untuk memupuk sifat
cinta akan alam sekitar kepada masyarakat. Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan
oleh masyarakat , salah satu cara yang kita amalkan ialah kitar semula. Terdapat banyak definisi
mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk
mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai. Sampah ataupun
sisa pepejal merupakan suatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi akan dijana melalui aktiviti
komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal , cecair dan gas. Antara contoh
kebaikan program kitar semula terhadap alam sekitar termasuklah mengurangkan pencemaran udara
akibat kesan daripada pembakaran hutan. Selain itu, program kitar semula juga mampu
mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa
dan mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak secara sistematik.
Botol-botol kosong dan tin-tin kosong yang dikitar semula dapat mengelakkan wabak demam
denggi. Kita maklum bahawa, nyamuk aedes membiak di tempat air yang bertakung seperti botol dan
tin kosong. Selain mengelakkan penyakit, program kitar semula juga dapat menjana sumber
pendapatan. Jelaslah, program kitar semula merupakan cara untuk memupuk sifat cinta akan alam
sekitar kepada masyarakat.

Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi, media massa menjadi salah satu cara untuk
memupuk sifat cinta akan alam sekitar. Pengaruh media massa terhadap pemikiran manusia sangat
besar. Manusia mudah dipengaruhi iklan-iklan yang dipaparkan dan didengar dalam media massa.
Media massa atau media menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk. Antara bentuk media
massa yang sering digunakan ialah media cetak seperti surat khabar, majalah, buku, risalah,poster
dan media elektronik seperti radio, televisyen, komputer, telefon, teknologi maklumat dan
telekomunikasi yang lain. Media massa bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan isu
alam sekitar yang terjadi. Contohnya, tanah runtuh, banjir, pembalakan haram dan sebagainya.
Masalah ini dikupas dan disiarkan dalam media untuk menyedarkan masyarakat tentang alam sekitar.
Dengan ini, masyarakat akan sedar dan akan berusaha untuk menyelesaikannya daripada terus
berlaku dan harus terbendung. Melalui media massa juga masyarakat boleh mendapatkan maklumat
berkaitan wabak yang menular dari negara lain sebagai langkah berhati-hati rakyat Malaysia.
Contohnya, makluman melalui media massa tentang penularan wabak influenza A yang pertama di
negara Mexico pada tahun 2009 menyebabkan rakyat berhati-hati dan dinasihatkan untuk tidak ke
negara yang dilanda wabak. Selain itu, pinti masuk ke negara Malaysia juga akan dikawal ketat
terutama kepada rakyat daripada negara yang dilanda wabak. Sesungguhnya media massa merupakan
salah satu cara untuk memupuk sifat cinta akan alam sekitar.
Gotong-royong merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan menyihatkan tubuh badan.
Selain itu, aktiviti gotong-royong dapat menjadi salah satu cara untuk memupuk sifat cinta akan alam
sekitar. Aktiviti gotong-royong akan menjadikan udara dalam alam sekitar bersih dan segar. Hal ini
membolehkan kita menikmati keselesaan disebabkan tiada gangguan bau busuk di persekitaran kita.
Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita
menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitran yang segar dan nyaman
juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar rumah dan beriadah tanpa gangguan yang dapat
menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan
bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita. Wabak penyakit mudah tersebar apabila suhu bumi
menjadi terlalu panas. Peningkatan penyakit asma dan bronkitis dikatakan menjadi kesan utama
daripada pemanasan global. Suhu panas yang tinggi menyebabkan kuantiti habuk dalam udara sangat
tinggi dan akan menyebabkan masalah pernafasan kepada manusia. Jelas dinyatakan bahawa, aktiviti
gotong-royong dapat menjadi salah satu cara untuk memupuk sifat cinta akan alam sekitar.

Kesimpulannya, dunia ini sangat penting kepada semua kehidupan di bumi ini. Menjadi
tanggungjawab semua manusia untuk menjaga alam sekitar daripada pencemaran alam. Rakyat dan
kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak
dapat diatasi dalam sekelip mata tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah
pencemaran udara dapat diatasi. Pencemaran udara akan menjejaskan kesihatan manusia. Kebersihan
sebahagian daripada iman. Kebersihan bukan sahaja penting untuk mengelakkan pencemaran alam.
Hal ini disebabkan negara yang bersih dan indah akan menarik minat pelancong dating melancong ke
negara kita. Kita perlu ingat, kita perlu bernafas dengan udara yang bersih. Sumber makanan kita
pula dari tumbuh-tumbuhan perlu disiram daripada air yang tidak tercemar. Oleh itu, bersama-
samalah kita menjaga bumi ini dengan sebaik-baiknya.

Contoh Karangan Perbincangan

Covid-19 menjejaskan sosioekonomi negara. Bincangkan.

 Apabila koronavirus dideklarasikan sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan


Sedunia (WHO), negara-negara dari serata dunia, termasuk Malaysia, mula merasai impak signifikan
daripada virus yang nama saintifiknya Covid-19. Sebagai Langkah untuk menyekat penularan wabak
Covid-19 di Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil
keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di negara
kita sejak 18 Mac 2020 memandangkan bahana peningkatan kes positif Covid-19 makin terasa di
Malaysia. Kesan daripada tindakan ini telah menyebabkan kedudukan sosioekonomi negara kita
terjejas secara eksplisit sehingga menimbulkan suara-suara sayu dalam kalangan masyarakat
kononnya bagi golongan B40. Untuk mengekang bisul sosioekonomi daripada terus bertambah
kronik, kerajaan Malaysia memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang
bernilai RM250 bilion untuk meringankan beban sosial rakyat yang menghadapi ketidaktentuan dan
pancaroba kehidupan susulan kemunculan krisis ekonomi yang dinatijahkan pandemik Covid-19.
Persoalannya, sejauhmanakah Covid-19 menjejaskan negara kita dalam aspek kemasyarakatan dan
ekonomi?

  Generalisasinya, Covid 19 mendatangkan banyak sekatan. Dengan norma baharu ini, kita mesti
mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KMM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti penjarakan sosial dan pemakaian topeng
muka ketika keluar. Sesungguhnya, adat-adat dan warisan budaya kita juga diuji keras oleh Covid-
19. Tamsilnya, kita disarankan supaya tidak menerapkan amalan-amalan budaya kita yang
diperturunkan oleh nenek moyang kita secara berzaman-zaman seperti amalan ziarah-menziarahi dan
rumah terbuka pada musim perayaan. Norma baharu ini secara tersiratnya telah melesukan ukhuwah
dan pertalian yang sudah lama terjalin dalam kalangan masyarakat negara kita. Kita terpaksa
meneruskan kelangsungan hidup sedia kala sebelum vaksin yang dipercayai dapat memberhentikan
langkah Covid-19 dibangunkan. Sebagai mukhtasar, kemunculan Covid-19 secara kebetulan telah
mencetuskan norma baharu di tanah tumpah darah kita. 

   Tidak dapat dinafikan bahawa kadar pengangguran yang kian melonjak di negara kita
merupakan antara satu tanda kebinasaan yang ditinggalkan Covid-19. Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM) mengunjurkan kadar pengangguran di Malaysia pada tahun ini akan mencecah sehingga 5.5
peratus lanjutan daripada penularan Covid-19. Lebih tragik lagi, peningkatan kadar pengangguran
secara mendadak turut menimbulkan krisis kesihatan mental kepada rakyat Malaysia seperti masalah
kemurungan akibat bimbang kehilangan mata pencarian dan peningkatan insiden bunuh diri secara
purata di Malaysia. Permasalahan sebegini makin hari makin memuncak sehingga menggugat bahaya
suasana negara kita yang harmoni dan sakinah. Secara tidak langsung, keadaan ini memberatkan lagi
beban para pemimpin negara kita yang perlu merungkai banyak krisis yang bertembung pada satu
masa. Izharlah bahawa Covid-19 telah menjejaskan medan sosioekonomi Malaysia dengan
meningkatkan kadar pengangguran secara drastik di Malaysia.

   Bahawasanya, pandemik Covid-19 telah terbukti dapat menggoyahkan kedudukan defisit fiskal
negara kita. Tatkala kereta tidak bergerak, kilang tidak beroperasi dan kapal terbang tidak lagi
membelah awam, minyak mentah telah menjadi satu lambakan komoditi di pasaran. Senario tersebut
menyebabkan harga minyak global menjunam ke satu paras yang terlampau rendah, yakni antara AS
¢25 hingga AS ¢35 setong berbanding kira kira AS ¢60 setong pada akhir tahun 2019. Negara kita
yang sumber pendapatannya bergantung pada hasil pendapatan minyak adalah antara negara yang
menjadi mangsa kemelut ini. Memandangkan kemerosotan setiap AS ¢1 setong harga minyak akan
mengurangkan pendapatan minyak negara kita sebanyak RM300 juta, sasaran defisit fiskal 3.4
peratus daripada KDNK yang ditetapkan pada tahun ini adalah sukar untuk dikecapi. Malahan kadar
defisit fiskal yang begitu tinggi akan memungkinkan pengenalan semula Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan selepas pandemik ini demi meneguhkan kedudukan defisit fiskal
Malaysia. Deduksinya, kewujudan Covid-19 di Malaysia memporak-perandakan kedudukan defisit
fiskal Malaysia yang diumpamakan telur di hujung tanduk.

   Selanjutnya, Covid-19 pula melemahkan ringgit Malaysia akibat daripada kelesuan aktiviti
perekonomian yang bertapak di atas tanah air kita. Kelemahan ringgit sedikit sebanyak menjejaskan
pasaran saham tempatan dan mengurangkan keyakinan para pelabur yang ingin mengembangkan
portfolio perniagaan mereka di Malaysia. Padahalnya, kemasukan pelabur asing secara besar-besaran
ke dalam negara kita dapat menjana ekonomi kepada negara kita. Namun, penurunan keyakinan
dalam pelabur terhadap Malaysia akibat kelemahan ringgit Malaysia dan ketidakpastian dalam
pasaran kewangan tempatan mengakibatkan para pelabur beralih ke negara-negara lain yang
mempunyai pasaran kewangan yang lebih tinggi kadar lantunannya. Dalam konteks ini,
kebarangkalian untuk mengalami deflasi atau stagflasi bagi negara kita akan dilipatgandakan.
Rentetan daripada itu, kerajaan terpaksa meningkatkan hutang fiskal demi mengendalikan rejim
negara kita secara lancar dan berterusan. Akhirulkalam, Covid-19 menjejaskan prestasi ekonomi
Malaysia dengan melemahkan nilai ringgit selain menjejaskan pasaran saham tempatan.

Keangkaraan pandemik Covid-19 turut menyumbang kepada keperluan untuk menilai semula
sasaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dirancang oleh kerajaan kita. Hal
ini membawa konotasi bahawa pembentukan sasaran WKB 2030 di luar lingkungan Covid-19 dan
krisis ekonomi negara kita. Kerajaan kita patut menilai semula sasaran menjadi negara berstatus
maju menjelang 2025 dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang
ditetapkan di bawah WKB 2030 kerana sasaran WKB 2030 merupakan hala tuju pembangunan
ekonomi negara kita yang dapat melonjakkan status Malaysia dalam jangka masa yang pendek.
Dengan ini, pakar ekonomi, Dr Baayah Baba berpandangan bahawa kerajaan kita perlu
membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) dengan mengambil kira implikasi
yang ditinggalkan Covid-19 memandangkan RMK-12 merupakan fasa pertama WKB 2030 yang
matlamatnya bertunjangkan usaha-usaha merapatkan jurang antara kekayaan dengan kemiskinan di
negara kita. Tegasnya, impak daripada Covid-19 telah mengubah landskap ekonomi negara yang
seterusnya mendesak kerajaan kita untuk mengambil alpukah proaktif untuk merombak dasar sedia
ada  dalam penilaian semula WKB 2030.

   Intihanya, penularan wabak Covid-19 merupakan kemelut kemanusiaan yang paling teruk dalam
sejarah buat sekian abad. Covid-19 bukan sahaja menjejaskan negara kita dari segi sosioekonomi,
malahan melumpuhkan majoriti sektor negara kita seperti sektor hospitaliti, hiburan, pengeluar
tenaga, hartanah dan pengangkutan. Namun, impak-impak negatif berkenaan menyaksikan
kecekapan para pemimpin dalam penstrukturan semula model ekonomi Malaysia demi dijadikan hala
tuju baharu yang jelas bagi meloloskan rakyat Malaysia daripada terus dihanyut arus Covid-19 yang
tidak berkesudahan. Bank Negara Malaysia (BNM) seyogianya mengamalkan dasar campur tangan
dalam menstabilkan tukaran mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di samping
menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) agar rakyat Malaysia dapat mengharungi tempoh yang
amat kritikal ini. Tidak ketinggalan juga kerjasama yang padu daripada rakyat jelata. Alangkah
syahdu takdirnya rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan secara pantas lagi syumul oleh rakyat
Malaysia yang bersepadu itu!

Contoh Karangan Fakta

Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit
pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan,
tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup
yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak
melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko obesiti serta
penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat
Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah
semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil
lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan anak-anak mereka?

Sudah terang lagi bersuluh bermakna pentingnya peranan ibu bapa dalam memupuk amalan
gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya
hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang bermaksud pemakanan yang mengandungi
ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin,
mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta
bernutrien kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana
makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa
digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti
anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu
mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak
memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak
perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah
memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup
sihat.

Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Aktiviti ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-
anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-
peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya,
anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti
senaman perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara
aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit.
Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi
ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan
beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah,
badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah
bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan
secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-
anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali
setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika
masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini.
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali
tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan pilihan yang terbaik
untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah
segala membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat serta pengesahan tentang
penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mematuhi nasihat
doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara
berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.

Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri
pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu
dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga
perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci
tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat
mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa
ibu bapa dalam menitikberatkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan
sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat membentuk gaya hidup
yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa juga seyogia
mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang
bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit.
Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung
minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa
anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman perumahan dengan membersihkan sampah-
sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat
mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.
Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun
tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa
dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka sekali gus akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi
manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat
melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi
dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa
mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga
serta mengamalkan ibadat mengikut agama masing-masing akan memberi impak psikologi yang
positif.

Pada masa yang sama memiliki sikap atau mentaliti positif penting untuk menangani tekanan
kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu
menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan.
Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat, kekangan di tempat kerja
memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak
menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi
ataupun rakan-rakan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh
menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan
sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah
gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik
dan pesanan yang sering merangsang anak-anak ke arah positif menangani cabaran merupakan
asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah
membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-
rakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat
orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya
membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita
menziarahi orang yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan
gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit itu untuk melawan kesakitan yang
ditanggung. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati
terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan sebuah
badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat
tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan
bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang
yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.

Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-
anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan
dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-
anak yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari
untuk tidur dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur
selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak
akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga
diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu
langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-
anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya
hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.

Jika mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya. Kemelut yang
bersangkut isu peranan ibu bapa telah dikupas dengan mendalam. Berdasarkan perbincangan di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya
hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan
rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas perlulah
diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata pepatah pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup
sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat
dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Dengan kata lain, segala kelemahan perlu
ditangani sebelum padi di sawah menjadi lalang, sebelum ayam di reban disambar helang. Jelasnya,
jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia
yang sihat bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Contoh Karangan Rangsangan 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti.


Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menangani masalah di dalam kalangan murid.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Dalam usaha mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kalangan remaja, masalah disiplin
menjadi isu utama yang perlu diambil perhatian. Hal ini disebabkan, remaja pada zaman ini banyak
menghabiskan masa mereka di sekolah bersama-sama dengan rakan dan guru. Sekolah bagaikan
rumah kedua anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak tinggal di asrama. Oleh sebab itu,
pelbagai pihak perlu berganding bahu, memainkan peranan dalam menangani isu ini. Bersesuaian
dengan firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 114. "Ketahuilah, kebaikan dapat menghapuskan
kejahatan". Dengan ini, perlulah kita bersama-sama bersatu hati untuk menangani masalah disiplin
yang timbul dalam kalangan murid.

Untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan murid, ibu bapa perlulah memberikan
perhatian penuh terhadap anak-anak mereka. Hal ini akan menjadikan remaja atau murid berasa
disayangi oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak.
Contohnya, ibu bapa yang sibuk bekerja akan menyebabkan anak-anak mencari rakan sebaya untuk
mengisi kekosongan hidup. Sekiranya anak-anak ini salah memilih kawan, kebarangkalian besar,
anak-anak ini mudah terlibat dengan aktiviti yang membawa kepada masalah disiplin. Jelas bahawa,
ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang agar anak-anak mereka tidak menjadi salah
seorang daripada murid sekolah yang mempunyai masalah disiplin.
Seterusnya, pihak sekolah juga perlu mengenakan tindakan yang tegas kepada murid-murid
sekolah yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Hukuman yang setimpal perlu dikenakan
kepada murid yang melakukan kesalahan disiplin. Hal ini perlu untuk dijadikan sebagai pengajaran
kepada murid yang lain. Tamsilnya, sekiranya pelajar yang ponteng sekolah dihukum diperhimpunan
sekolah, murid lain akan berasa takut untuk melakukan kesalahan yang sama. Guru disiplin
berperanan menghukum dengan hukuman yang setimpal dan tidak melampaui batas. Peraturan-
peraturan disiplin sekola dimaklumkan kepada murid-murid. Hal ini juga akan menyebabkan murid-
murid di sekolah berfikir, sebelum melakukan apa-apa kesahan. Oleh itu, tindakan tegas daripada
pihak sekolah amat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah agar masalah disiplin dalam kalangan
muri dapat diselesaikan.

Selain itu, kaunselor sekolah turut berperanan dala menangani masalah disiplin di
sekolah. Setiap kaunselor yang ditempatkan di sekolah memiliki ilmu kaunseling dan mampu
membantu murid-murid yang mempunyai masalah disiplin. Murid-murid yan menghadapi masalah
disiplin akan dirujuk kepada kaunselor sekolah Kaunselor sekolah akan melakukan sesi kaunseling
bersama-sama dengan murid yang mempunyai masalah disiplin ini. Contohnya kaunselor akan
berusaha mencari punca masalah disiplin dalam kalangan murid. Apabila punca kepada masalah
disiplin ini dikesan, maka dengan mudah murid yang bermasalah dapat dibantu. Walau
bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa, kita tidak boleh melepaskan tangan kepada kaunselor
sahaja untuk mengubah murid yang bermasalah. Hal ini dikatakan demikian kerana kaunselor
merupakan pembuka jalan dan penasihat kepada murid yang bermasalah. Namun, murid itu sendiri
yang perlu berubah. Ternyatalah bahawa, kaunselor sekolah berperanan dalam menangani
masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

Kesimpulannya, sebagai individu yang prihatin, kita perlu cakna dalam menangani masalah
disiplin dalam kalangan murid. Cara-cara yang dinyatakan perlu dilaksana dengan sebaik mungkin.
Ibu bapa dan pihak sekolah perlulah mengembleng tenaga bagai aur dengan tebing agar masalah
disiplin anak-anak murid di sekolah dapat ditangani. Masalah ini akan dapat selesai sekiranya setiap
isu dititikberatkan. Apabila anak-anak murid diberikan perhatian, mereka akan berasa mereka
dihargai. Hal ini sekali gus menjadi anak-anak yang taat dan mendengar kata.
Contoh Karangan Rangsangan 2

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan sambutan Bulan Kebangsaan di


sekolah.Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Pada setiap tahun, tarikh 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi negara Malaysia. Hal ini
disebabkan negara Malaysia menyambut merdekaan pada tarikh tersebut. Terdapat banyak kebaikan
yang akan peroleh apabila setiap individu atau masyarakat di Malaysia mengambil pengajaran atas
sambutan yang dilakukan. Malaysia pada hari ini merupakan sebuah negara yang sangat aman. Oleh
itu, warga Malaysia perlu ingat bahawa, kemerdekaan tidak dikecapi dengan cara percuma tetapi
diperoleh melalui perjuangan nenek moyang kita dahulu. Anak-anak muda sekarang perlu berfikir
dengan lebih bijak untuk meniaga negara Malaysia agar tidak tergadai pada suatu masa nanti. Kita
perlu ingat bahawa Malaysia tanah tumpah darah kita. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersatu hati
dalam menjaga kedaulatan negara Malaysia

Semangat cinta akan negara pasti dapat dipupuk apabila Bulan Kebangsaan disambut di
sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana warga pendidik di sekolah merupakan individu yang
berperanan dalam menerapkan semangat cinta akan tanah air. Sambutan Bulan Kebangsaan di
sekolah sangat digalakkan kerana tidak semua remaja berpeluang menyambut hari kebangsaan yang
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada setiap tahun. Pada masa yang sama, pihak sekolah boleh
mengadakan aktiviti tertentu seperti pertandingan sajak atau nyanyian lagu patriotik. Selain dapat
memeriahkan hari sambutan, bakat murid-murid juga dapat dicungkil dengan baik. Oleh itu, maklum
bahawa, semangat cinta akan negara pasti dapat dipupuk sekiranya bulan kebangsaan disambut di
sekolah.

Di samping itu, sekiranya Bulan Kebangsaan disambut di sekolah, murid-murid dapat


mengenang kembali jasa tokoh pejuang kemerdekaan. Sekolah merupakan salah satu tempat
yang sangat sesuai untuk menyambut Bulan Kebangsaan. Sebagai contoh, kelab sejarah boleh
menganjurkan pertandingan lakonan perjuangan tokoh kemerdekaan seperti Datuk Bahaman, Datuk
Dol Said, Mat Kilau, Leftenan Adnan, Kanang Anak Langkau dan ramai lagi tokoh pejuang yang
berjuang demi kemerdekaan Malaysia. Pertandingan ini pasti memberikan manfaat yang besar
apabila anak-anak murid berlakon menjiwai watak pejuang-pejuang tersebut. Dengan ini, sambutan
B Kebangsaan juga pasti menjadi semakin meriah. Jelaslah, murid-mu dapat mengenang jasa tokoh
perjuangan apabila sambutan bu kebangsaan dilaksanakan di sekolah.

Murid-murid sekolah di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Oleh sebab itu,
sambutan Bulan Kebangsaan di sekolah akan menyebabkan perpaduan kaum dapat dipupuk dengan
lebih baik lagi. Apabila sambutan Bulan Kebangsaan ini dilaksanakan, murid-murid yang berbilang
kaum seperti Melayu, India dan Cina akan mengadakan program yang dianjurkan bersama-sama.
Situasi ini akan menyebabkan perpaduan kaum dapat dieratkan. Pada masa yang sama, murid-murid
yang berlainan kaum ini boleh mempelajari adat dan budaya rakan-rakan mereka yang berlainan
bangsa. Malaysia sememangnya terkenal dengan negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum
dan agama. Walaupun begitu, Malaysia masih tetap aman dan damai. Ketahuilah bahawa, perpaduan
kaum dapat dipupuk merupakan salah satu kebaikan yang akan diperoleh sekiranya Bulan
Kebangsaan disambut di sekolah.

Kesimpulannya, tak kenal maka tak cinta. Perasaan cinta akan negara tidak akan lahir sekiranya
anak-anak muda pada masa ini gagal mengenal negara mereka sendiri. Lirik lagu Negaraku yang
dinyanyikan pada setiap minggu di sekolah perlu diselami dengan lebih mendalam agar anak-anak
remaja faham akan kepentingan sesebuah negara yang aman dan damai. Negara-negara yang
bergolak dan mengalami peperangan perlu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada anak-anak
remaja pada zaman sekarang. Mereka perlu bekerjasama memelihara keamanan agar keamanan di
Malaysia kekal berpanjangan langanlah sampai negara Malaysia yang aman dan damai ini dijajah
kembali del kealpaan generasi yang ada pada hari ini. Kita perlu kekalkan keamana negara Malaysia
agar aman dan harmoni.
Anak dagang di rantau orang,
Membawa diri penuh azimat;
Bekal azimat di medan perang,
Untuk keamanan buat rakyat.

Rangka Karangan Rangsangan 3

Lihat rajah di bawah dengan teliti.


Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menangani penyakit berjangkit. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pendahuluan
Tema Penyakit berjangkit merupakan penyakit yang disebarkan oleh agen
kesihatan jangkitan vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus, dan prion.
Terdapat juga jenis penyakit yang disebarkan oleh protozoa dan
cacing.

Mendapatkan suntikan vaksin dan imunisasi


Tugasan Salah satu cara menangani penyakit berjangkit termasuklah dengan
Menepati tema cara mendapatkan suntikan vaksin imunisasi.
Idea Suntikan vaksin di Malaysia di wajibkan untuk bayi dan kanak-
Huraian kanak. Suntikan ini percuma di semua hospital dan klinik kesihatan
kerajaan. Sebagai warganegara Malaysia, anda tidak dikenakan
sebarang bayaran untuk suntikan vaksin untuk anak-anak anda di
klinik dan hospital kerajaan.
Idea Contohnya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyusun
Contoh jadual suntikan bayi yang baru lahir seperti suntikan BCG iaitu
vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis, DTap
pula kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap
Difteria manakala MMR pula untuk campak dan beguk.
Penegas Jelaslah, cara menangani penyakit berjangkit termasuklah dengan
cara mendapatkan suntikan vaksin dan imunisasi.
Menjaga kebersihan dan kesihatan diri
Tugasan Seterusnya, seseorang perlu menjaga kebersihan dan kesihatan diri
Menepati tema untuk menangani penyakit berjangkit.
Idea Penjagaan tubuh badan sangat penting untuk mengelakkan
Huraian jangkitan daripada sebarang penyakit berjangkit.
Idea Contohnya, pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan
Contoh Typhoid. Demam Typhoid disebabkan oleh bakteria Salmonella
Typhii yang disebarkan melalui makanan dan minuman yang telah
tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan seluruh badan
dan merosakkan pelbagai organ badan.
Penegas Nyatalah bahawa, seseorang perlu menjaga kebersihan dan
kesihatan diri untuk menangani penyakit berjangkit.

Menjaga kebersihan alam sekitar


Tugasan Selain itu, penting untuk masyarakat menjaga alam Menepati
Menepati tema sekitar untuk mengatasi penyakit berjangkit.
Idea Alam sekitar yang bersih bukan sahaja menyegarkan Huraian dan
Huraian menenangkan malahan untuk kesihatan tubuh badan. Persekitaran
yang kotor akan menyebabkan lalat dan nyamuk aedes membiak.
Idea Contohnya, lalat penyebab kepada demam kepialu dan taun. Kesan
Contoh penyakit taun akan mengakibatkan cirit-birit dan muntah berair
yang boleh mengakibatkan dehidrasi melampau dan kematian.
Manakala nyamuk aedes pula akan menyebabkan demam denggi.
Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Penegas Oleh itu, penting untuk masyarakat menjaga alam sekitar untuk
mengatasi masalah penyakit berjangkit.

Penutup
Tema Kesimpulannya, kesihatan tubuh badan tidak tenilai harganya.
kesihatan
Siapa Rakyat Malaysia perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menjaga kebersihan diri, keluarga dan negara.
Kenapa Hal ini penting untuk generasi akan datang.
Mengapa Hal ini akan menjadikan rakyat Malaysia sebuah negara yang
harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana badan sihat otak
cerdas.
Rangka Karangan Rangsangan 4

Lihat rajah di bawah dengan teliti.


Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah semangat kejiranan. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Pendahuluan
Tema Jiran orang yang paling rapat dengan kita. Penting untuk
kejiranan memperoleh jiran yang baik. Tempat meminta pertolongan. Jiran di
Malaysia kadangkala terdiri daripada pelbagai kaum.

Memupuk Sifat tolong-menolong


Tugasan Antara faedah semangat kejiranan termasuklah oati tema negara
Menepati tema pasti menjadi aman dan harmoni
Idea Imbas zaman penjajahan Jepun, rakyat perlu bersatu menentang
Huraian penjajah untuk memperoleh negara yang aman
Idea Jiran perlu berhati baik dan tidak menyombong diri. Seperti katak
Contoh di bawah tempurung.
Penegas Semangat kejiranan termasuklah negara pasti menjadi aman dan
harmoni.

Memupuk sifat tolong-menolong


Tugasan Faedah yang seterusnya ialah, semangat kejiranan Menepati tema
Menepati tema akan memupuk sifat tolong-menolong dalam kalangan penduduk di
kawasan perumahan.
Idea Sifat tolong-menolong sangat perlu untuk menjadikan hidup lebih
Huraian mudah.
Idea Majlis kenduri yang dilakukan secara bergotong-rotong dan tolong-
Contoh menolong menjadikan kerja bertambah mudah. Sifat bagai aur
dengan tebing dapat dipupuk.
Penegas Semangat kejiranan akan memupuk sifat tolong-menolong.

Menjamin keselamatan penduduk


Tugasan Semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan penduduk di
Menepati tema kawasan perumahan atau di kawasan kampung.
Idea Penduduk yang bersatu-padu menyebabkan tidak berlakunya
Huraian kekacauan.
Idea Sekiranya berlaku kecurian di kawasan perumahan, Contoh
Contoh penduduk setempat boleh melakukan aktiviti mengawal. Aktiviti
rukun tetangga menunjukkan semangat kejiranan dan kerjasama
yang baik.
Penegas Jelaslah, semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan
penduduk

Penutup
Tema Kesimpulannya, penduduk di Malaysia hidup dalam keadaan aman
kesihatan dan damai. Walaupun berbilang kaum, keamanan tetap dicapai.
Siapa Rakyat Malaysia perlu meneruskan sifat ini agar keamanan negara
berkekalan.
Kenapa Hal ini penting untuk generasi akan datang.
Mengapa Hal ini juga untuk memastikan semangat kejiranan dan perpaduan
kekal dalam kalangan rakyat di Malaysia.
Latihan Rumusan 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kaedah-kaedah
menjaga kesihatan sepanjang hayat dan punca-punca kebanyakan orang tidak sihat. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu
menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun begitu, pelbagai jenis
penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian. Keadaan ini tidak
seharusnya dipandang remeh, sebaliknya perlu dianggap serius dan disususli dengan langkah yang
efektif untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Setiap orang perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat berdasarkan piramid
makanan. Tanpa pengambilan makanan secara sihat, mudahlah seseorang itu diserang penyakit. Hal
ini ada kaitannya dengan tubuh badan manusia yang memerlukan nutrien dan komponennya. Untuk
kekal sihat. seelok-ekolnya seseorang itu mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak.
Pengurangan makanan yang tinggi lemak dapat mencegah penyakit yang berbahaya seperti obesiti,
tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Perkara ini membuktikan bahawa gaya pemakanan sangat
penting dalam kehidupan seseorang. Setiap individu juga sepatutnya menikmati pelbagai jenis
makanan dengan kadar yang sederhana. Di samping itu, lebihkan makan buah-buahan dan sayur-
sayuran dalam diet harian agar tubuh mendapat bekalan vitamin yang secukupnya. Aspek lain yang
tidak wajar diabaikan tentang pengambilan makanan apabila berhadapan dengan sajian ialah
seseorang itu hendaklah bijak mengawal nafsu makan tanpa melahap semuanya apatah lagi ketika
makan di luar. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebilangan individu yang berusaha dengan
sedaya upaya untuk menghabiskan makanan yang dihidangkan akibat kemahuan menjamah makanan
sukar dikekang.

Amalan pemakanan yang kurang sihat turut mengundang musibah kerana perut merupakan ibu
segala penyakit. Oleh sebab itu, molek benar sesiapa sahaja mengamalkan diet sihat dalam amalan
pemakanan agar tidak menderita pelbagai jenis penyakit walaupun usia masih muda. Sehubungan
dengan itu, setiap orang wajar mendisiplinkan diri tentang amalan mengawal kesihatan dengan
harapan dapat menikmati hidup yang sihat sepanjang hayat. Untuk memastikan seseorang itu kekal
sihat bukanlah sesuatu yang sukar kerana pilihannya terletak dalam tangan kita sendiri.

Selain itu, setiap orang perlu mengambil tindakan yang positif dengan menjalani ujian saringan
kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya setiap dua tahun sekali supaya tindakan awal dapat
diambil jika mengalami masalah kesihatan. Kita harus sedar bahawa kita sendirilah yang
menentukan sama ada kita mahu terus hidup secara sihat atau tidak mengendahkan amalan gaya
hidup sihat. Gaya hidup yang sihat ialah kunci utama kesejahteraan insan.

Soalan Petikan Umum 1

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata pilihannya terletak dalam tangan kita sendiri. (3%)

2. Pengarang menyenaraikan beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan gaya pemakanan yang
kurang sihat, iaitu makanan yang tinggi lemak. Nyatakan penyakit-penyakit tersebut. (3%)

3. Trend semasa menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit berbahaya berlaku disebabkan amalan
gaya hidup tidak sihat sejak kecil lagi.
Pada pendapat anda, apakah implikasi yang terpaksa ditanggung oleh seseorang yang tidak
mengendahkan amalan gaya hidup sihat? Nyatakan empat implikasi. (4%)
Jawapan Rumusan 1

Pendahuluan:
Petikan membincangkan cara-cara / langkah-langkah menjaga kesihatan sepanjang hayat
dalam kalangan rakyat Malaysia.
Isi-isi tersurat: (kaedah-kaedah)
1. Setiap orang perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
berdasarkan piramid makanan.
2. Seseorang itu mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak.
3. Setiap individu menikmati pelbagai jenis makanan dengan kadar yang sederhana.
4. Dalam diet harian, lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Setiap individu hendaklah bijak mengawal nafsu makan tanpa melahap semua sajian.
6. Sesiapa sahaja mengamalkan diet sihat dalam amalan pemakanan.
7. Setiap orang wajar mendisiplinkan diri tentang amalan mengawal kesihatan.
8. Kegiatan bersukan atau bersenam dan mematuhi nasihat pakar tidak wajar diabaikan.
9. Setiap orang menjalani ujian saringan kesihatan secara berkala.
Isi-isi tersirat: (punca-punca)
1. Kebanyakan orang tidak berupaya hendak mengekang nafsu makan yang meluap-luap.
2. Keadaan di negara ini yang terlalu mewah dengan makanan.
3. Kebanyakan orang makan mengikut nafsu bukan atas keperluan kesihatan.
4. Penyelia makanan tidak mengendahkan pemakanan yang sihat.
5. Amalan gaya hidup sihat dipandang mudah oleh sebilangan masyarakat moden.
6. Kebanyakan orang tidak berusaha untuk mengekalkan hidup aktif.
Penutup:
Kesimpulannya, setiap individu hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak diserang
pelbagai jenis penyakit.

Jawapan Petikan Umum 1


1. Maksud rangkai kata pilihannya terletak dalam tangan kita sendiri ialah setiap individu itulah
yang menentukan sesuatu yang baik atau sebaliknya untuk dirinya sendiri.
2. Penyakit-penyakit tersebut ialah obesiti, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
3. Pada pendapat saya, implikasi yang terpaksa ditanggung oleh seseorang yang tidak
mengendahkan amalan gaya hidup sihat ialah mudah diserang penyakit tanpa dijangka. Banyak
wang perlu dibelanjakan untuk membiayai rawatan penyakit. Masa dihabiskan dengan berulang-
alik ke hospital. Tidak dapat menikmati hidup yang selesa seperti orang lain.
Latihan Rumusan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor sikap
lepas laku dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk menangani sikap lepas laku
dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bebas melakukan sesuatu terutama perbuatan yang kurang menyenangkan tanpa perasaan segan
silu ialah maksud yang tepat untuk menggambarkan sikap lepas laku. Lepas laku digambarkan
sebagai perbuatan negatif yang tidak bersesuaian dengan moral dan etika yang diamalkan oleh
masyarakat setempat. Kematian enam orang remaja secara mengejut akibat pengambilan dadah
secara berlebihan ketika menghadiri festival muzik di Bukit Jalil merupakan contoh terdekat yang
berpunca daripada sikap lepas laku remaja kini. Yang lebih mendukacitakan, kebanyakan mangsa
yang maut dalam festival itu terdiri daripada golongan remaja dan masih menuntut di institusi
pengajian tinggi di sekitar ibu kota.

Antara sebab yang dapat dikaitkan dengan masalah ini termasuklah sikap remaja itu sendiri yang
mudah terpengaruh dengan unsur negatif. Perkembangan hormon remaja pada tahap ini semakin
aktif, seterusnya menyebabkan mereka terdorong untuk mencuba sesuatu yang baharu seperti
merokok dan menghisap dadah. Lebih teruk lagi, ada antara mereka yang terjebak dengan amalan
seks bebas. Kelompongan dalam didikan agama yang sepatutnya diterapkan dalam diri remaja turut
menjadi penyumbang kepada sikap lepas laku ini. Pada ketika ini, sepatutnya mereka diterapkan
dengan didikan agama yang dapat membentuk akhlak yang baik.

Remaja pada hari ini juga dikatakan terlalu “celik maklumat” sehingga mereka terdedah dengan
pelbagai maklumat secara maya yang bebas diteroka tanpa sempadan. Media elektronik turut
berlumba-lumba dan bersaing untuk memaparkan pelbagai maklumat tanpa sekatan yang membawa
implikasi buruk terhadap remaja. Sajian tanpa bertapis ini gagal dinilai oleh remaja sehingga mereka
mula terpengaruh dengan gaya pemikiran negatif yang menyimpang jauh daripada adat ketimuran
yang sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu. Acap kali juga kepincangan institusi
kekeluargaan turut dikaitkan apabila menyentuh isu lepas laku dalam kalangan remaja. Corak
pembentukan dan pendidikan anak-anak dalam sesebuah keluarga kini berbeza daripada masyarakat
terdahulu.
Kini, sikap ibu bapa yang lebih mengejar kemewahan menyebabkan anak-anak terumbang-
ambing dalam mencari jati diri mereka. Tambahan pula, kurangnya perhatian daripada ibu bapa
menyebabkan anak-anak memberontak dan mula mencari keseronokan di luar rumah bersama-sama
rakan sebaya mereka. Kecenderungan mereka menghabiskan masa di luar rumah menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai masalah sosial yang boleh memusnahkan masa hadapan
mereka.

Masalah ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan dalam keadaan negara lain sibuk merangka
pelan penambahbaikan untuk kemajuan, negara kita pula masih bergelut dengan masalah sosial
remaja yang semakin parah. Oleh itu, kajian semula harus dipertimbangkan untuk membendung
masalah lepas laku dalam kalangan remaja di negara kita.

Soalan Petikan Umum 2

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata moral dan etika. (2%)

2. Pengarang menyatakan bahawa perkembangan hormon pada tahap remaja semakin aktif,
seterusnya menyebabkan mereka terdorong untuk mencuba sesuatu yang baharu. Nyatakan dua
implikasi yang akan berlaku kesan daripada perkembangan tersebut. (4%)

3. Golongan remaja akan bertindak sebagai pemangkin pembangunan negara pada masa hadapan.
Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan golongan remaja dalam pembangunan negara?
Nyatakan dua peranan. (4%)
Jawapan Rumusan 2

Pendahuluan
Petikan membincangkan punca-punca / sebab-sebab sikap lepas laku dalam kalangan remaja di
Malaysia.
Isi-isi Tersurat ( faktor-faktor )
1. Sikap remaja itu sendiri yang mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
2. Perkembangan hormon remaja yang sangat aktif hingga terdorong untuk melakukan sesuatu
yang baharu.
3. Kelompongan dalam didikan agama.
4. Golongan remaja terlalu celik komputer hingga terdedah dengan pelbagai maklumat secara
maya.
5. Media elektronik berlumba-lumba dan bersaing untuk memaparkan pelbagai maklumat tanpa
sekatan.
6. Remaja gagal menilai bahan tanpa tapisan.
7. Kepincangan institusi kekeluargaan.
8. Corak pembentukan dan pendidikan anak-anak dalam sesebuah keluarga kini berbeza daripada
masyarakat dahulu.
9. Sikap ibu bapa yang lebih mengejar kemewahan
10. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa
Isi-isi Tersirat ( langkah-langkah )
1. Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak sejak mereka
masih kecil.
2. Pihak Lembaga Penapisan Filem perlu bekerja dengan lebih telus dalam menapis sajian media
elektronik.
3. Ibu bapa tidak terlalu mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak-anak.
4. Setiap anggota keluarga terutamanya ibu bapa hendaklah mengukuhkan institusi kekeluargaan.
Penutup
Kesimpulannya, golongan remaja perlu meningkatkan jati diri agar mereka terlepas daripada
sikap lepas laku serta menjadi generasi masa hadapan yang cemerlang dan terbilang.

Jawapan Petikan Umum 2


1. Maksud rangkai kata moral dan etika ialah akhlak / nilai murni dan prinsip.
2. Implikasi-implikasi yang akan berlaku kesan daripada perkembangan tersebut ialah golongan
remaja terdorong untuk merokok. Selain itu, golongan remaja turut terdorong untuk menghisap
dadah serta terjebak dengan amalan seks bebas.
3. Pada pendapat saya, peranan-peranan golongan remaja dalam pembangunan negara ialah remaja
merupakan generasi yang bakal menerajui barisan kepemimpinan negara. Selain itu, golongan
remaja akan menjanakan idea untuk memajukan negara, di samping melibatkan diri dalam
pembangunan negara.
Latihan Rumusan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak negatif media
sosial dan punca remaja menggemari media sosial. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Perkembangan teknologi kini mengalami perubahan yang begitu mengalami perubahan yang
begitu pesat, terutama dalam bidang informasi dan komunikasi. Walaupun media sosial banyak
kebaikannya, namun terdapat kesan negatif yang perlu diberikan perhatian oleh golongan remaja.
Antara kesan negatif media sosial ialah penyebaran berita palsu secara berleluasa. Penyebaran berita
palsu ini amat berbahaya terutama jika melibatkan isu keselamatan negara.

Selain itu, media sosial juga boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang
masa dengan mengabaikan pelajaran. Di samping itu, media sosial menyebabkan golongan muda
mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti melihat gambar dan video lucah. Oleh itu, ibu bapa
sewajarnya memantau perlakuan anak-anak yang sedang melayari media sosial. Malah, media sosial
banyak mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja dengan meniru aksi ganas dan berbahaya.
Oleh sebab itulah terdapat beberapa kejadian remaja meniru aksi ganas apabila bertemu dengan
rakan sebaya. Terdapat juga pengguna yang terpengaruh dengan iklan produk yang dipaparkan dan
mempercayai produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebenarnya dalam
kebanyakan kes, khasiat produk yang diiklankan itu tidak menepati faedah yang dipaparkan. Antara
jenis produk yang selalumemperdaya pengguna ialah produk kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan
senaman dan barangan elektrik. Oleh itu, pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk
yang diiklankan di media sosial.

Selain itu, media sosial menjadikan remaja kurang bersabar dalam tindakan kerana telah biasa
memperoleh maklumat media sosial dengan pantas. Namun, tatkala maklumat tidak dapat diproses
dengan cepat, remaja akan mudah mengalami kegusaran dan emosi kebosanan yang menggelegak.
Bagi remaja yang berfikiran kurang matang pula akan mempercayai semua maklumat lebih yang
dipaparkan tanpa menyelidiki dengan lebih mendalam. Sebenarnya maklumat yang disampaikan
melalui media sosial belum terbukti kebenarannya. Maklumat itu mungkin ditokok tambah dengan
sengaja untuk menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.
Kita harus akui bahawa remaja sekarang tidak seperti dahulu yang memanfaatkan masa terluang
dengan riadah. Menerusi laman sembang pada telefon pintar masing-masing, remaja-remaja menjadi
manusia yang sukar bergaul dengan orang lain secara bersemuka. Masa dihabiskan di dalam ruman
sahaja. Dalam aspek keselamatan negara, media sosial kadang-kadang mewujudkan ketidaktentuan
ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara diperkatakan di laman sembang. Dalam hal ini,
kerajaan perlu memantau media sosial untuk memastikan keselamatan negara terjamin. Seterusnya,
banyak kes telah dilaporkan apabila penggodam mencuri maklumat peribadi pengguna media sosial
untuk tujuan menipu.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana


“Berita Palsu Musuh Negara"
oleh CMCF, Dewan Siswa, April 2018)

Soalan Petikan Umum 3

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kekeliruan. (2%)

2. Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa usaha yang dilakukan untuk membendung
masalah penggunaan. Nyatakan dua usaha tersebut. (4%)

3. Pada era moden ini, semua orang menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian. Pada
pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya media sosial dilarang penggunaannya dalam
kalangan masyarakat kita? Nyatakan dua kesan tersebut. (4%)
Jawapan Rumusan 3

Pendahuluan
Rumusan membincangkan kesan-kesan negatif / akibat / keburukan media sosial dalam kalangan
rakyat Malaysia.
Isi Tersurat (impak negatif)
1. penyebaran berita palsu secara berleluasa.
2. mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa
3. golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif
4. mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja meniru aksi ganas dan berbahaya
5. terpengaruh dengan iklan produk dan percaya prochaik ini boleh memelesaikan masalah.
6. remaja kurang bersabur kurrana selal biasa memperoleh maklumat yang pantas
7. remaja yang berfikiran kurang matang akan mempercayai maklumat tanpa memelidiki.
8. remaja menjadi manusia yang sukar bergaul dengan orang lain secara bersemuka.
9. mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila rahsia negara diperkatakan
10. penggodam mencari maklumat peribadi pengguna meilia sosial untuk tujuan menipu.
Isi Tersirat (punca)
1. memaparkan maklumat yang pantas dan menarik
2. boleh berkomunikasi dengan semua orang dalam satu-satu masa.
3. kandungan menghiburkan setelah penat melakukan sesuatu aktiviti
4. dapat memanfaatkan masa yang terluang Penutup
Penutup
Kesimpulannya, pengguna media sosial perlu bijak menyaring maklumat yang diterima agar
unsur negatif tidak melekat dalam diri.

Jawapan Petikan Umum 3


1. Rangkai kata menimbulkan kekeliruan bermaksud mewujudkan kekuatan
2. Usaha membendung masalah penggunaan media sosial ialah ibu bapa memantau perlukan anak-
anak yang sedang melayari media sosial. Seterus pengguna mesti berhati-hati dalam membeli
sesuatu produk yang diiklankan di media sosial. Akhir sekali, kerajaan perlu memantau media
sosial untuk memastikan keselamatan negara terjamin.
3. Sekiranya media sosial dilarang penggunaan masyarakat akan berkomunikasi hanya
menggunakan telefon biasa menyebabkan kesempatan untuk bertanya khabar akan terbatas.
Seterusnya, masyarakat pada peringkat permulaan sudah tentu akan terkejut dan tidak bersetuju,
namun akhirnya mereka menerima larangan tersebur sebagai sesuatu yang sudah tidak dapat
dielakkan
Latihan Rumusan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja yang
cemerlang dan usaha-usaha mewujudkan remaja yang cemerlang. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam remaja merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai buat individu yang telah beralih ke
alam lebih dewasa. Remaja yang cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang
remaja yang mempunyai keperibadian yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama
manusia. Remaja yang cemerlang akan sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam
pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang remaja yang
cemerlang.

Selain itu, remaja yang cemerlang sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih
kasih dalam pergaulan apatah lagi membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik.
Berbanding dengan remaja yang tidak cemerlang, ada sesetengah daripada mereka hanya
mementingkan diri sendiri dalam kehidupan seharian. Malah, mereka lebih suka mengasingkan diri
tanpa mempedulikan sesuatu kejadian yang berlaku di luar rumah. Seterusnya, remaja yang
cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Remaja yang cemerlang akan memastikan mereka
mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Selain itu, remaja yang cemerlang selalu menghargai masa dan akan memanfaatkan masa
dengan sebaik mungkin. Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti
yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran dan beriadah. Mereka juga
menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang dilakukan seimbang dari aspek
jasmani dan rohani. Remaja yang cemerlang juga akan berusaha menambah ilmu pengetahuan
mereka dengan membaca sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini terjadi demikian kerana
mereka menyedari bahawa mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran melalui pembacaan dan
seterusnya menjadikan diri mereka remaja yang cemerlang.

Mereka juga akan menyiapkan setiap tugasan yang diberikan mengikut waktu yang ditetapkan.
Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Di
samping itu, ciri remaja yang cemerlang termasuklah memberikan tumpuan ketika guru sedang
mengajar. Berbeza dengan remaja yang cemerlang selalunya mereka gemar berbual ketika guru
mengajar. Bukan itu sahaja, remaja yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup dengan
berusaha mencapai cita-cita mereka. Remaja yang cemerlang juga sentiasa mempunyai sasaran
dalam peperiksaan dan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Golongan ini yakin bahawa hanya
dengan berusaha bersungguh-sugguh kejayaan yang diinginkan akan menjadi kenyataan.

Soalan Petikan Umum 4

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata keperibadian yang unggul. (2%)

2. Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa sikap negatif remaja yang tidak cemerlang.
Nyatakan dua sikap negatif tersebut. (4%)

3. Remaja yang masih menuntut di bangku sekolah kurang fokus terhadap akademik. Pada
pendapat anda, mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Nyatakan dua sebab. (4%)
Jawapan Rumusan 4

Pendahuluan
Rumusan membincangkan sifat-sifat / unsur-unsur remaja yang cemerlang dan mewujudkan
remaja yang cemerlang.
Isi Tersurat : (ciri-ciri)
1. mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul
2. sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran
3. mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan
4. sentiasa mengikut ajaran agama.
5. mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan
6. menghargai masa dan akan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
7. berusaha menambah ilmu pengetahuan.
8. menyiapkan setiap tugasan yang diberikan mengikut waktu yang ditetapkan.
9. memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar
10. mempunyai wawasan hidup dengan berusaha mencapai cita-cita.
Isi Tersirat: (usaha)
1. didikan ibu bapa yang menekankan pendidikan agama.
2. menghantar remaja ke kem motivasi yang mampu mewujudkan kesedaran.
3. perhatian dan kasih sayang yang berterusan daripada ibu bapa.
4. guru lebih dedikasi ketika mengajar di dalam kelas.
Penutup
Kesimpulannya, remaja perlu berusaha menekankan kejayaan dalam akademik dan keperibadian
agar/ supaya usaha melahirkan kemenjadian murid akan menjadi kenyataan.

Jawapan Petikan Umum 4


1. Rangkai kata keperibadian yang unggulbermaksud personaliti yang terbaik.
2. Remaja yang tidak cemerlang bersikap mementingkan diri sendiri dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, mereka suka mengasingkan diri tanpa mempedulikan sesuatu kejadian yang berlaku
di luar rumah. Akhir sekali, mereka gemar berbual ketika guru mengajar.
3. Remaja kurang fokus terhadap akademik kerana mereka lebih memikirkan hal-hal yang
menyeronokkan sahaja sehinggakan mereka menganggap akademik tidak penting. Seterusnya,
ada yang menghabiskan masa dengan bekerja sambilan pada waktu malam atau berfoya-foya
menyebabkan mereka mengantuk ketika di dalam kelas.
Latihan Rumusan 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sungai
dalam kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak bermula tamadun manusia, sungai merupakan
nadi kepada kehidupan manusia sejagat. Sungai merupakan unsur semula jadi ciptaan Tuhan dan
khazanah yang banyak memberikan kemaslahatan dan perlu dipelihara supaya sentiasa berkekalan.
Namun demikian, perkara yang mengecewakan ialah anugerah Allah itu tidak dijaga, malahan ada
pihak yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sehingga menjejaskan kualiti
air sungai. Oleh sebab itu, masyarakat hari ini perlu menyedari bahawa sungai tetap memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan harian baik dari segi sosial, ekonomi mahupun politik.

Kepentingan sungai di negara kita merangkumi sejarah sebagai pusat tumpuan


perdagangan, sempadan negeri dan negara, serta pembentuk muka bumi. Sebagai sumber air utama
negara, rakyat sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan sumber air kepada manusia untuk
kegunaan domestik seperti minuman, memasak dan membasuh walaupun berlaku perubahan dari
segi kemodenan serta kecanggihan teknologi pada setiap peringkat ketamadunan. Pada era 60-an,
sungai penting sebagai sumber tenaga hidro kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan
perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang
tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk menghasilkan sumber hidroelektrik.

Pada masa yang sama, sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah
yang subur apabila berlakunya banjir. Aliran sungai di kawasan hilir kebiasaannya membawa
bahan-bahan mendapan yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah
sungai. Jika kita menoleh ke belakang, kita akan mendapati bahawa pusat tamadun selalunya
tertumpu di kawasan lembah sungai, justeru sungai berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan
sistem perhubungan semula jadi manusia. Ketiadaan sistem pengangkutan jalan raya, jalan kereta
api dan pengangkutan udara menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem pengangkutan manusia
menjadi begitu dominan bak peribahasa tiada rotan akar pun berguna.

Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai juga merupakan habitat haiwan akuatik yang
membekalkan sumber protein yang cukup kepada manusia seperti udang, ikan dan ketam.
Keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun dan jeram yang berarus deras juga menjadi
tumpuan para pelancong untuk beriadah dan berekreasi. Sungai-sungai yang dijaga dengan cantik
dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong
asing. Sungai turut mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan kepada
manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampirannya dengan
melakukan aktiviti menangkap hasil sungai.

Sememangnya mengurus sumber air sudah semakin kritikal untuk memastikan sumber air
itu bebas daripada sebarang pencemaran. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap
isu pencemaran sungai kerana pencemaran sungai akan merugikan negara termasuk peningkatan
kos rawatan bekalan air domestik dan industri serta kepupusan flora dan fauna di samping
menggugat ekosistem dan sumber makanan. Isu alam sekitar khususnya penjagaan kebersihan dan
kualiti air sungai merupakan cabaran alam sekitar yang perlu ditangani oleh generasi kini dan akan
datang. Usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar memerlukan komitmen,
kerjasama dan sokongan semua pihak agar dapat dilaksanakan secara berterusan demi
kesejahteraan hidup generasi akan datang.

Soalan Petikan Umum 5

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata menjejaskan kualiti. (3%)

2. Kerajaan mengambil perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana mendatangkan
pelbagai implikasi buruk. Nyatakan dua kesan utama pencemaran sungai di negara kita? (3%)

3. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani
masalah pencemaran sungai. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang berkesan untuk
menangani pencemaran sungai? Nyatakan dua usaha (4%)
Jawapan Rumusan 5

Pendahuluan
Petikan membincangkan kebaikan / faedah / kelebihan / manfaat sungai dalam kehidupan
manusia / masyarakat / rakyat.
Isi Tersurat: (kepentingan)
1. pusat tumpuan perdagangan, sempadan negeri dan negara, serta pembentuk muka bumi
2. membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik
3. sumber tenaga hidro/hidroelektrik
4. menghasilkan tanah yang subur apabila berlakunya banjir
5. sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia
6. habitat haiwan akuatik yang membekalkan sumber protein yang cukup kepada manusia
7. tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing
8. mewujudkan peluang pekerjaan
9. menambahkan pendapatan kepada manusia
Isi Tersirat: (tanggungjawab)
1. masyarakat tidak membuang sampah/sisa domestik ke dalam sungai
2. masyarakat tidak menyalurkan sisa industri ke dalam sungai
3. masyarakat menyahut seruan kerajaan memelihara keindahan sungai
4. masyarakat melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan kempen cintai sungai
5. masyarakat melakukan gotong-royong membersihkan sungai
6. masyarakat melaporkan kejadian pencemaran sungai kepada pihak berkuasa
Kesimpulan
Kesimpulannya, masyarakat haruslah menjaga keindahan sungai supaya keindahan sungai
sentiasa berkekalan.

Jawapan Petikan Umum 5


1. Rangkai kata menjejaskan kualiti bermaksud mengurangkan kualiti.
2. Kesan utama pencemaran sungai di negara kita
- peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri
- kepupusan flora dan fauna
- menggugat ekosistem
- menggugat sumber makanan
3. Usaha-usaha JPS y ang berkesan untuk menangani pencemaran sungai
- mengadakan kempen "Cintailah Sungai Kita”
- mewajibkan pendidikan alam sekitar/pendidikan tentang kebersihan sungai pada peringkat
sekolah
- menguatkuasakan undang-undang
- menghijaukan kawasan berhampiran sungai
- memulihara semula sungai tercemar
- menjadikan sungai sebagai kawasan tarikan pelancong
Latihan Rumusan 6

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan aura positif
dalam kehidupan remaja dan langkah-langkah memupuk aura positif. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aura ialah istilah yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang membawa maksud,
angin atau nafas. Kamus Dewan Edisi Keempat mentafsirkan perkataan ini sebagai suasana atau
perasaan halus yang menyelubungi seseorang atau sesuatu. Artikel hasil tulisan Shafinaz Sheikh
Maznan berjudul, “Aura Positif dan Negatif” (Utusan Malaysia, 2005), memetik definisi aura
yang diberikan oleh pakar terapi aura, Dr. Ridzuan Noor yang menerangkan aura sebagai suatu
medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Shafinaz Sheikh Maznan
berpendapat bahawa aura seseorang individu itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap
orang di sekelilingnya. Kita akan berasa tidak selesa sekiranya aliran tenaga yang keluar bersifat
negatif dan hal ini boleh dimanifestasikan dalam bentuk raut wajah tidak berseri yang ditonjolkan
oleh seseorang itu. Namun demikian, jika aura positif atau aliran tenaga positif yang terpancar,
sudah tentu raut wajah yang menarik dan tinggi keyakinan akan dapat diperhati.

Prof. Dr. Muhaya Mohamad dalam rencananya “Membina Aura dan Pesona Diri Positif”
(Utusan Malaysia, 2014) menjelaskan bahawa seseorang yang beraura positif senang didekati
kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan menjadi magnet menarik perhatian orang lain
untuk mendekati dirinya. Apa-apa imej dan reaksi yang terpancar pada wajah seseorang individu
itu lalu dipamerkan kepada orang lain akan menjadi petanda jenis aura yang ada dalam dirinya.
Aura positif yang bermula dengan dunia dalaman yang baik akan berupaya menentukan dunia
luarannya. Dr. Ridzuan Noor menyatakan bahawa aura boleh menjadi positif atau negatif
bergantung pada keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian seseorang. Beliau
menerangkan lagi bahawa individu yang mempunyai aura positif melebihi aura negatif khasnya
ketika berhadapan masalah akan dapat menghalang kemasukan gelombang negatif ke dalam
tubuh.

Menurut Dr. Ridzuan Noor juga, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan
negatif seperti marah, sedih, putus asa, gelisah, hasad dengki dan stres dapat menukarkan aura
positif kepada negatif. Sebaliknya, individu dengan kombinasi emosi positif seperti sabar, tenang,
fokus dan berkasih sayang akan mampu menukarkan aura negatif menjadi aura positif. Selain itu,
keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat mengganggu lingkaran
aura positif yang menyelubungi diri. Fizikal yang kuat hasil daripada bersenam dan menjalani
kehidupan yang hebat pula mampu meningkatkan kekuatan aura positif. Hal ini akan melahirkan
individu yang sentiasa sihat dan jauh daripada penyakit. Usaha untuk meningkatkan unsur-unsur
positif di sekeliling seseorang individu berpotensi membantu memacu kejayaan yang konsisten
dalam kehidupan remaja. Oleh hal yang demikian, keperluan untuk memahami konsep aura dan
langkah-langkah mencorakkan aura positif dalam diri seseorang perlu diperhalusi agar dunia
positif akan dapat diperkukuh dalam kalangan masyarakat.

Soalan Petikan Umum 6

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata kombinasi emosi. (2%)

2. Berdasarkan petikan, terdapat beberapa faktor yang boleh menukar aura positif menjadi aura
negatif. Nyatakan dua faktor. (4%)

3. Kekuatan aura positif dalam kalangan remaja akan membantu mencapai kejayaan yang
konsisten dalam kehidupan mereka. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh
remaja dalam membentuk aura positif? Nytatakan dua cabaran. (4%)
Jawapan Rumusan 6
Petikan membincangkan kebaikan / manfaat / kelebihan aura positif dalam kehidupan remaja di
negara kita.
Isi Tersurat: (kepentingan)
1. Berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya.
2. Raut wajah yang menarik dan tinggi keyakinan akan dapat diperhati.
3. Seseorang yang beraura positif senang didekati.
4. Aura positif yang bermula dengan dunia dalaman yang baik akan berupaya menentukan dunia
luarannya.
5. Dapat menghalang kemasukan gelombang negatif ke dalam tubuh.
6. Mampu menukarkan aura negatif menjadi aura positif.
7. Melahirkan individu yang sentiasa sihat dan jauh daripada penyakit.
8. Membantu memacu kejayaan yang konsisten dalam kehidupan remaja
Isi Tersirat: ( Langkah-langkah)
1. Sentiasa berfikiran positif / bersikap positif
2. Remaja perlu menjaga kesihatan diri.
3. Remaja mengelakkan diri daripada terlibat dengan masalah sosial / jenayah.
4. Remaja mesti bijak mengawal emosi.
5. Remaja perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh.
6. Remaja mesti menambahkan ilmu / rajin belajar / mendalami ilmu dalam pelbagai bidang.
Kesimpulan
Kesimpulannya, remaja perlu berusaha memupuk aura positif dalam diri agar dapat membina
imej diri yang positif.

Jawapan Petikan Umum 6


1. Maksud rangkai kata kombinasi emosi ialah gabungan / cantuman / satuan perasaan
2. Faktor yang boleh menukar aura positif menjadi aura negatif ialah perasaan negatif seperti
marah, sedih, putus asa, gelisah, hasad dengki dan stres.
3. Cabaran yang dihadapi oleh remaja dalam membentuk aura positif ialah remaja mudah
terpengaruh dengan budaya barat / media massa / rakan sebaya yang bersikap negatif. Selain itu,
remaja tidak mampu mengawal emosi dengan baik. Akhirnya, remaja tidak mendapat
sokongan / dorongan (motivasi) daripada orang disekeliling.
Latihan Rumusan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menjaga
kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan merujuk
keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai langkah yang boleh
diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah kesedaran bahawa
tubuh sangat memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat tentang
penjagaan kesihatan.

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita hendak
melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat
diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal seperti cogan
kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini
berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan
juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang
seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan
sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet
yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan.

Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat
berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan
cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh
itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman
yang konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan
kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai
rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap aktiviti yang dilakukan.

Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sudah sampai
masanya untuk kita mengambil berat tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain
mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai


Kesihatan’
oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November 2016)
Soalan Petikan Umum 7

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata tindakan awal. (2%)

2. Pengarang ada menyatakan beberapa kepentingan menjaga kesihatan diri. Apakah


kepentingan-kepentingan tersebut? Nyatakan dua kepentingan. (4%)

3. Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga
kesihatan diri. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan
kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid. Nyatakan dua
peranan. (4%)
Jawapan Rumusan 7

Petikan membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah / kaedah- kaedah / pendekatan menjaga


kesihatan diri di Malaysia / di negara kita.
Isi tersurat (cara-cara)
1. kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan.
2. mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.
3. pemeriksaan kesihatan berjadual sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
4. mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
5. melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu.
6. amalan meminum air kosong.
7. mengamalkan senaman yang konsisten.
8. rehat dan tidur yang secukupnya.
Isi tersirat (cabaran)
1. banyak makanan tidak berkhasiat di pasaran.
2. sibuk dengan tugas harian.
3. kurang pengetahuan tentang cara penjagaan kesihatan diri.
4. nafsu makan yang tidak terkawal.
5. kurang prasarana / kemudahan melakukan aktiviti senaman / riadah.
6. kurang mendapat galakan daripada keluarga/pihak bertanggungjawab.
7. iklan / promosi / jualan murah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap individu perlu menjaga kesihatan diri agar dapat melahirkan masyarakat yang
sihat.

Jawapan Petikan Umum 7


1. Maksud rangkai kata tindakan awal ialah langkah / terlebih dahulu / mula-mula sekali /
permulaan.
2. Kepentingan-kepentingan menjaga kesihatan diri ialah
- menjamin keceriaan hidup individu
- menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan
- tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.
3. Peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan
dalam kalangan murid ialah
- kempen / ceramah / pameran kesedaran menjaga kesihatan.
- mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan / Sains.
- aktiviti unit beruniform.
- pemeriksaan kesihatan di sekolah secara percuma.
- lawatan ke hospital.
Latihan Rumusan 8

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
memulihara alam sekitar dan kepentingan penjagaannya kepada manusia. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan
manusia kerana kita banyak bergantung pada sumber semula jadi. Namun begitu, alam sekitar kini
semakin tercemar kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pencemaran,
termasuklah pembuangan sampah di sungai, penggunaan baja kimia dan pembuangan sisa toksik.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan. Ekosistem
dan ekologi alam semula jadi akan terganggu apabila berlaku kepupusan flora atau fauna. Cuaca
juga akan menjadi panas dan kering jika penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang.
Habitat semula jadi turut musnah jika pembakaran hutan dilakukan secara terbuka. Pelbagai jenis
haiwan bergerak ke kawasan baharu untuk mencari tempat perlindungan. Akhirnya fenomena ini
mengakibatkan kepupusan haiwan dan tumbuh tumbuhan.

Permasalahan alam sekitar memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan perlu
ditangani secara bersama. Setiap lapisan masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup
yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah demi memulihara alam sekitar dan
sumber yang semakin berkurang. Hutan yang menjadi sumber ekonomi negara juga perlu
dipulihara dan diurus dengan baik untuk memastikan kelangsungan peranan serta sumbangannya
kepada kesejahteraan manusia sejagat. Bencana banjir dan tanah runtuh yang kerap berlaku ada
kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan. Oleh itu, kerajaan negeri dan pihak
berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan haram untuk mengelakkan kejadian
yang lebih buruk berlaku.

Pencemaran sungai terus berlaku di mana-mana sahaja sehingga menimbulkan pelbagai


masalah. Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menyelamatkan sungai di negara kita, termasuk
mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh negara. Dengan berbuat demikian,
orang ramai sentiasa diingatkan tentang pentingnya menjaga sungai. Skop pendidikan di sekolah
tentang alam sekitar juga perlu diperluas dalam usaha mendidik generasi muda agar menyedari
kepentingan sungai.
Kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal yang diurus dan diklasifikasikan
sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil, hutan lipur dan hutan penyelidikan dan pembelajaran.
Kawasan hutan ini bukan sahaja menjadi habitat kepada haiwan, malah berperanan sebagai
muzium hidup yang memaparkan kehidupan alam semula jadi yang perlu dipelihara.

Dalam usaha menjaga alam sekitar, bukan kerajaan sahaja yang harus dipertanggungjawabkan,
tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara akur. Kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada
peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam. Pelaksanaannya memerlukan
kerjasama setiap individu dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). UMW
Toyota telah menyumbangkan sebanyak RM6 juta bagi mendedahkan golongan pelajar sekolah
terhadap kepentingan memelihara alam sekitar dan menghijaukan bumi.

Secara tuntasnya, alam sekitar yang sihat penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
Semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga dalam pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar demi kehidupan yang berkualiti pada masa depan.

Soalan Petikan Umum 8

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata memastikan kelangsungan. (2%)

2. Pengarang mengatakan bahawa penebangan hutan yang dilakukan secara tidak terancang akan
menimbulkan pelbagai kesan negatif. Kemukakan dua kesan tersebut. (4%)

3. Tanggungjawab memelihara alam sekitar perlu dipupuk sejak kecil agar masyarakat sentiasa
menjaga dan menghargainya. Huraikan dua peranan pihak sekolah untuk memupuk kesedaran
tentang kepentingan memulihara alam sekitar.(4%)
Jawapan Rumusan 8

Pendahuluan
Petikan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah / strategi-strategi memulihara
alam sekitar di negara kita.
Isi tersurat : (langkah-langkah)
1. masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup yang mengutamakan penggunaan
sumber hutan perlu dipulihara dan diurus dengan baik
2. kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan haram
3. mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh negara
4. skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu diperluas
5. kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal
6. kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan
masyarakat awam
7. kerjasama setiap individu dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Isi tersirat (kepentingan)
1. dapat membekalkan oksigen yang mencukupi
2. dapat menghirup udara yang segar / nyaman
3. menjadi tempat rekreasi / riadah
4. dapat membekalkan sumber air yang bersih / selamat
5. menjadi punca pendapatan
6. menjadi kawasan yang selamat untuk didiami
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memulihara alam sekitar agar khazanah alam
dapat dilestarikan.

Jawapan Petikan Umum 8


1. Rangkai kata memastikan kelangsungan bermaksud menentukan / menetapkan / berterusan /
berlanjutan
2. Kesan tersebut
- Cuaca juga akan menjadi panas dan kering
- Habitat semula jadi turut musnah
- Kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan
- Bencana banjir dan tanah runtuh yang kerap berlaku
3. Peranan pihak sekolah
- Memperkasa aktiviti kelab / persatuan agar mereka mendapat pendedahan yang
menyeronokkan tentang alam sekitar
- Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan agar persekitaran terus terjaga
- Menerapkan dalam mata pelajaran agar mereka lebih memahami tanggungjawab menjaga
alam sekitar
- Mengadakan kempen berkaitan alam sekitar yang melibatkan semua murid untuk
menjayakannya
Latihan Rumusan 9

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca gejala buli
dan peranan sekolah mengatasi masalah tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Masalah buli sama ada di sekolah atau institusi pendidikan tinggi sejak dulu menghantui
guru, ibu bapa dan masyarakat. Masalah ini sudah lama berlaku dan masih berlaku, kecuali pihak
terbabit berusaha membendungnya. Punca utama gejala buli semakin berleluasa di negara kita kerana
kurangnya didikan agama disebabkan oleh ibu bapa sibuk dengan kerjaya. Belaian kasih sayang yang
tidak cukup daripada juga ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan tiada
perikemanusiaan sehingga mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang lain
tanpa mempunyai sifat bertimbang rasa dan belas kasihan. Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai
masalah emosi yang melampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun di tempat kerja
menyebabkan tekanan yang membebankan seseorang individu.

Gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Lazimnya, golongan
pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik dan buruknya sesuatu tindakan.
Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan besar akan terjebak dalam gejala
buli ini. Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media yang menjadi pemangkin kepada
gejala negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen
sering memaparkan budaya asing yang sememangnya kontras dengan budaya tempatan. Pendedahan
yang berterusan terhadap pengaruh media menyebabkan anak-anak remaja tidak sedar bahawa
perbuatan yang dilakukan oleh mereka bertentangan dengan undang-undang negara. Selain itu,
kurangnya pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala buli
ini.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kekurangan penghayatan nilai-nilai murni menyebabkan
para remaja terlibat dalam gejala negatif. Terdapat banyak langkah yang efektif boleh dijalankan
bagi membendung gejala ini. Antaranya ialah ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap tingkah
laku anak-anak. Selain itu, ibu bapa haruslah menampilkan suri teladan yang baik kepada anak-anak
mereka supaya kelakuan yang baik itu dicontohi oleh anak-anak kerana pada tanggapan anak-anak,
perbuatan ibu bapa sentiasa betul dan patut diikuti. Namun begitu, ibu bapa tidak boleh berkelakuan
baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan dalam masyarakat mereka sering mengejek, menghina
orang dan sebagainya. Bak kata pepatah “bapa borek, anak rintik”, “ketam mengajar anaknya
berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget”. Di samping mengejarkan kebendaan dalam
kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mendengar masalah anak-anak, seterusnya
berusaha untuk mengatasinya bersama-sama.

Banyak kajian dijalankan mengenai perkara ini dan dapati keluarga yang porak-peranda
menyebabkan anak-anak menjadi pembuli. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana keluarga
tidak aman, sering bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat akan menerima impak negatif
terhadap proses pembesaran mereka. Dalam kajian juga membuktikan bahawa kurangnya
komunikasi dua hala antara pihak sekolah dengan ibu bapa menyebabkan gejala buli terus
bertambah.

Soalan Petikan Umum 9

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata berusaha membendungnya. (2%)

2. Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa usaha yang patut dilakukan oleh ibu bapa untuk
membendung gejala buli. Nyatakan dua usaha tersebut. (4%)

3. Gejala buli memberikan impak yang besar jika tidak dibendung. Pada pendapat anda, apakah
impaknya jika masalah tersebut tidak diatas? Nyataka dua impak. (4%)
Jawapan Rumusan 9

Pendahuluan
Rumusan membincangkan sebab-sebab/faktor-faktor/ elemen berlakunya gejala buli dan peranan
sekolah mengatasi masalah tersebut.
Isi Tersurat: (punca gejala buli)
1. Kurangnya didikan agama disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya.
2. Belaian kasih sayang yang tidak cukup daripada ibu bapa.
3. Mempunyai masalah emosi yang melampau.
4. Pengaruh rakan sebaya.
5. Pengaruh media yang menjadi pemangkin kepada gejala negatif.
6. Tidak sedar bahawa perbuatan yang dilakukan bertentangan dengan undang-undang.
7. Kurangnya pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah.
8. Kekurangan penghayatan nilai-nilai murni.
9. Keluarga yang porak-peranda.
10. Kurangnya komunikasi dua hala antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Isi Tersirat : (peranan Sekolah)
1. Pihak sekolah mengambil tindakan tegas terhadap murid yang terlibat dalam salah laku.
2. Sesi kaunseling terhadap murid yang terlibat.
3. Mewujudkan sekolah selamat dengan lebih kerap menerima kedatangan polis.
4. Menghantar murid bermasalah ke kem motivasi.
Penutup
Kesimpulannya, Kementerian Pendidikan perlu memberikan perhatian serius terhadap gejala
buli agar/ supaya kemenjadian murid yang diharapkan akan menjadi kenyataan.

Jawapan Petikan Umum 9


1. Rangkai kata bermaksud berusaha membendungnya ialah sedaya upaya mengatasinya.
2. Gejala buli dapat diatasi sekiranya ibu bapa memberikan perhatian terhadap tingkah laku anak-
anak. Seterusnya, ibu bapa haruslah menampilkan suri teladan dengan kelakuan yang baik agar
dicontohi anak-anak. Akhir sekali, ibu bapa juga harus sentiasa mendengar masalah anak-anak
dan berusaha untuk mengatasinya bersama-sama.
3. Jika gejala buli tidak diatasi, murid-murid berasa takut untuk ke sekolah menyebabkan suasana
pembelajaran dan prestasi pelajaran akan merosot. Seterusnya, semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk sesuatu komuniti perumahan akan renggang kerana anak-anak tidak mahu
bermain-main di taman disebabkan mereka takut dibuli.
Latihan Rumusan 10

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk
nilai murni kalangan masyarakat dan sebab-sebab nilai ini kurang diamalkan. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Ketika negara kita mengorak langkah ke arah kemajuan, perkembangan dalam berkaitan
dengan sosial dan keharmonian tidak harus kita abaikan. Penghayatan dan pengamalan nilai murni
dalam kehidupan dapat memastikan pembentukan akhlak serta peribadi yang mulia dan sempurna
dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, usaha untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus
dipandang enteng oleh setiap ibu bapa. Ibu bapa harus menerapkan amalan nilai murni sejak anak-
anak masih si merah tapak kaki lagi. Hal ini terjadi demikian kerana secara analoginya, kanak-kanak
diibaratkan kain putih dan ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak
mereka.

Selain itu, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua. Mereka
harus mendidik kanak-kanak tentang cara bercakap dengan orang tua dan adab semasa berada di
rumah orang Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi suri teladan yang terbaik kepada
anak-anak dengan bersikap sopan santun. Sementelahan itu, peranan pendidikan formal dalam
memupuk nilai-nilai murni tidak harus kita ketepikan. Amalan nilai murni dalam kehidupan seperti
bertanggungjawab, rasional kepercayaan kepada Tuhan, amanah, toleransi, berhemah tinggi,
kesederhanaan, kasih sayang dan mematuhi peraturan wajar diterapkan. Bertitik tolak daripada itu,
pihak sekolah boleh menganjurkan Minggu Budi Bahasa Budaya kita dan memberikan Anugerah
Murid Sopan kepada murid yang bersikap sopan santun, menghormati guru-guru dan berhemah
tinggi sepanjang berada di sekolah supaya boleh menjadi suri teladan kepada murid lain.

Tambahan pula, guru harus mementingkan amalan nilai murni dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan mengajar murid-murid tentang adab susila ketika berada di dalam kelas dan
adab sopan ketika berkomunikasi dengan guru dan rakan. Pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti-
aktiviti yang mempunyai nilai murni seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah untuk
memberikan kesedaran kepada murid tentang pentingnya nilai bekerjasama dan tolong-menolong
antara satu sama lain. Rentetan itu, kerajaan sepatutnya menggerakkan Kempen Budi Bahasa Budaya
Kita secara menyeluruh di tanah air kita. Pihak sekolah pula haruslah mewajibkan penglibatan
murid-murid dalam kempen ini untuk memastikan keberkesanannya. Tanpa penglibatan semua
murid, usaha yang dijalankan menjadi sia-sia.

Di samping itu, peranan media massa amat dominan dalam usaha memupuk nilai murni
dalam atma remaja. Berdasarkan penyelidikan, dipercayai bahawa kecanggihan teknologi media
seperti televisyen, radio dan Internet mampu mempengaruhi akhlak remaja kerana remaja pada era
moden ini sememangnya sudah celik teknologi maklumat. Cuba kita bayangkan sekiranya
masyarakat tidak mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Tanpa nilai murni, gejala
sosial boleh berlaku Lebih teruk lagi, sikap mementingkan diri sendiri akan menguasai masyarakat
kita. Dalam jangka masa yang panjang, keharmonian dan kestabilan negara tidak dapat
dipertahankan.

Soalan Petikan Umum 10

Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata mampu mempengaruhi. (2%)

2. Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa impak negatif sekirana amalan nilai murni
tidak diberikan perhatian oleh masyarakat. Nyatakan dua impak negatif tersebut. (4%)

3. Katakan rakan anda tidak mengamalkan bilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Apakah
tindakan anda untuk mengatasi masalah tersebut. Nyatakan dua tindakan. (4%)
Jawapan Rumusan 10

Pendahuluan
Petikan membincangkan cara-cara memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat di
Malaysia.
Isi Tersurat (usaha)
1. Ibu bapa harus menerapkan amalan nilai murni sejak anak-anak masih si merah tapak kaki lagi.
2. Ibu bapa haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua.
3. Ibu bapa juga haruslah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap
sopan santun.
4. Pihak sekolah boleh menganjurkan Minggu Budi Bahasa Budaya Kita.
5. Guru harus mementingkan amalan nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
6. Pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai nilai murni.
7. Kerajaan sepatutnya menggerakkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita.
8. Pihak sekolah pula haruslah mewajibkan penglibatan murid-murid dalam kempen.
Isi tersirat (sebab)
1. Ibu bapa menekankan akademik sahaja tanpa nilai murni.
2. Pihak sekolah kurang mengadakan program.
3. Media massa menyiarkan rancangan-rancangan yang bersifat negatif.
Penutup
Kesimpulannya, masyarakat mestilah mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian supaya
masyarakat madani dapat dilahirkan.

Jawapan Petikan Umum 10


1. Rangkai kata mampu mempengaruhi bermaksud boleh menguasai.
2. Sekiranya amalan nilai murni tidak diberikan perhatian, gejala sosial boleh berlaku tanpa dapat
dibendung. Seterusnya, sikap mementingkan diri sendiri akan menguasai masyarakat kita. Akhir
sekali, keharmonian dan kestabilan negara tidak dapat dipertahankan untuk jangka masa yang
panjang.
3. Sekiranya rakan saya tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, saya rakan
akan mencontohinya Seterusnya, sava akan sentiasa membawanya ke program keagamaan agar
nilai keagamaan meresap dalam jiwanya, seterusnya membentuk akhlak yang baik.

Latihan Pemahaman Prosa Moden 1


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan kata-kata anda sendiri.

Murni dan Jamal terkejut apabila menerima ini?” tanya Murni terharu. Jamal turut terkejut.
surat daripada ibu Murni, Jemah. Surat itu Tetapi ia tidak bersuara apa-apa.
menyuruh Murni balik ke kampung dengan “Wang yang kaukirim setiap bulan itu aku
segera. kumpulkan. Kemudian, aku campurkan duit
"Apa halnya?" Murni bertanya berkali-kali. . jualan telur ayam dan duit jualan padi yang tak
"Ah, hendak meminta bantuan wang ringgit habis aku makan.”
awaklah! Entah apa-apalah yang menimpanya," “Oh, mak!” Murni memeluk ibunya. Dan
sahut Jamal bena tak bena. tanpa disedari air matanya sudah mengalir di
"Abang selalu memikirkan yang buruk-buruk pipi.
saja,"Murni menyanggah. “Duit yang Murni kirim itu untuk makan
"Kalau surat dari kampung, selalunya begitu- minum mak, bukan untuk membeli tanah,"
lah," sambungnya dengan nada mengejek. katanya tersedu-sedu.
Meradang sungguh hati Murni diperli-perli “Ah, makan minum aku ala kadar saja! Padi
begitu. aku ada. Ikan aku ada di kolam. Sayur-mayur
"Mengapa mak suruh Murni balik?" tanya ada di kebun. Tak habis makan, Murni," jawab
Murni kehairanan setelah sampai di kampung ibu dengan suara yang merendah, menusuk
kerana ibunya tampak sihat-sihat saja. Wajah tangkai jantung Murni.
Jemah riang menyambut kepulangan anak dan Jamal tertegun seketika mendengar patahpatah
menantunya itu. kata yang keluar dari mulut ibu mentuanya yang
"Tak ada apa-apa, Cuma aku perlukan cap jari begitu ikhlas.
engkau," jelas Jemah sambil tersenyum. “Mak engkau miskin, tak ada sawah ladang
Murni dan Jamal berpandangan. Mereka yang luas untuk dijadikan harta pusaka engkau.
tertanya-tanya. Itu sajalah yang dapat mak berikan untuk hari
"Mak hendak berbuat apa dengan cap jari tuamu, Murni, Jamal," nada suara Jemah
Murni?” Murni bertanya sambil merenung muka semakin perlahan.
ibunya yang sudah uzur itu. Murni terus menangis. Hiba hatinya
"Aku hendak menyalin nama tanah untuk mendengar ibunya berkata-kata begitu. Jamal
engkau," tambah ibunya. "Long Kasah engkau turut terusik. Ia menundukkan kepala. Teringat
hendak berpindah ke Ulu Beting dan membuka dia akan dirinya sendiri. Dia pegawai perancang
tanah baru. Tanah tapak rumahnya itu dijualnya ekonomi, tetapi tidak pernah terfikir untuk
kepada aku. Jadi sebelum dia berpindah, eloklah merancang masa tuanya. Rumahnya besar tetapi
nama tuan tanah itu ditukarkan." masih disewa. Keretanya pun besar tetapi belum
Murni terkaku seketika. Hatinya terharu habis dibayar hutangnya. Perabot rumahnya
mendengar berita itu. Begitu sekali ingatan ibu mahal-mahal tetapi dibeli secara ansuran. Jamal
kepadanya. berasa malu kepada ibu mentuanya.
"Mak, kenapalah mak susah-susah kerana
Murni. Bagaimana mak dapat duit sampai boleh (Dipetik dan diubahsuaikan dengan cerpen
Budi yang Tak Terbeli karya Khadijah Hashim.)
membeli tanah

(a) Terangkan maksud rangkaian kata-kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan.
i) harta pusaka (2%)
ii) ala kadar (2%)

(b) Jawab soalan-soalan yang berikut dengan berdasarkan petikan tersebut.


i) Bagaimanakah reaksi Murni dan Jamal apabila menerima surat daripada ibu mereka? (4%)
ii) Siapakah Jemah? Apakah keistimewaan watak itu? (4%)
iii) Mengapakah Jamal berasa malu kepada ibu mentuanya? (4%)
Jawapan Latihan Pemahaman Prosa Moden 1
(a) i) harta warisan
ii) sambalewa
(b) i) … Murni terkejut dan tertanya-tanya sebab dia diminta balik segera
… Jamal terkejut tetapi menaruh buruk sangka kepada ibu mentuanya.
ii) Jemah:
… ibu Murni
… ibu mertua Jamal
Keistimewaan:
…pandai berjimat cermat/mengumpulkan wang
…rajin bertani/bercucuk tanam/membela ikan
… sangat sayang akan anaknya
iii) …dia pegawai perancang ekonomi tetapi gagal merancang masa depan anaknya.
… ibu mertuanya yang tua dan tidak berpelajaran dapat merancang untuk masa depan anaknya
Latihan Pemahaman Prosa Moden 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan kata-kata anda sendiri.

Datuk Tenggang kehilangan kata-kata. Dia Mak cuma hendak melepaskan rindu mak pada
menggigit bibir, seolah-olah mahu engkau, Tenggang. Cuma...cuma engkaulah anak
menyembunyikan keresahan hati daripada mak."
isterinya. Pada ketika itulah Pak Mat datang Datuk Tenggang menghadap perempuan tua
semula membawa seorang perempuan tua yang itu. "Boleh kaubuktikan bahawa aku ini anak
kurus melidi dan seorang pemuda yang berbadan engkau?"
tegap. "Mak kenal engkau, Tenggang. Itu...itu tahi
"Anakku, Tenggang!" jerit perempuan tua itu. lalat di dagumu sebagai tanda, mak ingat betul.
"Nanti dulu!” Datuk Tenggang bangun untuk Di belakangmu pula ada daging lebih, sebesar
menghalang perempuan itu daripada biji rambutan. Di paha kanan engkau ada parut
menghampirinya. bekas kena parang."
"Aku ini emakmu. Engkau tak kenal lagi?" "Abang!" Datin Mawar menerpa ke arah Datuk
Perempuan tua itu merenung Datuk Tenggang. Tenggang. “Semua yang dicakapkan itu betul,
"Ini... ini Salim, anak bongsu Pak Jais yang di bang. Kalau benar ini mak abang, mengakulah.
sebelah rumah kita." Mengakulah, bang!" Datin Mawar
Datuk Tenggang mengalihkan pandangan ke menggoncang-goncang bahu suaminya sambil
rimbunan pokok anggerik, dan kemudian ke menangis.
permukaan kolam renang yang kosong. Dia Datuk Tenggang diam sambil menggigit bibir,
bagaikan mencari sesuatu di situ untuk menahan perasaan tidak menentu yang
membantunya menghadapi perempuan tua itu. bergelodak di dalam dadanya.
"Sudah dua puluh lapan tahun engkau mening “Kalau benar perempuan ini mak abang,
galkan mak. Puas mak dan orang-orang kampung mengakulah. Abang akan jadi lebih mulia di hati
mencari engkau. Banyak orang kampung yang dan mata saya."
menganggap engkau sudah mati. Tetapi...mak Datuk Tenggang memandang wajah isterinya.
percaya bahawa engkau masih hidup. Anggapan Bibirnya bergerak-gerak tetapi tiada kata-kata
mak benar, anakku. Seminggu yang lalu mak me- yang keluar dari mulutnya.
lihat gambar engkau di televisyen. Ini..." Dia me- “Kalau perempuan itu benar-benar mak abang
megang lengan kanan Salim. “Salim pula tolong dan abang tak mahu mengaku, tak sanggup
membacakan emak berita dalam surat khabar." rasanya saya terus berada di sisi abang kerana
"Aku sudah kaya, sesiapa pun boleh mengaku abang telah membuang ibu kandung!"
bahawa aku ini anaknya. Semasa aku papa Kedua-dua tangan Datuk Tenggang memegang
kedana dulu, siapa pun tak pandang!" bahu isterinya. Dia menatap wajah isterinya yang
“Tenggang, mak ke sini bukan hendak me- sudah dibasahi air mata. Dari mulut isterinya
minta harta engkau. Mak tak niat begitu, satu sen yang comel itu, terluncurlah kata-kata, "Pergilah
pun tak mahu. Mak sudah tua, entah esok entah minta ampun, bang."
lusa, mak akan pergi menghadap Ilahi.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen
Tenggang Moden karya Mohd. Ismail Sarbini.)

(a) Terangkan maksud rangkaian kata-kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan.
i) pergi menghadap Ilahi (2%)

(b) Jawab soalan-soalan yang berikut dengan berdasarkan petikan.


i) Bagaimanakah reaksi Datuk Tenggang ketika berhadapan dengan wanita tua yang datang ke
rumahnya itu? (2%)
ii) Apakah kisah hidup Datuk Tenggang yang diceritakan oleh wanita tua itu? (4%)
iii) Apakah reaksi Datin Mawar setelah mendengar penjelasan daripada wanita tua itu? (2%)
Jawapan Latihan Pemahaman Prosa Moden 2
(a) i) meninggal dunia
(b) i) …tidak dapat berkata apa-apa
… mencuba menyembunyikan keresahannya
ii) …28 tahun yang lalu Datuk Tanggang telah meninggalkan
emaknya/rumahnya/kampungnya
…emak dan orang-orang kampong mencarinya tetapi tidak bertemu
… banyak orang kampong yang beranggapan Tenggang sudah meninggal dunia.
iii) …Datin Mawar menerpa kea rah suaminya/ Datuk Tanggang
… Datin Mawar mendesak Datuk Tanggang supaya mengakui hal sebenarnya
Latihan Pemahaman Prosa Moden 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan kata-kata anda sendiri.

“Cikgu jemput Mariah ke bilik ini untuk keterangan lanjut. Sahlah, dia tidak boleh
tujuan murni. Anggaplah pertemuan ini sebagai berdalih. Sahlah, Tuhan tidak mengizinkan dia
pertemuan kakak dengan adiknya.” berbohong.
Mariah berasa seperti kemasukan beberapa Wajarkah keperihalan ayah yang mabuk dan
teguk air zamzam ke dalam kerongkongnya yang setiap hari memaksa anaknya menghulurkan
yang kehausan apabila mendengar kata-kata itu. wang itu dibocorkan? Walhal anak itu pula masih
Cikgu Tini mengambil sekeping kad berwarna bersekolah dan tentunya memerlukan bantuan
merah jambu lalu meletakkan kad itu di ayah. Anak itu mendapat wang dengan menjual
hadapan. Dia merenung beberapa tulisan pada nasi lemak di warung Mak Usu Lijah. Percayakah
kad itu beberapa saat. Cikgu Tini kalau didedahkan semua itu?
“Cikgu lihat keputusan ujian Mariah bulan “Cikgu difahamkan bahawa ayah Mariah sakit.
lalu cukup mengecewakan.” Beliau sudah sembuh?”
Mariah tersedak, Cikgu sudah memulakan “Ada masa sihat dan ada masa sakit, cikgu,”
suatu perbicaraan untuk mencari puncanya, fikir ujar Mariah dengan segala kekuatan dan
Mariah. Kali ini dia akan diduga, sama ada keyakinan.
untuk belajar berbohong atau menentang Inilah gangguan yang paling hebat, cikgu.
kemungkaran itu. Sekaligus juga Mariah berasa Inilah cabaran yang Mariah tanggung sepanjang
bahawa dia dicabar supaya mengungkapkan hari. Alhamdulilah, Mariah disihatkan oleh Allah
kata-kata manis supaya cikgunya tidak berasa untuk menjaga seorang bapa. Usahlah cikgu
kecil hati. mengambil tahu bagaimana seksanya Mariah
Wajarkah rahsia-rahsia yang selama ini mengisi kehidupan dan mengejar pelajaran.
dibungkus dalam lipatan didedahkan begitu Mariah tidak akan berhenti, cikgu. Itu pun
senang? Adakah Cikgu Tini dapat bergantung kepada Mak Usu Lijah. Kalau Mak
menyelesaikan masalahnya? Rasa-rasanya Usu Lijah menutup kedai menjual keropok dan
mustahil, dikir Mariah. Cikgu Tini terlalu muda nasi lemak, Mariah akan berfikir kembali.
dan hanya mampu mendengar rintihan. Adakah Mariah menyapu air mata yang membasahi
Cikgu Tini dapat memujuk ayahnya dan pipinya. Hatinya hancur oleh perlakuan ayahnya.
mengembalikan imej seorang ayah ke tahap Selama dua hari dia memintas ayahnya di stesen
yang selayaknya? Kalau Lebai Kudin sudah bas. Ketika ayahnya bergerak di samping barisan
mengangkat tangan, masakan pula Cikgu Tini. orang ramai sambil menadah tangan, hatinya
Mariah memejamkan mata. luluh. Dia menahan pilu dan ngilu dari sebarang
“Mariah ada masalah? Cakaplah berterus jalan. Apabila ayahnya bergerak ke jalan lengang,
terang.” Mariah mendengar suara Cikgu Tini Mariah mengikutnya dari belakang.
seperti berada di hujung pernafasannya.
Salah, Cikgu Tini sudah mengetahui hal yang (Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen
Mariah karya Sharif Putera.)
sebenarnya. Sahlah juga bahawa Cikgu Tini
menjemputnya sekadar untuk mendapatkan

1. Terangkan maksud rangkaian kata berkecil hati mengikut penggunaannya dalam petikan. (2%)
2. Mengapakah Mariah dipanggil oleh Cikgu Tini? (2%)
3. Apakah perkara-perkara yang cuba disembunyikan oleh Mariah? (2%)
4. Berikan bukti yang menunjukkan bahawa Mariah seorang gadis yang gigih. (2%)
5. Pada pendapat anda, andaikan bahawa anda ialah kawan baik Mariah. Apakah tindakan anda
untuk menolong Mariah? (2%)
Jawapan Latihan Pemahaman Prosa Moden 3
1. tersinggung
2. Keputusan ujian bulanan Mariah sangat merosot
Cikgu Tini ingin tahu akan masalah yang dihadapi oleh Mariah
Cikgu Tini ingin membantu Mariah menyelesaikan masalahnya
3. ……ayahnya pemabuk
……ayahnya meminta duit daripadanya setiap hari
……ayahnya meminta sedekah di stesen bas
……Mariah terpaksa menjual nasi lemak untuk mencari duit
4. …..tetap mahu belajar walaupun menghadapi masalah ayahnya
…...membuat nasi lemak dan menjualnya di warung Mak Usu Lijah untuk mendapatkan wang
……terus menasihati ayahnya agar menghentikan amalan negative itu
5. ……memberikan nasihat kepada Mariah
……meminta pertolongan guru di sekolah atau pertolongan ayah untuk memulihkan ayah Mariah
……meminjamkan buku atau nota kepada Mariah
……mengutip derma daripada rakan-rakan untuk meringankan beban Mariah
Latihan Pemahaman Prosa Moden 4
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan kata-kata anda sendiri.

Bulan demi bulan berlalu. Aku terus bekerja Rasa-rasanya sudah cukup ilmu di dada untuk
dengan tekun. Wang gaji kusimpan dalam bank. merealisasikan impian yang kubina bertahun-
Hanya sebahagian saja yang kegunakan untuk tahun lamanya.
kegunaan yang benar-benar perlu. Aku tidak “Baguslah, Mat. semoga kamu berjaya
merokok dan aku tidak suka berpelesiran. Kerana menambah bilangan peniaga bumiputera yang
itulah wang gaji dapat kujimatkan. berjaya,” kata Haji Sapudin ketika memuji
Setiap malam, sebelum tidur aku akan melihat rancanganku itu. “Bagaimana modalnya?”
buku bankku. Apabila melihat jumlah wang ‘Saya ada sedikit simpanan. Saya ada juga
simpananku yang terus bertambah, hatiku tanah pusaka seluas setengah ekar di kampung
dilambung kegembiraan dan semangatku yang hendak saya jual untuk mendapatkan
berkobar-kobar. Setiap kali meletakkan kepala ke modal.’
bantal, dalam gelap aku terbayang-bayang akan Setelah berunding, Haji Sapudin bersetuju
sebuah restoran yang besar dan cantik, berpapan untuk membeli tanah pusakaku itu. Dengan duit
tanda: RESTORAN MAT JENIN. itulah aku akan membuka sebuah restoran.
Membina impian cukup mudah, merealisasikan “Ingat, Mat. Jalan di depan kamu panjang,
yang payah! Kata-kata Cikgu Rosli terngiang- berliku-liku, dan penuh onak. Tempuhilah
ngiang kembali. Guruku itu sudah pun dengan tabah dan berani. Saya doakan kamu
menambatkan pengajiannya di universiti dan kini berjaya,” ucap Haji Sapudin sambil
menjadi pensyarah di sebuah maktab perguruan. menggenggam erat tangan Mat Jenin.
Dia melanjutkan pelajaran di universiti ketika “Terima kasih, Tuan Haji.”
usianya mencecah 40 tahun. Semangat gigihnya Dua minggu kemudian, tanpa sebarang
itu yang kucemburi. publisiti, restoranku- RESTORAN MAT JENIN-
“Akan kubuktikan”! jerit hatiku penuh mula beroperasi pada suatu pagi Isnin.
semangat. Kebanggaan terpacak di dalam dadaku. Segala
Masa yang beredar tidak kusedari kerana aku impian telah menjadi reality. Tetapi apabila aku
senantiasa sibuk bekerja. Kini sudah lima tahun mengarahkan dua orang pekerja supaya menutup
aku bekerja dengan Haji Sapudin. Lima tahun restoran pada pukul lapan malam, aku mengeluh
lamanya kutumpahkan kesetiaanku kepadanya panjang. Dalam tempoh dua belas jam restoranku
sebagai majikan. Lima tahun aku berguru dibuka, hanya lima orang pelanggan yang datang
kepadanya; bermula sebagai pencuci pinggan, ke restoranku.
kemudian tukang masak, pelayan dan sekarang Sesudah semua pekerjaku balik, aku duduk di
diberi kepercayaan menjaga kaunter bayaran dan kaunter bayaran, membilang wang yang ku-
menghitung jumlah jualan setiap hari. peroleh untuk hari itu; hanya RM 21.00.
Memang sakit untuk memulakan sesuatu, fikirku.
Namun hatiku tak akan patah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen


Hikayat Mat Jenin oleh Mohd Ismail Sarbini.)

1. Terangkan maksud rangkai kata merealisasikan impian dalam petikan. (2%)


2. Gambarkan perwatakan ‘aku’ dengan berdasarkan perenggan pertama dalam petikan. (2%)
3. Apakah yang dilakukan oleh Mat Jenin setiap malam? Mengapakah dia berbuat begitu? (2%)
4. Mengapakah Haji Sapudin dianggap berperanan penting dalam usaha Mat Jenin mencapai cita-
citanya? (2%)
5. Pada pendapat anda, andaikata anda Mat Jenin. Apakah tindakan yang akan anda ambil untuk
memajukan restoran yang baru anda buka itu? (2%)
Jawapan Latihan Pemahaman Prosa Moden 4
1. menjadikan angan-angan suatu kenyataan
2. …..rajin/ tekun bekerja
….mengamalkan sikap suka menabung/ menyimpan wang di bank
…..pandai berjimat cermat
…...tidak merokok
……tidak suka berfoya-foya/ berpelesiran
3. Yang dilakukan:
…..melihat jumlah wang simpanannya yang tercatat dalam buku banknya
Tujuan:
….menaikkan semangatnya bagi mencapai cita-citanya untuk membuka sebuah restoran
4. …mengajar Mat Jenin pelbagai ilmu dalam perniagaan makanan/ restoran
….memberikan nasihat dan keyakinan kepada Mat Jenin untuk memulakan perniagaan
….membeli tanah pusaka Mat Jenin dan duit itu dijadikan modal untuk memulakan perniagaan
5. ……mengadakan publisiti secara besar-besaran
……memastikan masakan enak, berkualiti, dan memenuhi selera pengunjungnya
…..memberikan layanan yang istimewa kepada pelanggan
Latihan Pemahaman Prosa Moden 5
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan kata-kata anda sendiri.

“Daneng, engkau perlu meneruskan pelajaran “Daneng engkau terlalu sayang akan hutan
sampai ke peringkat SPM, sampai ke menara ini, bukan?"
gading. Engkau bijak, Daneng. Gunakanlah “Janganlah pisahkan saya dari hutan ini,
kebijaksanaanmu itu, mungkin untuk membantu cikgu," keluar kalimat rayuan dari mulut
kaummu. Setakat ini, cuma ada 50 atau 60 Daneng.
orang sahaja mahasiswa daripada keturunan “Demi hutan malar hijau yang kamu cintai,
kaummu di universiti.” kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan
Daneng merenung jauh ke tengah danau biru. kamu.”
“Cikgu kasihan melihat cara hidup “Apa maksud cikgu?”
masyarakatmu." “Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh
“Cikgu anggap kami miskin, bukan? Bukan dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan.
saja cikgu, malah banyak orang luar yang Sindiket yang gila akan duit menceroboh serta
bersimpati terhadap kami. Tetapi konsep miskin membunuh fauna dan flora di kawasan hutan
itu tidak ada dalam kamus hidup kami. Seluruh simpan. Bukan saja di Malaysia, malah hutan
hutan dan belantara ini, danau dan tanah ini, malar hijau di Lembangan Amazon pun
milik kami bersama, milik kami sejak zaman- terancam."
berzaman. Hutan ini tidak membenarkan “Pohon-pohon tembusu padang, meranti
sebarang kekurangan kepada kami.” Daneng seraya, dan meranti tembaga di kawasan hutan
bersuara dengan agak serius. simpan, 20 kilometer dari sini sudah tiada lagi,
Kekaguman mengisi benak Jo sekali lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya
ketika melihat kepetahan anak muridnya itu ditenggelami kekecewaan yang pedih. “Apakah
berhujah. Tidak dapat disangkal lagi bahawa yang dapat saya lakukan? Apabila kami tiba di
Daneng memang bijak dan mempunyai masa sana, mereka sudah tiada, pohon-pohon itu pun
depan yang cerah jika diberi peluang sudah tiada."
Kemudian Jo menyambung lagi, “Setiap kali Itulah sebabnya kamu harus belajar, Daneng.
cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan Mungkin kamu dapat menjadi pegawai
besar di tepi kampungmu, cikgu berasa sedih. perhutanan negara, dan melaksanakan suatu
Kaummu masih jauh di belakang." rancangan yang lebih agresif untuk
Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia membanteras kelompok musuh ini. Atau kamu
menghela nafas panjang. dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang
Jo jadi serba salah ketika menatap wajah dapat menggantikan tempat kayu. Barulah hutan
Daneng yang keruh seperti air danau yang akan selamat. Masa depan pohon tualang
timbul kelodaknya. Adanya aku sudah pujaanmu akan terjamin," hujah Jo.
menyinggung perasaannya? Adakah nasihatku
keterlaluan? Bentak suara hati Jo. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen
Lambaian Malar Hijau karya
Tetapi niatnya harus diteruskan. Bara yang
Saroja Theavy a/p Balakrishnan.)
digenggam perlu menjadi arang!

a. Terangkan maksud rangkaian kata-kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan.
i. menara gading (2%)
ii. masih jauh di belakang (2%)
iii. hutan simpan (2%)

b. Jawab soalan-soalan yang berikut dengan berdasarkan petikan.


i. Siapakah Daneng? (2%)
ii. Apakah pandangan Daneng terhadap hutan? (2%)
iii. Jelaskan maksud kata-kata Bara yang digenggam perlu menjadi arang. (2%)
iv. Mengapakah Jo membisikkan kata-kata itu? (2%)
v. Apakah yang sedang berlaku pada hutan di seluruh dunia? (2%)
vi. Mengapakah Jo menyuruh Daneng terus belajar jika dia cinta akan hutan malar hijau? (2%)
vii. Katakanlah Daneng mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya. (2%)
viii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong dia bertindak begitu? (2%)
Jawapan Latihan Pemahaman Prosa Moden 5
(a) (i) institut pengajian tinggi/universiti (2%)
(ii) ketinggalan/belum maju (2%)
(iii) hutan larangan/hutan yang kayu-kayunya tidak boleh diambil (2%)
(b) (i) ... anak kaum asli ... anak murid Cikgu Jo(2%)
... pelajar yang pintar ... pelajar yang enggan meneruskan persekolahannya (2%)
... orang yang sangat cinta akan hutan (2%)
... orang yang bijak berhujah (2%)
(ii) ... seluruh hutan belantara adalah milik kaumnya sejak dahulu (2%)
... mereka akan memperoleh makanan dari hutan itu(2%)
(iii) Maksud: ...jika melakukan sesuatu mestilah secara bersungguh-sungguh sehingga mencapai
kejayaan (2%)
Sebab: ... Daneng enggan bersekolah tetapi Jo akan terus memujuknya sehingga berjaya/tidak akan
menyerah kalah (2%)
(iv) ... diancam kegiatan pembalakan yang berleluasa/secara haram
... banyak flora dan fauna di kawasan hutan simpan yang telah musnah (2%)
(v) ... Cikgu Jo menyarankan agar Daneng menjadi pegawai perhutanan yang dapat menyelamatkan
kawasan hutan nanti (2%)
.. Daneng boleh juga menjadi saintis untuk mencipta sesuatu yang dapat menggantikan kayu supaya
hutan selamat daripada pembalakan (2%)
(vi) ... pujukan Cikgu Jo yang berterusan(2%)
Latihan Pemahaman Prosa Moden 6
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan kata-kata anda sendiri.

Saudara Pengarang, Sesetengah anak mampu menjawat jawatan


Kebanyakan warga tua yang menjadi penghuni yang tinggi dan beristerikan wanita bekerja serta
tetap di rumah orang tua masih mempunyai berpelajaran pula. Pasangan ini biasanya enggan
sanak-saudara dan keluarga terdekat. Mereka mengambil orang tua untuk tinggal bersama-
diabaikan kerana sikap masyarakat yang sama kerana khuatir kehidupan peribadi mereka
mementingkan aspek individualistik dan terganggu. Faktor wujudnya rumah orang tua
materialistik. Masyarakat moden kini lebih yang semakin banyak secara langsung
mengutamakan kebendaan dan kekayaan menggalakkan masyarakat mengabaikan
daripada nilai kasih sayang. Gangguan emosi, tanggung jawab mereka yang sebenarnya.
pengabaian, ketidakselesaan, dan perselisihan Mereka beranggapan bahawa di rumah orang
faham dengan keluarga menjadi punca warga tua tua, warga tua akan dapat bergaul sesama
memilih untuk tinggal di institusi kebajikan mereka tanpa sebarang masalah
kerajaan. Namun, yang pasti Rumah Sri Kenangan
Golongan muda, khasnya anak, tidak bukan tempat "pembuangan warga tua”. Rumah
memahami naluri orang tua mereka. Warga tua Sri Kenangan adalah tempat “perlindungan
tidak meminta layanan seperti orang kenamaan. sementara" warga tua yang tersisih. Jabatan
Mereka hanya mahu perhatian dan kasih sayang Kebajikan Masyarakat senantiasa berusaha
serta peluang untuk bergurau senda dengan anak mengesan waris warga tua yang di bawah
menantu dan cucu. Oleh itu, golongan muda perlindungannya. Waris yang dapat dihubungi
seharusnya belajar memahami perasaan warga akan diminta mengambil semula orang tua
tua secara mendalam. mereka untuk dipelihara.
Setiap individu, baik ahli keluarga mahupun Kerajaan ada juga mengadakan pelbagai
anggota masyarakat perlu memainkan peranan program untuk warga tua sebagai tanda
masing-masing dalam usaha menghargai dan penghormatan dan penghargaan terhadap jasa
menyayangi warga tua. Kita tidak harus mereka. Hari Warga Tua dan anugerah Tokoh
menganggap ibu bapa sebagai beban, sebaliknya Warga Tua serta Ibu Mithali diadakan semata-
perlu menunaikan tanggung jawab terhadap masa mata untuk mengiktiraf pengorbanan besar
depan mereka dengan sempurna. Inilah masa mereka dahulu.
yang terbaik untuk membalas jasa dan Namun, masih ada warga tua yang daif dan
pengorbanan mereka yang telah memelihara kita terpinggir daripada hak mereka sedangkan
sejak kecil. segala kemudahan dan kelengkapan untuk
Individu yang ingin mendirikan rumah tangga menangani masalah itu sudah banyak tersedia.
harus berhati-hati memilih pasangan. Penghargaan dan penghormatan kepada warga
Perkahwinan menyatukan dua pihak. Maknanya, túa bukan saja menjadi tanggung jawab kerajaan
mereka bukan saja berkahwin dengan pasangan semata-mata, malah tanggung jawab semua
yang disayangi, malah harus menerima ibu bapa pihak agar dapat masyarakat warga tua yang
dan seluruh anggota keluarga berkenaan. Pada sejahtera, bermaruah dan bermartabat tinggi
masa yang sama, pasangan suami isteri perlu dengan mengoptimumkan potensi diri dapat
mendidik anak supaya menghormati orang tua, diwujudkan.
khususnya datuk dan nenek.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Menghargai Jasa Warga Tua, Dewan Budaya)

a. Terangkan maksud rangkaian kata-kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan.
i. tidak memahami naluri (2%)
ii. bermaruah dan bermartabat tinggi (2%)
b. Jawab soalan-soalan yang berikut dengan berdasarkan petikan.
i. Jelaskan ciri-ciri masyarakat moden. (2%)
ii. Mengapakah golongan muda dianggap gagal memahami naluri orang tua? (2%)
iii. Apakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu sangat penting? (2%)
iv. Mengapakah sesetengah anak enggan tinggal bersama-sama dengan orang tua mereka? (2%)
v. Bagaimanakah pihak kerajaan menghargai pengorbanan warga tua? (2%)
vi. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang terbaik bagi memastikan anak-anak
senantiasa memberikan perhatian kepada ibu bapa mereka? (2%)
Jawapan Latihan Pemahaman Prosa Moden 6
(a) (i) …gagal mengerti akan tabiat semula jadi (2%)
… mempunyai harga diri dan kedudukan yang baik (2%)
(b) (i) ... bersikap mementingkan diri sendiri/individualistik (2%)
… lebih mementingkan kekayaan/kebendaan daripada nilai kasih sayang (2%)
(ii) ... tidak dapat melayan orang tua dengan baik/mengabaikan orang tua (2%)
... tidak dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada golongan tua (2%)
... tidak dapat memberikan kasih sayang kepada orang tua (2%)
(iii) ... dapat membina keluarga/rumah tangga dengan orang yang disayangi (2%)
... dapat menyatukan/merapatkan hubungan antara dua keluarga (2%)
... dapat melahirkan zuriat yang baik/menghormati orang tua (2%)
(iv)... tidak mahu kehidupan peribadi/keselesaan mereka terganggu (2%)
... kewujudan makin banyak rumah kebajikan mendorong anak-anak menempatkan ibu bapa
mereka di situ. (2%)
(v) ... mengadakan pelbagai program sebagai tanda menghormati/menghargai golongan tua (2%)
... program berkenaan diadakan setiap tahun. Iaitu Hari Warga Tua/anugerah Tokoh Warga Tua/Ibu
Mithali (2%)
(vi) ... ibu bapa perlu memberikan didikan agama supaya anak-anak menjadi orang yang beriman
dan senantiasa menghormati orang tua (2%)
... mengadakan kempen yang bertemakan rasa cinta kepada ibu bapa secara berterusan (2%)
... menggubal undang-undang bagi menghukum anak anak yang mengabaikan tanggung jawab
mereka kepada ibu bapa (2%)
Latihan Pemahaman Prosa Moden 7
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan kata-kata anda sendiri.

Kakanda,
Sudah hampir empat bulan abang tidak menjejakkan kaki di kampung ini. Dahulu paling lama
pun sebulan sekali abang pasti akan balik ke kampung. Entah sudah beberapa puluh kali emak
menyebut nama abang, aku tak tahu. Yang aku tahu, emak rindu akan abang.
Dua minggu lepas, emak demam agak teruk. Aku dan Saniah membawa emak ke hospital.
Selepas itu, emak terbaring saja di rumah tiga empat hari. Nama abang senantiasa bermain di
bibirnya. Aku pun menelefon abang tetapi hanya dapat bercakap dengan Kak Dahlia. Tentu Kak
Dahlia sudah menyampaikan berita tentang emak kepada abang, tetapi sampai kini abang tak balik
juga.
Maafkan aku, bang kerana membuat kesimpulan begini: abang marah kepada emak dan abang
merajuk kerana permintaan abang tidak dituruti oleh emak. Rasionalkah tindakan abang itu?
Sebagai adik, aku mohon abang fikirkanlah baik-baik. Kenangkanlah pengorbanan dan jasa emak
semenjak kita kecil dahulu.
Abang,
Sudah beberapa kali emak bercerita tentang tanah pusaka peninggalan arwah ayah itu. Tanah
itu bukannya seperti yang dikatakan orang, yang pipih datang melayang, yang bulat datang
bergolek. Kata emak, ayah terpaksa membanting tulang empat kerat bagi mencari duit untuk
membeli tanah itu. Arwah ayah sudah berpesan supaya tanah itu jangan dijual walau apa pun yang
berlaku. Tanah itu mesti kita dan anak cucu kita warisi. Di mana maruah kita kalau hidup pun
menumpang di tanah orang? Itu pertanyaan arwah ayah yang diulang berkali-kali oleh emak.
Aku yakin, abang bukannya tidak faham akan penjelasan emak tempoh hari. Tetapi apa yang
abang fikirkan hanyalah duit untuk menyelamatkan perniagaan abang yang hampir bankrap. Kalau
tanah itu dijual seperti yang abang mahukan, belum tentu kita dapat membelinya semula. Dan
apabila emak berkeras memegang amanah arwah ayah, abang tergamak meluahkan kata-kata yang
agak kasar sebelum meninggalkan emak seolah-olah emak itu seorang musuh yang wajar dibenci.
Aku masih ingat, petang itu, kira-kira empat bulan yang lalu, abang memandu kereta dengan kasar
meninggalkan rumah emak. Emak menangis melihat gelagat abang itu.
Sudah beberapa kali aku atau Saniah terserempak dengan emak yang melelehkan air mata
ketika duduk seorang diri. Tentu dia teringat akan abang. Abang anak sulung. Abanglah anak
kebanggaan emak selama ini.
Kalau abang mahu melupakan adik-adik abang – aku, Saniah, Shukor atau Mansor, aku tak
akan tersinggung. Tetapi abang jangan berpatah arang dan berkerat rotan dengan emak. Derhaka
kepada ibu, nerakalah balasannya. Jasa emak seluas lautan, tidak terbalas walaupun sepanjang
hayat. Janganlah hanya kerana tanah pusaka yang sekangkang kera itu, abang membuang emak.
Sanggupkah abang menanggung dosa hingga ke akhirat nanti?
Akhirnya, sebagai adik, aku ingin merayu, abang pulanglah. Ciumlah tangan emak dan
lafazkanlah kata maaf.
Adindamu,
Syukri Adnan

1. Terangkan maksud rangkai kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan.
a) senantiasa bermain di bibirnya (2%)
2. Nyatakan tindakan abang yang dipertikaikan oleh Syukri. (2%)
3. Jelaskan wasiat arwah ayah kepada emak. (2%)
4. Apakah permintaan abang kepada emak? Nyatakan reaksi abang apabila permintaannya tidak
dipenuhi oleh emak? (2%)
5. Pada pendapat anda, apakah tujuan Syukri menulis surat itu kepada abangnya? (2%)

Jawapan Latihan Pemahaman Prosa Moden 7


1. Senantiasa bermain di bibirnya bermaksud selalu disebut-sebut.
2. Tindakan abang yang dipertikaikan oleh Syukri ialah:
- sudah empat bulan abang tidak balik ke kampong
- marah / merajuk kepada emak yang tidak mahu memenuhi permintaannya
- sanggup mengeluarkan kata-kata yang agak kasar / menyinggung perasaan emak
3. Wasiat arwah ayah kepada emak ialah tidak menjual tanah pusaka itu walau apa pun yang
berlaku. Tanah itu mesti diwariskan kepada anak-anak.
4. - Permintaan abang kepada emak ialah meminta emak menjual tanah pusaka untuk
mendapatkan wang bagi menyelamatkan perniagaannya yang hampir bankrap.
- Apabila permintaan abang tidak dipenuhi oleh emak, abang mengeluarkan kata-kata yang
agak kasar kepada emak. Dia segera meninggalkan emak dengan memandu kereta secara kasar.
5. Pada pendapat saya, tujuan Syukri menulis surat kepada abangnya ialah:
- memberitahu abangnya bahawa emak sedang merinduinya / ingin bertemu dengannya
- menegur abangnya yang bertindak secara emosional / mengikut perasaan
- meminta abangnya supaya tidak memutuskan hubungan dengan emaknya / hendaklah
mengenang jasa emak
- mengingatkan abangnya bahawa menderhaka kepada ibu itu berdosa
Latihan Pemahaman Prosa Moden 8
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan kata-kata anda sendiri.

Puan Junaidah berasa amat senang hati kini. Anak tunggalnya, Khairil yang berusia 17 tahun
itu sudah berubah sikap. Setiap hari Khairil cepat balik dari sekolah, tidak pernah lambat seperti
dahulu. Dia tidak lagi bercampur dengan pemuda-pemuda kacang hantu dan melepak di tepi jalan
hingga larut malam. Suaminya yang senantiasa sibuk dengan urusan perniagaan pun gembira
dengan perubahan itu.
Rahsia perubahan Khairil itu ialah sebuah computer yang dilengakapi sistem Internet. Apabila
teman sepejabat, Puan Kamsiah mengatakan bahawa abaknya mendapat pelbagai bahan yang
berkaitan dengan pelajaran daripada Internet, Puan Junainah pun membeli satu set komputer yang
dilengkapi sistem Internet. Dia sanggup membuat pinjaman untuk membeli komputer yang kini
terletak di dalam bilik Khairil.
“Khairil asyik berulit dengan Internet, Kiah. Sekarang ini zaman teknologi maklumat… kita
kenalah mengikut perkembangan supaya tidak ketinggalan zaman. Itulah sebabnya aku sanggup
berhutang untuk membeli komputer. Dan yang lebih penting daripada itu, dia tak keluar lagi
merayau-rayau sampai jauh malam. Tenteram hati aku,” ujar Puan Junaidah apabila jirannya,
Rokiah bertanya tentang Khairil yang sudah jarang-jarang keluar rumah.
Bukan setakat kepada Rokiah, kepada jiran-jiran atau teman-teman yang lain pun Puan
Junaidah bercerita tentang anaknya yang sudah pandai menggunakan Internet walaupun dia sendiri
tadak tahu mengendalikannya. Puan Junaidah senantiasa berasa bangga apabila bercerita tentang
anaknya dan Internet sehinggalah pada suatu pagi Puan Junainah menerima panggilan daripada
Pengetua sekolah Khairil.
“Saya sangat berharap agar Puan dapat datang ke sekolah untuk berbincang tentang anak
Puan,” kata Pengetua, Haji Badrulzaman.
“Apa masalahnya, cikgu?”
“Lebih baik kita bincangkan di sekolah bukan di telefon.”
Pada waktu malam tengah hari itu, Puan Junaidah bergegas ke sekolah anaknya yang terletak
kira-kira enam kilometer dari pejabatnya. Hatinya diselubungi pelbagai tanda tanya.
“Kami telah merampas bahan-bahan ini daripada Khairil,” kata Haji Badrulzaman sambil
membuka fail berwarna biru. Beliau mengambil beberapa keping kertas lalu dihulurkan kepada
Puan Junaidah.
Puan Junainah segera mengambil kertas itu lalu membaca isi kandungannya. Tetapi beberapa
saat kemudian, dia mencampakkan kertas itu ke meja Pengetua sambil bertanya kehairanan, “Eh!
Apa maknanya semua ini?”
“Khairil ambil dari Internet dan diberikan kepada kawan-kawannya supaya membaca cerita-
cerita porno itu,” jelas Pengetua.
Puan Junaidah terkaku. Dia bagaikan tidak percaya akan apa yang telah berlaku. Pengetua
mengeluarkan sekeping disket dari dalam fail lalu berkata, “Dalam disket ini pula ada gambar-
gambar yang …ah, tidak tergamak saya tunjukkan kepada Puan. Semuanya diambil dari Internet.”
“Saya sanggup berhutang untuk membelikannya Internet, cikgu. Harapan saya supaya dia
tidak ketinggalan zaman. Nampaknya sia-sia saja…” Puan Junaidah bagaikan mahu menangis
kerana terlalu sedih, kecewa dan malu.
“Puan, Internet itu alat yang memungkinkan kita masuk ke dunia tanpa sempadan. Di
dalamnya ada banyak kebaikan di samping banyak juga keburukannya. Kita perlu mengawasi
anak-anak kita kerana mereka lebih mudah menerima yang buruk. Kita patut bersama-sama
dengan mereka melayari dunia Internet itu supaya mereka hanya melihat yang baik-baik,” kata
Pengetua dengan agak panjang.
Puan Junaidah hanya tunduk membisu. Hatinya dilanda kekecewaan.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Internet oleh Misa.)

1. Terangkan maksud rangkai kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan.
a) dunia tanpa sempadan (2%)
2. Jelaskan perubahan yang berlaku pada Khairil. (2%)
3. Apakah harapan Puan Junaidah apabila dia membelikan anaknya komputer yang dilengkapi
sistem Internet? (2%)
4. Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh Puan Junaidah? (2%)
5. Katakan anda Puan Junaidah, apakah tindakan yang akan diambil terhadap Khairil? (2%)

Jawapan Latihan Pemahaman Prosa Moden 8


1. Dunia tanpa sempadan bermaksud tempat di seluruh dunia yang bebas dihubungi melalui
Internet.
2. Perubahan yang berlaku pada Khairil ialah:
- cepat balik dari sekolah / tak pernah balik lambat
- tidak bercampur dengan budak-budak nakal lagi
- tidak lagi melepak di tepi jalan sehingga jauh malam
3. Harapan Puan Junaidah ialah:
- Khairil akan mendapat pelbagai bahan pelajaran daripada Internet
- Khairil dapat mengikuti perkembangan teknologi maklumat / tidak ketinggalan zaman
- Khairil akan senantiasa berada di rumah / tidak merayau-rayau selepas waktu sekolah
4. Kesilapan yang telah dilakukan oleh Puan Junaidah ialah:
- terlalu memberikan kepercayaan kepada anaknya, Khairil
- tidak mengawasi anaknya apabila dia menggunakan Internet
- tidak tahu menggunakan Internet sehingga mudah ditipu oleh anaknya
5. Katakan saya Puan Juniadah, tindakan yang akan diambil terhadap Khairil ialah:
- menegur / memarahi anaknya
- memberikan nasihat kepada anaknya supaya menginsafi kesalahannya
- meletakkan komputer di ruang yang terbuka supaya mudah mengawasi penggunaannya

NOTA RAGAM AYAT


1. Ayat-ayat Bahasa Melayu dibahagikan kepada empat jenis:
 Ayat Penyata
 Ayat Tanya
 Ayat Perintah
 Ayat Seruan

a. Ayat Penyata ialah ayat yang menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Contoh:
Amalan menabung dapat menyemaikan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

b. Ayat Tanya ialah ayat yang menanyakan sesuatu hal.


Contoh:
Bagaimanakah ibu bapa dapat memupuk minat membaca dalam diri anak-anak?

c. Ayat Perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan.

Ada empat jenis Ayat Perintah, iaitu:


1. Ayat Suruhan
Contoh: Halau ayam-ayam itu keluar dari sini.

2. Ayat Permintaan
Contoh: Tolong ambilkan saya buku cerita itu.

3. Ayat Silaan
Contoh: Sila datang ke rumah saya.

4. Ayat Larangan
Contoh: Jangan petik bunga-bunga di taman itu.

d. Ayat Seruan ialah ayat yang diucapkan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut,
marah, geram, sakit dan sebagainya.
Contoh: Wah, besarnya rumah banglo itu!
Aduh, sakitnya gigi aku!

LATIHAN RAGAM AYAT


A. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah (ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, ayat permintaan) atau ayat
seruan.

1. Sanju akan ke Pulau Redang pada hujung minggu. ______________________________


2. Harga rumah itu berapa? ______________________________
3. Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. _________________________
4. Minta anda semua bersabar. ______________________________
5. Tak usah kaucampur tangan dalam hal saya. ______________________________
6. Ambil buku ini dan masukkan ke dalam beg. ______________________________
7. Wah, mahalnya baju ini! ______________________________
8. Pergilah ke rumah Ai Ling sekarang juga. ______________________________
9. Pengurus kedai itu sentiasa tersenyum kepada setiap pelanggannya yang datang untuk
membeli-belah. ______________________________
10. Jemput makan hidangan yang disediakan di atas meja itu. ______________________________
11. Tolong hantar juadah ini ke rumah Puan Kamariah. ______________________________
12. Jemputlah makan makanan yang terhidang di atas meja itu. _____________________________
13. Syabas, awak telah berjaya dalam pertandingan nyanyian itu! ____________________________
14. Tolong ambilkan saya secawan air. ______________________________
15. Siapakah pemain piano itu? ______________________________
16. Usah dikenang lagi kisah yang pahit. ______________________________
17. Oh, aku lupa bawa wang hari ini! ______________________________
18. Dilarang merokok. ______________________________
19. Pergi beratur di sana. ______________________________
20. Sila datang ke rumah saya pada hari Sabtu ini. ______________________________

JAWAPAN RAGAM AYAT


B. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah (ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, ayat permintaan) atau ayat
seruan.

1. Sanju akan ke Pulau Redang pada hujung minggu. Ayat penyata


2. Harga rumah itu berapa? Ayat tanya
3. Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Ayat penyata
4. Minta anda semua bersabar. Ayat permintaan / Ayat perintah
5. Tak usah kaucampur tangan dalam hal saya. Ayat larangan / Ayat perintah
6. Ambil buku ini dan masukkan ke dalam beg. Ayat suruhan / Ayat perintah
7. Wah, mahalnya baju ini! Ayat seruan
8. Pergilah ke rumah Ai Ling sekarang juga. Ayat suruhan / Ayat perintah
9. Pengurus kedai itu sentiasa tersenyum kepada setiap pelanggannya yang datang untuk
membeli-belah. Ayat penyata
10. Jemput makan hidangan yang disediakan di atas meja itu. Ayat Silaan/ Ayat perintah
11. Tolong hantar juadah ini ke rumah Puan Kamariah. Ayat Permintaan/ Ayat perintah
12. Jemputlah makan makanan yang terhidang di atas meja itu. Ayat silaan / Ayat perintah
13. Syabas, awak telah berjaya dalam pertandingan nyanyian itu! Ayat seruan
14. Tolong ambilkan saya secawan air. Ayat Permintaan / Ayat Perintah
15. Siapakah pemain piano itu? Ayat tanya
16. Usah dikenang lagi kisah yang pahit. Ayat Larangan / Ayat perintah
17. Oh, aku lupa bawa wang hari ini! Ayat seruan
18. Dilarang merokok. Ayat Larangan / Ayat perintah
19. Pergi beratur di sana. Ayat suruhan / Ayat perintah
20. Sila datang ke rumah saya pada hari Sabtu ini. Ayat Silaan/ Ayat perintah

NOTA POLA AYAT


1. Pola ayat dikenal pasti melalui binaan subjek dan predikat. Konstituen bagi subjek ialah Frasa
Nama (FN). Konstituen bagi predikat ialah Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif
(FA) dan Frasa Sendi Nama (FSN).

2. Terdapat empat jenis pola ayat:


- Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )
- Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN+ FSN )
- Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )
- Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )

3. Contoh-contoh:

SUBJEK PREDIKAT POLA AYAT


i Puan Latifah isteri pengurus syarikat itu. FN + FN
ii Jambangan bunga ros itu untuk guru kelas saya. FN + FSN
iii Rumah-rumah teres itu sangat kemas binaannya. FN + FA
iv Pengemis warga asing itu merayu simpati daripada orang ramai. FN + FK

LATIHAN POLA AYAT


A. Tentukan subjek dan predikat dan nyatakan pola bagi ayat- ayat di bawah ini sama ada ayat
tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) , Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN+FK) , Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
( FN+FSN).

1. Dia ke Melaka pagi tadi.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________


2. Buku itu di atas meja.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

3. Dia membaca akhbar.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

4. Anak itu dikucupnya.


Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

5. Warna kulit muka kakak saya kemerah-merahan.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

6. Bapa budak lelaki itu kakitangan kerajaan.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

7. Pemuda itu mahasiswa Universiti Multimedia.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

8. Guru menyemak kerja rumah para pelajar.


Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

9. Istana Seri Murni di atas Bukit Kenangan.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

10. Kain songket itu sangat halus tenunannya.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

11. Golongan ilmuan penggerak kemajuan masyarakat.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

12. Mata pelajaran pengkomputeran diajarkan di sekolah-sekolah.


Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

13. Bukit Fraser kawasan peranginan.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

14. Pengawal keselamatan menghalang perjalanan kami.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

15. Rakyat negara Korea bersopan santun.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

16. Rumah banglo di lereng bukit.


Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

17. Nelayan di pantai Timur tidak ke laut.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

18. Kawasan taman itu sangat kotor.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

19. Adik dan kakak saya sedang bertengkar.

Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

20. Nasi lemak Milah sangat pedas.


Subjek: ______________________________________________________________________

Predikat: _____________________________________________________________________

Pola Ayat: ____________________________________________________________________

JAWAPAN POLA AYAT


B. Tentukan subjek dan predikat dan nyatakan pola bagi ayat- ayat di bawah ini sama ada ayat
tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) , Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN+FK) , Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
( FN+FSN).

1. Dia ke Melaka pagi tadi.


Subjek: Dia Predikat: ke Melaka pagi tadi Pola Ayat: FN + FSN

2. Buku itu di atas meja.


Subjek: Buku itu Predikat: di atas meja Pola Ayat: FN + FSN

3. Dia membaca akhbar.


Subjek: Dia Predikat: membaca akhbar Pola Ayat: FN + FK

4. Anak itu dikucupnya.


Subjek: Anak itu Predikat: dikucupnya Pola Ayat: FN + FK

5. Warna kulit muka kakak saya kemerah-merahan.


Subjek: Warna kulit muka kakak saya Predikat: kemerah-merahan Pola Ayat: FN + FA

6. Bapa budak lelaki itu kakitangan kerajaan.


Subjek: Bapa budak lelaki itu Predikat: kakitangan kerajaan Pola Ayat: FN + FN

7. Pemuda itu mahasiswa Universiti Multimedia.


Subjek: Pemuda itu Predikat: mahasiswa Universiti Multimedia Pola Ayat: FN + FN

8. Guru menyemak kerja rumah para pelajar.


Subjek: Guru Predikat: menyemak kerja rumah para pelajar Pola Ayat: FN + FK

9. Istana Seri Murni di atas Bukit Kenangan.


Subjek: Istana Seri Murni Predikat: di atas Bukit Kenangan Pola Ayat: FN + FSN

10. Kain songket itu sangat halus tenunannya.


Subjek: Kain songket itu Predikat: sangat halus tenunannya Pola Ayat: FN + FA
11. Golongan ilmuan penggerak kemajuan masyarakat.
Subjek: Golongan ilmuan Predikat: penggerak kemajuan masyarakat Pola Ayat: FN + FN

12. Mata pelajaran pengkomputeran diajarkan di sekolah-sekolah.


Subjek: Mata pelajaran pengkomputeran Predikat: diajarkan di sekolah-sekolah
Pola Ayat: FN + FK

13. Bukit Fraser kawasan peranginan.


Subjek: Bukit Fraser Predikat: kawasan peranginan Pola Ayat: FN + FN

14. Pengawal keselamatan menghalang perjalanan kami.


Subjek:Pengawal keselamatan Predikat: menghalang perjalanan kami Pola Ayat: FN + FK

15. Rakyat negara Korea bersopan santun.


Subjek: Rakyat negara Korea Predikat: bersopan santun Pola Ayat: FN + FA

16. Rumah banglo di lereng bukit.


Subjek: Rumah banglo Predikat: di lereng bukit Pola Ayat: FN + FSN

17. Nelayan di pantai Timur tidak ke laut.


Subjek: Nelayan di pantai Timur Predikat: tidak ke laut Pola Ayat: FN + FSN

18. Kawasan taman itu sangat kotor.


Subjek: Kawasan taman itu Predikat: sangat kotor Pola Ayat: FN + FA

19. Adik dan kakak saya sedang bertengkar.


Subjek: Adik dan kakak saya Predikat: sedang bertengkar Pola Ayat: FN + FK

20. Nasi lemak Milah sangat pedas.


Subjek: Nasi lemak Milah Predikat: sangat pedas Pola Ayat: FN + FA

NOTA AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG


1. Ayat-ayat dalam bahasa Malaysia boleh disusun dengan DUA cara iaitu susunan biasa dan
susunan songsang.

2. Ayat biasa dan ayat songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat tersebut hanyalah
berbeza dari segi penekanannya.

3. Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mengkaji susunan subjek
dan predikat dalam sesuatu ayat itu.

4. Formula Ayat Biasa :

Subjek + Predikat

5. Formula Ayat Songsang :

Predikat + Subjek

Contoh:
Ayat Penyata

AYAT BIASA AYAT SONGSANG


SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Penduduk Kampung sangat peramah. Sangat peramah penduduk Kampung
Camar Camar.
Kakak saya seorang guru. Seorang guru kakak saya.
Itu pokok durian. Pokok durianlah itu.

** Kata penegas –lah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberi penekanan
kepada predikat dalam ayat penyata.

Ayat Tanya
AYAT BIASA AYAT SONGSANG
SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Anaknya sedang buat apa? Sedang buat apa anaknya?
Mereka hendak ke mana? Hendak ke mana mereka?
Hadiah ini untuk siapa? Untuk siapakah hadiah ini?

** Kata penegas –kah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberi penekanan
kepada predikat dalam ayat tanya.

Ayat Pasif

AYAT BIASA AYAT SONGSANG


SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Bilik-bilik itu sudah saya bersihkan. Sudah saya bersihkan bilik-bilik itu.
Masjid itu dibina oleh datuk saya. Dibina oleh datuk saya masjid itu.
Baju-bajunya belum bergosok. Belum bergosok baju-bajunya.

6. Ayat-ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa dengan dua cara iaitu:
A) Pendepanan seluruh predikat
 Dalam proses ini, seluruh predikat di dalam ayat biasa dibawa ke hadapan mendahului
subjek.
 Bahagian yang dibawa ke hadapan itu menjadi tumpuan dalam ayat songsang.

Contoh:

AYAT BIASA AYAT SONGSANG


Baju dan seluar saya belum bergosok. Belum bergosok baju dan seluar saya.
Pelajar perempuan itu sangat rajin. Sangat rajin pelajar perempuan itu.
Pekerja-pekerja kilang sudah pulang. Sudah pulang pekerja-pekerja kilang.
Kerani pejabat itu masih belum sampai. Masih belum sampai kerani pejabat itu.
Rumah saya terletak berhampiran dengan Terletak berhampiran dengan sebuah kedai
sebuah kedai buku. buku rumah saya.
B) Pendepanan sebahagian daripada predikat
 Dalam proses ini, sebahagian daripada predikat di dalam ayat biasa dibawakan ke
hadapan mendahului subjek.

 Terdapat 3 bahagian dalam predikat yang dapat didepankan dalam proses ini:
a. Pendepanan frasa kerja
b. Pendepanan frasa adjektif
c. Pendepanan frasa sendi nama
Contoh:

AYAT BIASA AYAT SONGSANG


Pendepanan frasa kerja:
o Atan bekerja pada tiap-tiap hari.
o Bekerja Atan pada tiap-tiap hari.
o Dia menulis surat di bilik.
o Menulis suart dia di bilik.
o Budak kecil itu sedang menangis.
o Sedang menangis budak kecil itu.

Pendepanan frasa adjektif:


o Dia terkejut apabila mendengar berita
o Terkejut dia apabila mendengar berita
itu.
itu.
o Kamal sedang sakit tenat di hospital.
o Sedang sakit tenat Kamal di hospital.
o Bangunan itu masih teguh lagi
o Masih teguh lagi bangunan itu walaupun
walaupun dibina suku abad dahulu.
dibina suku abad dahulu.
Pendepanan frasa sendi nama:
o Karim pergi ke perpustakaan untuk
o Ke perpustakaan Karim pergi untuk
mengulang kaji pelajarannya.
mengulang kaji pelajarannya.
o Soke Lee di Pulau Pinang pada masa ini.
o Di Pulau Pinang Soke Lee pada masa ini.
o Dia memotong kek itu dengan sebilah
o Dengan sebilah pisau dia memotong kek
pisau.
itu.

LATIHAN AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG

A. Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

1. Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.


_____________________________________________________________________________

2. Acuan untuk membuat kuih itu ada pada Puan Rahimah.

_____________________________________________________________________________

3. Barang itu sudah diambil oleh Maniam semalam.

_____________________________________________________________________________

4. Kawan-kawan kamu sudah pulang?

_____________________________________________________________________________

5. Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.

_____________________________________________________________________________

6. Kedua-dua orang budak itu berlari ke arah mana apabila Pak Haji mengejar mereka?

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

7. Pesanan kamu kepada Kakak Ita di kampung sudah kusampaikan pada minggu lalu.

_____________________________________________________________________________

8. Barang-barang perhiasan itu dilapnya berkali-kali supaya kelihatan cantik dan berkilat.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
9. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.

_____________________________________________________________________________

10. Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

11. Segala pertolongan yang dihulurkan oleh Pak Husin tidak akan saya lupakan.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

12. Petua-petua itu didengarnya dengan teliti sebelum mencatatkannya di atas sehelai kertas.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

13. Program Strategi Kecemerlangan SPM Anjuran akhbar harian itu dihadiri oleh ramai murid
tingkatan lima.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
14. Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan
forum remaja peringkat kebangsaan.

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

15. Sanak-saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual-bual mesra semasa sambutan Hari
Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

16. Buku-buku di atas meja itu belum bersusun lagi.

_____________________________________________________________________________

17. Humairah sangat gembira apabila menerima keputusan peperiksaannya.

_____________________________________________________________________________

18. Baju-baju sekolah itu sudah kamu basuh.

_____________________________________________________________________________

19. Komputer itu sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

20. Bekalan minyak dunia semakin berkurangan sekalipun permintaannya kian meningkat dari
semasa ke semasa.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
B. Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

1. Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

_____________________________________________________________________________

2. Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

_____________________________________________________________________________

3. Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.

_____________________________________________________________________________

4. Terdapat di seluruh negara rumah kebajikan.

_____________________________________________________________________________

5. Tersipu-sipu malu gadis berbaju kebaya itu.

_____________________________________________________________________________

6. Mengancam keamanan negara kegiatan subversif.

_____________________________________________________________________________

7. Sungguh cantik solekan mak andam itu.

_____________________________________________________________________________

8. Ditubuhkan oleh Puan Ramlah Persatuan Belia kampung ini.


_____________________________________________________________________________

9. Ke sekolah mereka pergi untuk bermain bola jaring.

_____________________________________________________________________________

10. Berkejaran budak-budak itu di taman permainan.

_____________________________________________________________________________

11. Terpaut hatiku dengan keindahan pulau itu.

_____________________________________________________________________________

12. Oleh sebab hakisan tebing sungai semakin serius, peruntukan untuk membina bongkah konkrit
harus disegerakan.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

13. Sungguh pedas makanan yang dijual di restoran padang itu.

_____________________________________________________________________________

14. Berselerak barang-barang di ruang tamu kerana tidak dikemaskan oleh orang gajinya.

_____________________________________________________________________________
15. Masih boleh diperbaiki cerita-cerita yang ditulis oleh pelajar itu.

_____________________________________________________________________________

16. Apabila Mak Cik Rahmah meninggalkannya di rumah Puan Siah, adik menangis teresak-esak.
_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

17. Kalau mendapat sokongan daripada penduduk kampung, Razak dan Aziz akan mengusahakan
tanah terbiar itu.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

18. Ke Pantai Cherating keluarga Encik Ratnam akan pergi pada cuti sekolah nanti.

_____________________________________________________________________________

19. Belum berbasuh baju yang bertimbun di dalam bilik itu.

_____________________________________________________________________________

20. Ke bandar mereka pergi untuk membeli-belah dan menggunting rambut.

_____________________________________________________________________________

A. Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

1. Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.


Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

2. Acuan untuk membuat kuih itu ada pada Puan Rahimah.


Ada pada Puan Rahimah acuan untuk membuat kuih itu.

3. Barang itu sudah diambil oleh Maniam semalam.


Sudah diambil oleh Maniam semalam barang itu.

4. Kawan-kawan kamu sudah pulang?


Sudah pulang kawan-kawan kamu?

5. Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.


Akan kita tanggung bersama-sama beban ini.

6. Kedua-dua orang budak itu berlari ke arah mana apabila Pak Haji mengejar mereka?
Ke arah mana apabila Pak Haji mengejar mereka Kedua-dua orang budak itu?

7. Pesanan kamu kepada Kakak Ita di kampung sudah kusampaikan pada minggu lalu.
Sudah kusampaikan pada minggu lalu pesanan kamu kepada Kakak Ita di kampung.

8. Barang-barang perhiasan itu dilapnya berkali-kali supaya kelihatan cantik dan berkilat.
Dilapnya berkali-kali supaya kelihatan cantik dan berkilat barang-barang perhiasan itu.

9. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.


Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor.

10. Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.
Dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan negeri-negeri di Pantai Timur.

11. Segala pertolongan yang dihulurkan oleh Pak Husin tidak akan saya lupakan.
Tidak akan saya lupakan segala pertolongan yang dihulurkan oleh Pak Husin.
12. Petua-petua itu didengarnya dengan teliti sebelum mencatatkan di atas sehelai kertas.
Didengarnya dengan teliti sebelum mencatatkannya di atas sehelai kertas petua-petua itu.

13. Program Strategi Kecemerlangan SPM Anjuran akhbar harian itu dihadiri oleh ramai murid
tingkatan lima.
Dihadiri oleh ramai murid tingkatan lima Program Strategi Kecemerlangan SPM Anjuran
akhbar harian itu.

14. Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan
forum remaja peringkat kebangsaan.
Akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat
kebangsaan pasukan forum remaja sekolah kami.

15. Sanak-saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual-bual mesra semasa sambutan Hari
Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.
Seronok berjumpa dan berbual-bual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang
diadakan di rumahnya baru-baru ini sanak-saudara Pak Hashim.

16. Buku-buku di atas meja itu belum bersusun lagi.


Belum bersusun lagi buku-buku di atas meja itu.

17. Humairah sangat gembira apabila menerima keputusan peperiksaannya.


Sangat gembira sangat gembira apabila menerima keputusan peperiksaannya.

18. Baju-baju sekolah itu sudah kamu basuh.


Sudah kamu basuh baju-baju sekolah itu.

19. Komputer itu sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
Sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah komputer itu.

20. Bekalan minyak dunia semakin berkurangan sekalipun permintaannya kian meningkat dari
semasa ke semasa.
Semakin berkurang bekalan minyak dunia sekalipun permintaannya kian meningkat dari
semasa ke semasa.
B. Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

1. Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.


Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.
2. Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.
Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

3. Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.


Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.

4. Terdapat di seluruh negara rumah kebajikan.


Rumah kebajikan terdapat di seluruh negara.

5. Tersipu-sipu malu gadis berbaju kebaya itu.


Gadis berbaju kebaya itu tersipu-sipu malu.

6. Mengancam keamanan negara kegiatan subversif.


Kegiatan subversif mengancam keamanan negara.

7. Sungguh cantik solekan mak andam itu.


Solekan mak andam itu sungguh cantik.

8. Ditubuhkan oleh Puan Ramlah Persatuan Belia kampung ini.


Persatuan Belia kampung ini ditubuhkan oleh Puan Ramlah.

9. Ke sekolah mereka pergi untuk bermain bola jaring.


Mereka pergi ke sekolah untuk bermain bola jaring.

10. Berkejaran budak-budak itu di taman permainan.


Budak-budak itu berkejaran di taman permainan.

11. Terpaut hatiku dengan keindahan pulau itu.


Hatiku terpaut hatiku dengan keindahan pulau itu.
12. Ke bandar mereka pergi untuk membeli-belah dan menggunting rambut.
Mereka pergi ke bandar untuk membeli-belah dan menggunting rambut.

13. Berselerak barang-barang di ruang tamu kerana tidak dikemaskan oleh orang gajinya.
Barang-barang di ruang tamu berselerak kerana tidak dikemaskan oleh orang gajinya.
14. Masih boleh diperbaiki cerita-cerita yang ditulis oleh pelajar itu.
Cerita-cerita yang ditulis oleh pelajar itu masih boleh diperbaiki.

15. Apabila Mak Cik Rahmah meninggalkannya di rumah Puan Siah, adik menangis teresak-esak.
Adik menangis teresak-esak apabila Mak Cik Rahmah meninggalkannya di rumah Puan
Siah.

16. Kalau mendapat sokongan daripada penduduk kampung, Razak dan Aziz akan mengusahakan
tanah terbiar itu.
Razak dan Aziz akan mengusahakan tanah terbiar itu kalau mendapat sokongan daripada
penduduk kampung.

17. Ke Pantai Cherating keluarga Encik Ratnam akan pergi pada cuti sekolah nanti.
Keluarga Encik Ratnam akan pergi pada cuti sekolah nanti Ke Pantai Cherating.

18. Belum berbasuh baju yang bertimbun di dalam bilik itu.


Baju yang bertimbun di dalam bilik itu belum berbasuh.

19. Sungguh pedas makanan yang dijual di restoran padang itu.


Makanan yang dijual di restoran padang itu sungguh pedas.

20. Oleh sebab hakisan tebing sungai semakin serius, peruntukan untuk membina bongkah konkrit
harus disegerakan.
Peruntukan untuk membina bongkah konkrit harus disegerakan oleh sebab hakisan
tebing sungai semakin serius.

LATIHAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

LATIHAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

A. Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

_____________________________________________________________________________

2. Saya tersepak batu tajam itu ketika berlari di padang.

_____________________________________________________________________________

3. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.

_____________________________________________________________________________

4. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.

_____________________________________________________________________________

5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.

_____________________________________________________________________________

6. Ruslan terbaca buku yang tebal itu.

_____________________________________________________________________________

7. Ibu sedang membacakan adik syair Burung Pingai.

_____________________________________________________________________________

8. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

_____________________________________________________________________________
9. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

10. Hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung. 

_____________________________________________________________________________

11. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.

_____________________________________________________________________________

12. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.

_____________________________________________________________________________

13. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

14. Ibu membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.

_____________________________________________________________________________

15. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.

_____________________________________________________________________________
16. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.

_____________________________________________________________________________

17. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

18. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

19. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

_____________________________________________________________________________

20. Ayah telah menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.

_____________________________________________________________________________

B. Tukar ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Akhlak dan budi bahasa harus anda jaga ketika berada di rumah orang.

_____________________________________________________________________________

2. Latihan minggu lalu belum awak hantar kepada guru.

_____________________________________________________________________________
3. Semua makanan untuk jamuan hari jadi adik telah saya hidang di atas meja ruang tamu.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

4. Tiket perjalanan ke Afrika Selatan sempena Pertandingan Tarian Budaya telah saya tempah.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

5. Bungkusan itu telah kami kirim kepada saudara yang tinggal di luar negara.

_____________________________________________________________________________

6. Kulit pisang itu terpijak oleh Razid.

_____________________________________________________________________________

7. Rambut Siti yang panjang telah digunting oleh ibu tirinya.

_______________________________________________________________________

8. Mesin tebu itu telah dibaiki oleh Pak Abu.

_______________________________________________________________________

9. Kanak-kanak itu dilanggar oleh lori ketika dia melintas jalan.

_____________________________________________________________________________
10. Ilmu pengetahuan yang luas dapat ditimba oleh mereka yang banyak membaca.

_____________________________________________________________________________

11. Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.

_____________________________________________________________________________

12. Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda.

_____________________________________________________________________________

13. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.

_____________________________________________________________________________

14. Masakan yang pedas termakan oleh anak kecil itu.

_____________________________________________________________________________

15. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.

_____________________________________________________________________________

16. Dalam pertandingan itu, balak yang berat terangkat oleh Badang.

_____________________________________________________________________________

17. Dana telah kami kumpulkan untuk mangsa-mangsa gempa bumi di China.

_____________________________________________________________________________
18. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.

_____________________________________________________________________________

19. Lesen memandu hendaklah engkau perbaharui.

_____________________________________________________________________________

20. Pelbagai juadah berbuka puasa kami sediakan untuk keluarga pada setiap hari.

_____________________________________________________________________________

A. Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.


Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

2. Saya tersepak batu tajam itu ketika berlari di padang.


Batu tajam itu tersepak oleh saya ketika berlari di padang.

3. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.


Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.

4. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.

5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.


Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.

6. Ruslan terbaca buku yang tebal itu.


Buku yang tebal itu terbaca oleh Ruslan

7. Ibu sedang membacakan adik syair Burung Pingai.


Adik sedang dibacakan syair Burung Pingai oleh ibu.

8. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.


Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

9. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.
Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh
A dalam peperiksaan percubaan SPM.

10. Hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu hukuman gantung. 


Pengedar dadah itu telah dijatuhi hukuman gantung oleh hakim.

11. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai.
12. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.

13. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.

14. Ibu membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu sempena hari hari lahir Kalsom.

15. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.


Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.

16. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.

17. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.

18. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.

19. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.


Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.

20. Ayah telah menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
Seekor rusa jantan telah ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.

B. Tukar ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Akhlak dan budi bahasa harus anda jaga ketika berada di rumah orang.
Anda harus menjaga akhlak dan budi bahasa ketika berada di rumah orang.

2. Latihan minggu lalu belum awak hantar kepada guru.


Awak belum menghantar latihan minggu lalu kepada guru.

3. Semua makanan untuk jamuan hari jadi adik telah saya hidang di atas meja ruang tamu.
Saya telah menghidang semua makanan untuk jamuan hari jadi adik di atas meja ruang
tamu.

4. Tiket perjalanan ke Afrika Selatan sempena Pertandingan Tarian Budaya telah saya tempah.
Saya telah menempah tiket perjalanan ke Afrika Selatan sempena Pertandingan Tarian
Budaya.

5. Bungkusan itu telah kami kirim kepada saudara yang tinggal di luar negara.
Kami telah mengirim bungkusan itu kepada saudara yang tinggal di luar negara.

6. Kulit pisang itu terpijak oleh Razid.


Razid terpijak kulit pisang itu.

7. Rambut Siti yang panjang telah digunting oleh ibu tirinya.


Ibu tiri Siti telah menggunting rambutnya yang panjang

8. Mesin tebu itu telah dibaiki oleh Pak Abu.


Pak Abu telah membaiki mesin tebu itu.

9. Kanak-kanak itu dilanggar oleh lori ketika dia melintas jalan.


Lori melanggar kanak-kanak itu ketika dia melintas jalan.

10. Ilmu pengetahuan yang luas dapat ditimba oleh mereka yang banyak membaca.
Mereka yang banyak membaca dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas.

11. Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.
Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
12. Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda.
Kumpulan penyajak yang masih muda telah menulis sajak-sajak yang baik itu.

13. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.


Dia menjalankan tugas itu dengan penuh tanggungjawab.

14. Masakan yang pedas termakan oleh anak kecil itu.


Anak kecil itu termakan masakan yang pedas.

15. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.


Kamil menghadiahi Elesa sebuah kamera digital yang mahal.

16. Dalam pertandingan itu, balak yang berat terangkat oleh Badang.
Dalam pertandingan itu, Badang terangkat balak yang berat.

17. Dana telah kami kumpulkan untuk mangsa-mangsa gempa bumi di China.


Kami telah mengumpulkan dana untuk mangsa-mangsa gempa bumi di China.

18. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.


Ramli membeli sebentuk cincin berlian untuk Jamilah.

19. Lesen memandu hendaklah engkau perbaharui.


Engkau hendaklah memperbaharui lesen memandu.

20. Pelbagai juadah berbuka puasa kami sediakan untuk keluarga pada setiap hari.
Kami menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa untuk keluarga pada setiap hari.

NOTA CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

i. Ayat Cakap Ajuk


- Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu perkara. Oleh sebab itu cakap ajuk
berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.
- Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan (“................”)

ii. Ayat Cakap Pindah


- Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada
bentuk karangan.
- Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.
- Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan
adalah sama.

A. Panduan menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah:


i. Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.
ii. Mengenal pasti kata kerja yang sesuai, misalnya menyuruh, meminta, mempersilakan,
memberitahu, menerangkan, menjelaskan, melarang, menasihatkan dan sebagainya.

Tips: Bagaimana untuk pelajar menentukan kata kerja berkenaan? Jawapannya pelajar boleh
menetukannya berdasarkan binaan ayat cakap ajuk tersebut sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat
silaan, ayat suruhan, ayat larangan, ayat tanya, dan ayat seruan. Oleh sebab itu, pelajar perlu mahir
mengesan jenis ayat yang digunakan dalam cakap ajuk kerana pengecaman jenis ayat berkenaan
akan menentukan kata kerja yang perlu digunakan semasa menulis ayat cakap pindah.

Jenis ayat ( Cakap Ajuk)


Kata kerja boleh digunakan untuk semasa menulis cakap pindah
Kata kerja boleh digunakan untuk semasa menulis cakap pindah
Jenis ayat ( Cakap Ajuk)
berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan
Ayat penyata
dan  sebagainya yang sesuai dengan situasi.
mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
Ayat silaan     
meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
Ayat permintaan
menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
Ayat suruhan
melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang
Ayat larangan
bertanya, menanyakan, menyoalkan, ingin tahu, ingin kepastian.
Ayat tanya       
bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada “marah,
Ayat seruan
hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan
sebagainya”.

iii. Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh:
Semasa menukar cakap ajuk kepada cakap pindah, kata ganti nama diri, kata ganti nama
tempat, kata ganti nama tunjuk, kata keterangan masa, dan kata keterangan cara akan berubah
seperti di bawah. Pastikan pelajar peka dengan pernyataan di atas supaya penghasilan cakap
ajuk anda tepat dan gramatis.

Kata ganti nama dan kata keterangan

GOLONGAN KATA AYAT CAKAP AJUK AYAT CAKAP PINDAH


Kata ganti nama diri ·         saya, aku ·         dia, beliau
·         kami ·         mereka
·         beta ·         baginda
·        awak, kamu, engkau ·         dia ,-nya
·         kamu semua ·         mereka
·         dia ·         -nya
Kata ganti nama tempat ·         sini ·         situ
·         ini ·         itu
Kata ganti nama tunjuk ·         sekarang ·         masa itu
·         hari ini ·         hari itu
·         esok ·         keesokkan harinya
Kata keterangan masa ·         semalam ·         pada hari yang lepas
Kata keterangan cara ·         malam tadi ·         malam yang lepas
·         kelmarin ·         dua hari yang lalu
·         begini ·         begitu

iv. Contoh penukaran cakap ajuk kepada cakap pindah.


1. “Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya” kata Ali kepada Chan.
Jawapan: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

2. “Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?” tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

3. “Jemput makan kuih itu!” kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

4. “Hai, apa khabar Sally?” kata Fai Jun Pui.


Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

B. Panduan menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:


i. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)
a) Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.
b) Menggunakan dialog seperti wawancara.

Peringatan: Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk
mengelakkan markah anda ditolak.

Contoh pertukaran cakap pindah kepada cakap ajuk.

Contoh 1: Soalan dalam bentuk perenggan

A. Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan
isi dalam petikan ini.

Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir
bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi
menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya
besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir
memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir.
Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

Jawapan (A)
"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.
"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.
"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.
"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi kamu
sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

Contoh 2: Soalan dalam bentuk wawancara

B. Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan
isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai
tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa
negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula
menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara
seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui
pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri.

Jawapan (B)
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula yang indah.
Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan melancong di dalam negeri.

LATIHAN CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

A. Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. “Bapa saya seorang askar,” kata Malik.


_____________________________________________________________________________

2. Kata Yati kepada kami, “Moilin sudah pulang.”

_____________________________________________________________________________

3. “Aduh, peningnya kepala saya,” kata emak Raju.

_____________________________________________________________________________

4. “Ali, marilah kita bermain catur,” kata Ganesh.

_____________________________________________________________________________

5. “Jangan bermain mancis,” kata ibu kepada anaknya.

_____________________________________________________________________________

6. “Sila datang ke rumah saya, Siti,” ajak Rosnah.

_____________________________________________________________________________

7. “Din, pukul berapa sekarang?” tanya Ali.

_____________________________________________________________________________

8. Kata Hadi, “Saya suka makan rambutan.”

_____________________________________________________________________________

9. “Mari kita duduk di sini,” kata Jasmin kepada kawan-kawannya.


_____________________________________________________________________________

10. “Ini beg saya,” kata Chin kepada Leslie.

_____________________________________________________________________________

B. Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

“Tunjukkan kad pengenalan awak,” kata polis kepada Farid.


“Saya lupa bawa tuan,” jawab Farid.
“Jangan tipu saya, beritahu saya, awak ada kad pengenalan atau tidak?” Tanya polis.
“Ada tuan, saya memang tertinggal,” jawab Farid.
“Tolonglah tuan, saya janji akan bawa lain kali,” rayu Farid lagi.
“Baiklah, sekarang masuk trak dulu, nanti di balai awak cerita,” arah polis itu.

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

C. Tukar ayat cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksudnya.
1. Dollah berkata kepada kami bahawa adiknya sedang mandi.

_____________________________________________________________________________

2. Suyin mempersilakan Nina masuk.

_____________________________________________________________________________

3. Faris mengadu bahawa perutnya sakit.

_____________________________________________________________________________

4. Ratu bertanya kepada Mohan sama ada dia hendak pergi memancing ikan dengan mereka pada
keesokan harinya.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

5. Amin memberitahu Gopal bahawa cikgu hendak berjumpa dengannya pada masa itu juga.

_____________________________________________________________________________

6. Sudin bertanya sama ada saya hendak mengikutnya ke padang atau tidak.

_____________________________________________________________________________

7. Lam berkata bahawa dialah yang melukis gambar itu.

_____________________________________________________________________________

8. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.


_____________________________________________________________________________

9. Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

_____________________________________________________________________________

10. Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

_____________________________________________________________________________

D. Tulis dialog di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan
isi dalam petikan ini.

Mawi : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya?


Felix : Mi Pedas.
Mawi : Yalah , minya pedas. Memang pedas......... tapi apa namanya?
Felix : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
Mawi : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
Felix : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

A. Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. “Bapa saya seorang askar,” kata Malik.


Malik berkata bahawa bapanya seorang askar.

2. Kata Yati kepada kami, “Moilin sudah pulang.”


Yati memberitahu kami bahawa Moilin sudah pulang.

3. “Aduh, peningnya kepala saya,” kata emak Raju.


Emak Raju mengadu bahawa kepalanya pening.

4. “Ali, marilah kita bermain catur,” kata Ganesh.


Ganesh mengajak Ali bermain catur dengannya.

5. “Jangan bermain mancis,” kata ibu kepada anaknya.


Ibu melarang anaknya bermain mancis.

6. “Sila datang ke rumah saya, Siti,” ajak Rosnah.


Rosnah mengajak Siti datang ke rumahnya.

7. “Din, pukul berapa sekarang?” tanya Ali.


Ali bertanya kepada Din tentang masa pada masa itu.

8. Kata Hadi, “Saya suka makan rambutan.”


Hadi berkata bahawa dia suka makan rambutan.

9. “Mari kita duduk di sini,” kata Jasmin kepada kawan-kawannya.


Jasmin mengajak kawan-kawannya duduk di situ.

10. “Ini beg saya,” kata Chin kepada Leslie.


Chin memberitahu Leslie bahawa itu begnya.

B. Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan
isi dalam petikan ini.

“Tunjukkan kad pengenalan awak,” kata polis kepada Farid.


“Saya lupa bawa tuan,” jawab Farid.
“Jangan tipu saya, beritahu saya, awak ada kad pengenalan atau tidak?” Tanya polis.
“Ada tuan, saya memang tertinggal,” jawab Farid.
“Tolonglah tuan, saya janji akan bawa lain kali,” rayu Farid lagi.
“Baiklah, sekarang masuk trak dulu, nanti di balai awak cerita,” arah polis itu.

- Polis meminta Farid menunjukkan kad pengenalan kepadanya.


- Farid memberitahu polis bahawa dia terlupa membawa kad pengenalannya.
- Polis tidak percaya dengan meminta kepastian lagi sama ada Farid memiliki kad
pengenalan.
- Farid memaklumkan bahawa dia ada kad pengenalan tetapi telah tertinggal.
- Farid masih merayu dan berjanji akan membawanya pada masa lain
- Polis mengarahkan Farid supaya masuk ke dalam trak dan memberitahu dia boleh
memberi alasan tersebut apabila tiba di balai polis nanti.

C. Tukar ayat cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk tanpa mengubah maksudnya.

1. Dollah berkata kepada kami bahawa adiknya sedang mandi.


Kata Dollah kepada kami, “Adik saya sedang mandi.”

2. Suyin mempersilakan Nina masuk.


“Sila masuk, Nina,” kata Suyin.

3. Faris mengadu bahawa perutnya sakit.


Kata Faris, “Aduh, sakitnya perut saya! ”

4. Ratu bertanya kepada Mohan sama ada dia hendak pergi memancing ikan dengan mereka pada
keesokan harinya.
“Mohan, kamu hendak pergi memancing ikan dengan kami esok?” kata Ratu.
5. Amin memberitahu Gopal bahawa cikgu hendak berjumpa dengannya pada masa itu juga.
“Gopal, cikgu hendak berjumpa dengan kamu sekarang juga,” kata Amin.

6. Sudin bertanya sama ada saya hendak mengikutnya ke padang atau tidak.
Kata Sudin, “ Hendak ke padangkah kamu?”

7. Lam berkata bahawa dialah yang melukis gambar itu.


Kata Lam, “Sayalah yang melukis gambar ini.”

8. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.


“ Ayam itu lapar,” kata Asmah.

9. Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.


“ Jemput makan kuih itu,” kata Mak Chan kepada Cik Lim.

10. Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.
“Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?” tanya guru disiplin itu.

D. Tulis dialog di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan
isi dalam petikan ini.

Mawi : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya?


Felix : Mi Pedas.
Mawi : Yalah , minya pedas. Memang pedas......... tapi apa namanya?
Felix : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
Mawi : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
Felix : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia

- Mawi yang teruja dengan kesedapan mi tersebut bertanya kepada Felix nama mi tersebut.
- Felix memberitahu Mawi bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas
- Mawi tahu bahawa mi itu pedas dan dia bertanya sekali lagi namanya kepada Felix untuk
mendapatkan kepastian.
- Felix menjelaskan bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas menurut Dolah.
- Mawi mula faham lalu bertanya kepada Felix adakah tujuan dia masuk ke kedai tersebut
untuk makan Mi Pedas.
- Felix mengeyakan lalu berkata kepada Mawi bahawa dia pernah berjanji untuk belanja
Mawi dahulu.
LATIHAN KESALAHAN EJAAN

SALAH BETUL
1. seringkali
2. acapkali
3. barang kali
4. ulangkaji
5. penguatkuasa
6. sekaligus
7. kadang kala
8. mustika
9. resepi
10. kebanyakkan
11. kerosakkan
12. kecantikkan
13. dakyah
14. seMalaysia
15. disamping
16. menge-melkan
17. motorsikal
18. stress
19. tengahari
20. aturcara
21. kelendar
22. protin
23. taksub
24. anti-dadah
25. tanda tangan
26. pra bayar
27. pasca-bayar
28. masaalah
29. samada
30. Yang Dipertuan Agong
31. mengemaskini
32. pasaraya
33. gambarajah
34. lagenda
35. catit
36. losyen
37. silaturrahim
38. insya Allah
39. sanak-saudara
40. karisme
41. kolestrol
42. eskalatur
43. dikenalpasti
44. efisyen
45. mahsyur
46. taukeh
47. rekacipta
48. rambut kerinting
49. tuhan
50. menyakinkan
51. istirehat
52. sambilewa
53. ehsan
54. insuran
55. buffet -
56. redha
57. bergu
58. kontingen
59. komersil
60. garfu
61. korum
62. majerin
63. siaraya
64. paspot
65. spesis
66. bertungkus-lumus
67. limau kasturi
68. walaubagaimanapun
69. mee
70. kuey teow
71. respon
72. pribumi
73. Ramadhan
74. leukimia
75. jaket
76. cop nama
77. alergik
78. baucer
79. urusetia
80. keretapi
81. merbahaya
82. naskah
83. atlit
84. pasaraya
85. fax
86. audien
87. stokin
88. karenah
89. pensil
90. pra sekolah
91. temu janji
92. menghadkan
93. analisa
94. murtabak
95. ke 62
96. kelayakkan
97. kaki tangan
98. sistemetik
99. berjogging
100. motorsikal
1. seringkali -- sering kali 常常 51. istirehat -- istirahat 休息
2. acapkali -- acap kali 常常 52. sambilewa -- sambalewa 不认真
3. barang kali -- barangkali 或许 53. ehsan -- ihsan 善行
4. ulangkaji -- ulang kaji 温习 54. insuran -- insurans 保险
5. penguatkuasa -- penguat kuasa 执行者 55. buffet -- bufet 自助餐
6. sekaligus -- sekali gus 同时 56. redha -- reda 自愿 / 缓和(风雨)
7. kadang kala -- kadangkala 偶尔 57. bergu -- beregu 成双
8. mustika – mestika 宝石/最美丽/最亲爱的 58. kontingen -- kontinjen 队伍
9. resepi -- resipi 食谱 59. komersil -- komersial 商业的
10. kebanyakkan -- kebanyakan 大多数 60. garfu-- garpu 叉
11. kerosakkan -- kerosakan 破坏 61. korum -- kuorum 法定人数(会议等的)
12. kecantikkan -- kecantikan 美丽 62. majerin -- marjerin 菜油/人造黄油
13. dakyah -- diayah 宣传 63. siaraya -- siar raya 广播器
14. seMalaysia – se-Malaysia 整个马来西亚 64. paspot -- pasport 护照
15. disamping -- di samping 在一旁 / 除。。之 65. spesis -- spesies 种类(生物)
外 66. bertungkus-lumus -- bertungkus lumus 苦干
16. menge-melkan -- meng-e-melkan 发电邮 67. limau kasturi -- limau kesturi 酸柑
17. motorsikal -- motosikal 电单车 68. walaubagaimanapun -- walau bagaimanapun
18. stress—stres 压力 无论如何
19. tengahari -- tengah hari 中午 69. mee -- mi 面
20. aturcara -- atur cara 节目 70. kuey teow -- kuetiau 粿条
21. kelendar – kalendar 日历 71. respon -- respons 回应
22. protin – protein 蛋白质 72. pribumi – peribumi 土著
23. taksub -- taasub 狂热 73. Ramadhan -- Ramadan 回历九月(斋戒
24. anti-dadah -- antidadah 反毒 月)
25. tanda tangan – tandatangan 签名 74. leukimia -- leukemia 血癌
26. pra bayar -- prabayar 预付 75. jeket – jaket 外套
27. pasca-bayar -- pascabayar 支付之 76. cop nama -- cap nama 印章
28. masaalah -- masalah 问题 77. alergik -- alergi 敏感症
29. samada -- sama ada 是否 78. baucer -- baucar 礼卷 / 收据
30. Yang Dipertuan Agong -- Yang di-Pertuan 79. urusetia -- urus setia 秘书处
Agong 最高元首 80. keretapi -- kereta api 火车
31. mengemaskini -- mengemas kini 修订 81. merbahaya -- berbahaya / marabahaya 危险
32. pasaraya -- pasar raya 超市 82. naskah -- naskhah 册/本/份(印刷品的量
33. gambarajah -- gambar rajah 图表 词)
34. lagenda -- legenda 传说 83. atlit -- atlet 运动员

35. catit -- catat 记录 84. pasaraya – pasar raya 超市

36. losyen – losen 润肤液/眼药水 85. fax -- faks / faksimile 传真

37. silaturrahim – silaturahim 关系 86. audien -- audiens 观众/听众

38. insya Allah -- insya-Allah 如真主所愿 87. stokin -- stoking 袜子

39. sanak-saudara -- sanak saudara 亲属 88. karenah -- kerenah 行为举止

40. karisme -- karisma 气质 89. pensil – pensel 铅笔

41. kolestrol -- kolesterol 胆固醇 90. pra sekolah -- prasekolah 学前

42. eskalatur -- eskalator 自动扶梯 91. temu janji -- janji temu 约定会面

43. dikenalpasti -- dikenal pasti 被确认 92. menghadkan -- mengehadkan 限制

44. efisyen -- efisien 有功效的 93. analisa -- analisis 分析

45. mahsyur --masyhur 著名的 94. murtabak -- martabak 煎饼

46. taukeh --tauke 老板 95. ke 62 -- ke-62 第 62 届

47. rekacipta --reka cipta 发明 96. kelayakkan – kelayakan 资格

48. rambut kerinting --rambut keriting 卷发 97. kaki tangan – kakitangan 职员

49. tuhan --Tuhan 上苍 98. sistemetik –sistematik 系统

50. menyakinkan -- meyakinkan 使相信 99. berjogging – berjoging 慢跑


100. motorsikal – motosikal 电单车
LATIHAN 1 -- KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena disambut
kemerdekaan tanah air selesai.

2. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.

3. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi pingat
dalam acara yang disertai.

4. Pilihanraya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli Parlimen nya pada
awal minggu lepas.

5. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional
Melayu pada minggu yang lalu.

6. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak polis di
sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

7. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat diri
dalam lapangan perniagaan。

8. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana
bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
9. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan
termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

10. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.

11. Kempen anti-denggi yang dilancar pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan.

12. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan
gejala gengsterisme.
JAWAPAN LATIHAN 1 -- KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena


disambut kemerdekaan tanah air selesai.
Kesalahan ejaan: bertepok → bertepuk
Kesalahan imbuhan: disambut → sambutan

2. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik
seminar.
Kesalahan ejaan: peresmian → perasmian
Kesalahan imbuhan: lawatan → melawat

3. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya
menangi pingat dalam acara yang disertai.
Kesalahan ejaan: Atlit → Atlet
Kesalahan imbuhan: menangi → memenangi

4. Pilihanraya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli


parlimennya pada awal minggu lepas.
Kesalahan ejaan: Pilihan raya → Pilihan raya
Kesalahan imbuhan: mengadakan → diadakan

5. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak
tradisional Melayu pada minggu yang lalu.
Kesalahan ejaan: Restoren Dusun → Restoran Dusun
Kesalahan imbuhan: masak → masakan
6. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh
pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
Kesalahan ejaan: mencolek → menculik
Kesalahan imbuhan: tertangkap → ditangkap

7. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin
melibat diri dalam lapangan perniagaan.
Kesalahan ejaan: Kelayakkan → Kelayakan
Kesalahan imbuhan:melibat → melibatkan

8. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan


kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
Kesalahan ejaan: bergotong royong → bergotong- royong
Kesalahan imbuhan:memperlebarkan → memperlebar

9. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan
termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
Kesalahan ejaan: ke 51 → ke-51
Kesalahan imbuhan: disembahkan → dipersembahkan

10. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
Kesalahan ejaan: kaki tangan → kakitangan
Kesalahan imbuhan: khidmatan → perkhidmatan

11. Kempen anti-denggi yang dilancar pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan.
Kesalahan ejaan: anti-denggi → antidenggi
Kesalahan imbuhan: dilancar → dilancarkan
12. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan
gejala gengsterisma.
Kesalahan ejaan: gengsterisma → gengsterisme
Kesalahan imbuhan: Runtuh → Keruntuhan
LATIHAN 2 -- KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN

A. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Sikap penduduk tempat yang tidak bertanggungjawab telah dikenal pasti sebagai punca utama
tercetusnya masaalah pencemaran sungai di situ.

2. Usaha para belia di kampung itu yang gigih mengusahakan tanam kontan tampaknya telah
menelorkan hasil yang lumayan.

3. Pihak polis mencuba menyakinkan orang tua itu bahawa kedua-dua orang anaknya yang dicolek
itu masih hidup dan dapat diselamatkan.

4. Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan eko-sistem di Taman Negara yang mengayakan


dengan sumber flora dan fauna.

5. Lorong merbahaya itu telah tertutup sementara kerja pembaikan dilakukan.

6. Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat hasil negara dalam bidang
komersil.

7. Kandongan kolestrol yang tinggi menyebabkan pemimpin itu menyerang penyakit jantung secara
tiba-tiba.

8. Ibu pejabat kotigen polis di Jalan Bendahara itu dilengkap kemudahan komputer yang canggih.

9. Encik Puad sering menasihatkan rakan-rakannya supaya sabar menempuh dugaan hidup tetapi
ketika musibah menimpa keluarganya, dia tidak dapat menanggongnya.
10. Dalam Filem “Ombak Rindu”, terdapat adigan yang kurang sesuai ditontonkan oleh kanak-
kanak.

11. Jali bercita-cita menjadi seorang arkited dikenali di Malaysia.

12. Pihak pemaju dan pembeli rumah mengadakan dialog untuk selesai masalah rumah
terbengkalai.
JAWAPAN LATIHAN 2 -- KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN

A. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Sikap penduduk tempat yang tidak bertanggungjawab telah dikenal pasti sebagai punca utama
tercetusnya masaalah pencemaran sungai di situ.
Kesalahan ejaan: masaalah → masalah
Kesalahan imbuhan: tempat → tempatan/setempat

2. Usaha para belia di kampung itu yang gigih mengusahakan tanam kontan tampaknya telah
menelorkan hasil yang lumayan.
Kesalahan ejaan: tanam → tanaman
Kesalahan imbuhan: menelorkan → menelurkan

3. Pihak polis mencuba menyakinkan orang tua itu bahawa kedua-dua orang anaknya yang dicolek
itu masih hidup dan dapat diselamatkan.
Kesalahan ejaan: menyakinkan → meyakinkan
Kesalahan imbuhan: dicolek → diculik

4. Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan eko-sistem di Taman Negara yang mengayakan


dengan sumber flora dan fauna.
Kesalahan ejaan: eko-sistem → ekosistem
Kesalahan imbuhan: mengayakan → kaya

5. Lorong merbahaya itu telah tertutup sementara kerja pembaikan dilakukan.


Kesalahan ejaan: merbahaya → berbahaya
Kesalahan imbuhan: tertutup → ditutup
6. Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat hasil negara dalam bidang
komersil.
Kesalahan ejaan: komersil → komersial
Kesalahan imbuhan: meningkat → meningkatkan
7. Kandongan kolestrol yang tinggi menyebabkan pemimpin itu menyerang penyakit jantung secara
tiba-tiba.
Kesalahan ejaan: Kandongan → Kandungan
Kesalahan imbuhan: menyerang → diserang

8. Ibu pejabat kotigen polis di Jalan Bendahara itu dilengkap kemudahan komputer yang
canggih.
Kesalahan ejaan: kotigen → kontinjen
Kesalahan imbuhan: dilengkap → dilengkapi

9. Encik Puad sering menasihatkan rakan-rakannya supaya sabar menempuh dugaan hidup tetapi
ketika musibah menimpa keluarganya, dia tidak dapat menanggongnya.
Kesalahan ejaan: menanggongnya → menanggungnya
Kesalahan imbuhan: menasihatkan → menasihati

10. Dalam Filem “Ombak Rindu”, terdapat adigan yang kurang sesuai ditontonkan oleh kanak-
kanak.
Kesalahan ejaan: adigan → adegan
Kesalahan imbuhan: ditontonkan → ditonton

11. Jali bercita-cita menjadi seorang arkited dikenali di Malaysia.


Kesalahan ejaan: arkited → arkitek
Kesalahan imbuhan: dikenali → terkenal

12. Pihak pemaju dan pembeli rumah mengadakan dialog untuk selesai masalah rumah terbengkalai.
Kesalahan ejaan: dialog → dialog
Kesalahan imbuhan: selesai → menyelesaikan
LATIHAN 3 -- KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN

A. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula
tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana masalah bekal
simen.

2. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.

3. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang
dijalankan.

4. Bersempina dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan
hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita sehingga dewasa.

5. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

6. Kedudukkan Lim Ah Boon di sarikat ayahnya dicemburui oleh adik-beradiknya.

7. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana
pihak  pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.
8. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan
berpatutan juga.

9. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat
menamatkan perlumbaan kerana suntuk masa.

10. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang ke 5.

11. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka
menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.

12. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri
dalam bidang perniagaan dan industri kecil.
JAWAPAN LATIHAN 3 -- KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN

A. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula
tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana masalah bekal
simen.
Kesalahan ejaan: pembenaan → pembinaan
Kesalahan imbuhan: bekal → bekalan

2. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.
Kesalahan ejaan: rimih → remeh
Kesalahan imbuhan: terdiam→ mendiamkan

3. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang
dijalankan.
Kesalahan ejaan: ko-kurikulum → kokurikulum
Kesalahan imbuhan: melibat → melibatkan

4. Bersempina dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan
hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita sehingga dewasa.
Kesalahan ejaan: Bersempina → Bersempena
Kesalahan imbuhan: menghadiahkan → menghadiahi
5. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.
Kesalahan ejaan: lapuran → laporan
Kesalahan imbuhan: dilibatkan → melibatkan

6. Kedudukkan Lim Ah Boon di sarikat ayahnya dicemburui oleh adik-beradiknya.


Kesalahan ejaan: sarikat → syarikat
Kesalahan imbuhan: Kedudukkan → Kedudukan
7. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana
pihak  pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.
Kesalahan ejaan: definasi → definisi
Kesalahan imbuhan: debatan → perdebatan

8. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga
yang ditawarkan berpatutan juga.
Kesalahan ejaan: Beranika → Beraneka
Kesalahan imbuhan: meletak → terletak

9. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat
menamatkan perlumbaan kerana suntuk masa.
Kesalahan ejaan: peterol → petrol
Kesalahan imbuhan: suntuk → kesuntukan

10. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang ke 5.
Kesalahan ejaan: ke 5 → ke-5
Kesalahan imbuhan: tumbang → menumbangkan

11. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana
mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.
Kesalahan ejaan: tradesional → tradisional
Kesalahan imbuhan: menyembuhi→ menyembuhkan

12. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam bidang
perniagaan dan industri kecil.
Kesalahan ejaan : vokaysional → vokasional
Kesalahan imbuhan : menceburi → menceburkan

LATIHAN 4 -- KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Dalam kontek pendidikan di negara ini, guru pengaruhi keberkesanan pembelajaran murid.

2. Kementerian Pendidikan menyatakan bahwa lulusan Kolej Vokasional perlu merebut peluang
untuk bersaing dalam industri perkerjaan dan menjadi pemangkin kepada negara berpendapatan
tinggi.

3. Ketokohan Aminuddin Baki, Bapa Pendidikan Negara di iktiraf pada peringkat antarabangsa
sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh UNESCO.

4. Pembakaran semak samun dilaporkan sering terjadi akibat sikap masyarakat yang kurang prihatin
sekaligus menyumbang kepada masalah jerebu di negara kita.

5. Hutan mempunyai nilai komersil kerana membekal kayu balak dan tumbuh-tumbuhan herba
yang menjadi sumber pendapatan kepada sesebuah negara.

6. Pelajar yang menuntut di instituisi pengajian tinggi perlu melengkapkan diri mereka dengan
pelbagai ilmu agar lebih tersedia untuk menceburi bidang pekerjaan.
7. Kami memerlukan tanda tangan tuan untuk meluluskan pohonan tuntutan yang telah lama
tertangguh.

8. Bidang eko-pelancongan mampu dimajukan kerana mengayakan sumber alam semula jadi di
negara ini.

9. Bas ekpress yang membawa pelancong dari luar negara itu bergerak ke destinasi yang telah
mengenal pasti.

10. Pengurusan sesebuah organisasi akan berjaya jika dikendali secara profesional dan berintergriti.
11. Pengrobohan plaza tol itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat demi keselamatan
pengguna leburaya.

12. Sektor akukultur telah mengembang sebagai pengeluar bahan makanan dan menjadi salah satu
sumber pendapatan negara.
JAWAPAN LATIHAN 4 -- KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN IMBUHAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Dalam kontek pendidikan di negara ini, guru pengaruhi keberkesanan pembelajaran murid.
Kesalahan ejaan: kontek → konteks
Kesalahan imbuhan: pengaruhi → mempengaruhi

2. Kementerian pendidikan menyatakan bahawa lulusan Kolej Vokasional perlu merebut peluang
untuk bersaing dalam industry perkerjaan dan menjadi pemangkin kepada negara berpendapatan
tinggi.
Kesalahan ejaan: industry → industri
Kesalahan imbuhan: perkerjaan → pekerjaan

3. Ketokohan Aminuddin Baki, Bapa Pendidikan Negara di iktiraf pada peringkat antarabangsa
sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh UNESCO.
Kesalahan ejaan: di iktiraf → diiktiraf
Kesalahan imbuhan: pendidik → pendidikan

4. Pembakaran semak samun dilaporkan sering terjadi akibat sikap masyarakat yang kurang prihatin
sekaligus menyumbang kepada masalah jerebu di negara kita.
Kesalahan ejaan: sekaligus → sekali gus
Kesalahan imbuhan: Pembakaran → Kebakaran

5. Hutan mempunyai nilai komersil kerana membekal kayu balak dan tumbuh-tumbuhan herba
yang menjadi sumber pendapatan kepada sesebuah negara.
Kesalahan ejaan: komersil → komersial
Kesalahan imbuhan: membekal → membekalkan

6. Pelajar yang menuntut di instituisi pengajian tinggi perlu melengkapkan diri mereka dengan
pelbagai ilmu agar lebih tersedia untuk menceburi bidang pekerjaan.
Kesalahan ejaan: instituisi → institusi
Kesalahan imbuhan: tersedia → bersedia

7. Kami memerlukan tanda tangan tuan untuk meluluskan pohonan tuntutan yang telah lama
tertangguh.
Kesalahan ejaan: tanda tangan → tandatangan
Kesalahan imbuhan: pohonan → permohonan

8. Bidang eko-pelancongan mampu dimajukan kerana mengayakan sumber alam semula jadi di
negara ini.
Kesalahan ejaan: eko-pelancongan → ekopelancongan
Kesalahan imbuhan: mengayakan → kekayaan

9. Bas ekpress yang membawa pelancong dari luar negara itu bergerak ke destinasi yang telah
mengenal pasti.
Kesalahan ejaan: ekpress → ekspres
Kesalahan imbuhan: mengenal pasti → dikenal pasti

10. Pengurusan sesebuah organisasi akan berjaya jika dikendali secara profesional dan berintergriti.
Kesalahan ejaan: berintergriti → berintegriti
Kesalahan imbuhan: dikendali → dikendalikan

11. Pengrobohan plaza tol itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat demi keselamatan
pengguna lebuhraya.
Kesalahan ejaan: lebuhraya → lebuh raya
Kesalahan imbuhan: Pengrobohan → Perobohan

12. Sektor akukultur telah mengembang sebagai pengeluar bahan makanan dan menjadi salah satu
sumber pendapatan negara.
Kesalahan ejaan: akukultur → akuakultur
Kesalahan imbuhan: mengembang → berkembang

LATIHAN 1 -- KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN


TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu
tidak memberikan kebenaran pada mereka.

2. Perusahaan minyak di Malaysia menawarkan peluang terbaik bagi golongan muda yang ingin
mencari pekerjaan yang menarik atau memuaskan.

3. Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak
dilakukan.

4. Dia menyelak saku seluarnya sebab mengambil kunci kereta.

5. Banyak pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.

6. Semangat inilah yang mendorong kami sehingga tiba di hujung yang tertinggi sekali di
semenanjung Malaysia.
7. Di hari Sabtu yang lalu, jurugambar profesional itu memberikan penerangan tentang cara-cara
mengambil gambar dengan menggunakan teknik terbaru.

8. Di antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah ialah
sesetengahnya menggunakan alat komunikasi itu untuk mengirimkan saluran pesanan ringkas
(SMS) berantai.

9. Kesilapan seorang jurugegas di dalam tugas mereka bentuk jambatan akan menyebabkan
jambatan runtuh.

10. Ada pekerja-pekerja warga asing yang tidak mempunyai pasport, tetapi pada masa yang sama
mereka mempunyai kad kredit Malaysia.

11. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

12. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, ketua mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang
hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
JAWAPAN LATIHAN 1 -- KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN
KESALAHAN TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu
tidak memberikan kebenaran pada mereka.
Kesalahan kata /istilah: penjaga → pengawal
Kesalahan tatabahasa: pada → kepada

2. Perusahaan minyak di Malaysia menawarkan peluang terbaik bagi golongan muda yang ingin
mencari pekerjaan yang menarik atau memuaskan.
kesalahan istilah: minyak → petroleum
kesalahan tatabahasa: atau → dan

3. Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak
dilakukan.
Kesalahan kata /istilah: dilakukan → diamalkan
Kesalahan tatabahasa: tidak sahaja → bukan sahaja

4. Dia menyelak saku seluarnya sebab mengambil kunci kereta.


Kesalahan kata /istilah: menyelak → menyeluk
Kesalahan tatabahasa: sebab → untuk

5. Banyak pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.


Kesalahan kata /istilah: teduh → rendang
Kesalahan tatabahasa: Banyak pepohon → Banyak pohon / Pepohon

6. Semangat inilah yang mendorong kami sehingga tiba di hujung yang tertinggi sekali di
semenanjung Malaysia.
Kesalahan kata /istilah: hujung → puncak
Kesalahan tatabahasa: tertinggi sekali → tertinggi / tinggi sekali
7. Di hari Sabtu yang lalu, jurugambar profesional itu memberikan penerangan tentang cara-cara
mengambil gambar dengan menggunakan teknik terbaru.
Kesalahan kata /istilah: terbaru → terbaharu
Kesalahan tatabahasa: Di→ Pada

8. Di antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah ialah
sesetengahnya menggunakan alat komunikasi itu untuk mengirimkan saluran pesanan ringkas
(SMS) berantai.
Kesalahan kata /istilah: saluran pesanan ringkas → khidmat pesanan ringkas
Kesalahan tatabahasa: Di antara → Antara

9. Kesilapan seorang jurugegas di dalam tugas mereka bentuk jambatan akan menyebabkan
jambatan runtuh.
Kesalahan istilah: jurugegas → jurutera
Kesalahan tatabahasa: di dalam → dalam

10. Ada pekerja-pekerja warga asing yang tidak mempunyai pasport, tetapi pada masa yang sama
mereka mempunyai kad kredit Malaysia.
Kesalahan kata /istilah: kad kredit → kad pengenalan
Kesalahan tatabahasa: pekerja-pekerja → pekerja

11. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.
Kesalahan kata /istilah: menulis → menandatangani
Kesalahan tatabahasa: syarat-syarat → syarat

12. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, ketua mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang
hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
Kesalahan kata /istilah: ketua → pengerusi
Kesalahan tatabahasa: lain-lain hal → hal-hal lain

LATIHAN 2 -- KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN


TATABAHASA

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka tidak terpengaruh
dalam masalah sosial.

2. Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para remaja untuk
merempuh kehidupan di masa akan datang.

3. Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah daripada orang ramai
supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit.

4. Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi
maklumat dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan di atas talian.

5. Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di negara kita ialah kemasukan imigrasi asing dari
China dan India semasa zaman pemerintahan British.

6. Seni khat merupakan satu dari cabang kartografi yang berasaskan pertukangan dan semakin
mendapat tempat dalam industri kraf tangan.
7. Penyediaan makanan yang  mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi mengatasi
isu pengguna mengalami kekotoran makanan.

8. Peralatan-peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam
keadaan kemas untuk mengelakkan keracunan makanan.

9. Bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi
tarikh luput ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran.
10. Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan eko-sisitem di Taman Negara yang kaya dengan
sumber flora dan fauna.

11. Encik Hassan menghadapi masalah kewangan oleh kerana tabiat berhutang sudah menjadi rasmi
hidupnya.

12. Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat demi mewujudkan
perpaduan yang menjadi moto belia seMalaysia.
JAWAPAN LATIHAN 2 -- KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN
KESALAHAN TATABAHASA

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka tidak terpengaruh
dalam masalah sosial.
Kesalahan kata /istilah: meluas → menyeluruh
Kesalahan tatabahasa: ibu bapa awasi → diawasi oleh ibu bapa

2. Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para remaja untuk
merempuh kehidupan di masa akan datang.
Kesalahan kata /istilah: merempuh → menempuh
Kesalahan tatabahasa: di → pada

3. Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah daripada orang ramai
supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit.
Kesalahan kata /istilah: pemberian → pendermaan
Kesalahan tatabahasa: supaya → untuk

4. Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi
maklumat dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan di atas talian.
Kesalahan kata /istilah: akuan → akaun
Kesalahan tatabahasa: di atas → atas

5. Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di negara kita ialah kemasukan imigrasi asing dari
China dan India semasa zaman pemerintahan British.
Kesalahan kata /istilah: imigrasi → imigran-
Kesalahan tatabahasa: kepelbagaian kaum-kaum → kepelbagaian kaum

6. Seni khat merupakan satu dari cabang kartografi yang berasaskan pertukangan dan semakin
mendapat tempat dalam industri kraf tangan.
Kesalahan kata /istilah: kartografi → kaligrafi
Kesalahan tatabahasa: dari → daripada

7. Penyediaan makanan yang  mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi mengatasi
isu pengguna mengalami kekotoran makanan.
Kesalahan kata /istilah: kekotoran → keracunan
Kesalahan tatabahasa: sangat penting sekali → sangat penting / penting sekali

8. Peralatan-peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam
keadaan kemas untuk mengelakkan keracunan makanan.
Kesalahan kata /istilah: kemas → bersih
Kesalahan tatabahasa: Peralatan-peralatan → Peralatan

9. Bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi
tarikh luput ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran.
Kesalahan kata /istilah: berkuantiti → berkualiti
Kesalahan tatabahasa: bukan → tidak

10. Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan eko-sisitem di Taman Negara yang kaya dengan
sumber flora dan fauna.
Kesalahan kata /istilah: eko-sisitem → ekosisitem
Kesalahan tatabahasa: mempertingkatkan → mempertingkat
11. Encik Hassan menghadapi masalah kewangan oleh kerana tabiat berhutang sudah menjadi rasmi
hidupnya.

Kesalahan kata /istilah: rasmi → resmi


Kesalahan tatabahasa: oleh kerana → oleh sebab/ kerana

12. Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat demi mewujudkan
perpaduan yang menjadi moto belia seMalaysia.

Kesalahan kata /istilah: mengenepikan → mengetepikan


Kesalahan tatabahasa: seMalaysia → se-Malaysia
LATIHAN 3 -- KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN
TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia
masak.

2. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

3. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri
Melaka yang syarikat itu anjurkan. 

4. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat
tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

5. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

6. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan
jalan penyelesaian perlu diambil segera.
7. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para
pemain gagal memasukkan gol.

8. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang
berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

9. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh
kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.

10. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai
masih pada ibu negara berkenaan.

11. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam
kecederaan.

12. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api
di kawasan landasan itu.
JAWAPAN LATIHAN 3 -- KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN
KESALAHAN TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia
masak.
Kesalahan kata /istilah: pendapat → pendapatan
Kesalahan tatabahasa: dia buat → dimasak olehnya

2. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kesalahan kata /istilah: tangan → bimbit
Kesalahan tatabahasa: menghadiahkan → menghadiahi

3. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri
Melaka yang syarikat itu anjurkan. 
Kesalahan kata /istilah: menjajah → menjelajah
Kesalahan tatabahasa: syarikat itu anjurkan → dianjurkan syarikat itu

4. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat
tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
Kesalahan kata /istilah: kuantiti → kualiti
Kesalahan tatabahasa: paling laris sekali → paling laris / laris sekali

5. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.
Kesalahan kata /istilah: menulis → menandatangani
Kesalahan tatabahasa: semua syarat-syarat → semua syarat / syarat-syarat

6. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan
jalan penyelesaian perlu diambil segera.
Kesalahan kata /istilah: penggunaan → pengambilan
Kesalahan tatabahasa: di → dalam

7. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para
pemain gagal memasukkan gol.
Kesalahan kata /istilah: memasukkan → menjaringkan
Kesalahan tatabahasa: Setengah → sesetengah

8. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang
berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
Kesalahan kata /istilah: berbelok-belok→ bersimpang-siur
Kesalahan tatabahasa: Kebanyakan peserta-peserta → Kebanyakan peserta

9. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh
kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
Kesalahan kata /istilah: kumpulan → pasukan
Kesalahan tatabahasa: membincangkan → membincangkan corak / berbincang tentang corak

10. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai
masih pada ibu negara berkenaan.
Kesalahan kata /istilah: sekumpulan → segerombolan
Kesalahan tatabahasa: pada → di
11. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam
kecederaan.
Kesalahan kata /istilah: kecederaan → kemalangan
Kesalahan tatabahasa: berbagai → pelbagai / berbagai-bagai

12. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api
di kawasan landasan itu.
Kesalahan kata /istilah: digiling → digilis
Kesalahan tatabahasa: bila → apabila
LATIHAN 4 -- KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN
TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Melalui Dasar Perindustrian Negara, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah melahirkan
industralis berwibawa yang dapat memainkan peranan penting di dalam usaha Malaysia untuk
menjadi sebuah negara industri.

2. Aplikasi Perbankan Islamik mula diadakan di Malaysia setelah mendapat kelulusan dari Bank
Negara pada 1 Jun 2000.

3. Goreng keladi menjadi kudapan kegemaran Badrul dan keluarganya bila pulang ke kampung.

4. Para pengguna diseru oleh kerajaan agar berbelanja secara berhemah menjelang musim perayaan
untuk mengelakkan diri dari masalah kewangan.

5. Dalam syarahan alu-aluan yang disampaikan oleh pengacara majlis, beliau merakamkan
penghargaan di atas kehadiran tetamu dalam majlis tersebut.

6. Firma yang dilantik oleh syarikat insurans belum masih membuat tafsiran tentang kerugian
sebenar yang dialami oleh mangsa kebakaran itu.
7. “Demi untuk negara tercinta, saya sanggup berjuang segala-galanya,”kata Siti Afiat kepada
kawan-kawannya.

8. Di kampung itu, Haji Fawaz merupakan sukarelawan yang sering menghulurkan wang untuk
membantu orang yang di dalam kesusahan.

9. Kejatuhan akhlak remaja semakin leluasa sebab pengaruh budaya Barat yang banyak didedahkan
melalui media elektronik.

10. Kenderaan transisi automatik menjadi pilihan ramai maka lebih pantas lagi menyenangkan.

11. Berbagai jenis hasil pertanian dan seumpamanya telah ditunjukkan dalam sambutan Hari
Peladang yang diadakan baru-baru ini.

12. Pakar pemakanan itu telah memberikan pencerahan yang terperinci tentang nutrien yang perlu
diambil oleh kita dalam diet sehari-hari.
JAWAPAN LATIHAN 4 -- KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN
KESALAHAN TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Melalui Dasar Perindustrian Negara, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah melahirkan
industralis berwibawa yang dapat memainkan peranan penting di dalam usaha Malaysia untuk
menjadi sebuah negara industri.
Kesalahan kata /istilah: industralis → industrialis
Kesalahan tatabahasa: di dalam → dalam

2. Aplikasi Perbankan Islamik mula diadakan di Malaysia setelah mendapat kelulusan dari Bank
Negara pada 1 Jun 2000.
Kesalahan kata /istilah: diadakan → dilaksanakan
Kesalahan tatabahasa: dari → daripada

3. Goreng keladi menjadi kudapan kegemaran Badrul dan keluarganya bila pulang ke kampung.
Kesalahan kata /istilah: Goreng keladi → Keladi goreng
Kesalahan tatabahasa: bila → apabila

4. Para pengguna diseru oleh kerajaan agar berbelanja secara berhemah menjelang musim perayaan
untuk mengelakkan diri dari masalah kewangan.
Kesalahan kata /istilah: berhemah → berhemat
Kesalahan tatabahasa: dari → daripada
5. Dalam syarahan alu-aluan yang disampaikan oleh pengacara majlis, beliau merakamkan
penghargaan di atas kehadiran tetamu dalam majlis tersebut.
Kesalahan kata /istilah: syarahan → ucapan
Kesalahan tatabahasa: di atas → atas

6. Firma yang dilantik oleh syarikat insurans belum masih membuat tafsiran tentang kerugian
sebenar yang dialami oleh mangsa kebakaran itu.
Kesalahan kata /istilah: tafsiran → taksiran
Kesalahan tatabahasa: belum masih → masih belum

7. “Demi untuk negara tercinta, saya sanggup berjuang segala-galanya,”kata Siti Afiat kepada
kawan-kawannya.
Kesalahan kata /istilah: berjuang → berkorban
Kesalahan tatabahasa: Demi untuk → Demi

8. Di kampung itu, Haji Fawaz merupakan sukarelawan yang sering menghulurkan wang untuk
membantu orang yang di dalam kesusahan.
Kesalahan kata /istilah: sukarelawan → dermawan
Kesalahan tatabahasa: di dalam → dalam

9. Kejatuhan akhlak remaja semakin leluasa sebab pengaruh budaya Barat yang banyak didedahkan
melalui media elektronik.
Kesalahan kata /istilah: Kejatuhan → Keruntuhan
Kesalahan tatabahasa: sebab → oleh sebab / kerana

10. Kenderaan transisi-transmisi automatik menjadi pilihan ramai maka lebih pantas lagi
menyenangkan.
Kesalahan kata /istilah: transisi → transmisi
Kesalahan tatabahasa: maka → kerana

11. Berbagai jenis hasil pertanian dan seumpamanya telah ditunjukkan dalam sambutan Hari
Peladang yang diadakan baru-baru ini.
Kesalahan kata /istilah: ditunjukkan → dipamerkan
Kesalahan tatabahasa: Berbagai → Berbagai-bagai/Pelbagai

12. Pakar pemakanan itu telah memberikan pencerahan yang terperinci tentang nutrien yang perlu
diambil oleh kita dalam diet sehari-hari.
Kesalahan kata /istilah: pencerahan → penjelasan/penerangan
Kesalahan tatabahasa: diambil oleh kita → kita ambil
BINA AYAT

LATIHAN 1

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. Langit = lengkung yang nampaknya biru dan melingkungi bumi


Langit yang membiru kelihatan begitu cantik dan saujana mata memandang

2. langit –langit = kain yang dipasang di atas bilik ( di bawah atap ), papan dan lain – lain yang
dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu
Emak menjahit langit-langit kelambu di bilik kakak kerana telah terkoyak.

3. tiba = sampai
Rombongan kami telah tiba di Alor Setar pada pukul tiga petang.

4. tiba-tiba = dengan tidak disangka-sangka


Sebuah kereta berhenti dengan tiba-tiba di hadapan mereka.

5. otak = organ di bahagian atas kepala


Otak lelaki itu telah rosak akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

6. otak-otak = lauk/makanan yang diperbuatan daripada ikan dll bercampur rempah.


Otak-otak dari Muar itu amat terkenal kerana rasanya sangat enak.
BINA AYAT

LATIHAN 2

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. lama = panjang masanya


Adik sudah lama tidak menonton rancangan kartun kerana dia sibuk membuat persiapan
menghadapi peperiksaan.

2. berlama-lama= tidak cepat


Ayah tidak suka akan sikap ibu yang berlama-lama sewaktu membeli-belah di pasar raya.

3. lama-kelamaan= akhirnya, lambat-laun


Jika kamu tidak memberitahu saya, lama-kelamaan rahsia itu akan terbocor juga.

4. jauh = jarak tidak dekat


Rumah saya terletak tidak jauh dari sekolah.

5. menjauh = menghindari/menjadi jauh


Hubungan antara adik dengan abang saya semakin menjauh kerana mereka tidak tinggal
bersama.

6. kejauhan =tempat (jarak) yang jauh


Hati ibu saya kejauhan kerana anak-anaknya tidak bersatu hati.
BINA AYAT

LATIHAN 3

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. gamat
(a) Sejenis hidupan laut
Ibu menggunakan minyak gamat untuk disapu pada kaki adik yang terluka supaya cepat
sembuh.
(b) Bising, riuh rendah
Suara sorak-sarai penonton di stadium menyebabkan suasana konsert itu menjadi gamat.

2. diam
(a) Tinggal
Saya diam di Kota Kemuning sejak lima tahun yang lalu.
(b) Tidak bercakap, senyap
Saya terlihat adik terduduk diam di sebelah ayah kerana dia sakit.

3. bidang
(a) Ukuran panjang
Dada lelaki yang bidang itu menjadikannya disukai golongan gadis.
(b) Lapangan (pelajaran atau perbuatan)
Lelaki itu mula terlibat dalam bidang lakonan sejak berusia lima tahun.
BINA AYAT

LATIHAN 4

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. hias = dandan
Pelamin itu perlu kita hias dengan bunga ros. 

2. berhias = berdandan
Kereta berhias itu menggunakan bunga ros dan bunga raya. 

3. menghiaskan = mencantikkan dengan sesuatu


Ayah menghiaskan rambut adik dengan pin berwarna merah. 

4. menghiasi = menyebabkan kelihatan lebih cantik


Lampu berwarna-warni menghiasi rumahnya.

5. perhiasan = sesuaty yang digunakan untuk berhias atau menghias


Ibu suka mengenakan perhiasan rambut sebelum keluar menghadiri majlis makan malam. 

6. penghias = juruhias
Penghias kereta pengantin itu seorang wanita yang kreatif. 
BINA AYAT

LATIHAN 5

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. penampilan = usaha menampilkan seseorang atau sesuatu


Setiap murid mesti menjaga penampilan diri dengan memakai pakaian yang kemas dan bersih. 

2. keterampilan = kemampuan yang tinggi


Pemimpin yang memiliki ciri-ciri keterampilan itu telah dipilih menjadi Perdana Menteri 

3. bertempiaran = berkucar-kacir
Budak-budak kecil itu lari bertempiaran selepas dikejar seekor anjing yang garang 

4. berkeliaran = merayau
Anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan petempatan itu telah ditangkap oleh pihak kerajaan
tempatan. 

5. mengkaji = menyelidik dan meneliti dengan mendalam


Pihak kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memansuhkan kutipan bayaran tol di Lebuh
Raya Utara Selatan.

6.  mengaji = membaca Quran / belajar


Adik berusia tiga tahun tetapi sudah pandai mengaji al-Quran. 

BINA AYAT

LATIHAN 6

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. Penawaran= perbuatan menawar 


Kerajaan membuat penawaran projek MRT itu kepada syarikat-syarikat yang besar secara
tender. 

2. tawar-menawar = saling meminta dikurangkan harganya


Remigius suka tawar-menawar dengan penjaja ikan di pasar untuk mendapatkan harga ikan
yang berpatutan. 

3. persimpangan = tempat jalan bercabang


Apabila kami tiba di persimpangan lebuh raya itu, kereta ayah rosak secara tiba-tiba.

4. simpang-perenang = centang
Jalan ke rumah guru itu simpang-perenang sehingga sukar untuk kami mencarinya. 

5. penurunan = perihal merendahkan harga


Penurunan harga makanan yang diumumkan oleh kerajaan itu merupakan berita baik kepada
rakyat. 
6. turun-temurun = daripada nenek moyang turun kepada anak cucu
Adat resam itu diamalkan secara turun-temurun oleh masyarakat Orang Asli. 

BINA AYAT

LATIHAN 7

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. menyalahi =tidak mematuhi peraturan


Perbuatan rasuah menyalahi undang-undang negara. 

2. menyalahkan = menganggap salah


Pihak atasan menyalahkan pegawai bawahannya dengan bukti yang kukuh. 

3. mengotori = menyebabkan kotor pada


Sampah sarap itu mengotori belakang rumah saya. 

4. mengotorkan = menyebabkan menjadi kotor


Adik mengotorkan dapur rumah apabila ibu tidak berada di rumah. 

5. menghadiahi  = memberikan hadiah kepada


Ibu menghadiahi adik sebuah beg sempena hari jadinya. 

6. menghadiahkan = memberikan sesuatu sebagai hadiah


Ibu menghadiahkan sebuah beg kepada adik sempena hari jadinya. 
BINA AYAT

LATIHAN 8

Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

1. mengupas = membuang atau mengopak kulit


Ibu sedang mengupas kulit oren di dapur. 

2. mengelupas = terkupas atau tertanggal


Luka pada kaki adik itu semakin kering dan mengelupas. 

3. bercanggah = bercabang
Pendapat antara saya dengan adik sering bercanggah kerana sikap kami berbeza. 

4. berceranggah = tanduk rusa bercabang-cabang


Tanduk rusa yang berceranggah itu kelihatan amat cantik dan unik. 

5. menjajah = menakluk dan memerintah sesuatu daerah


Negara Jepun pernah menjajah Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan 

6. menjelajah= pergi berjalan ke merata-rata tempat


Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah menjelajah ke benua Afrika. 

SOALAN SPM

SAMPEL 1

Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
dan nama khas.

i. mudah
ii. kemudahan
iii. mudah-mudahan
iv. memudahkan
v. mempermudah
vi. bermudah-mudah

Jawapan yang Lemah


i. Soalan matematik itu mudah-mudah sahaja.
ii. Balai raya itu dibina buat kemudahan rakyat.
iii. “Makanlah ubat ini. Mudah-mudahan kamu cepat sembuh,” kata Arini.
iv. Jejambat telah dibina untuk memudahkan kanak-kanak melintas jalan.
v. Pegawai itu telah mempermudahkan urusan Pak Long di pejabat tanah.
vi. Janganlah bermudah-mudah dalam pekerjaan sembahyang.

Analisis Jawapan
i. Ayat ini betul tetapi tidak diberikan markah. Hal ini demikian kerana kata mudah telah
digandakan menjadi mudah-mudah.
ii. Perkataan kemudahan digunakan dengan betul dalam konteks ayat tetapi markah tidak akan
diberikan. Hal ini demikian kerana perkataan buat ialah kata kerja tetapi telah digunakan
sebagai kata sendi. Perkataan ini sepatutnya digantikan dengan perkataan untuk.
iii. Markah tidak akan diberikan untuk jawapan ini. Hal ini demikian kerana jawapan ini terdiri
daripada dua ayat.
iv. Penggunaan perkataan jejambat dalam ayat ini tidak tepat. Jejambat bermaksud jalan raya yang
dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain seperti jambatan. Perkataan yang betul
ialah jejantas. Oleh itu, tiada sebarang markah diberikan.
v. Markah tidak akan diberikan untuk jawapan ini. Hal ini demikian kerana akhiran –kan telah
ditambah pada perkataan mempermudah.
vi. Penggunaan perkataan pekerjaan dalam ayat ini tidak tepat. Perkataan yang sepatutnya
digunakan ialah mengerjakan. Tiada markah diberikan untuk jawapan ini.

Anda mungkin juga menyukai