Anda di halaman 1dari 4

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH BUKAN HANYA BERPUNCA

DARIPADA KURANGNYA KASIH SAYANG IBU BAPA

Cahaya matahari menyilau mata,

Rasa pedih berusaha menahan;

Lafaz bismllah pembuka kata,

Gelanggang pertandingan segera dimulakan.

Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
TuanPengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Perempuan Temenggung Ibrahim,
barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru-guru, dan rakan
pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang tetap berpendirian bahawa
tajuk perbahasan ini, "Masalah Remaja Lari dari Rumah Bukan Hanya Berpunca
daripada Kurangnya Kasih Sayang Ibu Bapa" memang tepat dan tidak pcrlu
dipersoalkan lagi. Sebelum saya membahaskan lebih lanjut. elok sekiranya saya
menyimpulkan makna remaja lari dari rumah. Remaja yang lari dari rumah ialah
remaja yang meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu
lempat yang biasaanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak
sedemikian kerana perasaan tidak puas hati atau didorong keinginan memperoleh
sesuatu. Manakala kurangnya kasih sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan.
Dewasa ini, akhbar-akhbar menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari rumah.
Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung masalah ini. tetapi
nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga berakhir.

Hadirin yang dimuliakan,

Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun
merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan. menganggap
segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain, dan suka mencuba
sesuatu yang baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini menganggap segala
tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang holeh melarang. Kata-kata orang
yang lebih dewasa dan berpengalaman, baik ibu bapa, guru, mahupun saudara mara
tidak diendahkan. Mereka tidak takut untuk meninggalkan rumah kerana banyak
tempat yang boleh didiami; rumah rakan ataupun bekerja yang diyakini majikan
mereka akan menyediakan tempat tinggal. Berbekalkan keyakinan yang tidak semua
benar, mereka akan berasa selamat tinggal di luar rumah. Atas alasan yang longgar
mereka tidak berasa bersalah meninggalkan rumah, mengecewakan ibu bapa, sakali
gus menepikan masa depan. Mereka tidak kisah sama ada ibu menangis atau meratap,
ayah kecewa atau marah,. Yang penting, kata hati perlu dituruti.

Hujah saya yang kedua, faktor rakan-rakan boleh dibahagikan kepada dua; rakan yang
sama aliran atau teman lelaki bagi remaja perempuan. Rata-rata dipengaruhi oleh
teman lelaki. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan yang baik dari segi fizikal:
bergaya dengan pakaian berjenama, berketerampilan menarik. dan berkereta mewah.
Pemuda yang kita tidak tahu hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam,
akan memerangkap remaja dengan kata-kata yang indah, selain memberi hadiah.
Remaja perempuan yang tidak pernah menikmati kemewahan akan mudah
terperangkap dengan pujuk rayu yang boleh menggetarkan perasaan. Mereka
dijanjikan dengan pekerjaan yang menarik dan gaji melebihi RM2,000.00 sebulan,
berpeluang melancong, dan mendiami rumah mewah. Remaja yang akalnya Cuma
sejengkal dan bosan pula menghadapi timbunan buku, tanpa berfikir panjang akan
terpengaruh dengan pujukan jejaka idaman hati. Kata orang, buang emak buang
saudara, kerana kasih hamba turuti.

Hadirin yang dikasihi,

Hujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. Sebaik-baiknya, anak yang
berusia selewat-lewatnya tujuh tahun telah dihantar ke sekolah agama dan diajar
membaca al-Quran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan
menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah agama,
mereka berasa cukup menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Sebenarnya agama
yang dipelajari dan jika dihayati di hati dan di jiwa boleh menjadi benteng seseorang
itu daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk. Apa yang berlaku sekarang,
sudahlah pendidikan agama kurang, ibu bapa pula tidak memberi teladan yang baik
kepada anak-anak. Mintalah anak hersolat dan berpuasa sebagai contoh, tidak akan
dituruti oleh sianak jika si ibu atau ayah tidak melakukannya. Disebahkan kurangnya
didikan agama, anak-anak yang terabai ini tiada sempadan dalam bertindak lalu
perbuatan lari dari rumah dianggap perkara biasa bagi remaja yang jiwanya telah
kosong dengan roh keagamaan.

Hujah saya yang keempat ialah pengaruh media massa. Media massa kita, baik
televisyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita dari Barat yang
memaparkan remaja yang rosak akhlaknya. Jika pun tidak berita dari Barat, paparan
artis tempatan yang berpakaian menjolok mata sudah cuknp membuatkan pembaca
yang terdiri daripada golongan remaja memikirkan hal-hal yang negatif. Keadaan
diburukan lagi dengan paparan daripada internet; paparan maklumat seluas-luasnya
dan apa sahaja yang ingin dicapai hanya perlu menekan butang pada papan kekunci.
Bagi remaja dari Barat. hidup bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu
kesalahan. Malah, perbuatan lari dari rumah, terutamanya golongan artis Barat juga
sesuatu yang lazim. Disebabkan bahan yang dihaca selalu memaparkan unsur yang
negatif, sedar atau tidak, segala tindakan yang bakal diambil sering bertentangan
dengan nilai-nilai hudaya tempatan.

Hadirin yang dikasihi,

Hujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja lari dari rumah.
Jika dulu. terutamnnya apabila anak-anak dara herkelakuan tidak senonoh,
masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus kepada ibu bapa
mereka. Kini, keadaan ini boleh dikatakan tiada lagi, bukan sahaja berlaku di bandar-
bandar besar, malahan di kampung-kampung. Sikap seperti enau dalam belukar yang
melepaskan pucuk masing-masing menjadi amalan sesetengah masyarakat. Ini
berpunca daripada kesibukan menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan
masalah jiran di sebelah rumah pun tiada siapa yang tahu. Jika mereka mengamalkan
sikap seperti aur dengan tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat
seorang pemuda yang tidak dikenaii berbual-bual dengan anak dara jiran sehingga
larut malam. Sikap masyarakat yang negatif ini seakan-akan memberi ruang kepada
remaja melakukan perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan
daripada nilai kehidupan masyarakat madani.

Izinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. Menurutnya, ibu bapa yang
kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan anak menjadi liar.
Sebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan terhadap kerjaya, anak-anak
memang kurang diberi perhatian. Kalaulah ini menjadi asas remaja lari dari rumah,
sudah tentu ribuan lagi remaja saban hari akan meninggalkan rumah. sebab boleh
dikatakan rata-rata ibu bapa sekarang menumpukan perhatian terhadap kerjaya
sehinggakan anak terasa terabai. Kalau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi
perhatian, tiada sebab si anak mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka
bekerja untuk mencari nafkah dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan
mereka. Jadi, mengapakah remaja lari dari rumah? Inilah persoalan yang pihak kami
barisan pencadang hujahkan. Mereka lari kerana ada faktor-faktor di luar rumah yang
sudah tersedia menanti.
Hadirin yang dimuliakan,

Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, sudah terang lagi bersuluh, kini sudah
terbukti bahawa masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada
kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak faktor-faktor lain yang berpunca
daripada faktor di luar rumah. Jadi, kami menyeru barisan pembangkang agar
menyertai barisan kami yang lebih berani mengemukakan hujah yang benar, tepat,
dan meyakinkan. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Hujah saya ini
akan disambung oleh rakan saya yang lain. Sebelum saya menangguhkan perbahasan
ini, izinkan saya lafazkan serangkap pantun yang berbunyi,

Dari runtuhnya kota Melaka,

Bersama kita dirikan Putrajaya;

Hujah palsu bohong belaka,

Akan ditangkis seberapa daya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai