Anda di halaman 1dari 2

Kata Banyak Makna

Dalam Bahasa Melayu terdapat banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna.
Makna bagi perkataan itu hanya dapat dibezakan apabila kita melihat penggunaannya di dalam
sesuatu ayat. Lihat beberapa contoh di bawah:

Perkataan Muda
Makna:
i. belum tua (umur)
ii. belum masak
iii. cerah (warna)
Contoh ayat:
1. Orang muda harus menghormati orang tua.
2. Rita suka makan mangga muda.
3. Keretanya berwarna hijau muda.

Perkataan Naik
Makna:
i. bergerak ke atas
ii. meningkat
iii. menumpang
iv. menjadi
Contoh ayat:
1. Belon itu naik ke udara apabila dilepaskan.
2. Harga rumah telah naik sebanyak 10%.
3. Kami naik kereta api untuk pulang ke kampung.
4. Saya naik bosan menunggu bas di situ.

Perkataan Sempit
Makna:
i. ruang kecil
ii. susah
iii. cetek fikiran
Contoh ayat:
1. Rumahnya terlalu sempit untuk tempat tinggal tujuh orang anaknya.
2. Kehidupan keluarga itu semakin sempit selepas kematian bapa mereka.
3. Orang yang berfikiran sempit tidak sesuai untuk dibawa berbincang.

Perkataan Senang
Makna:
i. mudah
ii. mewah
iii. suka
iv. lapang
Contoh ayat:
1. Saya dapat markah penuh kerana soalan-soalannya senang belaka.
2. Dia hidup senang kerana bapanya bergaji besar.
3. Ibu senang hati kerana adik telah sembuh.
4. Jika senang, datanglah ke rumah saya pada petang ini.

Latihan
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang tepat.

akal bunga cerah kepala ganjil lanjut

1. (a) Doktor memeriksa _____________ adik yang luka kerana terhantuk.
(b) Polis Berjaya menangkap ___________penjenayah yang dikehendaki.

2. (a) Nombor lima dan tujuh merupakan nombor ______________.
(b) Kelakuan Halimah agak __________ sejak kebelakangan ini.

3. (a) Nenek masih kuat walaupun umurnya sudah __________.
(b) Cikgu Salmah menerangkan proses fotosentesis dengan lebih ________kepada murid-muridnya.

4. (a) Sang Kancil mencari ________ untuk memperdaya Sang Buaya.
(b) Manusia boleh berfikir dengan baik kerana mempunyai ___________.

5. (a) Cuaca pada hari ini diramalkan ___________.
(b) Belajarlah bersungguh-sungguh supaya ___________masa hadapan.

6. (a) Ayah menghadiahi ibu sejambak ___________mawar.
(b) Ceti mengenakan ___________yang tinggi kepada pemimjam duit.

Anda mungkin juga menyukai