Anda di halaman 1dari 20

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ring! Ring! Loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan bermula. Seperti biasa, aku mengarahkan murid-murid beratur di tapak perhimpunan. Bagi murid-murid yang datang lewat, guru disiplin mengarahkan kami mencatat nama mereka. Ada antara mereka meluahkan kata-kata kesat terhadap kami. Demi tugas, kami sanggup terima segala cabaran. Aku masih boleh tersenyum menghadapi kerenah murid-murid. Tugas yang menjadi rutin harian di sekolah menyebabkan aku sudah peka dan tidak ambil mudah. Kecemerlangan sekolah sedikit sebanyak berpunca daripada tugas yang kami laksanakan. Adakalanya aku terfikir, tugas ini amat berat. Aku pernah menjadi sasaran fitnah kawan-kawan yang mengada-adakan cerita agara aku dilucutkan jawatan penting ini. Namun, benar kata bidalan orang tua-tua, setiap kebaikan itu harus menghadapi bermacam-macam cabaran. Ah, aku tidak kisah semua itu!

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah bertanggungjawab dengan mengarahkan murid-murid beratur di tapak perhimpunan. Selain itu, kita sepatutnya amanah dengan mencatat nama murid yang datang lewat ke sekolah. Seterusnya, kita haruslah sabar walaupun menerima cemuhan daripada murid-murid tertentu. Di samping itu, kita mestilah sentiasa prihatin terhadap tugasan yang diamanahkan kepada kita. Akhirnya, kita juga sewajarnya tabah menghadapi cabaran yang dilalui semasa menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah.

HH / 2011

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sudah hampir empat tahun ibu bekerja di sebuah kilang pakaian di Bandar Kuala Kubu. Ibu terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan kami berdua. Aku sangat menghargai pengorbanan suci ibu. Jauh di sudut hatiku, aku bertekad untuk membalas segala jasa, pengorbanan dan curahan kasih sayang ibu kepadaku. Hampir setiap bulan aku dihadiahi ibu sepasang pakaian yang baharu. Hal yang demikian kerana ibu membeli pakaian tersebut dengan potongan harga yang istimewa di tempat kerjanya. Pengorbanan ibu amat besar dan tidak ternilai olehku. Subuh-subuh lagi ibu sudah bangun tidur dan menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari untukku. Setiap pagi aku dan ibu menikmati sarapan bersama-sama. Ibu juga menyediakan bekal untuk aku bawa ke sekolah. Emak, Fendhi ke sekolah ya. Doakan Fendhi agar berjaya dalam pelajaran ya mak, barulah tangan ibu kulepaskan dan aku mencapai basikalku. Aku mengayuh basikalku bagi mencari sinar-sinar gemilang yang amat kuidam-idamkan.

Antara nilai yang

diperolehi ialah kita hendaklah rajin bekerja untuk

mencari nafkah bagi menyara kehidupan keluarga .Selain itu, kita sepatutnya menghargai jasa serta segala pengorbanan dan kasih sayang ibu dan bapa kita. Seterusnya, kita haruslah bersikap pemurah seperti ibu yang memberikan hadiah kepada anaknya. Di samping itu, kita mestilah sentiasa prihatin seperti ibu yang menyedikan sarapan untuk keluarganya. Akhirnya, kita juga sewajarnya mempunyai azam yang tinggi untuk terus berjaya dalam hidup kita.
HH / 2011

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Zety dan rakan-rakannya pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk membeli makanan. Ketika Zety dan rakan-rakannya sedang makan, dia ternampak seorang murid menangis teresak-esak. Zety berhenti makan, lalu menghadiri murid tersebut untuk mendapatkan kepastian. Zety menyatakan hasratnya untuk menolong. Budak tersebut memberitahu Zety bahawa nasi lemak yang dibelinya telah tertumpah ke lantai. Malangnya, budak itu tidak mempunyai wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu. Budak itu berasa terlalu sedih sehingga mengalirkan air matanya. Kebetulan pada ketika itu, Zety masih mempunyai lebihan wang belanja, dia membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Zety memujuk budak itu supaya bersabar dan tidak menangis lagi. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Zety atas pertolongannya.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah berdisiplin ketika berbaris membeli makanan di kantin. Selain itu, kita sepatutnya prihatin apabila terpandang seorang murid yang sedang menangis. Seterusnya, kita haruslah baik hati dengan berjanji untuk membantu menyelesaikan masalahnya. Di samping itu, kita mestilah sentiasa pemurah dengan menggantikan nasi lemak yang tertumpah. Akhirnya, kita juga sewajarnya menghargai pertolongan dengan mengucapkan terima kasih atas pertolongan orang kepada kita.

HH / 2011

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hafizah sedang membaca buku cerita sambil menunggu bas sekolah. Tiba-tiba, dia menghadiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu denagn menberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya, perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Hafizah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberi peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid lelaki membuang sampah melalui tingkap bas. Hafizah telah menegur budak lelaki itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan. Budak lelai itu sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya. Dia menerima teguran Hafizah dengan hati yang terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut. Hafizah tersenyum mendengar pengakuan budak tersebut.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah rajin dengan membaca buku ketika menunggu bas. Selain itu, kita sepatutnya sedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Seterusnya, kita haruslah berdisiplin dengan beratur ketika menaiki bas sekolah. Di samping itu, kita mestilah berani menegur orang yang melakukan kesalahan. Akhirnya, kita juga sewajarnya berfikiran rasional dan sedia menerima teguran untuk membetulkan kesalahan yang kita telah lakukan.

HH / 2011

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Indah nian suasana pagi hari raya. Kanak-kanaklah yang paling girang. Awal-awal lagi mereka sudah memakai baju baru. Namun, lain pula keadaannya bagi keluarga Haliza. Sebelum memakai baju baharunya, air matanya lebih awal membasahi pipi. Dia amat hiba dan terharu mengenangkan ketulusan hati seorang insan. Dua minggu telah berlalu. Kunjungan Haji Marwan dan Hajah Mazuin ini rupa-rupanya membawa sinar bahagia buat mereka sekeluarga. Ketika berbual-bual dengan ibunya, pasangan suami isteri itutelah menyatakan hajat murni mereka. Rupa-rupanya, mereka mahu menghulurkan sumbangan ikhlas kepada keluarganya. Menurut Haji Marwan, bantuan tersebut bertujuan untuk berkongsi kegembiraan apabila fajar Syawal tiba nanti. Dengan penuh rasa sebak dan terharu, ibu Haliza menggenggam sampul surat berwarna putih itu. Setelah menjamah hidangan yang disediakan, Pak Aji dan Mak Aji pun minta diri untuk pulang. Ibu Haliza tidak menyangka sebanyak itu sumbangan mereka kepada keluarganya. Seribu ringgit amat sukar, serta amat payah untuk ibu Haliza mengumpulnya. Semoga Allah memberkati ketulusan hati pasangan suami isteri itu.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah menghargai ketulusan hati seseorang insan yang mulia. Selain itu, kita sepatutnya prihatin dengan menolong keluarga yang berada dalam kesempitan. Seterusnya, kita haruslah bermurah hati dan sanggup menghulurkan bantuan berupa wang ringgit dan seumpamanya bagi membantu orang yang miskin. Di samping itu, kita mestilah bersopan santun dengan meminta diri untuk pulang setelah selesai urusannya. Akhirnya, kita juga sewajarnya bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita.

HH / 2011

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Razali seorang pelajar yang sangat rajin dan kuat semangat. Ayahnya telah meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat penyakit asma. Setiap pagi Razali ke sekolah bersama-sama adiknya. Pada sebelah petangnya pula, dia bekerja sambilan sebagai pembantu dan pelayan di sebuah kedai makan. Razali akan mengulang kaji pelajarannya pada waktu malam. Semua duit gaji yang diterima oleh Razali akan diberi kepada ibunya untuk menampung perbelanjaan harian keluarga mereka. Razali rela hati melakukan kerja-kerja sambilan ini untuk membantu ibunya. Pendapatan ibunya sebagai pekerja kilang elektronik itu masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka. Walaupun Razali bekerja sambilan tetapi dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya dan bertanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Dia juga telah membuktikan kecemerlangannya dalam pelajaran. Dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya.

Antara nilai yang

diperolehi ialah kita hendaklah mengamalkan sikap

penyayang dengan pergi ke sekolah bersama-sama adik kita. Selain itu, kita sepatutnya prihatin dengan rela hati bekerja sambilan untuk meringankan beban. Seterusnya, kita haruslah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan cara mengulangkaji pelajaran. Di samping itu, kita mestilah sentiasa bersikap pemurah dengan memberikan duit gajinya untuk perbelanjaan harian keluarga. Akhirnya, kita juga sewajarnya rajin untuk mengejar kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik. Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan
HH / 2011

di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Adi dan Azli hendak pulang ke rumah mereka selepas selesai waktu persekolahan. Semasa mereka berada di pondok perhentian bas, mereka ternampak seorang warga emas mengalami sesak nafas. Adi dan Azli segera bertindak membantu warga emas itu. Mereka segera mendapatkan bantuan daripada orang ramai. Seorang pemuda yang bernama Hazif sudi menghantar warga emas itu ke sebuah hospital yang berhampiran. Mereka melaporkan masalah yang dihadapi oleh warga emas itu setibanya mereka di kaunter pendaftaran. Selepas mendapat rawatan, warga emas emas itu pulih daripada sesak nafas yang dialaminya. Dia berasa terhutang budi kepada budi kepada Adi, Azli dan Hazif. Dia amat terharu sehingga mengalirkan air mata mengenangkan sikap prihatin dan budi baik mereka terhadapnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada kepada Adi, Azli dan Hazif. Dia mempelawa mereka bertiga untuk berkunjung ke rumahnya pada bila-bila masa.

Antara nilai yang

diperolehi ialah kita hendaklah amanah terhadap diri

sendiri dan terus pulang ke rumah setelah tamat waktu persekolahan. Selain itu, kita sepatutnya prihatin terhadap masalah sesak nafas yang dialami oleh warga emas itu. Seterusnya, kita haruslah tolong-menolong dan menghantar warga emas yang sakit ke hospital. Di samping itu, kita bersyukur kerana telah sembuh daripada sakit. Akhirnya, kita juga sewajarnya menghargai pertolongan dengan mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan.

HH / 2011

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hamdan sangat aktif dalam berpersatuan dan sering juga mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Dia mula mewakili sekolah dalam berbagai-bagai pertandingan sejak tahun satu lagi. Antara kejayaan yang pernah dicapainya, menjadi johan Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Peringkat Daerah Pekan dan juga Peringkat Negeri Pahang. Dia juga menjadi johan dalam Pertandinagn Catur peringkat daerah. Hamdan dipilih menjadi ketua kumpulan Choral Speaking dan Berjaya menjadi naib johan peringkat negeri Pahang. Bukan itu sahaja, Hamdan juga berbakat dalam bidang seni. Dia mahir bermain piano. Bakatnya mula terserlah semasa dia membuat persembahan sempena Hari Anugerah Cemerlang di sekolahnya tahun lalu. Sikapnya yang peramah dan periang disenangi oleh seluruh warga sekolah. Walaupun sibuk, Hamdan masih mempunyai masa untuk melakukan dua lagi aktiviti kegemarannya, iaitu bermasin badminton dan menunggang basikal. Hamndan bercita-cita ingin menjadi juru terbang yang berjaya.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah rajin menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain itu, kita sepatutnya bersikap gigih berlatih supaya memperoleh kejayaan dalam aktiviti yang disertai. Seterusnya, kita haruslah bertanggungjawab apabila dipilih sebagai ketua kumpulan. Di samping itu, kita mestilah sentiasa bersikap ramah mesra supaya disukai oleh rakan-rakan. Akhirnya, kita juga sewajarnya bijak menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti bermain badminton.

HH / 2011

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada minggu ini, Naizura memikul tanggungjawab melakukan kerja-kerja rumah kerana emaknya sedang mengikuti kursus di Sungai Petani. Dia menjaga adik-adiknya dengan baik. Sebagai anak yang sulung, Naizura sentiasa mendengan nasihat dan teguran daripada kedua-dua ibu bapanya. Dia melayan adik-adiknya dengan layanan yang baik dan penuh kasih sayang. Dia memikul tanggungjawab tersebut dengan penuh kerelaan. Setiap pagi sebelum pergi ke sekolah, dia akan memastikan bilik tidurnya kemas dan bersih. Dia amat mementingkan kebersihan diri dan kebersihan tempat tinggalnya. Pakaian sekolahnya Nampak bersih dan kemas. Uniform sekolah adik-adiknyanya juga kelihatan bersih dan kemas. Dialah yang membasuh dan menggosok pakaian tersebut. Pada waktu petang pula, Naizura dan adik-adiknya menyiram pokok-pokok bunga dan membersihkan persekitaran rumah mereka. Dia amat gembira jika kawasan tempat tinggal mereka kelihatan bersih, cantik dan ceria.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah ikhlas melakukan kerjakerja rumah semasa ketiadaan ibu bapa kita. Selain itu, kita sepatutnya bersikap penyayang dengan menjaga adik-adik dengan baik. Seterusnya, kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat tinggal kita. Di samping itu, kita mestilah bersikap rumah. rajin seperti membasuh dan menggosok pakaian sendiri. Akhirnya, kita juga sewajarnya bekerjasama dengan membersihkan persekitaran

HH / 2011

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Encik Muzaffar dan isterinya bercadang untuk pulang ke kampung selama beberapa hari. Namun, pada hari tersebut, mereka terlewat bangun. Oleh sebab itu, mereka agak tergesa-gesa untuk membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang ke kampong. Dalam perjalanan, tiba-tiba Encik Muzaffar teringat pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi. Justeru, Encik Muzaffar menghubungi jiran terdekatnya, Encik Albert Lim untuk meminta bantuan bagi menguncikan pintu pagar tersebut. Encik Albert Lim dengan senang hati menghulurkan bantuan dan berjanji untuk menguncikan pintu pagar rumahnya itu. Encik Muzaffar berasa gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik hati. Sekembalinya daripada bercuti di kampong, Encik Muzaffar membawa buah tangan dan menghadiahi jiranya itu dengan buah durian, rambutan dan manggis. Jirannya pula berasa gembira dan mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Encik Muzaffar memberinya buah-buahan dari kampungnya itu.

Antara nilai yang

diperolehi ialah kita hendaklah baik hati dengan

menjenguk keluarga di kampung jika ada masa lapang. Selain itu, kita sepatutnya prihatin ketika hendak meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung. Seterusnya, kita haruslah bantu-membantu dengan menguncikan pintu pagar rumah jiran. Di samping itu, kita mestilah sentiasa bersikap pemurah dengan memberikan buah tangan kepada jiran kita. Akhirnya, kita juga sewajarnya menghargai pertolongan dengan mengucapkan terima kasih kepada jiran yang telah memberikan buah tangan kepada kita.

HH / 2011

10

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ahmad Naufal : Maafkan saya cikgu kerana terlewat sampai ke sekolah. Semasa dalam perjalanan tadi, rantai basikal saya terputus. Saya terpaksa singgah di kedai basikal untuk membaiki rantai basikal saya. Cikgu Zainal : Kelewatan kamu bersebab, cikgu maafkan kamu. Walaupun rantai basikal kamu putus, kamu tetap berikhtiar untuk sampai ke sekolah. Kamu seorang murid yang rajin dan mengutamakan pelajaran. Ahmad Naufal Cikgu Zainal Ahmad Naufal : : : Terima kasih cikgu. Izinkan saya masuk ke kelas untuk meneruskan pelajaran saya. Silalah masuk ke kelas kamu. Beritahu guru yang sedang mengajar di kelas kamu itu tentang masalah kamu dating lewat hari ini. Baiklah, cikgu

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah insaf dengan menyedari kesilapan dan memohon maaf daripada guru. Selain itu, kita sepatutnya berdikari untuk membaiki sendiri rantai basikal yang terputus. Seterusnya, kita haruslah mengamalkan budaya rajin belajar dengan mengutamakan pelajaran walaupun berhadapan dengan masalah. Di samping itu, kita mestilah bersopan santun dengan meminta izin daripaga guru untuk masuk ke kelasnya. Akhirnya, kita juga sewajarnya bersikap toleransi dan sedia memaafkan kesalahan yang tidak disengajakan.

HH / 2011

11

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Surat khabar merupakan salah satu sumber media cetak dan bahan bacaan yang sangat berpengaruh. Surat khabar amat berguna sebagai media penyebar maklumat tambahan dan ilmu pengetahuan. Surat khabar juga memuatkan pelbagai jenis berita terkini yang berlaku di dalam dan luar Negara. Selain itu, surat khabar juga dapat dijadikan sumber hiburan kepada para pembaca. Oleh yang demikian isi surat khabar memautkan ruangan komik, cerpen, huburan, ruangan sukan dan lain-lain lagi. Akhbar juga menyelitkan ruanganiklan jawatan kosong, iklan barangan tertentu, iklan kenderaan terpakai dan ratusan jenis iklan yang lain lagi. Pastinya pembaca akan mendapat hiburan, maklumat dan ilmu pengetahuan dengan hanya mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang kecil. Bukan itu sahaja, surat khabar juga mudah dibawa ke mana-mana untuk dibaca ketika berehat atau bersantai di anjung rumah.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah rajin mengisi masa terluang dengan membaca surat khabar. Selain itu, kita sepatutnya berfikiran rasional dan menjadikan surat khabar sebagai punca menambahkan ilmu. Seterusnya, kita haruslah bijak memilih ruangan tertentu dalam akhbar untuk mendapatkan maklumat. Di samping itu, kita mestilah sentiasa menghargai ilmu dengan cara menanamkan minat membaca. Akhirnya, kita juga sewajarnya berhemah dalam menentukan perbelanjaan seharian .

HH / 2011

12

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat. Sampah sarap ini bukan sahaja dibuang di tangga, malah di beranda beberapa buah rumah pangsa di situ. Selain itu terdapat segelintir penduduk di tingkat atas turut membuang sampah melalui tingkap, tanpa memperdulikan orang lalu-lalang di kawasan rumah pangsa tersebut. Perbuatan ini dikhuatiri akan memberi imej yang kurang baik kepada rakyat di negara ini. Bagaimana pula tanggapan pelancong asing apabila melihat keadaan dan situasi yang kotor dan tidak terurus itu? Sudah tentulah berbagai-bagai tanggapan negatif akan dilemparkan kepada penghuni rumah pangsa tersebut. Tambahan pula, keadaan yang kotor itu menyebabkan nyamuk, lipas, tikus dan lalat membiak seta menimbulkan bau yang sungguh busuk. Hal ini sekali gus mengganggu keselesaan para penduduk di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab harus mengambil tindakan lebih tegas terhadap penduduk yang tidak menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal mereka.

Antara nilai yang

diperolehi ialah kita hendaklah menjaga kebersihan

dengan tidak membuang sampah sarap merata-rata tempat. Selain itu, kita sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab menjaga tempat tinggal kita daripada dicemari oleh sampah sarap. Seterusnya, kita haruslah mencintai alam sekitar supaya persekitaran kita bersih dan ceria. Di samping itu, kita mestilah prihatin dengan menjauhi tempat pembiakan serangga yang membawa wabak penyakit. Akhirnya, kita juga sewajarnya mengamalkan disiplin diri yang kental bagi menjaga kebersihan tempat tinggal dan kawasan persekitaran.

HH / 2011

13

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ibu menyuruh Haleda pergi ke kedai Pak Hamid untuk membeli tepung dan gula. Tanpa membantah dan membuang masa, Haleda segera pergi ke kedai Pak Hamid dengan menunggang basikalnya. Dia mengayuh basikal dengan berhati-hati kerana jalan ke kedai itu kurang baik. Lagipun ada sesetengah anak muda di kampungnya itu yang suka menunggang motosikal dengan laju. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Setelah urusan tersebut selesai, dia terus balik tanpa singgah di mana-mana. Apabila sampai di rumah, dia menyerahkan tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Ibunya memuji Haleda kerana cepat pulang dengan membawa bersama-sama barangan yang dipesan. Ibunya juga memberikan wang baki itu kepada Haleda. Haleda mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu ke dalam tabung. Haleda tersenyum keriangan kerana duit tabungannya semakin bertambah.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah patuh dan taat terhadap suruhan ibu untuk membeli barangan dapur. Selain itu, kita sepatutnya berwaspada semasa menunggang basikal melalui jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Seterusnya, kita haruslah amanah dengan menyerahkan wang baki kepada ibu kita. Di samping itu, kita mestilah bersikap pemurah dengan memberikan wang baki kepada orang yang telah menolong kita. Akhirnya, kita juga sewajarnya menghargai pertolongan dengan mengucapkan terima kasih atas segala pertolongan kepada kita.

HH / 2011

14

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah, Danny ternampak seorang warga emas terjatuh. Semua barangan yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya. Danny segera membantunya dengan mengutip barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya itu. Danny memimpin warga emas itu ke pondok perhentian bas. Warga emas itu bernasib baik kerana mengalami luka kecil. Danny membersihkan luka tersebut dengan sapu tangannya. Warga emas itu memberitahu Danny, bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah anaknya. Danny berjanji untuk menghantarnya [ulang. Danny menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah Danny dan warga emas itu sampai di rumah anaknya, dia mempelawa Danny masuk ke rumahnya. Dia menghidangi Danny segelas minuman sejuk dan beberapa keeping. Mereka minum bersama-sama. Warga emas itu mengucapkan terima kasih atas pertolongan Danny terhadapnya. Sejurus selepas itu, Danny pun minta diri untuk pulang.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah ada perasaan kasih sayang seperti menolong warga emas yang terjatuh. Selain itu, kita sepatutnya bersikap baik hati dengan membersihkan luka seorang warga emas. Seterusnya, kita sepatutnya ikhlas menolong orang lain dengan menghantarnya pulang ke rumah. Di samping itu, kita mestilah bersopan dengan menghidangi tetamu minuman dan biskut. Akhirnya, kita juga sewajarnya menghargai pertolongan dengan mengucapkan terima kasih dan segala budi yang diberikan.
HH / 2011

15

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
BATU PAHAT Sabtu, 29 Januari 2011 SK Sultan Abdul Samad telah mengadakan kempen membantu mangsa bencana gempa bumi. Kempen ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Banyak pelajar, guru dan ibu bapa telah tampil menghulurkan bantuan tanpa simpati. Kebanyakan bantuan yang diterima adalah dalam bentuk wang tunai. Segala sumbangan tersebut akan didermakan kepada mangsa gempa bumi di Pakistan. Sumbangan ini bagi membantu mangsa gempa bumi mendapatkan makanan, ubat-ubatan dan pakaian. Kempen ini juga bertujuan untuk menanam kan sikap suka bantu-membantu dalam kalangan pelajar. Kempen selama sebulan ini telah Berjaya mengumpul kutipan sebanyak sepuluh ribu empat ratus tiga ringgit enam puluh sen (RM10,403.60). Guru Besar dan ketua murid, Amirrul Ehsan telah menyampaikan sumbangan wang tersebut kepada Tabung Kebajikan Mangsa Gempa Bumimdi pejabat sebuah akhbar harian di ibu kota. Tindakan Guru Besar dan seluruh warga sekolah tersebut telah menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah baik hati dengan mengutip derma bagi membantu mangsa gempa bumi. Selain itu, kita sepatutnya prihatin untuk menghulurkan derma dan bantuan kepada mangsa gempa bumi itu. Seterusnya, kita . Seterusnya, kita haruslah ikhlas menyumbangkan bantuan yang termampu oleh kita. Di samping itu, kita mestilah mempunyai rasa kasih sayang sesama insan dengan mengadakan kutipan derma . Akhirnya, kita juga sewajarnya berhemah dan sedia membantu insan lain yang ditimpa bencana alam seperti gempa bumi.

HH / 2011

16

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada petang itu, Khalidin dalam perjalanan pulang daripada menjalani aktiviti kokurikulum. Dia ternampak seekor kucing di tepi jalan raya. Badan kucing itu basah kuyup dan penuh dengan lumpur. Khalidin menghampiri kucing itu. Dia berasa sungguh kasihan melihat keadaan kucing yang kesejukan itu. Dia membawa kucing itu balik ke rumahnya. Sampai di rumahnya, Khalidin memcuci dan memandikan kucing itu. Bulu kucing itu dilapnya sehingga kering. Khalidin member kucing itu minum air susu yang dibancuhnya sendiri. Selepas itu, Khalidin member kucing itu makan nasi campur dengan sedikit ikan goring. Setelah selesai makan nasi, barulah kucing itu Nampak cergas dan bermaya. Khalidin berhasrat untuk membela kucing itu. Ayah dan emaknya juga bersetuju dengan keputusan Khalidin. Ibu bapanya bercadang untuk membelikan sebuah sangkar sebagai tempat tidur kucing itu pada waktu malam. Khalidin sangat sayang akan kucing itu.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah bertanggungjawab seperti menghadiri aktiviti kokurikulum. Selain itu, kita sepatutnya mempunyai perasaan belas kasihan terhadap binatang dengan membantu binatang tersebut. Seterusnya, kita haruslah ada sikap kasih sayang terhadap binatang dengan membersihkan bulu binatang itu . Di samping itu, kita mestilah baik hati terhadap binatang dengan memberikan makanan. Akhirnya, kita juga sewajarnya ada perasaan timbang rasa terhadap binatang dengan membelikan sangkar sebagai tempat tinggalnya.

HH / 2011

17

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Palpa rumbia dibuat sagu, Sagu diadun dijadikan lepat, Hati sedih bertambah sayu, Banjir kilat longkang tersumbat. Panjat kelapa menggunakan sigai, Sigai dicipta oleh Pak Nayan, Sisa toksik berlimpahan di sungai, Pembangunan meragut rezeki nelayan. Gula Melaka si nira tebu, Lopes enak menambat selera, Ozon menipis menebal jerebu, Mencemarkan udara, musnah belantara. Bunga mawar berwarna-warni, Mawar merah jadi pilihan, Inikah budi masyarakat madani, Pentingkan laba musnahkan keindahan ? Putat, pegaga dibuat ulam, Tumbuh subur di tepi jemuran, Marilah teman mencintai alam, Jaga kebersihan elakkan pencemaran.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah bersikap prihatin dengan mengelakkan banjir kilat berlaku. Selain itu, kita sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab supaya tidak mencemarkan sungai. Seterusnya, kita haruslah menjaga kesihatan dengan cara mengelakkan pembakaran terbuka yang akan mencemarkan udara. Di samping itu, kita mestilah bersikap rasional bagi menjaga dan memulihara keindahan alam. Akhirnya, kita juga sewajarnya mencintai alam dengan cara menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran daripada pencemaran.

HH / 2011

18

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Anak-anakku, Ayunlah langkahmu segera Mendaki gunung cita-cita Biar lelah, biar merana Biar luka, biar cefera Biar seribu ranjau menimpa Namun jangan sekali-kali mengaku kalah. Jika engkau terjatuh Ayuh, segera bangkit semula! Ayunkan langkah perkasamu semula Kerana perjalananmumasih jauh Anak-anakku, Perjalanan ini memang pahit Tempuh kepayahan, keperitan Lalui lorong penuh onak duri Telanlah agar menjadi penawar Kelak nanti Pasti kau akan merasa manisnya.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan ranjau hidup. Selain itu, kita sepatutnya cekal dan kuat semangat untuk mengejar kejayaan dalam hidup yang mencabar ini. Seterusnya, kita haruslah gigih berusaha. Di samping itu, kita mestilah berdikari untuk melatih waja diri yang kental apabila berhadapan dengan cabaran. Akhirnya, kita juga sewajarnya bersikap sabar dan cekal menempuh cabaran untuk memperolehi kejayaan pada masa hadapan.

HH / 2011

19

Baca petikan di bawah. Tuliskan lima nilai yang kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Internet membolehkan pengguna di seluruh pelosok dunia berhubung dengan mudah. Bagi pelajar Malaysia yang berada di seberang laut, kemudahan Internet menyenangkan mereka untuk berhubung dengan keluarga. Ibu bapa pula dapat mengetahui tentang perkembangan anak mereka secara lebih kerap. Tambahan pula, bayaran perkhidmatan internet lebih murah berbanding dengan perkhidmatan telefon. Selain itu, kita berpeluang berkenalan dan bertukar-tukar pendapat dengan seluruh masyarakat dunia melalui ruangan berborak di internet. Oleh itu, nyatalah internet mempunyai kebaikan kepada kehidupan manusia. Kita perlu bijak memilih bahan-bahan yang disiarkan di dalam laman web. Kita juga harus menerima hakikat bahawa kemajuan intenet turut menyumbang kepada perkembanganintelek manusia. Semasa meneroka dan merayau di internet, sesorang individu perlu mempunyai disiplin diri yang mantap dan sikap yang berhemah supaya tidak terbabas ke laman web tidak beretika yang boleh merosakkan akhlak para remaja.

Antara nilai yang diperolehi ialah kita hendaklah bersikap rasional menerima kemajuan seperti kemudahan internet. Selain itu, kita sepatutnya bersyukur menerima kemudahan canggih seperti maklumat di hujung jari. Seterusnya, kita haruslah berjimat cermat menggunakan kemudahan perkhidmatan yang lebih murah. Di samping itu, kita mestilah bijak menapis maklumat semasa melayari internet. Akhirnya, kita juga sewajarnya berdisiplin semasa menggunakan internet kerana pelbagai maklumat sama ada baik atau buruk terdapat di dalamnya.

HH / 2011

20

Anda mungkin juga menyukai