Anda di halaman 1dari 10

KATA GANDA

Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Kata gandi terbahagi kepada empat bentuk seperti yang berikut:a) Kata ganda seluruh c) Kata ganda bersajak b) Kata ganda separa d) Kata ganda berimbuhan Kata Ganda Seluruh Kata ganda seluruh terhasil atau terbentuk daripada kata dasar yang digandakan sluruhnya. Kata ganda ini diberi tanda sempang ( - ) Kata ganda seluruh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:Kata Dasar jam jalan pemberita soalan mana apa comel kasar duduk baring awal jarang Kelas Kata kata nama kata nama Kata nama terbitan kata nama terbitan kata tanya kata tanya kata adjektif kata adjektif kata kerja kata kerja kata keterangan kata keterangan Kata Ganda Seluruh jam-jam jalan-jalan pemberita-pemberita soalan-soalan mana-mana apa-apa comel-comel kasar-kasar duduk-duduk baring-baring awal-awal jarang-jarang

Contoh penggunaan kata ganda seluruh dalam ayat: 1. Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air. 2. Pahlawan itu handal-handal belaka. 3. Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka. 4. Undang-undang perlu kita patuhi. 5. Layang-layang itu terbang tinggi di angkasa. Senarai kata ganda seluruh mengikut kelas kata. A. Kata Ganda Seluruh (Kata Nama) Contoh: gado-gado berang-berang beri-beri angan-angan kelip-kelip B. Kata Ganda Seluruh (Kata Adjektif) Contoh: hitam-hitam kaya-kaya jinak-jinak ragu-ragu susah-susah muda-muda indah-indah gagah-gagah hebat-hebat lama-lama kunang-kunang kupu-kupu ubur-ubur ura-ura rama-rama

C. Kata Ganda Seluruh (Kata Kerja) Contoh: main-main marah-matah muntah-muntah D. Kata Ganda Seluruh (Kata Keterangan) Contoh: kadang-kadang kalau-kalau kira-kira moga-moga sayup-sayup terang-terang masak-masak laju-laju ketat-ketat kuat-kuat pulang-pulang duduk-duduk baring-baring

Kata ganda seluruh ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.

Perhatikan penerangan yang berikut:A. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan tunggal) Contoh: agar-agar onde-onde ampai-ampai ilam-ilam amung-amung biri-biri angkut-angkut dalu-dalu baling-baling jemput-jemput B. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan banyak) Contoh: sahabat-sahabat pintar-pintar lesen-lesen musuh-musuh nama-nama rajah-rajah jari-jari kedai-kedai tua-tua gelas-gelas

Yang berikut ialah senarai beberapa kata ganda seluruh. abang-abang ajak-ajak akhir-akhir akan-akan anak-anak angan-angan apa-apa awal-awal bagus-bagus baik-baik bakul-bakul banyak-banyak barang-barang handal-handal hangat-hangat harta-harta harum-harum hati-hati hidup-hidup hitam-hitam ibu-ibu iklan-iklan iras-iras ingat-ingat indah-indah isi-isi olok-olok onak-onak onde-onde oneng-oneng orang-orang otot-otot pahit-pahit paku-paku paru-paru pihak-pihak pijat-pijat pintu-pintu puak-puak

besar-besar buah-buah bulat-bulat cantik-cantik cara-cara carik-carik cepat-cepat cita-cita curi-curi condong-condong cuba-cuba dalam-dalam daun-daun dekat-dekat dengar-dengar dewa-dewa diam-diam duduk-duduk egen-egen ejek-ejek elok-elok enak-enak entah-entah ensot-ensot epok-epok erat-erat faham-faham faedah-faedah fakta-fakta fasih-fasih fatwa-fatwa fiil-fiil filem-filem firman-firman gadis-gadis gado-gado garang-garang ganas-ganas gemuk-gemuk gila-gila gula-gula guru-guru halus-halus

isteri-isteri jahat-jahat jalan-jalan jamu-jamu jarang-jarang jari-jari jaring-jaring jauh-jauh jelik-jelik kaki-kaki ketuk-ketuk kawan-kawan kuat-kuat kuda-kuda kuning-kuning kura-kura kurus-kurus lagi-lagi lagu-lagu lain-lain laju-laju lancar-lancar liat-liat layu-layu lebam-lebam main-main makan-makan marah-marah masam-masam mati-mati mula-mula muntah-muntah musuh-musuh nama-nama naga-naga nakal-nakal negeri-negeri nilai-nilai nipis-nipis nyaris-nyaris nyiru-nyiru obor-obor ole-ole

puas-puas ragu-ragu rajin-rajin raja-raja rajah-rajah rakan-rakan rapat-rapat rata-rata rumah-rumah saat-saat sahabat-sahabat samar-samar sesak-sesak sudu-sudu suka-suka sukar-sukar susah-susah tajam-tajam tamu-tamu teknik-teknik teman-teman terang-terang tiket-tiket tin-tin tinggi-tinggi ubi-ubi udang-udang ulama-ulama ulat-ulat undang-undang ura-ura uri-uri unsur-unsur wabak-wabak wajah-wajah wakil-wakil waktu-waktu wali-wali wang-wang wangi-wangi warung-warung

Dari segi ejaan atau penulisan, kata ganda seluruh mestilah dibubuh tanda sempang ( - ). Contoh: Anak-anak pelajar-pelajar cawan-cawan Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk menyatakan maksud jamak (bilangan banyak). Contoh: 1.a) Ibu-ibu bapa (X) b) Ibu bapa () 2.a) Pinggan-pinggan mangkuk. (X) b) Pinggan mangkuk ()

Kata ganda yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, maka kata ganda itu tidak boleh disertai kata bilangan. Contoh: 1.a) Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X) b) Gelas-gelas itu telah retak. () c) Tiga biji gelas itu telah retak. () Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa makna jamak, maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh digandakan lagi. Contoh: 1.a) Gelas-gelas minuman itu cantik-cantik belaka. (X) b) Gelas minuman itu cantik-cantik belaka () Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda seluruh yang menyatakan makna tunggal. Contoh: 1. Tiga ekor rama-rama. 2. Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan. Kata Ganda Separa

Kata ganda separa ialah kata ganda yang terhasil daripada pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Huruf vokal pada suku kata pertama kata dasar itu berubah menjadi vokal e. Kata ganda separa tidak menggunakan tanda sempang ( - ). Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja. Perhatikan contoh di bawah ini:Kata Dasar kunyit tulang riang sendi lada kata nama kata nama kata nama kata nama kata nama Kelas Kata Kata Ganda Separa kukunyit tetulang reriang sesendi lelada

Contoh penggunan kata ganda separa dalam ayat: 1. Kekotak itu disusun dengan rapi sekali. 2. Peparu wanita itu berair. 3. Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah. 4. Ibu suka makan bebotok. 5. Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah. Senarai Kata Ganda Separa. balang-balang bendul-bendul beras-beras bibir-bibir gelung-gelung = = = = = bebalang bebendul beberas bebibir gegelung juang-juang buluh-buluh kunci-kunci sendal-sendal gasing-gasing dawai-dawai = = = = = = jejuang bebuluh kekunci sesendal gegasing dedawai

jamu-jamu

jejamu

Kata ganda separa ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak. Perhatikan penerangan yang berikut.

A. Kata Ganda Separa (maksud bilangan tunggal) Contoh: oneng-oneng kekuda jejentik kekabu tetupai tetamu tetulang sesiku sesendi lelayang

B. Kata ganda separa (maksud bilangan jamak/banyak) Contoh: lelada kekotak jejala dedaun Senarai Kata Ganda Separa. bebalai bebarau bebawang bebenang bebola bebotok bebuli bebuluh cecair cecawi cecekak dedali dedalu dedamak dedaru dedawai dedaun dedaup gegasing gegendang jejaka jejala jejamong jejamu jejari jejawi jejentik jejuang kekabu kekacang kekapas kekara kekepuk kekili kekisi kekunci lelabah lelabu lelabi lelada lelaki lelayang leletup lelumba memaya pepanggil peparu pepejal peperam pepenjuru pepijat pepuyu rerambut reriang reribu reruku sesagin sesekat sesendal sesendi sesentih sesiku sesumpit sesungut tetamu tetangga tetuang tetuban tetulang tetupai tetambak tetingkat dedahan jejari pepohon bebuluh

Dalam penulisan, kata ganda separa tidak memerlukan tanda sempang ( - ). Contoh: le-laki (X) ke-kura (X) lelaki () kekura () Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa makna jamak. Contoh: 1.a) Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X) b) Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. ()

c) Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. () Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang menyertakan makna tunggal atau satu. Contoh: 1. Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu. 2. Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.

Kata ganda bersajak/berima Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami perubahan bunyi dengan memberikan kata gandaan yang berbeza daripada kata dasarnya. Kata ganda bersajak ini diberi tanda sempang ( - ). Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam ayat: 1. Mereka beroleh batu-batan itu dari bukit yang berhampiran. 2. Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikat berkenaan. 3. Mulut Tok bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah. 4. Pihak berkuasa terus memburu saki-baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan di negara ini. 5. Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya. Senarai kata ganda bersajak/berima. A. Kata ganda bersajak (kata nama) Contoh: anak-pinak awan-gemawan lauk-pauk kuih-muih semak-samun sampah-sarap gunung-ganang sayur-mayur rempah-ratus kayu-kayan bukit-bukau tali-temali

B. Kata ganda bersajak (kata adjektif) Contoh: gilang-gemilang kusut-masai segar-bugar serba-serbih terang-benderang licin-licau C. Kata ganda bersajak (kata kerja) Contoh: bolak-balik corat-coret kacau-bilau kicang-kecok susup-sasap ayun-temayun huru-hara kicak-kicau lenggang-lenggok beli-belah lekak-lekuk porak-peranda ramah-tamah riuh-rendah karut-marut gundah-gulana

D. Kata ganda bersajak (kata keterangan) Contoh: lambat-laun lintang-kedak lintang-pukang Senarai Kata Ganda Berima. adai-badai alai-balai alai-belai anak-pinak aram-temaram awan-gemawan ayun-temayun basa-basi batu-batan becang-becak bedil-bedal belat-belit bengkak-bengkil bongkar-bangkir bukit-bukau calar-balar carut-marut cebar-cebur celam-celum celas-celus celengkak-celengkok celorong-celoreng cirit-birit desas-desus dayung-mayung degap-degup dengkang-dengkol dentam-dentum deram-derum desas-desus dolak-dalik engkap-rengkap erang-erot gembar-gembur gerak-geri gilang-gemilang golang-golek gual-guil gulung-gemulung gundah-gulana gunung-ganang halai-balai hancur-mumur haru-biru herot-merot hilang-pintang hingar-bingar huru-hara huyung-hayang inca-binca incang-incut inggang-inggung jangkih-mangkih jendal-jendul jengkang-jengkot jerah-jerih jongkang-jongket jongkar-jongkir julur-jalar kalang-kabut kalut-malut kasak-kisik kebas-kebus kecuh-kecah keluh-kesah kerak-keruk keriang-keriut lekuh-lekah lempang-lempung lentam-lentum liang-liuk licin-licau lintang-pukang lopak-lapik luntang-lunting mandi-manda masak-mangsai merah-merang mercak-mercik morat-marit muda-mudi mundar-mandir musuh-masah olah-alik olang-oling orak-arik piat-piut pincang-pincing pindah-randah piut-miut polang-paling porak-peranda pontang-panting punah-ranah remeh-temeh rempah-pawah sempang-sempong riuh-rendah robak-rabik ropak-rapik rumput-rampai ranggu-rangga saki-baki sampah-sarap sara-bara saudara-mara sayur-mayur simpang-perenang suku-sakat susup-sasap susur-galur takang-takik takuh-takah tanah-tanih teka-teki terang-benderang tikai-pangkai tindak-tanduk tulang-temulang ulang-alik umbang-ambing unggang-unggit warna-warni pontang-panting serta-merta tunggang-langgang

Kata ganda bersajak/berima yang telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak atau berima itu. Contoh: 1.a) Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X)

b) c) 2.a) b) c)

Lantai bilik air itu licin-licau. () Lantai bilik air itu sangat licin. () Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X) Rambut orang gila itu kusut-masai. () Rambut orang gila itu sangat kusut. ()

Kata ganda berimbuhan Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-). Contoh: Awalan tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanyatanya Akhiran buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan Apitan bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecilkecilnya Sisipan awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukirmengukir Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut: A. Kata Ganda Berimbuhan (kata nama) Contoh: anak-anakan buah-buahan daun-daunan B. Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif) Contoh: mudah-mudahan mati-matian manis-manisan C. Kata ganda berimbuhan (kata kerja) Contoh: umpat-umpatan tuduh-menuduh keji-mengeji orang-orangan rumah-rumahan tumbuh-tumbuhan

hidup-hidupan masam-masaman besar-besaran

tumbuk-menumbuk caci-mencaci ukur-mengukur

D. Kata ganda berimbuhan (kata keterangan) Contoh: sebaiknya sesungguhnya seboleh-bolehnya seharusnya sedapat-dapatnya selewat-lewatnya Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat: 1. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang. 2. Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran. 3. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu. 4. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat. 5. Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan, kata Aida kepada Ruby.

Senarai Kata Ganda Berimbuhan. ambil-mengambil ambin-mengambin ancam-mengancam andam-mengandam angkut-mengangkut aniaya-menganiaya atas-mengatasi ayak-mengayak bahu-membahu balas-membalas bancuh-membancuh bantu-membantu bedil-membedil baham-membaham belit-membelit benci-membenci caci-mencaci canai-mencanai cari-mencari cela-mencela cetak-mencetak cium-mencium conteng-menconteng curi-mencuri dahulu-mendahului dakap-mendakap dakwa-mendakwa datang-mendatangi dayung-mendayung dendam-mendendami desak-mendesak dorong-mendorong eja-mengeja ejek-mengejek ekor-mengekori elak-mengelak endah-mengendahi faham-memahami fikir-memikir fitnah-memfitnah gali-menggali garis-menggaris gaul-menggaul gertak-menggertak gigit-menggigit gilap-menggilap hambat-menghambat hantar-menghantar harga-menghargai hasut-menghasut hentam-menghentam hias-menghias hormat-menghormati hubung-menghubungi ikat-mengikat ikut-mengikuti ingat-mengingati intai-mengintai intip-mengintip jadi-menjadi jahit-menjahit jatuh-menjatuhi jauh-menjauhi jilat-menjilat jilid-menjilid jual-menjual kacau-mengacau kafir-mengkafir kait-mengait karang-mengarang kasih-mengasihi kata-mengatai kecil-mengecilkan kira-mengira langgar-melanggar lawat-melawati lempar-melemparkan lengkap-melengkapi maaf-memaafi maki-memaki malu-memalui masak-memasak mati-matian nafi-menafikan nasihat-menasihati pandang-memandang paut-mamaut pikul-memikul pinang-meminang pilih-memilih pukul-memukul puji-memuji pujuk-memujuk ragu-meragui ratap-meratapi raut-meraut rejam-merejam rendah-merendahkan rendam-merendam renjis-merenjis sahut-menyahut salah-menyalahkan sambar-memenyambar selar-menyelar selit-menyelit silang-menyilang siram-memyiram sorok-menyorok tahu-menahu takluk-menakluki tampal-menampal tampar-menampar tarik-menarik tegah-menegah tentang-menentang tilik-menilik ubah-mengubah ugut-mengugut ukir-mengukir ukur-mengukur ungkit-mengungkit usik-mengusik utus-mengutus ulang-mengulangi yakin-meyakini ziarah-menziarahi

Apabila kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna berulangulang, maka kata berkali-kali atau berulang-ulang tidak boleh digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu. Contoh: 1.a) Adik melambai-lambaikan tangannya berkali-kali sebelum dia menaiki pesawat itu. (X) b) Adik melambai-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat itu. () Sekiranya kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.

Contoh: 1.a) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X) b) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. () c) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. () Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganda seperti yang berikut:1. Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata ganda separa. Contoh: a) Ke-kisi tingkap itu masih kukuh. (X) b) Kekisi tingkap itu masih kukuh. () 2. Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan makna jamak. Contoh: a) Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (X) b) Periuk-belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. () 3. Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah digandakan. Contoh: a) Baju-baju itu besar-besar belaka. (X) b) Baju itu besar-besar belaka. () 4. Kesalahan menyertakan kata saling kepada kata ganda menyaling dalam ayat. Contoh: 1.a) Mereka saling caci-mencaci. (X) b) Mereka caci-mencaci. () 5. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata ganda berima untuk menyatakan maksud darjah tertinggi. Contoh: 1.a) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan sangat kusut-masai. (X) b) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan kusut-masai. () 2.a) Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar. (X) b) Sayur itu kelihatan segar-bugar. () Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada kata ganda berima yang kata dasarnya terdiri daripada kata nama. Contoh: 1.a) Semua kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (X) b) Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. () 6.

Anda mungkin juga menyukai