Anda di halaman 1dari 22

Jenis-jenis Ayat

Ayat bahasa Malaysia dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan atau maksud ayat itu diucapkan.
1. AYAT

PENYATA

*Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.

contoh:

Mereka berkumpul di padang sekolah. Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu Bangunan sekolah sudah tua. Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.

2.

AYAT TANYA

*Untuk bertanya atau menyoal.

*Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: i. Ayat tanya tanpa kata tanya contoh:

Dia ke kedai lagi? Dr. Mahathir ke White House? Perempuan tua itu ibunya?.

ii. Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama contoh:

Cikgu kamu siapa? Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel) Saudari tinggal di mana? Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya dengan partikel) Cikgu kamu siapa? Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel) Saudari tingal di mana?

Di manakah saudari tinggal?.(kata tanya degan partikel)

3.

AYAT PERINTAH

*Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua.

*Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan. *Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan danpermintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolongdan sebagainya.
4.

AYAT SILAAN

*Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan

sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila. *Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat. contoh:

Sila jawap surat ini sekarang Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)

IMBUHAN APITAN
Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu. Terdiri daripada beberapa bentuk: Apitan meN......-kan dan meN............-i Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada: (a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain

(b) menyebabkan sesuatu hal itu terjadi (c) perbuatan Contoh : membasuhkan , mengikatkan, merekodkan, melayani, merawati, mengetuai

Apitan ke-..............-an
(a) boleh membawa beberapa maksud: menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar

(b) tempat Contoh : kesakitan, keletihan, kemuraman kenakalan, kesempitan

Apitan peN-....-an
(a) merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan: menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar

(b) tempat

Contoh : pedalaman, pembunuhan, penginapan,perbarisan, pelabuhan Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan Digunakan dalam ayat pasif Contoh : dianugerahkan, ditemui, diperdebatkan

Contoh ayat: Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa. Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan. Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang. Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.

NOTA IMBUHAN - TIPS UNTUK SEMUA JENIS IMBUHAN (BAHAGIAN 6)


Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan beR--an Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif.

Makna 1. Perbuatan berbalas-balas Contoh: bercakar-cakaran, bergelut-gelutan, bertarik-tarikan 2. Perbuatan berterusan Contoh: berkibaran, berguguran, berdebaran

Ayat Contoh 1. Mereka bercakar-cakaran sesama sendiri. 2. Mereka berdakap-dakapan di khalayak ramai.

1. Bendera itu tidak kelihatan berkibaran lagi. 2. Air matanya bercucuran.

3. Menunjukkan banyak yang berbuat Contoh: beterbangan, berlarian, berciciran, bergayutan

1. Orang pelarian itu berlarian untuk mendapatkan bekalan makanan. 2. Kertas-kertas itu berterbangan di atas jalan raya.

4. Masa yang panjang Contoh: berlarutan

1. Perbincangan mereka berlarutan hingga pagi. 2. Perlawanan tinju itu berlarutan hingga pusingan kedua belas.

5. Menunjukkan keadaan/kedudukan Contoh: berasingan, berdekatan, berhampiran, berjauhan

1. Mereka tinggal berjauhan. 2. Rumahnya berhampiran dengan padang sekolah.

Imbuhan apitan beR--kan Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap.

Makna

Ayat Contoh

1. Menggunakan sebagai Contoh: berpandukan, berdasarkan, beralaskan, berbajukan 2. Dengan/kepada Contoh: bersuamikan, beristerikan, bermenantukan

1. Dia tidur beralaskan lengan. 2. Mereka menjelajah hutan berpandukan kompas dan peta. 1. Haji Awang berbesankan orang kaya. 2. Karim beristerikan seorang ustazah.

INFO BAHASA Imbuhan kan pada kata yang berapitan ber--kan dapat mewakili kata sendi seperti akan, dengan, pada, dantentang. Oleh itu, kata sendi nama tidak boleh digunakan selepas kata yang berapitan ber--kan. Contoh: 1. (a) Mereka mencari gua batu itu berdasarkan pada peta. (X) (b) Mereka mencari gua batu itu berdasarkan peta. () 2. (a) Abu bertanyakan tentang jawapan kepada soalan itu. (X) (b) Abu bertanyakan jawapan kepada soalan itu. ()

Imbuhan apitan ke--an Penggunaan: Untuk membentuk kata terbitan.

Makna 1. Tempat Contoh: kementerian, kedutaan, kediaman

Ayat Contoh 1. Menteri Besar itu tidak tinggal di kediaman rasmi beliau. 2. Abangnya bekerja di Kedutaan Jepun.

2. Keadaan/hal Contoh: kemajuan, kemunduran, keputusan

1. Kepandaiannya bermain piano sukar untuk ditandingi. 2. Keputusan peperiksaan itu amat mengecewakan.

3. Bersifat/menyerupai sesuatu Contoh: kemelayuan, keinggerisan, keanakanakan 4. Hasil perbuatan Contoh: kemiskinan, kekayaan, kemusnahan, kehancuran

1. Sifat kemelayuannya jelas kelihatan. 2. Perangainya masih keanak-anakan.

1. Kemusnahan akibat peperangan itu amat teruk. 2. Mereka hidup dalam kemiskinan.

Imbuhan meN--i (me--i, mem--i, men--i, meng--i, menge--i) Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif.

Makna 1. Menunjukkan makna menjadi Contoh: menghitami, membanjiri, menghakimi, mengetuai 2. Memberikan sesuatu Contoh: menghadiahi, mengirimi, menganugerahi

Ayat Contoh 1. Mereka menghitami dinding itu dengan cat. 2. Orang ramai membanjiri stadium itu untuk menyaksikan perlawanan tenis. 1. Salman mengirimi kakaknya sekeping poskad. 2. Kamsani menghadiahi ibunya seutas rantai emas.

3. Melalui/mengalami Contoh: menembusi, menghargai, mencemburui, mencintai

1. Suami tua itu mencemburui isterinya yang muda jelita itu. 2. Dia tidak tahu menghargai pemberian orang.

4. Melakukan sesuatu perbuatan Contoh: menzalimi, mengasari, mengerasi, membengisi 5. Menjadikan sesuatu keadaan Contoh: mengubati, mengotori, membaiki, menghiasi 6. Meniadakan sesuatu Contoh: membului, menguliti, merumputi

1. Pemuda itu cuba mengasari Ahmad. 2. Kamal suka menzalimi binatang.

1. Kakak gemar menghiasi bilik tidurnya. 2. Doktor itu cuba mengubati penyakit ayah.

1. Suhaimi menebasi rumput di halaman rumahnya itu. 2. Orang-orang kampung bergotong-royong menguliti lembu korban itu.

INFO BAHASA Akhiran -i pada kata yang berapitan men--i berfungsi untuk menggantikan kata sendi seperti akan, atas, dengan, di, ke, kepada, tentang, dan terhadap. Oleh itu, kata sendi nama tidak perlu diletakkan selepas kata kerja tak transitif yang berapitan meN--i. Contoh: 1. (a) Aminah enggan mengakui akan kesilapannya itu. (X) (b) Aminah enggan mengakui kesilapannya itu. () 2 (a) Farouk suka menzalimi akan kucingnya itu. (X) (b) Farouk suka menzalimi kucingnya itu. ()

Imbuhan apitan meN--kan (me--kan, mem--kan, men--kan, meng--kan, menge-kan) Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.

Makna 1. Melakukan sesuatu

Ayat Contoh 1. Kerja-kerja menyelenggarakan bangunan itu

Contoh: membersihkan, mengemaskan, menyelenggarakan

dilakukannya sendiri. 2. Hanif mengaturkan pasu-pasu ibunya itu mengikut saiznya.

2. Melakukan sesuatu untuk orang lain. Contoh: membelikan, mencarikan, membuatkan

1. Nasir membelikan tunangnya sepasang kasut baru. 2. Joned membuatkan ibu sebuah rumah yang cantik dan selesa.

3. Menganggap sesuatu sebagaimana kata dasar Contoh: mengagungkan, membenarkan, merelakan

1. Kadir membenarkan kami menyertai rombongan itu. 2. Puan Saodah merelakan pemergian anak kesayangannya itu.

4. Menjadikan objek sebagai Contoh: mencalonkan, merajakan, mengusulkan, mengorbankan

1. Para pelajar telah mencalonkan Azman sebagai ketua pengawas sekolah. 2. Mereka telah mengusulkan cadangan itu berkali-kali.

5. Memasukkan sesuatu benda ke dalam sesuatu tempat Contoh: menguburkan, membenamkan, memenjarakan, merebankan

1. Nenek Halimah sedang merebankan anakanak ayamnya itu. 2. Orang-orang kampung menguburkan mangsamangsa kemalangan itu dalam satu liang lahad sahaja.

6. Membawa objek ke tempat Contoh: mendaratkan, mengetepikan, menyeberangkan

1. Nelayan itu berjaya mendaratkan seekor anak ikan paus. 2. Abang mengetepikan keretanya supaya tidak menghalang kenderaan lain untuk lalu di jalan itu.

INFO BAHASA

Akhiran -kan pada kata yang berapitan meN--kan dapat berfungsi sebagai ganti kata sendi akan yang menyertai kata adjektif. Oleh itu, kata sendi tidak boleh diletakkan selepas kata yang berapitan meN--kan. Contoh: 1. (a) Liza membelikan akan ibunya sepasang subang. (X) (b) Liza membelikan ibunya sepasang subang. () 2. (a) Pengawal itu tidak membenarkan akan kami masuk. (X) (b) Pengawal itu tidak membenarkan kami masuk. ()

Imbuhan apitan peN--an (pe--an, pem--an, pen--an, peng--an, penge--an, pel-an) Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan Maknanya Proses mengerjakan perbuatan yang terkandung dalam kata dasar Contoh: pembesaran, pemeriksaan, pembersihan, penyatuan, penukaran, dan sebagainya Tempat melakukan sesuatu Contoh: penginapan, penggantungan, pelabuhan, dan sebagainya Ayat Contoh Kerja-kerja pembesaran balai raya itu akan bermula esok. 2 Jabatan Pengangkutan Jalan melakukanpemeriksaan terhadap bas persiaran. Dia mengurus penginapan rombongan pelancong itu. 2 Kayu balak itu dihantar ke pelabuhanuntuk dieksport.

Imbuhan apitan pe-...-an Perkembangan dalam bahasa Melayu mewujudkan imbuhan awalan pe-...-an. Apitan pe-...-an diimbuhkan pada kata dasar tanpa melibatkan perubahan huruf awal kata dasar itu. Jumlah kata terbitan dengan apitan pe-...-an agak terhad.

Maknanya Tempat sesuatu kerja dilakukan atau tempat yang khusus

Ayat Contoh Kawasan hutan itu diterangkan untuk membina petempatan.

Contoh: petempatan, pekarangan, pedalaman dan sebagainya Hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar Contoh: peperiksaan, peperangan

2 Majlis kenduri itu diadakan dipekarangan rumahnya. Rebutan kawasan minyak mengakibatkanpeperangan antara kedua-dua buah negara itu. 2 Gopal membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR.

INFO BAHASA Awalan pe-...-an berbeza daripada awalan peN-...-an dari segi kata terbitan yang terbentuk. Contoh: pe- + periksa + -an peperiksaan

*(peN- + periksa + -an) pemeriksaan pe- + dalam + -an pedalaman pendalaman

*(peN- + dalam + -an) pe- + tempat + -an

petempatan

*(peN- + tempat + -an) penempatan

Imbuhan apitan peR-...-an Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan

Maknanya Tempat Contoh: perkampungan, perkuburan, perumahan, dan sebagainya Hal yang berkaitan dengan kata dasar Contoh: perbarisan, persamaan, pertubuhan, dan sebagainya

Ayat Contoh Pengembara itu bermalam di sebuahperkampungan di hulu sungai. 2 Kegiatan gotong-royong akan dijalankan oleh penduduk kawasan perumahan itu. Murid-murid yang menyertai perbarisanHari Sukan berlatih setiap hari. 2 Penjaja-penjaja membentuk pertubuhanuntuk memperjuangkan hak mereka.

INFO BAHASA Apabila apitan peR-...-an bergabungan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu daripada huruf r itu digugurkan. Contoh:

peR- + rumah + -an perumahan peR- + rusuh + -an perusuhan

Imbuhan apitan mempeR-...-i Apitan mempeR-...-i tidak produktif dan kata dasar yang dapat bergabung dengan apitan ini amat terhad. Setakat ini, hanya ada empat bentuk yang wajar dianggap sebagai kata kerja yang terbentuk oleh apitan mempeR-...-i, iaitu memperisteri, mempersuami,memperkawani, dan memperingati.

Maknanya Menjadikan

Ayat Contoh Datuk Kassim memperisteri biduanita yang terkenal itu. Kita tidak harus memperkawani orang-orang yang tidak berakhlak baik. 3 Tugu Negara dibina untuk memperingatijasa pahlawan yang berkorban demi negara.

INFO BAHASA Bentuk memperisteri dan mempersuami sebenarnya berbentuk memperisterii danmempersuamii setelah menerima apitan mempeR-...-i. Salah satu huruf i telah digugurkan.

Imbuhan apitan mempeR-...-kan Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif

Maknanya Menjadikan atau menyebabkan Contoh: mempertemukan, memperhambakan, mempersuami-kan, dan sebagainya menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata dasar

Ayat Contoh Pihak polis mempertemukan gadis itu dengan ibu bapanya. 2 Encik Goh mempersuamikan anak perempuannya dengan jejaka itu. Siti Nurhaliza memperdengarkan lagu terbarunya dalam konsert itu.

Contoh: memperdengarkan, mempersembahkan, dan sebagainya

2 Para peserta mempersembahkan tarian tradisional.

INFO BAHASA Kata adjektif hanya bergabung dengan awalan mempeR- dan tidak bergabung dengan apitanmempeR-...kan. Oleh itu, pastikan kamu menggunakan imbuhan yang betul untuk kata adjektif. Contoh: memperlebar ( ) memperlebarkan ( X ) memperbesar ( ) memperbesarkan ( X )

KATA NAMA - AM
1.Golongan kata nama terbahagi kepada dua, iaitu : [a] Kata nama am ; [b] kata nama khas.

2.Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan untuk membina frasa nama dan digunakan untuk menamakan orang, tempat atau benda.

Kata Nama Am 1. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang hidup seperti orang,haiwan dan sesuatu yang tak hidup seperti tumbuh-tumbuhan,tempat,benda dan sebagainya.

2. Dengan kata lain, kata nama am digunakan untuk menyebutsesuatu secara am atau umum.

3. Contoh i. Manusia hidup abang, gadis, murid murid, kerani, guru, doktor,pengawal.

ii. Haiwan

hidup

kerbau, itik, burung, singa, kura-kura, kucing.

iii. Tumbuh-tumbuhan rumput, ros, lalang, paku-pakis.

iv. Benda tak hidup bakul,pembaris, kipas ,komputer,sudu,pen, buku.

v. Tempat tak hidup tasik, pulau, pentas, dewan, kedai, negeri.

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama am dan kata nama am abstrak.

a. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dipegang atau dapat dirasa atau dikhayalkan, contoh tangan, rumah, kolam, basikal.

b. Kata nama am abstrak ialah nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan contoh perayaan, keindahan, keselamatan.

4. Kata nama am hendaklah ditulis menggunkan huruf kecil kecuali penggunaan pada pangkal ayat. Contoh ayat a. Ayah sedang membina sebuah rumah. b. Rumah itu besar dan cantik.

KARANGAN - CERITA - KEBAKARAN RUMAH JIRAN


KARANGAN JENIS CERITA

Sedang kamu dan kawan-kawan bermain di padang, kamu terdengar pekikan api! api!. Ceritakan tindakan-tindakan yang telah kamu lakukan.

KEBAKARAN RUMAH JIRAN

Pada suatu petang, saya, Cethlyne, Anjjley, dan Julaini sedang bermain bola tampar di padang. Kami terkejut apabila terdengar jeritan api! api!. Tanpa membuang masa, saya dan kawan-kawan bergegas ke tempat kejadian. Saya dapati rumah rakan sekelas kami, Sweetha telah terbakar. Salah seorang dari kamu telah berlari kearah pondok telefon untuk menelefon bomba dan polis. Saya dan rakan yang lain membantu mengangkat barang-barang penting ke tempat yang selamat. Semantara, menunggu pasukan bomba tiba, saya dan penduduk kampung telah mengambil air untuk mengurangkan kebakaran rumah Sweetha. Ketika itu Sweetha dalam keadaan panik dan bersedih. Julaini cuba menenangkannya dan berharap agar dia dapat bersabar. Sejurus, kemudian pasukan bomba tiba. Mereka bertungkus-lumus memadamkan kebakaran daripada merebak. Walau bagaimanapun rumah Sweetha tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, rumah-rumah yang lain dapat diselamatkan daripada terbakar. Pegawai Operasi Bomba mengucapkan terima kasih atas bantuan dan tindakan segera penduduk kampung. Beliau berharap amalan bantu-membantu dan bekerjasama dapat diamalkan di kalangan masyarakat. Kebanggaan juga ditunjukan kepada saya dan rakan-rakan. Keluarga Sweetha telah menginap semantara waktu di rumah saya. Pelbagai bantuan telah diterima oleh keluarga Sweetha seperti pakaian, makanan, dan wang ringgit. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan.

KARANGAN - LAPORAN - LAWATAN KE PULAU PINANG


KARANGAN JENIS LAPORAN

Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya.

LAPORAN LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini. Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel. Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel. Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh sedap dan lazat. Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki kereta kebal ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami. Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.

Laporan disediakan oleh,

2 Jun 2011

Anita
(ANITA BT AHMAD) Setiausaha Persatuan Sains

SK. Mangkapon, Pitas.

KARANGAN JENIS MENYUDAHKAN CERITA.


Petang ini aku pulang dari perpustakaan seorang diri. Ketika itu hujan renyai-renyai. Setiba di perhentian bas, aku terdengar bunyi tangisan bayi. Aku pun

(mulakan karangan dengan Aku pun ...

BAYI YANG DITINGGALKAN Aku pun terdiam sejenak. Aku cuba untuk pastikan bunyi itu betul-betul suara bayi. Hatiku bercampur-baur. Takut pun ada, gementar pun ada. Namun aku memberanikan diri untuk mendekati suara itu. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati seorang bayi yang baru lahir telah ditinggalkan disitu seorang diri. Perkara paling menyedihkanku ialah bayi tersebut diletakkan di tepi longkang dan dibalut kain putih. Bisik hatiku, Ibu bayi ini umpama binatang, binatang pun kadang-kadang sangat menyayangi anak-anaknya. Perasaan takut tadi bertukar menjadi belas. Aku mengambil tindakan segera. Aku mendukung bayi tersebut dan membersihkan kotoran yang melekat padanya. Aku juga mengelap bayi yang basah kuyup itu. Kemudian, aku cuba menahan teksi yang lalu lalang di situ. Namun, kesemua teksi yang kutahan tidak berhenti. Aku cuba menanti ketibaan bas. Tetapi bas yang kunantikan tidak juga muncul. Tiba-tiba aku mendapat satu fikiran. Kuhampiri telefon awam yang terdapat berhampiran dengan stesen bas itu,. Dalam keadaan kelam-kabut dengan tangisan bayi itu, aku cuba menelefon ke rumahku. Namun, segala-galannya hampa belaka, kerana panggilanku tidak berjawab. Mungkin ,ibu dan bapaku tidak ada di rumah,bisikku. Walaupun kecewa, kucuba sedaya upaya juga. Kali ini, aku cuba menahan kereta sesiapa sahaja. Nasib menyebelahiku apabila sebuah kereta telah berhenti dan menanyakan masalahku. Aku menceritakan apa yang berlaku. Pemuda tersebut membawa aku dan bayi tersebut ke sebuah hospital berhampiran. Kemudian, kuceritakan semua yang berlaku kepada doktor yang bertugas. Doktor tersebut telah menelefon pihak polis dan ibu bapaku. Lebih kurang sepuluh minit kemudian, pihak polis serta ibu bapaku tiba di hospital. Pihak polis telah memberikan pujian terhadap tindakanku itu. Ibu bapaku juga amat gembira dan bangga terhadap tindakanku itu.

NOTA

KATA NAMA AM 1. Kata nama am merupakan perkataan yang merujuk kepada benda bernyawa seperti orang,tumbuhan binatang dan benda yang tidak bernyawa seperti benda atau tempat secara am atau secara umum. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. 2. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu: a. Kata nama am abstrak b. Kata nama am konkrit a. Kata nama am abstrak merupakan nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan, misalnya: mimpi, diktator, kehendak sengsara, idaman, perhimpunan b. Kata nama am konkrit merupakan nama sesuatu yang dapat dilihat atau dapat dipegang dan dapat dirasaken kewujudannnya, misalnya: danau, guru, awan kucing, titi, asap 3. Berikut diberikan beberapa contoh penggunaan kata nama am dalam ayat; i. Kereta itu berwarna hitam. ii. Ular itu sedang membelit mangsanya. iii. Pelajar itu sedang mengulankaji pelajaran. iv. Bapa Ahmad bersolat di surau.

KATA NAMA KHAS 1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dan lain-lain. d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dan lain-lain.

Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia

Zaidi, Mei Fong, Subramaniam

binatang

Tompok (kucing), Jalak (ayam)

tempat

Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)

bangunan

Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku

Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)

benda

Proton Perdana(kereta), Pilot(pen),

Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am Benda bangunan kereta buku sekolah Orang doktor kerani guru budak lelaki Binatang kucing lembu katak ayam burung Tempat negeri bandar kampung tasek Tumbuhan pisang cili jambu

Kata Nama Khas Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu

limau

Limau Kasturi

Anda mungkin juga menyukai