Anda di halaman 1dari 17

AYAT TANYA

y AyatTanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan

sesuatu hal. Contoh: y Apa yang kamu buat di sini? y Kamu hendak pergi ke mana? y Kamu hendak berada di sini hingga pukul berapa? y Apakah bahan yang hendak kamu cari? y Mengapakah tajuk itu yang kamu pilih? y Bagaimanakah caranya kita boleh membantunya? y Berapakah bayarannya?
2

Ciri-ciri Ayat Tanya


y Diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan

pada akhir ayat. y Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). y AyatTanya ini boleh dalam susunan songsang dan boleh juga berbentuk pasif. Contoh: Encik Danielkah guru itu? Susunan songsang Surat itu ditulis oleh Ahmad? Berbentuk pasif
3

Perbezaan Ayat Tanya dengan ayat-ayat yang lain


Ayat Tanya
y Menanyakan sesuatu hal

Ayat Penyata
y Menyatakan atau

memberitahukan sesuatu. dan memerlukan jawapan. y Diucapkan dengan nada y Diucapkan dengan nada mendatar. suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. y Dalam tulisan diakhiri dengan tanda noktah ( . ). y Dalam tulisan diakhiri dengan tanda soal (?).

Jenis-jenis Ayat Tanya

Ayat Tanya

Ayat Tanya mudah

Ayat Tanya dengan kata tanya

AyatTanya dengan partikel -kah

Ayat Tanya Mudah


y Ayat tanya mudah ialah ayat tanya tanpa kata tanya iaitu ayat

yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. y Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanya soal (?). Contoh: Mereka pelajar Sijil Perguruan Lepasan Ijazah? Encik Daniel? Fahmi berada di ICTC?
6

Ayat Tanya dengan Kata Tanya


y Ayat tanya dengan KataTanya ialah ayat tanya yang

mengandungi kata tanya.

AyatTanya dengan KataTanya

AyatTanya dengan Kata Tanya


7

AyatTanya dengan KGN Tanya

AyatTanya dengan FSN Tanya

Kata Tanya
y KataTanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan

sesuatu atau menyoalkan sesuatu. y KataTanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.
KataTanya Apa Berapa Mana Siapa Bagaimana Bila Mengapa / Kenapa
8

Penggunaannya Untuk menanyakan nama benda atau binatang. Untuk menanyakan bilangan. Untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat. Untuk menanyakan orang atau nama orang. Untuk menanyakan hal. Untuk menanyakan waktu. Untuk menanyakan sebab.

1. Ayat Tanya dengan Kata Tanya


y Ayat yang mengandungi kata tanya seperti berapa, bagaimana, bila,

mengapa, dan kenapa. y Dalam susunan biasa kata tanya menduduki unsur predikat. y Boleh juga wujud dalam ayat pasif. y Lazimnya mengalami proses pendepanan. Contoh: Kamu bagaimana? Bila awak hendak membeli komputer?
9

2. Ayat Tanya dengan KGN Tanya


y Ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa,

dan mana. y Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat. y Boleh juga wujud dalam ayat pasif. y Boleh mengalami proses pendepanan predikat. Contoh: Orang itu siapa? Benda itu apa? Buku panduan internet itu mana?
10

Tahukah awda?
y KGN Tanya apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan

nama manusia. Contoh: Apa nama budak perempuan itu?


y KGN Tanya siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan

nama binatang. Contoh: Siapa nama kucing ini?

11

3. Ayat Tanya dengan FSN Tanya


y Ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana,

dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya. y Dalam susunan biasa, frasa sendi nama tanya hadir dalam predikat. y Boleh mengalami proses pendepanan predikat. Contoh: Mereka datang dari mana? Virus itu menyerang sejak bila?
12

Ingatlah !!!
y KGN Tanya mana tidak sama penggunaannya dengan FSN Tanya di

mana. y Apabila KGN Tanya mana digunakan, jawapannya ialah ini atau itu tetapi apabila FSN Tanya di mana digunakan, jawapannya ialah di sini atau di sana atau di situ atau di (nama tempat). Contoh: Tanya: Haris mana? Jawab: Itu Tanya: Jawab:
13

Haris di mana sekarang? Dia di Taman Tasik Unggu sekarang.

Ayat Tanya dengan partikel-kah


y Ayat tanya dengan partikal kah ialah ayat tanya yang diselitkan

dengan partikal kah dibelakang kata tanya yang diletakkan di awal ayat. y AyatTanya ini diselitkan dengan partikal kah kerana kata tanya mengalami proses pendepanan, kerana ia lebih dipentingkan. y AyatTanya jenis ini hanya ada dalam bentuk susunan songsang. Ia tidak boleh dalam binaan biasa. Contoh: Manakah Encik Daniel?
14

Contoh lain;
y Apakah sebenarnya maksudTeknologi Pendidikan dan

Informasi itu? y Mengapakah setiap guru digalakkan supaya menguasai bidang Teknologi Pendidikan dan Informasi? y Bagaimanakah caranya kita dapat mendedahkan kepentingan Teknologi Pendidikan dan Informasi kepada guru-guru? y Berapakah harga sebuah komputer yang sesuai dengan dilengkapi kemudahan internet?

15

Ingatlah !!!
y Partikal kah tidak boleh diletakkan di hujung ayat. y Partikal kah menandakan bahawa hal atau perkara tersebutlah

yang ditekankan (dipentingkan). y Partikal kah tidak boleh disertai dalam binaan biasa. y Partikal kah hanya ada dalam binaan songsang (yang dikedepankan).
y Dalam erti kata yang lain, apabila partikal kah digunakan,

bahagian predikat itu perlu dipindahkan ke hadapan kerana lebih dipentingkan. Oleh itu predikat yang disertai partikal kah tidak boleh diletakkan di hujung ayat.
16

Tahukah awda?
y Adakah digunakan untuk mendapatkan jawapan ya atau tidak.

Contoh: Tanya: Adakah dia sudah sembuh? Jawab: Ya.


y Apakah digunakan untuk mendapatkan jawapan tentang nama

binatang, benda, dan perbuatan. Contoh: Tanya: Apakah itu? Jawab: Itu kucing saya.
17

Anda mungkin juga menyukai