Mungkin hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami isi yang selalu kita
baca sejak dulu lagi. Di manakah silapnya? Adakah kita mengetahui
akan sejarah mengapa Rukun Negara diwujudkan ? Saya sendiri tidak
tahu tetapi setelah melakukan beberapa kajian di internet, barulah saya
faham. Persoalannya, adakah kita mahu belajar dari sejarah untuk
melangkah ke hadapan?
Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat pepecahan yang
berlaku angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu turut melanda
beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Kita harus melihat sejarah walau
sepahit mana pun sejarah itu sebagai penawar untuk langkah-langkah
kita yang akan datang.
Oleh itu dengan terhasilnya Rukun Negara yang lahir hasil pemikiran
Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan oleh bekas
Perdana Menteri Tun Abdul Razak selepas tragedi itu bertujuan untuk
menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama
dan bersepadu. Rukun Negara harus menjadi panduan kepada setiap
rakyat negara ini dan perlu diteruskan bagi melahirkan rakyat yang
berkualiti dan bersatu dalam satu kesepaduan.
Kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni
perlu ditekankan agar setiap rakyat tidak bertindak mengikut prinsip
tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa. Kehidupan tidak
harmoni yang telah diterapkan semasa penjajahan British dan Jepun
telah memberikan kesan yang cukup mendalam pada negara kecil ini.
Dasar pecah dan perintah telah merosakkan usaha untuk
mengharmonikan rakyat Malaysia. Justeru, rakyat perlu kembali
disedarkan bahawa wujudnya nilai-nilai yang menyeluruh ke arah
perpaduan dan persefahaman kaum.
Maka Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai
walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang demokratik
yang meletakkan kuasa di tangan rakyat dalam menentukan kerajaan
menerusi pilihanraya yang bebas. Masyarakat yang adil dalam
pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara. Masyarakat yang
Definisi
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus
Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan,
persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan
sebagainya.
Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya
golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb
Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun
2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benarmaju,mampu
berdikari, progresifdan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat
Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan
yang dianggap sebagai cabaran.
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkemampuan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan
kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama
serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan
sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan
perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana
Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk
tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.ega
TERAS STRATEGIK PIPP
Membina Negara Bangsa
Membina Negara Bangsa
Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi
tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju
menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan
membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan
negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina
Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin
pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan
aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di
kalangan pelajar.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) supaya
sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah
kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti,
bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih
yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
bersatu padu
Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum
terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan
rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan
pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula
prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang
menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping
mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang
berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para
pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih
perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai
sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu
berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok
yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang
berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar
yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.
Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan
Memperkasakan Sekolah
Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah
bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah.
Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka,
Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri
pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan
tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan
warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip- prinsip Rukun Negara ke arah
menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.
Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri-
Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah
bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan
lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan
bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
TEKS PIDATO
(BACAAN MENGIKUT BARIS)
Rukun Negara Membentuk Jati Diri
Kejadian 13 Mei yang mengegarkan negara,
Menyebabkan goyahnya perpaduan negara,
Lantas diperkenalkan Rukun Negara
Mari kita telusuri kekuatan Rukun Negara.
Terima kasih pengerusi majlis,
Barisan panel hakim yang arif,
Def-def terhormat,
Datuk-datuk,
Datin-datin,
Serta warga dewan sekalian,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rukun Negara Membentuk Jati Diri
Begitulah bunyi tajuk pidato saya hari ini,
Saudara dan saudari.
Secara tuntasnya atau definisi seluruhnya,
Pidato yang akan saya dendangkan,
Akan membuktikan,
Tidak sampai seminggu. Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek menyampaikan permohonan maaf
terbuka Wee Meng Chee yang mencipta klip video mempersendakan lagu Negaraku, beliau
menyampaikan pula persetujuan MCA setuju supaya penuntut itu dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, MCA setuju tindakan undang-undang diambil kerana ia selaras dengan prinsip parti berkenaan
bahawa perkataan lucah dan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tidak boleh digunakan sematamata atas nama kebebasan.
``Kita berharap kerajaan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar prinsip ini dan kita
serahkan kepada kebijaksanaan Peguam Negara untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai apa
tindakan yang seharusnya dikenakan,'' katanya di Petaling Jaya hari Selasa.
Sebelum ini, akhbar-akhbar melaporkan Dr. Chua bagi pihak Meng Chee meminta maaf kepada kerajaan
dan rakyat Malaysia yang tersinggung dengan penyiaran lagu yang diberi tajuk `Negarakuku itu.
Meng Chee juga dilaporkan telah mencipta sebuah lagi lagu bertajuk Kawanku/My Friends yang terangterangan menghina kaum Melayu.
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan proses undang-undang
terhadap Meng Chee, 24, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Awam sebuah universiti di Taiwan akan
diteruskan walaupun dia sudah meminta maaf secara terbuka.
Dalam pada itu, Soi Lek berkata, beberapa kenyataan pemimpin MCA sebelum ini supaya kes itu
diselesaikan setelah Meng Chee meminta maaf tidak harus disalah tafsir bahawa parti itu
mempertahankan orang yang menggunakan perkataan lucah serta memperalatkan agama dan kaum.
``Ini tidak benar kerana kita menghormati prinsip saling hormat menghormati dalam sebuah negara
majmuk dan kita bersetuju tindakan diambil bukan sahaja terhadap Meng Chee malah kepada sesiapa
yang melanggar undang-undang dan menggugat keharmonian antara kaum,'' tegasnya.
Beliau menjelaskan, pihaknya mahu isu itu diselesaikan segera kerana bimbang ia diperalatkan oleh
pihak tidak bertanggungjawab termasuk parti pembangkang demi kepentingan politik mereka.- 21/8/2007
Bagi aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, tindakan pelajar itu yang menghina lagu Negaraku sangat
memalukan dan mengecewakan.
Beliau yang juga Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata sebagai rakyat
Malaysia, sesiapapun tidak boleh menyindir atau memalukan negara dalam apa jua keadaan
sekalipun.
Menurutnya, lagu Negaraku lambang untuk membuktikan taat setia rakyat kepada negara.
Saya kesal kejadian seperti ini boleh berlaku, malah ketika kita bakal menyambut ulang tahun ke50 kemerdekaan negara, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Ahmad Ikhmal Ismail, berkata perbuatan pelajar itu
yang menyanyi lagu kebangsaan dengan selitan nyanyian rap dalam bahasa Mandarin serta menyindir
kerajaan dengan perkataan kasar dan lucah, jelas menunjukkan sikap biadab yang melampau.
Katanya, pelajar itu perlu dikenakan tindakan setimpal mengikut Akta Lagu Kebangsaan supaya
menjadi pengajaran kepada pihak lain lagu Negaraku tidak boleh diperlekehkan.
Sebagai rakyat Malaysia, dia perlu berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan mempunyai
perasaan sayang pada tempat kelahirannya. Jika sudah tak sayang dengan negara ini, tak perlulah
balik lagi.
Serahkan saja kewarganegaraan dan tinggal saja di bumi asing. Sebaik terbaca laporan berita
semalam, saya berasa sangat sedih, marah dan kecewa kerana ada yang sanggup hina negara
sendiri, katanya ketika dihubungi semalam.
Ahmad Ikhmal mahu tindakan dikenakan terhadap pelajar itu walaupun dia tidak ada dalam negara
sekarang ini.
Sebaik saja dia pulang, tindakan boleh dikenakan terhadapnya. Ini penting bagi memberi amaran
pada yang lain supaya tidak bersikap biadab begini.
Penggunaan Internet memang tidak dapat dielakkan tetapi ia perlu diterapkan dengan rasa
tanggungjawab. Apa yang dilakukan pelajar ini amat biadab. Bukan saja kita perlu menyiasat latar
belakangnya, kita juga perlu menyiasat keluarganya untuk mencari punca mengapa dia bersikap
seperti itu, katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia, Amir Hamzah Allapitchay, berkata jika
pelajar terbabit dilepaskan begitu saja, ramai lagi golongan biadab tampil menghina negara dengan
cara masing-masing.
Orang seperti ini sama seperti pembelot negara. Mereka tidak ada perasaan sayang pada negara
sendiri dan tak layak menjadi warga bumi bertuah ini. Apa yang lebih menyakitkan hati, pelajar itu
boleh pula menulis dengan sinis dalam laman web itu meminta dia tidak disaman, katanya.
Muka depan akhbar ini semalam menyiarkan perbuatan seorang pelajar jurusan Komunikasi Massa di
Universiti Ming Chuan, Taiwan, yang dikenali sebagai Namewee menyanyikan lagu Negaraku
mengikut caranya sendiri dengan menyelit nyanyian rap dalam bahasa Mandarin.
Nyanyiannya boleh dilihat dalam video klip selama lima minit 32 saat di sebuah laman web, You Tube
sejak pertengahan bulan lalu.
Selain memberi nama baru kepada lagu kebangsaan iaitu Negarakuku, dia yang berusia 24
tahun menyentuh sensitiviti umat Islam dengan memperlekeh ibadat mereka dan sikap orang Melayu.
Dia turut menyindir anggota polis dengan mengamalkan rasuah serta merendahkan imej kakitangan
kerajaan kerana didakwa lembap menangani urusan pelanggan.
Klip video itu memaparkan Namewee menyanyikan lagu berkenaan di sebuah bilik yang
berlatarbelakangkan bendera Malaysia dengan diselang-seli imej masjid, umat Islam beribadat,
Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.
Beberapa imej yang dipercayai dicedok daripada iklan Tourism Malaysia sempena promosi Tahun
Melawat Malaysia 2007 turut dipaparkan.
Pada akhir klip video berkenaan pula dipaparkan ayat yang berbunyi Jangan sue saye, saye takde
duit (Jangan saman saya, saya tak ada wang).
``Saya rasa tersinggung apabila mendengarnya. Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut,'' katanya
ketika sesi soal jawab hari ini.
Kepada soalan tersebut, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, pihaknya tidak
akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya penyanyi itu mengubah versi asalnya dengan tujuan untuk
menghina lagu kebangsaan.
Beliau berkata, ini kerana penyampaian lagu Negaraku perlu menepati versi rasmi dan sebarang unsur menghina
dan mempermainkan lagu tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Lagu Kebangsaan.
``Isu penyanyi Hattan mempersembahkan lagu Negaraku tidak mengikut versi rasmi di hadapan Yang di-Pertuan
Agong serta ribuan penonton perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, pihak kementerian akan meneliti dan
menyiasat teguran itu sebelum sebarang tindakan diputuskan.
``Kementerian juga akan berbincang dengan Kementerian Penerangan mengenai hal berkenaan. Sekiranya didapati
benar penyanyi berkenaan mempunyai niat tertentu maka tindakan akan diambil,'' katanya.
2010/08/26
JAKARTA: Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus
bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh
dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.
Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak "ganyang Malaysia" bagi
membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di
perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13
Ogos lalu.
Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang
menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan
kedutaan.
Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana
membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia,
ke arah pasukan keselamatan.
Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia
oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian
25 JAN 2010
Hina raja Melayu: Laporan polis dibuat
JOHOR BAHRU 24 Jan. - Pemuda UMNO Johor hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog yang
didakwa mengeluarkan kenyataan menghina institusi raja-raja Melayu.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kira-kira pukul 6.30 petang ini.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Fadhil Maskon menyifatkan tindakan penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna itu
sebagai biadab kerana tidak menghiraukan sensitiviti rakyat Johor yang masih bersedih dengan kemangkatan
Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Beliau berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan penulis blog itu dan berharap pihak berkuasa terutamanya
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan tegas ke atas individu
terbabit.
"Rakyat Johor masih lagi dalam keadaan berdukacita dan perasaan itu bertambah apabila seorang penulis blog yang
sanggup mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.
"Kemajuan teknologi hari ini dan kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalah guna sehingga membolehkan kita
menggugat keharmonian negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum itu, lebih 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Gerakan Belia 4B Johor berhimpun di luar Istana Besar di sini
bagi membantah kenyataan penulis terbabit di dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.
Selepas menerima banyak komen pengunjung blog yang mengkritik tulisan itu, penulis terbabit memohon maaf
namun tetap mempertahankan ideologinya.
Utusan Malaysia yang cuba melayari blog itu mendapati tulisan tersebut telah ditarik balik.
''Pihak kementerian dengan kerjasama SKKM juga akan terus memantau laman blog yang menyentuh tentang
perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di
sini hari ini.
Jumaat lalu, seorang juruteknik komputer sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban
terhadap pertuduhan menghina institusi kesultanan dan rakyat Johor menerusi blog adukataruna.blogspot.com
pada 22 Januari lalu.
Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini
antara 7.25 malam dan 9.05 malam.
Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Semberong berkata, tindakan menyentuh perkara yang boleh
membangkitkan kemarahan orang ramai adalah suatu perkara yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab
apatah lagi ia melibatkan imej sesebuah negara.
''Saya percaya kita sepatutnya bersatu dalam memikul tanggungjawab berhubung kes sensitiviti orang ramai
seperti institusi raja-raja Melayu dan agama agar ia tidak berleluasa sehingga membakar emosi rakyat," katanya.
Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan
Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. DR. MAHATHIR
MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)
Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan
pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu
dihormati. MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat
perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di
Jabatan Perdana Menteri)
Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang, manakala
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. JAMALUDIN YUSOF
(Presiden Pekida)
Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke
mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri.
IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)
Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja
termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling
tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat
FILEM Invictus arahan Clint Eastwood mungkin gagal memenangi anugerah pada anugerah Academy baru-baru ini.
Tetapi filem bersifat biografi mengenai bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan berlatarkan pasukan
ragbi Afrika Selatan mempunyai pengajaran tersendiri untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Plot yang ditampil dalam filem Invictus adalah bagaimana Mandela yang dilakonkan oleh Morgan Freeman berusaha
meyakinkan rakyat untuk menyokong pasukan mereka, atau dalam lain perkataan berusaha menyatupadukan
rakyatnya yang saling berdendam antara satu lain.
Peluang yang diberikan kepada Afrika Selatan untuk menjadi tuan rumah kepada Ragbi Piala Dunia pada 1995
digunakan sepenuhnya oleh Mandela untuk menyatupadukan kulit putih dan kulit hitam melalui sukan.
Dorongan demi dorongan diberikan kepada pasukan ragbi kebangsaannya untuk meraih sokongan rakyat. Ini
termasuk menjelajah ke seluruh negara terutama di kawasan kulit hitam dengan mengadakan klinik bagi
mengurangkan perbezaan dan rasa sangsi hanya kerana perbezaan warna kulit.
Malah Mendela sendiri menyuntik semangat kepada pasukan ragbi negara untuk berusaha dan menjadi juara dunia.
Hasilnya, ketika pasukan Afrika Selatan beraksi pada perlawanan akhir menentang New Zealand mereka mendapat
sokongan padu daripada lebih 60,000 penonton dalam stadium termasuk yang berkulit hitam.
Ketua Pasukan Afrika Selatan Franois Pienaar berkata, sokongan yang diterima bukan sekadar 60,000 penonton
dalam stadium tetapi semua 43 juta rakyat negara itu tanpa mengira warna kulit.
Sokongan itu menjadi pendorong untuk Springboks mengejutkan New Zealand All Black muncul sebagai juara dan
sekali gus mengubah senario politik di Afrika Selatan.
Daripada situ prejudis antara kulit putih dan kulit hitam mula terhakis. Mandela yang nyata berpuas hati dengan
perkembangan tersebut tampil dengan ungkapan: "Mereka mahukan ketua, saya beri mereka juara."
Elemen penting yang diketengahkan melalui filem Invictus ialah bukan soal Mandela atau soal Afrika Selatan menjadi
juara. Tetapi persoalan mengenai kuasa sukan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum.
Perkara yang sama berlaku di Malaysia. Ketika para pemimpin politik saling bertikam lidah mengenai siapa yang
lebih rasis, jutaan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan duduk bersengkang mata lewat malam bagi meraikan
Datuk Lee Ching Wei muncul juara Seluruh England.
Ketika politik dilihat memecahbelahkan, Malaysia memerlukan juara melalui sukan untuk menyatupadukan
rakyatnya.
Perkara yang sama juga berlaku pada sukan lain. Pada kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia baru-baru ini,
ribuan peminat daripada pelbagai keturunan menaruh harapan agar salah seorang pemain negara sama ada Danny
Chia atau yang Iain seperti Steel, Shaaban Husin, Airil Rizman Zahari, S. Sasidaran, Ben Leong atau S.
Sivachandran muncul sebagai juara.
Tetapi harapan itu tidak menjadi kenyataan. Begitu juga dalam perlawanan bola sepak. Cuba lihat ketika pasukan
bola sepak negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Laos tidak lama dahulu.
Walaupun hanya sekadar peringkat Sukan SEA, tetapi setiap lapisan rakyat memberikan sokongan.
Bayangkan jika pasukan negara beraksi di peringkat lebih tinggi. Para peminat akan tampil memberi sokongan tanpa
dibatasi prasangka perkauman.
Tidak ada batas perkauman dalam sukan dan sukan mampu meruntuhkan batas-batas itu. Sebab itu usaha kerajaan
untuk memaju dan mengangkat martabat sukan di negara ini perlu disokong semua pihak.
Persatuan sukan di negara ini perlu kurangkan politik dan ketepikan kepentingan diri. Sebaliknya berikan lebih
tumpuan untuk hasil juara. Jika kita ada juara ia mampu menjadi senjata untuk menyatupadukan dan mengeratkan
hubungan rakyat pelbagai kaum.
Pengalaman beberapa negara asing membuktikan bahawa kejayaan di pentas sukan antarabangsa mampu
menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar belakang. Malaysia juga begitu. Semangat patriotik rakyat tanpa
mengira kaum dan agama jelas apabila pasukan kita menentang pasukan luar. Ia merupakan satu bentuk perpaduan
yang nyata.
*Ketiga, sukan massa yang telah diperkenalkan kepada masyarakat sejak beberapa tahun lalu perlu dilihat semula
daripada segi keberkesanannya untuk menjana semangat 'kebersamaan' di kalangan rakyat berbilang kaum. Sukan
massa atau "sukan untuk semua" adalah kegiatan sukan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat setempat.
Jadi bagaimana sukan massa mampu menyediakan ruang dan peluang untuk anggota masyarakat berkenalan,
memahami budaya kaum lain, melahirkan perasaan saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain perlu
diperhalusi.
Mungkin Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan Negara dan aktivis masyarakat boleh memulakan
gerakan ke arah merangka sukan di peringkat komuniti yang lebih terserlah, berkesan dan benar-benar
menyumbang kepada Satu Malaysia.
*Keempat, gagasan menyatupadukan rakyat melalui sukan sukar untuk dicapai jika kekurangan kemudahan sukan.
Projek-projek prasarana sukan untuk kemudahan rakyat boleh diwujudkan dengan menggabungkan sumber
kewangan kerajaan, badan-badan korporat dan sumbangan rakyat. Kaedah ini diyakini dapat mengatasi kekurangan
gelanggang badminton, padang bola sepak, gelanggang futsal, bola keranjang serta padang hoki. Jika aktor Shah
Rukh Khan boleh menyumbang kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), saya percaya rakyat kita,
terutamanya sektor korporat juga mampu berbuat demikian.
Oleh itu, usaha mempromosikan sukan sebagai alat perpaduan perlu diperhebatkan. Antara yang boleh dilakukan
ialah mewujudkan slogan baru sebagai 'ibu' kepada slogan-slogan sedia ada.
Selari dengan hasrat Satu Malaysia, slogan seperti "Sukan Menjana Perpaduan Satu Malaysia" atau "Satu Sukan,
Satu Malaysia" boleh diwujudkan demi menyediakan hala tuju yang satu untuk semua.
Begitu juga dengan nama Sukan Malaysia (SUKMA) yang boleh ditukarkan kepada "Sukan Perpaduan Malaysia".
Selain itu, anugerah "Tokoh Sukan Satu Malaysia" juga boleh diberikan kepada individu yang memberi sumbangan
bermakna kepada pembangunan sukan dan perpaduan negara.
Gagasan Satu Malaysia adalah untuk mengekal dan mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum. Maknanya,
pencapaian gagasan itu adalah satu proses atau perjalanan yang tidak akan selesai dalam sekelip mata. Ia
memerlukan kerjasama semua pihak dan kita perlu komited ke arah itu.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama Islam
setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan perayaan
keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau
Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi
kalendar cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai
Deepavali. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak mereka meraikan Gawai Dayak sebagai
perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang
merayakan Tadau Kaamatan sebagai perayaan tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim
menuai. Bagi penganut Kristian perayaan Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di
seluruh negara.
Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya dalam
mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang
terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha
untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Selain itu amalan rumah terbuka memberi
makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk
megelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga dilihat sebagai salah satu
pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik
mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang
atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada
kita
untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu
dibimbangi.
Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul mesra
dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin kesayangan mereka
secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah petemuan menarik yang
mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang
jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta
bangsa.
Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin
sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya
kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka
berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang- orang India, Cina, Iban,
Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama- sama dengan orang Melayu dan
begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain dan
berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga
merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita untuk
mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa
menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat untuk menentukan
keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui Kementerian
Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan persatuan lain
supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan dengannya.
Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan kerjasama
kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia Hari
Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina pula telah diadakan pada 4
Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana
Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah
Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah
atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada
kita
untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu
dibimbangi.
Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul mesra
dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin kesayangan mereka
secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah petemuan menarik yang
mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang
jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta
bangsa.
Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin
sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya
kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka
berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang- orang India, Cina, Iban,
Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama- sama dengan orang Melayu dan
begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain dan
berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga
merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita untuk
mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa
menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat untuk menentukan
keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui Kementerian
Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan persatuan lain
supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan dengannya.
Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan kerjasama
kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia Hari
Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina pula telah diadakan pada 4
Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana
Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah
Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah
pada 31 Mei 2001, Hari Gawai di Kuching Sarawak pada 9 Jun 2001, Deepavali di Kuala
Lumpur Oktober 2001 dan Krismas pada Disember 2001.
Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya rumah- rumah terbuka
ini cenderung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat yang
harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang
mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, gagal untuk mencapai tahap perpaduan.
Malah rakyat negara berkenaan saling bercakaran sesama diri.
Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada ada budaya dan konsep
seruan beragama anutan setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Tanpa mengira man- mana
perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,atau Hari Natal masing- masing tetap
meyambutnya dengan cara tersendiri. Sesungguhnya proses pembudayaan yang wujud dalam
konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau lebih budaya. Ini menyebabkan
berlakunya proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti
kepada kaum majoriti. Sebagai contoh banyak unsur melayu akan diterima secara tidak langsung
sebagai unsur-unsur budaya kepada kaum lain seperti Iban, Murut dan sebagainya ekoran perayaan
sering diadakan saban tahun.
Amalan rumah terbuka memdedahkan semua kaum kepada kepelbagaian budaya
masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain, dan
mengeratkan hubungan silaturahim, amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah
kaum-kaum lain, memahami di antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan
pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung semangat toleransi akan
tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sikap toleransi ini sangat penting dalam mewujudkan
sebuah negara yang utuh disamping mencapai matlamat menjadikan negara Malaysia sebuah
negara bangsa.
Simboliknya Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk
memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai
jambatan memgeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan antara kaum ke arah
hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar
sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan
pudarmalah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit
demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang. Pertemuan masyarakat
berbilang kaum, berbagai keturunan termasuk pelancong
asing dapat dilihat terutamanya pada masa majlis terbuka kebangsaan yang dianjurkan
oleh
kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Kemeriahan majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal menterjemahkan segala-galanya betapa kukuh jalinan muhibah di kalangan
rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Perpaduan yang kukuh itu turut menterjemahkan bahawasanya semangat 1Malaysia sudah lama berputik sekali gus menunujukkan rakyat
negara ini berpegang pada prinsip saling hormat-menghormati sesama sendiri.
Uniknya, kunjungan tetamu terdiri dari berbilang bangsa bukan sahaja berseorangan bahkan mereka datang secara beramai-ramai sambil
bersalaman dan bertanyakan khabar.
Ia menunjukkan semangat silaturrahim sentiasa berputik kerana kestabilan politik dan keharmonian negara adalah tanggungjawab bersama.
Menurut Penolong Pegawai Tadbir, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dari Ibu Pejabat di Jabatan Ketua Menteri (JKM) En. Said
Kani, ekoran semangat silaturrahim yang tinggi di kalangan rakyat telah mendorong sesetengah negara menjadikan Malaysia sebagai
contoh terbaik.
" Negara kita memang unik sekali, meski pun terdiri dari berbilang bangsa dan agama tetapi saling hormat-menghormati membolehkan
perpaduan yang terjalin bertambah erat," katanya kepada Utusan Borneo".
Beliau berkata begitu pada Majlis Jamuan Aidilfitri di sebuah restoran terkemuka di bandar Lahad Datu pada malam Rabu lepas sempena
lawatan rasmi rombongannya keatas UKKR N49 Tungku dan N50 Lahad Datu.
Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaludin dan PKR Lahad Datu, Aljen Johnny serta pegawaipegawai UKPR dari kawasan terbabit.
Kata Said, konsep rumah terbuka yang diamalkan di Malaysia sebenarnya memberi mesej jelas semangat 1Malaysia terus subur.
Ini kerana, katanya konsep sedemikian jarang-jarang kita lihat di negara-negera lain melainkan di Malaysia yang umum mengetahui
penduduknya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.
" Sebenarnya, konsep rumah terbuka telah memberi banyak manfaat bukan sekadar dapat berjabat tangan sambil bertanya khabar bahkan
tetamu yang datang turut dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan yang sudah pasti mengukuhkan lagi hubungan perpaduan yang
terjalin,": tambah beliau.
Beliau berkata, tambahan pula gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tentu
akan membawa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,
Sementera itu, Datu Baniamin pula menegaskan semangat toleransi ini adalah hasil kesedaran rakyat yang mengambil iktibar dari keperitan
hidup pada zaman penjajahan suatu ketika dahulu.
Menurut beliau, ia perlu dikekalkan kerana kejayaan sesebuah bangsa dan negara apabila penduduknya saling bersatu.
" Semangat toleransi ini memberi kekuatan kepada kita untuk mengorak kemajuan yang lebih pesat apatah lagi negara sedang menuju ke
era Wawasan 2020, " jelasnya.
Ujarnya, sikap suka bertelagah tidak akan memberi apa-apa kebaikan bahkan kemudaratan dan oleh hal demikian semua pihak perlu
berganding bahu bagi memastikan keharmonian terus dikecapi sampai bila-bila.
" Tengoklah sesetengah negara yang suka bertelagah tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan hanya kerana tengok keadaan porakporanda yang berlaku.
" Jesteru, kita perlu mengelak semua itu. Pun begitu, saya berbangga dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang lebih mengutamakan
perpaduan kaum di mana semangat sedemikian telah membolehkannya begitu terkenal sebagai di antara negara wajar menjadi ikutan, "
kata Datu Baniamin.
Keramahan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh penduduk Malaysia memikat hati 13
orang pelajar berasal dari Switzerland yang sedang menuntut di salah sebuah universiti
di Singapura. Kedatangan mereka ke Homestay Batang Nyamor, Negeri Sembilan pada
13 Januari 2010 yang lalu diketuai oleh Ketua Delegasi, Profesor Dr Lester Massing.
Turut hadir mengiringi tetamu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, YB Dato Dr
Awaludin Said dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), Kampung Batang Nyamor, Yunos Mohd Yusof. Para tetamu disambut meriah
dengan persembahan dikir rebana sambil diarak masuk ke Balai Raya Kampung
Batang Nyamor. Di situ, mereka dipersembahkan pula dengan sebuah tarian terinai,
sejenis tarian tradisional Negeri Sembilan.
Mereka yang ditemui gembira dan terhibur dengan persembahan yang diadakan serta menyifatkannya sebagai
antara acara terbaik pernah disaksikan.
Mereka turut kagum dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh negara selepas merdeka seperti mana yang
dipersembahkan dalam acara perarakan.
Pelancong dari Jerman, Thomas Honigman, 35, berkata, acara yang diadakan hari ini sungguh menarik dan unik
kerana ia menggabungkan kebudayaan daripada pelbagai kaum negara ini.
L``Ini akan menjadi kenangan manis bagi saya kerana dapat bersama-sama dengan rakyat negara ini menyambut
kemerdekaan dengan penuh meriah dan warna-warni,'' katanya.
Pelancong dari Belanda, Jacquline Bens, 30, pula menyifatkan sambutan itu sebagai acara paling meriah yang
pernah disaksikan.
Katanya, beliau kagum dengan semangat bersatu padu yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini termasuk para
peserta yang menjayakan perarakan.
``Walaupun rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi semangat bersatu padu yang ditunjukkan oleh
mereka ketika menyambut kemerdekaan amat mengagumkan saya,'' ujarnya.
Pelancong Kanada, Al Joly, 44, pula berkata, sambutan Hari Kemerdekaan di sini amat menakjubkan.
``Ia penuh warna-warni dan menggabungkan pelbagai budaya, muzik dan juga persembahan,'' katanya.
Angelica Marcano, 27, dari Venezuela berkata, pengalaman menyambut kemerdekaan tahun lalu di Shah Alam
menarik perhatiannya untuk datang lagi ke Malaysia.
``Kali ini saya datang lebih awal dan saya dapat rasakan suasana yang lebih meriah berbanding tahun lalu,'' katanya.
Mark Schouten, 26, dari Belanda pula berkata, dia seronok dan bertuah kerana dapat berada di Dataran Merdeka
pada hari ini.
``Saya tidak pernah melihat ini semua. Pelbagai kaum bersatu, bergembira merayakan sesuatu,'' katanya yang
berada di sini atas tujuan perniagaan.
Pelancong Jerman, Klug, 44, pula berkata, beliau gembira dan kagum dengan pencapaian yang telah dinikmati oleh
Malaysia setelah merdeka.
``Ia sungguh mengagumkan melihat kemajuan dalam bidang perindustrian seperti ditunjukkan pada perarakan tadi ,''
katanya.
Henk Van Der Sluijs, 32, dari Belanda, berkata, beliau tidak menyesal memendekkan percutiannya di Pulau Tioman
untuk berada di sini menyaksikan kehebatan sambutan Hari Kemerdekaan.
``Hari ini adalah untuk kita gembira bersama-sama dan bukan untuk saling membenci antara satu sama lain. Saya
rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripadanya,'' ujarnya.
Dalam pada itu, seorang warga tempatan Gurmit Singh, 36, berkata, beliau tidak mahu melepaskan peluang
menyambut Hari Kemerdekaan selepas terlepas peluang tahun lalu.
``Ini cuma sekali setahun,'' katanya yang sanggup untuk mewarnakan serban dengan warna bendera Malaysia serta
memakaikan anaknya dengan pakaian berlatarkan warna Jalur Gemilang.
``Ini untuk membangkitkan lagi semangat kemerdekaan,'' tambahnya.
2010/09/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan negara turut disertai pelancong asing yang
begitu gembira dengan sokongan yang diberikan rakyat Malaysia dalam mengekalkan keamanan negara
daripada cengkaman penjajah.
Mereka begitu teruja bergambar dengan rakyat negara ini yang berpakaian Jalur Gemilang menggambarkan
semangat patriotik terhadap negara tercinta.
Pelancong dari Cina, Wang Xing Kai, 21, berkata, dia bangga terpilih menjejakkan kaki ke Malaysia kerana
rakyatnya bersemangat menyambut kemerdekaan tanpa mengira kaum.
Katanya, semua kaum bekerjasama bagi menjayakan kemerdekaan ini termasuk membuat formasi
pertunjukan yang membabitkan semua masyarakat.
Dengan kerjasama itu, semua formasi yang ingin ditonjolkan menjadi dan menarik hati hingga menggamit
hati saya untuk datang lagi ke negara ini pada masa akan datang.
Ini pengalaman pertama saya di sini apabila terbabit pertukaran pelajar di Universiti Malaya selama lima
bulan bermula Mei hingga Oktober ini, katanya.
Wang berkata, keamanan Malaysia menjadi contoh semua negara kerana ia dapat membangunkan ekonomi
di mata dunia.
Yang
Yang
Yang
Yang
pelancong asing merungut terhadap tahap kebersihan di negara ini. Gambar fail
Ng berkata perkara itu terjadi apabila ada pelancong asing dari London
memberitahu baginda bahawa kebersihan Malaysia masih belum memuaskan.
Saya ada menerima SMS daripada baginda Sultan Pahang yang berada di London
beberapa hari lalu, memberitahu ada pelancong negara berkenaan merungut dan
memberitahu baginda mengenai tahap kebersihan negara.
Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan baginda terhadap perkara ini
dan mengakui tahap kebersihan khususnya di tempat awam memang masih belum
memuaskan, katanya.
Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran 1Malaysia Indah,
1Malaysia Bersih, di Kampung Pulai, dekat sini, petang kelmarin. Hadir sama Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusoff.
Ng yang juga Naib Presiden MCA berkata, kementeriannya sentiasa komited dalam
memastikan tahap kebersihan negara sentiasa memuaskan melalui penganjuran
beberapa kempen.
Katanya, pengenalan kempen 1Malaysia Indah, 1Malaysia Bersih, banyak memberi
pengajaran kepada rakyat dalam menjaga keber-sihan persekitaran dan kini sudah
menunjukkan peningkatan dalam menjaga kebersihan di negara ini.
Negara mempunyai banyak tempat menarik dengan flora faunanya yang masih
belum terjejas walaupun sudah berlaku pembangunan pesat di Malaysia dan ini
masih mampu pelancong asing ke sini.
Namun, apa yang kita bimbangkan ialah usaha memastikan tahap kebersihan
sentiasa dipertingkatkan bukan saja kebersihan persekitaran, malah ia juga
termasuk keceriaan tandas awam, katanya.
Beliau berharap rakyat negara ini akan lebih bertanggungjawab dalam menjaga
kebersihan dengan tidak hanya meletakkan tugasan ini di bahu kerajaan serta
pihak berkuasa tempatan (PBT) saja.
Rakyat Malaysia harus menanam sikap ingin melihat negara sentiasa bersih dan
mereka boleh merealisasikannya dengan mengutip sampah serta membuangnya ke
dalam tong sampah, katanya. BM
BERAPA ramaikah rakyat Malaysia memahami Rukun Negara? Kalau diajukan persoalan kepada orang awam di
pusat beli-belah, kopitiam, pasar malahan golongan intelektual di menara gading, berapa ramaikah dalam kalangan
mereka yang berani menabik dada lalu menyatakan bahawa mereka memahami segala inti pati dalam Rukun
Negara?
Tujuan di sebalik penggubalan Rukun Negara adalah untuk mencipta falsafah negara yang dapat dijadikan sebagai
tatasusila.
Rukun Negara seperti tonggak tatasusila rakyat Malaysia, mirip kepada Pancasila yang menjadi falsafah dan
pegangan warga Indonesia.
Sebenarnya, insiden hitam yang menimpa negara pada 1969 yang kini lebih dikenali sebagai Tragedi 13 Mei
mencelikkan pemimpin negara bahawa satu falsafah perlu dicipta untuk dijadikan pegangan seluruh masyarakat
Malaysia
tanpa
mengira
fahaman
politik,
anutan
agama,
bangsa
dan
keturunan.
Justeru, lahirlah Rukun Negara dengan lima prinsip utamanya. Kelima-lima prinsip itu dirangka berdasarkan
keperluan
nasional
dan
rupa
bentuk
komposisi
penduduk
negara.
Objektif sebenar di sebalik prinsip pertama Rukun Negara ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai
pegangan
kuat
dan
tidak
mudah
bergoyah
terhadap
ajaran
agama
masing-masing.
Sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia, Rukun Negara juga menghendaki rakyat menumpahkan perasaan taat
setia
sepenuhnya
serta
tidak
berbelah-bahagi
kepada
raja
dan
negara.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan prinsip demokrasi, rakyat dituntut
agar melafazkan kesetiaan kepada raja yang berupa simbol perpaduan negara dan payung kepada seluruh rakyat
jelata.
Setiap warga negara sememangnya bertanggungjawab dalam usaha memastikan kedaulatan undang-undang
negara kita tidak tercemar mahupun dilanggar oleh mana-mana pihak dan elemen negatif.
Setiap rakyat Malaysia mesti mempamerkan tahap kelakuan yang terpuji lagi sesuai dengan amalan budaya
masing-masing.
Memandangkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, terdapat unsur kepelbagaian
dalam
amalan
kebudayaan
masyarakat
majmuk
kita.
Bagaimanapun, setiap warga negara dikehendaki menunjukkan peri laku sopan dan bertatasusila dalam kehidupan
seharian.
Rukun Negara adalah falsafah untuk dihayati dan dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia sesuai
dengan tatasusila dan norma anggota masyarakat kita tanpa sebarang penguatkuasaan undang-undang.
perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas
-diamalkan.
Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua
negeri.
Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan
saling menghormati.
Mahu tidak mahu seluruh Rakyat Malaysia perlu kembali kepada asas ini agar kita tidak
terjerumus kedalam kancah perpecahan...
RUKUN Negara adalah falsafah asas kenegaraan dan ideologi kebangsaan yang amat efektif dalam pembinaan
masyarakat bertamadun serta beragama di negara ini. Seperti Pancasila di Indonesia dan Declaration of
Independence di Amerika Syarikat, Rukun Negara juga merupakan intipati prinsip kenegaraan yang terpenting dalam
pembentukan masyarakat Malaysia yang merangkumi kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan
negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan.
Rukun Negara diwujudkan selepas tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam
sejarah negara. Peristiswa tersebut menjadi titik tolak kepada kelahiran Rukun Negara yang direalisasikan setahun
selepas kejadian berkenaan.
Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang
dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya Rukun
Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan
membina semula negara sehingga ke tahap hari ini.
Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-13 mengandungi
pelbagai prinsip hidup bermasyarakat seperti nilai kenegaraan bertamadun, perundangan luhur dan nilai serta norma
sosial berwibawa.
Latar belakang sejarah Rukun Negara penting kerana ia memberikan segala huraian dan perincian lengkap
mengenai aspek yang berkaitan kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,
kedudukan istimewa serta hak orang Melayu dan keistimewaan lain penduduk pribumi Sabah dan Sarawak tanpa
menafikan hak masyarakat lain.
Rukun Negara sebagai piagam lengkap juga mencakupi aspek budaya, ekonomi, politik dan peradaban selaras
dengan platform Malaysia menjadi sebuah negara bangsa yang cemerlang dalam semua aspek yang diiktiraf dunia,
tetapi dengan acuan tersendiri berasaskan kepada posisi rakyat negara ini yang berbilang kaum, budaya,
kepercayaan dan sebagainya. Kepelbagaian dan kemajmukan yang terbina secara semula jadi ini menjadikan
Malaysia sebuah negara unik, dihormati dan cukup istimewa berbanding negara lain.
Oleh itu, perlu wujud tahap akhlak dan moral yang tinggi, menghormati hak orang lain tanpa mempertikaikannya dan
menghindari daripada membangkitkan persoalan yang sensitif kepada sesuatu kaum seperti hal berkaitan dengan
ketaatan seseorang rakyat atas dasar asal keturunan kaumnya, bahasa, kebudayaan serta agama dan kepercayaan
mereka.
Perkara ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mendatangkan musibah besar kepada masyarakat di negara ini
serta boleh mencacatkan semangat perpaduan kaum yang sudah sekian lama terjalin dan berkembang positif sejak
peristiwa berdarah 13 Mei.
Biarpun rakyat negara ini memang mengetahui dan menerima konsep Rukun Negara, menurut kajian yang dilakukan
menunjukkan golongan generasi baru sekarang yang berada dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun didapati
masih kurang menghayati erti sebenar falsafah Rukun Negara, biarpun segala usaha telah dilaksanakan.
Oleh itu, bagi memastikan generasi peneraju negara tidak tercicir serta tersasar dalam memahami serta menghayati
Rukun Negara, sewajarnya lima prinsip utama yang terkandung di dalamnya perlu terus diperjelas dan diperincikan
secara konsisten bagi memastikan setiap lapisan masyarakat memahami inti pati dan melaksanakannya dalam
kehidupan mereka.
Generasi muda tidak pernah merasai pengalaman ngeri peristiwa rusuhan kaum yang cukup dahsyat di negara ini.
Mereka juga tidak pernah tahu keperitan pemimpin dulu membina semula struktur serta perpaduan masyarakat
ekoran episod hitam tersebut.
Sebagai mengekalkan segala nikmat yang kita kecapi kini sebenarnya hasil usaha dan perjuangan generasi
terdahulu, amat wajar ditingkatkan tahap penghayatan serta pemahaman secara holistik terhadap erti sebenar
Rukun Negara yang dilihat semakin berkarat dan terhakis di kalangan rakyat hari ini.
Oleh itu, penghayatan Rukun Negara secara bersungguh-sungguh harus dijadikan elemen bersepadu yang perlu
difahami objektif serta tuntutannya oleh setiap ahli masyarakat secara keseluruhan.
Sehubungan itu, kempen menyemarakkan semula Rukun Negara secara besar-besaran melalui media termasuk
media baru seperti facebook, twitter yang menjadi kegilaan anak muda ketika ini wajar dilakukan.
Pelaksanaannya boleh dipelbagaikan sama ada berbentuk hiburan berfaedah, sistem pelajaran berkesan,
dokumentari, seminar dan ceramah oleh semua pihak yang boleh disertai semua lapisan masyarakat.
Bagi pelajar sekolah dan universiti pula, perlu dirangka pelbagai program dengan kerjasama pelbagai pihak seperti
mengadakan kuiz, debat, peraduan berkaitan Rukun Negara, persembahan muzikal dan pertandingan pidato.
Kadangkala Rukun Negara yang sudah berusia 40 tahun dilihat satu-satunya falsafah kenegaraan yang masih kekal
utuh, tetapi yang peliknya ialah masih tidak mendapat tempat sewajarnya seperti diasaskan pada 1970.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana aspirasi Rukun Negara boleh dijadikan kunci hikmat dalam
mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat. Ia menjadi landasan terbaik masyarakat berbilang kaum di negara
ini hidup bersatu padu, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain.
Falsafah Rukun Negara terangkum di dalamnya ideologi nasional yang sangat komprehensif bagi memastikan
pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara berkekalan.
Penulis seorang peguam boleh dihubungi melalui mohamadsofee@yahoo.com
Matlamat pengagihan yang saksama terkandung dalam Rukun Negara kekayaannegara ... dan
penyusunan semula masyarakat telah menjadi objektif utamapembangunan ekonomi negara.
DASAR Ekonomi Baru, iaitu bagaimana agihan kekayan ekonomi negara seharusnya dilaksanakan dengan matlamat
akhirnya untuk mencapai perpaduan adalah sebahagian daripada ideologi negara yang wajar difahami dan dihormati
oleh semua warganegara.
Tanpa adanya satu ideologi negara yang saling diterima dan dihormati, matlamat pertumbuhan ekonomi, pengagihan
yang saksama, kestabilan politik dan perpaduan nasional tidak mungkin dapat dicapai.
Rukun Negara adalah ideologi Malaysia. Ia bermatlamat untuk menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam satu
ideologi nasional. Ia diisytiharkan kepada semua warganegara Malaysia pada sambutan Hari Kemerdekaan 1970
iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan sebelum DEB itu dilaksanakan.
DEB dirangka sebagai alat pembangunan ekonomi kepada ideologi pembinaan negara Malaysian iaitu merupakan
asas kesejahteraan ekonomi Rukun Negara. DEB tidak boleh bergerak tanpa semua rakyat memahami dan berazam
untuk mencapai ideologi negara (Rukun Negara).
Matlamat pengagihan yang saksama terkandung dalam Rukun Negara kekayaan negara akan dibahagikan secara
saksama dan mula dilaksanakan melalui DEB. Matlamat akhir DEB ialah perpaduan nasional, seperti yg digariskan
dalam perisytiharan Rukun Negara, berazam untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya.
RUKUN NEGARA
Perisytiharan negara kita, Malaysia, berazam
* Untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya;
* Untuk mengekalkan cara hidup berdemokrasi;
* Untuk mewujudkan masyarakat yang adil di mana kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama;
* Untuk memastikan pendekatan liberal kepada tradisi budayanya yang kuat dan pelbagai;
* Untuk membina masyarakat progresif yang menuju ke arah sains dan teknologi moden
KAMI, rakyatnya, berikrar menyatukan usaha untuk mencapai matlamat ini menurut prinsip-prinsip berikut;
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
KAMI, berikrar menyatukan usaha untuk mencapai matlamat menurut salah satunya ialah Keluhuran
Perlembagaan.
Jelas, Keluhuran Perlembagaan adalah satu idelogi negara yang menjadi pedoman dan dihormati oleh semua pihak.
Maka isu pengagihan dan hak orang Melayu termasuk bumiputera Sabah, Sarawak dan masyarakat Orang Asli
seperti yang dinyatakan dalam Perkara 153 tidak seharus dianggap sebagai satu diskriminasi kerana ia adalah
sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia yang merupakan salah satu daripada intipati ideologi negara yang kita
telah berikrar untuk mencapainya.
Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara (dalam buku Constitution, Law and Judiciary) ada menyebut, bagi
sesiapa yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Malaysia, dia akan sentiasa tidak bersetuju dengan Rukun
Negara.
Ideologi negara termasuk juga Perlembagaan Malaysia tidak menyebut dengan jelas bagaimana kaum pribumi akan
dibantu dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu, Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) kerajaan
diolah supaya seiring dengan apa yg telah ditetapkan oleh ideologi negara.
RRJP ini bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1991) kemudian Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000),
Dasar Wawasan Negara (2001-2010) dan kini Model Baru Ekonomi (2011-2020).
DEB merupakan suatu proses kejuruteraan sosial berlandaskan kontrak sosial 1957 untuk mencapai matlamat
perpaduan kaum melalui pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Pencapaian matlamat DEB sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi negara, iaitu bagaimana pertumbuhan
itu kemudiannya akan diagihkan bagi mencapai matlamat pengagihan.
Sejak DEB dilancarkan, pembangunan kepada kepelbagaian ekonomi, penekanan kepada pembangunan luar
bandar, pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat telah menjadi objektif utama pembangunan
ekonomi negara. Matlamat perancangan pembangunan ialah pertumbuhan dan pengagihan yang saksama.
Untuk mencapai matlamat tersebut, perbagai agensi kerajaan (perusahaan awam) ditubuhkan khusus untuk
membangunkan kawasan luar bandar.
Perancangan baru dan yang wujud sejak Rancangan Malaya Pertama dirancakkan lagi terutamanya melalui DEB.
Strategi utama pembangunan luar bandar telah dilaksanakan iaitu, pembukaan tanah (rancangan) baharu;
pembangunan in-situ; pemodenan luar bandar dan penciptaan pesat pertumbuhan yang baru; serta strategi
penyelarakan kawasan industri ke kawasan luar bandar.
Selain itu, Rancangan Buku Merah, konsep Saemaul Undong, pembangunan koperasi desa, dan pelbagai agensi
kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda, Kejora, Kesedar, Ketengah, Mada, Dara, Bank Bumiputera dan lain-lain
diwujudkan khusus untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan meningkatkan keupayaan mereka
untuk bersaing dalam bidang ekonomi.
Tanpa bantuan agensi-agensi kerajaan ini, kaum pribumi sukar untuk bersaing kerana mereka bermula pada tahap
perniagaan atau kemahiran yang berbeza. Pengerusi pertama Bank Bumiputera Datuk Roslan Abdullah pernah
membandingkan apa yang berlaku dengan perumpamaan sebuah kereta Jaguar yang memotong Morris Minor dan
terus hilang dari pandangan.
Matlamat ideologi negara juga diserapkan Misi Nasional iaitu satu rangka kerja dasar dan pelaksanaan bagi
mencapai matlamat Wawasan 2020. Misi Nasional memberi penekanan kepada peningkatan keupayaan negara
untuk bersaing di peringkat global, memperkukuh perpaduan negara serta pengagihan pendapatan serta kualiti hidup
yang lebih baik.
Teras ketiga Misi Nasional ialah menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif
sangat berkait rapat dengan ideologi negara - kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama.
Model Baru Ekonomi (2011-2020) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) juga terus memberi penekanan
kepada meningkatkan potensi menjana pendapatan, pencapaian pendidikan dan kemahiran bagi isi rumah
berpendapatan rendah.
Strategi juga dirangka bagi meningkatkan taraf hidup golongan yang terpinggir dari arus perdana pembangunan
ekonomi negara yang meliputi kaum pribumi Sabah, Sarawak, masyarakat Orang Asli di Semenanjung, bantuanbantuan kewangan dan meningkatkan akses kepada infrastruktur di kampung-kampung baru Cina dan pekerja
ladang.
Tindakan afirmatif berhubung langkah membantu pribumi dalam Model Baru Ekonomi akan lebih berasaskan kepada
mesra pasaran, lebih berasaskan merit, lebih telus dan berdasarkan keperluan.
Menurut Datuk Seri Najib Razak, semasa membentang Model Baru Ekonomi objektif asalnya masih lagi relevan,
namun, sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan menyasarkan pencapaian
matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya.
"1Malaysia yang juga merangkumi pertumbuhan dan pengagihan yang saksama perlu diterjemahkan dalam bentuk
pelaksanaan, iaitu bagaimana kesaksamaan, kesamarataan dan kekitaan akan diintegrasikan dengan ideologi
negara terutamanya perkara-perkara yang jelas terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Matlamat akhir "1Malaysia ialah perpaduan yang berkaitan secara langsung dengan teras ketiga Misi Nasional, iaitu
menangani masalah ketidaksamaan sosio ekonomi secara membina dan produktif.
Ia sangat berkait rapat dengan ideologi negara kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama dan berazam
untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya seperti yang terkandung dalam Rukun Negara.
Cabaran utama kini ialah bagaimana hendak mengintegrasikan budaya kecemerlangan, prinsip meritokrasi melalui
agihan kek ekonomi dengan berkonsepkan peluang untuk semua dengan ideologi negara dalam merangka
perancangan pembangunan dengan maltamat akhir, iaitu pencapaian taraf negara maju yang makmur tanpa
membelakangkan ideologi negara iaitu RUKUN NEGARA.
Penulis ialah Prof. Madya di Kolej Sastera
dan Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
Syor lafaz ikrar Rukun Negara selepas lagu Negaraku dalam semua majlis
2011/03/04
ANAK Malaysia dari Batu Pahat, Johor menulis semalam mengenai betapa pentingnya rakyat Malaysia memahami
dan menghayati Rukun Negara. Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan mengenai falsafah Rukun Negara
yang boleh ditakrifkan sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia itu.
Rukun Negara diwujudkan pada 1970 dengan tujuan mencapai satu pegangan atau pengertian asas terhadap
aspirasi nasional di antara pelbagai kaum di Malaysia tan-pa mengira asal usul dan keturunan masing-masing.
Untuk memastikan semua rakyat Malaysia mengenali Rukun Negara ketika ini yang semakin kurang kesedaran
terhadap pentingnya prinsip yang terkandung di dalamnya, maka saya ingin mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun
Negara diadakan selepas nyanyian lagu Negaraku dalam semua majlis rasmi kerajaan dan swasta.
Ini bagi membolehkan rakyat lebih memahami dan menghayati setiap prinsip Rukun Negara selain lagu Negaraku
dalam mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum.
Selain dari tujuan meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat; mengekalkan cara hidup demokrasi;
mewujudkan masyarakat adil; pendekatan liberal terhadap adat dan kebudayaan; dan juga membangunkan satu
masyarakat progresif yang berlandaskan sains moden dan teknologi.
Prinsip Rukun Negara yang menjadi tonggak kepada prinsip kenegaraan dan menyatukan rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai agama, seharusnya disemaikan di dalam semangat generasi muda yang bakal menjadi pemimpin
pada masa hadapan.
Prinsip yang terkandung di dalamnya hendaklah didukung dan dipraktikkan kerana kita tidak boleh memandang
ringan terhadap kestabilan, keamanan dan kehar-monian yang dicapai setakat ini.
Melafazkan ikrar Rukun Negara selepas nyanyian lagu Negaraku di dalam majlis rasmi adalah perkara yang amat
wajar dipraktikkan bagi memastikan rakyat Malaysia memahami lima prinsip Rukun Negara dan mengamalkannya
dalam kehidupan seharian masing-masing kerana ini adalah satu-satunya cara untuk membangunkan satu Negara
Malaysia yang harmoni dan bersatu.
Rukun Negara adalah panduan kita terhadap proses pembangunan negara dan hendaklah dihormati oleh semua
pihak. Ia adalah satu wawasan yang dikongsi demi untuk perpaduan negara.
Prinsip yang terkandung di dalamnya hendaklah didukung dan dipraktikkan kerana kita tidak boleh memandang
ringan terhadap kestabilan, keamanan dan kehar-monian yang dicapai setakat ini.
TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur.
CABARAN
Perledakan maklumat dan proses globalisasi telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam menyatupadukan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, keturuan dan etnik. Perubahan dalam landskap politik dunia juga turut
mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam konteks perpaduan dan integrasi antara kaum, malah
dalam konteks patriotisme dikalangan golongan muda.
Sesungguhnya, perpaduan yang erat dan jati antara berbilang kaum di Malaysia adalah prakarsa bagi
bukan sahaja menguatkan negara mengadapi ancaman globalisasai malah akan bmembantu
mempertahankan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang sedia terbina dan dinikamati sejak
beberapa tahun yang lalu.
Sehubungan ini, Gagasan 1 Malaysia mainkan peranan penting sebagai alat yang membantu memastikan
aspirasi negara, WAWASAN 2020 tercapai supaya Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun
2020.
Bil
1.
Penyelidik
Prof.Dato
Dr.
Ramlah
Adam
Universiti
Malaya
Rumusan kajian
i. Peratusan lebih tinggi iaitu 31.2% di kalangan
berasal dari bandar yang tahu mengenai sejarah
Rukun Negara berbanding dengan pelajar yang
berasal dari kawasan luar bandar iaitu 27.2%.
Perbandingan jantina menunjukkan pelajar wanita
(91.8%) mempunyai pengetahuan Rukun Negara
yang lebih baik berbanding pelajar lelaki (84.2%).
un ii. Kurang daripada 70% pelajar boleh menghafal Ruk
Negara dengan baik manakala lebih dari 7% pelajar
tidak fasih langsung dan tidak dapat menghafal