Anda di halaman 1dari 4

MAKSUD-MAKSUD PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA 1.

Kepercayaan kepada tuhan


Semua rakyat mesti percaya kepada tuhan dan mengakuri kuasanya. Bangsa dan negara telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Prinsip ini adalah amat penting dalam pembentukan sebuah negara yang stabil, harmoni dan mengamalkan undang undang yang tidak bercanggah dengan nilai nilai ketuhanan. Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi rakyat bebas menganuti agama agama lain. Kesemua ajaran agama menyeru penganut penganutnyasupaya mengamalkan kehidupan yang positif, mempunyai sifat sifat mulia dan peribadi yang baik seperti saling bantu membantu dan hormat menghormati. Apabila rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama, mereka akan rasa bersyukur dengan kemakmuran, keamanan dan kekayaan negara yang mereka kecapi.

2. Kesetiaan kepada raja dan Negara Sistem pemerintahan negara Malaysia ialah Raja berperlembagaan yang diketuai oleh Yang dipertuan Agong. Baginda adalah lambang negara dan simbol perpaduan rakyat. Baginda memerintah negara dengan bijaksana untuk memastikan bahawa rakyatnya dapat hidup sempurna dan negara mencapai kedudukan yang membanggakan dalam arena dunia. Sebagai balasan, setiap warga negara hendaklah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi dan benar benar jujur kepada Yang di-pertuan Agong dan negara. Kesetiaan ini berupaya melahirkan kerjasama antara rakyat dan kerajaan supaya mereka mereka boleh berganding bahu untuk membangun dan memajukan negara.

3. Keluhuran perlembagaan

Istilah perlembangaan adalah sangat luas dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia seperti kebbebasan diri, agama, kewargaanegaraan, badan badan pemerintah, perundang, kehakiman dan lain lain. Perlembagaan Persekutuan adlah Undang undang tertinggi yang memberi seseorang warganegara hak hak asasi dan keistimewaan tertentu.Menurut perlembagaan setiap rakyat mempunyai tangungjawab dan kewajipan terttentu terhadap bansa dan negara. Rakyat mesti menghormati dan menyanjung perlembagaan tanpa perasaan ragu ragu atau syak wasangka. Setiap orang di Malaysia harus mengamalkan prinsip Keluhuran Perlembagaan untuk menentukan kedamain dan kesentosaan negara serta masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

4. Kedaulatan undang undang Prinsip yang keempat menjelaskan ketinggian undang undang. Segala keadilan adalah berasaskan kedulatang undang undang. Undang undang menjaminkan keadilan dalam masyarakat iaitu setiap orang adalah bertaraf sama di sisi undang undang tanpa mengira keturunan kaum, agama atau adat resam. Oleh yang demikian, undang undang negara perlu di patuhi dan tiada sesiapa pun yang boleh mengatasi undang undang termasuk Yang di-pertuan Agong. Kedulatan undang undang mrnjamin keadilan dalam pemerintahan dan pentabiran negara bagi mewujudkan negara yang aman dan makmur. Akibatnya semua lapisan masyarakat akan menikmati kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan kekayaan ekonomi.

5. Kesopanan dan kesusilaan


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka mempunyai cara hidup, kebudayaan dan kepercayaan yang terdiri. Sikap tolak ansur, bertimbang rasa, bersopan santun dan saling memahamiamaln hidup kaum lain adalah sangat penting bagi menjamin hubungan yang harmoni dan mesra. Setiap orang dan setiap golongan hendaklah mengurus hal masing masing dengan cara tidak melanggar tatasusila. Sebuah masyarakat yang mempunyai sifat sifat baik ialah masyarakat yang kukuh ciri ciri moral dan etikannya. Ini merupakan asas yang baik bagi pembentukan negara yang sihat dan maju dalam segi seperti sosial, politik, ekonomi, perpaduan negara dan kesepaduan bangsa.

Konsep Rukun Negara Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti.

Prinsip Rukun Negara Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Objektif dan Matlamat Rukun Negara Penggubalan Rukun Negara sudah tentu mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif Rukun Negara adalah seperti berikut; (a) Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain. (b) Untuk memelihara cara hidup demokratik Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatankegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah

didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam. (c) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. (d) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada Bangsa dan Negara Malaysia. (e) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

Anda mungkin juga menyukai