Anda di halaman 1dari 14

Ideologi, Wawasan dan

Dasar Pembangunan Negara

Nama : Nur Liyana binti Zulkefle


1.4 Objektif dan Matlamat Rukun Negara
• Untuk mencipta satu masyarakat yang adil
• Untuk memelihara cara hidup demokratik
• Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
• Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan
• Untuk membina sebuah masyarakat progerasif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden
1.5 Penjelasan Prinsip Rukun Negara
1. Kepercayaan kepada Tuhan
- kepercayaan kepada agama ini akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat
- Islam adalah agama perseketuan dan kepercayaan-kepercayaan yang lain boleh diamalkan dengan aman dan ketiadaan
agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara


- Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
- sistem beraja diamalkan di setiap negeri, Yang Di-Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka
Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat

3. Keluhuran Perlembagaan
- Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi Perlembagaan memebri perlindungan kepada setiap
rakayat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara
- menjadi sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan dan kehakiman negara
4. Kedaulatan Undang-Undang
- perlu diterima dan dipertahankan, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil jika
undang-undang tidak dipatuhi
- setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur

5. Kesopanan dan Kesusilaan


- sikap yang bersopan santun dan bersusila amat penting dalam konteks perhubungan antara satu
sama lain terutamanya dalam kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum di negara ini
- sentiasa bertindak sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni yang diamalkan di
negara ini
1.6 Bagaimana Menghayati Prinsip Rukun Negara
Prinsip Rukun Negara Kaedah Penghayatan
• Warganegara hendaklah menghayati kepercayaan
Kepercayaan kepada Tuhan agama masing-masing
• Berpegang teguh kepada suruhan agama

• Warganegara hendaklah setia dan mentaati Ketua


Negara dan pemimpin negara
Kesetiaan kepada Raja dan Negara • Jangan melakukan tindakan yang boleh dianggap
sebagai menderhaka kepada raja dan negara seperti
menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan imej
negara

Keluhuran Perlembagaan • Warganegara hendaklah menghormati Perlembagaan


Perseketuan
• sebarang tindakan hendaklah selaras dengan
peruntukan Perlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang • Warganegara hendaklah mematuhi undang-undang


negara yang telah ditetapkan

Kesopanan dan Kesusilaan • warganegara hendaklah mengamalkan budaya dan


nilai-nilai murni dalam kehidupan harian dan
menyayangi ahli keluarga, jiran tetangga, harta awam
dan alam sekitar
1.7 Kenapa Semangat Rukun Negara Semakin Terhakis
1. Tidak menghayati pendidikan Sejarah
- dilihat sebagai subjek yang tidak menyeronokkan
-hanya memenuhi syarat lulus peperiksaan
- gagal membangkitkan kesedaran dan gagal menanam semangat patriotisme kepada para
pelajar
2. Sentimen politik perkauman
-banyak berlaku sentimen hingga wujud percabulan terhadapa rukun negara sehinggakan ada golongan yang
mempertikaikan kedaulatan undang-undangdan keluhuran Perlembagaan Persekutuan
3. Desakan Materialistik
- arus global dan nasional yang terlalu mengejar kebendaan dan keteguhan ekonomi mengakibatkan Rukun
Negara tidak lagi menjadi doktrin penerusan hidup bermasyarakat. Prinsip Rukun Negara tidak terjemah di
institusi kerajaan sehingga berlakunya rasuah,penyalahgunaan kuasa dan lain-lain
-budaya ini melibatkan semua lapisan kempimpinan menyebabkan tadbir urus negara tidak berintegriti dan
kepentingan diri tanpa menghiraukan semangat ideologi Rukun Negara beralku dalam kalangan pelaksana
4. Kebebasan bersuara tanpa batas

- telah ditafsirkan dengan boleh berbuat apa sahaja demi kepentingan diri tanpa mengambil kira
prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara
- kebebasan tanpa kawalan boleh menyebabkan penyalahgunaan oleh sesetengah pihak sehingga
menyentuh isu-isu sensitif masyarakat dan ramai terpengaruh dan muka menghakis pengahayatan
Rukun Negara
- sensitiviti kaum dan agama sudah boleh diluahkan secara terbuka. Kritikan terhadap kaum dan
agama tertentu sudah menjadi kebiasaan masa kini
2.0
Latar Belakang Objektif
dan Prinsip Wawasan 2020
2.1 Latar Belakang
• Wawasan 2020 ialah satu pemikiran dan rangka kerja
mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara
maju pada tahun 2020

• Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas


tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat
nasional dan antarabangsa
2.2 Objektif Wawasan 2020
• pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang
tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang
ekonomi sahaja malah merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi,
politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan

• Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia negara maju dengan caranya


tersendiri. Kemajuan yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian
lahiriah atau fizikal, malah meliputi pewujudan satu masyarakat yang
sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh
negara-negara lain
2.3 Cabaran Wawasan 2020

cabaran 1
mewujudkan negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi
bersama-sama iaitu menjadikan Malaysia negara yang aman, berintergrasi di peringkat wilayah dan
kaum, hisup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada Negara

cabaran 2
mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
dengan apa-apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat
dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa
dan dihormati oleh rakyat negara lain
cabaran 3
mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,
mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara
membangun
cabaran 4
mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang
warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kewajipan dan didorong oleh tahap
etika paling tinggi
cabaran 5
mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. Rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada
masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara
cabaran 6
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan,
yang bukan sahaja menajdi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
masa depan

cabaran 7
mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang kepentingan masyarakat lebih
utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem
kekeluargaan yang kukuh

cabaran 8
memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi, iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayan secara adil dan saksama. wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan
ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi,
dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum

cabaran 9
mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing dinamik, giat dan kental
 cabaran membangkitkan isu-isu
1. Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia
2. Mewujudkan Sebuah Negara Perindustrian
3. Keadilan Ekonomi dan Sosial
4. Moral dan Etika
5. Pembangunan Masyarakat Berdasrkan Sistem
Kekeluargaan

Anda mungkin juga menyukai