Anda di halaman 1dari 12

BUKU

SKRAP
SEJARAH
TAHUN 6
TAJUK :
RUKUN NEGARA
NAMA : HUSNA RADHIYAH BINTI AZMI
KELAS : 6 IB
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SERAI
KANDUNGAN

Penghargaan
Pengenalan
Hasil kajian
Kesimpulan
Lampiran
Rujukan
Penghargaan

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. Husna Radhiyah


binti Azmi .telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan buku
skrap Sejarah dengan jayanya.
  
 Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Sejarah iaitu Puan Rosnani kerana telah banyak memberikan
tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan.
Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar amat saya hargai.

      Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana
sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap
tugasan. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa,
tenaga dan kewangan amat saya sanjungi.

      Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan


saya,adik beradik kerana telah bekerjasama dan membantu menyiapkan tugasan
ini dengan penuh kreativiti.

         Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat


bermakna.

Sekian, terima kasih.


Pengenalan

Alhamdulillah, buku skrap sejarah ini memberikan


pengalaman dan kemahiran kepada saya untuk
mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Saya
berharap dapat menghayati kelima-lima prinsip ini
dalam menjalani hidup sebagai warganegara
Malaysia.

HASIL KAJIAN
KONSEP
Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi


kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk
pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan
Negara iaitu setahun selepas
berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara.

Teks Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA WHEREAS OUR COUNTRY,


MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: MALAYSIA nurtures the ambitions of:
 Mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh  Achieving a more perfect unity
masyarakatnya; amongst the whole of the
 Memelihara cara hidup demokratik; society;
 Mencipta satu masyarakat yang adil  Preserving a democratic way
di mana kemakmuran negara akan of life;
dapat dinikmati secara adil dan  Creating a just society where
saksama; the prosperity of the country
 Menjamin satu cara liberal terhadap can be enjoyed together in a
tradisi-tradisi kebudayaannya yang fair and equitable manner;
kaya dan berbagai-bagai corak;  Guaranteeing a liberal
 Membina satu masyarakat progresif approach towards her rich and
yang akan menggunakan sains dan varied cultural traditions; and
teknologi moden.  Building a progressive society
that will make use of science
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
and modern technology.
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan WE, residents of Malaysia, pledge our
atas prinsip-prinsip yang berikut: united efforts to attain these ends guided
by these principles:
1. KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN 1. BELIEVE IN GOD
2. KESETIAAN KEPADA RAJA 2. LOYALTY TO KING AND
DAN NEGARA COUNTRY
3. KELUHURAN 3. SUPREMACY OF THE
PERLEMBAGAAN CONSTITUTION
4. KEDAULATAN UNDANG- 4. THE RULE OF LAW
UNDANG 5. COURTESY AND
5. KESOPANAN DAN MORALITY
KESUSILAAN
PRINSIP – PRINSIP RUKUN NEGARA
Kepercayaan Kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan
yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama
yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai
satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain
boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana
bahagian di dalam Persekutuan. Jawatankuasa penggubal
Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang
dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa
pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai
prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut
Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri,
dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak
beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua
Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa
setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat
setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat
menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami
maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara
telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan
satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan
diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana
pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan
kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-
ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana
setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin
pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal
dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan
makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin
dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua
anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua
rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang
dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk
warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan
sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila
adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu
sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk individu dan masyarakat yang berdisiplin serta
bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah masyarakat
yang harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang
angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah
kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi
panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai
murni.
Kesimpulan

Kesimpulannya, kewujudan rukun negara ini menjadi satu


titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam
kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia
menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya,
maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara
kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-
menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna
kulit, latar belakang dan budaya suatu masyarakat.
Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat
dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Jom uji
minda

Susunkan Rukun Negara di bawah mengikut keutamaan

Anda mungkin juga menyukai