Anda di halaman 1dari 3

Rukun Negara Sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara

Sejarah Pembentukan
 Rukun Negara ialah idealogi yang dibentuk sebagai usaha kerajaan menyatukan dan
membimbing rakyat ke arah perpaduan.
 Rukun negara menggariskan ikrar yang dianggap sebagai falsafah hidup dan perlu
dihayati oleh seluruh warga Malaysia.

I Rukun Negara dibentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969.


II Rukun Negara hasil daripada perbincangan dan pemikiran Majlis Perundangan
Negara (MAPEN) yang dibentuk oleh MAGERAN pada 29 Januari 1970.
III Rukun Negara telah diistiharkan secara rasmi oleh Yang di_Pertuan Agong IV pada
31 Ogos 1970 bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
IV Pada tahun 2020 genaplah 50 tahun Rukun Negara tercipta.

Simbol dan Penjelasannya


 Lima Jalur merupakan simbolik lima prinsip Rukun Negara yang perlu patuhi.
 Bulan dan Bintang lambang kepercayaan kepada tuhan.
 Tengkolok bulan dan Bintang lambang kesetiaan dirinya kepada raja dan negara serta
menunjukkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
 Angka 50 tahun ialah sambutan ulang tahun Rukun Negara
 Warna Biru lambang amalan perpaduan dalam kesopanan dan kesusilaan.

Matlamat ke Arah
Kesejahteraan 5 matlamat utama rukun negara
> Negara Bersatu
o Kita mendukung cita-cita untuk mencipta satu bangsa dan negara yang bersatu
padu. Setiap ahli masyarakat menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia
tanpa mengira keturunan atau kepercayaan.Mereka juga mempunyai kesetiaan dan
cinta akan negara.
> Masyarakat Adil
o Kita mendukung cita-cita untuk mencipta satu masyarakat yang adil apabila
semua anggota masyarakat yang adil apabila semua anggota masyarakat
mempunyai peluang yang sama.
> Masyarakat yang progresif

1
o Kita mendukung cita-cita hendak menegakkan satu masyarakat yang prgresif
mengikut kemajuan sains dan teknologi di samping mengamalkan nilai-nilai
ketuhanan.
o Masyarakat progresif adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan
perubahan dan kemajuan pada masa ini.
> Masyarakat yang liberal
o Kita mendukung cita-cita hendak memelihara untuk kewujudan satu masyarakat yang
liberal.
o Ahli masyarakat bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-
masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara serta menjadi sumber kekuatan
kepada bangsa dan negara Malaysia.
> Masyarakat Demokratik
o Kita mendukung cita-cita hendak memelihara cara hidup demokratik apabila
rakyat bertindak melalui parlimen yang dilantik menerusi perlembagaan.
o Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan
berpolitik asalkan tidak melanggar unddang-undang negara.
o Kepentingan negara lebih diutamakan berbanding kepentingan sesuatu kaum.

Prinsip Rukun Negara


Kepercayaan kepada tuhan
o Prinisip ini menunjukkan agama menjadi panduan hidup untuk bentuk keperibadian
yang baik dan menjadi landasan dalam membina keharmonian kaum.
o Perlembagaan Malaysia menetapkan bahasa Islam ialah agama rasmi Perseketuan.
o Agama dan kepercayaan lain boleh amal dengan bebas dengan tenteram.
Kesetiaan kepada raja dan negara
o Prinisip ini menjelaskan bahawa negara kita amalkan Raja Perlembagaan.
o Raja ialah simol penyatuan berbilang kaum
o Ini akan melahirkan rakyat yang menghormati simbol kedaulatan negara, mematuhi
undang-undang, berusaha untuk meningkatkan imej negara dan berani
mempertahankan kedaulatan negara serta mempunyai ciri patriotisme yang teguh.
Keluhuran Perlembagaan
o Prinsip membawa maksud ketertinggian dan juga keagungan perlembagaan atau
undang-undang.
o Perlembagaan berfungsi memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota
masyarakat dalam negara.
o Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan
mempertahankan kemuliaan perlembagaan.
Kedaulatan Undang-undang
o Prinisip ini menuntut setiap rakyat menghormati undang-undang, tidak melakukan
kesalahan di sisi undang-undang dan berusaha untuk menyokong penguatkuasaannya.

2
o Rakyat perlu bertanggungjawab mempertahankan dan memelihara kedaulatan
undang- undang daripada dicabar oleh mana-mana pihak demi mengekalkan
kehidupan yang aman dan harmoni.
Kesopanan dan Kesusilaan
o Prinisip ini adalah untuk memastikan bahawa setiap rakyat perlu sentiasa bersopan
santun, hormat-menghormati dan berakhlak mulia.
o Kesopanan dan Kesusilaan dapat menjamin hubungan baik sesama kaum agar terus
kekal terpelihara
o Prinisip ini menjadi garis panduan yang perlu dijadikan amalan dan disemai dalam
diri setiap rakyat Malaysia.
o Penghayatan nilai murni akan melahirkan suasana yang harmoni dan bertolak ansur.

Anda mungkin juga menyukai