Anda di halaman 1dari 3

Intipati Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos
1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969
yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya

memelihara satu cara hidup demokratik

mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat


dinikmati bersama secara adil dan saksama

menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan


teknologi moden

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat pepecahan yang berlaku


angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu turut melanda beberapa lokasi di
Kuala Lumpur. Kita harus melihat sejarah walau sepahit mana pun sejarah itu
sebagai penawar untuk langkah-langkah kita yang akan datang.

Kepercayaan kepada Tuhan : Harus kita percaya, kurangnya atau ketiadaan


kepercayaan pada agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa
dan juga negara. Kerendahan peribadi tanpa asas kepercayaan agama yang
kukuh antara menyebab berlakunya kes sedemikian. Tetapi malangnya, kes
sedemikian masih lagi berlaku di negara ini.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara : Melihatkan kenyataan yang dilontarkan oleh
blogger tersebut ternyata prinsip kedua ini tidak diendahkan. Bagi seorang rakyat,
mereka harus menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada SPB Yang
Di Pertuan Agong dan Sultan yang memerintah.
Keluhuran Perlembagaan : Nampaknya blogger tersebut sebagai seorang rakyat
Malaysia gagal untuk menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran serta
kemuliaan Perlembagaan Negara sebagai asas dan sumber perundangan yang
tertinggi.
Kedaulatan Undang-Undang : Kita perlu sedar, tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat di negara ini tidak akan aman dan stabil. Undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat untuk berasa selamat di negaranya
sendiri. Apa yang telah dilakukan oleh blogger tersebut jelas melanggar undangundang.
Kesopanan dan Kesusilaan : Di mana letaknya personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat apabila sanggup menghina seorang Sultan ? Asas ini amat
penting dalam membentuk seorang warganegara yang bersopan santun dan

bersusila baik sesama manusia walau tanpa mengira pangkat, bangsa dan
agama.

Anda mungkin juga menyukai