Anda di halaman 1dari 7

RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA

Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yangtercipta ekoran daripada berlakunya
peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis
Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya).
Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama
MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN , iaitu pada 27 Januari 1970.
Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang
darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.
Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi , tiga orang
menteri , wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama , badan-badan
profesional , perkhidmatan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan guru-guru dan wakil-wakil
kumpulan kecil.
Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos
1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan
hidup bermasyarakat.
Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat
seperti nilai keagamaan , kesetiaan kepada Raja dan Negara , kepatuhan kepada Perlembagaan ,
kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan
kesusilaan.
Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu , demokratk , adil
tanpa mengira bangsa dan agama.

MATLAMAT RUKUN NEGARA

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia.
Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat di Negara Malaysia.
Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin dan
berada dalam suasana yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama lain
di kalangan masyarakat.
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai
corak kehidupan dalam masyarakat sekeliling.
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi untuk
mengembang kan lagi ilmu pengetahuan masyarakat pada hari ini.

RUKUN NEGARA

Dalam setahun dua ini kita sering mendengar lagu Rukun Negara berkumandang di media
elektronik seperti radio,komputer dan khususnya di kaca televisyen .Sememangnya Rukun Negara
perlu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pada hari ini warganegara Malaysia khususnya dan
penduduk Malaysia amnya . Namun tahukah kita apakah sebenarnya Rukun Negara ?
Apabila soalan tersbut diajukan kepada golongan muda (dan bahkan sebilangan orang
dewasa) mereka akan segera menjawab bahawa rukun negara ada lima perkara .
Sebenarnya Rukun Negara bukanlah merujuk kepada lima perkara teras tersebut seperti yang
dinyanyikan itu atau yg di pratontonkan dalam kaca televisyen saban hari demi hari .
Rukun Negara adalah salah satu nilai yang perlu dicapai ataupun yang perlu diketahui oleh
semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan muda atau golongan yang tua .
Rukun Negara adalah satu visi bagi merialisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-
kaum utama di Malaysia atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia .
Mungkin ramai generasi muda yang tidak memahami dengan lebih terperinci apakah itu Rukun
Negara .
Dalam tulisan ini , penulisan sajikan ringkasan Rukun Negara dari segi latar belakang ,
objektif , prinsip dan strategi yang telah diambil oleh kerajaan bagi mencapai objektif tersebut .

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut :

1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat .


2. Untuk memelihara cara hidup demokratik .
3. Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara harmoni dan terjamin .
4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat .
5. Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan teknologi-
teknologi yang moden .
6. Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakt pada hari ini
supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara
kita .
7. keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin
yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi demi
kepentinagn negara .

KAUM PERBALAHAN

(1946-1956) ~Pulau Pinang


(1960) ~Pulau Pangkor
(1966) ~Bukit Mertajam
(1967) ~Pulau Pinang
(13 MEI 1969) ~Kuala Lumpur

PRINSIP - PRINSIP RUKUN NEGARA


HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan
rakyat di Negara kita . Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan
(atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di Negara ini . Ini adalah kerana agama
telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita .
Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi
Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Penduduk
di Negara Malaysia terdiri daripada kaum melayu , cina dan india yang mempunyai kepercayaan
masing-masing sebagai contohnya kaum melayu percaya bahawa alam ini dicipta olehTuhan dan
segala amalan baik dan buruk yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang ditugaskan . Bagi kaum
india pula , mereka menyembah berhala seperti bulan dan matahari . Masyarakat india mempunyai
banyak agama antaranya ialah agama hindu , Buddha dan Kristian manakala bagi masyarakat cina
pula menganut agama Buddha sahaja . Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama
masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama
sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak
sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat
menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita
mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan
Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara.
Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk
Parlimen di negara ini . Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur
dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu
menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara.
Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan
bersatu padu kerana Raja adalah payung negara yang menaungi seluruh rakyat di negara ini.
Justeru institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama
sekali .

3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan

bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak

kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada

semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan

fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi

asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama

di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat

dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara

keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan

kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi

perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan

memburukkan nama Negara kita sendiri


4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang

aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi

memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap

rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender

mahupun keduduka (statusosial).


Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang . Kuasa
kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling
tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin
pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi
semua warganegara Malaysia.
Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar
undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan
Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan sama ada dengan
kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam
pengertian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas
menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan
ketenteraman awam dan
sebagainya.

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan

bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak

kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada

semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan

fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi

asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama

di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat

dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara

keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan

kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi

perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan

memburukkan nama Negara kita sendiri .


5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti

individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral

dan akhlak murni masyarakat. Prinsip ini mestilah menjadi panduan seluruh masyarakat supaya

perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan

tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang

bertatasusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam

masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu

menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan

yang sensitif kepada semua kaum berkaitan dengan kewarganegaraannya, asal keturunannya,

bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang dianutinya. Kerajaan amat prihatin untuk

membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi

Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah

masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami,

mempunyai semangat patriotik dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara

itu.

KESIMPULAN

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ni telah
menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan
aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan
kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah
Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk
dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan
dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara
dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar
tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang
dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai
dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah
Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk
dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa
mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui
perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi
pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat
liberal dan demokratik.

Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara
seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan
seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi;
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi
gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan
dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat
percaturan.

Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling aman,
makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari
kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kita menggadai
keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi
majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini
dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.

Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot,
sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-
kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat
semakin rapuh.

Anda mungkin juga menyukai