Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH KOMPUTER

Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan
sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan
tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh
diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan
memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga
diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang
dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa
akan datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia
mempunyai kelajuan, kebolehpercayaan, keupayaan storan, produktiviti, membuat keputusan
dan dapat mengurangkan kos. Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat
menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya
tepat.
Sejarah dan perkembangannya pula, perlu dilihat secara kasar dan ringkas supaya kita
boleh menghargai teknologi komputer masa kini. Sejarah bermula dari zaman purba di mana
manusia telah pun mencipta dan menggunakan pelbagai sistem pengiraan untuk kerja-kerja
harian mereka. Walaupun sistem yang digunakan pada zaman itu primitif, tetapi sistem itu
mencukupi dan memenuhi matlamat mereka. Namun sepanjang perkembangan itu, manusia
sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan tepat. Ini memandangkan
kepantasan akal manusia bagi melaksanakan tugas mengira adalah terbatas. Selain itu, terlalu
kerap menghasilkan kesilapan dan jawapan kurang tepat. Oleh itu, alat atau mesin mengira yang
cepat dan tepat sentiasa diusahakan.
Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada 3 bahagian untuk
menggambarkan pendekatan manusia ke arah penciptaan komputer yang ada sekarang iaitu
sejarah teknik merekod, sejarah mesin kad tebuk dan sejarah komputer elektronik. Sesetengah
buku pula menyatakan bahawa sejarah pengkomputeran boleh dibahagikan mengikut zaman iaitu
zaman kaedah primitif, zaman kaedah mekanik dan zaman kaedah elektronik. Walaupun terdapat
perbezaan dalam menyatakan sejarah perkembangan komputer namun kandungannya sama iaitu
manusia menggunakan pelbagai jenis peranti di dalam pemprosesan data.

Sejarah perkembangan awalan merekod ialah di mana orang Sumeria menulis di atas
kepingan tanah liat. Orang Mesir menulis di atas Papyrus dan menggunakan 'Calmus' sebagai
alat menulis. Orang Greek dan Romania menggunakan buku yang diperbuat daripada kepingan
kayu nipis berlilin. Kertas dan pen mula digunakan sejak kurun ke 14. Namun pada zaman
primitif, manusia mengira dengan menggunakan jejari tangan dan kaki untuk mewakili nilai
atau bilangan nombor. Jika rekod yang tetap dikehendaki, berbagai-bagai kaedah digunakan.
Satu daripada kaedah-kaedah itu ialah menandakan rekod itu di permukaan kayu-kayu atau
tulang-tulang binatang.
Mengikut perkembangan komputer tempatan, kita dapat merasakan ledakkannya yang
agak drastik. Komputer kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan dan mempengaruhi
kehidupan seharian kita. Sebenarnya komputer telah diperkenalkan kepada masyarakat dunia
sejak beberapa abad lalu. Di negara kita, komputer mula digunakan di Malaysia pada tahun 1965
apabila Lembaga Letrik Negara menggunakan komputer untuk memproses gaji kakitangan dan
juga akaun syarikat. Tetapi komputer tidak disambut baik pada ketika itu kerana kos komputer
yang tinggi dan kekurangan tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang komputer.
Kini atas kesedaran masyarakat tentang kepentingan komputer terhadap pembangunan
negara, maka kita dapat melihat perubahan positif yang agak ketara. Komputer digunakan oleh
masyarakat mengikut keperluan masing-masing bukan sahaja digunakan oleh agensi kerajaan
dan swasta tetapi juga orang awam. Malaysia sekarang muncul sebagai pengguna yang keempat
terbesar di Asia. Pada tahun-tahun akan datang, keperluan tenaga mahir dalam komputer akan
berlipat ganda. Peluang kemudahan sistem komputer pusat ini diterima kerana Malaysia
mempunyai sistem komunikasi yang baik.
Walaupun penggunaan komputer kini meluas ke pelbagai bidang dan sektor masyarakat
seperti perindustrian, perubatan dan penyelidikan, perdagangan, hiburan, pengangkutan,
komunikasi dan sektor awam. Namun tumpuan diberikan kepada bidang pendidikan.
Ini memandangkan kepada 3 sebab utama komputer digunakan dalam pendidikan iaitu
perkembangan teknologi baru telah menawarkan satu teknologi maklumat yang berkuasa,
bersepadu serta berfungsi kerana kaedah ini memudahkan penyimpanan dan penyampaian
maklumat kepada para pendidik dan pelajar. Seterusnya, komputer berperanan sebagai alat

berkaitan dengan maklumat dan pengetahuan. Akhirnya, para pendidik dan pelajar memerlukan
maklumat dan pengetahuan sebagai kunci kejayaan.
Kesimpulannya, komputer akan bertambah maju pada masa akan datang. Ia akan menjadi
lebih kecil tetapi lengkap dengan ciri-ciri yang lebih baik dan berguna. Komputer masa depan
boleh menaakul, berfikir, membuat keputusan dan belajar dari kesalahan. Ia juga lebih pantas
dan berkuasa serta mempunyai kapasiti ingatan yang lebih. Namun ia mudah digunakan dan
lebih praktikal. Tambahan komputer masa hadapan akan membuat lebih banyak tugas serentak.
Oleh itu, ia akan menjimatkan masa dan lebih ramai orang yang akan menggunakannya dalam
menjalankan tugas harian.

Anda mungkin juga menyukai