Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR MASYARAKAT MEMILIH AH LONG

1. Negara ini,isu sosio budaya dan perjalanan kehidupan rakyat yang sering disogok dan
ditekankan dengan keperluan kehidupan yang melewati kemampuan.Untuk mengelak
kemiskinan terus membelenggu,masyarakat mengambil jalan singkat meminjam wang dengan
ceti-ceti haram ini tanpa mengira kesan masa depan.

2. Tawaran pinjaman mudah tanpa prosedur dan syarat yang terlalu ketat ternyata menjadi
umpan laris mereka kepada orang ramai.Tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan segera
selain kemahiran ceti-ceti haram ini mengiklankan dan mempromosikan perkhimatan
mereka.Syarat pinjaman yang terlalu ketat dan masa panjang yang diambil untuk meluluskan
pinjaman oleh agensi dan syarikat kewangan yang sah.

3. Kelewatan pihak berkuasa meluluskan pemohonan lesen itu menyebabkan kegiatan ceti
haram semakin berleluasa sehingga ada yang berani bertindak ganas termasuk mencederakan
atau mengugut peminjam yang gagal melangsaikan hutang.

4. Ibarat menangguk di air keruh,ceti haram menghulurkan pinjaman wang dalam saat-saat
mangsa kesempitan duit.Misalnya,ada yang perlukan duit untuk kos perubatan,untuk
meneruskan kesinambungan perniagaan,dan yang tidak boleh dimaafkan-berjudi.

KESAN-KESAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA


1. Kegiatan ceti haram boleh mengancam kesejahteraan hidup rakyat berpendapatan
rendah.Peminjam sudah terikat dan tidak boleh terlepas terhadap apa yang dikenakan kepada
mereka sebagai syarat pinjaman.Ceti haram menjadi pemeras sehigga ramai orang menderita
terutama mereka yang perlukan wang atau berhutang dengan ceti haram.
2. Kegiatan ceti haram ini diklasifikasikan sebagai satu jenayah.Ini kerana ia ada kaitan dengan
kes pergaduhan,bunuh dan sebagainya.Apa tidaknya,peminjam akan tertekan kerana setiap kali
gagal membayar pinjaman pada waktu ditetapkan,jumlah hutang bertambah.
3. Kekejaman Ah Long memburu dan menganiayai mereka yang gagal melangsaikan hutang juga
dilaporkan semakin berleluasa.
4. Kegiatan meminjam wang daripada ceti-ceti haram boleh memporak-porandakan rumah
tangga dan memusnahkan nasib masa depan mereka.Banyak kes yang melibatkan peminjam
yang sanggup nekad membunuh diri bersama ahli keluarga mereka malah menghadapi banyak
tekanan.

LANGKAH &USAHA/CARA MENANGANI/MEMBANTERAS


1. Penubuhan Badan Peyelarasan Hutang Kecil Rakyat akan dapat membantu mereka yang
berhutang untuk tampil kehadap membincangkan hutang-hutang mereka dengan jalan
penyelesaian yang paling mudah dan menguntungkan kedua-dua pihak.
2. Pihak berkuasa terpaksa menubuhkan apa yang dikenali sebagai “jawatankuasa kecil
peminjam wang” di seluruh Negara bagi memantau kegiatan itu.Usaha ini perlu diperluaskan
dan dikerah keseluruh Negara disamping perlunya kerjasama erat semua polis sendiri dengan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk campur tangan sekiranya urusniaga
syarikat pinjaman wang itu membabitkan perlakuan jenayah.
3. Polis dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah bersetuju mengehadkan
pengeluaran permit berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan.
4. Syarikat kewangan dan bank haruslah memperluas dan menyediakan pelbagai bentuk
pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mengelakkan
mereka menjadi mangsa kepada peminjam ceti haram.
· Prosedur yang lebih mudah dan tidak memerlukan cagaranyang terlalu banyak atau ketat.
· Mempercepatkan pemberian pinjaman untuk golongan yang terdesak dan menghadapi
masalah kewangan yang serius.
5. Tindakan undang-undang haruslah dikenakan ke atas ceti haram yang melanggar peraturan
pinjaman wang.
· Pihak polis dan pihak berkuasa dibenarkan mengambil tindakan terhadap ceti haram yang
melanggar peraturan.
· Pindaan terhadap Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda
maksimumdan hukuman penjara serta rotan terhadap pesalah.
· Mengawal penerbitan iklan membabitkan pemberi pinjaman oleh ceti haram daripada
bermaharajalela.
6. Kesedaran tentang kesan buruk akibat meminjam daripada ceti haram.
· Kempen secara besar-besaran (melalui akhbar atau media elektronik) perlu dilakukan bagi
menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram ini.
· Anggota masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat
berkaitan dengan aktiviti pinjaman haram.

Anda mungkin juga menyukai