Anda di halaman 1dari 4

SOALAN : Kejadian jenayah indeks dan bukan indeks di Malaysia semakin meningkat dan amat

membimbangkan semua pihak. Fenomena ini semakin meningkat dan akan menjejaskan pembangunan
negara. Bincangkan.

PENGENALAN

Jenayah indeks dan bukan indeks merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan menjadi isu sosial
yang amat membimbankan. Gejala ini memberi banyak kesan terutamanya kepada kesejahteraan hidup.

A. PUNCA – PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH INDEKS DAN BUKAN INDEKS

Pengaruh media

Filem bercorak ganas dan berunsurkan seks ( 3S – sadis, seks dan seram )
Mempengaruhi minda dan emosi individu
Menjadi ikutan golongan yang mudah dipengaruhi
Mudah melakukan jenayah atas desakan dan tindakan tidak waras

Tekanan dan gaya hidup

Kegawatan ekonomi mendorong individu melakukan jenayah


Memenuhi kehendak dan keperluan hidup – desakan hidup memaksa individu melakukan
jenayah seperti merompak dan mebunuh
Pengaruh kebendaan dan kemewahan – ingin cepat kaya dengan memberi atau
mengambil rasuah.

Kurang didikan agama dan moral

Tidak mempunyai pedoman hidup atau lemah jati diri ( Contoh : Melakukan rasuah )
Gagal mengawal nafsu syahwatnya ( Contoh : Merogol dan membunuh )
Hilang pertimbangan dan sifat kemanusiaan seperti membunuh.

Kemajuan teknologi

Pelbagai maklumat yang tidak bermoral diperoleh daripada media


Individu dapat mempelajari selok belok melakukan jenayah, rasuah dan jenayah siber
Kemajuan teknologi akan memudahkan individu mengetahui tindakan pihak berkuasa
- Contoh : Kegiatan cetak rompak terlepas daripada tangkapan pihak berkuasa kerana
pesalah mempunyai peralatan mengesan pihak berkuasa.

Kepincangan institusi keluarga

Individu daripada keluarga yang bermasalah


Pengalaman silam atau sejarah hidup yang bermasalah
Ibu bapa terlibat dengan penagihan dadah, arak, judi
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih terpinggir dalam kehidupan masyarakat dan status mereka
agak menyedihkan terutama dalam bidang pekerjaan produktif. Terangkan cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh golongan tersebut dalam mendapatkan pekerjaan.

Pendahuluan:
Golongan orang kurang upaya (OKU) mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani
kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Namun, golongan OKU masih terpinggir dan banyak
cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut untuk mendapat pekerjaan.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan (OKU)

1. Sikap masyarakat yang negatif dan diskriminasi ekoran kurangnya kesedaran mengenai
golongan kurang berupaya

• Masyarakat mempunyai tanggapan yang tidak baik terhadap golongan OKU.


• Golongan OKU dianggap tidak dapat bekerjasama dengan golongan normal.
• Masyarakat menganggap bahawa golongan ini sering dilabel sebagai mereka yang menjadi beban
kepada keluarga, masyarakat dan negara.
• Pembentukan sahsiah diri yang negatif juga menyebabkan golongan masyarakat tidak
menghormati golongan (OKU).

2. Sikap majikan terhadap golongan orang kurang berupaya

• Golongan majikan perlu berubah sikap dengan memberikan fokus kepada keupayaan golongan
OKU dan bukannya kekurangan atau ketidakupayaan mereka. Contohnya, golongan majikan
perlu melayan golongan (OKU)dengan sama rata dan tidak memandang remeh terhadap mereka
disebabkan mereka mengalami kecacatan.
• Majikan mempunyai tanggapan yang negatif terhadap OKU kerana mereka tidak boleh berdikari
dan perlu bantuan dan sokongan orang lain .
• Golongan OKU dianggap kurang produktif kerana kecacatan mereka .Contohnya , masalah
pergerakan dan tindak balas yang lambat akan menghalang proses kerja mereka.

3. Golongan orang kurang berupaya berasa rendah diri dengan keadaan diri mereka

• Sifat rendah diri golongan orang kurang berupaya ini boleh menjejaskan perasaan ,kebolehan
mereka dan sekaligus menjejaskan komunikasi sosial dengan masyarakat luar.Keadaan ini
membolehkan mereka takut untuk bercampur gaul dengan masyarakat luar.
• Majikan tidak akan mengupah mereka yang bersifat rendah diri kerana mereka tidak mempunyai
keyakinan terhadap diri sendiri untuk melakukan sesuatu kerja.
• Golongan orang kurang berupaya yang berasa rendah diri ini asyik berasa orang sekeliling
mereka akan memandang rendah serta menganggap mereka sebagai sampah sarap yang tiada
berjasa terhadap Negara .

4. Golongan orang kurang berupaya tiada sebarang kemahiran yang khas untuk mendapatkan pekerjaan

• Sesetengah majikan tidak ingin mengambil pekerja OKU kerana berpendapat golongan OKU ini
tidak boleh membuat kerja kerana tiada sesuatu kemahiran yang khas di samping memerlukan
perbelanjaan khas untuk menyediakan kemudahan OKU.
• Kebanyakan golongan kurang berupaya tidak mempunyai sijil universiti yang diiktiraf dan tiada
pengetahuan yang mencukupi menyebabkan mereka mengalami kegagalan untuk mendapatkan
kerja.
• Terdapat sesetengah golongan kurang berupaya yang lemah semangat yang sentiasa meragui
keupayaan diri sendiri dengan melepaskan peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan
terperuk di rumah kerana mereka berasa masyarakat tidak akan mengiktiraf kedudukan mereka.

5. Kekurangan maklumat , sokongan , dan khidmat nasihat

• Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
mengatakan bahawa golongan OKU di Malaysia adalah peluang yang terhad untuk mendapatkan
latihan, maklumat dan perkhidmatan sokongan seperti alat sokong bantu serta khidmat panduan
kerjaya.
• Akses maklumat yang tidak seimbang dan saksama antara OKU dengan manusia normal
• OKU sukar mendapatkan maklumat secara langsung daripada sumber media berkaitan latihan
kemahiran , pekerjaan , dan peluang ekonomi .
• Di pusat penjagaan atau badan amal kurang menyediakan khidmat nasihat daripada kaunselor
untuk mendapat pandangan , motivasi , dan sokongan untuk berjaya.

Kesimpulannya , masalah yang dihadapi oleh golongan orang kurang berupaya ini harus ditangani oleh
secara bersama , bersepadu dan profesional . Justeru , kerajaan perlu memperuntukkan dana yang banyak
untuk meningkatkan taraf hidup OKU , dan pihak swasta juga perlu menghulurkan bantuan.

Salah satu sektor ekonomi yang diberi tumpuan di Malaysia ialah sektor Industri Kecil dan Sederhana
.Industri tersebut banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara .Pada masa yang sama IKS
menghadapi pelbagai cabaran.Bincangkan.

IKS ialah Industri Kecil dan Sederhana dan ia juga mendapat perhatian dlm negara semenjak Rancangan
Malaysia 1(RM1 ) , selaras dgn hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara peridustrian. IKS
adalah satu usaha yang diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan wawasan 2020.

Kepentingan IKS :
1. Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di
luar bandar .
- Industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu
Produk.
- Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta
pengunjung-pengunjung yang lain.
-Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-
karnival jualan.
- Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan
penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.
2. IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk
kampung.

- Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini
memerlukan pekerja yang ramai.
-Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha IKS
akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat setempat .
-Hal ini telah akan membuka peluang kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU)
untuk bekerja di situ.
-Sikap pengusaha IKS yang prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat,
akan mewujudkan perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di sesuatu kawasan itu.

3. Pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian
dan perikanan.
- IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan
mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan.
-Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil
pertanian sara diri penduduk kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan
para pengusaha IKS. --Hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi
penawaran dan harga barangan.. Secara tidak langsung sektor pertanian akan meningkat.
-Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu
meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.Kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA,
MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada
para petani dan nelayan.

4. Kewujudan Iks telah menyebabkan berlakunya Pemindahan teknologi dalam pelbagai sektor.

-Para pengusaha menggunakan beberapa teknologi yang baru untuk mendapatkan hasilnya yang baik dan
berkualiti.
-Mereka juga menggunakan teknologi yang baru untuk menjimatkan masa dan kos.
-Oleh sebab itu , mereka boleh mendapat untung yang banyak dengan menggunakan teknologi yang baru
ini.

Anda mungkin juga menyukai