Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah, anggotaanggota jawatankuasa Persatuan Belia Kampung

Serdang, tuan-tuan, dan puan-puan sekalian. Selamat petang dan selamat sejahtera. Bersyukur saya kepada Ilahi kerana berkat limpah kumia-Nya, saya dapat bersama dengan kalian dalam majlis bersempena dengan sambutan Hari Belia di sini pada hari ini. Saya berasa besar hati juga kerana diundang oleh Persatuan Belia di sini untuk memberikan ucapan. Tuan~tuan dan puan-puan sekalian, Sebagai golongan yang terbesar dalam masyarakat, sumbangan belia terhadap pembangunan sosio-ekonomi dan kemajuan negara amatlah besar. Oleh hal yang demikian, para belia sebagai pelopor yang bakal mewarisi kepimpinan negara, sewajarnya membuat penentuan dari sekarang tentang corak dan arah pembangunan negara serta bangsa supaya tidak mudah dieksploitasi oleh golongan subversif. Selain itu, diharapkan golongan belia dapat bertindak secara rasional dan tidak menurut emosi yang membuta tuli dalanl usaha menangani pelbagai masalah. Golongan belia harus mempunyai nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan masyarakat Timur, berani menegakkan kebenaran dan keadilan, serta memahami matlanlat pembangunan negara. Golongan belia harus juga sentiasa berpegang teguh pada ajaran aganla mereka untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah kehancuran dan kehinaan. Hadirin sekalian, Golongan belia seharusnya menyedari bahawa mereka adalah tempat bergantungnya segala harapan bangsa dan negara. Namun demikian, saya berasa kesal kerana di negara ini masih terdapat segolongan kecil belia yang tidak menyedari hakikat ini. Malah terdapat juga di kalangan mereka yang lebih senang dengan corak hidup yang terkeluar daripada lunas-lunas keperibadian agama dan bangsa. Hal ini terbukti dengan bertambahnya kegiatan jenayah, maksiat serta penyalahgunaan dadah di kalangan belia. Kegiatan-kegiatan yang merugikan diri, bangsa dan negara ini harus dibendung bersama, khsusnya oleh golongan belia. Jika tidak, akan hancurlah bangsa dan akan binasalah negara Nampaknya setakat inilah sahaja ucapan saya. Akhirkata, saya ingin menasihati golongan belia agar tidak mensia-siakan masa muda mereka dan tidak menghampakan harapan bangsa dan negara. Sekian, terima kasih.

(Dipetik dan diolah daripada Bahasa Kebangsaan (A) oleh Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz)

Anda mungkin juga menyukai