Anda di halaman 1dari 16

KUDAT

KAUM RUNGUS
OLEH: VANESSA IQXALYNE (3C)
EVELYN (3B)
FELECIA (3B)
Sejarah ringkas…
• Orang Rungus juga dikenali sebagai Momogun
• Nama Rungus diambil bersempena nama Aki Rungsud,
yang merupakan nenek moyang orang kaum Rungus.
• Majoritinya mendiami bahagian utara Sabah (daerah
Kudat, Pitas dan Kota Marudu)
1. AGAMA DAN UPACARA KEAGAMAAN
• Majoriti beragama Kristian
• Perkahwinan, Hari Lahir, Kematian, Krismas, Pemberkatan, Pesta
Kaamatan
• Majlis-majis seperti yang dinyatakan di atas adalah melibatkan
upacara yang dikendalikan oleh pastor atau pemimpin gereja.
2. PANTANG LARANG.
• Kepercayaan Masyarakat Rungus.
• Masyarakat Rungus tradisional mempunyai kepercayaan yang tersendiri yang dikenali sebagai kepercayaan animisme.
Kepercayaan itu didasarkan kepada pengertian bahawa semua dalam alam semesta ini mempunyai roh seperti pokok, batu,
sungai, laut, huma, rumah dan sebagainya.[23] Kepercayaan masyarakat Rungus telah membentuk adat atau pantang larang
yang mengatur kehidupan mereka seharian. Gambaran tentang kepercayaan dan pantang larang masyarakat Rungus pernah
ditulis oleh Rev. Traugott Forschner, semasa British memerintah Sabah. [24] Menurutnya, terdapat seorang individu yang
dikenali oleh orang Rungus sebagai Tuan Ligis. Tuan tersebut telah meminta masyarakat Rungus untuk menanam kelapa,
getah dan bersawah padi tetapi, jawab pemimpin Rungus pada masa itu yang dikenali sebagai Tumanggung;
• “Kami tidak akan mengorek tanah sebab menyebabkan kematian kami dan
•  kami tidak akan membina tali air sebab menyebabkan kami sakit.”[25]

• Tindakan Tumanggunag tidak menerima pendapat Tuan Ligis adalah disebabkan adat yang melarang mereka daripada
melakukan segala kerja-kerja yang melibatkan pengorekan tanah. Masyarakat Rungus percaya pada masa itu bahawa
perbuatan mengorek tanah hanya dilakukan apabila adanya kematian dan jika mereka membina tali air di kawasan yang sesuai
untuk penanaman padi sawah itu akan mengganggu semangat yang tinggal di kawasan tersebut dan menyebabkan mereka
sakit.
•             Pada pandangan kaum Rungus, dunia yang mereka diami dihuni oleh semangat baik dan jahat.[26] Semangat baik
membantu manusia dalam aktiviti seharian sementara semangat jahat membawa penyakit dan bencana alam jika diganggu.
Hidup mereka sentiasa terikat dengan satu bentuk interaksi yang mistik dengan alam semula jadi. Mereka sentiasa percaya
• Tindakan Tumanggunag tidak menerima pendapat Tuan Ligis adalah disebabkan adat yang melarang mereka daripada melakukan segala
kerja-kerja yang melibatkan pengorekan tanah. Masyarakat Rungus percaya pada masa itu bahawa perbuatan mengorek tanah hanya
dilakukan apabila adanya kematian dan jika mereka membina tali air di kawasan yang sesuai untuk penanaman padi sawah itu akan
mengganggu semangat yang tinggal di kawasan tersebut dan menyebabkan mereka sakit.
•             Pada pandangan kaum Rungus, dunia yang mereka diami dihuni oleh semangat baik dan jahat.[26] Semangat baik membantu
manusia dalam aktiviti seharian sementara semangat jahat membawa penyakit dan bencana alam jika diganggu. Hidup mereka sentiasa
terikat dengan satu bentuk interaksi yang mistik dengan alam semula jadi. Mereka sentiasa percaya dengan kewujudan pelbagai semangat
yang menghuni di sekitar mereka. Kebahagiaan dan keselesaan yang mereka alami sangat bergantung dengan hubungan yang mereka jalani
dengan semangat yang ada di sekitar mereka.[27] Memberi gangguan kepada semangat yang ada di sekitar mereka bermakna mengundang
kesukaran kepada diri sendiri dan keluarga. Hubungan dengan alam sekeliling sentiasa dijaga melalui pematuhan terhadap pantang larang
yang telah ditetapkan.
• Jika melanggar pantang larang yang ada kaitannya dengan kuasa rogon dan roh, malapetaka atau bencana akan menimpa seseorang atau
keluarganya. Malah  bencana juga boleh melanda seluruh masyarakat rumah panjang bergantung pada kesalahan yang telah dilakukan.
Antara pantang larang yang menimbulkan kemarahan rogon ialah seperti larangan membawa jantung pisang, limau dan larangan membawa
naik ke rumah barang-barang keperluan untuk upacara pemujaan, tidak dibenarkan membakar ayam dan babi di dapur, tidak dibenarkan
mengadakan pesta tanpa ada kaitan dengan penyembahan ke atas rogon terlebih dahulu dan pelbagai lagi pantang larang yang lain.[37] Jika
seseorang telah melanggar pantang larang yang telah ditetapkan, perdamaian dengan kuasa-kuasa tersebut harus dilakukan segara.[38]
Untuk memulihkan keadaan, persembahan korban dilakukan sebagai korban perdamaian antara manusia dengan roh-roh. Korban
perdamaian melibatkan penyembelihan bintang seperti ayam, babi atau kerbau.
• Makanan (Sinamu)
o Sejenis makanan tradisional kaum Rungus, di mana buah seperti mangga,
bambangan, nangka dan betik muda dijeruk bersama bilis yang sudah diperap
dengan air garam
o Hal ini menunjukkan pengetahuan orang kaum Rungus tentang pengawetan supaya
makanan boleh disimpan lebih lama.
3. BAHASA
• Bahasa Rungus
i. Isai ngaran nu? (Siapa namu kamu?)
ii. Nakakan ko no kah? (Kamu sudah makan?)

iii. Asamod oku dikau. (Saya sayang kamu)


iv. Monguro ko didino? (Kamu buat apa sekarang?)

v. Sombo sikuron nu? (Kamu bersekolah di mana?)


4. KESENIAN
• Baju tradisional
• Tarian (Sumundai om Mongigol)

• Suku kaum Rungus terkenal dengan tarian tradisional dikenali sebagai mongigol dan sumundai. Mongigol tarian bagi lelaki
dan sumundai tarian bagi perempuan, namun tarian ini dijalankan secara serentak iaitu lelaki akan mendahului tarian dan
diikuti oleh empat atau lebih penari perempuan.[48] Tarian mongigol dan sumundai akan diiringi oleh paluan gong yang
dimainkan oleh pemalu gong terdiri daripada enam atau tujuh orang.  Alat muzik tradisi kamu Rungus pula adalah gong
dan sehingga kini masih digunakan. Malah terdapat sebuah kampung yang menghasilkan gong di Kudat yang dikenali
sebagai kampung Sumangkap. Gong masyarakat Rungus terdiri daripada tujuh jenis iaitu, koritikon(canang),
sandangau(canang), pompom, soludon, tongikon(tavag), hungkodonan(tavag) dan bimbingan(Tavag).[49]
• Selain daripada pakaian, tarian dan alat muzik, kaum Rungus masih lagi mempunyai kebudayaan yang lain seperti
perkahwinan tradisi, tetapi sudah terlalu jarang diamalkan pada masa kini, Pesta Menuai, budaya minum tapai dan rumah
panjang. Oleh itu, masyarakat Rungus mempunyai kebudayaan yang tersendiri sejak wujudnya kaum tersebut di Sabah.
Malah masyarakatnya sedaya upaya memelihara budaya warisan yang ada agar tidak ditelan oleh kemodenan.
• Rumah panjang
• Manik
5. SISTEM EKONOMI   Jadual 2.1:  Kalendar kaum Rungus berdasarkan musim
penanaman padi.
Bulan Kalendar Rungus Kalendar
berdasarkan musim(Ontok) antarabangsa
penanaman padi
Satu Ontok Mangagang Jun
Dua Ontok Rumilik Julai
Tiga Ontok Tumutud Ogos
Empat Ontok Mangasok September
Lima Ontok Mongimvalahan Oktober

Enam Ontok Monginsakot November


Tujuh Ontok Monguvak Disember
Lapan Ontok Mongintoguli Januari
Sembilan Ontok Moniim-Tiim Februari

Sepuluh Ontok Lotoyng Mongomot Mac

Sebelas Ontok Mongulok April


Duabelas Ontok Monuhut/Kokotuai. Mei
6. SISTEM TEKNOLOGI DAN PERALATAN
• Sumber hutan
o Digunakan untuk membina rumah seperti atap nipah, bambu, dan kulit pokok.
o Juga digunakan untuk membina Sulap (pondok kecil di ladang padi)

• Besi dan tembaga


o Digunakan untuk membuat alat-alat berkerja seperti parang, kapak, serta
peralatan kesenian (alat muzik seperti gong)
Sekian, terima kasih! :D

Anda mungkin juga menyukai