Anda di halaman 1dari 5

AA10103 PENGANTAR ANTROPOLOGI (GROUP PRESENTATION)

KAUM RUNGUS ( SISTEM PERSANAKAN, PERKAHWINAN & KEKELUARGAAN)

DEFINISI KAUM RUNGUS

- RUNGUS merupakan salah satu kaum di Sabah dan juga merupakan penduduk asli
kepulauan Borneo . RUNGUS biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun Rungus , Momogun
Rungus , Momogun Laut , Dusun laut atau Rungus . “ RUNGUS “ berasal dari perkataan
Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari Kawasan Nunuk Ragang
ke persisiran pantai di Semenanjung Kudat , Teluk Marudu , Pitas , Beluran dan Telupid .

KONSEP PERSANAKAN

- Dalam Antropologi , Persanakan ialah jaringan hubungan sosial yang membentuk bahagian
penting dalam kehidupan manusia dalam kebanyakan masyarakat tetapi erti tepatnya juga
dalam disiplin ini kerap diperdebatkan .
- Ahli ROBIN FOX menyatakan bahawa “ kajian persanakan ialah kajian tentang perkara yang
perlu dilakukan oleh manusia dengan fakta-fakta asasi kehidupan ini .

KONSEP PERKAHWINAN

- PERKAHWINAN adalah salah satu ibadah dan ia nya merupakan asas kepada kewujudan
sesebuah keluarga , masyarakat dan seterusnya pembentukan negara .

KONSEP KELUARGA

- KELUARGA adalah sekolompok orang yang memiliki keterkaitan secara genetika , pernikahan
atau pilihan hidup yang berbagi materi ,emosi dan sumber daya ekonomi . KELUARGA
bukanlah organisasi formal layaknya pemerintah mahupun organisasi keagamaan . Namun
keluarga adalah institusi formal .

2) A community – choose a case from that country ( tentang warna kulit )

- contoh teori Orang Rungus Asal Mongolia

-melihat kepada pernyataan petikan dari GRANVILLE EDGE dapat disimpulkan bahawa menurut
beliau penduduk asal Borneo itu berasal dari sekumpulan orang Mangolia yang kemudiannya
berhijrah ke Pulau Borneo kira2 5000 tahun lalu . Dan kerana itulah ramai yang agak menerima
pernyataan ini memandangkan jika ditinjau dari warna kulit masyarakat Rungus bermata sepet dan
berkulit kuning langsat serta fizikal yang “ pendek-pendek tegap “

2) WHO shape this edentity? What , when , how , why

- Kaum Rungus ini diasaskan oleh nenek moyang mereka di Borneo suatu waktu dahulu iaitu
Tamadun Nunuk Ragang .
- Tamadun Nunuk Ragang diasaskan oleh seseorang ‘ usan-usan’ (maksudnya seorang yang tidak
mempunyai keluarga ) .

3) TINJAU BUDAYA GENDER , AGAMA , EKONOMI , POLITIK ,

-
-
- majoritinya kaum ini telah menganut agama Kristian meskipun Kon Ling (2005:5) etnik
Rungus mengamalkan agama Pagan . Suku ini juga dianggap tidak beragama kerana mereka
dahulunya mengamalkan kepercayaan animisme .
- suku kaum Rungus mempercayai Tuhan dikenali sebagai “ Kinoringan “ yang menetap di
langit menguasai seluruh haiwan dan tumbuh tumbuhan ( Rokiah 1991:15) . Etnik ini
mempercayai bahawa Kinoringan dapat mematikan dan menghidupkan manusia melalui
wakilnya iaitu SAMBAVON dan ILUMAAG .
- Etnik Rungus berpegang teguh dengan adat resam meskipun mereka hidup dalam dunia
serba kemodenan .
- Adat perkahwinan dan adat pertunangan masih mengikut adat resam terdahulu akan tetapi
berlaku penambahan walaupin sedikit perubahan mengikut situasi pihak tertentu .

EKONOMI
-Kebanyakan penduduk Momogun Rungus bekerja sebagai petani dengan menjalankan
pertanian pindah ( padi sawah dan huma )
- memungut hasil hutan dan menangkap ikan untuk sara hidup .
- Pada masa kini , kegiatan ekonomi mereka tertumpu kepada sector pertanian komersial
yang lebih menguntungkan .
- Pertenakan madu lebah di Kampung Gombizau , Matunggong kira-kira 190 kilometer
merupakan sebahagian daripada hasil ekonomi Kaum Rungus .
-Kampung tersebut menjadi persinggahan pelancong asing yang melawat Utara Sabah selain
Kampung Sumangkap yang menjadi pusat pengeluar gong serta destinasi .

SUMBER
1) https://www.google.com.my/url?
sa=t&source=web&cd=&ved=2ahUKEwjuytPAsuz7AhX8wjgGHWErBdgQFnoECBUQAQ&u
rl=https%3A%2F%2Fm.facebook.com%2FPermasaUM%2Fphotos
%2Fa.107799989260910%2F1138484066192492%2F%3Ftype
%3D3&usg=AOvVaw2m5p4YON3kTetjkQq6ckpf
2) http://rungus1m.blogspot.my/2010/11/asal-usul-rungus-menurut.html
3) http://www.sabah.edu.my/itls07013/sejarah.html

SISTEM PERKAHWINAN KAUM RUNGUS

Terdapat pantang larang serta dendanya bagi pasangan yang sudah bertunang tetapi belum
berkahwin.
Pasangan ini tidak boleh berjalan berdua-duaan kerana ianya dianggap sebagai perbuatan zina.
Pelaku akan dikenakan denda sogit  jika melanggarnya, iaitu denda adat seekor khinzir disembelih
dan dimakan bersama-sama penduduk kampung.

Peraturan dan pantang larang ini sudah tidak diamalkan lagi oleh segelintir masyarakat etnik Rungus
disebabkan oleh pengaruh dunia moden di mana pasangan itu bergaul secara bebas walaupun
belum ada ikatan mahupun sudah bergelar tunang. Beliau berpendapat bahawa adat resam serta
kepercayaan nenek moyang masih lagi berkekalan sehinggalah pada masa kini.

ADAT DAN TATACARA PERKAHWINAN MOMOGUN RUNGUS DAHULU KALA

Adat Misavo Momogun Rungus Kodori

Adat Perkhawinan Momogun Rungus di zaman dahulu semakin dilupakan.


beberapa adat perkahwinan  Kaum Momogun Rungus terdahulu yang perlu kita ketahui ialah

1. Menjodohkan anak lelaki dan anak perempuan oleh ibubapa tanpa pengetahun anak mereka.
Pihak lelaki dan pihak perempuan akan berjanji sesama mereka diantara 4 ke 9 Tahun mengikut
umur Anak. Setelah sampai masanya, mereka akan dikahwinkan dalam Bahasa Rungus ianya disebut
sebagai Popibumbung atau Miandui.

2. Merisik dalam bahasa Rungus ianya di panggil Monudung.

3. Tunang = Rungus Manamong. Bagi kaum Rungus bertunang (RUMAIT & MANAMONG) adalah
Sama. Pada masa dahulu ketika bertunang pihak lelaki akan membawa Sirih, Pinang & Gambir
(INGATON.OSU.TAPUW/APUW & GAMBIL) yang dibawa dalam bekas yg dibuat dari dahan pokok
pinang [KAZAKAP] seperti beg Galas.

Dalam majlis bertunang, pihak lelaki akan memberikan Sirih, Pinang itu tadi kepada ibubapa dan
saudara mara perempuan. Sekiranya  mereka memakan Sirih, Pinang itu tadi bermaksud pihak Lelaki
diterima menjadi menantu.

Dalam masa menunggu tarikh perkahwinan. Lelaki selalunya akan membuat kerja-kerja ladang dan
apa sahaja di pihak perempuan mengikut kemampuan lelaki, selalunya seminggu ke dua minggu.
(TUMABANG GUMAMA SD TOKINON) ini adalah wajib bagi pihak lelaki.

4. Akad nikah atau dalam bahasa Rungus Mihukum. Sebelum akad nikah (Mihukum). Jika lelaki tidak
ada membantu pihak keluarga sebelum itu (GUMAMA SD ONDU) pihak lelaki dikenakan 1 Gong
sebagai pembuka Bicara [OHUKUM PO LAID I KUSAI] barulah majlis diteruskan. Tarikh majlis
Perkahwinan dan hantaran akan dibincangkan. Pada masa ini pihak wanita akan menyatakan berapa
jumlah hantaran melalui (MONINGKOLOS atau MITIMBAGOS).

5. Simpulan tali atau dalam bahasa Rungus TIMBAGOS/TINGKOLOS yang ketika itu dibuat dari tali
kulit kayu yg di hiris halus (Timbagan) atau rotan yg dihiris halus [Norusan]. Satu simpulan tali
bermaksud satu gong hantaran jika ada 4 atau 5 simpulan tali [5-TIMBAGOS] 5 itulah jumlah gong
sebagai hantaran.
6. Majlis perkahwinan bagi kaum Rungus terbahagi kepada 2:

Iaitu biasa dan besar-besaran. Bagi Perkahwinan biasa pengantin perempuan hanya memakai kain
sarung dan diletakkan di bilik, rumah orang lain dalam Rumah Panjang tersebut, selalunya jarak dua
ke tiga pintu, manakala pengantin lelaki berpakaian lengkap bersama Tombak. Sebagai tanda
memberkati, semasa pengantin lelaki sedang melangkah naik anak tangga Rumah Panjang,
pengantin lelaki tersebut akan ditahan dan perlu disikat rambutnya serta orang yang menyikat
rambut itu perlu membaca ayat-ayat mengikut adat mereka barulah pengantin lelaki akan di bawa
masuk ke bilik pengantin perempuan. Pengantin perempuan akan di bawa oleh dua atau tiga
pengiring wanita ke biliknya [MONGORI] kerana pada masa itu pengantin perempuan tidak dapat
melihat kerana telah ditutup penuh oleh kain dan di mestikan menangis. Kalau tidak menangis, akan
dicubit oleh oleh pengiringnya sehingga menangis. Setelah sampai ke bilik barulah kain akan dibuka.
Diringkaskan cerita. Pada majlis ini hanya pengantin sahaja yg ada majlis makan iaitu telur dan nasi
yg dibulatkan dan mereka akan menyuap antara satu sama lain.

7. Majlis Perkahwinan besar-besaran pula maksudnya satu rumah panjang atau penghuni rumah
panjang lain yang dekat ada bersama-sama meraikan majlis itu. Dalam Rungus dipanggil ONTONG
TOTUO.
Pengantin lelaki dan perempuan berpakaian lengkap tradisinol Rungus. Pengantin lelakinya juga
memakai lilitan di lengan tangan yg dibuat dari kayu [PONIKOS] pengantin perempuan pula selain
pakaian tradisinol akan memakai bunga-bunga yg dibuat daripada kain di keliling pinggangnya.
Bukan dalam bilik pengantin tetapi mereka akan diraikan diruang tamu Rumah panjang. Mereka
akan berjalan mengelilingi "RAZA" beberapa kali dan makanan juga banyak dihidangkan oleh pihak
pengantin kepada penghuni rumah panjang itu.

Konsep keluarga Rungus

Dalam sistem keluarga suku kaum Rungus, satu unit keluarga itu adalah bahagian yang pertama yang disebut Keluarga
Domestik daripada tiga organisasi sosial masyarakat Rungus yang sangat penting. Dua Bahagian lain lagi ialah Rumah
Panjang dan Kampung (Appell, 1986; dalam Jeubirin Bin Sopital, 2000.51).

Dalam organisasi masyarakat Rungus yang pertama, iaitu Keluarga Domestik, ianya dibina atau dibentuk melalui
perkahwinan yang sah. Dalam konteks ini, perkahwinan secara tradisonal yang melibatkan sejumlah berian dan hantaran,
daripada keluarga pihak lelaki kepada pihak perempuan sebagai tanda terima kasih kerana membesarkan anak perempuan
tersebut sebagai wanita yang baik. Hantaran juga menjadi 'pampasan' kerana berakhirnya perkhidmatan anak itu kepada
keluarganya. Faktor seperti keluarga pihak lelaki atau perempuan berada dan perempuan mempunyai kemahiran tertentu
seperti menenun, akan menentukan pertimbangan sama ada menjadikan hantaran semakin mahal dan begitu pula sebaliknya
(Paul Porodong, 1999; dalam Jeubirin Bin Sopital, 2000.51). Pada masa kini, setelah bentuk perkahwinan secara tradisional
semakin ditinggalkan, amalan berian dan hantaran (bburu) ini masih diteruskan, sebagai satu budaya positif, menyerlahkan
ketinggian maruah sesebuah keluarga dan sebagai jaminan kepada kerukunan dan ketenteraman (bbangun) sesebuah
keluarga yang dibina.

Setelah berkahwin kira-kira setahun, atau setelah semusim pengeluaran padi, pasangan yang biasanya tinggal di rumah
keluarga pihak perempuan selepas berkahwin, akan membina rumah sendiri yang baru untuk menjadi satu unit keluarga yang
baru pula, iaitu membina rumah dengan cara menyambungkan rumahnya dalam rumah panjang yang sedia ada (G.N. Appell,
1966, 1967, 1976a, 1978; dalam Laura W.R.Appell, 1992;4). Bagaimanapun pasangan atau unit keluarga yang baru ini bebas
memilih mana-mana kampung sebagai tempat untuk menetap selepas itu.
Biasanya, keselesaan hidup, adanya tanah yang diwariskan oleh pihak keluarga atau kawasan pertanian yang subur
dan suasana masyarakat harmoni atau atas permintaan dari mana-mana pihak keluarga, boleh mempengaruhi tempat tinggal
atau penempatan unit keluarga yang baru ini. Keluarga baru ini akan terus berkembang apabila sudah mendapat anak,
seterusnya menjadi keluarga yang kukuh apabila anak-anak sudah dewasa.

Ibu atau bapa yang sudah tua yang sudah tidak mampu bekerja lagi, biasanya memilih untuk tinggal di rumah anak bongsu,
tidak kira lelaki atau perempuan. Ini disebabkan anak bongsu adalah yang paling lewat berkahwin dan tidak mempunyai
tanggungan yang ramai berbanding dengan saudaranya yang lain yang sudah berkahwin dan beranak-pianak. Itulah sebabnya
anak bongsu biasanya akan mewarisi harta pusaka keluarga. Walau bagaimanapun harta warisan yang lain akan dibahagikan
kepada semua anak, termasuk anak bongsu yang telah menerima harta pusaka, secara seadil-adilnya mengikut pertimbangan
ibubapa. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, ibu bapa biasanya akan cuba membisikkan ilmu tertentu warisan keluarga
kepada anak yang dipilih dan dianggapnya sesuai dan mampu atau 'terangkat' akan ilmu yang diwariskan itu.

Bentuk perkahwinan dalam masyarakat Rungus adalah monogami, iaitu suami hanya ada satu isteri. Kejadian poligami
(miapid) sangat jarang berlaku. Poligami hanya berlaku atas sebab tertentu seperti terpaksa berkahwin kerana berzina sama
ada dengan iparnya atau sesiapa juga. Kadang-kadang dilakukan juga oleh lelaki berada dan berkemampuan dari segi sara
hidup, atau disebabkan isteri mandul. Selain itu, poligami jarang berlaku kerana masyarakat Rungus memandang negatif
akan amalan poligami

Perceraian adalah perkara yang sentiasa dielakkan oleh ibu bapa dan masyarakat. Perceraian tidak digalakkan walaupun
pasangan ada hak untuk meminta cerai. Jika sekiranya perceraian terjadi juga setelah melalui beberapa jalan penyelesaian
(umpug), anak-anak akan diminta memilih pihak mana yang akan diikuti atau berkecuali saja. Biasanya pihak isteri akan
menjaga anak-anak manakala lelaki bebas menentukan masa depannya. Harta akan dibahagikan sama rata jika perceraian
adalah atas persetujuan kedua pihak. Namun demikian, jika salah satu pihak didapati bersalah atas perceraian, maka pihak
yang tidak bersalah akan mendapat lebih banyak harta. Biasanya pengadilan kes perceraian akan dilakukan oleh ketua
kampung pihak isteri dan pihak suami, ketua kampung berdekatan dan tokoh-tokoh masyarakat setempat. Biasanya usaha
memujuk pasangan untuk berdamai akan memulakan perbicaraan dan kata putus perceraian adalah jalan terakhir yang
seboleh-bolehnya dielakkan (Paul Porodong, 1997; dalam Jeubirin Bin Sopital, 2000:52). Menurut Paul (1999:139) lagi,
sekiranya berlaku kes kematian pasangan, maka keizinan perlu diperolehi daripada 'bekas' mertua untuk berkahwin semula.
Sekiranya isteri yang meninggal dan mempunyai adik perempuan yang belum berkahwin, adalah diharapkan agar si suami
'memberikan pertimbangan sewajarnya' kepada adik iparnya.

-Pustaka Penulis Rungus (raymondmajumah.blogspot.com)

Anda mungkin juga menyukai