Anda di halaman 1dari 3

Adat Perpatih (Jawi: ‫ )عادت ڤرڤاتيه‬atau disebut juga sebagai Lareh Bodi Caniago ialah undang-undang

adat yang berasal dari Minangkabau, Sumatera. Ia diasaskan oleh seorang pemimpin Minangkabau
bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Di Malaysia, Adat Perpatih ialah
gabungan amalan dan peraturan diamalkan oleh masyarakat Minangkabau dan orang asal di Negeri
Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Naning.

Adat ini mempunyai persamaan adat ini dengan orang Polinesia, Micronesia dan Melanesia yang
telah berhijrah ke sana dan membawa adat resam ini bersama mereka. Contohnya orang Palau,
salah satu etnik penutur bahasa-bahasa Melayu-Polinesia masih mewariskan harta sepenuhnya
kepada anak perempuan dan dijaga oleh anak lelaki, ketua suku dan raja mereka

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan


kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan
anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku
ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya
sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan
menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu
si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja
yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala
perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan
suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut
atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh
itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin
sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala
lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat
mereka.
5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau
waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan
cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan
bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan
disertainya.

Adat Perpatih

Adat Perpatih adalah amalan hidup yang jauh lebih lama daripada Common Law yang hanya bermula
sekitar tahun 1066 Masihi. Adat ini berasal dari Alam Minangkabau. Adat Perpatih telah dibawa dan
diterima pakai di Negeri Sembilan oleh para perantau yang mula meneroka wilayah ini sekitar abad
ke-12. Walaupun Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat pedalaman Negeri Sembilan telah
melalui proses pengubahsuaian, namun dasar adat ini masih kekal iaitu menjuraikan keturunan
berdasarkan sistem nasab ibu atau matrilineal.
Adat Alam Minangkabau telah melalui tiga bentuk perkembangan utama iaitu Undang-undang Nan
Tigo, Adat Tarik Baleh dan Adat Tuah Disakato susunan Datuk Perpatih Nan Sebatang. Kesan
perkembangan ini telah mewujudkan dua (2) sistem nasab iaitu:

nasab bapa (patrilineal) yang dikaitkan dengan Datuk Ketemenggungan.

nasab ibu (matrilineal) yang dikaitan dengan Datuk Perpatih Nan Sebatang

Berikutan dengan kewujudan dua (2) sistem ini, wujud konsep Laras Nan Dua iaitu Bodi-Cianago dan
Kota-Piliang di Minangkabau. Melalui pemuafakatan antara kedua-dua orang pemimpin ini yang
ditandai dengan batu batikam dan batu baling, dua (2) sistem (nasab ibu dan nasab bapa) telah
menjadi satu Adat Tuah Disakato. Penggabungan dua sistem menjadi satu yang digunakan sehingga
kini dikenali sebagai Adat Alam Minangkabau.

Di Negeri Sembilan, kedua-dua laras ini digabungkan menjadi satu Adat Perpatih, Adat Perpatih
Negeri Sembilan adalah variasi adat Alam Minangkabau, Adat Perpatih melestari kehidupan
masyarakat tempatan melalui prinsip kerukunan hidup termasuk konsep dan amalan budi, undang-
undang, perlembagaan, kuasa adat, kepentingan hartanah, kekeluargaan, alam semula jadi dan
aspek-aspek kehidupan yang lain.

Adat Perpatih adalah satu sistem kemasyarakatan yang lengkap. Sistem ini tidak statik, tetapi
dinamik kerana memberi ruang, peluang dan peraturan untuk mengubahnya mengikut masa,
keadaan dan zaman. Kedinamikan adat ini termaktub dalam perlembagaannya yang dipaparkan
dalam bentuk puisi.

‘Baik diterima dek muafakat,

Buruk ditolak dek rundingan,

Tak ada yang keruh yang tak jernih,

Tak ada yang kusut yang tak selesai.

Usang-usang diperbaharui,

Lapuk-lapik dikajangi.

Sekali air bah,

Sekali tebing berubah,

Sekali raja mangkat,

Sekali adat beralih

Sekali tahun beredar


Sekali musim bertukar.’

Institusi Kepimpinan Dalam Masyarakat Adat Perpatih

Masyarakat Adat Perpatih dibahagikan kepada beberapa kelompok kekeluargaan iaitu suku yang
dipecahkan kepada kelompok Perut, diikuti oleh kelompok ruang dan yang paling kecil adalah
kelompok kekeluargaan rumpun. Setiap kelompok ini mempunyai pemimpinnya tersendiri:

Kodim iaitu ketua kelompok kekeluargaan rumpun (sublineage)

Besar iaitu ketua kelompok kekeluargaan ruang (lineage)

Buapak - ketua kelompok kekeluargaan perut (subclan)

Lembaga iaitu ketua kelompok kekeluargaan suku (clan).

PERANAN YANG PERLU DIMAINKAN OLEH BELIA UNTUK KEBUDAYAAN

TEMPATAN

Terdapat beberapa peranan yang amat penting untuk generasi muda untuk mengekalkan
kebudayaan tempatan supaya dapat mengekalkan kebudayaan atau adat resam yang digunakan
turun temurun iaitu dari moyang hingga hari ini.

Pertama sekali, generasi muda haruslah memperkasakan pengunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Seterusnya, generasi muda juga haruslah sentiasa mengingati warisan nenek moyang
seperti pantang larang sekali gus untuk mempraktikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu,
generasi muda hendaklah mengetengahkan permakaian pakaian tradisional sama ada di majlis rasmi
ataupun sebaliknya.Dari pandangan lain, belia juga harus mengaktifkan diri dalam persatuan atau
kelab permainan tradisional dan juga mempertahanan budaya tempatan sebagai satu cara untuk
membina kekuatan generasi yang akan meneruskan kesinambungan negara.Akhir sekali generasi
muda perlu memelihara budi bahasa dan kesatuannya.

Jika generasi muda mengambil kesemuanya oleh itu kebudayaan tempatan atau kebudyaan
Malaysia tidak akan pupus selama lamanya.

Anda mungkin juga menyukai