Anda di halaman 1dari 12

Topik

Sejarah dan
Konsep:
Budaya dan
Adat

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menerangkan konsep adat dan sejarah perkembangannya;

2.

Menghuraikan jenis dan peranan adat dalam masyarakat Melayu;


dan

3.

Membezakan ciri-ciri Adat Temenggung dan Adat Perpatih.

X PENGENALAN
Dari segi etimologi, adat berasal dari bahasa Arab iaitu kebiasaan.

Masyarakat di alam Melayu telah menerima pengaruh Islam dan Arab. Lamakelamaan, masyarakat Melayu menerima Islam.
Ini termasuklah masyarakat tradisional yang masih mengamalkan kepercayaan
tradisi seperti masyarakat:
(a)

Iban, Kadazan atau Dusun di Sabah;

(b)

Dayak di Kalimantan;

(c)

Batak di Sumatera;

14 X

TOPIK 2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

(d)

Taroja di Sulawesi; dan

(e)

Beberapa suku lain di Filipina.

Mereka telah menjadikan istilah dan konsep adat sebagai asas seluruh
kehidupan hingga melahirkan kesatuan asasi budaya serantau.
Dalam masyarakat tradisi di alam Melayu, perihal adat mendominasi hubungan
yang mendalam lagi bermakna antara sesama manusia dengan alam sekitarnya;
termasuklah alam tabii, alam sosial dan alam ghaib. Hubungan sebegini rupa
dianggap sebagai adat.
Adat tampil sebagai suatu struktur asas keseluruhan hidup dan menampilkan
ciri keperibadian sesebuah masyarakat. Oleh itu, adat memiliki cerita atau mitos
suci, watak asal usul yang gagah dan unggul, dan memberi makna terhadap
setiap peristiwa dan peredaran kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu,
setiap pelanggaran, lencongan atau menidakkan adat mereka akan menerima
balasan atau hukuman.
Adat memberi makna konfigurasi.

Ia merupakan identiti yang berfungsi untuk mengintegrasikan seluruh


masyarakat dan kelompok kecil masyarakat. Dalam rangka ini, adat juga
menjadi subbudaya sepertimana masyarakat membezakan adat orang Kelantan,
Melaka, Perak, Johor dan sebagainya.
Jika berlaku kesalahan adat antara sesama Melayu maka dengan sendirinya ia
mendatangkan hukuman larangan. Adat mempunyai fungsi dan juga normatif
(hukuman). Kedua-duanya berlaku dalam rangka hubungan dengan manusia
sesama manusia iaitu hubungan sosial dengan alam tabii dan dengan alam
metafizik atau simbolis (alam ghaib).
Adat mempunyai dimensi tabiat atau semula jadi. Dimensi ini amat sukar
membezakannya dalam amalan hidup seharian. Ini disebabkan adat dilihat
secara individu dan dalam kelompok keluarga dan masyarakat.
Konsep adat dalam seluruh alam Melayu ternyata amat luas, merangkumi
aspek kehidupan iaitu kepercayaan, hubungan sosial, perundangan dan
alam tabii.
Zainal Kling (1996)

TOPIK 2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

15

Menurutnya, ini adalah konsep kebudayaan sebelum istilah kebudayaan


digunakan dalam konteks ilmiah.

2.1

SEJARAH BUDAYA TENTANG ADAT


DI ALAM MELAYU

Adat telah bertapak di alam Melayu dalam tempoh waktu yang cukup lama.
Adat ini secara tidak langsung telah berputik dan telah membina budaya yang
tersendiri beracuan kepercayaan, fahaman dan agama.
Dalam masyarakat Melayu, adat dapat dilihat dalam lima kategori yang penting
seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Lima Kategori Adat
Kategori Adat
Adat yang
sebenar adat

Deskripsi

Adat yang
diadatkan

Adat yang
teradat

Fitrah atau Sunnatullah


iaitu adat yang asal atau
hukum alam

Contoh

Sembahyang

Sistem suria

Biar mati anak, jangan mati


adat

Hukum peraturan undangundang, keadilan dan


kebenaran harus ditegakkan

Anak sendiri bersalah

Pelantikan pemimpin

Pertabalan yang mempunyai


prosedur

Institusi perkahwinan:

Adat ini juga


merupakan sistem yang
rasional, logik dan
empirikal

Norma, nilai, hidup dalam


adat yang diberi peraturan

Ada institusi yang


mengendalikannya

Untuk membolehkan
lelaki dan perempuan
untuk mendapatkan zuriat

Adat Perpatih tidak


membenarkan
perkahwinan sesama suku

16 X

TOPIK 2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

Adat istiadat

Upacara atau kaedah

Ini ada kaitan dengan kitaran


hidup, pengebumian jenazah, adat
istiadat perkahwinan, merisik,
meminang dan perkara-perkara
yang berkaitan

Adat resam

Perkara yang lazim

Perlakuan

Perbuatan

Berbahasa

Makan minum

2.1.1

Adat yang Dianggap Tulen

Adat berpunca
masyarakat.

daripada

corak

dan

pemahaman

hidup

kelompok

Lantaran itu, muncullah beberapa contoh ungkapan. Antaranya adalah:


(a)

Adat api membakar;

(b)

Adat air basah; dan

(c)

Adat pisau luka.

Kalau ditafsirkannya, ia ada kaitan dengan tabiat. Keadaan ini berlaku kerana
manusia di alam Melayu mempunyai hubungan dengan alam atau semula jadi
iaitu hukum tabii. Dari sini, muncullah sistem kepercayaan. Maka, terjalin
seluruh alam dengan manusia secara teratur dan akhirnya muncullah pantang
larang.
Masyarakat di alam Melayu menjaga hubungan dan ketenteraman daripada
kelakuan manusia yang boleh merosakkan hubungan dengan makhluk ghaib
yang menjadi pernyataan kepada hidupnya alam. Sistem pantang larang
memastikan agar manusia hormat kepada wujudnya alam.
Timbulnya adat dan upacara perubatan seperti berikut:
(a)

Di Kelantan, adanya upacara main puteri;

(b)

Di Melaka adalah berkebas;

TOPIK 2

(c)

Berayun di Sarawak; dan

(d)

Bobohizan di Sabah.

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

17

Upacara ini mempunyai tujuan untuk menghubungkan manusia dengan alam


ghaib, meminta jaminan serta meminta kemaafan daripada makhluk ghaib.

SEMAK KENDIRI 2.1


1.

Nyatakan konsep adat.

2.

Adakah adat memainkan peranan penting dalam kehidupan


masyarakat? Terangkan jawapan anda.

2.2

ADAT MELAYU PESISIR (ADAT


TEMENGGUNG) DAN ADAT MELAYU
DARAT (ADAT PERPATIH)

Membicarakan tentang adat Melayu pesisir di Malaysia, kita sering dipaparkan


dengan Adat Temenggung, manakala Adat Perpatih pula bagi adat Melayu
darat. Kedua-dua adat ini masih diamalkan terutama di Negeri Sembilan dan
Melaka sehingga ke hari ini, terutamanya golongan masyarakat yang tinggal di
bahagian pesisir Selat Melaka. Ini bermakna adat yang dibawa oleh masyarakat
dari Sumatera telah berkumpul di bahagian pesisir pantai dan di sekitarnya.

2.2.1

Adat Temenggung

Subtopik ini secara umum, akan membincangkan perihal Adat Temenggung. Ia


meliputi latar belakang dan ciri-cirinya yang penting.
(a)

Latar Belakang
Adat Temenggung diamalkan oleh masyarakat Melayu di beberapa buah
negeri di semenanjung Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat
Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan iaitu abang tiri Datuk
Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka
pada awal abad ke-15. Dari Melaka, Adat Temenggung berkembang ke
negeri-negeri Melayu yang lain.

18 X

(b)

TOPIK 2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

Ciri-ciri
Terdapat dua ciri penting dalam Adat Temenggung iaitu:
(i)

Lebih Mementingkan Lelaki


Adat Temenggung mengangkat golongan lelaki sebagai ketua
keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak lelaki.
Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta daripada
ayah kepada anak lelaki.
Adat Temenggung juga mengehendaki seseorang isteri tinggal
bersama dengan keluarga suaminya. Selain itu, Adat Temenggung
menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting. Perkahwinan
antara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-dua orang tua
tidak mempunyai pertalian darah.
Jika berlaku penceraian, lazimnya cara pembahagian harta suami
isteri mengikut hukum syarak Mazhab Shafie.
Adat Temenggung menjelaskan bahawa harta yang diperoleh
semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian.

Harta sepencarian bagi harta isteri yang diceraikan dibahagi dua


sama banyak. Jika isteri yang diceraikan itu tidak bekerja, dia hanya
berhak mendapat satu pertiga sahaja. Harta asal suami atau isteri
dikembalikan kepada suami atau isteri berkenaan.
(ii)

Undang-undang Bersifat Menghukum


Sama seperti Adat Perpatih, undang-undang Adat Temenggung
menggunakan kata-kata peribahasa, bidalan dan sebagainya. Namun,
undang-undangnya bersifat hukuman. Setiap orang yang melakukan
kesalahan akan dihukum dengan hukuman berat. Sebagai contoh,
seseorang yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka
percaya bahawa hanya menggunakan hukuman sahaja dapat
mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan.

TOPIK 2

2.2.2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

19

Adat Perpatih

Adat Perpatih dipakai oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan


penduduk Naning di negeri Melaka.
Adat Perpatih merupakan satu peraturan, undang-undang
perlembagaan yang tidak tertulis. Ia berasal dari Minangkabau.

atau

Ismail Hamid (1988)

(a)

Latar Belakang
Adat Perpatih telah diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di beberapa
daerah di Negeri Sembilan terutamanya masyarakat Minangkabau yang
berada di Naning. Adat ini dikatakan dibawa dari masyarakat
Minangkabau dari Sumatera Selatan.
Adat Perpatih dibawa oleh orang Minangkabau dari Tanah Tinggi
Padang, Sumatera ke Negeri Sembilan pada abad ke-17.

Adat ini wujud setelah berlaku penghijrahan masyarakat dari kawasan


selatan Sumatera ke Negeri Sembilan dan Melaka. Kedatangan mereka
telah mewujudkan kawasan penempatan baharu dan turut dibawa amalan
adat. Mereka telah meneruskan amalan adat istiadat dan budaya yang
dibawa dari tanah seberang.
(b)

Ciri-ciri Adat
Ciri unik Adat Perpatih adalah ia berbentuk matrilineal organisasi iaitu
susunan keluarga bersusur-galurkan keturunan seseorang individu itu
melalui ibu.

Ia juga berkenaan dengan perkara-perkara seperti pemilikan tanah,


keturunan, harta pusaka dan pemilihan ahli lembaga.
Matrilineal adalah satu sistem di mana satu kepunyaan keturunan ibu.
Ia biasanya melibatkan warisan harta, nama atau gelaran daripada ibu
kepada anak perempuan.

20 X

TOPIK 2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

(i)

Lebih Mengutamakan Golongan Perempuan


Ini ada kaitan dalam pembahagian harta benda dan jurai keturunan.
Ini bukan bermakna lelaki lebih rendah tarafnya daripada
perempuan. Pada masa itu, lelaki lebih suka mengembara untuk
mencari penghidupan baru yang lebih baik. Maka, golongan wanita
mesti dibekalkan dengan harta benda sebagai nafkah. Selain itu,
selepas berkahwin, orang lelaki mesti meninggalkan kaumnya dan
mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini mengutamakan
golongan perempuan tetapi dari segi pentadbiran, lelaki merupakan
pemegang tampuk pemerintah tertinggi seperti jawatan Yamtuan
Besar.

(ii)

Undang-undang Bersifat Pemulihan


Undang-undang tidak disimpan dalam bentuk rekod bertulis tetapi
berbentuk bidalan, peribahasa, pantun dan sebagainya. Dari segi
sifatnya, undang-undang jenayah adalah lebih bertimbang rasa,
berperikemanusiaan dan bersifat pemulihan. Seorang yang membuat
kesalahan akan didenda mengikut kesalahannya. Mangsa akan diberi
ganti rugi. Contohnya, jika seseorang itu dilukakan, dia akan diberi
ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung pada
besarnya luka itu. Adat ini percaya bahawa orang yang melakukan
jenayah boleh mengubah perangai mereka.

(iii)

Mempunyai Unsur-unsur Demokrasi


Adat Perpatih adalah bercorak demokrasi iaitu orang ramai
dilindungi oleh undang-undang dan pemerintah sendiri. Masyarakat
mesti mengikut undang-undang dan tidak boleh berbuat sesuka hati.
Dalam bidang pentadbiran, kuasa pemerintah dibahagikan antara:

Pemerintah;

Undang;

Lembaga;

Buapak; dan

Orang ramai.

Ini bermaksud, orang ramai memilih Buapak, Buapak memilih


Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang
Di-Pertuan Besar atau Yamtuan Besar (pemerintah).

TOPIK 2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

21

SEMAK KENDIRI 2.2


Jelaskan ciri-ciri Adat Temenggung dan Adat Perpatih
keistimewaannya dalam masyarakat yang mengamalkannya.

2.3

dan

KONSEP ADAT

Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan turun temurun (sejak dahulu
kala) dalam sesebuah masyarakat (sehingga merupakan hukum dan
peraturan yang harus dipatuhi).
Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003)

Dalam bahasa Arab, adat disebut addah yang bermaksud kebiasaan atau
dapat ditanggapi sebagai kepercayaan.

2.4

ADAT SEBAGAI BUDAYA DALAM


KEHIDUPAN SEHARIAN

Adat dapat dikaitkan dengan cara hidup iaitu:


(a)

Tingkah laku;

(b)

Kepercayaan; dan

(c)

Amalan.

Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan.
Apabila ia dizahirkan, kita dapat lihat perlaksanaannya seperti adat bercukur,
bersanding dan meminang. Ini bermakna, adat dan budaya itu suatu bentuk
perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat.
Adat menjadi elemen penting dalam kehidupan sehingga membentuk budaya
Malaysia. Sebagai masyarakat Jawi, maka setiap ras yang berada dalam sistem
sosial Malaysia pastinya berbeza antara satu sama lain dari segi latar belakang
dan sekali gus dapat dilihat dalam amalan adat dan budaya.

22 X

TOPIK 2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya memainkan peranan dalam menyatakan


identiti sesuatu budaya itu. Imej atau identiti yang dibina tidak akan terpisah
daripada budayanya. Walau bagaimanapun, individu turut memainkan peranan
dalam menyumbangkan nilai-nilai sosial dalam membina identiti itu. Ini
bermakna anggota masyarakat menentukan identiti masyarakat dan budayanya.
Dalam masyarakat, terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina imej
dan identiti tersendiri. Mereka berusaha mempertahankan adat dan budaya.
Adat dan budaya mahu dipertahankan selama-lamanya. Di samping itu, mereka
juga mahukan perubahan dan dengan ini, jelas bahawa budaya itu dinamis.
Budaya Melayu yang dinamik berkemampuan menerima dan menyesuaikan
dengan perubahan masa. Maka, keluarlah pepatah tidak Melayu hilang di
dunia.
Masyarakat membina identiti melalui adat dan budaya berasaskan pelbagai
aspek kehidupan iaitu merangkumi sosial dan budaya. Maka, secara
keseluruhan, dalam konteks yang lebih luas, mereka membina identiti iaitu:
(a)

Kekeluargaan dan perkahwinan: termasuk susur-galur keturunan;

(b)

Sistem kepimpinan dan politik;

(c)

Agama dan kepercayaan;

(d)

Sistem ekonomi: termasuklah demografi, pekerjaan, penempatan (bandar


atau luar bandar); dan

(e)

Simbol, status atau kelas sosial, kekayaan, kekuasaan, pakaian (lihat Rajah
2.1) dan makanan.

Rajah 2.1: Cara berpakaian masyarakat Melayu tradisional


Sumber: www.melaka.gov.my

TOPIK 2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

23

SEMAK KENDIRI 2.3


Bagaimanakah dikatakan adat dianggap sebagai suatu budaya dalam
kehidupan seharian?

AKTIVITI 2.1
Pada pandangan anda, apakah perbezaan yang ketara antara adat-adat
yang ada di negeri lain dengan adat yang diamalkan oleh masyarakat di
Negeri Sembilan?

Secara umum, adat dan budaya itu meliputi keseluruhan aspek kehidupan
masyarakat. Alam yang amat luas mempunyai ikatan dengan masyarakat
kepercayaan, hubungan sosial, perundangan dan tabii.

Amalan dan kepercayaan menjadi garis pemisah dan membezakan amalan


budaya antara kelompok masyarakat yang kecil dengan kelompok
masyarakat yang besar.

Hubungan manusia dengan alam merupakan dua bentuk kehidupan yang


mencerminkan terjalinnya penciptaan adat dan budaya. Manusia
memerlukan alam untuk meneruskan gaya hidup, membentuk sosial, sistem
nilai dan sebagainya.

Hubungan tradisi ini berpanjangan sehingga wujud peraturan dan kaedah


untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Amalan ini terdapat dalam
Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

24 X

TOPIK 2

SEJARAH DAN KONSEP: BUDAYA DAN ADAT

Adat

Alam Melayu

Adat Perpatih

Alam tabii

Adat resam

Budaya

Adat Temenggung

Hubungan sosial

Alam ghaib

Kategori adat

Ismail Hamid. (1988). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (2003). Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka
Brunei.
Zainal Abidin Borhan, Zainal Kling, & Norazit Selat Mohd Ramli Raman. (1996).
Adat istiadat Melayu Melaka. Universiti Malaya: Institut Kajian Sejarah
dan Patriotisme Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka dan Akademi Pengajian
Melayu.

Anda mungkin juga menyukai