Anda di halaman 1dari 82

RABU, 20 OGOS 2014

Teori pengakhiran manga/anime One Piece


Tukang Merepek: Prince of Noob
Manga One Piece ciptaan Eiichiro Oda merupakan manga yang
paling popular bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia.
Mula dihasilkan pada tahun 1997 dan kini sudah 17 tahun
bertahan dalam dunia manga dan anime. Apa yang membuatkan
cerita One Piece ini menarik dan lain daripada manga yang lain
adalah kerana plot yang unik dan tersusun, jalan cerita yang
misteri dan tidak cliche serta karakter yang berwarna-warni.
Malah sebuah babak atau dialog yang kecil pada suatu chapter
boleh menjadi petunjuk dan bayangan kepada sesuatu yang
penting dan besar pada beratus2 chapter kemudiannya.

Namun tidak tahu sampai bila One Piece ini akan tamat, dan
Oda sendiri berkata yang One Piece kini hanya separuh daripada
penceritaannya, bermaksud mungkin ia akan tamat dalam 10
atau 15 tahun lagi dan mencecah ribuan chapter. Akan tetapi,
bagi yang hendak tahu pengakhiran dan misteri harta karun One
Piece, ini adalah teori yang paling logik dan masuk akal setakat
ini hasil daripada perbincangan hebat komuniti peminat siri One
Piece.

Teori pengakhiran One Piece: The Inherited Will.

(Artikel ini hanya ditujukan kepada peminat dan mereka yang
mengikuti One Piece sahaja. Mereka yang bukan peminat dan
tidak pernah baca siri One Piece, boleh abaikan artikel ini).



THE VOID CENTURY

Mari kita mulakan dari awal. Ada satu tempoh masa yang
dinamakan Void Century dalam dunia One Piece, di mana hanya
kru dari lanun Gol D. Roger sahajalah yang mengetahui misteri
apa yang terjadi di dalam temph masa tersebut.

Namun, seorang profesor Ohara bernama Clover telah
memperolehi petunjuk tentang apa yang terjadi di masa itu.
Beliau mengatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan kuno yang
digelar Ancient Kingdom atau Great Kingdom yang amat hebat
dan menguasai seluruh lautan. Namun kerajaan tersebut
memiliki ramai musuh yang sangat berbahaya, yang pada
akhirnya musuh2 itu berjaya meruntuhkan kerajaan hebat
tersebut dan menghapuskan semua bukti2 kewujudannya dari
sejarah.




Dalam masa yang sama sewaktu kerajaan agung itu dilenyapkan
dari dunia, World Government juga dibentuk buat kali
pertamanya pada waktu itu. Maka Clover membuat kesimpulan
bahawa World Government yang wujud sekarang tak lain dan tak
bukan adalah musuh silam kerajaan agung tersebut.


THE HIDDEN PATTERN

There are three things that cannot be stopped:
Man's dreams (Impian manusia)
The flow of time (Aliran masa)
Inherited will (Keazaman yang diwarisi)
As long as people continue to seek the true meaning of
freedom, they will never ceased to be!
~ Gol D. Roger

Dalam dunia One Piece, kebanyakan arc atau cerita dalam dunia
One Piece dirangka mengikut ketiga2 aturan tersebut, seperti
contoh kisah Chopper dan Dr. Hiluluk:
Impian Dr. Hiluluk adalah untuk untuk mengubati hati rakyat di
Pulau Drum yang telah membeku dan dingin yang disebabkan
oleh sikap pentingkan diri Raja Wapol dengan membuat bunga
sakura mekar di Drum Kingdom (Man's Dream). Namun Hiluluk
telah kalah melawan penyakit yang dideritainya menyebabkan
impiannya tergendala di makan masa (Flow of Time). Impiannya
diwarisi oleh Chopper, yang pada akhirnya berjaya membuat
bunga sakura mekar di Drum Kingdom dan berlayar bersama
Luffy (Inherited Will).
Kisah Golden Bell of Shandorian:
2 orang rakan baik, Calgara dan Noland berpisah di
persisiran Jaya. Persahabatan mereka tidak berhenti di sini dan
mereka berjanji untuk bertemu lagi (Man's Dream). Calgara
sering membunyikan loceng emas agar rakannya tidak sesat
dalam perjalanannya. Malangnya, pulau Jaya telah ditakdirkan
untuk tercampak 10,000 meter di atas langit. Calgara mati
disebabkan perang, manakala Norland dihukum mati di kampung
halamannya. Dengan itu janji tersebut turut terkubur (Flow of
Time).

400 tahun kemudian, seorang budak bernama Luffy berjaya
menjumpai loceng emas tersebut dan membunyikannya semula
untuk memenuhi janji yang telah dilupakan itu (Inherited Will).
Begitu juga dengan kisah Sanji:
Zeff si kaki merah mempunyai impian untuk mencari "All Blue",
lautan lagenda di mana lautan dari Utara, Selatan, Barat dan
Timur bertemu dan mempunyai ikan daripada keempat2 lautan
(Man's Dream). Namun setelah setahun berlayar di lautan Grand
Line, beliau meninggalkan laut tersebut dan peristiwa
kehilangan kaki kanannya menyebabkan beliau terpaksa
melupakan impiannya (Flow of Time). Namun impiannya diwarisi
oleh Sanji yang turut belayar bersama Luffy untuk mencari
lautan All Blue (Inherited Will).

Boleh disimpulkan rangka cerita kebanyakan arc di dalam One
Piece seperti berikut:
1. Di masa lampau, ada seseorang yang memiliki impian
tertentu, namun impian tersebut tidak sempat dikabulkan.
2. Impian tersebut tidak terkabul dan terkubur dalam
suatu tempoh waktu yang lama.
3. Muncul seseorang yang akan mengabulkan impian
tersebut dan merupakan seseorang yang mewarisi impian
pemilik asal.

Dan kisah2 dalam One Piece diceritakan mengikut aturan ini
berkali2 namun mungkin tidak ramai yang perasan. Aturan ini
kita gelarkan "The Golden Pattern" kerana Gol D. Roger yang
mencetuskannya.

Lalu bagaimana dengan impian Gol D. Roger sendiri? Adakah ia
juga mengikut aturan The Golden Pattern ini? Persoalan ini
terjawab dalam Chapter 576:




Nampaknya Roger juga mempunyai suatu impian, impian yang
diwarisi sejak beratus tahun, dan dia menunggu seseorang untuk
membawa impian tersebut, dan ia juga mempunyai kaitan
dengan One Piece. Oleh itu, apakah sebenarnya impian Roger?



ROGER'S DREAM

Impian Roger yang diceritakan kepada Whitebeard, sebenarnya
bukanlah impiannya sendiri. Roger sebenarnya mewarisi impian
tersebut dari 800 tahun yang lalu, ya, impian yang telah dilupa
dan dihilangkan dari The Ancient Kingdom.

Kerajaan Ancient Kingdom ini sangat besar, dan menguasai
hampir seluruh dunia. Mereka juga memiliki teknologi yang
sangat canggih, namun ada satu perkara yang menjadi masalah
kepada mereka. Seperti yang kita tahu, dunia One Piece
memiliki empat lautan utama yang dibahagi oleh Grand Line
dan Red Line. The Ancient Kingdom menganggap kedua2 tebing
ini sebagai pengganggu yang harus dimusnahkan kerana mereka
mengganggu para pelaut dan penjelajah yang hendak
menyeberangi lautan dengan bebas, yang juga menghalangi
kerajaan ini mencapai kemakmuran tertingginya.

Maka, mereka membuat sebuah projek raksasa yang boleh
dianggap gila tapi harus juga dilaksanakan. Projek ini
adalah projek untuk menghancurkan titik temu antara Red
Line dan Grand Line, dan dengan demikian menyatukan
keempat lautan tersebut menjadi sebuah lautan besar. Projek
ini dinamakan ONE PIECE. Untuk merealisasikan projek ini, The
Ancient Kingdom telah mencipta dan memiliki tiga buah senjata
kuno iaitu Pluton, Poseidon dan Uranus yang berkemampuan
untuk menghancurkan dunia, yang kini disebut Ancient
Weapons.

Chapter 650

Namun, tidak semua orang senang dengan projek tersebut.
Terdapat 19 daripada 20 kerajaan kecil yang lain tidak setuju
dengan projek itu, maka mereka bersatu dan melancarkan
perang terhadap The Ancient Kingdom. Akhirnya mereka
memenangi perang dan kerajaan2 kecil ini bergabung
membentuk World Government. Kekalahan dalam perang
tersebut menyebabkan Ancient Kingdom beserta projek One
Piece lenyap dari muka bumi dan sejarah mengenai kewujudan
kerajaan agung itu juga dihapuskan oleh World Government.


THE FLOW OF TIME

Namun, the Ancient Kingdom ini seperti sudah dapat mengagak
akan kejatuhan mereka. Mereka pun menciptaPoneglyphs yang
terkandung mesej yang ingin disampaikan kepada generasi akan
datang dengan batu yang tidak boleh dimusnahkan serta tulisan
yang tidak dapat difahami lalu disembunyikan di seluruh muka
bumi, berisikan sejarah mereka dan Ancient Weapons yang
mereka ciptakan.

Disebabkan itu, World Government melarang sebarang aktiviti
untuk membaca Poneglyph dan mempelajari sejarah sebenar
yang berlaku pada Void Century.


THE INHERITED WILL

Ketika Gol D. Roger tiba di pulau Raftel, tempat terakhir di New
World, dan juga dikhabarkan adalah pulau di mana kerajaan
Ancient Kingdom terletak pada suatu ketika dahulu, mereka
telah berjaya bertemu dan mengetahui sejarah yang telah hilang
itu 800 tahun yang lalu. Beliau tahu apa yang harus dilakukan
untuk melaksanakan projek One Piece, namun tubuhnya
dijangkiti oleh penyakit yang tiada penawar dan umurnya tidak
panjang. Maka, Roger memutuskan untuk mencetuskan era "The
Great Age of Pirates" yang terkenal itu, dengan harapan
seseorang yang cukup kuat akan muncul dan memenuhi impian
tersebut untuk menggantikan dirinya.




Dan siapakah seseorang itu yang telah mewarisi impian tersebut?
Rasanya kita semua sudah tahu jawapannya.


THE PROJECT OF ONE PIECE

Bagaimana projek ini akan terlaksana?

Rajah berikut menunjukkan bentuk bumi dunia cerita One Piece.
Terdapat 4 lautan utama iaitu East Blue, North Blue, South
Blue dan West Blue yang dipisahkan oleh Redline (tanah besar
yang menegak) dan Grand Line (arus laut melintang).



Chapter 51 Page 4






Peta East Blue:


Idea One Piece ini adalah projek untuk menciptakan lautan yang
sempurna untuk dilayari. Oleh itu ada dua perkara yang harus
dilakukan: menyatukan empat lautan besar menjadi satu lautan
yang besar, dan melenyapkan keluarbiasaan dan ketidakstabilan
di Grand Line.

Adakah ia tidak mustahil untuk dilakukan?

Sebenarnya ia tidak mustahil untuk saintis Ancient Kingdom.
Caranya adalah dengan menghancurkan satu titik di mana semua
lautan di muka bumi (North, West, East, South, Grand Line, New
World, Calm Belt) bertemu di satu tempat. Titik ini ada dua,
dan keduanya harus dihancurkan: Reverse Mountain dan Holy
Ground Mariejoa/Fishman Island. Ya, tempat pertama Luffy
memasuki Grand Line dan tempat di mana Tenryuubito(Celestial
Dragon) tinggal.


Maka, apakah yang mampu untuk menghancurkan titik tersebut?
Ya, itulah Ancient Weapon atau Senjata Kuno iaitu Pluton.


Setelah Reverse Mountain dihancurkan, lautan akan menjadi
lebih liar dan tidak stabil daripada sebelumnya kerana telah
kehilangan jumlah daratan yang sangat besar dan lautan utama
betermua antara satu sama lain. Pusaran air besar akan muncul
ditengah2 titik kemusnahan, ribut dan ombak besar akan
mengganas di mana2. Setelah beberapa waktu, lautan akan
menjadi normal kembali.

Maka bermulalah keajaiban, di mana...

Cuaca teruk di Grand Line dan New World dan medan magnet
yang tidak stabil akan lenyap, angin dan badai akan mulai
bertiup di Calm Belt.

Juga ada teori yang menyatakan ia disebabkan oleh satu kuasa
yang mampu mengawal dan menstabilkan cuaca, iaitu dengan
salah satu Senjata Kuno iaitu Uranus yang bermaksud Sky atau
Heaven.

Oleh itu bagaimana pula dengan para Sea King (raksasa Raja
Laut)? Setelah kesemua lautan bertemu, pasti Sea King akan
mengganas dan tidak senang duduk. Jadi, inilah tugas satu lagi
Senjata Kuno iaitu Poseidon yang mempunyai kuasa untuk
menguasai dan mengawal Sea King di mana Poseidon akan
menenangkan raksasa2 ganas ini dan menciptakan pelayaran laut
yang aman. Kuasa Poseidon kini dimiliki oleh Permaisuri
Duyung Shirahoshi.


Maka dengan ini, projek One Piece telah pun selesai dan lahirlah
satu lautan yang ideal!

Dan kesan daripada projek ini...

Pusaran air akan tercipta dari kehancuran Reverse Mountain.
Kenapa? Kerana air laut daripada keempat lautan akan mengalir
menuju ke titik musnah iaitu tempat asalnya Reverse Mountain,
dan bersama dengan air laut datang bersama segala macam
penghuni lautan, dan hasilnya?

All Blue, lautan lagenda impian Sanji di mana semua jenis ikan
di muka bumi dapat ditemukan di sini.


Dengan ini sekurang2nya 6 impian ahli lanun Topi Jerami
(Mugiwara Pirate) akan terlaksana dengan projek ini:
1. Luffy berjaya menjadi Pirate King (Raja Lanun) setelah
berjaya melaksanakan projek One Piece, menjadikan beliau
lanun yang paling dihormati, disegani dan bebas di atas
lautan.
2. Sanji berjaya menjumpai All Blue.
3. Nami dapat melukis peta dunia yang telah lama
diimpikannya.
4. Franky dapat melihat Thousand Sunny berlayar di
seluruh dunia.
5. Robin berjaya menemukan sejarah yang hilang (Void
Century), jika tidak, bagaimana orang akan tahu akan One
Piece?
6. Brook dapat bertemu Laboon dengan mudah tanpa
dihalangi oleh tebing-tebing Reverse Mountain yang curam.

Sekarang, bagaimana pula dengan Mariejoa/Fishman Island?
Perhatikan kedudukan Mariejoa dan Fishman Island adalah
selari.


Dalam chapter 610, Madam Shirley ada meramalkan yang
Fishman Island akan dimusnahkan oleh seorang manusia yang
memakai topi jerami yang tak lain dan tak bukan adalah Luffy.

Chapter 610
Madam Shirley tidak berbohong ketika dia meramal melihat
masa depan. Luffy akan menghancurkan Fishman Island;
walaupun Luffy tidak menghancurkan Fishman Island buat masa
sekarang, tapi dia pasti akan memusnahkannya kelak bagi bagi
melaksanakan projek One Piece mengikut ramalannya.


Dan nenek moyang Fishman Island sebenarnya sudah pun ambil
maklum mengenai peristiwa yang bakal mendatang ini, tetapi
bagaimana mereka tahu?

Ingat lagi dengan Joy Boy?

Chapter 628


Chapter 649

Ya, dia adalah seorang raja dari Ancient Kingdom (mungkin
diilhamkan Oda berdasarkan seorang raja Kerajaan Kediri di
Jawa Timur bernama Joyoboyo/Jayabaya yang memerintah
sekitar tahun 1135-1157). Joy Boy telah membuat perjanjian
dengan Mermaid Princess pada masa itu iaitu Poseidon,
penguasa raksasa Sea Kings. Joy Boy berjanji kepada Poseidon
bahawa sebagai ganti penghancuran Fishman Island, ia akan
memberikan tempat yang lebih baik di atas permukaan air, di
mana mereka dapat hidup di bawah matahari (juga adalah
impian Queen Otohime). Untuk tujuan inilah Noah's Arc dibina
oleh Joy Boy kepada rakyat Fishman Island.

Noah's Arc telah berjaya dibina oleh Joy Boy, tetapi kerajaannya
hancur terlebih dahulu kerana perang. Disebakan janji Joy Boy
terhadap Poseidon tidak dapat dilaksanakan, maka dia meminta
maaf kepada Poseidon melalui Poneglyph seperti yang Robin
temukan di Fishman Island. Namun dia tetap berjanji yang hari
di mana para fishmen dan mermen dapat hidup di bawah
matahari di atas permukaan air pasti akan tiba pada masa akan
datang, dan orang yang akan memenuhi janji itu tidak lain dan
tidak bukan adalah Luffy sendiri (sekali lagi Oda menggunakan
"golden pattern").

Kesimpulannya, "The Promised Day" yang dijanjikan oleh Joy Boy
kepada Poseidon dan ramalan Madam Shirley, kedua2nya
sebenarnya adalah benda yang sama. Senarionya mudah, pada
hari yang dijanjikan itu, Luffy akan gerakkan serangan ke
tempat yang harus dimusnahkan, tapi sebelumnya Puteri
Shirahoshi akan mengarahkan Sea King untuk menggerakkan
Noah's Arc yang membawa rakyat Fishmand Island ke tempat
yang selamat.

A = Sunny Tree of Eve
B = Red Line
C = Underwater Red Line
D = Ocean Cave
E = Fishman Island
F = Holy Land Mariejoa

Setelah dimusnahkan, keajaiban yang sama berlaku di titik
Reserve Mountain yang dimusnahkan akan turut berlaku di sini.
Lautan All Blue akan muncul menggantikan titik yang telah
dimusnahkan. Mermen dan Fishmen akan berpindah ke sini dan
membina tamadun dan menjadi tempat tinggal yang baru di
sekeliling Sunny Tree of Eve yang akan selamat dan tidak
dimusnahkan dalam projek ini.

A = Sunny Tree of Eve
B = Tempat tinggal baru bagi penduduk Fishman Island
C = All Blue
D = Sisa kemusnahan Red Line



Ini juga menandakan perakhiran bagi pemerintahan World
Government kerana Mariejoa, simbol utama World Government
juga akan turut terkubur bersama Fishman Island dalam proses
ini dan Luffy akhirnya menang dalam peperangannya terhadap
World Government.



Teori tambahan: 2 senjata kuno atau Ancient Weapon telah pun
diketahui, di mana Poseidon adalah Puteri Duyung Shirahoshi
yang mampu mengawal raksasa Sea King di lautan,
manakala Pluton pula merupakan sebuah kapal perang yang
sangat besar yang mampu memusnahkan sebuah pulau di mana
Franky pernah memiliki cetakan biru atau blueprint bagi Pluton
namun ia telah dimusnahkan oleh Franky ketika di Enies Lobby.
Maka, apakah pula senjata kuno terakhir iaitu Uranus?

Setakat ini tiada sebarang maklumat atau petunjuk yang
menyatakan apakah sebenarnya Uranus, namun Uranus pasti
mempunyai bahagian dalam projek One Piece ini. Sebelum ini
pernah disebutkan yang Uranus bermaksud Sky atau Heaven,
oleh itu ia pasti mempunyai kaitan dengan langit atau cuaca.
Oleh itu, mungkin Uranus adalah kuasa yang mampu mengawal
dan menstabilkan cuaca, di mana kuasa tersebut merupakan
sebuah objek ataupun dimiliki oleh seseorang seperti mana
Poseidon, serta sama ada kuasa tersebut dimiliki melalui
warisan darah atau buah syaitan, masih lagi tidak dapat
diketahui.

Namun, terdapat seorang watak yang paling menyerupai Uranus,
dan berkemungkinan besar beliau memang seseorang yang boleh
mengawal cuaca. Ingat lagi peristiwa di Logue Town di mana
ketika Buggy mahu memancung kepala Luffy, secara tiba2 cuaca
menjadi tidak terkawal, muncul ribut dan tornado di tengah2
bandar, dan kemudian Buggy terus dipanah petir?



Chapter 99

Siapa yang muncul pada waktu itu dari gelap untuk selamatkan
Luffy? Ya, dia adalah bapa Luffy sendiri yang juga ketua
bagi Revolutionary Army iaitu Monkey D. Dragon.

Chapter 100

Semua di atas hanyalah teori semata2 yang telah banyak
dibincangkan di Internet dan ia mungkin tidak sama dengan plot
sebenar. Sekarang ini yang tahu pengakhiran One Piece hanyalah
penciptanya Eiichiro Oda danseorang kanak2 pesakit kanser di
Jepun.

Peminat2 One Piece yang nak komen dan berbincang pasal One
Piece, boleh kongsikan di ruangan komen. Perbincangan ini
dibuka sepanjang masa.




tags: teori pengakhiran manga anime one piece one of the best theory the inherited will
monkey d luffy op mugiwara straw hat pirate pirates kaizoku lanun perbincangan forum
Anda mungkin juga meminati:

Anime atau animasi Jepun bahaya untuk kanak2

4 Teori Konspirasi- Siapakah ANON?

Luffy VS Toriko VS Son Goku: Siapa menang?

MH370: Spekulasi, teori konspirasi dan persoalan

Manga paling popular tahun 2013

Linkwithin
Labels: Anime, Konspirasi, Manga, Teori
Reactions:

108 ulasan:
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 3:38 PTG
panjangnya..
Balas
Balasan
1.
Anwar Ibrahim21 Ogos 2014 8:49 PG
Oh.. ini sebijik seperti mainan konspirasi UMNO-BN..
Balas
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 3:50 PTG
pada aku andaian ni tak lengkap. mana silver rayleigh?
sepatutnya watak utama seperti tu perlu dimasukkan juga.

Buktinya pada salah satu batu Rio Poneglyph yg di baca oleh
Nico Robin, ditulis oleh Gold D.Roger sendiri. "Saya boleh
bunuh semua anak kapal saya ketika saya berkuasa. Sengaja
saya tinggalkan silver rayleigh, Akagami Shank dan Buggy
kepada kamu agar kamu kenal siapa kami dan cari jawapan
kenapa One Piece itu satu gurauan."
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 3:59 PTG
Aku tak paham kenapa Silver Rayleigh tak join masa
perang di Marineford? Dia lagi kuat dari Shank sebab
dia senior shank masa dulu. masa perang tu, dia ada
je kat Sabody, baring2 tengok skrin org tgh bperang.
dia bukan wartawan. Tak patut dia biarkan orang
berbunuh-bunuhan. nasib baik shank datang hentikan
peperangan walaupun dia baru jer lawan dgn yonkou
Akaido. aku suka rayleigh tapi aku tabik shank
2.
Prince of Noob20 Ogos 2014 4:23 PTG
dia tak join sebab perang itu bukan peperangan dia,
lagipun dia dah bersara. shank rasa
bertanggungjawab nak datang sebab whitebeard tu
dah macam rival dia yang baik, lagipun peperangan
tu juga melibatkan luffy dan dia juga nak hentikan
blackbeard yang telah menyebabkan parut kat muka
dia.
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 11:55 PTG
Byk sbb jugak rupanya shank dtg. Aku igtkn sbb oda
tak tau mcm mana nk plot cerita perang tu bg habis.
Pastu dia buat tiba2 shank muncul. Siap songoku pun
xberani nk lawan shank. Pastu perang pun berenti..
rupany byk sbb..
Balas
3.
Cik Nadz20 Ogos 2014 3:52 PTG
gilak panjang!haha. terbaik..tp aku follow one piece masa
zaman u je which was 4 years back. tak larat nak download
episod2 seterusnya tp serius best one piece! love this anime
more than naruto. :p
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 3:58 PTG
one piece sentiasa unggul ranking no.1 dari dulu
sampai sekarang... naruto asyik naik turun.. skrg dah
turun jauh dah.. org dh start bosan kot.. aku mmg
xbc naruto.. one piece tbaik...
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:48 PTG
cerita one piece lebih menarik berbanding naruto..
naruto tu sikit2 flashback.. borink
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 10:11 PTG
cerita naruto sgt awesome time diorg budak2 je...
bila diorg dah besar ni dh jadi mengarut... most bad
guy turn to good guy at the end... dari orochimaru,
pain, itachi, sasuke, obito, dari seorg bad ass
akhirnya jadi budak baik... wtf??? ni ntah2 kaguya
pun nnti jadi baik gak tgk la... skg ni pulak tiba2 jd
penyelamat dunia pulak... reunion team 7 lah... plot
xbest lgsg...
Balas
4.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 4:00 PTG
setahu aku one piece tu bukan satu projek. tapi harta yang
tersimpan di sebuah pulau. pulau yg penuh dgn raksasa laut
dan penuh cabaran utk mendapatkan hartanya. semua orang
cuba nak dapatkannya (Man's dreams). mungkin Ace pernah
cuba dapatkannya tp dihalang oleh teach, dan Ace kalah dan
perlukan masa utk berlatih lagi dan makan masa yg lama (The
flow of time). Akan datang Luffy yang akan realisasikan impian
Ace (Inherited will).
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob20 Ogos 2014 4:40 PTG
ace yang cari blackbeard bukan blackbeard nak
halang ace cari one piece. ace cari blackbeard untuk
menghukum dia sebab dia dah bunuh salah seorang
kru lanun whitebeard iaitu thatch sebab nak rampas
buah syaitan yami yami no mi (dark-dark fruit) dari
thatch, tapi malangnya ace pulak yang kalah dengan
blackbeard.
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:04 PTG
setahu aku buah syaitan ni lepas makan baru kita
tahu apa power yg kita dapat. macam mana
blackbeard boleh tahu tu buah yami yami no mi kat
tangan thatch?
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:11 PTG
kalau nanti bila grandline dah stabil, adakah
pemakan buah2 setan akan jadi normal semula?
4.
Prince of Noob20 Ogos 2014 5:22 PTG
ada juga buah syaitan yang tengok buah dah tahu
apa kuasanya, contohnya macam mera mera no mi,
buah syaitan ace yang dijadikan hadiah pertandingan
colosseum oleh doflamingo.

tak tahu juga lepas grandline dah stabil, pemakan
buah syaitan akan jadi normal semula kerana asal
usul buah tu pun tak diketahui, sama ada ia muncul
secara semulajadi atau ciptaan manusia
5.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:29 PTG
tapi aku masih lagi berharap agar one piece tu
merupakan satu bentuk harta seperti segunung
emas.. itulah hasil susah payah mereka harungi
lautan ganas
6.
Seriously21 Ogos 2014 4:01 PTG
kalau mcm tu ending dia x awesome, tipikal ending
dn x kena ngan ciri2 jln cerita one piece sebb
selalunya echiro oda suka buat cerita luar
jangkaan.tgk la tiap2 arc...ak x minat sgt tp kwn
cerita psl flow citer ni memang menarik

lagi pun teori ats kemungkinan besar ye @ tidak....
tp klu ya memang awesome kot sebb itu lah yg luffy
nak, dia ingin jadi pirate king....
7.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:19 PTG
ko tak minat one piece, tapi komen lebih2 pehal..ko
tau ke luffy nak jd sgt pirate king tu sbb apa? luffy
sendiri kata sekadar nk kebebasan.. bukan nak jadi
raja betul2.. bila dah jadi king pirate betul2 nanti
baru dia faham apa yg dia kejar.. setakat ni dia
masih sekadar nak jadi lanun yg paling kuat dan lalui
semua lautan sama macam roger..
8.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 7:00 PTG
One Piece kemungkinan besar bukan harta emas
tipikal macam cerita lanun lain.
9.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 7:03 PTG
Lagipun impian setiap orang dalam team luffy
menunjukkan mereka bukannya kejar kebendaan.
ending pasti nama luffy diangkat sebagai Raja Lanun
kelak. tak payah emas pun takpe, pergi mana2 pun,
ada pasti sambut dan beri makanan percuma. hutang
dia dgn kedai minum kampung dia pun, owner kedai
dah tak kisah hahaha.
Balas
5.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 4:12 PTG
Noob, aku rasa Oda tak cerita betul2 la pengakhiran cerita ni
pada budak kecik tu. lagipun dia budak kecik. oda cerita gitu2
jer supaya budak tu suka. mungkin dia ckp akhirnya luffy jadi
raja dan memerintah dunia. dunia pun aman.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob20 Ogos 2014 4:22 PTG
mungkin juga, sebab kalau dia cerita betul2 kalau
budak tu, lepas tu budak tu pergi bocorkan rahsia tu
kat orang lain habis spoil.
Balas
6.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 4:27 PTG
aku rasa laboon anak paus tu akan main peranan besar diakhir
cerita. dia jadi musuh paling kuat yg perlu luffy lawan. dia
akan pertahankan habis-habisan tempat dia menunggu kawan2
dia dari dimusnahkan oleh luffy. masa tu perpecahan besar
kumpulan luffy akan berlaku dimulai dgn brook kerana brook
berpihak kpd laboon. dan yang paling mengejutkan adalah zoro
juga berpihak kpd brook sbb diorg dari aliran pedang yg sama.
sanji juga akan bersama laboon kerana janji laboon utk bawa
sanji cari ikan2 di all blue. aku rasa sabo pun akan berpihak
pada laboon.

hanya nami sahaja yg kekal bersama luffy. itupun atas dasar
harta yg luffy akan dpt sekiranya pencarian one piece berjaya.

kemuncak perpecahan berlaku bilamana bortolomeo bunuh diri
kerana tak sanggup lihat perpecahan yg berlaku antara kru
kapal yg paling dia segani. masa tu mungkin projek one piece
akan tergendala. yang pastinya luffy akan putus harapan sama
seperti masa ace mati. dan luffy perlu mulakan semula
pelayaran mencari kawan2 baru untuk cari semula one piece.
pergi ke satu2 pulau semula dgn kawan2 baru.
Balas
7.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 4:43 PTG
terbaik la noob. nmpk logik.. mari kita tunggu sama2 cerita
akhir dia..
Balas
8.
Suhaila20 Ogos 2014 4:52 PTG
Terbaik lah Noob..panjang lebar ko punye teori..aku salah
seorang peminat tegar one piece.. ceritanya ada kaitan dengan
dunia realiti..juga mainan politik dunia..banyak maksud
tersirat yang ingin disampaikan dari cerita Onepiece
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob20 Ogos 2014 5:23 PTG
ini bukan teori aku, tapi teori yang dikeluarkan hasil
perbincangan peminat2 one piece kat internet
2.
Suhaila20 Ogos 2014 6:30 PTG
long time already added you in my fool syndicate..x
nampak ke kat sidebar tu? hehehe
3.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:23 PTG
setakat masukkan dalam list fool syndicate pun nak
berkira... rilek2 sudah.. apa dah awek sorang ni
Balas
9.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:02 PTG
teori ni awal2 lagi dah mengarut. setakat projek nak
menyatukan laut, takkan la 20 buah negara tak setuju.. setuju
aje lah. tak setuju tu sampai boleh bentuk kerajaan baru pulak
tu. dah macam PR dan BN pulak.. 20 kerusi tak setuju kecuali
Alabasta sahaja yg setuju. bila dah kalah berperang, sempat
pulak tu si Joy Boy tu round dunia semata2 nak selerakkan
batu poneglyph. Kalau aku jadi joy boy, aku bincang je elok2
dgn kerajaan kecil yg ada. takkan kerajaan kecil2 ni tak reti
hormat kerajaan besar. sedangkan kerajaan selangor pun
hormat kerajaan persekutuan. kerajaan persekutuan hormat
kerajaan china dan amerika. tak mungkin malaysia bergabung
dgn brunei, thailand, singapore nak lawan negara china? mati
lah kerajaan kecik walaupun bergabung.. melainkan 19
kerajaan kecil tu dibackup oleh satu kerajaan yg lebih besar
mcm amerika..
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob20 Ogos 2014 5:17 PTG
tentu la ada sebab kenapa diorang tak setuju tapi
sekarang cerita tu tak sampai lagi part tu. nanti bila
robin dapat baca rio poneglyphs nanti dapatla dia
tahu perkara sebenar apa yang berlaku pada void
century tu. ni PR BN bagai ni dah kenapa?
2.
Seriously21 Ogos 2014 4:05 PTG
bodo gk anon ats ni dia ingat semua pala otak orang
sama berfikir baik ka? rmi org nk berpendapt dn
berpandangn beza2.... kdg2 ada orang jahat gk dlm
group diorang kita x tau... disebabkan sorang buat
tahi pun boleh jadi huru-hara dn peperangn
jadinya....
3.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:17 PTG
yg ko nak bodokan orang ni dah kenapa Seriously?
nampaknya ko sendiri tak boleh nak terima
perbezaan pendapat.. bodo jugak budak seriously
ni.. kah kah kah
Balas
10.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:07 PTG
tak lengkap kalau impian semua org tak tercapai. Mana impian
zoro, choper dan usop?

7. Zoro yang akan membelah reverse mountain setelah perkara
yg sama dilakukan oleh Mihawk tidak berjaya. Lawan pedang,
zoro dah menang. Ini kira bukti kedua yg dia lebih hebat dari
mata helang.

8. Chooper yang akan mewarisi satu team doktor. dan doktor2
ini akan belayar ke seluruh lautan dgn memakai bendera lanun
dokter hiluluk

9. Usop akan balik kampung semula dan berkahwin dgn Kaya.
Tak payah nak jadi hebat sangatlah. ayah dia mmg dah hebat.

Impian luffy bukan nk jadi raja lanun pun. dia cuma nak jumpa
shank. lepas jumpa, confirm dia tak minat dh dgn raja lanun.
dia nak jadi raja lanun pun sbb nak cari shank. nak buktikan
dia lebih hebat dari shank. kena pulak dia akan berkahwin dgn
boa hancock. kena menghadapi kemarahan sanji sbb dapat
perempuan tercantik. kalau konflik tu tak boleh selesai, tak
guna juga jadi raja lanun. hanya menjadi musuh pada kru
sendiri.
Balas
11.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:26 PTG
Maksud hadith, 'kamu akan mengikut gaya hidup golongan
terdahulu (jahiliah & yahudi nasrani) sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang
biawak pun kamu akan ikut".

Trend terbaru daripada kafir,
1. Mas kahwin mahal
2. Majlis membazir dan menunjuk-nunjuk
3. Baju labuh menyapu lantai, budak menabur bunga dan
potong kek.
4. Malam berinai bertema filem tiru kafir.
5. Ucapan kawan-kawan dan famili di hari perkahwinan tiru
acara kahwin orang kafir.
6. Pakai purdah sementara lepas akad nikah buka dan cium
dahi tiru tradisi kafir selak veil dan cium lepas lafaz I do.

Makin ramai GPI di sekolah sekolah makin hanyut ummah
kerana kualiti GPI. Ibu bapa bertindak minta GPI pamer result
UPSR & SPM di papan kenyataan sekolah demi anak-anak anda!

KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A
< degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah
dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter
#nurkedepan
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 5:28 PTG

7. Pintu gerbang kahwin yang sebenarnya
membezakan perkahwinan Yahudi dan Kristian.
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:25 PTG
Dah lama Kedepan menghilang... kini ada balik... sah
mamat ni sakit hati angkara tak leh online nak ambik
exam SPA utk jawatan Penolong Penguasa Kastam
hari tu.... hehehehe
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 10:12 PTG
nk komen merapu2 mcm ni tunggu la noob post entry
lain... ni post psl anime pun masih nk menyemak lg
4.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 1:27 PG
Hadis ko ckp merapu? Kassim Ahmad ke ko ni?
5.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:25 PTG
bila masa dia cakap hadis merapu? dia cakap budak
ni merapu.. pastu main selit2 hadis kat post sendiri..
semua tempat nak bertempek.. apa da ko ni..
Balas
12.
Ayam Afrika20 Ogos 2014 5:41 PTG
Sy takut tgk cite One Peice kat tv sbb awek dia semua 'barang'
besar semacam, segan tgk depan family. Pasal komik pulak,
semenjak jd hardcore Dragon Ball yg sudah habis episod, x
berani sentuh komik lain sbb jadi addicted spt sebelum ni.

Kpd yg still single, lyn je cite2 anime smpi bengkak, dah kawin
maybe xde masa nak lyn semua ni, lyn bende LIVE je. Haha!!
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 7:46 PTG
ko ni ayam, brg besar la, lyn benda live la... dlm
kepala hotak lucah memanjang... kepala otak lu
sebiji mcm kepala otak macai umno... umno & lucah
berpisah tiada..
2.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:24 PTG
Umno & hentai berpisah tiada
3.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:25 PTG
ayam aprika & henjut berpisah tiada
4.
MIDNIGHT20 Ogos 2014 9:54 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
5.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 12:24 PG
aik ayam? bukan ke ko sendri yg pnah ckp, hnya org
bujang n xmatang je yg ske ckp org yg da kawin ni
xde mse nk lyn anime, komik n main game sebb dorg
bz "main" benda lain (main bini)?? so, mmg btol la pe
yg geng "bujang n xmatang" tu ckp slame ni, skrg
baru ko nk mngaku ye, ayam?? ayat ko tu bukan
sarcasm ye ayam......

boooo sama kau ayam, ckp xsrupe
bikin..booooooo........
6.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 1:53 PG
Apa benda la ayam ni. Xpyh sebut barang. Sebut je
tetek besar. Yg live tu ganti dgn kongkek kang
senang. Baru org phm ... Ayam nigga & hentai
nampaknya berpisah tiada..
7.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 9:53 PG
tahi ayam...tengok tetek nami pun dah stim..lemah
syahwat betul ko ni..aku anak dah nak sekolah tapi
still maintain layan one piece..seminggu sekali je kot
baca manga..
Balas
13.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 7:44 PTG
sejarah ditulis oleh mereka yg menang...

cerita one piece ada sedikit sbyk ada persamaan dgn negara
kita.. kebetulan baru je bincang psl isu kemerdekaan kt post
sblm ni... dlm one piece, world government menang
peperangan dgn ancient kingdom. apa diorg buat lps tu?
mereka cuba tutup & hilangkan sejarah mengenai ancient
kingdom.

nmpk xpersamaan di situ? geng2 haluan kanan melalui umno &
sekufunya menang dlm persaingan menuntut kemerdekaan
negara... maka sejarah mengenai perjuangan kemerdekaan
oleh pihak berhaluan kiri ditutup dan dimomokkan oleh umno
& bn sbg musuh...

harap satu hari akan ada anak muda yg bangkit mewarisi
keazaman dr luffy utk menentang kerajaan bn yg korup &
penuh kepalsuan ini...
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:25 PTG
maksudnya ko nak budak macam adam adli tu yg
bongkarkan sejarah yg tersorok tu? jgn mimpi la..
budak ingusan cari glamer mcm tu xpyh layan..

kat negara kita ni belum ada lagi anak2 muda yg
sungguh nak bongkarkan sejarah dan tegakkan
kebenaran.. pengetahuan sedikit, nak glamer
lebih2..

kalo ada org macam za'ba ke, burhanuddin helmi
ke.. mimpi la kalau nak ada lagi..
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 8:54 PG
Azwan ali ada nak bongkarkan.. amboi amboi
amboi... sambil goyang2kan jari kelingking..
Balas
14.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:27 PTG
betul ke oda sensei amik inspirasi dari kerajaan indonesia?
menarik nih
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob21 Ogos 2014 12:01 PG
kebanyakan watak dalam one piece memang
diilhamkan dari tokoh dalam dunia sebenar.
kebanyakan pulau2 juga diinspirasikan dari tempat di
dunia sebenar seperti arab, itali, jepun, spain dan
lain2, so tak mustahil dia jadikan indonesia sebagai
rujukan juga
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:35 PG
kalo ada inspirasi dari malaysia best jugak.. peminat
kat malaysia pun ramai.. jadikan pahlawan mcm
hang tuah ke jadi watak komik.. aku rasa mesti
sambutan giler2 punya..
3.
Prince of Noob21 Ogos 2014 11:36 PG
mengikut andaian aku, watak usopp tu sendiri
rasanya diinspirasi dari watak kartun malaysia, sebab
watak dia tak macam watak kartun tipikal jepun
yang ada masa besar tapi lebih kepada watak kartun
melayu dengan muka yang lonjong, hidung panjang
dan mata bulat simple, malah nama pun usopp,
nama tipikal lelaki melayu, contohnya usop
sontorian?
4.
Seriously21 Ogos 2014 4:16 PTG
betul kemungkinan paling besar setakat ni wtk Usop
tu memang inspirasi dari wtk dari Malaysia.. x pelik
ke wtk nama usop leps tu kemahiran lastik? org
jepun lama2 ad lastik ngan ad nama usop ke?
5.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 4:33 PTG
jangan bandingkan nama usopp tu dgn nama jepun..
budus la ko ni seriously.. nama gold d. roger, ora
jackson semua tu pun mana ada kat jepun..

kemahiran lastik lebih terkenal di indonesia
berbanding malaysia.. sedangkan watak usop tu
sendiri banyak pengaruh dari indonesia.. lihatlah
kampung usopp tu sendiri ada ciri2 kawasan di
indonesia seperti di kota padang dan di maninja..
Balas
15.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 8:31 PTG
menarik teorinya. banyak yg ada kaitan. nampak macam masih
banyak lagi episod utk dihabiskan cerita ni.
Balas
16.
plain8320 Ogos 2014 8:51 PTG
korang ni mcm bdk2 lyn 1piece, baik lyn hentai lagi. bagus
Balas
Balasan
1.
Tanpa Telor20 Ogos 2014 11:56 PTG
korang ni mcm bdk2 lyn 1piece, baik lyn hentai lagi.
bagus
Balas
17.
Hentai Lover20 Ogos 2014 9:10 PTG
Sape suka hentai sila komen kat bawah aq
Balas
18.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 9:10 PTG
Noob, aku rasa inilah dia Uranus.. Puteri Manshelly..
Balas
19.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 9:10 PTG
Noob, aku rasa inilah dia Uranus.. Puteri Manshelly..
Balas
20.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 9:13 PTG
Ni link dia.. http://komikfox.net/komik-one-piece-755-bahasa-
indonesia/
Balas
21.
plain8320 Ogos 2014 9:31 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob20 Ogos 2014 11:56 PTG
aku terpaksa padam komen ko atas 3 kesalahan:
1. guna nama orang lain
2. letak link website lucah
3. terlalu bodoh
2.
Tanpa Telor21 Ogos 2014 12:00 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh noob
3.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 9:19 PG
haha..sedih giler..salah satu kesalahan yang
menyebabkan komen dipadam ialah terlalu bodoh.
haha..plain83 palsu ni memang menyedihkan la
Balas
22.
MIDNIGHT20 Ogos 2014 9:49 PTG
Gua harap creator one piece akan dpt hbs kan citer ni sebelum
dia mampus. Kalo x rmai akan piss off. Luffy pun masih blum
jumpa ayah dia face to face. Dr vegapunk blum buat
appearance lg ..
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:32 PG
luffy ni mcm ace jugak... dia tak kan terima dragon
tu ayah dia.. aku rasa oda kena tinggalkan jugak
jalan cerita sampai habis tu kat mana2.. kalau2 dia
mati, takde la peminat keciwa giler2
Balas
23.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 11:42 PTG
Aku tak sbar nak tgk kekuatan kaido..pastu nak tgk vegapunk.
Pastu nak tgk jimbei join mugiwara. Oda memang legend..luar
biasa kreatifnye. Kalau ada koleksi one piece dari awal sampai
habis..boleh jadi library
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:30 PG
kaido dikatakan raksaksa terkuat di laut.. sbb semua
anak buah dia makan buah setan type logia..
disupply oleh doflaminggo.. kira mcm tak adil la..
kaido tu antara kekuatan yg susah giler luffy nak
kalahkan.. mungkin xbleh kalahkan kot.. mungkin
ambil masa lama baru dpt kalahkan.. perlu bantuan
shank
Balas
24.
Tanpa Nama20 Ogos 2014 11:54 PTG
Tapi aku confius la noob..cmner pulak one piece dengan toriko
tu sezaman? Hahah. Lau watak2 toriko tu masuk betul2 dlm
one piece..mmg admiral sekali kena tumbuk pun dah mati. Dah
tu smpi dah 2 movie tak silap aku toriko jumpe dengan luffy.
Yg goku tu abaikan la..hahah. Siap krew luffy dah masing2
kenal dengan geng2 toriko. 4 heavenly kings tu aku rasa boleh
belasah 4 emperor dlm one piece.hahaha
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob21 Ogos 2014 12:04 PG
cerita one piece dengan toriko ke, dragon ball ke,
naruto ke, itu semua cuma cerita crossover sahaja
yang tidak valid dalam penceritaan asal. ia dibuat
untuk suka2 je sesama mangaka atau produksi
anime.
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 12:14 PG
Tau tu noob.hehe. tapi tu la kan..lau nak bnding
kekuatan watak toriko..melampau sngt. Aku suke
kekuatan melampau watak toriko. Toriko tu boleh
belah pulau marine hq tu dengan skali serangan leg
knife dia je.haha.tak payah pedang zoro atau
mihawk pun.
3.
Prince of Noob21 Ogos 2014 9:44 PG
tapi kalau nak banding dengan kekuatan goku lagi la,
planet pun boleh musnah haha
4.
Seriously21 Ogos 2014 4:29 PTG
tp kalau ikutkan universe anime yg korang ckp kan
aku rasa paling kuat final form super tengen
http://gurrenlagann.wikia.com/wiki/Super_Tengen_
Toppa_Gurren_Lagann
melampau besar dari galaxy damn wtf over gila citer
ak rasa tu lagi kuat dr semua char dlm dunia toriko,
luffy and what not lol
Balas
25.
mentega^^terbang21 Ogos 2014 8:42 PG
Kalau ending cite dia gini best jugak.. ingat lagi dragon ball
dari sekolah rendah sampai sambung blaja lepas SPM episod
dia kat tv2. Memang akan setia tengok One Piece sampai
episod last! Gomu Gomu No! :)
Balas
26.
AllSunDay21 Ogos 2014 8:46 PG
Respek Noob. Walaupun aku baca One Piece dari Episod 1 tapi
sampai sekarang aku tak pernah sgt nak pikir secara serius
jalan cerita dia. Yang aku tau tiap2 hari Rabu aku check
Mangareader One Piece dah kluar ke belum.... tapi cerita One
Piece memang terbaik. Byk unsur2 kejutan yg buat pembaca
excited contohnya kemunculan Sabo.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob21 Ogos 2014 9:51 PG
sebenarnya oda dah bagi banyak hint yang sabo
masih hidup dan dia diselamatkan oleh dragon -
http://dl01.mangashare.com/manga/One-
Piece/589/007.jpg, dan juga cawan sabo -
http://i245.photobucket.com/albums/gg74/oceko/S
inttulo-1-69.jpg?t=1274306487
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:24 PG
sori noob. gambar
http://dl01.mangashare.com/manga/One-
Piece/589/007.jpg kat mana clue kata sabo hidup
lagi? kapal tu ke? aku xpahm sgt.. mohon
pencerahan.. oda mmg pandai sorok jalan cerita
3.
Prince of Noob21 Ogos 2014 10:42 PG
baca balik chapter 589 lepas kapal sabo baru je kena
tembak. lepas tu pada mukasurat 7 yang aku bagi tu
pada dialog "oh... hey, hurry up and patch him up!!
this is terrible!", menunjukkan kru kapal dragon
sedang menyelamatkan seseorang yang kebetulan
lalu kawasan tu. siapa lagi yang diorang selamatkan
kalau bukan sabo :)
Balas
27.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 9:09 PG
noob, pluton tu bukan ke dah meletup kat alabasta? minta
pencerahan.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob21 Ogos 2014 9:43 PG
poneglyph kat alabasta tu ada bagitau pasal pluton
tapi robin tak bagitau kat crocodile, so sekarang kat
mana pluton tu masih misteri, cuma blueprint untuk
bina pluton tu ada kat water 7 dan telah pun
dimusnahkan oleh franky
Balas
28.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 9:16 PG
aku kureng sikit la dengan sabo. aku lagi suka ace. sedihnyee.
watak Bartolomeo memang best. Dengan ketaksuban dia
kepada mugiwara pirate..kekuatan dan troll dia tu, dia patut
join je la mugiwara pirate. Sampai sabo pun tension tgk
Bartolomeo terlampau taksub kat luffy. jeles la tuuu.hahaha
Balas
Balasan
1.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:27 PG
aku rasa xperlu la nak banding sabo dgn ace.. rata2
pun ramai suka ace.. tapi sabo la pengganti ace bagi
peminat2 yg dah down bila tau ace dah mati.. kira
ok la tu.. kurang2 terubat sikit..
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 10:41 PG
ye lah kan..sekurang2nye ada la jugak lagi abg luffy.
3.
Prince of Noob21 Ogos 2014 10:46 PG
whitebeard mati dengan berdiri penuh megah demi
maruah (pride).
ace mati di pangkuan adiknya sendiri demi kasih
sayang (love).

aku terima oda matikan watak diorang sebab mereka
mati dengan penuh bangga dengan "pride and love".
Balas
29.
seriously21 Ogos 2014 9:33 PG
1 piece merupakn satu lagi projek 1meleis!!
pr00000000oootttT argh!! leganya!
Balas
30.
AllSunDay21 Ogos 2014 10:59 PG
Kau tahu Noob apa beza Naruto ngan One Piece? Naruto mcm
cepat sgt. Tetiba jer Naruto tu dpt power yg 'imba' lepas tu
plak tetiba Sasuke pun dpt gak power yg entah dari mana.....
tapi beza One Piece plak, tiap2 minggu aku baca Encik Oda
tunjuk power Luffy sikit demi sikit tambah2 lepas training dgn
Rayleigh. Kita sebagai pembaca excited nak tgk power baru
Luffy. One Piece deserve Gold Medal dalam arena Manga
generasi baru. Jgn plak ada yg compare dgn DragonBall.
Balas
31.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 11:03 PG
Jdi noob, apa lgi misteri yg tak diceritakan kat atas?

Enel? Hidup lgi ke dia?
Betul ke Buggy jdi shibukai?

Tlong senaraikan lgi persoalan2 dia.

Kalau ada jwapn lgi best

-oyen-
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob21 Ogos 2014 11:16 PG
buggy memang dah jadi shichibukai so bukan lagi
misteri -
http://toxicmuffin.files.wordpress.com/2013/03/on
e_piece_shichibukai.png.

part enel tu memang misteri. enel masih hidup dan
dia dah pun menjelajah ke bulan -http://onepiece-
data.blogspot.com/2013/08/one-piece-mini-series-
enels-great-space.html. ini menunjukkan kat bulan
pernah ada kehidupan dan tamadun yang maju. dan
satu lagi teori yang menarik, orang2 dari Ancient
Kingdom mungkin berasal dari bulan.

satu lagi misteri, dunia one piece bukan setakat
lautan, grand line, new world itu sahaja. bumi one
piece sebenarnya dikelilingi oleh bukan setakat 1
bulan, tapi 6 bulan, dan 1 bulan siap ada bulannya
sendiri -
http://12dimension.files.wordpress.com/2014/01/o
ne_piece_v41_ch392_p003-panel.jpg. so
mungkin space pirates yang menyerang bulan yang
enel pergi tu berasal dari bulan2 yang lain pula.
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 1:57 PTG
maksudnya adakah raja lanun tu sebenarnya raja
kepada semua tempat termasuk bumi dan 6 biji
bulan?

atau pada pendapat noob, raja lanun cuma raja
lautan yg berjaya menyatukan 4 lautan dan berlayar
dgn bebas sahaja...??
3.
Prince of Noob21 Ogos 2014 2:11 PTG
mungkin sorang lanun dapat jadi raja lanun bila
lanun2 lain mengiktiraf pencapaian dan kelayakan
lanun tersebut untuk menjadi raja lanun, seperti gol
d roger yang berjaya jumpa one piece dan menjadi
satu2nya lanun yang berjaya sampai ke raftel, pulau
terakhir di grand line. apabila ada orang lain yang
dapat mengatasi pencapaian gol d roger, mungkin
baru orang itu akan diiktiraf sebagai raja lanun yang
baru.
4.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 8:25 PTG
Siapa dia shibukai yg xde dlm gmbar tu?

Ada tak senarai penuh ttg admiral yg terbaru?

Boleh tak bgi detail ttg revolusi army yg setakat ni
telah diceritakan.

-oyen-
5.
Prince of Noob21 Ogos 2014 10:40 PTG
shichibukai yang ke-7 dah ada tapi memang belum
reveal lagi, so yang diketahui buat masa ini ada 6,
dan mungkin lepas ni jadi 5 sebab title untuk
trafalgar law kena tarik balik.

marine latest tengok kat sini -
http://onepiece.wikia.com/wiki/Admiral

detail pasal revolutionary army -
http://onepiece.wikia.com/wiki/Revolutionary_Arm
y
Balas
32.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 2:01 PTG
gorosei yang 5 org tua yg perintah dunia tu, betul ke mereka
hidup abadi? maksudnya tak pernah tua semenjak 700 tahun?

gorosei tu agak2 ada power tak? sebab salah sorg tu yg macam
sami siap pegang pedang.. adakah dia musuh terakhir zoro?
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob21 Ogos 2014 2:16 PTG
tak pasti, belum ada hint yang banyak lagi
mengenai gorosei tu.
2.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 2:41 PTG
kalo ikutkan blog ni, ada kemungkinan gorosei tu
memang hidup abadi

http://kopi-fb.blogspot.com/2011/03/gorosei-atau-
5-bintang-tetua.html

tapi ni teori lama.. 2011.. noob punya lebih baru..
Balas
33.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 3:09 PTG
Noob, hang boleh agak tak, kenapa Kuma hantar Nico Robin
pergi jumpa pasukan revolusi? Kuma sendiri pun orang revolusi
jugak.. kemungkinan tak pengetahuan Nico Robin tu amat
berguna pada Dragon, ketua kepada Kuma...
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob21 Ogos 2014 10:42 PTG
kuma hantar semua kru mugiwara pirate pergi ke
tempat2 dengan motif tertentu, so tak mustahil dia
hantar robin ke tempat revolutionary army pun
dengan motif tertentu.
Balas
34.
Tanpa Nama21 Ogos 2014 6:44 PTG
bg ak naruto n one piece dua2 best..masing2 ad citer nye
tersendiri.. nice post noob.. ak suke..
Balas
35.
daily daisy21 Ogos 2014 10:27 PTG
Once piece yg aku suka sbb dia dpt create characters dan
costumes yang menarik setiap watak berbeza. 3 konsep utama
ni memang berguna
Balas
36.
Tanpa Nama22 Ogos 2014 8:49 PG
aku nak cakap dua benda je:
1. luffy tu mcm org kelantan je..asyik sebuk gomo-gomo..
2. two piece lebih seksi berbanding one piece..
Balas
37.
underBear22 Ogos 2014 1:31 PTG
One piece mmg menakjubkan.
Aku suka fikir lukisan dia sebab aku jeles dgn pembaca lain yg
dpt mencari maksud or watak2 kaitan yg tersembunyi.
Jalan cerita OP mcm ada kaitan dengan dunia realiti kita. Yg
mana sejarah disembunyikan... Hidden hand disebalik world
gov (shicibukai) yg mana mereka hero dan mereka lah perosak.
4pahlawan a.k.a kuasa veto dunia yg masih diam. Chiper pol
a.k.a cia.
Dan yang palling best. Aku tau kat mana usop dapat topeng
sogeking tu.... Kalau hang terer hg cari noob.
Balas
Balasan
1.
Prince of Noob22 Ogos 2014 5:12 PTG
dia dapat dari sea train puffing tom?
2.
underBear24 Ogos 2014 2:08 PTG
tak ci la google bro....
aku sangap one piece baru ni.. jom bersolidariti di
comic house! soh depa wat keja cepat sikit
Balas
38.
Nerzhul22 Ogos 2014 4:52 PTG
harap Oda tak mati sebelum One Piece habis. long live Oda
Eiichiro!
Balas
39.
Tanpa Nama22 Ogos 2014 5:15 PTG
Aku dapat rasa yang teach punya badan istimewa boleh terima
dua buah setan serentak sebab dia tu hasil eksperimen dari
dr.vegapunk.. mungkin masa dia kecik, vegapunk pernah buat
sesuatu pada dia.

lagipun buah setan tu sendiri masih misteri.. kalau projek
smile boleh hasilkan buah setan, mesti org yg lagi power dari
caeser iaitu vegapunk boleh tahu mcm mana nak hasilkan
badan yg bleh terima 2 buah dlm 1 masa..

dan... teach itu sendiri adalah satu misteri.. tak tahu dia dtg
dari mana.. tiba2 ada kat kapal whitebeard.. whitebeard pulak
jenis kutip anak yatim.. mungkin teach tu anak yatim terbuang
yg badannya pernah disentuh oleh vegapunk utk dijadikan
eksperimen.. bila projek tu gagal, teach tercampak kat mana2
atau lari dan dikutip oleh whitebeard..

benda ni tak pelik.. sebab kalau tengok PX-5 dan PX-7 ada
laser.. itu laser yang ditiru sebiji dari buah setan yg kizaru
guna.. dan duplicate kuma semua dicipta oleh vegapunk...

mungkin noob tak setuju.. tapi kita tgk la nanti mcm mana..
Balas

Anda mungkin juga menyukai