Anda di halaman 1dari 53

Sebelum saya membawa anda mengikuti pengalaman misteri ini, saya ingin sekali membuat pengumuman bahawa saya

(dengan nama pena Cik Es) mengakui bahawa keseluruhan cerita ini adalah asli, berdasarkan pengalaman sebenar yang saya alami sendiri. Jalan cerita telah diolah dalam bentuk penceritaan ala-novel, menggunakan bahasa santai bagi membawa anda "mengembara" ke dalam pengalaman ini. Atas nasihat beberapa individu, untuk kebaikan bersama, maka saya sebagai pemilik sebenar/ idea asal cerita ini, sama sekali tidak membenarkan cerita ini diolah semula untuk tujuan keuntungan, tidak kira sama ada diolah semula dari segi jalan cerita atau mengambil plot asal cerita ini, untuk mana-mana tujuan komersial tanpa pengetahuan dan keizinan saya. Saya hanya membenarkan cerita ini di "copy paste", dikongsi di e-mail atau mana-mana ruangan forum lain, atau mana-mana medium, dengan syarat meletakkan kredit asal pada link thread ini. Hanya ada dua syarat - bukan dengan tujuan keuntungan dan kredit pada link asal. Terima kasih atas sokongan semua yang menjadikan thread ni di antara yang menjadi pilihan utama pelawat Cari Forum. Saya pada asalnya tidak pernah menjangka akan sambutan yang begitu hangat ini. Untuk pengetahuan semua, saya bukan seorang penulis profesional. Saya hanya seorang gadis biasa yang bekerja di salah sebuah restoran, yang menjadikan dunia penulisan sebagai minat utama saya. Moga cerita ini akan jadi iktibar kepada semua. Semua yang baik datangnya dari Allah Taala, yang buruk itu asbab daripada kelemahan saya sendiri. Salam hormat. Ikhlas - Cik Es http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1

1Bermula sebuah kisah... Kisah ni bermula hampir tiga tahun yang lepas. Aku bekerja di salah sebuah restoran sebagai supervisor. Restoran ni agak baru, pertama kali membuka cawangannya di tempat aku, jadi aku dah bekerja di situ semenjak restoran ni masih belum dibuka lagi. Aku dengan seorang lagi partner bertungkus-lumuslah dengan renovation, cari staff, training staff dan sebagainya. Dipendekkan cerita, beberapa hari sebelum restoran tu dibuka secara rasmi, boss aku cakap dia dah tolong call Telekom untuk pasang telefon sekali dengan wi-fi semua. So aku pun stay je lah kat restoran tu, partner yang lagi sorang tu keluar sebab nak cari pisau pemotong roti, dia suruh aku duduk je dekat restoran yang dah 80% siap tu untuk tunggu pekerja Telekom datang. Sebelah petang macam tu, datang la pekerja Telekom ni, pasang wayar, pasang telefon, pasang modem untuk internet dan sebagainya, apa-apa yang patutlah. Sebaik saja dia orang habis siapkan, dia orang pun blah. Tak sampai setengah jam selepas dia orang blah, telefon tu tiba-tiba je berbunyi, aku pun rasa pelik la sebab setahu aku, telefon baru saja dipasang, orang pun tak tau lagi berapa nombor telefon kita orang, so aku wonder jugak lah sape pulak yang call. Aku malas nak fikir panjang, aku angkat je lah. "Hello!" "Ya...ya... hallloooo..hallooo... " itu je aku faham sebab perempuan tu cakap Cina pulak.

"Sorry Madam, I dont speak Chinese. You cari siapa?" aku tanyalah jugak walaupun aku memang dah confirm dia salah nombor. "Halloo....bla bla bla," masih lagi perempuan tu cakap Cina, kalau dengar dari suara dia, aku dapat agak perempuan ni memang dah tua sangat, macam nenek tua nyanyuk bercakap. Berkali-kali aku cakap aku ni tak reti cakap Cina, tapi masih lagi nenek tua tu teruskan percakapannya. Disebabkan aku dah naik bengang dan malas nak layan, aku terus letak telefon dan aku tunggu lagi kot-kot nenek tu call balik, tapi tak de. Lega. Bersambung ..

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 2Sambungan ... Partner aku yang seorang lagi tu pun sampai, lepas dia beli pisau pemotong roti. Jadi aku informlah kat dia, Telekom dah pasang dah line telefon dan internet sekali. Aku bagilah berapa nombor telefon restoran tu. Aku pun save jugaklah nombor tu dalam aku punya handphone, sebab keesokan harinya aku plan nak pergi ke kedai yang buat namecard, nak masukkan nombor telefon restoran sekali, sekali dengan nombor fax kita orang. Keesokan harinya, aku pun singgahlah di kedai buat namecard. Dia orang cakap dia orang boleh siapkan after lunch jadi aku pun setujulah, then dia orang suruh aku isi satu form tentang maklumat yang nak ditulis ke dalam namecard, warna, gambar apa dan sebagainya. Waktu aku nak isi bahagian nombor telefon tu, aku jadi tak pasti pulak berapa sebenarnya nombor telefon restoran kita orang tu. Untuk pengetahuan semua, pada hari sebelumnya tu, aku cuma buat miss-call je dari telefon restoran ke handphone aku, ingatkan senang la nak save terus tak payah tekan nombor, tapi aku boleh lupa pulak nak save. Kebetulan pulak dekat bahagian missed call tu, ada pulak beberapa nombor supplier lain, jadi aku pun confuse ar, mana satu pulak nombor restoran kita orang ni, kang salah tulis kat namecard, susah pulak. Aku call lah partner yang lagi seorang, kita gelar dia Mr. L je lah OK?Aku call Mr. L ni kira nak tanya berapa nombor. Tapi call punya call, tak angkat pulak. Aku agak-agaklah mungkin die tak dengar sebab restoran tu tengah buat renovation, jadi agak bising. Aku pun call je lah nombor yang ada kat bahagian missed call, nombor yang aku rasa nombor restoran kita orang. Kalau betul, confirm partner aku angkat punya la. Percubaan pertama, salah. Aku ter-call nombor supplier udang pulak, ha ha. Percubaan kedua inilah yang mula menimbulkan misteri. Mula-mula tu tak de orang angkat, aku mula cakap dalam hati, hahhh! ni confirmlah nombor restoran kita orang nih, sebab, telefon tu kat bahagian dalam, kalau orang nak angkat, ambik masa pulak sebab barang bersepah, ko nak masuk ke dalam tu lagi satu hal.

Waktu aku tengah tunggu tu, aku dah rasa nak letak telefon dah pun sebab dah dua kali call tak de sapa angkat. Baruuuu je nak letak, tiba-tiba ada orang angkat. Aku pun confident la ingatkan partner aku, rupa-rupanya .... "Hallloooo...ya.... halllooo..." Meremang bulu roma aku tiba-tiba waktu tu, sebab suara orang yang angkat telefon tu, adalah orang yang sama call restoran semalam, ala yang nenek tua tu. Aku tak cakap apa-apa, terus letak telefon sebab bingung, kenapa pulak aku call nombor restoran, tapi nenek tua tu yang angkat? Macam mana dia boleh ada kat situ? Ke aku salah nombor? Atas rasa ingin tahu yang membuak-buak sangat, aku call partner aku punya handphone, nasib baiklah dia angkat. Dia bagitaulah memang dia ada dengar telefon restoran tu berbunyik tadi dua kali. Kali kedua dia nak angkat tapi tak sempat. Aku suruh la dia miss-call aku guna nombor restoran, konon-konon nak senang save. Padahal aku sebenarnya nak make sure, adakah nombor yang aku call tadi, betul-betul nombor restoran atau sebaliknya. Kot-kot aku terdail Rumah Orang Tua ke apa. Partner aku pun miss-call, SAH memang nombor yang sama. Aku dah mula rasa pelik, perkara ni mengganggu fikiranku sampai ke malam. Ada sambungan lagi... (penat plak menaip ni) hi hi... http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 3 Sorry semua ... tadi memang online kat tempat kerja, jadi on-off pulak sebab ramai customer, terpaksa stop. Ni hah, tengah-tengah malam pulak nak sambung, baru balik dari shopping tadi nih, baru ingat pasal board ni, nak buat sambungan lagi. OK layannn... Bila balik dari kerja (restoran tempat aku kerja ni tak bukak malam - Operation Hour 7.00am to 7.00pm sahaja), aku pun lepak la dalam bilik lepas makan malam. Disebabkan masih terganggu dengan apa yang berlaku petang tadi tu, aku ambik keputusan untuk tak fikir panjang, mungkin handphone aku ke yang silap, aku salah tekan nombor ke apa. Padahal nak sedapkan hati sendiri je lah. Keesokan harinya (Tiga hari sebelum restoran dibuka secara rasmi), aku pergi la kerja macam biasa. Jaga budak-budak yang buat renovation tu, test product la bla bla bla, then waktu supplier datang, dia bagi lah invoice nak suruh chop and sign. Chop company pulak dalam opis, aku ni tiba-tiba rasa takut pulak nak masuk bahagian opis disebabkan aku teringat pasal panggilan telefon misteri tu. Untuk pengetahuan korang, opis kita orang ni dalam restoran, kiranya kalau kau masuk ke dalam restoran, ada satu lagi bilik kecik untuk opis, share dengan bahagian Account. Nak tak nak je aku pegi ambik chop tu dengan harapan jangan lah nenek tu call pulak waktu-waktu macam ni. Ngam-ngam pulak waktu aku nak ambik chop tu, telefon tu berbunyik. Eh! Dalam hati aku dah menyumpahnympah dah ni, terkejut siot. Aku angkat je lah tapi kali ni official sikit sebut nama company. ( Sorry ya tak dapat nak reveal nama company kat sini, so lebih kurang aku jawab macam ni lah). "Morning, Restaurant ABC, Aishah speaking." (Nama aku Aishah OK? "Halllaaaoooo.....halllaooooo." )

Ya! Ampun, berderau darah aku siot. Nenek tua tu call lagi lah. Aku pun terus letak, tak cakap apaapa dan nenek tu pun tak call balik. Bila nenek tu call, mesti dia akan sebut "Hello" tu dengan nada yang panjang dan seram (tak tau macam mana nak terangkan), sebab tu la aku seram nak angkat, dah la dia cakap ape pun sepatah haram aku tak faham. Dipendekkan cerita, beberapa hari kemudian, restoran kita orang pun dibukaklah secara rasminya. Disebabkan kesibukan bekerja, aku hampir lupa pasal kejadian tu sehinggalah Account Clerk aku mengadu pasal hal yang sama, iaitu diganggu dengan panggilan misteri nenek tua tu. Semakin kerap dia call. Kadang-kadang tu ada sampai satu tahap, nenek tu akan call dalam setengah jam sekali, lepas tu cakap Cina, tong cheng tong cheng, tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Bila dah terlalu kerap terima panggilan tu, Account Clerk tu pun dah biasa. Dia yang paling selalu jawab telefon sebab memang dia sentiasa duduk dalam ofis, aku ni lainlah sebab selalu dok jaga operation restoran kat luar. Waktu hujung bulan je aku banyak lepak kat ofis buat monthly report and paperwork segala dan terpaksa bertahan dengan panggilan nenek ni. Kalau nak ignore memang tak boleh sebab kita orang cuma ada satu talian dan selalu customer call untuk reserve table atau order. Nak dijadikan cerita, ada lah satu hari tu, boss aku ambik staff baru. Berbangsa Bidayuh tapi pandai cakap Cina. Kebetulan pulaklah nenek ni call, waktu tu staff baru ni ada dalam office sebab nak mintak Panadol. Aku assumed staff tu pandai cakap Cina sebab dah beberapa orang customer Cina dia served, lancar je dia cakap Cina. Aku pun planlah dengan dia, tolong cakap dengan nenek ni, tanya apa dia nak, dia dari mana. Aku pass la telefon tu kat staff ni untuk cakap dengan nenek ni. Staff tu pun start la tanya. Tiba-tiba staff ni kerut-kerut dahi, geleng-geleng kepala pulak. Aku dah nervous. Si Account Clerk yang penakut tu apatah lagi, sampai ternganga-nganga mulut dia tu ha. "Kak .... saya rasa nenek ni cakap Hokkien Kak, bukan Mandarin... saya mana reti sangat. Saya reti cakap Mandarin je." Aisehhhhh, spoillah pulak. Kecewa pulak rasanya sebab aku betul-betul nak tau nenek tu nak apa sebenarnya. Bersambung... http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 4Sambung .. Lepas tu, baru aku tahu yang nenek tu cakap dalam Bahasa Cina Hokkien. Aku tak kenal pun sesiapa yang boleh cakap dalam Bahasa Hokkien sebab kalau dekat tempat aku, yang pandai cakap Mandarin banyak la. Hampir setahun berlalu, percaya atau tidak, tak ada satu hari pun yang kita orang lalui tanpa menerima panggilan misteri nenek tu. Aku pun dah biasa, menerima panggilan telefon dia setiap hari. Sampai aku dah hafal "jadual" nenek tu telefon. Selalunya nenek tu akan call pada waktu pagi, dalam pukul 8 pagi. Lepas tu waktu tengah hari, dalam waktu lunch macam tu.. Lepas tu, petang-petang sikit dalam pukul 3 petang macam tu dia akan call lagi. Then tak de dah call, setiap hari memang macam tu. Aku dah tau habit nenek ni, kita kena layan dia cakap, sampai dia sendiri letak telefon. Layan je la apa

pun, cakap OK, OK ke, atau dengar je ke sampai dia letak telefon (memang tak lama, tapi dia macam bersembang dan seperti bertanyakan sesuatu). Katakanlah aku malas nak layan kan, aku yang letak telefon dulu, confirm nenek tu akan call balik bertubi-tubi (ni memang tension gila), terpaksa la aku tunggu nenek tu letak telefon dia, dan dia tak akan telefon lagi dah sampailah ke "shift" seterusnya yang memang waktu dia call. Benda ni dah jadi rutin harian pulak, setiap kali telefon berbunyi, mesti staff aku cakap "Hah, angkat telefon oi, nenek kau dah cari tuuu!" Bila perkara ni berlarutan selama setahun lebih, ada lah satu hari tu, nenek ni call lagi. Waktu ni aku agak tertekan sebab bergaduh dengan rakan sekerja dan boss pulak waktu tu macam carik salah aku. Serius memang tertekan sangat, bila nenek ni call, aku yang tengah mood tak elok, aku tengking nenek ni dengan bahasa kasar, sesuatu yang tak pernah aku buat selama setahun lebih nenek tu setia call setiap hari. Nenek tu terdiam, tiba-tiba aku terdengar nenek tu menangis. Aku tak tau kenapa aku rasa tersentuh hati sangat, aku rasa betul-betul bersalah sebab nenek tu nak bercerita, aku pulak tengking dia dengan bahasa kesat. Nenek tu menangis sayu, sampai aku macam tak percaya aku menangis sama. Aku cakap kat nenek tu "Nekk...sorry nek, sorry ya...sorry...." aku tak sure nenek tu faham ke tak apa aku cakap, nenek tu terus cakap,"Kamsiaaaa... Kamsiaaaa...". Perkataan tu aku dengar dengan sangat jelas. Nenek tu terus letak telefon dan dah tak call lagi selama beberapa hari. Merajuk mungkin? Disebabkan petang tu aku agak free, jadi aku pun google la tentang Bahasa Hokkien. Rupanya "Kamsiaaaa" yang nenek tu sebut berulang-kali lepas dia menangis kena tengking aku tu, bermaksud "terima kasih". Aku rasa macam kena tampar, dah la aku tengking dia, dia ucap terima kasih pulak. Dari situlah aku bertekad nak mencari orang yang dapat berbahasa Hokkien untuk membantu aku cakap dengan nenek ni... Penyiasatan aku pun bermula ... Bersambung... http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 5Jom layan sambungan seterusnya.. Lepas aku buat nenek tu menangis, aku makin "rapat" dengan nenek tu. Selalu kalau die call, aku memang dengar je die nak cakap apa. Sampai aku selalu ulang-ulang sebut nama aku sendiri kat nenek tu. Bila dia call, aku selalu cakap, "Ni Aishah.... Ini Aishah cakap... Aishah ni...." Nenek tu tak layan pun, dia teruskan dengan cakap Hokkiennya tu. Ada la satu hari tu, nenek tu call, tapi Account Clerk tu yang angkat. Clerk ni waktu tu busy buat kita orang punya payment schedule, jadi bila dia dengar je suara nenek tu, die letak telefon. Asal nenek je, letak telefon. Nenek tu bengang ar, mula lah die call bertubi-tubi tu sampai clerk tu cabut wayar telefon untuk 10 minit. Lepas 10 minit, pasang balik. Masih nenek tu call, tapi dah tak marah dah, dia cakap dengan nada sayu je. Apa yang membuatkan clerk tu terkejut sangat ialah nenek tu sebut nama aku. Lebih kurang macam dia tanya "Aishah mana?" tapi dalam Bahasa Hokkien la. Tune nenek tu macam bertanya aku mana (dah aku selalu sangat cakap nama aku, nenek tu dah tau ).

"Nenek tu sebut nama akak ah, biar betol!" Clerk tu cakap. Aku pun amik telefon tu, cakap hello, nenek tu sembang balik macam biasa. Tapi aku tak pernah pulak dengar nenek tu sebut nama aku pun. Ingat lagi tak aku cakap aku nekad nak cari sesiapa yang fasih berbahasa Hokkien, aku memang gigih lah mencari, ha ha ha. Asal ada je customer Cina, aku tanya-tanya la dia orang ni Cina Hakka ke, kalau Cina Hakka, memang la cakap Hokkien kan? Tapi, tak jumpa langsung. Susah sangat-sangat nak cari. Staff aku yang pandai cakap Mandarin tu, reti sikit-sikit je, tapi kalau nak cakap, die tak reti. Cuma boleh dengar dan faham sikit-sikit, tu pun memang sikit gila ah, dalam 5% cam tu kot, sebab die tak faham sangat pun nenek tu cakap ape. Tapi betullah pepatah orang tua, kalau kita tak cari, haaa tu terpacak depan muka. Kalau cari, confirm takkan jumpa. Ni memang betul. Beberapa minggu lepas tu, restoran kita orang ni ada menu baru, jadi ada la bahan-bahan baru yang diperlukan. Disebabkan aku sangat berkira dari segi costing, aku tukar la kita orang punya supplier telur ayam sebab Cina tu dapat bagi harga lebih murah tapi kualiti sama. Waktu minggu pertama dia buat penghantaran stok telur ayam ke restoran kita orang, aku tak berapa nak bersembang sangat dengan supplier ni, sebab die tak reti sangat Bahasa Melayu dan tak reti cakap English. Yang basic-basic die tau la, tapi kalau aku nak sembang dengan die, memang totally fail. Dipendekkan cerita, ada la satu hari ni, supplier ni (Madam Wong) tak dapat nak hantar stok dalam sebulan macam tu sebab bercuti, anak die kahwin dan majlis dia orang buat kat Shanghai sebab anak die kawin dengan orang Shanghai. Madam Wong ni pun informlah, die cakap anak saudara die yang baru habis belajar tu akan tolong hantar dalam masa sebulan die bercuti tu. Ha, yang anak sedara dia ni OKlah sikit, at least boleh berbahasa Melayu and English pun OK. Taklah kekok sangat kalau aku nak berbual. Minggu pertama anak sedara Madam Wong ni ambik alih, aku banyak sembang dengan die. Die cerita la die baru habis belajar, ambik jurusan perhotelan bla bla bla. Waktu tu, die singgah makan kat restoran kita orang, nak cuba masakan Melayu katanya, sebab jarang sangat makan masakan Melayu. Aku pun join la sekaki. Nota tambahan : Hensem gila anak sedara Madam Wong nih. Waktu kita orang tengah makan dan sembang-sembang tu, tiba-tiba handphone die berbunyik dan die cakap-cakaplah dalam telefon, dengan sapa ntah. Lebih kurang beberapa minit, die dah nak letak telefon dah and tiba-tiba die cakap "OK .. OK .. OK.. Kamsiaaa, kamsiaaa." Nak terkeluar bijik mata aku renung die, sampai die pun pelik apasal aku tengok die sampai macam tu. "Awak ni Cina Hakka?" "Ya, Hakka." "Jadi, Madam Wong tu Hakka jugak ke?" "Bukanlah, dia kawin dengan Uncle saya, Uncle saya yang Hakka." "Jadi... tadi tu awak cakap Hokkienlah?" "Mana awak tau?" "Tuhhh...kamsiaa kamsiaaa tu Hokkien kan?" "Ha ha ha... ya la, Hokkien. Why? You can speak Hokkien?"

Aku tak jawab pun soalan die, tapi aku terlalu excited sampai sebut Yes!!! Yes!!! berulang kali. Ha ha ha excited gila woh, korang bayangkanlah berapa lama aku mencari Cina Hakka ni, akhirnya ketemu jugak. Dah la hensem, eh.. Ni dah pukul 1.22 pagi, aku memang nak sangat sambung, tapi aku kena tido awal lah, esok nak bangun awal sebab orang reserve 12 meja untuk sarapan pagi, nak standby apa semua esok. Nak kena tido awal lah, dont worry, esok aku sambung ek! Bersambung ...

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 6Sambungan ..

Untuk memudahkan cerita, aku mentionlah di sini nama anak saudara kepada Madam Wong tu tadi Danny (nama panggilan, nama betul tak pasti) he he. Sejak aku tau Danny ni Cina Hakka dan pastinya boleh berbahasa Hokkien, jadi aku dah pasang plan, nak mintak tolong daripada Danny ni untuk bantu aku cakap dengan nenek tua ni. At least, aku nak faham apa yang nenek tua tu nak, sebab kalau ikut dari pendengaran aku ni, nenek ni macam bercerita benda yang sama je setiap hari. Mesti ada kisah nenek tu ceritakan, itu lah yang aku nak tau sangat sebenarnya. Kebetulan pulak Danny ni memang baru habis belajar dan memang tak bekerja di mana-mana kecuali tolong hantar stok telur ayam je kat restoran-restoran dan kedai-kedai, jadi die ada masa free lah jugak. Aku terus teranglah dengan die, nak minta tolong. Aku ceritakan semua dari mula sampai habis pasal nenek tu,pada Danny. Danny pun setujulah nak tolong tapi die request hari Ahad sebab cuma hari Ahad je die betul-betul free, sebab penghantaran stok yang die handle cuma dari hari Isnin hingga Sabtu je. Aku pulak waktu tu macam tak boleh sabar pulak tunggu hari Ahad, terpaksa la tunggu beberapa hari lagi. Bila tiba je hari Ahad, Danny sampai sebelum pukul lapan pagi, sebab aku bagitau die, nenek ni memang akan call dalam jam lapan pagi, 12 tengah hari dan empat petang. Memang jarang sangat "jadual" nenek ni terbabas, memang selalunya ikut jadual je nenek ni, ha ha. Aku pun menantilah dengan penuh sabar, waktu tu jam dah pukul 8.10 pagi macam tu, dan telefon berbunyi. Sah, ni memang nenek, aku terus suruh Danny jawab. Mula-mula Danny tak nak, die cakap mana tau kot-kot orang opis call ke, aku cakap opis mana pulak nak call kita orang hari Ahad, opis mane ade keje. Kalau customer call pun, jarang call pagi-pagi macam ni. Danny pun jawablah telefon tu, aku berdebar-debar sangat. Danny bagi aku dengar dulu suara nenek tu. Aku dengar dan sahkan memang nenek tu yang call. Kemudian Danny pun cakap dengan nenek tu. Untuk memudahkan pemahaman korang, ni aku dah translate perbualan Danny dan nenek tu (sebagaimana yang telah diceritakan oleh Danny kepada aku), perbualan asal adalah dalam bahasa Cina Hokkien. Nenek : Hallllaaaaoooooo.....

Danny : Hello, cari siapa? Nenek : Eh, awak siapa ya? Mana anak saya sudah sampai ke? Danny : Ni Danny. Anak awak siapa ya? Nenek : Anak saya Freddie. Danny : Maggi? Nenek : Freddie!! (Waktu ni Danny gelak sakan) Nenek : Freddie tertinggal bekal die tadi, jadi macam mana? Tengah hari nanti die pulang tak? Danny : Tak de orang nama Freddie sini nek .. nenek salah nombor. Nenek : Macam mana ? Tengah hari nanti pulang tak? Danny : Nenek, ni restoran. Tak de orang nama Freddie sini, nenek salah nombor. Nenek : Suruh die pulang ye nak.. Nenek risau die tak makan. Part ni memang sedih, aku tengok Danny agak tersentuh bila Nenek ni tak hirau langsung pasal die salah nombor, die asyik ulang cakap benda yang sama je. Danny pun cakap OK, OK nenek ni pun cakap, "pesan pada die ye nak....kamsiaaa...kamsiaaa..." dan terus letak telefon. Pada sebelah tengah hari pulak, Danny jawab lagi telefon, nenek ni call lagi. Danny : Hello? Nenek : Haalllooooooooo.... Danny : Ya? Nenek : Pulang tak? Pulang rumah tak? Dah masak ni. Danny : Salah nombor ni. Nenek : Tak pesan pada dia ke? Danny : Tak kenal Freddie nek, tak de pesan. Nenek salah nombor pagi tadi. Nenek : Bekal makanan die tertinggal ni, saya dah masak. Pulang tak? Danny : (Diam) Nenek : Pulang tak? Dah masak ni. Semua makanan die suka, kalau die tak sempat, nanti saya tolong simpan. Balik rumah nanti, panaskan ya. Kamsiiaaaa.. Kamsiaaa... Nenek tu letak telefon. Waktu ni Danny tersentuh, mata die dah berair macam menahan diri dari

menangis. Aku pulak, pura-pura ke tandas, sebab aku takut Danny tak selesa. Ye lah kan, perempuan tengok orang lelaki yang tengah nak nangis, aku takut die segan ke ape, jadi aku keluar sekejap bagi die bertenang. Sensitip jugak budak ni rupanya, dalam hati aku cakap. Sebelah petang pulak, lagi sekali, nenek ni telefon. Sekali lagi perbualan mereka, macam ni.Tapi kali ni aku suruh Danny cuba bawak nenek tu sembang, cuba tanya mana die tinggal. Danny : Hello .. Nenek : Tak sempat pulang ke tadi? Die sibuk, ada meeting ke? Danny : Nenek tinggal di mana? Nenek : Freddie sibuk? Danny : Rumah nenek di mana? Nanti saya hantar Freddie balik. Nenek : Saya dah masak ni. Nak tido awallah, kalau die balik nanti, panaskan lauk, makan ya. Danny : Nama nenek siapa? Nenek : Pulang ya.. saya dah masak. Bagitau die ya.. Kamssiaaa.. Kamssiaa... Nenek tu terus letak telefon tanpa menjawab satu pun soalan Danny. Untuk pengetahuan semua, Danny menjawab telefon nenek, bercakap dengan nenek ni selama tiga hari, hanya kerana die nak pujuk nenek tu sembang dengan die. Sanggup die pergi ke restoran aku selama tiga hari tu, pada waktu-waktu yang nenek tu call, tapi masih tak dapat apa-apa info. Kesimpulan yang aku dapat, nenek ni call setiap hari, bertanya hal yang sama. Tentang anak die yang bernama Freddie tu balik ke tak, sebab Freddie tu tertinggal bekal makanan yang die siapkan kat rumah. Soalan dan ayat nenek tu tak berubah, sama je setiap hari. Sampai Danny jadi sedih. Aku cakap kat Danny, jangan-jangan nenek ni dah nyanyuk, dan ada kemungkinan ape yang die ingat, hanyalah tentang anaknya tertinggal bekas makanannya tu. Sebab tu setiap hari die tanya hal yang samaaaa je. Aku dan Danny makin rapat sebab kita orang siasat hal ni sama-sama. Danny tanya bila aku off-day, aku cakap tak tentu. Danny bagitaulah kalau aku off-day, die nak ajak gi Telekom untuk kenalpasti nombor yang selalu call kita orang tu, mesti ada dalam record tentang nombor, alamat etc. Aku pun setujulah. Minggu berikutnya aku dan Danny dah plan untuk siasat dengan staff Telekom pulak, untuk dapatkan alamat nenek ni. Bukan sebab kita orang tak puas hati ke apa, tapi disebabkan betapa sayu dan sedihnya perasaan kita orang dan teringin sangat nak jumpa nenek ni atau ahli keluarga die, mungkin ada cerita di sebaliknya tentang nenek tu dan Freddie. Waktu Danny translate dekat aku semua perbualan tu, aku menangis. Aku rasa sebak sangat, bayangkanlah restoran tu dah beroperasi hampir dua tahun dan nenek tu telefon setiap hari bertanyakan anak die balik ke tak, masak untuk anak die. Aku sebenarnya dah lama kematian ibu, aku rasa tersentuh dengan kasih seorang ibu yang sampai macam ni sekali. Sedih.

Bersambung ... http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 7Sambungan ... Setelah investigation sendiri dibuat selama tiga hari berturut-turut, aku dah berjaya faham ape yang nenek tu cakap, melalui bantuan Danny. Danny cadangkan aku untuk pergi Telekom, cuba track berapa nombor telefon nenek tu, lepas tu senanglah kita orang nak tau alamat rumah die kan. Dalam hati ni waktu tu memang dah bersemangat nih, nak jumpa nenek yang pada awalnya aku anggap menakutkan, tapi bertukar jadi simpati pulak. Aku pun requestlah dari partner yang sama in-charge restaurant tu, untuk ambik off-day hari Ahad, nasib baik jugak lah die okay je, sebab waktu tu tengah bulan, restoran pun tak de lah busy sangat, staff pun cukup, so no hal lah kalau aku nak off-day hari Ahad. Aku dah standby dah tulis info pasal nenek tu, waktu-waktu yang selalunya die call, untuk memudahkan aku jadik CSI kat Telekom tu. Hari Ahad, Danny jemput aku kat umah .. Kita orang sarapan kat McDonald. Waktu sarapan, aku dengan Danny banyak sembang pasal nenek ni, macam-macam spekulasi yang timbul, tapi waktu tu aku memang kuat dengan kepercayaan aku yang nenek ni confirm nyanyuklah. Danny pulak cakap, jangan-jangan nenek ni dah mati, rindu anak dia kot, tu yang duk call tu tapi salah nombor. Ade pulak macam tu, habis tu nenek tu mati, dikuburkan sekali dengan telefon ke? ke orang Cina memang suka bawak harta masuk kubur? Waktu aku cakap macam tu, aku tersedar aku dah terlepas cakap pulak, tak sepatutnya assume bangsa Cina macam tu kan, aku diam then say sorry. "Sorry? Kenapa?" "Ye lah, kan tadi saya macam assume orang Cina ni gila harta pulak. Sorry la, takde niat." "Kenyataan tu, ada jugak bangsa Cina yang akan kuburkan mayat bersama sedikit harta milik dia." "Owh! Ye ke? Saya ingatkan zaman dulu-dulu je macam tu?" "Sekarang pun ada jugak macam tu Aishah .." "Owh! Family awak masih amalkan tanam harta bersama mayat jugak ke?" (dah la tadi mintak maaf, timbul balik soalan takde insurans aku nih. )

"Taklah.. itu bukan cara kita orang Islam," kata Danny yang merentap jantung aku, rasa nak gugur waktu tu jugak. "Awak .... Islam?" "Kalau ya, kenapa?" "Sebab Madam Wong ..kan Buddha?" "Iman boleh diwarisi ke?" - Hoh, time ni muka aku dah panas. Waktu tu baru aku tau Danny rupa-rupanya Cina Hakka yang beragama Islam sejak dilahirkan.

Ayahnya berbangsa Cina Hakka dan ibunya berbangsa Suluk yang berasal dari Sabah. Ibu bapa Danny ni memeluk Islam selepas tiga tahun berkahwin, waktu tu Danny tak lahir lagi. Aku pun ternganga je lah dengar penjelasan die, sebab aku pada awalnya tak pulak expect die Muslim, mungkin sebab die bangsa Cina Hakka jadi aku macam terus chop die beragama Buddha, macam mak sedaranya si Madam Wong tu. Eh, tersasar pulak.. ni nak cerita pasal kisah nenek ke kisah Danny ni. ..

Setibanya kita orang di Telekom, ambil nombor giliran dan cerita pasal masalah kita orang kat pegawai Telekom tu. Aku yang bercerita pasal masalah ni, cuma aku ceritakan secara general. Aku cuma bagitau, nombor telefon restoran kita orang selalu dihubungi oleh orang yang tak dikenali, setiap hari. Aku tak pulak cerita pasal nenek tu cari Freddie segala, sebab aku rasa info tu terlampau detail pulak, macam very the tak perlu (ke perlu..?). Jadi kiranya aku requestlah nak track nombor tu. Pihak Telekom tu suruh tunggu dan dia orang ada mintak beberapa info la untuk sahkan aku memang authorized person ke atas nombor restoran tu. Selepas beberapa minit macam tu, dia orang cakap tiada nombor yang dikesan call restoran kitorang setiap hari, nombor lain memang ada call, tapi bukan setiap hari. Aku rasa pelik, nombor yang call kita orang setiap hari, tiada dalam rekod pemanggil. Aku mintak untuk print kita orang punya in-call record, bila dah dapat, memang tak de dalam rekod pulak. Ada satu nombor tu, yang aku nampak ada call pada waktu tengah hari, selama tiga hari berturut-turut, aku request nak mintak info nombor siapa tu, tapi malangnya bila Telekom cakap dia orang tak boleh bagi info nombor telefon secara sebarangan terutamanya nama atau alamat,dia orang cakap memang tak boleh, kecuali ada report polis bagai, untuk siasatan kalau aku nak dakwa nombor tu sebagai mengganggu privacy. Aku cakaplah memang nombor yang call tiap hari tu mengganggu privacy, tapi aku cuma sekadar nak tahu nama dan alamat dia, aku tak berniat sampai nak report polis pulak. Then pegawai Telekom tu bagitau, minta maaf sebab dia orang tak boleh reveal maklumat pelanggan secara terus. Mesti melalui report polis ataupun permintaan dalam bentuk bertulis/ surat rasmi. Aku dengan Danny pun malaslah nak bincang panjang, aku tak sangka pulak procedure untuk dapatkan maklumat tu jadi rumit pulak. Aku makin pelik bila tengok senarai nombor tu, hampir semuanya aku memang kenal, nombor supplier. Kalau ada pun nombor yang aku tak kenal, tu semua nombor customer yang tak de pulak yang call tiap-tiap hari macam nenek tu. Pelik. Waktu ni aku dah mula rasa tak kena. Rasa takut. Berhantu ke apa nombor telefon kita orang ni, perasaan takut yang baru je hilang tu, dah datang balik. Rasa ingin tahu tu membuak-buak, aku tak puas hati dengan info yang kita orang dapat. Danny cadangkan buat je laporan polis, tapi aku cakap tak payah. Bukan apa, kang makin rumit pulak, lecehlah sampai nak buat laporan pulak. Aku pulak jenis yang malas nak melalui semua tu, setakat panggilan telefon macam tu, aku rasa banyak lagi kes lain yang polis nak siasat, kes macam aku ni dikira kes terpencil je kot. Aku dengan Danny pun balik je, dengan fikiran aku yang tengah sarat dengan 1001 misteri. Eh korang, aku lapar lah, belum makan ni sebenarnya. Aku makan dulu ah, kang aku sambung balik ek!

Bersambung ...

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 8Sambungan .. Oleh kerana aku rasa macam dah tak de harapan je (kes malas nak buat report polis dan nak tulis surat rasmi lagi satu hal), jadi perkara ni agak terbiarlah jugak. Nenek ni masih lagi call, dan aku masih lagi setia melayan suara sayunya setiap hari. Aku banyak cakap OK je kat nenek tu, dan setiap kali nak habis perbualan, wajib ada perkataan kamsiaaa tu.. Dua bulan berlalu selepas kenal dengan Danny, Danny pun dah dapat kerja tetap, dekat salah sebuah hotel, sebab die pun memang amik jurusan perhotelan. Sejak tu, die sibuk dan tak lagi bertanya tentang nenek, yang mana aku le jadi peneman setia nenek tu, kalau bukan aku, yang clerk sorang tu lah yang layan. Danny bekerja ikut shift, kadang-kadang dalam seminggu tu sampai beberapa kali balik lewat, midnight shift punya pasal. Jadi, waktu untuk kita orang lepak sama-sama waktu zaman die menganggur tu, dah tinggal kenangan. Aku pun tak nak ganggu die, maklumlah die baru nak mula career dan bekerja tetap, mesti banyak benda yang dia sibuk, belajar itu ini. Pada satu hari ni, tiba-tiba Danny call aku, banyak kali. Tapi aku tak perasan sebab handphone aku letak dalam locker, sibuk layan customer kat restoran. Hari tu pulak hari Ahad, clerk tak bekerja, Danny call opis pun tak berjawab. Selepas aku dah tak berapa sibuk, aku baru teringat nak check handphone. Terkejut gila woh, ada banyak missed calls and sms daripada Danny yang suruh call back secepat mungkin, ada hal penting. Bila aku call balik, aku tanya ada apa hal yang penting tu. Danny cakap, nenek tu call opis tempat die kerja, suara yang sama, memang die kenal sangat tapi kali ni berbeza sebab nenek tu cakap lain pulak, bukan dialog yang selalu die sebut waktu die call restoran kita orang. Danny cakap die nak jumpa aku malam tu jugak, sebab die nak cerita pada aku face to face, aku pun setuju. Then kita orang pun jumpa kat warung mamak yang tak berapa jauh dari rumah aku. Danny memang betullah tak sabar, aku belum keluar dari kereta lagi, baru je parking tapi die dah ketuk-ketuk cermin kereta aku suruh aku keluar cepat. Aku rasa berdebar betul, aku rasa macam die nak cerita berita buruk je kat aku, aku cuba untuk bersedia dari segi mental, kot-kot dapat berita mengejutkan ke apa ke kan. "Aishah, awak ingat lagi tak, nenek tu? Die masih call ke?" "Tak pasti la. Sebab beberapa hari lepas memang sibuk sangat, saya tak de duduk dalam opis sangat." "Saya peliklah, nenek tu call opis tempat saya kerja. Kalau awak tak percaya, awak datang esok tapi please, awak cakaplah awak datang nak jumpa saya bincang pasal kerja ke apa ke, opis saya mana boleh bawak orang luar masuk." Aku OK je lah bila die suggest macam tu, tapi aku cakap kat die, kalau waktu aku datang tu, nenek tu tak call, macam mana? Takkan aku nak tunggu kot? Danny cakap confirm nenek tu call sebab dah dua hari die call pada waktu yang sama (lunch hour). Keesokan harinya, aku pergi ke tempat Danny kerja, waktu lunch hour. Die share opis die dengan tiga orang lagi staff tapi semua keluar pergi makan dan ada yang on leave jugak.

Tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, akhirnya nenek tu call jugak. Aku yang angkat dan cakap "hello", dibalas balik dengan "Haaaalllllaaaooooo.." Ya! Allah ni memang sah nenek yang call restoran aku, macam mana pulak dia boleh ada nombor opis Danny? Danny cakap dengan nenek tu, lama. Dan ini, adalah yang aku translate dari Bahasa Hokkien ke Bahasa Melayu. Danny : Hello nenek, ingat Aishah ke, kenapa call sini? Nenek : Freddie tak de situ, nenek nak die pulang. Tolong nenek. Danny : (Diam) Nenek : Tolong nenek. Kenapa dia tak de? Makanan die tertinggal. Danny : Nenek, cuba nenek bagitau nenek tinggal di mana. Rumah nenek kat mana? Nenek : Pagi tadi die tertinggal bekal makanan. Macam mana nenek nak bagi, nenek tak tau opis dia. Danny : Nenek boleh bagi dengan saya, tapi kita kena jumpa. Nenek dekat mana? Nenek : Nak bagi die makanan yang tertinggal, dah sejuk ni nak.. (Danny memang tak dapat dengar perkataan "anak" atau "nak" yang nenek ni sebut, dia memang nak menangis) Nenek : Nakkkk.. (panggil Danny) Danny : (Diam) Nenek : Naakkk.. tolong nenek, bagi bekal makanan ni pada Freddie. Dia pulang tak? Danny : Die tak pulang nek, die suruh nenek bagi saya. Macam mana nak jumpa nenek? Nenek : Bilalah die nak pulang ya? -->(Memang tak menjawab soalan langsung) Nenek : Kalau die pulang, panaskan ye .. Danny : Nek, kenapa tak call Aishah? Nenek : Freddie tak ada... tak pulang... tak pernah pulang... tak akan pulang.. (Suara nenek ni sangat sayu, kedengaran sangat-sangat tua dan menahan tangis) Nenek tu terus letak telefon. Bulu roma aku meremang, macam mana nenek ni boleh "ikut" ke mana Danny pergi, boleh call Danny senang-senang macam tu je? Nak kata kebetulan, seolah-olah macam mustahil. Ataupun mungkin ni memang satu kebetulan? Aku menangis lagi, aku tunduk kepala je waktu Danny translate nenek tu cakap ape. Sikit pun aku tak angkat muka, aku tunduk dan menangis. Aku rasa betul-betul tersentuh dengan ayat terakhir nenek tu cakap tadi ..

Freddie tak ada... tak pulang.. tak pernah pulang.. tak akan pulang..

Ayat tu terngiang-ngiang di telinga aku. Untuk pengetahuan korang, aku dah kematian ibu tersayang. Bila aku dengar nenek ni merayu nak anak die pulang, aku teringat pada arwah mak aku. Rasa rindu tu terbit dalam hati, rasa sebak sangat dan kalau ikutkan hati, aku nak sangat bawa Freddie ni pulang pada nenek tu. Mata aku basah waktu tu, menangis tanpa ada rasa segan lagi. Untuk beberapa minit, bila Danny senyap, aku angkat muka, untuk tengok apsal pulak mamat nih diam jugak. Rupanya, Danny menangis sama. Bezanya, hanya air matanya bergenang, bukan macam aku yang dah teresak-esak. Danny teringat jugak pada arwah mak die. Waktu tu die bercerita pada aku, macam mana die kehilangan ibu die, dan aku berkongsi hal yang serupa. Kebetulan lagi, kami berdua sama-sama kehilangan ibu. Kalau korang baca dialog nenek dan Danny di atas, mungkin korang tak rasa kesedihan tu. Tapi aku, yang dengar semuanya secara live, betapa sayunya suara tua tu, memang sedih sangat-sangat. Aku dengan Danny mula cari jalan, untuk kembali menyiasat apa sebenarnya yang berlaku. Kali ni, kami nekad untuk cari jawapan kepada semua persoalan ni. Siapa nenek tu.. Siapa Freddie.. masih hidupkah mereka atau kami cuma berhubung melalui alam fantasi sahaja? Bersambung ..

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 9Sambungan .. Selepas selama dua atau tiga bulan aku dan Danny tidak lagi menghiraukan untuk mencari nenek tua tu akibat Danny dah dapat kerja, kini kita orang kembali ke plan asal untuk sambung balik siasatan, semuanya gara-gara nenek tua tu dah tak lagi call restoran tempat aku kerja, tapi nenek tu call office Danny pulak. Kita orang memang dah agak ini mungkin satu misteri yang tak akan terungkai, tapi kalau tak cuba, mana nak tau hasilnya kan? Pada mulanya, aku tak tau macam mana nak mulakan siasatan, aku kerja kat restoran, Danny pulak dalam bidang perhotelan, jauh benar dengan skill nak CSI ke apa, skill masak ade lah kot Jadi, aku dengan Danny pun plan nak jumpa, untuk bincang tentang hal ni dengan mereka yang mungkin lebih arif. Aku ambik keputusan untuk bawa sekali Account Clerk kita orang, yang aku panggil Nisa, dan Danny pulak bawa sepupu die, Ryan iaitu anak sulung kepada Madam Wong tauke telur . Ryan ni peminat kisah mistik atau misteri dan pernah involve dalam pencarian entiti paranormal waktu die kat Australia. Eh!Australia atau New Zealand, aku lupa pulak, tak sure. Tiba malam yang dijanjikan, aku pun pergi jumpa Danny, Ryan dan Nisa kat salah sebuah kedai makan. Lepas order makan dan sesi kenal-mengenal antara satu sama lain (sebab aku tak pernah jumpa si Ryan dan Ryan pun tak pernah jumpa aku dan Nisa, jadi kira macam intro lah, hik hik). Topik tentang nenek ni, menjadi topik utama perbualan kita orang, dan macam biasalah, timbul pulak macam-macam spekulasi.

Ryan mencadangkan untuk kita orang cuba mencari siapa pemilik asal nombor restoran tu. Ryan cakap, ada kemungkinan nombor tu adalah milik tempat kerja Freddie pada asalnya, lepas tu dia orang potong line ke apa, dan nombor tu digunakan oleh restoran kita orang pulak, kiranya macam nombor recycle la. Bila Ryan cakap macam tu je, Nisa terus menyampuk. "Laaa.. kalau macam tu, memang Nisa dah lama tau, nombor tu syarikat balak punyalah, dia orang jual kayu."

"Apsal kau tak pernah cakap pun? Apsal aku tak tau eh?" aku pun tanya, sedikit benganglah sebab sepatutnya Nisa inform aku pasal ni, tiba-tiba aku rasa segan pulak sebab Nisa lebih tau daripada aku. Nisa cakap, dia tak pernah bagitau sebab hal tu dah terlalu lama sangat. Waktu restoran kita orang baru mula beroperasi, menurut Nisa, memang beberapa kali ada orang call mintak quotation harga kayulah, tanya ada buat perabot ke tak, kilang balak kat manalah, macam-macam. Nisa cakap ni restoran, takde deal dengan kayu-kayu semua ni, orang yang call pun terkejut dan tanya, eh! ni bukan Syarikat Kayu XYZ ke (sekadar nama syarikat samaran, bukan nama betul syarikat tu OK?). Nisa pun pernah beberapa kali terima fax daripada orang yang tak dikenali, kat atas kertas tu bertulis "Attn to Account Dept, Syarikat Kayu XYZ," lebih kurang macam tu lah, dan beberapa kali Nisa terpaksa call back untuk inform yang kita orang ni restoran, bukan syarikat kayu balak. Patutlah aku tak pernah tau pasal tu sebab kebanyakan waktu aku memang berada di bahagian luar opis, dan yang selalu jawab telefon ialah Nisa, dia tak pernah maklumkan sebab dia tak pernah terfikir pun info tu dapat membantu kita orang cari siapa Freddie atau siapa nenek tu. Lagipun lepas beberapa bulan, dah takde orang call untuk tanya pasal syarikat kayu tu, mungkin sebab syarikat kayu tu dah pun inform dengan customer dia orang tentang penukaran nombor. Aku pun cadangkan kita orang google je lah nama syarikat tu, for sure ada alamat dan contact number dia orang. Dengan menggunakan handphone Ryan, kitorang pun sama-sama google syarikat tu. Sah, masih wujud dan website dia active. Syarikat tu syarikat kayu balak yang supply kayu balak (eh, memanglah ) dan ada jugak supply barang-barang untuk bina bangunan macam simen,cermin etc. Danny cepat-cepat save nombor telefon office syarikat kayu tu, sekali dengan nombor fax dan e-mail sekali. Danny ni ambik langkah berani sikitlah konon, die dail je nombor tu walaupun kalau ikut secara logik, manelah ada orang kat opis malam-malam. "Mana tau nenek tu angkat ke, kan? Cuba jeeee.." Danny melawak. Nisa dengan Ryan dah ketawa dah, tapi aku, diam. Memang aku takut, kot-kot manalah tau nenek tu betul-betul pulak jawab telefon tu, tak ke naya, makin banyak pulak misteri yang tak terungkai. Tapi panggilan telefon yang Danny buat tu, tak berjawab. Fuh, aku lega. Tiba-tiba handphone Danny berbunyi, kita orang semua tersentak, bila Syarikat Kayu tu yang call balik. Suasana yang tadi bukan main riuh dengan gelak tawa Nisa dan usikan Ryan, semua berubah jadi senyap. Danny tekan butang call, on loudspeaker supaya kita orang dapat dengar. "Hello?" Kata Nisa. Eh! Budak ni, die pulak yang cakap Hello, sepatutnya Danny sebab tu handphone dia.

"Hello?" Kata Ryan pulak, eh! memang mintak sekeh kot dia orang berdua ni. Tapi, tiada jawapan. Danny terus putuskan je talian. Muka masing-masing pucat, ketakutan. Terutamanya aku, aku rasa berdebar sangat, sedangkan kalau ikutkanlah, Nisa ni yang lebih penakut daripada aku, tapi aku tak dapat nak kawal diri. "Aishah, awak OK ke?" Danny tanya. Aku tak jawab, aku terus ajak balik. Tapi,aku memang takut. Tak pernah rasa macam ni dan kepala otak aku ni dah bayangkan nenek tu duduk belakang kereta aku Kita orang ambik keputusan untuk balik dan apa-apa perbincangan akan dibincang lagi pada lain hari, yang belum ditetapkan bila. Aku duduk dalam kereta, aku ketakutan sangat. Menyesal pulak aku tak ajak Nisa balik sama, aku rela tinggalkan kereta aku kat situ, dan balik bersama Nisa dengan satu kereta. Aku cuba call Nisa, tak dapat. SMS tak dapat, rupanya kredit aku habis pulak, tinggal beberapa sen je, dalam hati ni memang dah menyumpah seranah, mula lah nekad nak beli postpaid Aku cuba untuk drive balik ke rumah, tapi ayat tu, terngiang-ngiang di telinga aku. "Freddie tak pulang...tak pernah pulang.. dan tak akan pulang..." Tangan aku menggeletar, aku cuba nak bertenang dan bagitau diri aku sendiri "Aishah, kau tak pernah macam ni. Jangan macam ni, takut dengan sesuatu yang tak pasti. Jangan jadi bodohlah." Aku cuba tanamkan tu dalam minda aku, tapi perasaan takut tu makin menjadi. Tiba-tiba, cermin kereta aku diketuk, cermin kereta pada pintu yang sebelah kiri. Aku terperanjat, Ya! Allah memang aku terperanjat sangat-sangat sampai aku menjerit takut, buka pintu kereta dan terus lari tak tentu hala dan menjerit. Bayangkanlah dah nak dekat tengah malam, aku berlari ke tengah jalan, lari dari sesuatu yang menakutkan, yang aku tak tau apa. Aku macam dalam dunia aku sendiri, Danny terus tangkap aku dari belakang dan genggam lengan aku kuat supaya aku tak lari, waktu ni orang dah mula mengerumun kami berdua, terkejut dengan apa yang berlaku. "Aishah.. Hei! Apasal ni? Ini Dannylah. Hei! Tengok saya betul-betul. Awak ni kenapa macam ni??" Suara Danny, kedengaran marah, dia tak pernah tinggikan suaranya pada aku, dan malam tu, pertama kali aku dengar dia berbahasa kasar seperti tu. Aku terpinga-pinga. Owh! rupanya Danny yang ketuk cermin kereta tu tadi. Waktu ni kami berdua bertengkar. "Yang awak ketuk cermin kereta saya, apa hal? Nak tunjuk hero sangat ke?" Aku pun tinggikan suara, selepas dia dulu yang mulakan. "Saya ingat nak follow awak smpai awak balik rumah. Kan dah malam, lagipun Ryan tadi follow Nisa" balas Danny. "Tak boleh ke awak ketuk cermin kereta yang kat sebelah kanan, dekat tempat yang saya duduk. Tunjuk muka awak tu, bukannya ketuk-ketuk macam tu dari sebelah kiri, awak ingat saya sempat ke nak fikir panjang siapa yang ketuk? Awak ingat saya ni berani sangat ke??"

Danny diam, tapi belum lagi lepaskan lengan aku yang die pegang kuat. Takut aku lari macam nampak ponti kot. "Tadi saya dah call awak, nak suruh awak jalan, saya follow belakang. Tapi, awak tak de respond pun. Saya tengok awak masih dalam kereta tu, tapi tak gerak-gerak lagi, tu yang saya datang tengok, itu aje. Janganlah emosi sangat macam ni. Awak ada fikir sesuatu eh dalam otak awak tu?" Aku diam je, tanpa jawapan. Tiba-tiba rasa segan pulak dengan mata-mata yang memandang dan berbisik sama sendiri, mesti dia orang ingat aku dengan Danny ni bergaduh soal cinta pulak, aduh. Serta merta je rasa takut tadi dah lenyap. Aku suruh Danny balik je rumah, tak perlu follow sebab aku OK. Cuma tadi je tak OK, perasaan takut tu terbawa-bawa. Tapi, Danny tak pedulikan arahan tu, die follow je aku dari belakang untuk hantar aku ke rumah. Ada la satu simpang tu, kawasan ni agak sunyi, kawasan sekolah rendah. Simpang tiga, dan kat simpang tu ada satu pondok tempat menunggu, budak-budak sekolah selalu lepak kat pondok tu sambil-sambil dia orang tunggu parents or bas sekolah ambik. Waktu melalui simpang tiga ini lah, mata kepala sendiri ternampak seorang nenek tua memakai kebaya nyonya, sambil bawa kipas tangan dan melambai ke arah aku. Sekali lagi aku terkejut, kereta yang aku pandu terbabas dan aku kemalangan. Bersambung ..

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 10Sambungan .. Kelibat nenek tua yang aku lihat pada malam tu, aku sendiri tak pasti sama ada benar-benar wujud ataupun hanya khayalan semata-mata. Orang cakap, kalau kita terlalu memikirkan sesuatu, fikiran kita dikuasai, benda tak wujud pun jadik wujud. Jadi mungkin apa yang aku nampak pada malam tu, nenek tua berkebaya nyonya sambil memegang kipas tangan, mungkin hanya sekadar gangguan otak kot? Lepas nampak nenek tu, aku terkejut, kaki aku spontan je tekan minyak dengan kuat (sampai habis tekan ke bawah tu), kereta terbabas ke tepi jalan. Dah la waktu tu aku tak pakai seat belt, satu habit buruk aku, kalau waktu malam, jarang nak pakai seat belt sebab tak de road block polis/ JPJ, lagipun tak de lah jauh benar pun rumah aku tu. Waktu kemalangan tu, aku tak cedera parah pun, cuma bahagian dahi luka, yang berhampiran dengan anak rambut tu, orang panggil ape eh, dah lupa plak, kalau tak silap, ubun-ubun kepala kot? Aku pun tak tau macam mana boleh luka, mungkin terhantuk kot, tak pasti. Parut kat situ masih lagi kekal sampai sekarang, cuma dah pudar sebab rajin bubuh bio-oil, tak nak bagi muka nampak spoil berparut, gigih ni sapu bio-oil tiap hari Waktu kemalangan berlaku, Danny masih lagi follow dari belakang dan die hampir-hampir kemalangan jugak sebab sewaktu kereta aku terbabas, dia tak pandang kiri kanan, terus je drive pergi ke arah kereta aku yang terbabas tu, hampir-hampir dia nak langgar motorsikal yang memang tengah melalui jalan yang sama tapi dari arah bertentangan.

Disebabkan kawasan tu sunyi, ada kereta yang lalu tapi tak de sesiapa berhenti untuk beri bantuan. Pernah ada kes orang pura-pura kemalangan, tapi bila orang keluar nak bantu, dia orang dirompak pulak. Danny call Ryan untuk mintak tolong Ryan datang bersama sesiapa yang boleh pandu kereta, untuk tolong bawa kereta aku balik rumah. Kereta aku cuma kemek kat bahagian depan sebab melanggar divider dan papan tanda jalan, tapi tak teruk. Cuma aku dah tak dapat nak drive sebab perasaan terkejut tu masih ada. Lama aku kebingungan kat dalam kereta. Danny pulak, ketuk pintu kereta slow-slow, macam takut kena maki je sebab sebelum tu kita orang bergaduh gara-gara ketuk cermin punya pasal. Aku bukak pintu kereta, unexpected bila Danny cakap, "Okayyy....jangan lari?" Muka die tu ha, memang memek muka menyindir habis la, takut aku lari dan menjerit tak tentu pasal, siot betul lah. Danny langsung tak bertanya kenapa aku boleh kemalangan, mungkin tak nak aku rasa tertekan. Danny offer untuk hantar aku pegi klinik, tapi aku tak nak, klinik memang tak de bukak malam, kalau nak jugak, memang terpaksa pegi General Hospital tapi agak jauh, memang malas nak pegi, lagipun luka pun setakat tu je kat dahi, boleh je kalau nak tampal plaster. Danny pun call lagi Ryan, tapi aku tak faham pulak sebab dia orang masing-masing guna bahasa Cina Hakka. Mungkin tanya Ryan dah kat area mana kot. Sementara tunggu Ryan sampai, Danny tolong bersihkan luka kat dahi aku guna tisu yang dibasahkan dengan air mineral and tampal guna plaster. Waktu tu, dia guna First Aid Kit yang ada dalam dashboard kereta aku, dalam dashboard tu pulak, ada tuala wanita yang aku saja simpan untuk ladies punya "emergency case". "Tampal luka pakai ini boleh kan, cepat menyerap?" Aku toleh tengok dia, tuala wanita tu dah pun kat tangan dia sambil dia sengih, panas gila muka aku. OK, ni nak melawak ke apa ni, bagi penampar kang, berterabur gigi kau. Aku diam je, sebenarnya segan sangat sebab barang peribadi, Danny sedar muka aku berubah, dia terus cakap ,Sorry, sorry. Aku sebenarnya tahan gelak, tapi dah tak tahan nak gelak, aku gelak lah, Danny pun gelak sama. Waktu kita orang gelak sama-sama tu lah, kedengaran suara nenek tua gelak bersama-sama. Aku tersentak. Aku pandang Danny untuk tengok reaksi dia, sama! Dia pun macam tersentap, raut wajah dia, seolah-olah dia nak tanya aku, "Awak dengar tak apa yang saya dengar?".. aku mengangguk kepala, Danny faham yang aku dengar apa yang dia dengar. Tapi, ketawa nenek tu kedengaran tak lama, bila kita orang stop ketawa, suara nenek ketawa tu pun dah tak de. Waktu ni, aku terlalu takut tapi aku cuba lawan, aku tak nak terlalu mengikut emosi. Ryan tiba tak berapa lama kemudian, bersama adik lelaki dia. Adik lelaki dia drive kereta Ryan, Ryan pulak drive kereta Danny. Danny ambik alih, drive kereta aku dan hantar pulang ke rumah. Sampai je kat rumah, aku lega sangat sebab abang aku masih lagi berjaga, lepak dengan member dia dari rumah sebelah, tengah spray gitar. Dia terkejut gak tengok aku yang balik rumah dengan dahi

bertampal plaster, just mention dengan dia, kereta aku terbabas, kemalangan kat simpang sekolah yang tak jauh dari rumah. Tapi aku tak cerita langsung yang aku ternampak nenek tu, aku rasa bukan masanya untuk bagitau, lain kali je aku akan cerita pada dia, kalau terbukak hati nak cerita la. Abang aku jemput Danny, Ryan dan adik die masuk rumah, tapi Danny cakap tak pe, niat nak hantar aku balik je, lagipun dah lewat. Malam tu, aku tak tido dalam bilik. Aku masih rasa seram. Aku pura-pura tertido kat ruang tamu sebab abang aku memang selalu tido kat situ sebab kat bilik panas, katanya. Aku rasa seram pulak nak tido sorang-sorang dalam bilik. Abang aku pun kejutkan aku suruh masuk tido dalam bilik, aku cakap malas nak bangun dah, mata berat sangat. So, abang aku biar je. Mungkin disebabkan aku tido dengan keadaan aku yang letih sangat, aku bermimpi .. Dalam mimpi tu, nenek tua tu datang pada aku, bawa bunga. Tapi bunga tu diperbuat dari straw. Straw yang dilipat-lipat jadik bentuk bunga. Dia bagi kat aku, aku ambik dan letak atas kepala, aku cakap "Kamsiaaa" lalu aku terjaga je dari tido, hati aku berdebar-debar, nasib baiklah mimpi nenek bagi bunga, taklah menakutkan sangat pun, tapi still gak rasa seram. Keesokan harinya, aku bangun awal pagi nak bersiap pergi kerja. Tapi badan rasa sakit sangat, bahagian kaki pulak lebam, malam sebelum tu tak pulak rasa sakit. Disebabkan tak tahan, tak sedap badan, aku call tempat kerja, inform dengan Manager yang aku amik sick leave. Aku bantai tido je sampai pukul 10 pagi macam tu, bangun mandi dan bersiap nak keluar beli barang dapur sikit. Sebelum keluar tu, baru perasan ada sms dari Danny. "Salam..Sorry if disturbing. Saya dah dapat tahu tentang Freddie, tak banyak info tapi boleh jadi clue. Bila nak meet up? If rasa tak sihat, rehat la dulu." Aku tak tunggu lama, terus call Danny untuk tanya siapa Freddie. Tapi waktu dia nak mula cerita tu, aku perasan yang aku sorang kat rumah, sebab motor abang aku tak de pulak kat rumah. Aku pun ajak je Danny jumpa, tapi die kena ambik aku sebab kakak aku awal-awal pagi dah ambik kereta dia untuk repair kemek tu (kereta kakak aku sebenarnya yang aku pakai sampai accident tu, aku mana de kereta sendiri )... Aku decide tak nak dengar cerita Danny melalui phone, sebab aku rasa aku tak "kuat" sangat untuk dengar, takut aku lemah semangat, dah la sorang-sorang. Danny pun ajak makan kat Marrybrown dan aku setuju je. Waktu tu lah Danny rungkaikan persoalan selama ni, persoalan kami hampir terjawab bila Danny dah call Syarikat Kayu tu, dan bertanya tentang Freddie, staff sana mengakui akan kewujudan Freddie di syarikat mereka, beberapa tahun yang lalu. Satu jawapan yang agak mengguris hati aku sebagai seorang wanita. Sekali lagi, perasaan takut tu bertukar menjadi simpati... Bersambung ..

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 11Salam.. Setelah satu malam skip tak update, seperti yang dijanjikan, sambungan dari episod yang lalu.. Sekadar imbasan semula, episod yang lalu, aku dah ceritakan bagaimana Danny menceritakan info tentang Freddie. Petang tu, Danny ceritakan segalanya pada aku. Pada asalnya, dia nak tunggu sampai aku OK sebab baru lepas kemalangan pada malam sebelumnya, tapi nampaknya Danny, dah tak dapat nak sabar. Dia nak semua persoalan aku terjawab, saat-saat yang aku tunggu selama ni. Danny pun cerita semula, bagaimana dia CSI semua ni, seorang diri pada pagi tu .

Info: Cerita imbas semula ni, adalah jalan cerita asal yang Danny ceritakan sendiri pada aku, tapi dialog yang aku masukkan ni hanyalah rekaan semata-mata sebab nak bagi korang senang faham. Penting untuk aku jelaskan di sini, hanya part dialog adalah rekaan, tetapi jalan cerita, adalah yang aku tulis berdasarkan pengalaman sebenar Danny. Kisah Danny bermula. Pagi tu, Danny masuk kerja seperti biasa, dengan berbekalkan teh tarik yang dibeli di kedai mamak tak berapa jauh dari pejabat, Danny duduk termenung di meja. Nak bekerja pun malas disebabkan fikiran asyik tertumpu pada peristiwa "ketawa bersama nenek" pada malam sebelumnya. Dalam hatinya berbisik, mungkin nenek tu ada mesej yang nak disampaikan. Hidupkah nenek tu?Atau dah mati kah? Kalau dah mati, mungkin ada urusannya di dunia yang belum selesai? Fikiran Danny buntu, sebab nenek tu, tak lagi menelefon seperti selalu, sebaliknya, memunculkan dirinya sekali-sekala. Pernah sekali, Danny pergi ke kedai mamak yang sama, untuk bungkus teh tarik. Kebiasaannya memang begitu, dah jadi habit. Tapi yang menjadi misteri, bila mamak tu tiba-tiba bertanya, You punya mother tidak bungkus air kah, asyik you saja? sambil ketawa mengusik Danny. Danny kebingungan, siapa pulak "mother" sedangkan Danny pergi ke situ, selalunya memang sorangsorang, kalau ada berteman pun, dengan kawan sepejabat, itu pun jarang sekali. Tetapi waktu tu, Danny biarkan je soalan mamak tu tak berjawab, kerana menyangkakan mamak tu mungkin bercakap dengan orang lain, ye lah, bukannya Danny sorang berada kat situ pada waktu tu. Entah kenapa, Danny teringat semula akan pertanyaan mamak tu, jangan-jangan mamak tu pernah nampak nenek tu jugak dan assumed nenek tu sebagai mak Danny. Tanpa buang masa, Danny bergegas pergi ke kedai mamak tu yang jaraknya memang tak jauh, jalan kaki pun boleh je sampai kurang dari lima minit. Setibanya di kedai mamak tu, mamak tu terus jerit, "Teh tarik bungkus siaaaappppppppppp..!!". Danny pun redha je lah walaupun sebenarnya tak nak order Sementara mamak tu tengah tarik-tarik teh tu, Danny cuba ajak sembang supaya tak nak gelabah sangat tetiba je tanya pasal ada nampak nenek ke tak. "Mamak... perasan tak nenek tua yang selalu dengan saya tu, pagi-pagi tu?" "Haaa, you punya nenek ke? Saya fikir you punya mother. Ha ha ha." " Pagi tadi ada nampak dia jugak ke?" "Lama sudah tiada nampak dia. You punya nenek balik kampung sudah ke?" "Oh....ha, a'ah dah balik kampung." Danny agak ragu-ragu nak jawab tapi sekarang dia dah tahu, nenek tu ikut jugak dia sampai ke situ. Dan mungkin... ikut sampai ke rumah jugak? Tak pasti. Teh tarik siap dan Danny kembali semula ke pejabat. Nekad untuk call semula pejabat Syarikat Kayu XYZ untuk kepastian, sekurang-kurangnya dia mungkin akan dapat info tentang Freddie. Sebelum dail nombor syarikat tu, Danny pandang telefon, agak lama. Danny cuba untuk bersedia dari segi

mental, risau sekiranya ada lagi perkara yang tak diduga akan berlaku. Dengan lafaz Bismillah, Danny dail nombor tu, dengan harapan akan dapat la info, sikit pun tak pe. "Hello, Syarikat Kayu XYZ, boleh saya bantu?" "Hello, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Freddie?" "Boleh saya tau nama Encik dan Encik dari mana?" "Saya Danny, saya cuma kawan lama dia." "Tunggu sebentar ya, saya sambungkan talian." Sewaktu menunggu talian disambungkan, hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya perasaan Danny ketika tu. Dalam beberapa saat, talian disambungkan dan seseorang bercakap di talian. "Hello, Andy speaking." Hello, I'm Danny ya. May I speak to Mr Freddie please?" "Mr Freddie? He's no longer working with us, Sir. Anything that I can help?" "I talked to the lady just now, she said she will transfer the line to Mr Freddie?" "Sorry Sir, salah dengar kot? Andy, not Freddie. Sorry ya?" "Erm, its okay. Thanks ya." Danny letak balik gagang telefon. Tapi beberapa minit kemudian, timbul pulak rasa menyesal sebab tak tanya pasal Freddie yang Andy cakap dah tak bekerja lagi tu. Haihhh.. Danny pun call balik, dan perempuan yang sama jawab call. "Hello Cik...Saya Danny yang buat panggilan tadi. Saya ada beberapa soalan, kalau Cik tak keberatan untuk bantu." "Ye, Encik, apa dia?" "Saya nak tanya, dekat syarikat ni pernah ada staff nama Freddie ke?" "Nama penuh?" "Saya tak pasti, saya cuma tau nama dia Freddie, erm.. Cina Hakka?" "Owh, kalau yang tu, ya memang Encik Freddie pernah bekerja di sini, tapi dah diberhentikan kerja." "Orang mana ye? Bila berhenti tu?" "Dah lama berhenti, Encik, dalam beberapa tahun. Dah lebih lima tahun rasanya." "Sekarang ni dia kerja di mana ye?" "Tu saya tak pasti, Encik."

"Diberhentikan sebab apa ye?" "Maaf, Encik, saya tak berani nak bagi info lebih sebab waktu tu saya baru lagi kat sini. Saya tak berapa pasti." "Ada contact number Freddie tak?" "Tak de dalam simpanan saya, Encik, maaf ye." "OKlah, tak pe ye.. Cik?" "Saya Laura." "OK , terima kasih ye Cik Laura. Saya cuma ada masalah peribadi sikit, saya cuma perlukan nombor Encik Freddie kalau ada." "Erm..masalah apa ye? Kalau berkenaan dengan hal syarikat, saya boleh sambungkan Encik dengan penyelia saya." "Boleh jugak, please? "OK, sebentar ya, Encik.." Bersambung..

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 12Info: Cerita imbas semula ni, adalah jalan cerita asal yang Danny ceritakan sendiri pada aku, tapi dialog yang aku masukkan ni hanyalah rekaan semata-mata sebab nak bagi korang senang faham. Penting untuk aku jelaskan di sini, hanya part dialog adalah rekaan, tetapi jalan cerita, adalah yang aku tulis berdasarkan pengalaman sebenar Danny. Sambungan ... Setelah menunggu beberapa saat, akhirnya Danny disambungkan dengan penyelia di situ, biarlah aku namakan penyelia tu sebagai Puan Nasha (kot-kot korang nak imagine Nasha Aziz pun boleh gak "Hello, Nasha speaking." "Hello! Selamat petang ye Puan, saya Danny." "Ya, Encik Danny, ada apa boleh saya bantu? Encik Danny buat panggilan daripada mana ye?" "Maaf ye Puan, saya cuma orang perseorangan, saya ada hal peribadi yang perlukan bantuan Puan, mungkin Puan dapat bantu?" "Ya? Teruskan..?" Danny menceritakan sepenuhnya kepada Puan Nasha, tentang apa yang berlaku dan bagaimana dia boleh link dengan nenek tua tu, dengan Freddie yang dikatakan bekas pekerja di syarikat tu, semuanya Danny ceritakan dengan serba ringkas untuk memudahkan Puan Nasha faham akan tujuan baik dia, )

hanya sekadar ingin tahu dan membantu. Pada mulanya Puan Nasha agak keberatan, sebab kisah tu dah berlalu agak lama, hampir enam tahun yang lalu tapi mungkin atas dasar simpati, Puan Nasha akhirnya mendedahkan bahawa Freddie memang pernah bekerja di syarikat tersebut. Pada awalnya Freddie hanyalah menjalankan praktikalnya saja di situ selama enam bulan, tetapi oleh sebab prestasinya yang baik, jadi Puan Nasha terus ambik Freddie bekerja di situ. Menurut Puan Nasha, Freddie seorang pekerja yang berdisiplin dan sepanjang dia bekerja di situ, tak pernah timbul apa-apa masalah serius, setakat masalah disiplin sikit-sikit macam datang lambat tu perkara biasalah, cuma jarang berlaku. Puan Nasha sendiri mengaku bahawa Freddie ni ada potensi, tambahan pulak dia orang memang tengah cari pengganti, siapa yang boleh jadi In-Charge Trainee yang akan menggantikan salah seorang staff dia orang yang dah nak berhenti. Tapi sayangnya, Freddie berhadapan dengan masalah misteri yang membuatkannya berubah sikap menjadi seorang yang tak fokus pada kerja. Pernah terjadi bila Freddie ni nak outstation, untuk attend meeting bersama client dari luar negara, semua plan jadi sia-sia bila Freddie tak muncul pada waktu yang sepatutnya dia hadir untuk presentation. Sejak dari peristiwa tu, surat amaran tentang disilpin dia dikeluarkan sebab sebelum tu bagi verbal warning je. Apa yang menambahkan misteri, pada hari yang sepatutnya dia hadir untuk presentation tu, dia sebenarnya berada di salah sebuah tanah perkuburan Cina, lepak kat situ macam orang tak siuman. Dengan baju kot, briefcase die, alat-alat untuk presentation dia, dia bawak ke situ dan buat presentation di situ. Orang ramai yang tengok dia, kehairanan. Menurut Freddie, dia sedar perbuatan dia tu, tapi dia macam tak dapat nak control diri dia. Dia ada ceritakan peristiwa tu pada Puan Nasha, tapi Puan Nasha beranggapan mungkin Freddie ni sengaja cipta alasan, ye lah kan, anak-anak muda katakan, masih nak enjoy. Memang waktu tu Freddie masih muda, awal 20an macam tu umur dia. Danny bertanyakan tentang kenapa Freddie diberhentikan. Puan Nasha ada mention jugak pasal masalah disiplin Freddie dan perangai pelik-pelik Freddie yang susah nak dijangka. Keadaan itu berlarutan dan makin jadi teruk bila dua orang staff perempuan (seorang staff HR dan seorang lagi clerk biasa) resign dengan notis 24 jam gara-gara tak tahan dan takut dengan Freddie yang kadangkala macam bukan dia, berubah suara seolah-olah ada sesuatu yang merasuk dia. Tapi, seringkali bila Freddie merepek tu, dia berbahasa Cina Hakka yang tak seorang pun dalam syarikat tu faham. Akhirnya Danny diberhentikan kerja untuk elakkan masalah lain pulak timbul. Tapi Freddie request untuk meletak jawatan secara sukarela, dia tak nak term "diberhentikan" tu digunapakai. Puan Nasha pulak timbul rasa simpati dalam hati dia, bila dapat tahu yang girlfriend Freddie yang berada di luar negara sebab tengah sambung belajar, meninggal dunia selepas terjatuh dari escalator (jatuh dari atas sampai ke bawah dan cedera teruk kat kepala). Freddie ni memang dalam perancangan nak kawin, tapi girlfriendnya tu meninggal dunia hanya beberapa hari selepas Freddie berhenti kerja. Puan Nasha nak bantu dari segi sokongan moral, tapi Freddie mengasingkan diri dan tak pernah lagi muncul sejak peristiwa tu.

Danny ambik langkah terakhir, untuk minta nombor telefon Freddie dari Puan Nasha. Sebab Danny percaya nenek tu ada kaitan dengan Freddie, Danny nak bantu atau bertanya pada Freddie sendiri. Puan Nasha sekali lagi keberatan, tapi akhirnya dia bagi jugak dengan syarat, apa-apa pun usaha Danny nanti, tak melibatkan nama syarikat tu. Bersambung ..

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 13Sambungan .. Bila aku dapat tahu tentang kisah Freddie yang kehilangan orang tersayang hanya selepas beberapa hari dia terpaksa berhenti kerja, aku rasa sedih, hati agak terguris. Mesti Freddie ni ada masalah dengan sesuatu yang menyebabkan dia jadi macam tu, lebih-lebih lagi dia bersikap pelik, sebelum awek dia meninggal lagi, jadi bukan faktor dia sedih atau apa-apa. Mungkinkah nenek tu yang jadi punca Freddie berubah daripada seorang pekerja komited kepada bermasalah? Aku ada bertanya pada Danny, sama ada dia dah cuba hubungi Freddie, Danny geleng kepala. Bila aku tanya kenapa tak contact lagi, dia jawab "Nak tunggu awak lah..". Owh, nak suruh aku cakap dengan Freddie ke apa ni? Sangat tak sesuai okay, since awak tu Cina Hakka, awak la paling sesuai nak call Freddie pun ->ayat ni just cakap dalam hati jeee "Saya cuba call dia sekarang, awak ready?" Danny pandang aku, lama. Tak tau nape satu perasaan yang lain pulak wujud dalam hati aku, OK, aku tau ni bukan Board Cinta, jadi skip bab ni tak hengat Danny pun daillah nombor tu, jawapan yang diterima, "The number that u've dial is currently not in service". Spontan aku dengan Danny ketawa sama, dah la standby bukan main lagi, last-last tak dapat dihubungi pulak. Gelak punya gelak, untuk kali kedua, nenek tua ketawa bersama-sama, dan aku spontan diam, tapi Danny masih lagi dengan tawanya. Bila Danny tengok aku diam, dia pun diam. "Why? You heard the same thing, macam malam tu?" Aku mengangguk dengan hati yang berdebar sangat, jangan-jangan nenek tu duduk semeja dengan kita orang "Macam ni la Sha...saya rasa mungkin nenek ni, nak kita cari Freddie. Mungkin ada sesuatu yang nak dia sampaikan?" "Nak cari Freddie macam mana? Ada nombor phone je, tu pun tak dapat call." "Mana tau cuma off phone ke? Currently not in service saja kan? Masih ada harapan lagi." .. Danny on loudspeaker, nak bagi aku dengar sama. Masing-masing muka serious

"OK..macam ni... saya send SMS, OK? Kalau delivered, kita call terus. Of coz ada delivery report kalau dia on phone kan?" cadang aku. Danny setuju. Aku send SMS pada Freddie, "Call me back. Urgent," itu je yg aku SMS tapi SMS Danny lebih dramatic . SMS Danny pada Freddie, "Hello I'm Danny, I think you need my help. Heard about you from an old woman that always call me and ask about you" - gigih gila SMS macam ni, tak pasal-pasal je kalau nenek tu yang baca. Ha ha. Danny tak de banyak sangat masa sebab dia perlu kembali ke pejabat. Danny hantar aku ke rumah dan pesan, kalau apa-apa jadi, tolong jangan panik. Aku cakap OK, aku cuba tapi aku tak berapa nak janji. Kalau dah panik tu, panik jugak kan. Aku balik ke rumah dengan perasaan yang berdebar. Asyik check bilalah agaknya SMS tu nak delivered, tapi sebaik je jam dah melebihi pukul sembilan malam, aku beranggapan mungkin Freddie dah tak pakai pun nombor tu, jangan-jangan dah tukar nombor dah pun, ye lah dah berlalu hampir enam tahun kan, kadang-kadang ada jenis orang yang memang suka bertukar nombor telefon. Aku je yang setia pakai nombor yang sama sejak aku ada handphone pertama waktu usia 17 tahun sampailah sekarang ni. Lepas tengok Buletin Utama, aku mandi. Lepas mandi je, aku terus lepak kat ruang tamu sambung tengok tv. Handphone pulak kat dalam bilik. Aku rasa dalam pukul 10 macam tu kot, baru aku ade tengok handphone, berderau darah aku bila tengok ada 3 missed call. Siapa pulak, Freddie ke? Aku tekan missed call tu, sah Freddie! Dan ada 1 SMS dari Danny, "Freddie call tak?". Aku call Danny balik, sebab aku tak biasa dan rasa sedikit takut nak call Freddie tengah-tengah malam macam ni. "Hello? Danny..?" Bersambung ...

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 14Sambungan ... Atas sebab rasa takut yang amat sangat, eh tak lah amat sangat, takut tahap biasa-biasa je, aku pun cuba hubungi Danny. "Hello? Danny?" "Assalamualaikum," Danny beri salam, perlilah tu. "OK, waalaikumussalam. Awak ada call Freddie, dia cakap ape eh? Ada info?" "Freddie ada call awak tak?" OK, aku memang paling benci soalan dijawab dengan soalan. Dah la memang tak dapat sabar dah, kau tanya aku balik pulak. Menurut Danny, Freedie memang ada call back beberapa minit selepas SMS yang kita orang hantar pada Freddie, delivered. Danny beritahu Freddie, kalau nak explain menerusi phone, agak rumit. Jadi, Danny ajak Freddie untuk jumpa, kalau Freddie tak keberatan. Freddie agak tertanya-tanya, atas alasan apa nak jumpa, Danny ada bagitau sikit-sikit tentang nenek tu.

Freddie terdiam, dia tak bertanya banyak, dia bersetuju. Danny beranggapan, mungkin Freddie dah dapat agak, apa sebenarnya yang bakal kita orang dedahkan pada dia, mungkin bersangkut paut dengan pengalaman Freddie sendiri jugak. Lepas dapatkan confirmation daripada aku, aku inform Danny aku free waktu malam je, aku pasti Danny atau Freddie, keduanya pun sama sebab dia orang pun kerja office hour, aku pulak dah tutup restoran selepas jam lapan malam (kalau tak de function), jadi elok je kalau nak buat appointment waktu malam, ye, malam keesokan harinya, lagi cepat lagi bagus, lagi cepat selesai masalah dan terungkai segala misteri. Tibanya malam seperti yang dijanjikan, Danny menjemput aku di rumah. Bukan sebab aku tak de transport, tapi dah dia offer satu kereta kan, aku setuju je, memandangkan sejak kebelakangan ni, sifat penakut tu semakin menjadi-jadi dalam diri aku. Sebelum ni, tak pernah pulak penakut sangat macam ni. Kebetulan pulak, malam tu Danny pakai t-shirt putih, aku pun begitu. Aku pandang seluar dia, seluar jeans biru. Bila aku pandang seluar aku, okay sama jeans biru. Ni drama spektra episod mana pulak nih, boleh tersama pulak baju. "Awak tadi, pakai baju warna lainkan sebenarnya?" Danny serkap jarang, banyak cantiklah muka kau. "Alah, kebetulan OK! Kalau awak nak saya tukar baju warna lain, boleh jeee.." "Eleh, kebetulan lah sangat. Awak nampak saya pakai baju putih, awak pun tukar. Patutlah lama bersiap," Danny dah mula gelak. Aku tak gelak langsung, bukan apa, aku takut kang ada pulak watak yang lagi satu tu, gelak sama. "Lama apa pulak...awak yang ambik saya awal 20 minit, saya belum bersiap lagi," best gak ah, kau nak sangat debat kan. "Awak bersiap cantik-cantik ni apsal?, nak try Freddie lah tu!" "Hei! Cakap elok sikit OK? Selipar saya ni OK je belum pernah tampar orang, kot awak nak merasa jadi orang pertama ke?" Danny ketawa lagi, dan untuk kali kedua, aku masih tak nak ketawa sama. Mata aku asyik menjeling ke belakang, mana la tau ada nenek berkebaya duduk kat seat belakang. Danny terus drive ke sebuah restoran, tempat yang akan menyaksikan pertemuan pertama kali kami bersama Freddie. Restoran ni agak sunyi, tak berapa ada orang sangat. Mungkin atas sebab tengah bulan kot, tambahan pulak waktu tu hujan renyai-renyai, mungkin orang pun prefer duduk rumah je. Aku leka dengan bahagian dalaman restoran tu yang dihias dengan rotan, nampak kreatif. Pada setiap meja, ada pulak lilin comel yang dihias cantik dengan bunga straw. Aku agak tersentak bila terpandang bunga straw tu, sebijik macam yang nenek tua bagi dalam mimpi aku. Ya! Allah, apa erti semua ni, kebetulan atau..? Danny mencuit bahu aku, dan mengarahkan aku ikut dia ke satu sudut. Rupanya Freddie dah call Danny, cakap dia dah sampai, dan kebetulan pula, Freddie pun sama pakai baju putih, tapi seluar dia coklat muda OK? Hi hi, aku tergelak sendiri, rasa lawak pulak, macam tengah berlakon filem.

Mula la fikiran aku melayang jauh.

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 15 Freddie.. bukan seperti yang aku bayangkan sebelum ni, seorang lelaki kurus, tak terurus dan nampak serabai kerana masalahnya yang dia hadapi - sangkaan aku meleset bila Freddie yang sebenarnya, adalah seorang lelaki yang nampak kemas dan... tak nampak ada masalah pun? Nampak raut wajahnya tenang je? OK, aku tau aku tak sepatutnya judge Freddie begitu, tapi bila melihat wajahnya untuk pertama kali, aku tak rasa dia ada masalah yang besar atau tekanan perasaan dan sebagainya. Aku tak nak bercerita panjang tentang bagaimana aku dan Danny menceritakan satu persatu, tentang pelbagai peristiwa yang kami hadapi sejak beberapa bulan, termasuk aku yang dah setahun lebih terganggu dengan panggilan nenek tua, sehingga mendesak aku untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya kami ceritakan satu persatu pada Freddie,tanpa ada satu pun fakta yang tertinggal. Sebab aku merasakan, Freddie berhak untuk tahu, dan aku tahu, Freddie jauh lebih tahu, apa puncanya semua kejadian ni berlaku. Freddie agak berat untuk berkata-kata, pada waktu tu, aku dapat lihat matanya mula berkaca, air mata nya bergenang tanpa dapat dibendung lagi. Aku dan Danny berpandangan, sehelai tisu aku hulurkan pada Freddie, aku tahu betapa segannya Freddie untuk menumpahkan air matanya di hadapan seorang wanita seperti aku. Eh! Tak nak guna perkataan wanitalah, macam dah tua sangat, replace dengan perkataan gadis OK? Aku dan Danny berpandangan, sehelai tisu aku hulurkan pada Freddie, aku tahu betapa segannya Freddie untuk menumpahkan air matanya di hadapan seorang gadis seperti aku. Suasana sepi seketika, aku kehilangan kata-kata. Aku tak tau apa yang harus aku buat. Tapi, atas dasar simpati, aku bagitau Freddie, kalau dia nak menangis, menangislah. Mungkin air mata tu akan dapat melegakan hatinya, tak salah untuk kita menangis, walau bergelar seorang lelaki sekalipun, itu tandanya kita bukan manusia yang ego. Sebaik saja aku cakap macam tu, Freddie menangis teresak-esak, satu situasi yang cukup pilu. Pipi aku terasa basah, tanpa disedari, aku menangis sama walaupun aku tak tahu apa sebabnya. Misteri mula terungkai apabila Freddie berkata, "Sayalah Freddie tu, saya akui saya banyak buat silap, tapi saya tak bermaksud nak kecewakan sesiapa."

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 16Nota : Kisah Freddie ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Freddie, yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Freddie, hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita. Kisah Freddie bermula .. Nama saya Freddie, saya menjalanani latihan praktikal di Syarikat Kayu XYZ selama enam bulan, dan selepas praktikal saya tamat, saya diambil bekerja sebagai pekerja tetap di situ. Saya tak pernah ada masalah, sehinggalah pada satu hari, saya dapat tahu, teman wanita saya berubah sikap secara tiba-tiba.

Mungkin atas sebab tinggal berjauhan, dia berubah. Dia dah mula meragui saya, sedangkan saya, tak pernah berubah laku, atau curang pada dia, walaupun hakikatnya saya ada peluang untuk berbuat begitu di belakang dia, tanpa pengetahuan dia. Saya sangat sayangkan dia, lebih dari saya sayang keluarga sendiri, sehingga saya pernah katakan pada dia, kalaulah hubungan ni tak direstui keluarga, saya sanggup buang keluarga daripada kehilangan dia. Ya, awak boleh kata saya bodoh, saya memang bodoh waktu tu, tak pernah menghargai keluarga. Saya hidup dalam dunia saya sendiri. Bagi saya, teman wanita saya adalah segalanya pada saya. Saya anak yatim piatu. Ibu saya dah lama meninggal dunia, sejak saya kecil lagi kerana sakit barah. Ayah saya pula meninggal dunia waktu usia saya 12 tahun, kerana kemalangan di tempat kerja. Saya dibesarkan oleh nenek saya, sejak saya berusia 12 tahun lagi sehinggalah saya habis sekolah, melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Semuanya dibiayai oleh nenek saya, yang hanya berpendapatan kecil, sekadar mengambil upah membuat kuih-muih dan nasi goreng yang dijual di salah sebuah kantin sekolah. Kami hidup serba sederhana, taklah terlalu daif sangat, sekurang-kurangnya nenek saya mampu menyediakan tempat berteduh, makan pakai yang cukup, walaupun tidak semewah orang lain. Nenek tak pernah sekalipun menentang kemahuan saya. Sejak saya kecil, kemahuan saya akan dipenuhi, dengan segala kudrat yang nenek ada. Saya bangga dengan nenek, saya sayangkan dia. Tapi semuanya berubah bila saya kenal teman wanita saya, Joana (sekadar nama samaran). Sejak hari pertama saya kenal Joana, saya sukakan dia. Bila saya berjaya memiliki dia, saya rasa amat bertuah, yang saya tak dapat nak gambarkan. Perasaan muda-mudi bercinta, saya rasa sesiapapun pasti pernah rasa. Lebih-lebih lagi, inilah cinta pertama saya, yang saya harap kekal hingga ke mati. Saya tahu, masih terlalu jauh untuk saya menjangkakan bagaimana penghujung hubungan kami, saya mendoakan hanya yang terbaik saja. Joana, bukanlah gadis biasa. Gadis cantik bergaya, hidup serba kemewahan. Ibunya mempunyai butik dan spa sendiri, bapanya pula pemilik syarikat guaman terkemuka. Boleh saya katakan, sehelai bajunya sahaja mungkin sama sahaja kosnya dengan perbelanjaan saya selama beberapa minggu. Saya sebagai lelaki, saya rasakan situasi itu, tak sepatutnya berlaku. Ego saya tinggi, saya rasa tercabar. Sebab tu, saya tak pernah dedahkan asal usul saya, yang berasal dari keluarga yang daif dan tidak seberapa. Bukan kerana saya hendak tunjuk saya bagus, tapi hakikatnya saya malu. Saya risau sekiranya saya tak layak untuk berdamping dengan dia. Tidak saya nafikan, Joana seorang yang agak mementingkan kebendaan, tak pernah sekalipun Joana bersama-sama saya menunggang motorsikal yag saya miliki, hanya kerana risaukan rambutnya kotor. Makan di warung biasa juga bukanlah satu kebiasaan buat Joana. Saya tak salahkan Joana, kerana dia membesar dengan kemewahan, bukan seperti saya. Pernah sekali nenek saya hendak melawat saya di kampus, tapi saya cuma katakan tak perlu. Bukan saya tak rindu pada nenek, tapi saya malu. Biarlah nenek di kampung saja, tak perlu kawan-kawan saya terutamanya Joana, untuk tau siapa nenek dalam hidup saya. Saya akan berterus-terang pada Joana tapi, bukan sekarang waktunya. Bila saya habis belajar, saya practical di tempat asal, kerana kemahuan nenek. Saya pernah tunjukkan gambar Joana pada nenek, tapi nenek seperti tak berkenan. Kata nenek, perempuan yang kahwin dengan lelaki, akan tinggal bersama suami, sanggupkah Joana bersama saya yang daif ni? Saya

beritahu nenek, saya boleh ubah semua tu. Saya akan cari kerja bagus, beli rumah besar untuk keselesaan, saya perlu masa untuk kumpul harta, tapi Joana tak perlu tahu ini semua. Nenek, cuma menggelengkan kepala. Bagi nenek, perempuan yang sanggup menerima saya walau dengan keadaan saya daif, adalah cinta yang lebih sejati. Saya tetap tak bersetuju dengan nenek, biarlah saya kumpul dulu kekayaan saya, untuk memiliki Joana.

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 17Nota : Kisah Freddie ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Freddie, yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Freddie, hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita. Pada satu hari, waktu tu saya dah mula bekerja tetap di situ, tanpa saya duga langsung, Joana senyapsenyap pergi ke tempat saya, mengunjungi rumah saya, hanya kerana nak bagi kejutan pada hari lahir saya. Kehadiran Joana amat tak dijangka, dan seperti yang saya dah agak, Joana terperanjat melihat keadaan rumah saya, jauh dari apa yang pernah saya ceritakan padanya. Saya rasa bersalah, Joana berasa tertipu. Salah saya, kalau saya berterus-terang dari awal, semuanya tak akan jadi begini. Joana bertindak lari dari situ tanpa sempat saya memberi penjelasan apa-apa, Joana langsung tidak mahu berbincang. Malam tu, Joana SMS saya, dia cakap dia rasa terhina. Kalau sejak awal lagi saya berterus terang padanya, dia akan cuba terima, tapi bukan dengan cara yang begini. Saya rasa bersalah, betapa bodohnya saya selama ni yang menyangkakan Joana tidak akan menerima saya sebagai teman, kerana cara hidup yang begini, tapi jangkaan saya meleset sama sekali. Beberapa hari fikiran saya buntu. Saya rasa amat tertekan sehingga banyak kerja saya terabai. Pada satu malam, saya bermimpikan mendiang ibu saya, yang berpesan supaya saya jangan sesekali abaikan nenek saya, dialah nyawa dan cahaya dalam hidup saya. Mimpi tu menghantui saya selama beberapa hari, mimpi yang serupa, sehinggakan saya kerap pergi ke kubur mendiang ibu saya, buat presentation kerja saya di situ, tanpa saya tahu apa sebabnya. Saya tak dapat kawal semua tu daripada berlaku. Hari demi hari, saya makin tertekan atas sikap Joana yang dah mula berubah, asyik mencari kesalahan saya, menuduh saya macam-macam tentang pelbagai perkara yang tak pernah saya buat. Atas kerana sayang saya pada Joana yang sangat menebal, saya dah jadi tak menentu apabila Joana bersikap dingin. Hal di tempat kerja pulak, makin terabai. Saya memang bodoh kerana jadi hamba cinta sampai begitu sekali. Keadaan menjadi semakin buruk, bila dua orang staff di tempat saya berhenti kerja secara tiba-tiba. Dia orang ada bagitau, tak tahan dengan saya yang berubah sikap dan kadang kala dirasuk sesuatu yang bersuara seperti wanita tua. Saya terpinga-pinga, saya tak faham semua ni. Tentang kejadian dirasuk, saya sendiri tak pasti apa puncanya, saya tak ada jawapan untuk itu. Untuk mengelakkan semua masalah berlarutan, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah ke Australia, kerana Joana melanjutkan pelajarannya di sana. Saya mahu berjumpa dengan Joana, hanya dengan satu niat, untuk melamar Joana. Saya akan datang pada Joana dengan diri saya yang sebenar, bukan lagi Freddie yang mewah seperti yang dikenali Joana selama ini. Saya nekad, jika Joana menolak lamaran saya, saya tidak akan berkata apa-apa lagi, untuk mendesak, jauh sekali. Beberapa hari sebelum saya meletak jawatan, Puan Nasha berterus terang pada saya, tentang notis

perlucutan jawatan saya atas sebab disiplin. Saya secara sukarela meletakkan jawatan, tanpa bertanya apa-apa. Saya kecewa, saya rasa semakin jauh dengan dunia yang sepatutnya saya berpijak sekarang. Saya tahu keputusan saya ini, bukan kehendak saya sepenuhnya, tapi kerana Joana, saya sanggup lakukan. Saya mahu buktikan pada Joana, betapa ikhlasnya niat saya untuk bersamanya. Dua hari selepas berhenti kerja, saya masih lagi keluar seperti biasa, berpura-pura ke pejabat, kerana nenek saya tak pernah tahu. Saya cuma tak nak dia risau, nenek dah tua. Saya mula menguruskan apa yang perlu, untuk ke Australia. Saya merancang untuk berada di sana dalam tiga hari, hanya untuk berjumpa dan melamar Joana. Tetapi, pada nenek, saya tidak pernah maklumkan. Saya cuma berpesan pada nenek, mungkin saya perlu outstation, kalau saya tak balik dalam dua atau tiga hari, jangan risau, saya cuma pergi outstation, tapi saya janji pada nenek, saya akan call dia selalu. Nenek pun percayakan saya, seperti selalu. Malam sebelum saya bertolak ke Australia, saya tidur agak lewat. Saya masih memikirkan apa ayat yang sesuai untuk melamar Joana nanti, saya dah mula tak keruan. Disebabkan saya rapat dengan Puan Nasha yang dah saya anggap macam keluarga sendiri, saya SMS dia, bagitau tentang perancangan saya nak melamar dan berkahwin. Saya mintak tolong dari Puan Nasha, sekiranya nenek saya ada call, tolong jangan bagitau yang saya dah pun tak bekerja di situ, saya takut nenek terkejut, dia dah tua. Saya berjanji pada Puan Nasha, saya akan explain pada nenek sebaik saja saya balik dari Australia nanti. Keesokkan harinya, saya bangun agak lewat. Kelam kabut kerana takut terlepas flight, panggilan nenek dari dapur tidak lagi saya hiraukan kerana bergegas untuk ke airport. Tanpa bersarapan dan mengambil bekal yang selalu nenek buat setiap pagi, saya terus melangkah keluar dari situ. Nenek menelefon saya sewaktu saya di dalam perjalanan. "Bekal tak bawa ke?Tengah hari nanti makan luar?" "Sorry Nek, dah lambat. Nanti kalau sempat saya balik makan, tapi tak payah tunggu." "OK, balik tengah hari nanti. Kau tu ada gastrik, jangan bagi nenek risau." Saya cuma cakap OK, itulah kali terakhir saya dengar suara nenek...ya, kali terakhir .. Bersambung... http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 18Sambungan .. Nota : Kisah Freddie ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Freddie, yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Freddie, hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita. Nenek menelefon saya, sewaktu saya di dalam perjalanan. "Bekal tak bawa ke?Tengah hari nanti makan luar?"

"Sorry Nek, dah lambat. Nanti kalau sempat saya balik makan, tapi tak payah tunggu." "OK, balik tengah hari nanti. Kau tu ada gastrik, jangan bagi nenek risau." Saya cuma cakap OK, itulah kali terakhir, saya dengar suara nenek...ya, kali terakhir. Saya terus memutuskan talian, hati saya sebak. Saya pandang telefon, agak lama. Hanya kerana saya tak sampai hati untuk menipu nenek, tapi saya tak sanggup untuk nenek tahu hal sebenar, saya bimbang nenek akan menghalang saya untuk ke Australia bagi menagih cinta seorang gadis yang belum tentu lagi akan menerima saya semula, setelah sekian lama saya penuhi segalanya dengan penipuan demi penipuan. Saya pasti Joana akan memaafkan saya, walaupun saya merasakan Joana tidak dapat hidup tanpa kemewahan, tapi saya akan pastikan Joana mampu lakukan, kerana cintanya pada saya, sebagaimana saya yang sanggup berkorban apa saja untuk dirinya. Saya sudahpun tamat pelajaran, saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya saya dapat berikan kemewahan pada Joana, bukan sekadar kebahagiaan semata. Saya tersenyum seorang diri, tanpa menyedari kereta yang saya pandu sudah pun berada di perkarangan lapangan terbang. Rakan baik saya, yang bekerja di lapangan terbang, saya hubungi, supaya dia dapat memandu kereta saya pulang ke rumahnya dan menjaga kereta saya selama saya di Australia. Lagipun, penerbangan yang saya naiki, bukanlah direct flight pun, saya akan transit terlebih dahulu ke Kuala Lumpur sebelum ke Australia. Mungkin saya akan ambil masa lebih daripada tiga hari seperti yang dijangka, semuanya bergantung pada keadaan. Saya akui perbelanjaan saya tidak seberapa, hinggakan saya terpaksa meminjam wang daripada sahabat karib, untuk meneruskan perjalanan saya ke Australia, sebuah tempat yang tidak pernah saya jejaki, hanya berpandukan pada alamat yang pernah Joana berikan pada saya, termasuk alamat tempat Joana melanjutkan pelajaran. Sebaik sahaja mendarat dan kaki saya baharu saja menjejak tanah Australia, telefon saya berdering. Nombor yang tertera ialah nombor milik Joana! Saya segera mengangkat telefon, namun suara di talian bukan suara Joana, tapi suara wanita lain! Siapakah dia? Apabila mendengar ayat-ayat wanita itu, hati saya menjadi remuk, perasaan semakin tidak menentu. Panggilan daripada telefon bimbit Joana, yang saya sangkakan gadis yang bakal saya lamar sebentar lagi, rupa-rupanya daripada teman rapat Joana, yang menghubungi saya hanya untuk memaklumkan bahawa Joana terlibat di dalam kemalangan. Joana terjatuh ketika menggunakan escalator di salah sebuah kompleks membeli belah, apa yang saya tahu, Joana cedera parah di bahagian kepala dan patah kedua belah tangannya. Saya maklumkan pada teman Joana, yang saya berada di Australia, baharu sahaja tiba kurang daripada sejam yang lalu. Teman Joana menghulurkan bantuan, tanpa saya minta. Setibanya saya di hospital, saya mendapat tahu bahawa saya kehilangan Joana. Saya kehilangan insan yang saya sayang, tanpa sempat saya ucapkan maaf padanya. Cincin yang saya belikan khas untuknya, yang harganya tidak seberapa, tidak semewah cincin lamaran orang berada, saya pandang sayu. Saya hanya mahukan Joana, saya hanya inginkan cincin ini tersarung di jari milik Joana. Saya bisikkan ke telinga Joana, saya sayangkan dia, saya akui kesilapan saya sepanjang saya bersamanya. Dan .. cincin itu, saya sarungkan ke jari Joana, yang telah kaku dan

biru. Telefon bimbit saya tiba-tiba berbunyi. Panggilan dari nenek tidak saya hiraukan, lagipun saya sudah memaklumkan pada nenek bahawa saya akan "outstation" selama beberapa hari, nenek tidak sepatutnya memperlakukan saya seperti kanak-kanak kecil yang perlu diingatkan selalu. Saya tertekan dengan semuanya. Selama tiga hari saya berada di Australia, saya menunggu kehadiran ibu-bapa Joana yang datang untuk membawa mendiang Joana pulang, mereka mahu Joana dikebumikan di tanah air. Saya tidak hairan kerana mereka lebih daripada mampu. Saya membantu apa yang patut, memberi sokongan moral. Saya turut hadir di majlis pengkebumian Joana, saya berasa puas kerana saya sentiasa berada bersama Joana, walaupun dengan jasadnya yang tidak lagi bernyawa. Selama beberapa hari saya di Australia, saya cuba menghubungi nenek namun panggilan saya langsung tidak berjawab. Saya mulai risau. Mungkin nenek merajuk pada saya? Timbul pula perasaan kesal, sudahlah saya kehilangan Joana tanpa sempat saya meminta maaf daripadanya, adakah saya bakal melakukan perkara yang serupa pada nenek pula? Saya memarahi diri sendiri. Tanpa berlengah, saya hubungi Puan Nasha. "Hello, boleh sambungkan pada Puan Nasha? Ni Freddie." "OK, sebentar ya." ... ... "Hello, Nasha speaking .." "Hello, Puan Nasha..." "Hah!....awak Freddie, elok sangatlah awak call ni." "Eh, kenapa?Ada hal apa-apa ke?" "Freddie, saya rasa elok awak berterus-terang je lah pada nenek awak yang awak dah tak bekerja kat sini." "Maaf, Puan, saya memang berniat nak bagitau. Tapi tunggu saya sampai rumah dulu." "Habis tu, awak di mana ni?" "Masih kat KLIA, saya memang flight hari ni, balik kampung hari ni." "Baguslah, nenek awak tu risau. Tiap-tiap hari telefon sini." "Habis tu Puan jawab ape?" "Nak jawab apa pula, nenek awak tak pandai cakap Melayu kan?" "Bila last nenek saya call?"

"Baruuuu je kejap ni ha, tanya bila awak nak balik kot? Tak baik awak buat cam tu kat dia." "Tapi, kalau nenek saya baru call office kejap tadi, kenapa saya call, nenek tak pernah jawab pun?" "Entah lah..merajuk kot? Hati orang tua Freddie...sensitif..awak kena faham tu." Saya terdiam, perasaan bersalah mula menguasai. Rupa-rupanya nenek tak pernah jemu menghubungi pejabat saya setiap hari. Sejak saya pergi ke Australia, tiada satu hari pun yang berlalu tanpa nenek bertanyakan tentang saya pada Puan Nasha. Risau betul nenek, nenek betul-betul mengambil berat. Kalaulah nenek tahu apa sebenarnya yang terjadi, nenek pasti kecewa. Tanpa saya sedar, air mata mulai bergenang. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Puan Nasha dan memutuskan talian, sekali lagi, saya cuba menghubungi nenek, tapi tiada jawapan. Saya resah, mudah-mudahan masa cepat berlalu kerana saya perlu berjumpa dengan nenek secepat mungkin. Sebaik sahaja tiba di halaman rumah, suasana menjadi begitu asing sekali. Saya keliru, rumah saya kah ini atau....? Mustahil dalam masa beberapa hari, saya lupa jalan pulang? Ya, memang sah ini rumah saya.Tetapi, hampir separuh rumah saya hangus dijilat api. Dada saya terasa sesak, saya seperti mahu pitam. Apa ertinya semua ini? Dunia saya menjadi gelap seketika, sayup kedengaran suara seseorang memanggil-manggil nama saya.. tetapi.. segalanya hitam. Bila saya sedar, hanya wajah-wajah jiran yang muncul di hadapan mata. Wajah nenek yang saya cari, tiada. Saya mula merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku. "Mana nenek saya? Kenapa rumah saya terbakar?Kenapa saya tak diberitahu langsung?" Soalan saya sepi, tanpa sesiapa pun sudi menjawab. Saya mula mengalirkan air mata, seperti anak kecil. Jiran saya, seorang bilal masjid, datang menghampiri, meletakkan tangannya di bahu saya. "Nak... Nenek kamu dah tiada.. Rumah kamu terbakar, pada hari yang sama kamu pegi outstation." "Bila pulak saya pegi outstation?? Saya cuma pergi jumpa Joana, Pak Cik!!" "Bertenang nak... Bertenang.." Perasaan marah menguasai diri saya. Saya terlupa bahawa saya sendiri yang memaklumkan kepada nenek, yang saya berada di pejabat dan kemungkinan akan outstation, dan kini hal itu, memakan diri saya sendiri. Saya menangis, saya baru sahaja kehilangan Joana. Saya tak dapat terima kalau saya terpaksa kehilangan nenek pula. Menurut pakcik tersebut, yang juga merupakan jiran saya, kali terakhir dia ternampak nenek, ialah sewaktu nenek berada di belakang rumah untuk menjemur pakaian. Nenek saya senyum, tanpa berkata apa-apa, kerana nenek langsung tidak tahu berbahasa Melayu, nenek saya hanya mampu berkomunikasi dalam bahasa Cina Hakka. Kebolehannya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, agak terhad. Pada hari yang sama saya dikatakan outstation (kerana saya pernah maklumkan pada jiran), rumah

saya terbakar pada sebelah malamnya akibat litar pintas. Kejadian yang berlaku pada lewat malam, menyebabkan kejadian itu tidak disedari. Semuanya sudah terlewat apabila api semakin marak, nenek saya terperangkap di dalam rumah, mayatnya tidak rentung kerana api sempat dipadamkan. Nenek dikatakan meninggal dunia akibat sesak nafas. Menurut jiran saya, nenek saya ditemui di bahagian bilik tidur. Nenek dipercayai sedang tidur ketika kebakaran berlaku. Paling menyayat hati, nenek meninggal dunia ketika tangannya masih memegang telefon, seolah-olah nenek cuba menghubungi saya sebelum tidur, mungkin kerana saya tidak menjawab panggilannya yang bertubi-tubi, nenek bosan dan akhirnya tertidur. Saya seperti diserang histeria apabila mengetahui kisah sebenar. Saya langsung tidak mahu percaya, menganggap ini semua hanya mimpi. Beberapa kali saya menampar diri saya sendiri, cepatlah bangun dari mimpi ngeri ini! Tapi, ini semua kenyataan yang saya harus terima. Tetapi.. bagi saya nenek masih hidup... kerana Puan Nasha sendiri mengakui nenek masih menghubungi pejabat bertanyakan tentang saya, pagi tadi... Mustahil nenek sudah mati beberapa hari lepas, bukankah baru pagi tadi nenek menelefon ke pejabat? Saya tersenyum... Bersambung... http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 19Sambungan ... Nota : Kisah Freddie ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Freddie, yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Freddie, hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita. Freddie hanya tersenyum apabila jiran memaklumkan tentang kematian nenek tersayangnya, di dalam hati terdetik rasa tidak percaya. Freddie nekad hendak membuktikan bahawa neneknya masih hidup, buktinya adalah Puan Nasha sendiri, yang menerima panggilan daripada nenek. Mungkin ada orang yang tidak senang padanya, membakar rumahnya dan menculik neneknya, mungkin? Pelbagai perkara terlintas di kepalanya. Apabila melihat Freddie yang seperti tidak keruan, selagi lagi jiran Freddie memaklumkan hal yang sama, dengan harapan agar Freddie cuba untuk menerima kenyataan, walaupun pahit. "Mustahil, Pak Cik. Bekas majikan saya kata, nenek baru je telefon ke pejabat pagi tadi bertanyakan tentang saya, dan sekarang, Pak Cik cakap nenek saya dah meninggal dunia beberapa hari lepas?" Freddie panas hati, terasa dirinya dipermainkan. " Pak Cik tak sampai hati nak, tapi kamu tau kan anak Pak Cik kerja sebagai wartawan? Anak Pak Cik sendiri yang ambil gambar mayat mendiang nenek kamu Freddie, kalau kamu tak percayakan Pak Cik, kamu percayalah laporan akhbar tu. Pak Cik kenal kamu sejak kecil lagi, perkara macam ni, Pak Cik tak main-main. Kamu tu dah macam anak Pak Cik sendiri." Getar suara jirannya kedengaran sayu. Walaupun jarang bertegur sapa dengan nenek tua itu atas sebab kesukaran berkomunikasi, tetapi baginya nenek tua itu baik hatinya, menghormati orang lain, dan sekali-sekala menghadirkan diri ke majlis keramaian sekiranya dijemput.

Sewaktu anak daranya berkahwin, nenek tua itulah yang bersungguh-sungguh membantu itu dan ini kerana majlis hanya di buat di kampung, kerahan tenaga nenek itu seperti membantu ahli keluarga sendiri. Hanya senyuman dan anggukan nenek tua itu setiap kali berjumpa sahaja sudah menunjukkan kelembutan hatinya. " Pak Cik rasa, elok lah kamu bertanya kepada Encik Wong (nama samaran), dialah yang menguruskan pengebumian nenek kamu Freddie, setelah tiga hari kami cari kamu, tapi tak pernah dapat. Baru kelmarin pengkebumian nenek kamu diteruskan saja, walaupun tanpa kamu. Bukan Pak Cik tak pernah hubungi, tapi kamu yang tak dapat dihubungi langsung. Pak Cik minta maaf, Pak Cik tau kamu kecewa. Marilah, Pak Cik temankan kamu pergi melawat kubur nenek kamu, dia dah pergi. Kamu perlu teruskan hidup, jangan macam ni Freddie," Jirannya, seorang lelaki yang sudah berumur itu, terus memujuk. Freddie terduduk. Menangis. Kekesalan yang amat, dia tahu tiada gunanya lagi, nenek telah pergi ... jauh .. ... ... Beberapa bulan kemudian ... Freddie telah menerima hakikat bahawa neneknya sudah tiada, sudah tiba masanya untuk Freddie, meneruskan kehidupannya. Tanpa Joana, tanpa nenek yang telah dianggap seperti ibu kandung. Air mata sering mengalir di pipinya, menyesali apa yang berlaku, membuatkannya nekad untuk terus bangun dan tidak lagi mengecewakan sesiapa. Freddie sedar, kemewahan tetap tidak mampu mengembalikan segalanya. Freddie membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat lain, ke tempat yang tiada sesiapapun mengenali dirinya, untuk memulakan hidup baru. Sebelum Freddie berpindah, Freddie sempat mengunjungi tempat kerja lamanya, hanya sekadar untuk bertanya khabar. Kedatangan Freddie ke situ setelah beberapa bulan menghilang, mengejutkan Puan Nasha. Tanpa berlengah, Puan Nasha terus bertanyakan khabar nenek Freddie. "Nenek saya dah meninggal Puan, meninggal sebab terperangkap dalam kebakaran," jelas Freddie. Puan Nasha hanya berkerut dahi, menggeleng kepala dan tersenyum. "Kamu ni Freddie, suka sangat bergurau. Hal-hal macam ni suka gak bergurau eh," kata Puan Nasha. Freddie hairan, raut wajahnya memohon penjelasan. "Nenek kamu tu, masih lagi telefon sini Freddie. Maaflah kalau awak tersinggung, tapi saya rasa agak terganggu, sebab tu saya terpaksa tukar nombor telefon ni, walaupun sukar kerana terpaksa maklumkan dengan semua client, tapi nampaknya macam saya tiada pilihan lain. Kalau nak disekat pun panggilan nenek awak tu, banyak pula prosedurnya," kata Puan Nasha, selamba. " Puan, bila kali terakhir nenek saya call?" "Herm, bulan lepas kot? Nombor baru ni pun baru kami tukar dalam bulan ni." "Mustahil....mungkin orang lain tak?" "Taklah, nenek tu memang ada sebut nama awak tiap kali dia call."

"Mustahil Puan... nenek saya dah meninggal, kalau Puan tak percaya, Puan boleh ikut saya, saya bawa Puan pergi ke kubur nenek saya. Ataupun kalau Puan takde masa, bila-bila saya free nanti, saya boleh fax pada Puan, sijil kematian nenek saya." Kali ini, Puan Nasha pula yang terpinga-pinga. Persoalan misteri itu masih tidak berjawab, sehinggalah pada hari Freddie berpindah ke tempat baru, persoalan itu masih tinggal misteri, tanpa jawapan. Kisah Freddie tamat di situ .. Aku yang mendengar cerita dia, bukan lagi bergenang air mata, tapi sudah teresak-esak menangis. Hati aku cukup tersentuh dengan pengalaman yang dilalui Freddie. Menurut Freddie, dia memang sudah tidak menetap di sini, tapi kerana terlalu rindukan neneknya, dia pulang menziarahi kubur dan juga menjenguk jirannya yang sudah beberapa tahun ditinggalkan. Freddie dah apply cuti untuk habiskan cuti yang dia belum claim, sebelum masuk ke tahun baru 2010. Sewaktu aku dan Danny berjumpa Freddie, waktu tu penghujung tahun 2009, dan nenek Freddie sebenarnya telah meninggal dunia pada tahun 2001, sewaktu Freddie berusia 24 tahun. Kini, Freddie sudah pun berkeluarga dan isterinya sedang mengandungkan anak kedua. Anak sulung Freddie, diberikan nama yang serupa dengan mendiang neneknya, atas rasa kasih yang masih menebal. Namun kepulangannya kali ini, tidak bertemankan isteri kerana isterinya juga bekerja, sebagai seorang tukang masak di salah sebuah sekolah berasrama. Freddie pulang seorang diri. Freddie agak terperanjat apabila menerima SMS daripada aku dan Danny, yang memaklumkan tentang neneknya. Aku ada bertanyakan tentang nombor Freddie yang tidak dapat dihubungi pada awalnya. Menurut Freddie, nombor lamanya tidak lagi digunakan sebagai nombor utama, sebab dia ada satu lagi nombor. Tetapi nombor lama masih lagi disimpan, sebab nombor tu antara kenangan dia bersama mendiang Joana, dibelikan oleh mendiang Joana untuknya, kira macam nombor couple gitulah, nombor yang seakan-akan sama. Nombor yang lama tu hanya dia on dua atau tiga hari sekali je, kadang-kadang nak check kot-kot ada SMS dari kawan-kawan lama yang dia tak pernah maklumkan tentang pertukaran nombor. Kadangkadang on SIM-card tu pun hanya sekadar suka-suka, kerana SMS-sms Joana masih lagi disimpannya dalam SIM-card tu. Freddie tergelak kecil bila Danny usik,Isteri tak tau ke?. Freddie cakap,tak, dia pun gelak sama. Tanpa kita orang sedar, jam sudahpun menunjukkan hampir pukul satu pagi, aku pulak asyik menguap je sebab aku tak biasa tido lewat. Itu serba sedikit cerita dari pihak Freddie. Update yang seterusnya, aku akan ceritakan siapakah "nenek" yang selalu call kita orang. Adakah nenek Freddie tu sebenarnya belum meninggal? Adakah semuanya kebetulan atau cross line sahaja? Bersambung .. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 20Sambungan ...

Siri yang lepas kita dah dapat tahu bagaimana Freddie kehilangan neneknya yang tersayang, satusatunya ahli keluarga terdekatnya yang masih ada. Tak dinafikan, kisah Freddie yang menyayat hati, umpama babak yang berlaku dalam filem semata, tapi hakikatnya ia berlaku jugak dalam dunia nyata, yang aku alami sendiri. Kadang-kadang bila difikirkan, aku rasa nak keluar dari "filem" ni, aku tak nak lagi jadi "watak" dalam filem yang aku tak pasti apa kesudahannya ketika itu. Pada waktu tu, satu je yang terlintas di fikiran aku, mungkin kerana kasih sayangnya begitu menebal pada Freddie, hingga perginya meninggalkan kesan. Kesan kasih sayang yang abadi. Aku tahu, sebagai seorang Islam, apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah ia dari urusan dunia. Tak mungkin mendiang nenek Freddie ada kelebihan itu sampai boleh telefon pulak bila dah meninggal. Ya, secara logik. Tapi jika difikir secara logik gak, aku seakan-akan tiada jawapan. Kalau nak biarkan semuanya tak terjawab, tinggal misteri, hati aku ni pulak seolah-olah digaru-garu untuk mencari jawapan (ayat tak bleh blah .. )

Beberapa hari selepas kenal dengan Freddie dan mendengar cerita dari pihak dia, aku dan Danny agak puas hatilah jugak, at least persoalan tu dah terjawab. Walaupun tak terjawab sepenuhnya, aku redha je. Nak menyiasat lebih-lebihpun, banyak mana sangatlah masa yang kita orang ada, aku sendiri sibuk, Danny pun sama gak. Freddie pulak, dah berkeluarga dan dah ada anak, kerjaya sendiri, tak de masa kot nak fikir lebih-lebih tentang call nenek tu. Aku percaya, Freddie sendiri mesti teringin nak cakap dengan nenek tu, since nenek tu asyik call tempat kerja aku dan Danny, tapi nenek tu tak pernah sekali pun call Freddie. Tertanya-tanya jugak, kenapa agaknya. Masih jugak tak terfikir apakah jawapan kepada semua persoalan ni. Minggu demi minggu berlalu, pada satu hari, sekali lagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon, dari nenek tu lagi. Siot je, aku baru nak lupakan tentang dia, dia call lagi. Aku boleh pulak jawab call tu macam biasa, dah tak de berdebar sangat pun, dah terbiasa kot, tak macam dulu. Nenek tu, masih lagi ulang soalan yang sama, dengan nada yang sama. Aku sedih, sampai bila agaknya nenek ni nak cari Freddie. Kalau nenek masih hidup, pulanglah... kembalilah ke pangkuan Freddie nek, dia rindu.. hatiku berbisik. Tapi, hampa.. bila nenek ni masih lagi call, seperti kebiasaannya. Aku buntu. Hal ni, aku rahsiakan dari pengetahuan Danny, tak tau kenapa. Mungkin sebab aku tak nak dia risau, atau pun mungkin sebab aku sendiri dah tak berminat nak cari siapakah nenek ni sebenarnya. Panggilan telefon misteri ni mengganggu tumpuan aku selama beberapa hari, aku macam orang yang tak de semangat nak kerja. Fikiran aku asyik ke situ. Sedangkan orang lain, maksud aku staff aku yang lain, yang pernah gak berkomunikasi dengan nenek ni, tak pulak ambik peduli. Tapi, kenapa aku, seolah-olah ada perasaan yang lain. Mungkin sebab aku rindu kasih seorang ibu, aku tiba-tiba teringat pada arwah mak aku yang dah lama pergi. Apa perasaan aku agaknya, kalau aku tau, arwah mak aku call seseorang, untuk cari aku? Mesti rasa terkejut, tak percaya dan sebak kan? Mungkin itu yang Freddie rasa sekarang ni. Berat mata memandang kata orang, berat lagi bahu yang memikul. Hari-hari yang aku lalui tidak lagi menakutkan, malah panggilan telefon dari nenek tu pulak yang aku tunggu-tunggu hingga jadi usikan semua staff. " Panggil Aishah kejap, nenek dia call," ayat yang dah biasa aku dengar saban hari.

Hinggalah pada satu hari, berlaku satu perkara yang berada di luar jangkaan aku. Aku rasa kalau aku ni ada sakit jantung, memang dah rebah kot. Nak dijadikan cerita, pada satu hari ni, nenek ni call seperti biasa. Tetapi apa yang memeranjatkan aku, bila nenek ni tiba-tiba menjerit seolah-olah tengah bergaduh dengan seseorang, aku agak bunyinya macam dia tengah berebut telefon dengan seseorang. Aku pulak macam orang hilang akal, bingung dengan situasi tu. Eh! Nenek ni bergaduh dengan sapa pulak dalam kubur ni wei? .

Waktu aku tengah tak keruan tu, tiba-tiba orang yang tengah bergaduh dengan nenek tu berjaya pulak merampas telefon tu, dan mula bercakap dengan aku, tapi masih menggunakan bahasa Cina Hakka. Aku mulai pening, ni drama episod apa pulak nih?! "Sorry, I don't speak Chinese," kata aku cepat-cepat dengan harapan supaya dia jawab, janganlah ko letak telefon dulu, sempat lagik nih aku berdoa bagai. Waktu aku mula bercakap dengan orang tu, kedengaran suara nenek tua tu marah-marah kat belakang, macam nak rampas balik telefon tu, dengan gigih sekali. Comel pulak, serius comel. "Haaa...sorry sorry, ini siapa ya? Ini mana tempat ya?" "Saya Aishah. Ini restoran. Boleh I tahu you siapa, nenek tua tadi your mother ke?" "Hooo...bukan..bukan.. my grandma. Sorry amoi, nenek saya ni nyanyuk sudah. Memang selalu kacau orang, telefon sana sini saja." "You dari mana ni? Boleh I tahu?" Orang tu pun explain dia kat mana (sorry tak leh reveal nama tempat due to privacy). "You ni betul-betul orang ke apa ni?" soalan bodo pulak keluar, aku tepuk dahi sendiri. "What do you mean ya?" "Erm, sorry Sir, sorry. I didn't mean to be rude here but.. erm,boleh I jumpa you? Jumpa your grandma?" "You siapa ya? You kenal kita ke? You kenal my grandma?" "I tak kenal you, tapi your grandma selalu call sini, sepanjang tahun. Ni baru first time I dengar suara you, I nak tau grandma you siapa, dia cari Freddie ke?" "Tidak la amoi... My grandma ni memang nyanyuk sudah, since few years ago asyik cakap pasal Freddie. Siapa Freddie tu pun kita tak tau." Aku tersenyum sendiri je waktu dia bahasakan dirinya sebagai "kita", sounds cute pulak "You tak de keluarga nama Freddie ke? Your grandma memang selalu call, cari Freddie." "Tak ade la. Kita memang tak de family yang nama Freddie. My grandma nyanyuk, biasa la mungkin dia tengok cerita tv ada Freddie, ha ha."

Eh! Cepat pulak mesra si cucu nenek nih

..

"Boleh I jumpa you? I rasa I patut bincanglah." "Bincang apa ya?" "Tentang grandma you.. .tentang Freddie.. herm, I susah nak explain through phone, but I betul-betul perlu jumpa you." "You boleh tinggalkan contact number you? You siapa nama ye?" "Aishah." "Air Asia??" "Aishah la... aiyoo... " "Ooo OK, OK" dia gelak lagi. "Nama you siapa?" aku tanya. "Nama kita ke?" Adoiii! Cute betol. "Ye lah, nama you." "Just call me Kenny." Lepas bertukar nombor telefon, tanpa buang masa, aku call Danny pulak. "Danny, awak free tak malam ni? Jumpa nak? Please, ada perkara penting nak bagitau awak." "Nak melamar ke apa ni?" Sumpah tak lawak okay. "Jangan melawak OK. Ni pasal nenek tu, saya dah dapat dah orang yang ada related dengan dia." "Maksud awak?" "Jangan banyak tanya la, nak jumpa ke tak? Malam ni eh, free kan?" "OK, anything for you sweetheart." Aku terkedu.

Bersambung...

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1

21Sambungan .. Aku terkedu mendengar ungkapan itu, sweetheart? Bukannya aku tak merasakan sesuatu yang lain dalam perasaan aku pada Danny, tapi entahlah, kadang-kadang aku rasa Danny treat aku seperti kawan saja, kadangkala, lebih daripada itu. Atau, mungkinkah aku yang perasan lebih kot, kadang-kadang ada ketika dan waktunya bila seorang lelaki beri perhatian yang lebih, disalah anggap sebagai menyimpan perasaan dan sebagainya, dan aku tak naklah termasuk dalam golongan yang salah anggap tu. Aku buang jauh perasaan tu, mungkin hanya gurauan dari Danny je, bukannya dia tak pernah panggil aku sayang di saat aku marah, tapi semuanya mungkin hanya sekadar gurauan. Aku selesa berkawan dengan dia. Danny seorang yang tak pentingkan diri dan sentiasa memberi keutamaan pada orang yang lebih memerlukan. Jiwanya sensitif, ya. Kadang-kadang mudah tersentuh. Mungkin pengalaman yang dilalui membuatkan hatinya begitu. Seperti yang dijanjikan, Danny menjemput aku di rumah. Kali ni, baju tak sama warna seperti dalam cerita aku yang sebelumnya. Danny agak lewat daripada waktu yang dijanjikan, singgah isi minyak kereta katanya. Danny yang aku kenal, adalah seorang yang suka mengusik dan sukar untuk melihat mulutnya tu berhenti bercakap, macam bertih goreng bak kata orang. Tapi pada malam tu, Danny agak berbeza. Dia diam. PMS ke apa budak nih, aku pulak yang rasa tak selesa, sebab aku tak tau macamana nak mulakan perbualan dengan Danny, yang hanya membisu. Danny berhenti memandu dan parking kat tepi jalan. Aku sedikit takut, dah membayangkan yang bukan-bukan. "Just nak inform awak, tapi...jangan panic ya, please?" Danny memecah sunyi. Aku agak tertanya-tanya kenapa Danny macam ni, ini betul Danny ke atau.. ahh sudah, perkara lain pulak terbayang dalam kepala otak aku nih. "Sha, tadi" Danny agak sukar untuk meneruskan. "Awak cakap je kalau awak rasa awak perlu bagitau, tapi.. kalau awak nak simpan as privacy, saya faham. Awak tak perlu beritahu apa-apa, Ok? " aku cuba untuk redakan diri dia, yang nampak sedikit tak tentu arah. "Tadi saya nampak nenek berkebaya tu, duduk kat belakang," kata-kata Danny macam halilintar je, telinga aku rasa berdesing. Danny tak menoleh ke arah aku, dan tak jugak menoleh ke belakang, cuma pandangannya terus ke depaaann je, bulu roma aku meremang. Perlahan-lahan, aku cuba melirik ke belakang. Tak tau kenapa aku macam berani sangatlah konon, tapi bukankah bila kita takut, kita memang selalu check apa yang ada di belakang kita kan? Inilah yang berlaku pada aku. Mula-mula, aku langsung tak nak toleh. "Masih ada lagi ke err...dia kat belakang ni?" tanyaku pada Danny.

Aku tak tau la nape aku ni jenis suka betul tanya soalan tak kena tempat. Danny mengangguk dan melihat aku dengan menggunakan ekor matanya je, tapi langsung belom bergerak sangat. Aku menahan tangis. Dengan perasaan takut-takut berani, aku pusing kepala ke belakang....perlahan ya ampun, takutnya aku hanya Tuhan yang tahu. Tapi....apa yang aku lihat adalah.....teddy bear sederhana besar tengah duduk kat seat belakang, yang tengah pegang kad besar bertulis.. "Aishah..I never say I Love U, but I do.. -Danny- " Aku kehilangan kata-kata. Marah, geram, gembira, malu bercampur-baur. Lepas baca ayat pada kad tu, aku pandang ke depan semula. Secara jujur, aku tak tau nak cakap apa, tindakan Danny terlalu mengejutkan, dan macam mana pulak aku boleh tak perasan dari awal, teddy tu memang ada kat belakang, aku pun tak tau. Danny diam. Aku pun sama. Agak lama. "Kenapa tak nak gelak? Takut nenek gelak sama ke?" Danny dah mula balik perangai dia. "Ohhoo, April Fool dah lepas okay, tak lawak!" aku cuba nak cover perasaan gugup. "Saya suka buat lawak, tapi rasanyaaa..belum pernah menipu lagi.. he he he!" Danny hanya senyum. Danny mula memandu balik, selepas hampir 20 minit berhenti kat tepi jalan. Waktu Danny tengah memandu, aku cuba melihat ke belakang seat, niat asal, nak tengok teddy tu sekali lagi. Nak menoleh ke belakang, segan pulak. So, curi-curilah tengok dari cermin. Terkejut besar aku bila melihat kelibat nenek berkebaya duduk di belakang, senyum pada aku! Aku terperanjat lalu menjerit sekuat hati. Tanpa aku sedar, aku hilang kawalan dan sekali lagi, aku kemalangan hanya kerana Danny tak dapat kawal kereta, bukan sebab dia panic, tapi sebab aku yang pegang stereng kereta dan pusing ke arah kanan, aku tak tau kenapa aku buat macam tu, panic punya pasal. Kereta yang Danny pandu, merempuh sebuah motorsikal dan sebuah kereta CRV milik orang Brunei. Waktu ni, Danny dah berdarah hidung dia, tapi masih OK. Aku pulak tak tau apa yang berlaku sebab aku pengsan tak lama selepas tu.. ... ... Aku buka mata perlahan-lahan. Tengok keadaan sekeliling, aku kat wad rupanya. Cuba gerakkan tangan dan kaki aku, mana tau kot-kot patah ke apa. Lega, sebab OK je boleh gerak lagi. Check kepala pulak, tak berbalut. Aku cuba ingat balik apa yang berlaku, bayangan nenek tu terlintas di fikiran, aku menjerit dan kami kemalangan. Huh, masih ingat! Fuhhh maksudnya tak le aku ilang ingatan kan? Aku cuba bangun, tapi rasa nak pitam. Tak jadi, aku baring balik. Aku sorang je dalam wad, mana pulak family aku nih, tak de jenguk langsung ke? Dia orang dah tau ke tak ni? Aku belek baju aku, baju hospital. Jangan-jangan aku dah kat sini selama beberapa hari? Tapi tak mungkinlah kot, bukannya cedera parah sangat pun aku ni sampai amik masa beberapa hari nak bangun.

Tiba-tiba darahku berderau, Danny mana? Hidup ke dia? Selamat ke? Atau...? Aku tak sanggup fikir banyak. Aku panjangkan leher nak jenguk-jenguk katil sebelah, ada banyak lagi katil dalam wad tu aku rasa, tapi semuanya dipisahkan dengan kain biru. Nak selak, tak larat lak nak bangun. Tapi keadaan yang sunyi sepi tu meyakinkan aku, yang aku hanya seorang je dalam wad tu. Tekak terasa haus sangat macam dah lama tak minum air. Aku pejam mata, tunggu-tunggu je lah, nanti mesti ada nurse datang jenguk. Tiba-tiba tangan aku dipaut oleh seseorang, aku nak buka mata, tapi...tak mampu. Sedaya upaya aku nak buka mata, tapi tak jugak dapat. Tangan yang memaut tadi, makin erat, membantu aku untuk bangun dan aku rasa bibir aku seperti disuap sesuatu, basah. Air! Aku teguk sampai habis sebab aku haus sangat. Lepas selesai minum, baru aku dapat buka mata. Di luar jangkaan, sekali lagi, nenek berkebaya tersenyum pada aku, sambil memegang gelas yang airnya dah habis aku minum. Aku tak dapat buat apa-apa, kecuali melihat nenek tu yang hanya senyum dan perlahan-lahan hilang.. Aku terjaga, rupa-rupanya dah hampir 16 jam aku tak sedarkan diri. Waktu aku terjaga tu, keluarga aku memang dah ada di sisi. Semua terkejut melihat aku bangun macam bangun dari tido biasa je. Aku terpinga-pinga gak, nenek tadi tu datang dalam mimpi je ke atau betul-betul, aku tak pasti. Keluarga aku semua ada kat situ, dan beberapa orang rakan pun ada, tapi, aku tak nampak langsung wajah Danny. Aku menoleh pada abang aku,"Danny OK ke? Dia kat mana sekarang?" Abang aku memandang aku lama, aku menanti jawapan dengan penuh sabar.. Bersambung.. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 22Sambungan .. Hati aku agak resah, aku bersedia dengan apa saja kemungkinan, aku redha sekiranya apa-apa berlaku pada Danny. Belum sempat fikiran aku melayang dengan lebih jauh, aku rasa kepala aku kena ketuk dengan sesuatu. "Hoi! Tak de nye hero mati, hidup lagi kat luar tu ha, siap makan pop-corn." Binawe punya abang, macam tu dia jawab aku . Rupa-rupanya Danny cedera ringan je, tak masuk wad pun, sekadar pesakit luar. Aku je yang risau lebih-lebih pulak. Disebabkan kemalangan tu, keluarga aku dah tau tentang aku dan Danny, melalui patung teddy yang dikutip dari kawasan kemalangan. Nasib baik tak de mati ke cedera parah ke apa, cuma penunggang motorsikal tu retak bahagian kaki dan dah disimen, pun dirawat sebagai pesakit luar jugak. Seperti yang salah sorang forummer kat sini ada menulis, bahaya jugak kan kalau aku panic, ya memang betul. Aku ni kalau panic, aku akan buat tindakan melulu, tindakan bodoh pun ya jugak, tak

aku nafikan langsung. Sebab tu, kalau nak inform sesuatu yang mungkin mengejutkan, eloklah jangan dalam kereta ke apa, kang tak pasal-pasal accident. Wajah nenek tua yang tersenyum tu terbayang semula di mata aku. Sehinggakan aku fobia, beberapa hari lepas tu aku cuba elak nak tengok cermin. Aku takut peristiwa sama berulang. Sewaktu drive pun, aku sedaya upaya tak nak guna cermin tapi mustahil kan, memang perlu pandang jugak. Nasib baik lah lepas tu nenek tu dah tak muncul lagi. Lega. Oh!Ya, berbalik pada kisah Kenny, temujanji kita orang bersama Kenny dibatalkan sebab kita orang accident. Bukan la batal sebenarnya, just tunda ke hari lain je. Danny melawat aku tidak lama selepas keluarga aku pulang. Tanpa berkata apa-apa, Danny cuma tunduk diam, kerana menyangkakan aku mengamuk sebab luahan perasaan dia tu, tapi aku jelaskan perkara sebenar, apa yang aku nampak sebelum kemalangan tu. Danny berkerut dahi. Di wajahnya nampak kesal, tak sangka pulak gurauan tu betul-betul terjadi. Mungkin nenek tu dah pun ikut sejak dia berangkat dari rumah lagi, who knows? Beberapa hari kemudian, aku dan Danny berjaya jumpa Kenny, di salah sebuah restoran Melayu yang berdekatan dengan tempat kerja aku. Pada malam tu, aku dan Danny menceritakan apa yang telah berlaku, apa kaitan panggilan telefon nenek dia dan Freddie, kami ceritakan sepenuhnya tanpa ada satu fakta pun yang tertinggal. Kenny yang pada awalnya kelihatan agak nakal dan tak habis-habis mengusik aku, berubah menjadi serius bila mendengar perkara sebenar. Inilah cerita yang kami dengar dari pihak Kenny. Nota : Kisah Kenny ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Kenny, yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Kenny hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita. Hello, nama saya Kenny. Saya berusia 22 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian di luar negara. Dah lama saya tak balik ke kampung halaman, inilah saat yang paling saya tunggu sejak sekian lama. Saya menetap di luar negara selama empat tahun dan kini pulang dengan segulung ijazah. Ijazah? OK, tipu. Diploma sahaja, ha ha! Saya sempat bercuti ke beberapa tempat, sebelum pulang berehat ke kampung halaman untuk aktiviti menganggur pulak. Saya tak nak kerja terus. Sudah empat tahun saya rasa otak terbeban, tiba-tiba nak kerja pulak, takkan lah kot? Selepas discuss dengan ayah saya dan dia pun bersetuju, jadi saya pun berehat atau dengan erti kata lain, menganggur selama tiga bulan sebelum saya amik keputusan nak cari kerja di manamana. Apa yang penting, saya nak rehat puas-puas dulu. Bila sampai ke kampung, dan mula menetap semula dengan keluarga, saya dapat rasakan sesuatu yang ganjil pada nenek saya (ibu kepada ayah saya), yang berkelakuan pelik setiap hari. Ayah cakap, nenek saya tu dah nyanyuk, ye lah kan, umur pun dah hampir mencecah 90 tahun. Alah, sebelum saya pergi ke luar negara pun, nenek dah mula tunjuk tanda-tanda nyanyuk dia tu, tapi tak lah seteruk sekarang, macam perangai budak-budak pun, ye jugak. Saya akui, saya ni agak nakal dan bila saya bosan, mulalah saya mencari sesuatu untuk diexplore. Lebih-lebih lagi saya anak tunggal, ibu saya pula dah berkahwin lain selepas bercerai dengan ayah saya. Hanya saya, ayah dan nenek tinggal di rumah, kadang-kala ditemani oleh keluarga ibu saudara saya yang tinggal hanya di rumah sebelah.

Pada satu hari, saya terdengar suara nenek seperti bercakap dengan seseorang. Macam bercakap dalam telefon je lagaknya, tapi dengan siapa? Saya curi-curi mendengar dari luar bilik. Bilik nenek saya, langsung tak de pintu sebab ayah saya dah cabut pintu tu sejak beberapa tahun lepas, risau jika nenek mengunci dirinya dari dalam. Saya dengar perbualan tu, agak lama. Nenek seolaholah bertanyakan tentang seseorang dan saya ada mendengar nama Freddie disebut-sebut. Siapa pula Freddie ni, kekasih lama ke? Hati nakal saya berbisik. Saya biarkan je nenek macam tu. Pada sebelah malamnya, selepas makan malam dan sewaktu saya dengan ayah lepak kat luar, minum teh dan hisap rokok, saya bertanya kepada ayah tentang nenek. Menurut cerita ayah, nenek dah mula nyanyuk sejak saya di sekolah menengah lagi. Waktu tu, tak berapa ketara, cuma perubahan sikit saja. Tapi sekarang, perangai nenek semakin pelik, semakin kerap bercakap yang bukan-bukan. Walau bagaimana pun, ayah menganggap itu hanya perkara biasa bagi seorang tua yang nyanyuk. Saya hanya mendengar cerita ayah tanpa syak yang bukan-bukan. Saya ada juga bertanyakan tentang telefon rumah, nenek tak boleh berenggang langsung dengan telefon tu. Menurut ayah, nenek tak de telefon sesiapa sebab dah beberapa tahun nenek macam tu, bil telefon tak de jugak rekod mana-mana nombor yang tak dikenali. Semua panggilan telefon yang direkod, adalah panggilan yang dibuat oleh ayah saya sendiri. Jadi, ayah beranggapan bahawa nenek cuma bercakap seorang diri dengan telefon tu, bukan dengan sesiapa. Pernah sekali, nenek langsung tak nak makan, tak nak keluar bilik, tak mandi, sebaliknya hanya duduk di bilik sambil memandang telefon, seolah-olah menunggu panggilan dari seseorang. Kerana tak tahan dengan situasi tu yang memaksa ayah saya bertegas, ayah saya merampas telefon tu dengan syarat nenek saya mesti makan. Nenek saya bergegas ke dapur, ayah saya sangkakan nenek nak pergi makan. Detik cemas berlaku bila nenek saya menggeledah dapur dan mendapatkan pisau, mengugut untuk membunuh diri sekiranya telefon tu tak diserahkan kepada dia. Ayah sedikit panik, cuba untuk memujuk, tapi nenek hanya mahukan telefon. Ayah saya terpaksa serahkan dan sejak nenek kembali dengan telefon, nenek tak lagi mengamuk. Keesokan harinya, saya sekali lagi mendengar perbualan nenek dengan "seseorang" di telefon. Macam mustahil nenek cuma cakap seorang diri sebab, macam real pulak nenek tengah berkomunikasi. Senyap-senyap saya hendap lagi, saya tekad nak rampas telefon tu dari nenek, saja je nak cuba-cuba check kot-kot betul ada orang bercakap dengan dia. Saya pura-pura masuk ke bilik nenek, konon-konon nak ambik benang dan jarum, sebab peralatan menjahit, semua dalam bilik dia. Padahal saya ni, masukkan benang ke dalam jarum pun tak reti, ha ha. Saya pura-pura cari, nenek hanya menunjuk tempat peralatan menjahit yang dia simpan dengan menjuihkan bibir je, saya gelak. Nenek sambung balik bercakap dalam telefon. "Tak pulang ke? Cakap kat dia, nenek dia dah masak ni.." "Tengah hari nanti pulang tak?.." "Nanti bagitau Freddie ya, kamsiaaaa...kamsiaaaa..."

Kata nenek berulang kali. Tanpa melengahkan masa, saya terus merampas telefon tu dari nenek, pergelutan berlaku apabila nenek masih lagi memegang erat telefon dan mula menjerit tak tentu hala, tak nak telefonnya dirampas. Waktu tu, ayah saya tiada di rumah. Dia dah pun keluar menemani ibu saudara saya membeli katil baru. Akhirnya, saya berjaya merampas telefon. Saya lekapkan telefon ke telinga dan agak terkejut apabila mendengar suara seorang gadis yang kedengaran agak terpinga-pinga dan terkejut. Kenny mengakhiri ceritanya. Dan akulah gadis yang terpinga-pinga dan terkejut tu. Mana taknya, selama ni tak pernah-pernah pun dengar suara lain selain daripada suara nenek tua tu, tiba-tiba timbul pulak Si Kenny tu. Betul-betul dramalah dan aku tak pasti pulak drama ni panjang lagi ke tak episod dia, ending ntah macam mana pulak nanti. Aku ada e-mail Freddie tentang kejadian ni, Freddie cakap, dia akan ke tempat aku, tapi tunggu hari Sabtu atau Ahad, hari yang dia tak bekerja je, hari lain dia tak free. Aku, Danny dan Kenny mulalah dengan plan nak temukan nenek Kenny dengan Freddie, mana tau betul-betul kenal, walaupun mengikut logik akal, Freddie tiada kaitan darah langsung dengan keluarga Kenny, tapi tak salah kalau mencuba kan? Dipendekkan cerita (walaupun aku tau korang suka aku taip panjang tapi aku dah mengantuk sangat nih, he he), planning tu tak berjaya. Walaupun Freddie dah pun berada di dalam rumah Kenny, tapi dia tak dapat jumpa nenek tu, bukan sebab nenek tu tak nak, tapi sebab ayah Kenny yang melarang keras, dia cakap dia tak nak orang luar jumpa dengan nenek tu, takde keperluan langsung katanya. Hati orang tua lebih sensitif dan mungkin jugak dia risau kita orang ada niat buruk pada keluarga dia. Kami pulang dengan perasaan hampa bila hajat nak pertemukan Freddie dengan nenek tu tak kesampaian, kecewa. Pernah jugak aku ada idea jahat sikit, curi-curi jumpa waktu ayah Kenny tak de kat rumah ke, tapi Kenny pulak tak setuju sebab Kenny tau ayahnya tu panas baran jugak, habis dia kalau kantoi ke apa, lebih-lebih lagi jirannya adalah keluarga ibu saudaranya sendiri, iaitu kakak kepada ayahnya, jadi peluang nak kantoi tu agak cerah la jugak. Yang paling frust, sudah pastinya Freddie. Freddie masih tak putus asa, kali ni dengan cara lain pulak. Freddie kata ... "Saya ada idea.. Apa kata kalau...." "Kalau apa?" aku menyampuk, dah la cepat panic, bukan penyabar lagi, buruk betul perangai... "Kalau kita...erm...." Freddie seperti teragak-agak. "Aduhhh! kalau ada idea baik punya, cakap je lah..." Aku pulak geram. Freddie diam seketika dan berkongsi idea nya pada kami. Aku dan Danny saling berpandangan. "Hermmm....betul jugak, boleh pakai idea nih..." hati aku berbisik.. Bersambung.. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1

23Sambungan .. Lepas dapat idea tu, aku pun berpakat dengan Freddie untuk stay di tempat aku bekerja pada waktu dia tak bertugas, hanya untuk menunggu panggilan daripada nenek misteri. Freddie setuju tapi dia tak le stay dalam office tempat aku kerja tu, sebab boss aku pun memang kadang-kadang akan datang secara mengejut nak check keadaan staff, aku tak nak la nanti tak pasalpasal kena marah sebab bawa orang luar atau bukan authorised person untuk ke dalam office.

Disebabkan office yang kecik comel tu pun memang letaknya di dalam restoran, jadi Freddie lepak je minum-minum kat tempat customer di bahagian luar, sambil-sambil tu dia online sebab aku nasihatkan die untuk bawak laptop sekali, kot-kot bosan ke, boleh la online guna wi-fi restoran. Freddie asyik-asyik tanya je, nenek tu dah call ke belum. Aku cakap belum lagi. Staff-staff pun dah pelik, sape pulak la Freddie ni, lama pulak tu stay kat restoran, datang beberapa hari berturut-turut. Aku pulak tak pernah mention dengan dia orang tentang Freddie bahawa dialah orang sebenar yang nenek tu cari, aku cuma tak nak timbul sebarang kekecohan pulak nanti, tambah-tambah lagi salah seorang dari staff aku ni, ada hubungan darah dengan boss kita orang, tak reti plak macam mana nak explain hubungan tu, lebih kurang macam adik beradik biras lebih kurang macam tu ar. Aku agak risau jugaklah, kot-kot budak tu nanti report pulak dengan boss aku, sebab pernah sekali, boss aku warning supaya tak perlu panjang-panjangkan kes nenek tu. Dia suruh biar dan diamkan je. Tapi disebabkan aku macam dah terlibat dalam kes ni lebih dari separuh jalan dah pun, aku nekad nak redah je, even dengan cara senyap-senyap. Apa nak jadi, jadilah. Freddie singgah di restoran tu, beberapa kali seminggu. Masuk minggu kedua, Freddie dah giveup,sebab .. nenek tu tak de call langsung. Bukan setakat Freddie jer yang give-up, dengan aku-aku sekali dah give-up. Orang kata, penantian tu satu penyiksaan, hah betol ar tu. Memang seksa sangat OK? Aku pun cakap kat Freddie, tak pe lah, kalau macam ni la keadaannya, aku rasa tak perlu la datang lagi. Aku stay je duduk dengan Freddie waktu tu, dia cakap dia yakin akan dapat cakap dengan nenek tu di saat-saat awal, tapi bila dah masuk minggu kedua, dia pun dah tak nak try lagi dah. Sebelum Freddie balik, kita orang masih lagi sembang-sembang tapi bukan lagi pasal nenek tu. Macam ni sebenarnya, mula-mula tu aku ternampak kat beg Freddie, ada keychain berbentuk t-shirt jersi Manchester United, dekat belakangnya ada nombor 56 dan nama Freddie. Aku tanya lah, mane die tempah keychain tu, lawa. Die cakap la bini die jahit sendiri. Aku pun excited la sebab aku minat benda-benda macam tu tau, barang-barang handicraft ni. Aku pun waktu tu tanya la Freddie, boleh request buat car charm ke, untuk gantung dalam kereta, sebab bulan berikutnya, birthday kawan baik aku dari Sabah. Aku ni plak memang tengah fikir bagai nak rak, nak bagi ape. Bagi car charm yang ada bentuk yang kita request dan boleh tulis nama macam tu, aku rasa mesti kawan aku tu suka. Maklumlah, kawan aku tu baru beli kereta, bagi car charm ni memang molek benarlah tu, sempat aku fikir lagi. Aku pun request la dari Freddie, dapat ke bini dia buat untuk aku. Freddie cakap tak sure sebab bini dia just buat ni suka-suka, tak pernah pun amik tempahan. Setakat buat untuk hadiah orang-orang rapat dengan dia je.

Aku cakap lah, aku upah bini dia buat, bukan aku mintak free, he he. Freddie pun waktu tu call bini dia, bini dia cakap OK je, boleh tapi bukan dalam minggu ni, dia busy sikit. Minggu depan boleh la kot, siap... Aku on je, lagipun birthday kawan aku tu bukannya dalam bulan tu jugak, OK ar tu. Dipendekkan cerita, selepas car charm yang aku request tu siap, Freddie pun hantra la ke restoran tempat aku keja. Waktu tulah, nenek tu call, tapi bukan aku yang jawab, Si Clerk yang sorang tu jawab, macam biasa la dia jerit je nama aku, cakap nenek call (sebab dia malas nak layan nenek tu). Waktu ni aku dengan Freddie berpandangan, eh! waktu Freddie tak tunggu call, nenek tu call pulak. Aku bagi isyarat dengan Freddie untuk dia ikut aku masuk ke dalam office. Mula-mula dia tak nak, macam segan gitu, kan staff-staff lain pandang-pandang dia. Tapi aku cakap, masuk je, pandaipandailah aku cover nanti. Pada saat telefon tu beralih ke tangan Freddie, aku nampak dia sedikit gelisah. Tak tau la mungkin dia nervous ke apa. Sekali lagi, berlakunya perbualan dalam bahasa Cina Hakka. Kalau dulu, antara Danny dan nenek, kali ni antara Freddie dan nenek pulak. Apa yang jadi eh, korang agak? Freddie meletakkan gagang telefon ke telinga. Dia senyap, tak berkata apa-apa, tapi pada waktu yang sama, nenek tu masih lagi "membebel" tanpa menyedari yang tadi, tak de orang pun tengah dengar apa yang die cakap, mesti nenek tu bengang sebab tak de respon. Ini adalah perbualan antara Freddie dan nenek, yang dah aku alihbahasa ke Bahasa Melayu, hasil penceritaan Freddie sendiri.

"Nenek?" "Freddie!!!" Masa ni nenek ni menangis, meraung. Sempat jugak aku dengan Freddie gilir-gilir dengar. "Nenek ni siapa sebenarnya? Nenek kenal saya?" "Freddie, lama nenek call kamu, kenapa tak balik?" "Nenek...saya tak faham. Nenek di mana ni? Dari mana?" "Hishhh Freddie....Freddie... dah la bekal makanan kamu tak bawak, nenek call, kamu selalu tak ada je!!" "Nenek tunggu kamu pulang Freddie.Nenek tunggu kamu." Freddie kemudiannya bertanya sesuatu untuk confirmkan yang call tu, adalah nenek dia. "Nek, jam tangan yang saya baru beli tu, hilang lar..tak tau mana tercicir." "Hilang apanya pulak... ada ni ha nenek simpan, kamu yang tertinggal kat meja." Freddie terkedu. Freddie masih ingat lagi, beberapa hari sebelum dia berangkat ke Australia, dia ada beli sebuah jam tangan baru. Disebabkan pagi tu dia kelam kabut sangat nak ke airport, dia tertinggal jam tu di atas meja, berhadapan dengan tv di ruang tamu. Dan sekarang, bila ditanya balik tentang jam itu, nenek tu

tahu. Tapi.. neneknya dah mati beberapa tahun yang lalu, bersaksikan jirannya sendiri, masuk police report dan jugak surat khabar tempatan. Gambar pun ada menjadi bukti dan beberapa saksi yang tak mungkinlah dia orang akan menipu. Freddie menarik nafas panjang...cuba untuk bertenang dengan kejadian yang tak disangka-sangka ni.. "Freddie..pulang tak? Nenek ada masak ni." "Nenek...." " Pulang ke? Kamu tu ada gastrik.." "Nenek... dengar cakap saya nenek, saya tak perlu pulang..nenek yang perlu 'pulang' nek.. Dunia ni bukan tempat nenek lagi." Nenek diam, tak berkata apa-apa. "Nek...nenek 'pulang' ya? Jangan balik sini lagi, sini bukan tempat nenek. Nenek 'pulang' lah, saya tak apa-apa." "Kau tak pulang ke?" "Tak nek... ini dunia saya, tempat saya .. nenek pulanglah.." "Nenek tau Freddie.. kau tak pernah pulang.. dan tak akan pulang." Talian terputus.. Bersambung...

24 Sambungan .. Panggilan Telefon Misteri, episod terakhir. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540841&extra=page%3D1 Aku agak terpinga-pinga apabila tengok Freddie mengalirkan air mata. Apa kes pulak nih, drama baru pulak ke? Dalam hati aku je lah cakap macam tu. Selepas Freddie ceritakan semuanya apa yang dibualkan dengan nenek misteri, hati aku sekali lagi rasa tersentuh. Ternyata nenek ini, dah jumpa Freddie yang dicari selama ni, cucu yang dirinduinya. Freddie seperti orang yang hilang arah, beberapa kali aku tanya dia, tapi dia macam dah tak fokus dengan apa yang aku cakap. Freddie request untuk berjumpa dengan aku, pada malam yang sama. Aku pulak, request untuk bawa Danny sama, at least taklah aku dengan Freddie je, aku takut pulak kalau ada cerita yang tak elok nanti, keluar malam-malam dengan laki orang nih. Dengan orang bujang tak pe kot, ha ha ha. Malam tu, selepas tutup kedai, aku tak balik rumah, tapi aku balik ke hostel. Tempat kerja aku ni memang ada provide hostel, tempat staff tinggal. Aku je yang tak tinggal kat hostel sebab rumah aku dengan tempat kerja pun tak la jauh sangat, dekat sangat pun tak jugak la. Aku ambik keputusan nak tinggal di hostel malam tu, sebab aku takut nak tinggal sorang di rumah, abang aku outstation.

Aku macam dapat agak, kalau aku pergi jumpa Freddie malam ni, aku takut kalau-kalau nenek tu muncul pulak kat mana-mana, nak mintak aku sampaikan pesan kat Freddie ke apa kan, tak beranilah aku OK?. Nampak je berani, tapi dalam hati aku ni asyik berdebar je bila teringat nenek tu yang dah beberapa kali muncul. Tak pasal-pasal kang accident lagi. Sampai je hostel, aku mandi dan bersiap-siap ala kadar. Danny akan jemput aku untuk jumpa dengan Freddie. Kenny pun ada sekali, tanpa pengetahuan aku, rupanya Danny yang ajak Kenny sekali memandangkan Kenny ni kiranya macam watak tambahan yang mungkin akan membantu la, he he. Kita orang berjumpa tak jauh gak dari hostel tempat aku tinggal. Tak memilih tempat sangat pun, bukan nak makan betul, lebih kepada nak diskas dan sembang lebih je nanti. Perbincangan kami bermula dengan penerangan lengkap daripada Freddie, dia cerita balik perbualan dia dengan nenek misteri tu. Menurut cerita Freddie, suara nenek dalam telefon tu, bukan suara nenek dia. Suara nenek dia, tak macam tu pun, nampak sangat nenek tu memang orang lain, itu yang Freddie yakin sangat. Jangankan kata persamaan, malah sikit pun suara nenek tu tak de persamaan dengan suara nenek dia yang dah meninggal beberapa tahun yang lalu. Tapi, yang buat dia musykil sangat, cara nenek misteri tu bercakap, lenggok suara (intonasi/ cara bercakap) memang betul-betul serupa dengan mendiang nenek dia. Bila ditanya tentang hal jam yang tertinggal tu pun, nenek tu selamba je jawab dengan betul. Freddie nak kepastian, sama ada nenek kepada Kenny ni yang call atau pun mungkin orang tua yang lain. Mengikut cerita Kenny pulak, memang nenek dia selalu bertanyakan tentang bila nak balik, dah makan ke tak, dan soalan-soalan yang serupa jugak macam yg pernah Danny dengar. Sebab tu Kenny yakin, memang nenek dia yang call,cuma dia tak pasti macam mana nenek tu kebetulan pulak boleh call pejabat Danny sedangkan Danny tak de kaitan pun dengan Freddie. Kalau nenek tu call restoran kita orang je tak pe jugak, at least nampak la ada kaitan sebab nombor tu pernah Freddie pakai. Freddie mula bertanya pendapat aku tentang kepercayaan aku sebagai orang Islam. "Aishah, erm..kalau dalam agama awakkan,orang mati boleh hidup balik tak?" soal Freddie. "Kalau dalam kepercayaan saya sebagai orang Islam, orang yang dah mati, takkan kembali," aku jawab dengan berhati-hati sebab perbincangan mengenai pegangan agama, aku risau kalau aku mengguris perasaan sesiapa pulak. Tak boleh blah pulak bila Kenny tiba-tiba tergelak sakan. Rupanya perkataan "takkan kembali" tu macam lucu bagi dia, puitis sangat. "Alaaa...cakap je lah orang dah mati takkan hidup balik. Ni, takkan kembali pulak. Sastera gila! Ha ha ha ha!" Entah apa yang lawak, aku pun tak tau, tapi aku senyum-senyum je lah. Ni bukan kali pertama tau aku kena tegur pasal bahasa, pernah beberapa kali gak. Mungkin minat aku yang lebih terarah kepada menulis, membuatkan aku kadang kalanya pakai ayat yang tak direct to the point gitu, he he. Danny menyampuk dengan memberi sikit penerangan. "Kalau dalam agama Islam, hidup selepas mati tu adalah waktu hari kita dibangkitkan, penentu syurga dan neraka. Tapi, bukan dengan cara hidup semula dan merasuk tubuh orang lain. Kalau dalam Islam, bila terjadi benda macam ni, ianya lebih kepada gangguan syaitan, untuk sesatkan manusia. Biasa la

mereka tu penuh dengan tipu helah untuk buat kita bergaduh, tak sefahaman dan macam-macam lagi lah," terang Danny. "Erm... tapi .. kalau dalam kepercayaan saya, roh orang yang mati dalam keadaan dia tak tenang, atau masih ada tugas yang masih dia belum selesaikan, dia akan kembali ke dunia nyata, untuk "hint" orang yang masih hidup, tentang keinginan dia. Maaf, tapi...itu yang saya percaya," jelas Freddie pulak. Kenny angguk, tanda setuju. "Saya tau kita ada agama dan kepercayaan yang berbeza. Saya hormat agama dan kepercayaan awak, saya pasti semua yang berlaku ni pasti ada sebab, ada punca kenapa benda tu berlaku," ulas Danny pulak, dan masing-masing angguk tanda setuju. Masing-masing ada teori yang pelbagai. Freddie tetap dengan pendirian dia, dia percaya, nenek Kenny sekarang adalah nenek dia, yang hidup di dalam tubuh nenek Kenny. Freddie nekad nak berhubung sendiri dengan ayah Kenny untuk bincang hal ni dengan lebih serius, ternyata nenek Kenny tu bukan nyanyuk seperti yang disangka, sebaliknya roh nenek Freddie yang menetap dalam tubuh itu. Ini yang Freddie percaya. Selepas beberapa hari, aku dapat tau Freddie masih gagal dapatkan kebenaran daripada ayah Kenny untuk berjumpa dengan nenek tu. Sebabnya, ayah Kenny tak suka kehadiran orang luar, dia tak percaya dengan apa alasan sekalipun. Protect sungguh ni. Dipendekkan cerita, pada satu hari ni, nenek Kenny jatuh sakit.Terbaring lemah atas katil dan asyik sebut nak jumpa Freddie sebelum dia 'pergi'. Kenny berusaha pujuk ayah dia, bagilah peluang pada Freddie untuk tunjukkan keikhlasan dia, lagipun Freddie kelihatan seperti orang baik-baik je. Kenny sanggup tanggung semuanya kalau ada perkara buruk berlaku pada nenek dia. Ayah Kenny pun bengang gila lah. Ye la, si Kenny tu masih muda lagi, tapi pandai-pandai pulak nak ajar ayahnya itu dan ini, hinggalah pada satu hari tu, dia orang bertengkar sehingga Kenny keluar dari rumah, sebab Kenny berkecil hati dengan kata-kata ayah dia. Aku tak sure pulak ayah dia dah cakap apa kat dia, yang pasti, Kenny merajuk la gitu, biasalah hati muda kan.. asal terasa je dengan parents, mula la lari dari rumah. Since Kenny dah tak balik ke rumah, ayah dia pun sama tak contact dah. Kenny ni tinggal umah member, entah kat mana ntah, aku tak sure tapi apa yang pasti, Kenny ni sebenarnya tunggu ayah dia call, pujuklah konon, tapi nan hadoooo... Ha ha ha.. Kenny ni anak manja jugak sebenarnya, sebab tu bila Kenny dah mula pandai lawan cakap dengan ayah dia, ayah dia beranggapan kita orang ni la yang hasut dia jadik macam tu. Dekat sebulan lebih jugak la Kenny tinggal kat umah member dia dan waktu tu dia kerja part time kat kedai fotostat, sementara tunggu ayah dia pujuk la kengkonon, ape da... Aku geli hati jugak sebab Kenny SMS aku, asyik ngadu pasal ayah dia tak pujuk pon, woah.. Ha ha.. aku gelak sakan la sebab kantoi masa tu dia memang anak manja pun, obvious OK! Sebulan lebih macam tu, ayah Kenny tiba-tiba call. Kenny jawab la jugak, ye lah kan duk tertunggu orang pujuk, takkan lah orang dah call, wat dek je kan?Sepantas kilat je jawab fon dengan harapan ayah dia akan cakap, "Kenny, ayah mintak maaf..pulang la ke rumah ya?"..

Tapi, sebaliknya pulak berlaku bila ayah Kenny call Kenny hanya semata-mata nak suruh Kenny bawa Freddie, aku dan Danny ke rumah, ada hal penting katanya. Dalam perjalanan nak ke rumah Kenny tu, kita orang gelak sakanlah jugak sebab mendengar cerita Kenny yang mengaku tunggu dirinya dipujuk, ha ha. Setibanya kami ke rumah Kenny, ayah Kenny dah tunggu dah dengan keadaan yang tak berapa terurus dan kelihatan macam tak cukup tido. Perasaan kesian terbit pulak dalam hati aku, sebab bagi aku, Kenny tak sepatutnya lari dari rumah dengan keadaan ayah dia yang tengah risau jaga nenek tu sakit. Kenny teragak-agak nak masuk, dia nak tunggu dalam kereta je, tapi aku yang paksa dia turun gak. "Buang eh sikit ego tu, ayah awak dah tua..bincang la elok-elok. Mungkin dia panggil kita ni, nak bincang. Hati awak janganlah keras sangat Ok?" sempat lagi aku advice dia, dengan nada serius, kang dia tak amik serius pulak sebab aku dengan Kenny selalu cakap main-main je, tak pernah nak serius bagai. Tapi mujurlah hari tu, Kenny mendengar kata. Bila dia salam ayah dia, ayah dia terus peluk, memang tak dijangka. Sebak, sebab aku tau ayah dia marah dia sebelum ni sebab dia sayang. Ayah Kenny tak cakap apa-apa lagi pada kita orang waktu tu, cuma dia bagi isyarat suruh masuk. Kenny pun masuk diikuti dengan kami bertiga yang lain. Kami semua duduk di bahagian ruang tamu. Ayah Kenny kelihatan berat nak memulakan bicara, mungkin sebab sebelum ni dia jugaklah yang pernah melarang kami daripada menjejakkan lagi kaki ke rumah dia, tapi sekarang... Ayah Kenny mula bercerita tentang masalah yang dia hadapi. Rupa-rupanya nenek Kenny masih lagi belum kebah dari sakit, siang malam asyik meracau benda yang bukan-bukan, dan nama Freddielah yang paling kerap disebut. Sejak akhir-akhir ni, keadaan makin serius bila nenek Kenny dah mula mengugut untuk bunuh diri selagi tak dapat jumpa Freddie. Pernah satu ketika dulu, nenek Kenny ada cubaan untuk bunuh diri, minum nail polish, cecair yang selalu orang pompuan pakai untuk kilatkan kuku. Tapi disebabkan kuantiti tu sikit je, ia tak beri kesan besar cuma muntah dan sakit perut je. Sejak dari hari tu, ayah Kenny sangat berhati-hati, tak nak cuai sikitpun sebab risau kalau-kalau orang tua tu cari cara lain pulak nak bunuh diri. Atas sebab tak tahan dengan desakan, akhirnya ayah Kenny bersetuju untuk bawa Freddie jumpa nenek tu pada waktu tu jugak, tak nak tangguh-tangguh. Ayah Kenny mintak bantuan Kenny untuk tolong siapkan nenek dia apa yang patut dulu, sebelum Freddie dibawa masuk ke dalam. Waktu tu perasaan aku berdebar-debar, aku nervous sangat fikir apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku. Akhirnya saat yang Freddie tunggu selama ni tertunai jugak. Aku dan Danny turut sama berada di bilik tu. Waktu Freddie melangkah masuk, nenek tu bukan mengadap dia, tapi mengadap ke arah sebelah tingkap yang lagi satu. Nenek tu termenung jauh di situ, sikitpun tak hirau kita orang yang dah masuk ke bilik dia.

Kenny cuba cakap dengan neneknya (dalam bahasa Hakka yang aku translate balik, mengikut cerita Danny yang cerita balik apa dia orang cakap, aku sorang je tak faham Hakka di situ, bosan!) "Nek...Kawan-kawan Kenny datang nak jenguk nenek," nenek tiada respon. "Nek, cari Freddie kan? Tu Freddie nek...dia dah datang," kata Kenny. Punnn...takde respon. "Nenek.." Freddie memanggil, ada getaran pada suaranya, seolah-olah menahan tangis. Spontan, nenek menoleh perlahan.Terus bangun dari kerusi rodanya, berusaha nak berdiri tapi tak berapa nak mampu. Bila melihat keadaan nenek yang dah uzur, Freddie terus pergi dekat pada nenek tu. Freddie pegang bahu nenek tu, bagi isyarat suruh duduk je, tak perlu berdiri. Nenek ni terus rentap tangan Freddie, lama dia tenung Freddie. Lama kelamaan, air mata nenek mula mengalir, bibir dia bergerak-gerak macam nak cakap, tapi oleh kerana dia terlalu sebak, suara tu tak keluar. Freddie peluk nenek. Nenek pun sama, balas pelukan nenek. Tangisan nenek yang cukup pilu, menyebabkan aku menangis sama. Rasa sebak sangat. Freddie dan nenek tu tiada hubungan langsung tapi, seolah-olah mereka kenal antara satu sama lain. "Freddie... Freddie.. Freddie..." ulang nenek tu berulang kali sambil tangan kirinya memeluk pinggang Freddie, wajah Freddie dibeleknya puas-puas. "Kenapa lama kau tak pulang .. Nenek rindu. Kau kerja ni tak boleh balik rumah ke sekejap-sekejap jumpa nenek? Kenapa buat nenek macam ni? Dah makan ke?" Soalan nenek yang bertalu-talu, Freddie bertambah sebak. "Nek, ini Freddie.." kata Freddie dalam tangis. "Nenek tau...ini Freddie cucu nenek..kenapa lama sangat tinggalkan nenek?" "Nek, Freddie mintak ampun. Freddie banyak dosa menipu nenek, sampai nenek begitu setia tunggu saya pulang." "Nenek tetap tunggu kamu Freddie, nenek tak pernah lupa." Aku bingung, aku tak percaya kejadian seumpama ini boleh berlaku, di depan mata aku sendiri. Di saat tu, aku harap semua ni hanyalah mimpi sebab hakikat ni, terlalu sukar untuk aku terima. Ini semua mustahil kalau difkir dari logik akal. Aku dan Danny berpandangan sama sendiri, aku menggeleng kepala, tanda tak percaya. Mustahil! Freddie terus bercerita dengan neneknya. "Nek .. saya dah berkahwin nek. Saya dah ada anak sorang, isteri saya tengah pregnant lagi, anak kedua. Saya dah sembuh dari luka lama saya nek, saya dah buang Joana dari kenangan hidup saya. Saya dah mulakan hidup baru, nenek tak suka?" kata Freddie. "Nenek suka, apa yang buat kamu gembira, nenek suka," nenek senyum walaupun air matanya masih lagi membasahi pipi.

"Nenek, dengar sini..Nenek mesti pulang ke tempat asal nenek, nenek bukan hidup di tempat ini." Freddie beremosi seketika. "Nek..saya tahu nenek takut saya tak dapat terima kenyataan nenek pergi, saya terima nek. Kalau ini lah yang Tuhan takdirkan buat saya, saya terima nek. Saya tahu nenek berat nak pergi, nenek risaukan saya.Nenek pulanglah, saya izinkan.. saya janji, saya redha nek.." Nenek masih merenung mata Freddie. "Nenek, saya anggap nenek macam mama, tempat saya bergantung. Bila nenek tak ada, saya seperti hilang pegangan. Percayalah nek, walaupun nenek pergi, saya janji saya akan jaga diri saya..saya janji saya akan makan ikut waktu..saya janji saya tak akan sepahkan tuala basah atas lantai dan tak akan buang rokok dalam tandas, nenek tak suka semua tu kan?" Nenek ketawa. "Nenek..pulang ya?" Freddie kedengaran semakin sayu. "Pulang ya?" ulang Freddie. Nenek langsung tak menjawab, kecuali menarik Freddie ke dalam pelukannya dan mencium pipinya bertalu-talu. Nenek mengadu matanya amat mengantuk, dan nenek tertidur di dalam pelukan Freddie. Untuk pengetahuan semua, selepas kejadian itu, nenek Kenny kembali normal seperti biasa dan tak lagi nyanyuk. Nenek tu dah mula kembali seperti dirinya yang asal, bukan lagi berperwatakan seperti nenek Freddie. Freddie percaya bahawa roh neneknya pergi dengan keadaan tidak tenang, dan kini telah pun pulang ke "dunia" asalnya. Sehingga kini, kesemua watak di dalam cerita ni, masih hidup, termasuk nenek Kenny yang kini masih lagi sihat dan kadangkala mengikuti kelas tarian tai-chi untuk warga emas. Nenek Kenny sedikitpun tak mengenali Freddie lagi, setelah disuruh "pulang" oleh Freddie. Malah nenek tu tak ingat pun akan Freddie, seolah-olah mereka langsung tak pernah berjumpa sebelumnya. Sampailah sekarang, aku masih tak tahu apa sebenarnya berlaku. Aku alaminya sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku di hadapan mata sendiri. Jika ada yang bertanya bagaimana ini berlaku, aku tiada jawapan yang boleh diberikan yang sesuai dengan logik akal. Ianya kekal misteri hingga ke hari ini. Aku tak nafikan, aku masih lagi menunggu panggilan telefon dari nenek ni, bukan kerana aku tak redha dia pergi, tapi hanya kerana aku rindu. Ya, aku rindu.

TAMAT.

Anda mungkin juga menyukai