Anda di halaman 1dari 83

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (Siri 1)

Setiap Paus yang dilantik di Vatikan mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar
ini. Bukan sahaja Para Paus tetapi para Biskup dan paderi-paderi kanan termasuk
pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sumber yang
tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak
dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatikan dan Dunia Kristian itu
sendiri. Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung (Grand
Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatikan.

Dalam Artikel Bersiri (Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar) ini, kita akan mencantum petunjuk-
petunjuk untuk mendapatkan satu jawapan kepada Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar tersebut.



Setiap Paus yang dilantik telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari
peringkat pelatih (apprentice), paderi, biskup hinggalah mencapai pangkat Paus sebagai ketua
umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyak rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-
kurangnya dua rahsia terbesar ini telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa
menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa,
kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah.

Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis,
pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia
ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan
perkaitan mereka dengan Dunia Kristian.Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan
bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam,
namun sebelum itu, kita perlu membongkar klu-klu mengenai Dua Rahsia Sulit Terbesar ini. Dua
rahsia ini cukup untuk menjawab separuh misteri ini. Selamat Datang Ke Dunia Pemikiran Baru.

Tentu anda terlalu ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Paus atau
sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Kami akan memberikan ia kepada anda. Rahsia yang
akan kami beritahu ini adalah bertaraf 'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui
Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau
Imam Besar berpangkat 33 Darjat Freemason atau para Mufti Iblis Commitee 300 (Majlis Tertinggi
pergerakan syaitan Freemason).



Sungguh! Para pengikut Freemason itu sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah
menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya
'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari
kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung
mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-
persatu.






Juga, para pengikut Kristian juga amat-amat jahil tentang Dua Rahsia Terbesar yang mati-mati
disorokkan Imam Besar mereka; Paus Vatikan di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatikan
sehingga diwujudkan banyak kod rahsia, lorong rahsia dan bilik rahsia dan segalanya misteri dan
rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung
Sang Iblis Izazil Laknatullah (The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul
faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ini akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung' yang
selalu diingati oleh Iblis Laknatullah dari era menjawat jawatan Ketua Malaikat (The President of
Archangels) hinggalah menjadi makhluk terkutuk.

Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga
mengalirkan airmatanya... Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan
kepadanya walupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita
mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis? Ingin
kami maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga
sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi
Kabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan
yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting
dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta
golongan-golongan kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.













Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 2)
The Keys of Kingdom of Heaven



Rahsia Dua Kunci Bersilang
Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai Ketua
Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan. Ia terdiri daripada tiga mahkota
kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang
dua kunci bersilang; satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang
kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.

Bagi penganut Kristian yang kurang peka tidak mahu mengkaji, tiada apa-apa yang
istimewa dari lencana Paus ini. Tetapi bagi para pengikut Illumination peringkat tertinggi,
lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang
amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-
manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The
Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-
kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang
dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-
ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan
untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan,
melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-ukiran; mereka
menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci
yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Apakah rahsia yang amat berbahaya,yang terkandung di dalam lambang Paus ini??

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang

Every great truth begins as a blasphemy. - Bernard Shaw

Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik
yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam 'secret societies' yang
mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut sahaja apa jua
telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan
kepada Kristian. Sehingga para Paus sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia
ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Paus kerana berdegil
tidak mematuhi perintah para Mason peringkat Cahaya Iblis Terutama. Para Biskup dan
Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik
Vatikan. Apa yang anda ingin buat jika anda dapat mengawal satu institusi yang
mempunyai pengikut berbilion manusia? Ini adalah kuasa yang amat hebat, dan inilah
yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini. Amat bodohlah The AntiChrist jika
mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan untuk menakluk dunia.
Kristian adalah mangsanya yang utama untuk menghadapi para pengikut muhammad
yang digeruninya.

Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya. Jika tidak, dikhuatiri mereka akan terbaca ajaran-
ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa AS) dan beramai-ramai mencari agama yang
diredhai oleh Allah s.w.t. Sebab itu siapa yang menjadi Kardinal dan Paus adalah penting
bagi The AntiChrist .Amat penting. Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah
lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar. Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Paus dan
paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tinggi
Illumination of AntiChrist & Azazel.

Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin anda kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar. Dua
kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Paus atas arahan Church of Lucifer
supaya jangan diketahui oleh para pengikut Kristian yang kurang peka. Sudah tentu anda
ingin tahu dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini. Sudah tentu anda ingin tahu apakah
petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang; The Papal Crossed Key yang penuh rahsia itu.

Kami akan memberikan kepada anda. Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang
ini, kami akan membawakan anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed
Azazel, untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer. Pada ketika-
ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia
terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, Kingdom Of Heaven dan bergurau senda dengan
para Malaikat 'Angels' yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.

Untuk menjejak rahsia The Crossed Key, mari kita telusuri apakah maksud di sebalik Dua
Kunci Bersilang ini.

The Secret Beyond The Crossed Key

Lambang ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa AS) kepada Saint
Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dalam
bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno,Bithrus dalam bahasa Arab juga
dikenali sebagai Ben Yonah,Simon Peter,Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab
Syam'un) seorang Yahudi Galilee (arab:al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid (Bethsaida)
sebuah kota di timur sungai Jordan.Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu
rumpun dengan bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani) bahasa yang sama digunakan
oleh Isa AS dan kitab Injil yang asli.Saint Peter (atau Petrus) inilah yang dinisbatkan
namanya pada ibupejabat Paus Vatikan; St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau adalah
termasuk di dalam daftar duabelas sahabat Nabi Isa AS (Twelve Apostles of Jesus) atau
lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.


Surah Ali Imran 3:52

"Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,Siapakah yang akan menjadi penolong-
penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,Kamilah penolong-penolong
(agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-
orang yang berserah diri"


Surah Al-Ma'idah: 111

"Dan (ingatlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada Al Hawariyyin, 'Berimanlah kamu
kepada-Ku dan kepada rasul-Ku'. Mereka menjawab, 'Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul)
bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu)"

Sudah pasti St. Peter (St.adalah kependekan dari kata Saint yang berasal dari kata
Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa
AS yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu.Selain Peter,terdapat 11
lagi sahabat Nabi Isa AS:



The Twelve Apostles


The Twelve Apostles


# Peter
# Andrew
# James
# John
# Philip
# Bartholomew
# Matthew
# Thomas
# James
# Thaddeus
# Simon the Zealot
# Judas Iscariot

St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Biskup pertama. Beliau
dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini
menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika
itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero,
Kaisar Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri
yang merasa tidak layak disalib pada pada posisi yang sama dengan Nabi Isa AS (Nabi
Isa tidak disalib mengikut kepercayaan umum dalam Islam) di lapangan Nero (Nero's
Circus) berdekatan Obelisk Vaticano yang kemudiannya diletakkan di hadapan St. Peter
Basilica pada hari ini.

Crossed Key di dalam lencana Paus adalah perlambangan kepada Kunci-Kunci Kerajaan
Tuhan 'Kingdom Of Heaven' yang disebut oleh Nabi Isa AS kepada sahabatnya itu
(Peter).

"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind
on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in
Heaven."

Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)

maksud dalam Bahasa Melayu,

"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan
terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."

Katakunci di sini adalah Kingdom Of Heaven. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di
dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci untuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa AS) telah
membukakan rahsianya kepada Peter?

Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan
lambang dalam lencana kebesaran Paus. Amat penting sehingga ramai paderi diracun
dan para Biskup dan Kardinal diugut. Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu
orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana Dua
Kunci Rahsia Bersilang Ini.

Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa AS kepada Peter?

Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible?

Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?

dan lagi sekali.. Apakah Dia Kunci-Kunci Syurga Itu?














Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 3)



Kisah Paderi Dan Rahsia Anak Kunci Syurga
Dalam artikel yang lalu, kita telah gazetkan mengenai satu kisah benar yang terjadi di
antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi katolik, yang akan membawa anda
menyingkap rahsia disebalik 2 kunci bersilang. Rahsia yang menyingkap apakah silibus
yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Berikut adalah kisah Paderi dan Kunci
Syurga,

Kisah Paderi dan Kunci Syurga
Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga
kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu
dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama
menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak
dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada
orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini. "

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi
menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat
mengenalinya. Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.


Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus
menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya,

"Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada Lapannya,
Lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,

dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.
Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang
terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang
terpelihara dari batu?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah Dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap
daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

Satu yang tiada duanya ialah Allah s. w. t. .
Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s. w. t. berfirman, "Dan Kami jadikan
malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami). " (Al-Isra' : 12).
Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa a. s ketika Nabi
Khidir a. s menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s. w. t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada Lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s. w. t. Berfirman, "Yang
telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan
Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. " (Al-Mulk : 3).
Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s. w. t.
Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu
Lapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka. " (Al-Haqah :
17).
Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu :
tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan
belalang. *
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s. w. t. Berfirman, "Barang
siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat. " (Al-An'am : 160).
Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf a. s.
Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman
Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman,
'Pukullah batu itu dengan tongkatmu. ' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.
" (Al-Baqarah : 60).
Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan
ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.
w. t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir : 18).
Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus a. s.
Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf,
yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami
pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia
dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada
cercaan terhadap kamu semua. " Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan
memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang . " (Yusuf :98)
Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s. w. t.
berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai. " (Luqman : 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi
Sholeh dan kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan
yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s. w. t. berfirman, "Wahai api dinginlah
dan selamatkan Ibrahim. " (Al-Anbiya' : 69).
Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Sholeh, yang diazab dengan batu
adalah tentara bergajah Abrahah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi
(penghuni gua).
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita,
sebagaimana firman Allah s. w. t. ? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah
besar. " (Yusuf : 28).
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya :
Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat
yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.
Kemudian pemuda itu pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan
meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui
oleh paderi.

Pemuda ini bertanya,

"Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa
wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak
berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia
jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu
menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguhnya aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian
marah. "
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar
Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.
Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam
melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
(Kisah tersebut dipetik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah)

cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,
terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut
Saudara dan saudari sekalian!

Kami telah berikan anda apakah Kunci-Kunci Syurga Itu 'The Keys Of Kingdom Of
Heaven'. . .
Rahsia yang diabadikan pada lencana Paus Vatikan dan dibawa ke mana-mana oleh
beliau.
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini, kerana rahsia
asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan selepas persidangan Nicea yang
menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-
manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

Dua kunci syurga yang selalu umat islam ucapkan di dalam solat mereka.

Miftahul Jannah. . . Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The
Fisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki
dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yang tidak dapat menerima
kehadiran seorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab.

Pegang dua kunci ini baik-baik. Mereka meletakkan lambang kunci syurga pada pakaian
paus tetapi mereka tidak mempunyainya.

Kita mengetahui kunci syurga dan mempunyainya. Jangan hilangkan ia semasa
mengadap tuhan di akhirat nanti.

Mari kita berjanji pada tuhan dan diri sendiri. . .

Kita tidak akan hilangkan kunci. . .
kita tidak akan hilangkan kunci. . .

Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam

Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda yang bermaksud :

Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah
(Riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah bersabda :

"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia
dimasukkan kedalam surga"
(HR. Hakim)

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah
bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih : Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci
syurga?

Wahab menjawab : Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia
mempunyai gigi. Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di
bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu

'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi
memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda : Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah
Alhamdulillah.
(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata : Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam :

Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang
mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas.
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda yang maksudnya :

Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke
dalam syurga. Lalu ditanyakan kepada baginda : Bagaimanakah yang dimaksudkan
dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Ikhlas itu ialah yang
mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.
(Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya
dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke
atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah La Ilaha Illallah.
(Riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda yang bermaksud :

Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada
padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya
diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing
kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat.
(Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

*Juga diingatkan ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter, tidaklah baginda bertutur
dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,
tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain
Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW
sesudahnya,

Surah As-Saff : 6

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata :

"Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab
(yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya)
seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad). "
Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata,
mereka berkata : "Ini adalah sihir yang nyata".
(Al-Saff 61 :6)

Sabda Rasullah SAW : Ertinya :

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.
(Riwayat Bukhari)

Surah Ali 'Imran Ayat 19

Firman Allah :

Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-
orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka,
karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-
ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 4)

Sejarah panjang agama Kristian telah banyak bercampur-baur dengan kelompok-
kelompok rahsia (secret societies), paganisme dan ajaran sesat Kabbalah-Yahudi. Tidak
boleh tidak, sesungguhnya dunia Kristian tidak boleh berdiri sendiri tanpa dokongan
kelompok-kelompok rahsia ini yang bertanggungjawab 'mempagankan' ajaran-ajaran
Jesus (nabi Isa AS) sehingga menjadi satu agama yang berwarna-warni dengan berhala-
berhala dewa-dewi Rom-Mesir-Babilon, para Santo dan orang suci, Maryam si Perawan
Suci dan imej-imej Jesus sendiri.

Tidak dinafikan bahawa para Kabbalah Yahudi ada 'saham' dalam penyelewengan kitab
Injil dan menyembunyikan Firman-firman-Nya dan merekalah yang menjadi dalang
kepada konsep Triniti : konsep yang tidak pernah diajarkan oleh Jesus sendiri, juga para
Hawariyyun (apostles) di mana Triniti adalah berasal dari agama-agama Pagan Kuno
yang selalu meletakkan posisi tiga entiti sebagai objek sembahan (deities) seperti Mesir
(Horus, Isis dan Osiris), Hindu (Trimurthi-Brahma, Vishnu, Siva) dan ya, sudah pasti dari
ajaran sesat Kabbalah sendiri iaitu Jahbulon (gabungan tiga dewa orang Kaldan/Chaldea,
Syria Kuno dan Mesir Kuno) yang menjadi silibus peringkat tinggi hingga 33rd Degree
Freemasonry.

Pada siri satu, dua dan tiga dalam artikel bersiri Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar
yang lalu, anda telah disajikan dengan 2 rahsia yang menjadi lambang pada lencana
mereka. Namun, ianya tidak lengkap sekiranya anda tidak mengikuti artikel kali ini yang
membawa anda meneroka susur galur mengenai 2 rahsia sulit ini. Kami dengan ini
membawakan kepada anda Peti Harta Dari Rennes-le-Chateau. Selamat meneroka
disebalik rahsia-rahsia yang tersembunyi disebalik lambang 2 kunci bersilang.

Perlu diingat, pengetahuan rahsia peringkat tinggi ini tidaklah diketahui oleh para Mason
peringkat bawah kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membukakan rahsia
atau istilah Masonnya 'Illumination' iaitu pencerahan secara sedikit demi sedikit selaras
dengan kenaikan pangkat mereka dalam organisasi. Juga, rahsia sulit terbesar tidaklah
diketahui oleh para pengikut Kristian bawahan atau kebanyakan tetapi hanya akan
diketahui jika mereka mengkaji susur galur ajaran Kristian sehingga era Constatine hingga
pemburuan jemaah Kristian awal (atau golongan Nasrani), era sebelum Paulus dan
zaman Hawariyyun (The Apostles). Rahsia yang juga disimpan kemas dalam Ruang
Rahsia Diraja Vatikan tanpa sesiapa pun dibenarkan memasukinya kecuali yang terpilih
dari Dunia Kristian dan Para Elit 'The Wise Man'.

Rahsia yang merupakan sumber ketakutan kepada Vatikan turun-temurun.

Petunjuk Tersembunyi dan 'Peti Harta' Dari Rennes-le-Chateau


Rennes Le Chateau Tower Of Magdala

Golongan Kabbalah sememangnya tidak senang melihat ajaran-ajaran suci Jesus yang
mengesakan Allah SWT dan menafikan segala kebohongan dan amalan sihir para rahib
Kabbalah yang sesat lagi menyesatkan. Sudah tentu setiap saat mereka merancang
penghapusan terhadap Jesus atau Isa AS itu. Golongan Kabbalah inilah 'frontman'
kepada rancangan-rancangan The Hidden Hand sejak zaman nabi Musa AS (Moses) lagi.


Kemunculan seorang nabi dari kalangan mereka yang tiba-tiba membawa ajaran
mengesakan Allah SWT sudah tentu akan menjejaskan periuk nasi dan pengaruh mereka
di kalangan orang-orang Yahudi Bani Israel sendiri. Merekalah yang menghasut Pilatus,
wakil kerajaan Rom di wilayah Palestin dan sekitarnya untuk menghukum Nabi Isa AS.
Anda boleh menonton filem 'The Passion' arahan Mel Gibson untuk membayangkan sikap
para rabbi Yahudi yang berdegil mahu menghukum 'nabi Isa' walaupun Pilatus sudah
bosan dan dia sendiri kalau boleh mahu melepaskan sahaja orang yang ditunjuk oleh
rabbi Yahudi itu. Bandingkan dengan golongan Kabbalah di zaman Rasullullah SAW yang
merancang pembunuhan nabi seperti kisah Bani Quraizah (salah satu suku kaum Yahudi
di Tanah Arab). Mereka inilah golongan yang suka membunuh para nabi, kerana ajaran
yang dibawa nabi-nabi menentang amalan penyembahan syaitan dan sihir mereka.

Secret Societies



Golongan Kabbalah ini adalah sinonim dengan kultus-kultus pagan dan sihir Eropah
kerana para Kabbalis lah yang mengajar pengikut-pengikut pagan Eropah ini sistem sihir
yang lebih 'advance' serta pengajian ilmu hitam Gematria yang menekankan penggunaan
simbol-simbol tertentu sebagai kuasa menyeru alam kegelapan dan dunia mistik Iblis.
Golongan Kabbalah ini pula menyusup masuk ke dalam organisasi Nasrani yang ketika itu
dalam suasana kurang stabil hubungannya dengan Empayar Rom yang ketika itu
sebahagian besarnya memegang dunia Eropah. Mereka menawarkan 'Kristian wajah
baru' iaitu ajaran Kristian yang dihibridkan dengan kepercayaan pagan Rom.Dewa
Matahari digantikan dengan imej Jesus sendiri. Maryam menggantikan Dewi
Semiramis/Diana atau Isis. Kaum Unitarian yang menolak penuhanan Jesus dipulaukan,
diburu, dicop menentang gereja, dibunuh, diseksa dan pelbagai lagi tindakan provokatif
dilakukan ke atas mereka. Sejarah gereja penuh dengan pelbagai versi Mahkamah
Inquisition.

Warisan pagan inilah yang kita dapat lihat di Vatikan sendiri. Gereja dan biara-biara penuh
dengan imej pagan dan berhala Rom. Sehinggakan imej patung-patung lelaki yang
bertelanjang bulat serta lukisan-lukisan separuh lucah pun ada di dalam gereja. Ini adalah
seni kaum Pagan-Kabbalis yang mewakili kelompok Illumination yang menguasai gereja
ketika itu. Rahsia ajaran suci Nabi Isa AS dan pembohongan para Kabbalis dalam dunia
Kristian telah tertutup kemas dengan begitu baik sekali selama berkurun-kurun. Tetapi
sepandai-pandai tupai melompat, adakalanya terdapat titik-titik tertentu di dalam sejarah
Kristian di mana orang-orang Kristian sendiri menemui keanehan atau 'anomalies' yang
tidak dapat dijawab oleh paderi sendiri. Orang-orang Kristian yang menemui lompang
dalam agama mereka terus-menerus mencari jawapan sehingga ada yang tersesat lagi
jauh apabila menganut ajaran menyembah syaitan apabila sudah tidak percaya dengan
'kebenaran' Kristian.

Terdapat dua anekdot terkenal dalam sejarah konspirasi agama Kristian : The Knight
Templar dan Rennes-le-Chateau. (kisah mengenai Knight Templar ini akan kita
bincangkan pada artikel yang akan datang.)


Dua anekdot ini adalah berbeza tetapi mempunyai hubungkait yang jelas. Menyelesaikan
misteri yang menyelubungi dua anekdot ini ibarat membuka Ruang Rahsia Diraja Vatikan.
Mengetahui apa yang dijumpai oleh The Knight Templar dan Pastor Sauniere bagaikan
mengetahui apa yang ditakuti oleh Vatikan selama ini.









Misteri Rennes-Le-Chateau



Rennes-le-Chateau adalah sebuah desa di selatan Perancis. Terletak 1500 kaki di atas
bukit dua desa berkembar Couiza dan Montazels, tempat ini merupakan kawasan penuh
sejarah yang mempunyai hubungan dengan Celt, Rom, Visigoth, Merovingian, Cathars
dan sudah pasti Knight Templar. Kedudukannya berdekatan Laut Mediterranean
menjadikan ia sebagai 'Laluan Sutera' para pedagang, tentera, rahib-rahib dan
pengembara. Ini menjadikan tempat ini penuh kesan-kesan sejarah. Kedudukannya yang
berdekatan Mediterranean menyebabkan di sini berkembangnya ajaran-ajaran Kabbalah
dari para petualang Yahudi yang berlayar dari pelabuhan-pelabuhan di Palestin seperti
Jaffa dalam perjalanan mereka ke Eropah. Laluan ini adalah laluan para guru orang-orang
eropah di mana dari para Kabbalis inilah orang-orang Eropah belajar tentang
pentagram,kad-kad Tarot dan segitiga syaitan.

Desa ini menyimpan sejumlah rahsia besar, sejak para Knight Templar yang baru pulang
dari Perang Salib telah tiba-tiba berubah sikap dan mengamalkan ajaran-ajaran sesat dan
mereka bermastautin di sini. Mereka mengambil keputusan menetap di Rennes-le-
Chateau kerana desa ini jauh dari pengaruh Vatikan atau Katolik dan di desa ini juga
sebahagian besar penduduknya mengamalkan ajaran Kristian yang bercampur aduk
dengan kepercayaan pagan dan sihir Kabbalah.

Apakah yang ditemui para Templar di Baitul Maqdis?

Mengapa mereka meninggalkan ajaran Kristian selepas Perang Salib lalu mengamalkan
kepercayaan yang ditentang oleh dunia Katolik?

Mengapa mereka dibunuh dan diburu??

Persoalan ini tetap tersimpan beratus tahun sehinggalah kedatangan seorang pastor
(pendeta/paderi Kristian) muda ke desa yang penuh misteri ini. Kehadirannya yang kelak
akan meninggalkan petunjuk yang berguna untuk memimpin ke Dua Rahsia Sulit Terbesar
yang telah dihuraikan dalam siri ketiga yang lalu.


Francois Brenger Saunire

Francois Brenger Saunire dan Harta Karun Templar

Kisah tentang desa kecil dan misteri ini kembali terdedah dengan kedatangan Pastur
Francois Brenger Saunire (1852-1917). Sauniere (33) berasal dari Desa Montazels,
dekat Rennes le Chteau.

Pada tahun 1850, ayah Sauniere bekerja sebagai pengurus Marques de Castel Majou,
sebuah kastil besar di hujung desa. Ibunya berasal dari keluarga terhormat. Dua
bersaudara Afred dan Berenger, yang pintar dan bercita-cita tinggi, di sekolahkan ke Biara
Carcassonne agar kelak menjadi pastor dan meneruskan tradisi kehormatan bagi
keluarganya.

Setelah lulus, Berenger menjadi pastor di Desa Le Clat, yang berada agak jauh dari
Montazels, namun masih berada di sekitar Rennes le Chteau. Tanah Desa Le Clat
dimiliki oleh keluarga Hautpoul-Fellines. Setelah tiga tahun mengabdikan diri di Le Clat,
Berenger dipindahkan oleh atasannya, Biskup Carcassonne, ke Rennes le Chteau.

Pada awal Jun 1885, Pastur Brenger Saunire datang di Rennes le Chteau dan tinggal
di rumah keluarga Denarnaud. Anak Denarnaud, Marie Denarnaud dijadikan pembantu
Sauniere. Kehidupan pastor itu amat sederhana. Pendapatannya hanya enam pound
sterling setiap tahun ditambah dengan saguhati dari jemaah gerejanya. Pastor Berenger
Saunire bersahabat dengan Pastor Henri Boudet dari desa tetangga, Rennes-le-Bains.

Beberapa bulan kemudian Saunire mendapat masalah besar ketika dalam salah satu
acara yang dipimpinnya, Pastor muda itu menyampaikan suatu ajaran yang sangat anti-
Republikan, padahal pada waktu itu pemilihan umum tengah berlangsung. Untuk
sementara waktu Saunire dibebaskan dari tugas di jabatannya. Ketika akhirnya dia
dikembalikan kepada posisinya pada musim panas 1886, dia menerima hadiah sebesar 3.
000 franc dari Countess de Chambord, janda kepada seseorang yang menuntut dirinya
sebagai raja Perancis, King Henry de Bourbon yang mengaku bergelar Henry V, yang
merasa berhutang budi karena Saunire membela kaum monarki (bangsawan/raja-raja).
Pastor itu kemudian menggunakan wang tersebut untuk merenovasi gereja kecilnya yang
sudah rosak di sana-sini. Pada saat inilah pastor itu menemui sejumlah manuskrip dari
kulit (parchment) yang mengandungi kod rahsia.

Di bagian atas sebuah tiang dekat mimbar, dia menemukan sebuah laci rahsia yang
menyimpan sebuah dokumen. Dokumen itu memimpinnya menemukan sebuah bekas
besar yang sarat dengan syiling emas. Kononnya, syiling emas itu sangat cukup untuk
membangun seluruh desa menjadi makmur.

Setelah itu, Saunire kembali menemukan empat lembar manuskrip kulit dari sebuah tiang
bercirikan Visigoth dekat altar yang pada awalnya hendak dipindahkan. Manuskrip-
manuskrip tersebut amat sukar dibaca karena susunan huruf-hurufnya tidak teratur dan
sekilas pandang tidak membawa apa-apa makna. Tapi pendeta muda tersebut seorang
yang cukup kritis. Ia meyakini, walau apa pun itu, penemuannya itu pasti sesuatu yang
sangat berharga, sehingga membuat orang-orang menyimpannya di sebuah tempat yang
dirahsiakan.

Sejak awal, Saunire mencurigai, naskah yang berisi tulisan yang rumit itu sebenarnya
merupakan sebuah tulisan rahsia atau kod, yang harus dipecahkan dengan menggunakan
kunci atau teknik tertentu, sebelum erti sesungguhnya diketahui. Jelas, di dalam batin
Saunire, ada sesuatu yang sangat berharga di sebalik kod-kod yang begitu rumit ini.

Saunire tidak mampu memahami apa yang sesungguhnya dimaksudkan oleh naskah-
naskah itu. Akhirnya pastor itu mengunjungi beberapa kenalannya, salah satunya Biskup
Carcassonne, Felix-Arsne Billard, untuk diminta pendapatnya. Oleh Billard, Saunire
dinasihati agar menemui seorang ahli pemecah kod bernama mile Hoffet, yang ketika itu
merupakan seorang pemuda yang sedang belajar untuk jadi imam Kristian, namun
memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai ajaran sesat dan dunia kelompok-
kelompok rahsia.

Sekembalinya dari perjalanan mengunjungi beberapa kenalannya, kehidupan Saunire
yang pada awalnya sederhana berubah mendadak. Dalam waktu yang tidak lama pendeta
itu diketahui sering bertindak aneh. Kadangkala menyusuri jalanan desa bersama
pembantunya, terkadang pula mengurung diri di rumahnya, atau berjalan ke sana-kemari
tiada arah tujuan. Selain merenovasi gereja, dia juga mampu membangun menara
Magdala (Magdalena) yang mewah dan bahkan sebuah bangunan vila yang
dinamakannya Vila Bethania lengkap dengan taman yang indah serta rumah kaca.




Asmodeus

Tidak diketahui dari mana Sauniere mendapat inspirasi, gereja yang direnovasinya
ternyata diubah dengan gaya bangunan dan senibina yang amat tidak lazim bahkan
kelihatan mengerikan. Sebuah patung menyeramkan, Raja Iblis AsmodeusIblis penjaga
harta karun rahsia Kuil Sulaiman dalam kepercayaan Kabbalahdidirikan di jalan masuk
ke dalam gereja. Di bahagian pintu masuk gereja ditulis ayat-ayat :

TERRIBILIS EST LOCUS ISTE (TEMPAT INI MENGERIKAN).



Adakah penempatan patung Asmodeus ini oleh Saunire dimaksudkan bahawa di dalam
gereja tersebut terdapat sesuatu rahsia yang sungguh-sungguh penting dan berharga?
Selain itu, Saunire juga sering mengadakan perjamuan mewah kepada penduduk desa.
Seluruh warga desa tersebut, besar kecil, seluruhnya sering dijamu oleh sang pendeta
dalam acara jamuan yang mewah.

Bahkan sejumlah tetamu penting dari berbagai desa dan negeri juga sering datang
mengunjungi pendeta itu. Saunire telah hidup dalam gaya para raja. Pernah dalam
beberapa malam, penduduk menangkap pastor muda itu bersama pembantunya tengah
membongkar makam Marquise dHautpoul de Blanchefort. Dan ketika ditanya, maka
jawapan yang diperoleh pun dikesan seakan menutupi sesuatu. Namun anehnya, Vatikan
tidak mahu mengambil peduli tentang perubahan yang sangat menonjol itu. Entah
mengapa Gereja seolah-olah menutup mata bahkan dikesan enggan untuk sekadar
bertanya tentang penyebab perubahan itu. Takutkah Gereja pada Saunire? Gerangan
apakah yang ditemukan Saunire di dalam rongga salah satu tiang Gereja Magdalena?
Yang jelas, sesuatu itu telah menjadikannya kaya raya dan berkuasa. Pertanyaan-
pertanyaan ini terus terkunci dan menjadi salah satu rahsia sejarah Gereja Vatikan yang
paling gelap hingga kini.

Ketika Saunire terus hidup dalam segala kekayaan dan pengaruhnya, tiba-tiba Biskup
Carcassonne meninggal dunia. Seorang Biskup dilantik Vatikan menggantikan yang lama.
Biskup baru ini merasa ada sesuatu yang janggal dengan kehidupan Saunire. Dari mana
pendeta bawahannya itu bisa bergaya hidup mewah dan mendapatkan harta kekayaan
serta wang yang berlimpah, padahal wilayah kekuasaannya hanya di sebuah kampung
kecil bernama Rennes-le-Chteau?

Biskup baru itu rupanya tidak mendapat arahan terlebih dahulu dari Gereja, sehingga ia
dengan sangat biasa dan tanpa perasaan apa pun menulis surat kepada Saunire agar
dengan segera tampil untuk menjelaskan segala sumber harta kekayaan yang
diperolehnya.

Tindakan Biskup Carcassonne yang baru itu amat menyinggung perasaan Saunire.
Dengan berani, Saunire menentangnya. Biskup Carcassonne terkejut dengan
keberanian Sauniere. Sang Biskup pun tidak mahu kehilangan kewibawaannya. Dia
dengan kasar menuduh Saunire telah melakukan jual-beli hal-hal yang bersifat rohani.
Biskup pun mengadukannya ke mahkamah daerah untuk menghakimi orang bawahannya
itu. Atas desakan biskup, mahkamah daerah kemudian mengambil keputusan untuk
menahan Saunire.

Dengan menahan marah, Saunire mengadukan kejadian ini ke Vatikan. Setelah
menerima surat pengaduan Saunire, dengan cepat Vatikan segera membuat surat
perintah yang ditujukan pada Biskup Carcassonne yang baru dan juga Mahkamah
Daerah. Perintahnya hanya satu: Bebaskan Saunire secepatnya dan bebaskan dia dari
segala tuduhan serta pulihkan nama baiknya.

Dalam keadaan masih dilanda rasa hairan, Biskup Carcassonne kemudian segera
membebaskan Saunire dan tidak pernah lagi mengusiknya. Sejak itu Saunire mampu
hidup tenang dan meneruskan gaya hidup para rajanya yang mewah. Entah mengapa,
setelah peristiwa itu Saunire mengundurkan diri sebagai pastor desa. Gereja kemudian
mengangkat Pastur Marty sebagai pastur baru di desa tersebut, namun warga desa tidak
memperdulikannya.

Bersama warga desa dan Marie Denarnaud, Saunire terus hidup dalam kemewahan.
Selain Saunire, Marie Denarnaud sering terlihat mengenakan model pakaian paling
terkini dan mahal dari Paris. Sebab itulah Marie juga sering disebut sebagai La
Madonne. Selama hidupnya, dari tahun 1896 hingga 1917, pastor muda tersebut
diketahui telah membelanjakan wangnya tidak kurang dari 23 juta franc. Tiap bulan dia
sekurangnya mengeluarkan 160. 000 franc.

Saunire juga memiliki simpanan bank di Paris, Perpignan, Toulousse, dan Budapest.
Belum cukup dengan itu, pastor ini juga malabur dalam jumlah yang besar di bursa,
saham perusahaan, dan sekuriti, suatu tindakan yang tidak lazim dilakukan oleh seorang
imam Katolik.

Kematian Sauniere dan Petunjuk Penting


Kubur Asal Sauniere

Pada Rabu 17 Januari 1917, Saunire yang telah berusia 65 tahun tiba-tiba diserang
penyakit yang mirip dengan serangan jantung. Anehnya, lima hari sebelumnya, para
penduduk desa mengatakan bahawa Saunire nampak sangat sihat dan cergas untuk
lelaki seusianya. Dan yang juga aneh, di tarikh 12 Januari itu, pembantu Saunire, Marie
Denarnaud, diketahui telah memesan sebuah keranda bagi majikannya.

Apakah Marie Denarnaud memiliki deria keenam yang mengatakan bahawa majikannya
itu akan segera meninggal dunia? Atau Marie terlibat dalam suatu pakatan jahat yang
entah siapa yang melancarkannya untuk menghabiskan riwayat Saunire, disebabkan
majikannya itu memegang sebuah rahsia yang membuat Vatikan gentar? Di pihak mana
Marie Denarnaud?

Bukan itu saja, tarikh 17 Januari ini sebenarnya juga bukan tarikh yang biasa. Nisan
makam Marquise dHautpoul de Blanchefort yang dibuat Saunire ternyata juga bertarikh
17 Januari. Selain itu, hari perayaan pembangunan Gereja Saint Sulpice yang terkait
dengan rahsia Da Vinci juga dilakukan tiap tarikh 17 Januari. Ini terlalu naf jika dianggap
hanya suatu kebetulan.

Setelah terserang penyakit jantung yang misteri, keadaan kesihatan Saunire turun
mendadak. Dia terus berbaring dan nazak. Seorang pastor desa yang berhampiran,
pendeta dari Espraza, dipanggil untuk mendengarkan pengakuan terakhirnya dan
melaksanakan ritual peminyakan terakhir. Pendeta itu segera datang. Dia sendirian masuk
ke bilik di mana Saunire terbaring lemah.

Tidak lama kemudian, pendeta Espraza tersebut keluar dari bilik. Badannya gementar.
Mukanya pucat lesi. Kedua matanya kosong seakan melihat hantu. Menurut Ren
Descadeillas,

sejak hari itu, pendeta tua tersebut tidak lagi menjadi orang yang sama : dia jelas-jelas telah
mengalami suatu kejutan. Dan sampai akhir hayatnya dia tidak pernah terlihat tertawa lagi.

Pendeta itu juga menolak memberikan upacara terakhir menurut tradisi Katolik Rom untuk
Saunire. Pada Isnin, 22 Januari 1917, Saunire meninggal dunia. Pendeta kaya raya itu
tidak meninggalkan apa-apa selain misteri yang tetap dalam kegelapan.

Persoalan Dan Misteri Penemuan Sauniere

Apakah sebenarnya yang ditemui oleh Sauniere?
Mengapa Vatikan takut malah menutup mulut dengan tindak-tanduk Sauniere?
Benarkah dia telah menemui harta karun yang banyak di dalam gereja tua itu?
Dan mengapa pendeta dari Espraza pucat dan gementar mendengar pengakuan
sauniere?

Mula-mula kita hendaklah mengkaji apakah manuskrip dari kulit yang ditemui oleh
Sauniere. Pada umumnya para pengkaji Barat telah mendekodkan tulisan-tulisan rahsia
pada manuskrip ini berdasarkan pengetahuan mereka dalam bahasa Latin dan Greek.

The Dagobert Parchment



'Parchment' yang pertama setelah diselesaikan berbunyi seperti berikut:

A Dagobert Ii Roi Et A Sion Est Ce Tresor Et Il Est La Mort

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris:

To Dagobert II, King, and to Sion is this treasure and he is there dead

Sesetengah berpendapat 'il est la mort' bermaksud 'it is death'. Ini berkemungkinan, walau
bagaimanapun 'he is there dead' adalah lebih jelas bagi pembaca Perancis.

Dagobert II adalah merujuk kepada seorang raja dari dinasti Merovingian. 'Sion' pula
mungkin merujuk kepada 'secret societies' Priory of Sion.

The Shepherdess Parchment




Manuskrip kedua pula lebih dikenali sebagai The Shepherdess Parchment, di dalamnya
mengandungi kata-kata seperti Rex Mundi (King of The World) yang selalu digunakan
oleh golongan Cathars, satu golongan ajaran Gnostic yang dituduh sesat oleh Katolik,
juga Ad Genesareth (To Genesareth) di mana Genesareth adalah nama lain bagi Laut
Galilee. Setelah didekodkan oleh pakar bahasa, muncullah sebarisan ayat yang aneh,

Bergere Pas De Tentation Que Poussin Teniers Gardent Le Clef Pax Dclxxxi Par Le Croix Et Ce Cheval De
Dieu Jacheve Ce Daemon De Gardien A Midi Pommes Bleues

Dalam bahasa Inggeris:

Shepherdess no temptation. That Poussin [and] Teniers keep the key. Peace 681. By the cross and this
horse of God. I finish off this guardian daemon at midday. Blue apples.

Pelbagai tafsiran Barat mengenai dua petunjuk ini. Sebelum itu mari kita lihat beberapa
hipotesis para pengkaji tentang misteri penemuan Sauniere ini.

#Dua 'parchment' itu sebenarnya tidak mengandungi makna apa-apa
#Dua 'parchment' itu adalah hanyalah hasil karya seni untuk para peminatnya
#Dua 'parchment' itu adalah yang asli dan ia mengandungi maklumat untuk
para ahlinya sahaja
#Dua 'parchment' itu sebenarnya direka-reka oleh Sauniere untuk menyembunyikan
rahsia lebih besar
#Dua 'parchment' itu sememangnya asli dan Sauniere juga telah menemui 'parchment'
lain yang lebih mengggemparkan tetapi disembunyikan olehnya.
#Dua 'parchment' itu sememangnya asli, tetapi cara tafsiran para pemecah kod adalah
salah dan Sauniere tahu apa yang dimaksudkan oleh 'parchment' itu.

Pertama sekali anggaplah manuskrip ini adalah yang asli dan para pemecah kod telah
melakukan tugas mereka sebaiknya. Kita lihat 'parchment' pertama.

To Dagobert II, King, and to Sion is this treasure and he is there dead

Ini mungkin pemberitahuan kepada raja Merovingian ini dan kepada Sion (Priory of Sion?)
bahawa ini adalah 'harta' itu dan bahawa orang tertentu telah menemui ajalnya di suatu
tempat.

Secara ringkas Priory of Sion adalah satu kelompok rahsia di mana dikatakan Leonardo
Da Vinci, Jacques De Molay (Grand Master Knight Templar) dan Isaac Newton adalah
Grand Master bagi kelompok rahsia ini. Priory of Sion mempunyai kaitan dengan Masonic
Lodges yang lain seperti GLA (Swiss Grand Lodge Alpina) dan P2 (Italian Masonic
Lodge). Masonic Lodge ini telah merekrut ahli-ahli mereka untuk Priory of Sion. P2,
sebagai rangkaian Priory of Sion adalah satu organisasi yang lebih kepada mafia, mereka
telah mengawal Italian Secret Police dan ada kaitan dengan CIA dan KGB. P2 disyaki
sebagai suspek utama pembunuhan John Paul I dan melakukan percubaan membunuh
John Paul II. Sampai di sini, anda dapat lihat rahsia dari petunjuk ini?

Sesiapa yang dapat melihat rahsia itu di sini, akan dapat melihat terus satu rahsia paling
besar melibatkan sejarah beratus tahun agama Kristian dan siapa yang mengawalnya dan
untuk apa mereka mengawalnya.

Kepada yang masih tercari-cari, tidak mengapa, mari kita teruskan memecahkan petunjuk
ini.

Dagobert II pula adalah seorang raja Merovingian, di mana keturunan Merovingian adalah
penyembah syaitan dan mereka mengamalkan sihir. Kerajaan merekalah yang
memegang gelaran Holy Roman Empire.

Apakah kaitan Merovingian dengan Sion?

Priory of Sionlah yang mengangkat dan memastikan keturunan Merovingian menaiki
takhta Perancis dan Empayar Roman Suci itu. Mereka adalah 'di sebalik tabir' bagi
Merovingian dan segala fahaman mistik mereka. Dagobert II telah mati dibunuh atas
arahan Mayor Pepin The Fat yang akhirnya memulakan Dinasti Carolingian bermula dari
Charles Martel.

Mari kita lihat pula 'parchment' kedua yang dikenali sebagai The Shepherdess Parchment.

Shepherdess no temptation. That Poussin [and] Teniers keep the key. Peace 681. By the cross and this
horse of God. I finish off this guardian daemon at midday. Blue apples.

Di sini kita dapat lihat perkataan 'shepherdess', 'no temptation', Poussin dan Teniers.

Umum mengetahui bahawa 'shepherdess' adalah merujuk kepada hasil karya Nicolas
Poussin yang berjudul The Shepherds of Arcadia.

'No temptation' pula adalah hasil seni David Teniers iaitu The Temptation of St Anthony.

Kedua-dua lukisan ini anehnya menunjukkan sebuah kubur lama yang di selubungi misteri
dan suasana sekitarnya merujuk kepada desa di selatan Perancis ini pada masa-masa
lalu. Lokasi kubur lama ini pernah dicari oleh sekumpulan penyelidik berdasarkan suasana
Rennes-le-Chateau pada zaman dahulu seperti yang digambarkan dalam kedua-dua
lukisan, tetapi di lokasi tersebut didapati terdapat kesan-kesan binaan yang telah
dimusnahkan.


David Tenierss The Temptation of St Anthony (after 1640)


David Tenierss The Temptation of St Anthony (ca. 1650s)


Nicolas Poussins The Shepherds of Arcadia

'...keep the key' adalah petunjuk yang menarik. 'Key' adalah satu alat untuk membuka
rahsia yang lebih besar dan ia disimpan oleh Poussin dan Teniers.

Cuba teka, dimanakah kunci itu disimpan?

Ya...sudah tentu di dalam lukisan-lukisan mereka.

'Peace 681', para pengkaji cenderung mengaitkannya dengan tarikh Sigebert IV iaitu anak
kepada Dagobert II dibawa ke Rennes-le-Chateau. Ayat-ayat seterusnya mengatakan,

"demi salib ini dan kuda Tuhan (para pembela agama). Aku telah membunuh syaitan penjaga
(Asmodeus?) ini pada tengah hari. Epal Biru"

Jika dicantumkan petunjuk pertama dan kedua serta sejarah raja-raja Merovingian dan
kelompok rahsia, kita dapati Dagobert II telah dibunuh (he is there dead) dan 'harta' telah
diserahkan kepada 'Sion' (to Sion, is this treasure).

Kedua-dua lukisan Poussin dan Teniers menunjukkan kuburan jadi mungkin harta itu telah
ditanam atau disimpan bersama-sama kuburan Dagobert atau kuburan orang lain. Orang
yang melakukan pembunuhan ada kaitan dengan pihak gereja (By the cross and this
horse of God).

Waris Dagobert iaitu Sigabert IV telah dibawa ke desa misteri ini sama ada diselamatkan
(peace) atau dibunuh (rest in peace).

Pembunuh tersebut nampaknya telah berjaya membunuh orang yang mereka buru itu (I
finish off this guardian daemon at midday) pada waktu tengah hari.

'Blue Apples' mungkin tidak ada kaitan atau mungkin kata pengenalan diri atau kod
komunikasi kelompok rahsia.

Kemungkinan juga 'Blue Apples' ini merujuk kepada buah khuldi yang dimakan oleh Nabi
Adam AS atas godaan Iblis. Jika pendapat ini diambil, ia adalah lambang yang dikaitkan
kepada Iblis, atau lebih tepat lagi dalang kepada pembunuhan dan penyimpanan 'harta'
atau rahsia ini merupakan satu kelompok rahsia yang ada kaitan dengan kultus
penyembahan syaitan.

Sampai di sini anda nampak apa yang berlaku? Kita tambah lagi satu petunjuk,

Sebenarnya pada tahun 469, Gereja Roman Katolik telah membuat satu perjanjian
dengan Clovis I, seorang raja berketurunan Franks dengan merestui Clovis I sebagai 'New
Constatine' sebagai balasan penyertaannya ke dalam agama Kristian. Bermula dari sinilah
Empayar Roman Suci (Holy Roman Empire) melebarkan sayapnya dengan didukung oleh
Dinasti Merovingian. Tetapi pihak Gereja telah memungkiri janjinya dengan melantik
Charlemagne, cucu kepada Charles Martel sebagai Emperor Roman Suci yang baru
selepas beberapa siri pembunuhan dan konspirasi ke atas Dinasti Merovingian.

Soalannya, mengapakah pihak gereja memungkiri janjinya?














Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 5)

Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #1)



Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane

Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau? Misteri di lembah persembunyian
para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan
Kesatria Perang Salib yang terkenal itu, The Knight Templar.

Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau, kira-kira 20 tahun
selepas Perang Salib Pertama, sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de St.
Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St.
Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne telah bersepakat
menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru, pada tahun 1118.

Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II, raja Baitul Maqdis ketika itu untuk
meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para penziarah
Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul Maqdis
(Jerusalem). Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri pertempuran
dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di Pertempuran Hittin
menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera berundur. Kejatuhan kubu kuat
terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan keadaan memaksa mereka berundur ke
Cyprus dan seterusnya ke Eropah.

Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah
Suci, para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak, tidak
diketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka telah
tewas di tangan orang-orang Islam, mereka telah menubuhkan sistem kapitalis atau
perbankan, dan bergerak seperti satu militan yang boleh bertindak bebas dari undang-
undang sivil mahupun undang-undang gereja.

Kemudian, pihak gereja Katolik telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan Knight
Templar dan menghukum para ahlinya. Grand Masternya, Jacques de Molay dan orang-
orangnya telah dibakar hidup-hidup sementara para Templar yang lain bertempiaran lari
ke Scotland dan ada yang bersembunyi ke selatan Perancis.

Apakah misi mereka sebenarnya?

Mengapa pihak Gereja mengambil keputusan menghukum mereka setelah sekian lama
membiarkan mereka berbuat sesuka hati?

Apakah yang mereka temui di Baitul Maqdis?

Untuk mengetahui mengapa para Templar dibunuh, kita hendaklah mengkaji apakah
ketakutan para Biskup dan paderi Gereja Roman Katolik selama beratus-ratus tahun. Kita
juga hendaklah mengkaji peranan 'secret societies' dan hubungan mereka dengan pihak
gereja. Mengapa dahulunya para Templar yang hanya berjumlah sembilan orang, miskin
dan kekurangan kuda berubah mendadak menjadi kaya raya, tidak seperti aliran Tentera
Salib yang lain seperti Hospitallers (St. John) dan Teutonic.

Kita hendaklah membuka peti 'harta' yang dijumpai oleh Knight Tempar ini,yang digelar
Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman.

Rahsia Para Templar


Wang Syiling Knight Templar

Sebelum itu mari kita lihat beberapa pendapat dari pelbagai kajian oleh cendekiawan
Timur dan Barat tentang apa yang ditemui para Templar di Jerusalem

Para Templar telah menemui kitab sihir yang disembunyikan Nabi Sulaiman
#Para Templar telah menemui kitab sihir yang disembunyikan Nabi Sulaiman AS hasil
rampasan baginda ke atas golongan Bani Israel yang mengamalkan sihir.
#Para Templar telah menemui ajaran-ajaran dan kitab Kabbalah.
#Para Templar telah menemui True Cross,Holy Grail dan 'relics' yang lain lantas
menyembunyikannya dari pengetahuan gereja.
#Para Templar telah menemui bukti yang mengatakan Nabi Isa AS telah berkahwin dan
meninggalkan zuriat.
#Para Templar telah menemui kuburan Nabi Isa AS.
#Para Templar telah menemui kuburan Maria Magdalena,dan memindahkannya ke
Eropah.
#Para Templar telah menemui ajaran suci Islam lantas memeluknya.

Ada satu pendapat yang dikemukakan oleh beberapa cendekiawan Barat dan Islam
tentang rahsia yang ditemui oleh Knight Templar.Pendapat ini jika dipadankan dengan
sejarah gereja,'secret societies' dan Knight Templar itu sendiri akan menemui keserasian
dan hampir menyelesaikan teka-teki penemuan Sauniere di Rennes-le-Chateau.

Pendapat mengatakan Knight Templar memeluk Islam adalah pendapat yang agak
ekstrem, kerana jika Knight Templar kesemuanya memeluk Islam, pasti ada sumber
sejarah, kalau pun sumber Kristian menafikannya, pasti ada sumber sejarah Islam
mengesahkannya. Knight Templar adalah tentera Salib yang banyak membunuh orang
awam Islam, Yahudi mahupun Kristian yang bersembunyi di gereja. Jadi tentera-tentera
Islam banyak menghapuskan mereka dalam peperangan disebabkan sifat zalim mereka
yang melampau. Walaupun di dalam peperangan besar seperti Hittin misalnya, Knight
Templar ada ditawarkan untuk memeluk Islam, hanya sedikit sahaja yang menerimanya.
Dan perlu diingat, ketika kekalahan Tentera Salib di Pertempuran Hittin, para Templar
yang berkubu di sepanjang Syria dan Cyprus bertempiaran lari balik ke Eropah selepas
mengetahui Tentera Salahuddin akan mengejar mereka.

Sebelum kita menyiasat rahsia para Templar, kita ikuti sejenak situasi peperangan
terbesar dan terdasyat di antara Tentera Salib dan Tentera Islam (suasana peperangan
inilah yang menginspirasikan situasi perang antara tentera Aragon dan Sauron dalam The
Lord of The Rings) iaitu Pertempuran Hittin, di mana para Templar turut serta di dalamnya.









Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 6)

Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #2)

Perang Hittin 1187


Pertempuran Hittin : Tentera Salahuddin al-Ayubi berjaya ke atas Tentera Salib

Pertempuran Hittin atau Hattin yang meletus di sebuah tempat berdekatan Tiberias kini
dalam wilayah Israel. Kawasan tersebut turut dikenali sebagai "Tanduk Hattin" kerana
terdapat 2 buah bukit berdekatan tempat tersebut. Pertempuran antara tentera Islam dan
angkatan Salib Eropah berlangsung di tempat pada hari Sabtu, 4 Julai 1187.

Angkatan Salib yang menguasai Baitul Maqdis bertindak menghalang kemaraan tentera
Islam dinasti Ayyub di bawah Saladin (Sultan al-Nasir Salahuddin al-Ayubi). Tujuan
tentera islam menyerang kerana kebiadaban angkatan Salib yang melanggari perjanjian
gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh rombongan haji
umat Islam yang menuju ke Makkah.

Latar belakang Perang Hittin

Guy Lusignan menaiki takhta sebagai pemerintah Kristian Baitul Maqdis pada tahun 1186
kerana beliau mengahwini Sibylla. Hal ini terjadi selepas kematian anak lelaki Sibylla yang
bernama Baldwin V merupakan pewaris tetap kerajaan Kristian Baitul Maqdis. Sibylla
berkahwin dengan suami pertamanya William dari Montferrat.

Pada masa itu kerajaan Kristian Baitul Maqdis dibahagikan antara kumpulan mahkamah
yang dipimpin oleh Guy dan Sibylla serta pendatang baru dari kalangan negara Eropah
lain seperti Raynald Chatillon, Gerard Ridefort dan Knights Templar. Kumpulan kedua
pula dikenali sebagai kumpulan pertuanan yang diketuai oleh Raymond III dari Tripoli
yang merupakan raja muda bagi pewaris Baldwin V. Kumpulannya telah bangkit
menentang pewarisan Guy yang tidak diiktiraf oleh mereka.

Raymond III dari Tripoli yang melihat bahawa beliau adalah pewaris utama di kalangan
bangsawan yang paling layak memegang takhta tersebut bergegas ke Baitul Maqdis untuk
membuat bantahan kepada Guy dan Sibylla. Raymond III yang menentang arus melalui
bahagian atas Lembah Sungai Jordan menuju ke Tiberias bagi menghalang Guy yang
ingin mengepung Tiberias.


Kemaraan Guy tersebut dianggap satu pencerobohan dan situasi menjadi tegang hingga
hampir mencetuskan peperangan terbuka di antara Raymond dan Guy. Guy yang hendak
mengepung Tiberias secara sengaja sedangkan sebuah kubu pertahanan adalah di
bawah penguasaan Raymond III melalui isterinya iaitu Eschiva, puteri Galilee. Namun
perang tersebut berjaya dihalang melalui campur tangan oleh penyokong Raymond iaitu
Balian dari Ibelin.

Sementara itu juga wilayah-wilayah Islam di sekitarnya pernah bersatu sepanjang tahun
1170-1180 oleh Saladin (Salahuddin Al-Ayubi). Saladin telah dilantik sebagai gabenor
Mesir pada tahun 1169 dan tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai Sultan. Pada
tahun 1174, beliau berjaya menguasai kota Damsyik, kuasanya meluas ke kota Aleppo
(Halab) pada tahun 1176 dan seterusnya ke kota Mosul pada tahun 1183.

Buat pertama kali, wilayah Kristian Baitul Maqdis sedang dikelilingi oleh wilayah Islam
yang berjaya disatukan di bawah seorang pemerintah Islam. Angkatan Salib berjaya
mengalahkan pasukan tentera Saladin dalam pertempuran Montgisard berdekatan
Ramlah, Palestin pada tahun 1177. Pada awal tahun 1180-an kedua belah pihak
menandatangani perjanjian damai. Namun perjanjian tersebut dikhianati oleh pasukan
Kristian bawah pimpinan Raynald yang menyerang jemaah haji Muslimin dan beliau
sendiri bertindak mengancam untuk menyerang Makkah dengan pasukannya.

Apabila Guy menjadi raja, Raymond membuat satu perdamaian berasingan dengan
Saladin, dan pada 1187 beliau telah membenarkan Sultan menghantar askarnya di
bahagian utara wilayahnya. Pada masa yang sama, satu pasukan diplomatik telah
dihantar dari Baitul Maqdis ke Tripoli bagi membuat rundingan penyelesaian antara
Raymond dan Guy. Pasukan diplomatik ini telah ditewaskan dalam pertempuran Cresson
pada 1 Mei 1187, oleh satu pasukan kecil di bawah pimpinan al-Afdal iaitu anak Saladin.
Raymond segera berdamai dengan Guy dan berusaha mengumpulkan keseluruhan
tenteranya untuk berarak ke utara untuk bertemu dengan tentera Saladin.

Selepas keadaan kembali tenang, Raymond dan Guy bertemu di Acre (Akka) dengan
gerombolan angkatan tentera Salib yang lebih besar. Menurut beberapa sumber dari
Eropah ia mengandungi 1,200 orang kesatria dalam bilangan pasukan berkuda yang
ringan dan berkemungkinan mengepalai lebih 10,000 askar pejalan kaki.

Bilangan itu tidak termasuk pasukan pemanah upahan daripada armada dagang Itali yang
sering memberikan bantuan kepada angkatan perang Salib serta sejumlah besar askar
upahan yang mencari wang termasuk etnik Turk Byzantin di bawah dana derma oleh
Henry II dari England. Pasukan yang turut sama menyertainya adalah peninggalan pihak
Salib yang dipimpin oleh Uskup Acre (Rahib Kristian Akka, Syria) yang berada di situ
sebagai ganti kepada Patrik (Patriarch) Heraclius yang sedang sakit.


Salahuddin al-Ayubi

Pada 2 Julai, Saladin yang cuba menjerat Guy telah menggerakkan tenteranya keluar dari
Saffuriya (Sephoria) pada musim bunga dan secara peribadi mengetuai satu
pengepungan kubu milik Raymond di Tiberias. Manakala angkatan tentera Islam utama
masih kekal berada di Kafr Sabt. Angkatan Salib yang berada di barisan hadapan
pasukan Tiberias cuba untuk 'membayar' Saladin agar mengundurkan pasukan
tenteranya. Beliau enggan menerimanya dan menyatakan kepada mereka,

"Apabila sesebuah rakyat itu mulai menyedari bahawa mereka hanya mempunyai lawan yang
satu. Sesiapa pun tidak boleh menjerat atau menipu mereka, malah mereka tidak akan cepat
berpuas hati dengan penghormatan (pangkat) yang cuba diberikan. Jika itu berlaku, mereka
akan takut terjadinya perang yang mungkin mengorbankan diri mereka dan mereka akan
meminta sebahagian harta tersebut untuk diri mereka... tetapi hamba yang ikhlas berkhidmat
pasti menghunuskan pedang bagi memisahkannya di antara mereka."

Kubu tersebut jatuh pada hari yang sama. Sebuah menara pertahanan Kristian berjaya
dirobohkan dan apabila tenteranya bertempiaran lari, askar-askar Saladin menyerbu dan
membunuh askar Kristian yang masih bertahan dan menawan sebahagian besar daripada
mereka sebagai banduan. Isteri Raymond iaitu Eschiva yang masih bertahan telah
dikepung di dalam kubu pertahanannya. Sewaktu mereka bersiap untuk menggempur
kubu pertahanan terakhir itu, berita telah diterima oleh Saladin bahawa Guy sedang
menggerakkan angkatannya tenteranya ke bahagian timur sebagai umpan.

Keputusan Guy untuk meninggalkan benteng pertahanannya sebagai satu usaha
menyelamatkan dan mempertahankannya adalah satu hasil perbincangan para panglima
perang Salib pada malam 2 Julai. Walaupun ada laporan yang telah diputuskan pada
mesyuarat ini merupakan pandangan berat sebelah akibat persengketaan peribadi antara
pemerintah angkatan Salib. Ini memperlihatkan bahawa Raymond sendiri terpaksa
melaksanakan satu ekspedisi tentera yang digerakkan dari Acre ke Tiberias yang tidak
sepatutnya dilakukannya di saat genting tersebut.

Namun taktik Saladin ini amat bertepatan dengan apa yang beliau mahukan. Manakala
kota Sephoria adalah satu kedudukan yang begitu kukuh bagi pihak tentera Salib
mempertahankannya dan amat sukar untuk dikalahkan oleh tentera Islam yang dipimpin
oleh Saladin.

Tambahan pula, Guy tidak sepatutnya bimbang tentang pertahanan kota Tiberias kerana
Raymond menguasainya secara peribadi dan bersetuju untuk meninggalkannya demi
keselamatan negerinya yang lebih luas. Sebagai respon untuk hujah ini, walaupun
perdamaian sesama mereka berlangsung dalam situasi genting ini dan dilihat pihak
kumpulan mahkamah yang diketuai Guy lebih dominan dalam arena politik saat itu, maka
Raymond telah dianggap pengecut oleh Gerard dan Raynald.

Impak dari keputusan tersebut membuatkan Guy bertindak merancang serangan pantas
terhadap pihak Saladin. Guy mengarahkan kepada pasukan tenteranya agar mara untuk
menentang angkatan tentera Saladin di Tiberias. Apa yang telah dirancang oleh Saladin
dengan begitu teliti telah menjadi. Saladin merancang agar pertempuran terbuka dengan
pihak angkatan Salib adalah lebih mudah daripada mengalahkan mereka yang berada
dalam kubu pertahanan yang kukuh.

Pertempuran


Knight Templar

Angkatan Salib yang bergerak dari kubu kota Sephoria pada 3 Julai di bawah pimpinan
Raymond yang berada di barisan paling hadapan bersama Guy, Balian, Raynald serta
para panglima perang Salib. Pasukan besar itu sentiasa berada di bawah pantauan
berterusan daripada askar peninjau berkuda Islam. Pada tengah hari pada hari itu, tentera
Salib yang baru sampai ke sebuah kampung di Turan sejauh enam batu (10 km) daripada
Sephoria. Di sini, menurut Saladin,

"Burung-burung helang dari infantri Salib dan helang pasukan berkuda mereka bakal
mengepak-ngepak di sekeliling air (kerana kehausan)."

Tempat tersebut masih berada sejauh batu sembilan (14 km) dari kota Tiberias. Oleh itu,
dengan hanya satu setengah hari perjalanan sebarang percubaan untuk meninggalkan
sumber air ini pasti membawa kemusnahan bagi mencari objektif lain pada hari yang
sama. Situasi genting begini bakal mengundang serangan tentera Saladin pada bila-bila
masa sahaja.

Apabila Saladin tiba selepas mengambil alih sepenuhnya kota Tiberias dan selepas
tentera Salib bersiap meninggalkan perkampungan Turan kedua belah pihak bertemu.
Tentera Islam memulakan serangan mereka dengan bersungguh-sungguh. Saladin
menghantar dua sayap tenteranya menggempur pasukan tentera Salib dan berjaya
merampas perkampungan Turan dan mampu menyekat pengunduran angkatan Salib
secara menyeluruh. Taktik ini akan memberikan Saladin kemenangan dalam pertempuran
yang lebih besar.

Dalam pertempuran yang masih berlangsung berikutnya, barisan belakang angkatan Salib
terpaksa berhenti oleh serangan bertali arus oleh tentera Saladin. Serangan beterusan itu
mengakibatkan mereka terpaksa menghenti-hentikan pengundurannya hingga
keseluruhan tentera Kristian berada di dataran tinggi. Mereka terpaksa bertahan dan
membina kem sementara yang terkepung di dataran tersebut oleh tentera Islam. Mereka
dalam keadaan tertekan kerana tidak mempunyai bekalan air ataupun sebarang harapan
untuk menerima bekalan bantuan makanan atau ketenteraan.

Behe al-Din meringkaskan dalam catatannya mengenai keadaan tentera Salib yang
semakin tertekan :

"Mereka seolah-olah berada dalam satu gelung, sambil tetap terus berkawat seolah-olah
mereka menantikan kematian yang mereka boleh lihat sebelum kejadian itu berlaku ke atas diri
mereka. Apa yang pasti bagi mereka ajal maut dan kemusnahan bakal menimpa diri mereka dan
mereka sememangnya sedar bahawa hari berikutnya itu mereka pasti akan melawat terlebih
dahulu di kuburan mereka."

Pada pagi 4 Julai, tentera Salib telah dikaburkan oleh asap-asap unggun bakaran oleh
askar Saladin yang cuba menambah lagi kesengsaraan tentera Salib yang kelaparan dan
kehausan. Dalam situasi kekalutan tersebut, pasukan berkuda Islam membuat serangan
dengan memanah mereka dengan 400 muatan anak-anak panah yang telah disiapkan
sepanjang malam tersebut. Gerard dan Raynald yang tidak keruan menasihatkan Guy
untuk membentuk pasukan penyerang dan terus melakukan serangan balas sebagaimana
yang dibuat oleh abang Guy iaitu Amalric II.
Raymond memimpin bahagian pertama bersama-sama dengan Raymond dari Antioch
iaitu anak lelaki kepada Bohemund III dari Antioch. Manakala Balian dan Joscelin III dari
Edessa membentuk barisan pertahanan di garisan belakang. Sedang persiapan telah
diatur rapi, lima daripada kesatria Raymond III telah berpaling tadah kepada Saladin.
Mereka memberitahu kepadanya bahawa pihak Kristian berada dalam keadaan ketakutan
di khemah mereka menantikan serangan. Situasi penuh dahaga di bawah bahang panas
mentari yang semakin terik, semakin mematahkan semangat pihak angkatan Salib.

Beberapa pasukan mula mengatur langkah dengan kelompok yang berpecah-pecah untuk
mencari mata air di sekitar medan Hittin. Malangnya, pasukan yang kecil-kecil dan
berpecah daripada pasukan besar dengan mudah diserang oleh tentera Saladin dan
menghalang mereka membuka laluan dan membuat operasi pengunduran ke kawasan
yang lebih selamat.

Keadaan semakin gawat ini telah memaksa Raymond melancarkan dua operasi besar
sebagai satu percubaan untuk menerobos ruang untuk mendapatkan bekalan air di laut.
Saat genting ini dia 'hampir' berjaya disekat dari pasukan tentera utamanya dan terpaksa
berundur semula.

Langkah paling mudah bagi infantrinya ini adalah dengan bergerak ke kawasan 'tanduk'
Hittin yang lebih tinggi. Guy terus mencuba dengan melemparkan khemah-khemahnya
bagi menghalang pasukan berkuda Islam menghampiri pasukan mereka. Namun,
infantrinya tanpa sebarang perlindungan tidak berjaya menghalang serangan pasukan
berkuda Islam itu, ditambah dengan pasukan pemanah Islam yang terus menerus
menyerang posisi mereka.

Tentera Salib berundur ke Tanduk Hittin

Kedudukan mereka yang kian terkepung walaupun telah mencuba beberapa operasi
serangan balas pada kedudukan Saladin. Namun, mereka dapat juga dikalahkan pada
akhirnya. Saksi dalam situasi ini dinyatakan oleh anak lelaki Saladin sendiri bernama al-
Afdal. Kenyataan beliau telah dipetik oleh Ibn al-Athir :
"Apabila raja mereka (Guy) sampai ke bukit bersama pasukannya itu, mereka telah melancarkan
satu serangan ganas kepada tentera Islam. Situasi ini memaksa mereka untuk bersama-sama
berundur ke posisi ayahanda saya (Saladin). Saya melihat ke arahnya dan dia memusingkan
wajahnya yang tidak keruan dalam keadaan pucat sambil memegang janggutnya.... Kemudian
tentera Islam menyusun semula pasukan dan kembali membalas serangan kepada angkatan
Salib yang bertahan di kawasan berbukit."

"Apabila saya melihat mereka berundur dan tentera Islam mengejar mereka, saya menjerit
dalam kegembiraan: "Kita berjaya mengalahkan mereka." Tidak lama kemudian pihak tentera
Salib sekali lagi membuat serangan balas sebagaimana mereka telah melakukannya sebelum ini.
Pasukan tentera Islam kembali mundur hingga sampai ke barisan yang diduduki ayahanda saya.
Kemudian pasukan Islam menyerang semula ke atas pasukan mereka dan memaksa mereka
kembali ke kedudukan mereka di atas bukit. Saya menjerit sekali lagi: "Kita berjaya
mengalahkan mereka." Ayahanda saya berpaling kepada saya seraya berkata: "Lebih baik diam!
Kerana kita tidak akan dapat mengalahkan mereka sehingga khemah itu (Guy) tumbang."
Sebaik sahaja Saladin bercakap sedemikian, khemah merah yang diduduki oleh Guy telah pun
berjaya dirobohkan."

Kesemua pihak pemerintah Salib yang berada di situ berjaya ditangkap dan sebilangan
lagi terbunuh dalam pertempuran tersebut. Apa yang jelas, daripada catatan sejarah
melaporkan bahawa Guy, abangnya Amalric II, Raynald, William V Montferrat, Gerard de
Ridefort, Humphrey IV Toron, Hugh Jabala, Plivain Botron, Hugh Gibelet, dan sebahagian
lagi berjaya ditawan. Berkemungkinan hanya 3,000 orang tentera Kristian yang terselamat
dalam pertempuran tersebut daripada 20,000 orang. Raynald dibunuh sendiri oleh Saladin
kerana dengan biadab mengaku menyerang dan mengkhianati perjanjian yang dimeterai
dengan pihak kerajaan Islam.

Pada hari Ahad bersamaan 5 Julai Saladin menuju ke arah Tiberias dalam enam batu (10
km) dari situ. Sewaktu di sana, Eschiva secara sukarela menyerah diri dan kubu
pertahanannya. Beliau telah dilepaskan pergi ke Tripoli dengan semua ahli keluarganya,
pengikut, dan hamba miliknya.

Pada Isnin bersamaan 6 Julai, dua hari selepas pertempuran itu pasukan Saladin berjaya
menangkap Kesatria Templar dan Hospitaller. Mereka ditawarkan untuk memeluk Islam,
menurut Imad al-Din, hanya segelintir sahaja yang menerimanya. Walaupun mereka yang
menganutnya hanya segelintir namun mereka menjadi seorang Islam yang baik
akhlaknya.





Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 7)

Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #3)

Knight Templar dan 'Secret Societies'








Pendapat popular tentang Knight Templar ialah kaitan mereka dengan 'secret societies'
seperti Freemason dan Priory of Sion. Priory of Sion mungkin nama komersil yang
digunakan, tetapi sebenarnya ia membayangi satu lagi kelompok rahsia yang benar-benar
wujud, iaitu Rosicrusian. Kaitan di antara para Templar dan Freemasonry amat menarik
sehinggakan terdapat darjat dan lodge di dalam Freemasonry didedikasikan kepada nama
Knight Templar.

Siapakah sebenarnya Knight Templar ini?

Apa hubungan mereka dengan Freemasonry?

Kata kunci kepada Knight Templar dan Freemasonry tidak boleh tidak adalah, Kabbalah.


Sebenarnya, Knight Templar adalah satu lagi 'secret societies' yang ditubuhkan untuk satu
misi rahsia di Jerusalem (Baitul Maqdis). Mereka bukanlah baru belajar dan mengetahui
tentang ajaran sesat Kabbalah selepas Perang Salib, tetapi merekalah para rahib
Kabbalah dari kalangan orang-orang Eropah yang menyertai kultus penyembah Iblis. 'Kuil
Sulaiman' yang dicantumkan ke dalam nama rasmi mereka Pauperes commilitones Christi
Templique Salomonis, atau "Poor Fellow-Soldiers of Christ and the Temple of Solomon"
adalah berkait rapat dengan organisasi kelompok rahsia mereka.

'Kuil Sulaiman' bukanlah identiti orang-orang Kristian jika hendak membincangkan Holy
Land. Lebih meyakinkan jika mereka meletakkan nama seperti Church of the Holy
Sepulchre atau Jesus's Tomb atau True Cross jika hendak mengaitkan destinasi bagi
tujuan misi mereka. 'Kuil Sulaiman' adalah lebih dekat dengan orang-orang Yahudi, yang
mengimpikan Solomon' Temple mereka dapat dibina kembali di atas runtuhannya yang
beberapa kali dimusnahkan oleh raja-raja yang menjajah mereka seperti Nebuchadnezzar
dari Kerajaan Babilon dan Titus dari Kerajaan Rom.'Kuil Sulaiman' adalah salah satu
lambang dalam Freemasonry, dan memang tujuan mereka untuk merampas Holy Land
bagi melaksanakan agenda tersembunyi mereka. Tetapi ada satu misi terahsia Knight
Templar dan misi ini bercampur baur antara kehendak gereja dan kelompok rahsia yang
berusaha untuk mengawal gereja. Untuk memilih 'kunci' yang tepat bagi membuka peti
harta Knight Templar ini, kita juga mestilah mengkaji sejarah gereja dan apa yang
menakutkan mereka selama ini.

Gereja Roman Katolik adalah sebuah institusi Kristian yang mempercayai prinsip-prinsip
Kristian yang termaktub secara rasmi setelah Persidangan Nicea. Sebenarnya di dalam
dunia Kristian, terdapat beberapa lagi institusi selain Katolik seperti Gereja Ortodoks,
Gereja Protestan, Gereja Mormon, Gereja Timur dan Gereja Koptik Mesir.


Gereja Ortodoks Rusia

Tetapi Gereja Roman Katolik adalah aliran yang dominan dan majoriti dalam dunia
Kristian.Gereja Roman Katolik umumnya terkenal dengan kepercayaan Trinitinya iaitu
mempercayai Nabi Isa a.s adalah sebati dengan Tuhan dan beliau juga adalah salah satu
dari tiga entiti 'Tuhan' (Triniti) selain Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Ini adalah kepercayaan
pokok dalam Kristian aliran Katolik. Sejak beratus tahun Paus dan para Biskup
mempertahankan kepercayaan ini dengan melancarkan pelbagai 'Perang Salib' seperti
Perang Salib Albigensian (1208-1229), oleh Paus Innocent III, Pengepungan Cathar di
Montsegur 1243 dan lain-lain termasuk Perang Salib yang 'teragung' menentang orang-
orang Islam.

Persoalannya adakah kepercayaan Triniti sebenarnya adalah ajaran Nabi Isa a.s atau
satu ajaran lain yang diada-adakan?

Ini adalah satu misteri yang kadangkala tidak dapat dijawab oleh paderi sendiri. Kerapkali
jawapan yang diberi, ia tertulis dalam Bible.

Adakah benar-benar ia wahyu datang dari Tuhan?

Adakah Bible benar-benar menuliskannya begitu sejak dari era Jesus dan para
sahabatnya?
Adakah Bible (Bible yang dipakai oleh Gereja Katolik sekarang) itu sendiri adalah Bible
yang asal, yang ada di tangan Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun?

Sebenarnya terdapat banyak lagi bible yang lain, seperti Didache, Barnabas, Thomas dan
Mathias (sekadar menyebutkan beberapa nama). Bible yang lain ini dianggap palsu,
menyimpang, tidak asli atau dongeng. Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti
Gnostik atau Apocrypha. Bible yang diiktiraf ialah empat Bible yang ditulis oleh Matthew,
Mark, Luke, John; yang digelar Canonical Bible atau Injil Kanonik. Sebenarnya Bible yang
empat itu bukanlah yang asli, malah ia adalah tulisan kompilasi oleh penulis-penulis Injil
itu sendiri. Bible yang dijadikan rujukan Bible yang empat itu asalnya bertulisankan Greek
dan bukannya Aramaik (iaitu bahasa Nabi Isa dan para sahabatnya).

Dimanakah kitab-kitab Injil yang berbahasa Aramaik itu pergi? Setidak-tidaknya
berbahasa Yahudi (Hebrew/Ibrani)?

Pada umumnya tidak ada pada hari ini. Bible ditulis dalam banyak bahasa dan penafsiran
yang pelbagai. Tidak ada satu pun Bible yang tertulis seperti mana asalnya di tangan Nabi
Isa a.s atau para sahabatnya itu sendiri.

Tidak seperti AlQuran, AlQuran pada hari ini adalah AlQuran 1400 tahun dahulu, tidak
berubah ayat atau makna sedikit pun.Kita perlu belajar sejarah Bible,untuk menghidu
ketakutan para paderi Katolik seterusnya mencari kunci yang sesuai untuk membuka peti
harta karun Knight Templar.






Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 8)

Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #4)

Sejarah Bible


(Nota: Dalam perbincangan dibawah kadangkala Nabi Isa disebut 'Jesus' secara
bergantian)

Bible atau Kitab Perjanjian Baru adalah suatu Kitab Greaco (Yunani), dialek Koine, yang
dikarang dan ditulis di luar Palestin; jadi bukannya dalam bahasa Aramaik yang digunakan
dan difahami di Palestin pada masa itu oleh Nabi Isa AS, para Hawariyyun dan awam.

Sebenarnya Perjanjian Baru bukan merupakan suatu Kitab, tapi hanya karangan-
karangan, surat-surat kiriman dan catatan-catatan terpisah dalam bahasa Yunani dan
Aramaik hingga menimbulkan beraneka tafsir yang bertentangan; terutamanya sekitar
entiti Jesus,dan bukan ajarannya.

Contohnya, surat-surat dari Paulus ditulis antara tahun 50 M dan 54 M (semua tahun
selepas ini adalah dalam Masehi) dari Korintus dan Epesus kepada orang-orang
Tesalonika, orang-orang Korintus, orang-orang Galatia dan orang-orang Rom.

#Pada tahun 58 dari Rom kepada orang Pilipi dan Kolose.

#Pada tahun 65 surat kepada orang-orang Ibrani (katanya oleh Paulus).

#Pada tahun 75 disiarkan bentuk awal Injil karangan Markus.

#Pada tahun 79 disiarkan Injil Matius.

#Pada tahun 90 Synode di YAMNIA mengakui Kitab Suci Yahudi, iaitu Wasiat Yang Lama
menurut tradisi (orang Yahudi Diaspora). Pada tahun 95 disiarkan Kitab Wahyu.

#Pada tahun 105 disiarkan Kitab Kisah Perbuatan Rasul-rasul karangan Lukas yang terdiri
dari 2 jilid dan kemudian dijadikan satu karya.


Terdorong oleh Kitab Kisah Rasul-rasul tersebut, mungkin juga dimulai oleh Gereja
Epesus, dihimpunlah pada tahun 110 surat-surat kiriman Paulus. Muqadimah penyusun
ditulis atas nama Paulus, oleh kerananya kemudian disebut Surat kepada orang Epesus.



#Pada tahun 115 disiarkan Surat Yang Pertama dan Kedua kepada Timotius dan Titus
atas nama Paulus, dan barangkali juga dalam tahun itu Surat yang Pertama dari Yohanes.

#Pada tahun 117 mungkin disiarkan Surat Yang Kedua dan Ketiga dari Yohanes.

#Pada tahun 135 disiarkan Injil karangan Yahya dan Surat dari Barnabas.

#Antara tahun 145 hingga 155 terdapat banyak tulisan suci yang tak diketahui atau
diragukan pengarangnya dan yang kemudian disisihkan, disingkirkan (APOCRYPHA).
Bahasa dari aneka tulisan-tulisan di atas adalah dalam bahasa Greaco dan/atau dalam
bahasa Aramaik, hal yang menimbulkan perbedaan tafsir, faham dan keyakinan antara
para Biskup Barat dan Timur.

Oleh kerana permusuhan yang timbul dan perbezaan keyakinan sebagaimana terurai di
atas, terasa perlu benar oleh Emperor Constantine I demi ketenteraman untuk
menyelenggarakan suatu persidangan, yaitu suatu Ecumenical Council (yang
pertama kali) pada tahun 325 di Nicaea (kini Isnik di Istanbul). Kemudian banyak
lagi council atau synode menyusul; yang "Ecumenical" jumlahnya hingga tahun 1869 ada
20 atau 21 kali.

Gereja Timur Ortodox Yunani mengakui 7 yang pertama (dari tahun 325 s/d 787), dan
Gereja Roman Katolik mengakui 14 Ecclesiastical/Ecumenical Council dari yang pertama.
Council Nicaea dihadiri oleh 220 Biskup dari Barat dan Timur. Yang dibicarakan hanyalah
soal-soal mengenai lman, Kebaktian, dan sebagainya. Yang terpenting adalah soal Ke-
Esaan Tuhan menurut faham Yahudi dan Syirk, yaitu kepercayaan Goyim (yakni bukan-
Yahudi, maksudnya Hellenisme dan aneka mytology bangsa-bangsa Jahiliyah), dan
kemudian antara Unitarian dan Trinitarian.

Paulus yang berbicara bahasa Yunani dan tidak faham Aramaik, mengakibatkan ia
memberi bentuk baru pada ajaran Yesus yang mudah dan indah dengan memasukkan
aneka unsur gnostik, hal-hal ajaib dan mistik dari agama dan kebudayaan Yunani Kuno
(Hellenisme); seperti misalnya soteriology-faham pembebasan penebusan dosa. Sistesis
inilah yang kemudian menjadi pertengkaran antara paderi-paderi di mana pelbagai gereja
(Paulinisme) ke luar sebagai pemenang.

Menurut theolog A. Powell Davies dalam bukunya "The First Christian," terbitan "The New
American Library" - A Mentor Book:

"Paul reshaped the faith of the early Messianic believers into a gospel of salvation for the
Gentiles."

Paulus dibenci oleh Umat Yahudi sebagai pengkhianat bangsa, dituduh oleh orang-orang
Rom sebagai pengkhianat Kekaisaran dan tidak dipercaya lagi, baik oleh para Hawariyyun
maupun orang suci; tetapi ia merupakan seorang yang menentukan perkembangan ajaran
Gereja-gereja.

Semula anggota Timur lebih banyak, kemudian anggota Barat lebih banyak pada pelbagi
majlis atau Synode dan untuk beberapa waktu keputusan-keputusannya tidak diterima
oleh kedua belah pihak.

Pada tahun 341 dalam suatu perjumpaan di Antioch (Antakia) Monotheisme diterima, dan
kembali jadi agama rasmi sebagai tafsir yang benar dari Iman Nasrani. Pendapat ini
dikuatkan oleh suatu majlis pada tahun 351 yang terjadi pada masa Paus St. Julius I (337
- 352).


Paus Honorius I

Paus Honorius I (625 - 638) menolak fahaman Triniti. Pada tahun 680, setelah
kematiannya, beliau di-anathema (yakni dilaknat) dalam suatu majlis di Konstantinopel.
Photius, Biskup Sirmium, diturunkan kerana menolak Ketuhanan Jesus di Konstantinopel
pada tahun 869. Ada Paus dan Kaisar yang menganut fahaman Keesaan Tuhan, tetapi
ada juga yang menganut faham Triniti. Para Biskup yang menolak Triniti dianiaya,
dipenjarakan, dibuang, dibunuh dan lain sebagainya; perpustakaannya, aneka
manuskripnya habis dibakar, lebih-lebih lagi yang berbahasa Aramaik. Hal ini sama
dengan buku-buku ilmu lain yang berbahasa atau berhuruf Arab yang dijadikan abu ketika
orang-orang Spanyol menang atas kaum Muslimin di semenanjung Iberia pada abad ke-
XIV dan ke-XV. Asli dari pada Septuaginta, Kitab Ezra, Talmud, dan bergerobak-gerobak
kodex yang berisi Monotheisme habis dibakar. Begitu pula jika penganut Unitarian
menang, dimusnahkan segala yang menyebut Trinitaran. Sedikit yang ada kini adalah
sisa-sisa dari salinan-salinan itu.

Antara yang terlepas dan selamat adalah Injil karangan Barnabas, seorang Hawariyyun
yang monotheist dan yang menyatakan kedatangan Nabi Muhammad S.A.W.; Injil ini pada
tahun 383 oleh Paus St. Damasus I (366 - 384) disimpan di perpustakaan peribadinya.

Toland berkata dalam bukunya "Miscellaneous Works" yang diterbitkan pada tahun
1747, Juz I halaman 380, bahawa Injil Barnabas masih ada. Dalam Bab XV disebut
bahawa Glasian (Gladian) Decree tahun 496 memasuki "Evangelium Barnabe" ke dalam
daftar buku-buku yang terlarang dibaca. Sebelum itu, Paus Innocent telah
mengharamkannya pada tahun 465; juga keputusan Gereja-gereja Barat pada tahun 382.
Tidak disebut pula adakah Injil Barnabas yang asli itu tertulis dalam bahasa Aramaik atau
Yunani.












Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 9)

Sub topik : Pintu Rahsiake Taman Gethsemane (part #5)



Adadua saduran dari ucapan ini, satu di Kitab Injil karangan Matius dan yang satulagi di
Kitab Injil karangan Lukas. Kedua saduran ini tidak sama. Periksa danbandingkanlah
MATIUS 5, 6 dan 7 dan LUKAS 6 : 17 - 49.

Sebagaimanadiketahui Jesus berbahasa Aramaik, dan naskah ajarannya dalam bahasa
ini sudahtidak ada lagi, dan menurut para sarjana, ia tidak mungkin ditemukan lagi.Dapat
dikatakan bahawa naskah itu adalah Injil Jesus yang asli, yang tersimpanoleh saudaranya
seibu, Yakub, Ketua Jemaah, di Mihrab Masjid Al-Aqsa diJerusalem. Pada tahun 62
Yakub terbunuh atas perintah Ananas, Imam BesarYahudi. Pemberontakan (67-70)
melawan orang Rom berakhir dengandibumiratakannya Jerusalem.



Perluditekankan bahawa pengikut sejati dari ajaran Jesus ini adalah daripada BaniIsrail
(Yahudi). Mereka dinamakan "Nazoreans (Nazarenes, Nasarah)"taat kepada syari'at Nabi
Musa AS, percaya bahawa Jesus, putera gadis Mariam AS,adalah Al-Masih. Mereka
merupakan suatu jemaah, suatu aliran tasawuf yang miripsekali, menurut hasil
penyelidikan Dead Sea Scrolls, dengan tarekat kaumEssenes. Mereka tidak bergereja dan
bukan Kristian, bahkan dikafirkan kemudianoleh kaum mualaf (yang baru memeluk)
Nasrani yang mendewakan Jesus laksana"Penebus Dosa."

KitabInjil dikatakan (kerana tiada bukti) karangan Matius tersiar kira-kira padatahun 79.
Matius (Ibrani : Mattihyah ; artinya "anugerah Ilahi"),putera dari Alpius, seorang Yahudi
yang berbahasa Aramaik adalah hawari(discipel) dari Jesus.

Autographdalam bahasa Aramaik dari karangannya yang kemudian disebut Injil, tidak
adalagi. Hanya ada codices dalam bahasa Greek-Koine, yaitu bahasa Yunanisehari-hari,
salinan-salinan dari yang lain-lainnya. Tidak diketahui siapapenterjemahnya dan para
penyalinnya.


The Last Supper : Da Vinci

AdapunKitab Injil Lukas, karangan Lukas ini tersiar kira-kira antara tahun 145 - 155.Lukas,
seorang mualaf Kristian berasal dari Greek yang tidak berbahasa Aramaik,adalah ahli
perubatan dan kawan dari Paulus. Lukas tidak kenal Jesus. Autographdari tulisannya
yang kemudian disebut Injil, pun tidak ada. Hanya terdapatsalinan-salinan dari salinan-
salinan yang berlainan.

Siapapara penyalinnya tidak diketahui pula?

Darikedua saduran tersebut dapat dinilai betapa tingginya ajaran akhlak dari Jesus.

Perlukiranya diterangkan di sini bahawa menurut segala kamus, Tuhan adalah God
danHeer adalah Tuan. Dalam Bijbel naskah Belanda dan Inggeris disebut Heer danLord,
akan tetapi dalam naskah Melayu/Indonesia diterjemahkannya Heer, Lorddengan Tuhan ;
hingga bila diterjemahkan kembali menjadi God ; hal manamenyesatkan pembaca dan
meng-ilahkan Jesus. Tidak disebutnya God Jezus, tetapiHeer Jezus, iaitu sama seperti
sebutan 'Sayidina' (Tuan Kami) dalam tradisiIslam. Jadi ia sepatutnya disebut Tuan Isa.
Jelaslah pula dengan kata Bapakudan Bapamu dimaksudnya Allah, tanpa perbezaan
antara kedua Bapa itu.

Jesussendiri menyebut dirinya Anak Manusia. Ketahuilah bahawa dalam bahasa-
bahasaSemit, tidak dikenal huruf besar, huruf kapital (hoofdletter) Pendeta Dr. A.P.Davies
menguatkan apa yang tersebut di atas di dalam bukunya "The FirstChristian" pada
halaman 128, begini :

"Menurut pendapat banyak sarjana, satu dari pada sebab-sebabyang utama dari perubahan
status Jesus, dari Al Masih Yahudi hingga menjadiPembebas alam-dunia, terletak pada
penggunaan istilah "Lord."

Dalambahasa Ibrani kata ADONAI cuma berarti Yehovah, Tuhan yang Satu dan
yangSatu-satunya, dan Jesus tidak mungkin disebut Lord.

Dalambahasa Aramaik (MARAN) sudah mulai ada suatu perubahan. Para dewa
pembebasMatahari adalah "lords." Dalam bahasa Yunani (KURIOS), kata ini
pastimempersamakan Jesus dengan seorang dewa - pembebas seperti lord-lord lain
dariagama-agama misteri. Bukannya kata "kurios" diperuntukkan khas gunamaksud ini.

Kata"kurios" dapat dipersamakan dengan kata "sir" dalam bahasaInggeris. Tetapi kalau
kata itu digunakan tentang Caesar atau tentang seorangdewa pembebas, maknanya
menjadi agung.

Kataitu tentu dapat dipakai tentang Jesus dalam erti yang lebih tinggi sesudah
iaditablighkan kepada orang ; kalau tidak Jesus akan lebih direndahkan dan
padakedudukan dewa-dewa Attis, Tammuz atau Osiris. Sesudah kata itu dipakai
bagiJesus, maka beliau, tidak mungkin lain, memperoleh beberapa tabiat dari paradewa-
pembebas.

Ideatentang pembebas sebagai Putera Tuhan sudah ada beberapa abad sebelum
Paulus,pada agama Hellenic (Greek Kuno), pada Gnosticism, pada gerakan
Hermetik.Konsep Ibunda Tuhan yang kini dihubungkan dengan Maryam, Ibu dari Jesus,
telahjauh berkembang pada dewi Isis, Cybele dan banyak lagi "materdolorosas" lain.

Dodddalam kajiannya yang tersohor tentang istilah-istilah dalam bahasa Ibrani danYunani
dari Wasiat Lama, memeriksa kata-kata seperti 'God," 'Law,""Sin," "Atonement," "Faith,"
dan memperlihatkanbagaimana maknanya berubah kalau Ibrani diganti dengan Yunani.
Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 10)
Sub topik : Pintu Rahsia ke TamanGethsemane (part #6)

SiapakahPenulis-penulis Bible?



Terdapat 4 penulis Bible iaitu Mark(Markus), Mathius (Matthews), Luke (Lucas) dan John
(Johannes). Dua nama iaituMark dan Luke dinisbatkan kepada nama penulis dan
pengkompilasi Bible itusendiri iaitu Mark dan Luke. Matthews dan John pula dikatakan
sahabat-sahabatnabi Isa (Apostles) tetapi dalam dunia Kristian sendiri banyak
berbalahsiapakah sahabat Nabi Isa AS yang benar-benar melihat wajahnya, bersama-
samanyadan mendengar khutbahnya. Dalam hal ini sudah pasti ada pengarangnya untuk
BibleMathius dan Johannes.

Siapakahmereka? Adakah mereka pernah melihat Jesus?

Mark (Markus) adalah teman seperjalananPaul (siapa Paul akan dibincangkan kemudian).
Dia tidak pernah melihat Nabi IsaAS. dan dia juga tergolong dalam Kristian terkemudian
seperti Paul (Paulus).Luke (Lucas) pula adalah seorang Greek yang baru memeluk
Kristian dan bahasanyasudah tentu bukan Aramaik. Dia adalah doktor peribadi Paul dan
sudah pastitidak pernah bertemu dengan Nabi Isa AS. Juga perlu diingatkan bahawa
semuapenulis Bible ini termasuk Paul, semuanya berbahasa Graeco, iaitu bahasaYunani-
Hellenistik dan sudah pasti mereka semua tidak menggunakan bahasaAramaik sebagai
bahasa mereka seharian.

Tradisi menyebutkan Bible Johannes(John) ditulis oleh seorang pengetua dari Gereja Asia
pertama di Efesus(Ephesus). Bible Yohanes ditulis lebih kurang tahun 85-95 Masehi
dankemungkinan diterbitkan sesudah Johannes meninggal dunia.

Berkenaan dengan Bible Lucas, Somerville(seorang sarjana) berpendapat bahawa masa
penulisan Bible Lucas sekitar tahun80 Masehi, atau mungkin beberapa tahun lebih awal
atau lebih akhir kerana tidakada cukup bukti yangg meyakinkan.

"Lucas, penyusun Bible inimenurut Paulus adalah seorang doktor"
(Kolose 4 :14)

Di antara para penulis Bible, diamerupakan satu-satunya penulis bahasa Yunani (Greek)
yang bukan orang Yahudi,tetapi seperti yang lain, dia juga tidak pernah bertemu Jesus.
Tapi dia telahmenghabiskan waktu beberapa lama dengan Paulus. Tapi sayang, Paulus
sendiritidak cukup beruntung kerana tidak pernah melihat Jesus.

Dari pengaturan tulisan, diduga bahawapenulisnya kemungkinan seorang yang sangat
terpelajar. Dalam pernyataanpendahuluannya, dia mempersembahkan tulisannya kepada
Theophilus, seorang ahlifalsafah Yunani yang terkenal ketika itu,

"Theophilus yang mulia, banyak orangyang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-
peristiwa yangtelah terjadi di antara kita, seperti yang telah disampaikan kepada kita olehmereka yang
dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman. Kerana itu,setelah aku menyelidiki segala
peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya,aku mengambil keputusan untuk membukukannya
dengan teratur bagimu, supayaengkau dapat mengetahuinya, bahawa segala sesuatu yang diajarkan
kepadamusungguh benar"
(Lucas 1 :1-4)

Teka-Teki Penulis Bible

Kajian yang teliti dan cermat terhadapayat ini, bahawa telah banyak penulis sebelumnya,
yang berusaha menyusungambaran atau cerita (tetapi bukan Bible) dengan berdasarkan
pengetahuan merekapada tradisi-tradisi lisan atau pernyataan-pernyataan para saksi
langsung danpara pendukung Bible. Pada waktu Lucas menulis bukunya, Bible yang telah
adahanya dua, iaitu Bible Markus dan Mathius.

Dua adalah angka pembatas, danseandainya hanya dua gambaran tentang kehidupan
Jesus, maka Lucas tidak akanmenyatakan bahawa "banyak penulis" telah melakukan hal
itu. Secarakronologis, Bible Markus ditulis lebih kurang tahun 65 Masehi dan Lucas
pastitelah mengetahuinya, dan tentang Bible Mathius tidaklah pasti, sebab pada waktudia
menulis Biblenya, Bible Mathius kemungkinan besar belum ditulis, BibleJohanes apatah
lagi, ditulis pada masa yang lebih akhir. Oleh sebab itu tidakboleh termasuk diantara yang
banyak.

"Pada saat itu Bible Johanes belumditulis dan tidak pasti apakah Lucas mengenal Mathius. Dan satu-
satunya sumber yangjelas pastilah Bible Markus"
(DR. WilliamWrede, The Origin of New Testament, hal.48)

Jadi satu-satunya Bible yang tersediaadalah hanya Bible Markus. Empat ayat Lucas ini
telah membingungkan banyaksarjana Bible mengenai siapakah banyak penulis
tersebut."Banyakpenulis" adalah sedutan dari kata-kata Lucas sendiri. Pernyataan
Lucaspada 2 ayat terakhir ("banyak penulis") memperlihatkan bahawa diatelah
mempergunakan secara luas bahan-bahan ini dan telah mengumpulkan,mengkaji,
mengubah dan mengatur kembali bahan-bahan tersebut menurutsyarat-syarat dan
pilihannya sendiri, dan dia memutuskan untuk menulis suatupenceritaan yang saling
berhubungan yang tidak pernah dia dakwa sebagai Bible.Dia bukannya mengaku menulis
di bawah bimbingan inspirasi atau ilham, tapi diabahkan mengakui bahawa dia memiliki
dokumen-dokumen yang dimiliki oleh oranglain sebagai sumbernya. Oleh sebab itu disini
tidak ada kaitannya denganpersoalan wahyu. Dia menulis bagi Theophilus dan dia tidak
pernah mengira bahawakaryanya akan melengkapi perjanjian baru yang diakui secara
rasmi olehorang-orang Kristian dimasa datang.

Penyelesaian Teka-teki Penulis Bible

Sampai di sini anda nampak jawapankepada 'puzzle' ini? Kalau tidak cuba lihat kembali
kata-kata Lucas (Luke)sendiri dalam (Lucas 1 :1-4)

"Theophilus (sebutan Forasmuch dalamversi King James) yang mulia, banyak orang yang telah berusaha
menyusun suatuberita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita, sepertiyang telah
disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksimata dan pendukung Firman.
Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwaitu dengan saksama dari asal mulanya, aku mengambil
keputusan untukmembukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya,
bahawasegala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar"
(Lucas 1 :1-4)

Ini adalah ayat yang merungkai sejarahpenulisan Bible. Ia seakan lima kata kunci untuk
membuka 'cipher code' bagipeta ke arah Cibola dalam National Treasure 2. Dalam hal ini
ia akan membukaPintu Rahsia Ke Taman Gethsemane ; ketika Nabi Isa AS bermunajat
dengan penuhmengharap kepada Allah s.w.t di waktu dingin dinihari.


Dan(ingatlah) ketika Allah berfirman : "Hai Isa putera Maryam, adakah kamumengatakan kepada manusia
: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhanselain Allah?." Isa menjawab : "Maha Suci Engkau, tidaklah
patutbagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernahmengatakan maka
tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan akutidak mengetahui apa yang ada pada diri
Engkau. Sesungguhnya Engkau MahaMengetahui perkara yang ghaib-ghaib."
(Al-Maidahayat 116)



Akutidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkankepadaku
(mengatakan)nya iaitu : "Sembahlah Allah, Tuhanku danTuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi
terhadap mereka, selama aku beradadi antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah
yang mengawasimereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu."
(Al-Maidahayat 117)

Untuk menyelesaikan adakah Bible yangdipakai oleh dunia Kristian adalah benar-benar
asli, kita lihat kembali turutansusunan usia Bible yang empat itu (Mark,Matthews,Luke dan
John).

Pertama sekali sudah tentu Mark, keranaMark iaitu penulisnya adalah teman rapat Paul
(Paul adalah teman seperjalananpula kepada Barnabas - sahabat termuda Nabi Isa AS).

Keduanya Matthews. Tentang BibleMatthews (Mathius) pula, sering ditegaskan oleh
gereja bahawa St.Mathius, salahseorang murid Jesus, adalah penulis Bible ini. Menurut
para pakar Bible, Bibleini ditulis antara tahun 70 Masehi dan 90 Masehi (Sunderland).

Dalam Bible Mathius sendiri menentangpenegasan tentang penulisan oleh Mathius.

Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihatseorang laki-laki bernama Mathius duduk di rumah cukai, dan
dia (Jesus) berkatakepadanya, Ikutlah Aku maka Mathius berdiri dan mengikutinya
(Mathius 9 :9)

Pernyataan ayat ini memperlihatkan bahawapenulis ayat ini bukan Mathius,kerana jika St.
Mathius sendiri yang menulisnyatentulah dia menuliskan begini :

Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihatdaku duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus) berkata kepada aku,
Ikutlah Akumaka aku pun berdiri dan mengikutinya
(Mathius 9 :9)

Tapi pada masa berikutnya dinisbahkankepadanya oleh seorang penulis yang tidak dikenali.

W.C. Somerville Ph.D. dari GerejaScottish cukup berani mengakuinya :

Bible ini ditulis sekitar tahun 80 Masehioleh seorang penyusun yang tidak dikenali. Bible tersebut
nampaknya dihasilkanoleh seorang yang sangat tertarik kepada agama Yahudi dan tertarik
kepadaPerjanjian Lama (Old Testament), dan kemungkinan dipersiapkan untukdipergunakan pada suatu
pusat di mana majoriti orang Kristian sebelumnya adalahorang-orang beragama Yahudi.
(Somerville, AFirst Introduction to the New Testament, hal.620)
Dari sini terlihat bahawa Bible tersebutditulis oleh seorang yang bukan murid Jesus, tetapi
oleh seorang yang tidakmemiliki maklumat tangan pertama dari ajaran-ajarannya, dan
mengumpulkanmaklumat sedikit demi sedikit dari tradisi-tradisi popular tentang Jesus
danajaran-ajarannya, dan penegasan bahawa ia merupakan dokumen yang
diwahyukanadalah tidak benar sama sekali.

Dari apa yang telah dikatakan, akan jelasterlihat bahawa penulisan langsung Bible ini oleh Mathius murid
Jesus, adalahtidak mungkin
(temubualDummelow terhadap The Holy Bible, hal 620)

Alasan utama bahawa penulis Bible Mathiustidak berpuas hati dengan Bible Markus, dan
menulis suatu Bible yang lebihkomprehensif dari Bible ini, menunjukkan bahawa dia
memiliki akses kepada suatusumber sebagai tambahan bagi Bible Markus. Sebagai
contoh, Markus tidak membuatgaris keturunan Jesus dan juga tidak membuat penyebutan
yang begitu pentingtentang mukjizat Jesus sebagai kelahiran suci, tapi sebaliknya
Mathiusmenggabungkan bahan semacam ini dengan cara menyalin apa adanya.
Keilmuan modentelah memperlihatkan bahawa pada masa itu kedua Bible ini masih
dalam tahap'janin dalam kandungan'.

J. B. Phillips nampaknya sama denganpandangan Islam dan seolah-olah bersepakat
dengan hujah para ilmuan Islamtentang ketidakaslian Bible dalam penemuan ini. Beliau
adalah sarjana yangdibayar oleh Gereja Anglikan, Inggeris. Tak ada alasan baginya untuk
berbohongatau berkhianat atas kerosakan pandangan gerejanya! Merujuk kepada
katapengantarnya untuk "Bible Mathius" (lihat salinannya pada halaman362).

Phillips mengatakan tentang penulisannyasebagai berikut :

"Tradisi terdahulu menganggap Bibleini berasal dari St. Mathius, tetapi para sarjana saat ini hampir
semuanyamenolak pendapat ini." Dengan kata lain, Mathius tidak menulis Bible yangmemuatkan
namanya.
(Hustings,Encyclopaedia of Religion and Ethics)

Terdapat sumber lain dari sebuah sumberumum yang dijadikan contoh oleh Mathius,
Markus dan Lucas. Ketiga penulis ini,siapa pun mereka, telah melihat dokumen umum
tersebut. Mereka menulis seolahmelihat melalui mata "seseorang". Dan kerana mereka
sepakat, ketiga-tigakitab Bible pertama tersebut dikenali sebagai Bible Sinoptik.

Jika penulis yang tidak dikenali dari Bibletersebut tidak secara tegas mengakui sumber ini,
maka jelas dapat disimpulkan bahawaBible Mathius merupakan karya dari seorang
pembangkang Yahudi. Ketidakjelasandari penulisnya, menutup setiap kesempatan bagi
Bible tersebut sebagai sebuahdokumen yang diwahyukan.

Selepas Matthews (Mathius),Bible Lucasditulis dan kemudiannya John (Johannes). Kita
ketepikan Bible yang terakhir(John) kerana jika ketiga-tiga Bible yang awal sudah
berkecamuk dan meragukanapatah lagi Bible yang baru ditulis ini.

Mari kita selesaikan kod rahsia darikata-kata Lucas ini atau yang digelar orang Kristian
Luke The Evangelist.

"Theophilus yang mulia, banyak orangyang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-
peristiwa yangtelah terjadi diantara kita..."

'Theophilus'merujuk kepada seorang ahli falsafah Yunani. Ayat seterusnya bermaksud
ramaiorang telah menulis (berusaha menyusun) ke dalam kitab-kitab atau cerita
yangdibukukan (suatu berita) mengenai peristiwa yang terjadi antara Luke dan
Theophilus.

Apakah peristiwa itu? Kita lihat ayat seterusnya,

"...seperti yang telah disampaikankepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan
pendukungFirman."

'...sepertiyang disampaikan kepada kita...'
adalah jawapannya. Peristiwa itu adalahseperti satu perbahasan atau perbincangan atau
khutbah atau pemberitahuan. Jugatidak keterlaluan jika Luke dan Theophilus telah
menghadiri satu majlis ilmu.Mereka telah mendengar seseorang atau sekumpulan orang
menyampaikan sesuatukepada mereka. Persoalannya, siapamereka itu yang
menyampaikan syarahan kepada Luke dan Theophilus? Lihatseterusnya,

'...oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman',
ini adalah orang yang berbicara kepadaLuke dan Theophilus. 'Saksi mata'adalah orang
yang menyaksikan sesuatu dengan matanya sendiri, bukan mendengarcerita dari orang
lain. Dalam kes ini, orang yang memberi syarahan adalahtergolong dalam kelompok
Hawariyyun (The Apostles) iaitu orang yang melihat danbersama-sama Jesus (Nabi Isa).
'PendukungFirman' adalah orang-orang yang berjuang mendukung kitab Injil yang aslidan
mereka sudah pasti menghafal atau menulisnya dalam bahasa asalnya iaituAramaik.

'...Kerana itu,setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asalmulanya,...'.
Dalam ayat ini Luke telah mengambilinisiatif membuat penyelidikan dari hasil syarahan
dalam majlis ilmu tadi. Diamula memikirkan apa yang dikatakan oleh si Hawariy yang
pernah melihat Nabi IsaAS dan hidup bersama-samanya. Kemudianapa yang dilakukan
oleh Luke selepas itu?

'... akumengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkaudapat
mengetahuinya, bahawa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguhbenar...'.
Luke telah bertindak menulis kembali apayang dikatakan oleh si Hawariy tadi, seperti
seorang murid yang menuliskannota-nota pengajian sekolahnya. 'membukukandengan
teratur' bermaksud menjadikannya sebuah buku yang kemas untukdiberikan kepada
Theophilus (bagimu) supaya Theophilus dapat memikirkan dan mengkajikembali (supaya
engkau dapat mengetahuinya) semua yang didengar mereka adalahsesuatu yang benar.

Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawaBible Luke bukanlah yang asli, ia cuma kompilasi
dari apa yang didengarnya darisebuah majlis ilmu, atau majlis syarahan golongan Nasrani
awal yang berdakwahtentang keesaan Tuhan. Bukanlah persoalannya mengapa kita
hendak meragui Luke,tetapi dari sini kita tahu yang Bible Lukeini tidak asli dan hasil
tulisan Luke bukan wahyu atau hasil tulisan sahabat Jesus.Apabila hasil tulisan seorang
yang hanya mendengar seseorang berkata-kata, makaia tidak lepas dari kesalahan
mendengar atau mentafsir, menambah ataumengurangi perkataan. Tambahan pula, ia
tulisan pihak ketiga, iaitu orang yangmendengar dari Hawariyyun. Luke juga bukanlah dari
kalangan Yahudi tetapiberbangsa Greek, jadi makin kelirulah pemahaman antara kiasan
dalam bahasaAramaik dengan bahasa Greek.

Sebab itu ada istilah Bapa dan Anak Tuhan.Dalam kiasan sastera Aramaik, Bapa merujuk
kepada Tuhan dan Anak Tuhan merujukkepada orang-orang dicintai-Nya atau orang-
orang menyeru kedamaian dan kasihsayang di jalan-Nya. Jika orang Kristian mengatakan
Jesus adalah Anak Tuhan,sebenarnya di dalam Bible sendiri terdapat banyak pengertian
Anak Tuhan yangditujukan kepada orang lain.

"Diapun akan berseru kepada-Ku :'Bapaku Engkau, Allahku pelindung dan penyelamatku."
(Psalm 89 :26)

Ayat ini mengatakan Daud anak Tuhan.

"Maka engkau harus berkata kepadaFiraun : Beginilah firman Tuhan : Israel ialah anak-Ku, anak-Ku
yangsulung"
(Exodus 4 :22)
Ayat ini mengatakan Yaakub anak Tuhan.

"Dengan menangis mereka akan datang,dengan hiburan Aku akan membawa mereka ; Aku akan
memimpin mereka kesungai-sungai, di jalan yang rata, di mana mereka tidak akan tersandung ; sebabAku
telah menjadi bapa Israel, Efraim adalah anak sulung-Ku."
(Jeremiah 31 :9)

Ayat ini mengatakan Efraim anak Tuhan.Jadi bukan sahaja Jesus anak Tuhan malah
ramai 'anak Tuhan sebenarnya.

Perkara di atas sebenarnya inginmenjelaskan bahawa dalam dalam bahasa Aramaik anak
Tuhan bererti orang yangdikasihi-Nya kerana berbuat kebaikan.

"Berbahagialah segala orang yangmendamaikan orang kerana mereka itu akan disebut anak Tuhan "
(Matthews 5 :9)

Sebab itu terdapat kecelaruan dari orangyang menulis kitab Bible dari orang yang
mengajar Bible itu sendiri. ParaHawariyyun adalah mereka yang berbangsa dan
berbahasa sama dengan Jesus atauIsa sendiri. Jadi bagaimana orang yang berbahasa
Graeco atau Yahudi-Hellenistikatau Greek/Yunani atau Latin dapat menulis kitab Bible
dengan jelas dan tepatseperti yang diwahyukan kepada Jesus sendiri.

Persoalannya,mengapa tidak diambil sahaja Injil-injil yang berada di tangan para
Hawariy(Apostles)?

Kalau di masaLuke sendiri dia mengakui ramai yang menulis apa yang diajarkan oleh
golonganawal Kristian itu, ke mana perginya Injil yang lain?

Takkanlahtiada satu Injil pun yang bertulis bahasa Aramaik atau sekurang-
kurangnyabahasa Ibrani (Hebrew) atau paling tidak pun berbahasa Arab (kerana orang
Arablebih dekat nasab dan hubungan geografinya dengan Yahudi)?

Jelaslah yang diambil adalah Injil/Bibleorang-orang yang baru memeluk Kristian (mualaf)
seperti Luke dan Mark.Orang-orang bukan berbahasa Aramaik. Memanglah ada di antara
mereka sepertiPaul (salah seorang yang menambah Bible dan menokok tambah
kepercayaanKristian, karyanya ialah Surat-surat Paul yang terkenal itu) itu orang
Yahuditetapi dia bukanlah satu 'suku' dengan Jesus. Paul menggunakan bahasa
Graeco(Greek) sebagai bahasa sehari-hari. Samalah seperti orang Jawa dan orang
Banjar.Mereka Melayu tetapi menggunakan dialek atau bahasa suku berbeza.

Ke manahilangnya Injil/Bible yang lain? Terutama yang berbahasa Aramaik?

Jika kita tahu ke mana hilangnya Bibleyang lain, kita semakin cepat meneka kunci yang
mana satu adalah betul untukmembuka Harta Karun Knight Templar!



Bibliografi : Prof. H.S. Tharick Chehab'Sejarah AlKitab' KH. Bahaudin Mudhary 'Dialog Masalah Ketuhanan
Jesus'

Anda mungkin juga menyukai