Anda di halaman 1dari 5

ISRAK MIKRAJ: MENCARI PANDUAN

KETAMADUNAN

Peristiwa israk mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam


rakaman sejarah kehidupan Nabi SAW Peristiwa ini bukan sahaja
penting kepada Nabi SAW semata-mata, malah ianya amat penting
sekali kepada seluruh Umat Islam.

Sebagaimana diakui dalam banyak tulisan bahawa: “…Satu-


satunya peristiwa yang paling penting berlaku pada tahun terakhir
Nabi di Mekah ialah peristiwa israk dan mikraj. Peristiwa ini merupakan
satu peristiwa yang paling berkesan dalam kehidupan
beragama…”(Seyyed Hossein Nasr, 1994, hlm.16)

Realiti kisah Israk mi’raj ini berlaku pada tahun 621M (Hayat
Muhammad,1986, hlm.151). Dalam satu tulisan lain pula menyebut
peristiwa ini berlaku pada hari ke 27 dari bulan Rejab. Dalam tulisan
Syed Hussein Nasr pula menerangkan bahawa peristiwa ini berlaku
pada salah satu malam ganjil dari sepuluh malam penghabisan dalam
bulan Ramadhan. (1994, hlm.16)

Kepada Nabi SAW peristiwa ini adalah suatu anugerah tertinggi Allah
kepada Baginda sebagai Nabi kekasih Allah, di mana berlakunya
pertemuan yang begitu shahdu dan qudus di antara baginda dengan
Tuhannya.

Kepada Umat Islam keseluruhannya pula ianya telah mencetuskan


banyak pemahaman dan perbincangan. Dalam banyak tulisan,
kebanyakannya mempunyai persepsi-persepsi sebagaimana berikut:

1. Kalangan orang Islam ada yang menolak peristiwa ini kerana


dianggap bertentangan dengan akal.
2. Kalangan orang Islam juga ada yang berhujah masing-masingnya
tentang berlakunya peristiwa ini sama ada secara roh sahaja
atau secara roh dan jasad.
3. Kalangan orang Islam pula ramai melihat peristiwa ini penting di
dalam membangunkan peraturan sosial Islam seperti larangan
riba, mengumpat, perbuatan zina dan lain-lain.
4. Kalangan Muslim juga ramai yang melihat peristiwa ini dari
aspek saintifik yang harus membuka minda masyarakat untuk
pembangunan kemajuan umat Islam dan manusia
keseluruhannya.
Masalah pertama ialah masalah pemikiran manusia yang menilai
benar atau tidaknya peristiwa ini, khayalan atau realiti. Hal ini dapat
dilihat contohnya pertama kali Nabi SAW memberitahu kaumnya,
ramai yang menafikannya malah mula menghina Nabi. Malah ada
kalangan Orang Islam awal yang mula meragui kebenaran Nabi s.a.w.
Kalangan masyarakat Islam moden pula ada yang berlandaskan
rasional semata-mata seolah menafikan peristiwa ini. Sebagaimana
dijelaskan dalam satu tulisan bahawa; Mikraj merupakan peristiwa
yang paling payah difahami oleh orang yang terjebak dengan dimensi
reality alam fizikal semata mata. Mikraj Nabi SAW pada masa yang
sama merupakan satu peristiwa yang paling payah diterima terutama
sekali di kalangan generasi muda umat Islam yang sudah terpengaruh
sepenuhnya dengan pandangan hidup berasaskan pernyataan sains
moden. (Seyyed Hussein Nasr, 1994. hlm.16 & 24)

Sebenarnya kebimbangan orang-orang terdekat dengan Nabi SAW


tentang ketidakpercayaan masyarakat tentang kisah mikraj ini apabila
diceritakan kepada masyarakat umum ketika itu sudah pun
digambarkan dari awal lagi. Contohnya Ibnu Hisham berkata bahawa
seperti disampaikan kepadaku dari Ummu Hani binti Abdul Muthalib r.a
(nama aslinya Hindun) tentang Isra’ Rasulullah s.a.w. Ummu Hani
berkata; “,…setelah Baginda solat subuh baginda berkata “, Wahai
ummu Hani’ sungguh aku telah solat isya akhir di lembah ini seperti
yang engkau lihat, kemudian aku datang ke Baitul Maqdis dan solat di
dalamnya, kemudian aku mengerjakan solat subuh bersama kalian
sekarang seperti yang kalian lihat, ….aku (Hindun) berkata kepada
baginda, ‘wahai Nabi Allah SAW jangan ceritakan peristiwa ini kepada
manusia, sebab nanti mereka mendustakanmu dan menyakitimu’.
Rasulullah SAW bersabda’ “ Demi Allah aku pasti menceritakan
peristiwa ini kepada mereka. (Ibn Hisham, Sirah, 2002. hlm.363)

Masalah kedua pula, perselisihan pandangan berlaku mengenai


samada peristiwa ini berlaku keatas Nabi secara roh sahaja atau jasad
dan roh sekali. Masalah ini tidaklah seburuk masalah pertama yang
tidak percaya kepada peristiwa israk dan mikraj ini. Dalam hal kedua
ini, mereka mengakui kebenaran berlakunya Isra mikraj, namun
berselisih pandangan adakah ianya berlaku secara roh atau mimpi
sahaja atau adakah ianya berlaku secara pergerakan dan
pengembaraan fizikal iaitu secara jasad dan Roh. Contohnya ; Ibn Ishak
berkata bahawa Ya’kub bin Utbah bin al-Mughirah bin al-Akhnas
berkata kepadaku jika Muawiyah bin Abu Sufyan ditanya tentang
peristiwa isra’ Rasulullah s.a.w maka ia berkata: “sungguh mimpi-
mimpi dari Allah adalah benar” (Ibn Hisham, 2002, hlm.361). Ini adalah
salah satu contoh pandangan awal dalam sejarah Islam bahawa
peristiwa ini mengikut satu pandangan berlaku tidak secara jasad
tetapi secara roh sahaja.
Walau bagaimanapun tindakbalas dan reaksi manusia Islam
terhadap peristiwa ini yang penting sekali adalah ianya suaTu reality
yang benar-benar berlaku dan termaktub di dalam al-Quran:surah al-
Isra’ ayat 1. yang bermaksud: Maha suci Allah yang telah menjalankan
hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjid al-Haram
(di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan Kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang
Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (surah al-Isra. 17:1)

Ibn Ishak dalam menyatakan mengenai periwayat-periwayat hadis


israk dan mikraj bahawa; ….“mereka semua meriwayatkan dari
Rasulullah SAW sebahagian dari apa yang beliau sebutkan tentang
peristiwa israk yang beliau alami, . Sungguh pada peristiwa israk yang
beliau jalani dan apa yang beliau sebutkan di dalamnya terdapat
tujuan, seleksi dan salah satu bukti kekuasaan Allah. Di dalamnya juga
terdapat pelajaran bagi orang-orang berakal,, petunjuk, rahmat
pengukuhan bagi orang yang beriman kepada Allah dan
membenarkannya. Sungguh peristiwa isra’ adalah salah satu bukti
kekuasaan Allah. Allah SWT mengisra’kan baginda seperti yang di
kehendaki-Nya untuk memperlihatkan ayat-ayat-Nya kepada yang Dia
inginkan, hingga beliau boleh menyaksikan bukti-bukti kekuasaannya
dan kemampuannya mengerjakan apa sahaja yang diingininya. (IH,
358)

Oleh itu dalam membincangkan kalangan Muslim ketiga dan


keempat adalah mereka yang percaya akan peristiwa ini dan
seterusnya mengambil pengajaran besar dari kisah perjalanan Nabi
SAW ini. Hasil dari peristiwa inilah sebenarnya umat Islam boleh
jadikan sebagai salah satu panduan di dalam pembentukan
ketamadunan umat Islam sendiri. Panduan ketamadunan itu sama ada
dari segi peradabannya dan juga tamadun kebendaan dan
keilmuannya.

Dari segi panduan peradaban, pengajaran dari peristiwa ini


banyak menyumbang kepada sistem kemasyarakatan sehingga tidak
dapat dinafikan lagi. Sebagaimana disebut dalam sirah Ibn Hisham
bahawa, Keburukan-keburukan seperti keburukan orang yang
memakan harta anak yatim, orang yang memakan harta riba, laki-laki
penzina, wanita-wanita penzina dan sebagainya (Ibn Hisham, 2002
hlm.367). Gambaran balasan kejahatan ini, jika difahami akan
menyedarkan kita mengenai keburukan dan siksaan perbuatan ini.
Menghindari kejahatan seperti ini akan memberikan keharmonian
kepada sesuatu bangsa itu dan secara langsung dapat membina
peradaban bangsa berkenaan.

Dalam satu tulisan menyebut bahawa, pengalaman rohani yang utama


hasil peristiwa israk mikraj ini merupakan contoh perjalanan rohani dan
ibarat kiasan kepada kehidupan spiritual umat Islam umumnya. Malam
pengembaraan “laylat al-Mi’raj ialah cermin kepada malam qadar
(laylat al-qadr). ..Pengalaman Nabi dalam peristiwa mikraj ini menjadi
inspirasi kepada ramai penulis Islam termasuklah pengaruhnya dalam
karya-karya Ibn Arabi dan Sana’i yang kemudiannya mempengaruhi
penulis dan kesusasteraan Eropah terutamanya Dante seperti yang
dapat dilihat dalam karyanya Divine comedy. Peristiwa mikraj ini juga
menjadi sumber ilham para wali dan ahli mistik Islam dari satu
generasi ke satu generasi dan juga menggariskan asas kosmos Islam
(Seyyed Hussein Nasr, 1994, hlm.17)

Namun begitu sebenarnya, Apa yang perlu dan penting sekali bagi
umat Islam perpanjangkan kisah realiti ini ialah pengaplikasiannya dan
pengadaptasian pengetahuan hasil anugerah terhadap Nabi SAW ini
dalam aspek sains dan teknologi, sains angkasa, kosmologi dan
sebagainya yang akhirnya boleh menyumbang kepada kemajuan
tamadun Manusia. Sekadar menyebut beberapa contoh sahaja
sebagaimana di bawah.

1. Burak; adalah suatu perlambangan kenderaan terpantas


meneroka angkasa lepas. Orang Barat menggunakan kenderaan
angkasa untuk meneroka planet Marikh contohnya. mengambi
masa beberapa tahun untuk pergi dan kembali.
2. Masa; masa di sisi Tuhan adalah panjang berbanding masa dunia.
Rasulullah SAW meneroka 7 lapisan langit hingga menemui
Tuhannya dalam masa satu malam sahaja.
3. Alam; adalah ‘ma siwallah-apa atau sesuatu selain Allah’
keluasannya tidak terkira. …..ketika baginda melihat dengan
mata batin dari sidrat al-muntaha ke alam ini. (Husein Haikal,
1989, hlm.157). Hal ini sudah pasti pada masa itu boleh melihat
keseluruhan bumi ini yang bulat bentuknya.
4. Aspek-aspek sains dan teknologi serta keilmuan lain seperti
aspek perubatan, kisah-kisah masa depan, hirarki sesebuah
kerajaan dan sebagainya

Cukuplah sekadar membayangkan beberapa contoh sahaja panduan


ketamadunan hasil dari reality peristiwa israk dan mikraj ini kepada
kemajuan ilmu serta sains dan teknologi. Sebenarnya banyak lagi
panduan ketamadunan yang boleh diambil dari kisah isra dan mikraj ini
dalam banyak aspek ilmu pengetahuan. Kalau kita meneliti banyak
pembikinan filem Hollywood sebagai contoh lain, sebenarnya jika
diselidiki akan menyerlahkan suatu pengadaptasian dari kisah isra’ dan
mikraj ini. Orang Barat juga begitu maju dalam bidang sains angkasa,
sedangkan cetusan mengenai sains angkasa dan penerokaan angkasa
lepas itu telah dicetuskan sedemikian lama oleh baginda SAW melalui
peristiwa Israk dan Mikraj.

Sebagai kesimpulannya peristiwa Isra Mikraj adalah suatu


kejadian yang benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan Nabi SAW
yang menjadi suatu anugerah kebesaran baginda SAW sebagai kekasih
Allah dan nabi Akhir zaman. Peristiwa ini banyak mendatangkan kesan
kepada kehidupan beribadat, bermasyarakat dan kehidupan keilmuan
umat Islam dan manusia keseluruhannya. Dalam kehidupan beribadat
Solat contohnya adalah ibadat terpenting yang diterima oleh baginda
SAW secara terus dari Allah SWT.. Dalam kehidupan bermasyarakat
pula. Segala peristiwa yang disaksikan oleh Nabi SAW mengenai
keburukan mengumpat, riba, perbuatan zina dan sebagainya adalah
mampu membentuk masyarakat berperadaban dan berharmoni. Akhir
sekali peristiwa ini banyak mencetuskan dan membuka jalan kearah
penerokaan pelbagai ilmu sains dan teknologi seperti kemajuan sains
angkasa dan seterusnya menjadi panduan kepada ketamadunan
manusia.

Anda mungkin juga menyukai