Anda di halaman 1dari 2

MENYEMPURNAKAN ZAKAT FITRAH

Seiring dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, salah satu lagi


kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat.
Pensyariatannya telah ditetapkan oleh Islam sejak diutuskan
baginda Rasulullah SAW lagi.
Seseorang muslim yag melaksanakan kewajipam berzakat ini
sebenarnya akan merasa lebih tenang dan damai hatinya kerana
telah berjaya melalui proses pensucian dengan mengeluarkan
sebahagian hak Allah yang diamanahkan kepada sipemiliknya
kepada sebahagian individu lain yang memerlukannya.
Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam
yang cukup syarat-syaratnya. Jumlah zakat adalah bersamaan
sekilogram dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah
negara. Bagi kita di Malaysia sudah tentulah beras kerana ianya
menjadi makanan ruji semua penduduknya.
Waktu-waktu tertentu umat Islam mengeluarkan zakat
fitrah adalah seperti berikut:

Waktu Harus dari awal bulan Ramadhan hingga akhir bulan


tersebut.
Waktu Wajib ialah selepas terbenamnya matahari pada hari
akhir Ramadhan.
Waktu yang paling afdal pula ialah selepas solat Subuh pada
hari terakhir Ramadhan.
Waktu Makruh ialah selepas terbenamnya matahari pada
hari raya Aidilfitri.

Dalil pensyariatan zakat fitrah antaranya ialah sabda Rasulullah


SAW dari riwayat Abi Daud yang bermaksud: Rasulullah SAW
telah mewajibkan zakat Fitrah sebagai pembersih bagi orang-
orang yang berpuasa dari perbuatan yang tidak berguna dan dosa
serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin”
Dalam al-Quran pula Allah Taala telah berfirman dalam surah
at-Taubah ayat 103 yang bermaksud :”Ambillah sedekah atau
zakat dari sebahagian harta mereka, dan berdoalah sesungguhnya
doa kamu itu (menjadi ) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Orang-orang yang berhak menerima zakat pula adalah


seperti berikut::

Orang-orang miskin yang mempunyai harta sebanyak satu


keperluannya atau tidak mencukupi
Amil,iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan
dan pembahagian zakat.
Muallaf,iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
Hamba ,iaitu orang yang mahu menebus diri dari tuannya.
Orang yang berhutang dan hutang itu bukan untuk tujuan
maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan keperluan
hidupnya.
Untuk kegunaan pada jalan Allah (Fi Sabilillah), iaitu bagi
setiap tentera yang berjuang kerana Allah atau kegiatan
amal seperti membina masjid, rumah anak yatim dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai