Anda di halaman 1dari 4

RAYAKAN AIDILFITRI DENGAN TAKWA

Setelah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan


pada bulan Ramadhan dengan pelbagai ujian dan dugaan,
umat Islam menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya
Aidilfitri dengan penuh kemenangan dan kejayaan.

Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri tentulah akan


disambut dengan penuh meriah. Walau bagaimanapun Islam
melarang umatnya membazir dan berbelanja secara berlebih-
lebihan semasa menyambut hari perayaan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”…dan janganlah engkau


membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-
lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-
saudara syaitan sedang syaitan itu pulaadalah makhluk yang
sangat kufur kepada Tuhannya” (al-Israa’:26-27)

Oleh itu umat Islam mestilah menyambut Hari Raya


Aidilfitri dengan penuh bermakna melakukan perkara-perkara
kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara mungkar .
Amalan pada malam Hari Raya Aidilfitri adalah disunatkan
supaya membanyakkan amalan berzikir.Takbir raya eloklah
dilakukan di mana sahaja dan pada sebarang waktu, sama ada
selepas sembahyang fardhu, ketika menziarahi saudara-mara,
menerima tetamu dan sebagainya.

Secara khususnya waktu takbir Hari Raya Aidilfitri


bermula dari sejak matahari terbenam pada akhir bulan
Ramadhan.
Takbir Hari Raya Aidilfitri adalah disunatkan bertakbir
pada sepanjang malam hari raya tersebut sama ada dirumah,
masjid,surau dan sebagainya. Di setengah kampung dan
tempat, amalan bertakbir sudah menjadi kebiasaan dan tradisi
yang baik yang diikuti dengan majlis tahlil serta berkunjung ke
rumah-rumah jiran atau saudara-mara bagi merapatkan silatul
rahim di samping menjamu hidangan yang disediakan.

Amalan dan nilai murni menyambut hari raya Aidilfitri


seperti ini wajarlah dikekalkan. Daripada Abu Umamah RA,
daripada Rasulullah SAW sabdanya:” Sekiranya mengerjakan
amal ibadat pada malam Hari Raya (Aidifitri dan Aidiladha)
dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya
tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati
(orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu” (HR Ibnu
Majah)

Sembahyang sunat hari raya disyariatkan selepas hijrah.


Dalam hal ini Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW datang
ke Madinah ketika itu penduduk Madinah telah mempunyai dua
hari besar yang sentiasa mereka rayakan. Lantaran itu
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT telah
menggantikan dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu,
iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha”
(HR: Ahmad, Abu Daud, Nassa’ei dan
Al-Baihaqi)

Allah SWT. berfirman yang maksudnya:


“…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur”
(Al-
Baqarah: 185)

Jelaslah bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah hari kebesaran


untuk mengagungkan Allah dan bersyukur atas segala nikmat
dan petunjuk yang diberikan-Nya. Antara cara kesyukuran
yang patut ditunjukkan ialah kesederhanaan dalam apa juga
keadaan ketika menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri
tanpa pembaziran, boros, atau menunjuk-nunjuk.

Amalan dan nilai murni yang wajar dilakukan ketika


menyambut Hari Raya Aidilfitri ialah menghidupkan malam
dengan ibadat. Antara ibadat tersebut ialah banyakkan
berzikir, istighfar,bersedekah, membaca al-Quran dan memuji
kebesaran Allah SWT. Manakala amalan yang baik sebelum
menunaikan sembahyang hari raya disuruh mandi bersugi
(membersihkan gigi) dan memakai wangi-wangian. Disunatkan
menjamah makanan sebelum pergi ke masjid untuk
menunaikan sembahyang sunat hari raya Aidilfitri.

Sewajarnya dalam mengerjakan sembahyang Aidilfitri


atau berziarah kita disuruh memakai pakaian yang bersih dan
cantik. Hassan bin Ali berkata, “Rasulullah SAW. menyuruh
kami memakai pakaian yang paling bagus dan baik serta
memakai minyak wangi yang paling bermutu bergantung
kepada kemampuan kami”.
Amalan mulia ini haruslah digalakkan kepada umat
Islam kerana ia menunjukkan kebersihan dan kegembiraan
ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Buraidah berkata;
“Rasulullah SAW tidak berangkat menunaikan sembahyang
sunat Aidilfitri sebelum baginda SAW makan. Sebaliknya untuk
sembahyang Aidilfitri, Rasulullah SAW tidak makan sebelum
selesai mengerjakan sembahyang. Setelah selesai
sembahyang, barulah Rasulullah SAW Memakan hati binatang
yang telah dimasak iaitu kurbannya”.

Pelbagai amalan yang baik boleh dilakukan sempena


Hari Raya Aidilfitri antaranya menggeratkan hubungan
silaturahim dengan berkunjung ke rumah saudara mara,
sahabat handai dan jiran tetangga. Menziarahi kubur juga
digalakkan dilakukan pada hari raya Aidilfitri seperti yang
lazim dilakukan oleh umat Islam di negara ini, sebagai
mengingati mereka yang telah pergi.

Kesimpulannya, sambutan Hari Raya Aidilfitri bolehlah


dilakukan mengikut tradisi dan budaya Melayu serta
berlandaskan Islam dengan melakukan sembahyang sunat Hari
Raya Aidilfitri dan kemudian ziarah-menziarahi sesama sanak
saudara, sahabat handai juga jiran tetangga untuk
mengukuhkan silatul rahim di kalangan umat Islam dan
sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah atas segala nikmat-
Nya serta meraikan kejayaan menunaikan sebulan berpuasa
dalam bulan Ramadhan.

Anda mungkin juga menyukai