Anda di halaman 1dari 3

Ibadah di Bulan Sya‘ban, Menyambut Kedatangan

Ramadhan
Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban . 1 Sya’ban jatuh pada 25 Ogos
2006 dan ia berlangsung hingga 23 September 2006. Bulan Sya‘ban
mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan
bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga
menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang
suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat
keredaan Allah SWT.
Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW.
Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak
berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban
Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain
memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan
rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk


dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan
dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada
bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding
dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai
manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau
bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-


syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan


perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan


melakukannya.
Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah
memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa


Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan
hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu
tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah)
itu mententeramkan hati manusia.
Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh
dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama


ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat
dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada
Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di
bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan
seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah
dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan
Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.
Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa
sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda
yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan


adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang
diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam,
maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku
berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban


Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih
daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu
Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang
menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-
Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang


dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya
al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan:
sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam
Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam
pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan


beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-
Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih


bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati
yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan
hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu


terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.
Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara
berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua
sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai