Anda di halaman 1dari 3

Rasulullah s.a.w.

SEBAGAI PEMIMPIN

PENDAHULUAN

Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat


manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di
akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak
ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari
firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk


menjadi rahmat bagi sekalian alam'.
(Al-Anbiya’:107) Sebagai seorang Rasul yang diutuskan,darjat
ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda
bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan
kesilapan. Maka kerana itu,arah dan tujuan yang di bawanya untuk
seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda
memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu
agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia
ini,tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka
berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam
menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah dari Allah, Baginda


juga memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh
umatnya. Berkenaan hal ini Allah S.W.T. telah berfirman:

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri


Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa
mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta
dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang).'

(Al-Ahzab: 21)

Oleh yang demikian, dalam rencana ini kita akan melihat beberapa
pengajaran dan contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah
s.a.w. berkenaan kehidupannya untuk kita jadikan panduan serta
ikutan dalam mengisi dan mempertingkatkan keimanan kita bagi
memperolihi darjat taqwa yang diharap-harapkan. Maka untuk itu,
dibentangkan sebahagian dari bimbingan dan teladan yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. khasnya berkenaan perkara-perkara
berikut:

RUMAHTANGGA
Keharmonian hidup berumahtangga adalah salah satu faktor utama
dalam membina sesebuah masyarakat yang baik dan terhormat.
Rumahtangga yang baik dan harmoni ini sukar diperolihi tanpa adanya
kerjasama serta saling hormat menghormati antara suami isteri dan
lain-lain anggota keluarga. Suami seharusnya berkelakuan baik dan
berakhlak mulia dalam mengendalikan rumahtangganya, di samping
itu sentiasa memperlihatkan contoh-contoh yang baik dalam pergaulan
supaya ianya mudah diteladani oleh isteri dan anak-anaknya. Di dalam
rumahtangga, para suami tidak sewajarnya bertindak sebagai seorang
yang keras dan bengis yang tahu mengarahkan itu dan ini dan
mahukan semuanya tersedia untuknya tanpa memikirkan suasana
rumahtangga yang memerlukan kasih sayang,kerjasama dan saling
bantu membantu.

Dalam kehidupan berumahtangga, Rasulullah s.a.w. telah


memperlihatkan suatu teladan yang baik yang boleh diikuti oleh
seseorang suami dalam mengurus rumahtangganya. Sebagai seorang
suami Rasulullah s.a.w. amat bertimbang rasa dan bersedia membantu
keluarganya. Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri,
seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu
makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada saja.
Rasulullah s.a.w. sangat marah kepada suami yang memukul isterinya
sebagaimana memukul hamba abdi, sabdanya yang bermaksud:

' Tidakkah seseorang dari kamu merasa malu untuk memukul isterinya
sebagaimana dia memukul hambanya? Di waktu pagi dipukul isterinya
kemudian di waktu malam ditidurinya pula'.

Di samping Rasulullah s.a.w. menunjukkan panduan dan contoh


tentang hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada
isteri, Rasulullah s.a.w. juga menunjukkan suatu teladan yang baik
khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari
seorang. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Rasulullah s.a.w.
mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai
peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah
berumur. Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali
bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa
dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun
dalam masa Baginda sakit. Apabila Rasulullah s.a.w. hendak musafir,
Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya itu dan hanya yang
terkena undi saja yang berhak bersamanya.

JIRAN

Agama Islam sangat memandang berat tentang masalah berjiran di


kalangan masyarakat umat Islam khususnya dan umat manusia
umumnya. Islam memberikan perhatian yang sungguh berat ke arah
menjalin hubungan yang baik dan harmoni di kalangan masyarakat
sesuatu tempat. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi
panduan dan ajaran kepada umat Islam supaya mengelakkan diri dari
segala sesuatu yang mengelakkan diri dari segala sesuatu yang boleh
mencetuskan rasa kurang baik sesama jiran. Dalam salah satu
sabdanya, Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:

Maksudnya: ' Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak
merasai selamat dari kejahatannya

Anda mungkin juga menyukai