Anda di halaman 1dari 22

SEJARAH DAN KONSEP AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH

PENDAHULUAN TAKDIRNYA mazhab Ahli's-Sunnah Wal-Jama'ah merupakan mazhab


yang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yang
orthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepat
mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupun
di dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah
awal Islam - yang memang tidak boleh dielakkan - hakikat ajaran dan pendiriannya
adalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam
sejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan 'deployment' proses
perkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya
pokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak
awal lagi. Dalam nota ringkas ini in sha'Allah akan ditelitikan sedikit sebanyak
perkembangannya dalam sejarah dan juga konsep-konsep asas yang terlibat dalam
perkembangan ini untuk memperingatkan kembali segi-segi demikian ini
berhubungan dengan identiti umat ini. Moga-moga ini mendatangkan faedah
bersama dan bukan merupakan sesuatu untuk kepentingan ilmiah semata, walau
bagaimana relevannya kepentingan ilmiah itu pada parasnya sendiri.

Bab I

SEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincangan


ini dengan meneliti istilah Ahli's-Sunnah wa'I-Jama'ah itu sendiri dan punca-
puncanya. Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-
hadith, terutamanya dua istilah iaitu 'jamaah' dan 'firqah' dengan pluralnya 'firaq'.
Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu:

Maksudnya: 'Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan
atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan'.

Dalam catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi dinyatakan bahawa
mereka yang dikatakan 'umatku' itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahan
yang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan 'aqidah, bukan dimaksudkan
dalam bidang furu' dan 'amaliyat.

Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda
salla'Llabu 'alaihi wa sallam bersabda

Maksudnya: 'Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan
(ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan
yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh
puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu
golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan
kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga
golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka
dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?'. Jawab
Baginda 'Jama'ah'.

Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah 'jama'ah'.
Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa'id 3 bahawa
isnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai.
Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya'Llahu'anhu
bahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan.
Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan
(firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah'.

Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah
'al-Jama'ah'. Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya adalah
sahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkik
adalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat).

Kepentingan berpegang kepada jama'ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak
itu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu,
katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan penyeru-
penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, 'Mereka itu kaum dari
bangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita'. Lalu Hudhaifah bertanya,
'Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?'. Jawab
Baginda: 'Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam
mereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklah
engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksa
berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian
itu'.

Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin


dan imam mereka.

Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan


imam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah bin
al-Yaman; di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yang
menyeru manusia kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahan
daripada baginda apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda:

Maksudnya: 'Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam


mereka....... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semua
golongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok
kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu'.

Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala ada


menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab
awal kitabnya itu.

Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru
radiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda:

Maksudnya: 'Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas
Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain
wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan
(thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semua
mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan).
Mereka bertanya Baginda, 'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'.
Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan
para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'.

Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yang
diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan
(firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan
('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-
jama'ah'.

'Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnya


daripada Nabi S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itu
banyak isnad-isnadnya.9 Satujamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itu
daripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda', Jabir, Abu
Sa'id al-Khudri, Ubay bin'Ka'ab, 'Abdullah bin 'Amr bin al-'As, Abu Umamah dan
Wathilah bin al-Asqa'dan yang lain daripada mereka itu.

Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa' alRashidin


radiya'Llahu 'anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akan
berlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat,
yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami kebinasaan.

Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaum


Qadariyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat ini

Selain dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaan
kaum Murji'ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkan
kecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W. sendiri,
ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a'lam as-sahabah) berkenaan dengan
kecelaan kaum Qadariyah,Murji'ah dan Khawarij.

Pada fahaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-


golongan yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-
golongan dari kalangan para fuqaha' (firaq al-fuqaha') yang mempunyai pendirian
yang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetuju
dalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yang
demikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu'
tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan 'ulama' Muslim
ada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandangan
mujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu'fiqh. Pada pendapat
mereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar. Keduanya
mereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu' ada satu golongan yang
benar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya golongan yang baki lagi itu
tidak membawa kepada kesesatan.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutan


tentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-
golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamat
itu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa'd dan al-Wa'id,
bab al-Qadr dan al-Istita'ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayah
dan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi'ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau bab
Ru'yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat Allah
dan nama-namanya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta'dil dan taj'wiz, atau
satu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan sebagainya,
daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli's-Sunnah Wa ' I-Jama'ah bersepakat. Yang
tidak bersepakat dengan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah ialah golongan Ahlu'I-Ahwa'ad-
Dallah, golongan pengikut hawa nafsu yang sesat, yang terdiri daripada
Qadariyah,Khawarij, Rawafid, Najjariyah, Jahmiyah, Mujassimah dan Mushabbihah,
dan mereka yang mengikuti pegangan yang sesat. Ringkasnya, mengikut beliau
bahawa sahlah pentakwilan maksud hadith berkenaan dengan golongan-golongan
yang sesat itu adalah golongan yang bukan termasuk di dalamnya mereka yang
berikhtilaf dalam bidang furu' fiqhiyyah bahkan dalam bidang usulu'd-din.

Hadith-hadith sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi,


14 riwayat dari Abu Hurairah; diriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya orang-orangyahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh,


satu golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu
juga, dan umatku akan berpecah menj adi tujuh puluh tiga golongan (firqah) '.
Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih.

Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat 'Abdullah bin
'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: 'Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas
Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka
seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan
terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan
demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua
golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan
(millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk
neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai
Rasulullah? Kata Baginda '(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan
hidupku dan para sahabatku'. Hadith gharib.

Tentang hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda S.A.W.,
maka kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada 'Irbad bin
Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas
subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu
keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal
itu) berkatalah seorang lelaki 'Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti nasihat
mengucap selam ' at tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada
kami wahai Rasulullah?' Lalu Baginda S.A.W. bersabda:

Maksudnya: 'Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah,
supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang
diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan
kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang
banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara
baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka
sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia
mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' a]-Rasyidin yang mendapat hidayat
daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi
geraham kamu'. Hadith hasan sahih.
Dengan jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W. dan
perjalanan para Khulafa' a]-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar.

Hadith yang demikian itu juga didapati dalam Sunan Ibn Majah 17,juga nwayat dari
'Irbad bin Sariyah radiya'Llahu 'anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda selepas daripada
Baginda memberi nasibat yang cukup berkesan pada hati, katanya:

Maksudnya: 'Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu


dengar dan taat (kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi.
Dan kamu akan melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan
shadidan). Maka hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan
sunnah atau perjalanan hidup para Khulafa' al-Rashidin yang mendapat hidayat dari
Tuhan. Hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham
kamu. Jaga-jagalah diri kamu daripada (mengadaadakan atau mengikut) perkara-
perkara baru (dalam urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah
kesesatan'.

Boleh diperhatikan dalam hadith ini kelainan kalimat dadpada hadith terdahulu, laitu
ikhtilafah shadidan mengganti ikhtilafan kathiran. Yang ditekankan dalam hadith ini
ialah keperluan berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W. dan para Khulafa' al-
Rashidin. Berkenaan dengan konsep Khulafa' alRashidin, dikatakan oleh pentahkiknya
bahawasanya ada kaul yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan Khulafa'al-
Rashidin itu bukan sahaja terbatas kepada mereka itu, tetapi termasuk mereka yang
menjalani perjalanan sebagaimana mereka itu yang terdiri daripada para pemimpin
Muslimin (min a'immat'ul-Islam). Kata beliau lagi: Mereka itu adalah para khalifah
bagi Rasulullah S.A.W. yang menegakkan al-haqq dan menghidupkan agama dan
memimpin manusia kepada perjalanan yang benar. Penafsiran demikian ini
nampaknya dibenarkan oleb sebuah hadith yang menyebutkan para khulafa' sebagai
mereka yang menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W.

Maksudnya: 'Moga-moga rahmat Allah dicucurkan ke atas para khalifahku. Baginda


ditanya: Siapakah para khalifah tuan hamba ya Rasulullah?. Mereka yang
menghidupkan Sunnahku............... (Hadith riwayat dari al-Hassan) 18

Selain dari itu juga kita boleh sebutkan sebuah lagi hadith riwayat Ibn Majah 19 juga
riwayat daripada al-'lrbad bin Sariyah radiya'Llabu 'anhu bahawa Baginda bersabda
bila diminta tambahkan wasiatnya:

Maksudnya: 'Aku telah meninggalkan kamu dalam perjalanan yang terang


benderang ('yang putih' (al-baida') yang bennaksud millah dan hujjah yang nyata
yang tidak ada kekeliruan lagi di dalamnya); Malaninya adalah seperti siangnya.
Tidak menjadi terseleweng selepasku melainkan orang yang sengaja membinasakan
dirinya. Sesiapa daripada kamu semua yang hidup (sampai masa itu) maka ia akan
melihat perselisihan yang banyak (ikhtilafan kathiran); maka hendaklah kamu
berpegang kepada apa yang kamu ketahui daripada Sunnahku dan Sunnah
Khulafa'al-Rashidin yang dikurniakan hidayat (oleh Allah). Hendaklah kamu
berpegang kepadanya dengan gigi geraham kamu. Dan hendaklah kamu taat
(kepada para pemimpin kamu) walaupun (yang diangkat menjadi pemimpin itu)
seorang hamba bangsa Habshi. Sesungguhnya seseorang Mu'min itu adalah seperti
unta yang dicucuk hidungnya (iaitu ada tali penuntunnya pada hidungnya), ke mana
ia dibawa, ia mengikut (iaitu orang Mu'min yang tidak takabbur dan merendah diri itu
mengikut peraturan Syara'di mana ia dibawa'.
Jelas dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W.
dan perjalanan Khulafa'al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu pedalanannya.
Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajamya yang
dituntut oleh Syara'.

Selepas meneliti beberapa hadith berkenaan dengan masalah perpecahan ummat


dan golongan yang selamat serta tuntutan supaya orang mu'min itu mengikuti
Sunnah Nabi S.A.W., Sunnah Khulafa'al-Rashidin, dan pedalanan para Sahabat, Allah
meredhai mereka itu, ada beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan
dengan nas-nas ini.

Antaranya bahawa hadith-hadith itu adalah kuat sandarannya, maka oleh itu jelas
mengapa itu semuanya dijadikan sandaran bagi memahami perihal ini di kalangan
para ulama' kita yang mu'tabar. Tentang perpecahan-perpecahan yang berlaku dalam
sejarah tiga agama besar itu, itu nampaknya biasa, sebagaimana yang didapati
dalam al-Quran yang kerap menyebut tentang AhlilKitab yang terdiri dari al-Yahud
wan-Nasara. Maka dalam hadith-hadith berkenaan dengan perpecahan ini
tersebutjuga al-Yahud wan-Nasara. Kalimat-kalimat yang digunakan bagi menyebut
'golongan' itu ialah antaranya 'firqah' jamak 'firaq', 'millah', tapi tidak disebut
jamaknya;

yang tidak ada kekeliruan kemungkinan lagi di dalamnya. Orang yang terseleweng
daripadanya adalah Orang Yang mempunyai kecenderungan yang tidak baik Yang
dengan sengaja mernbinasakan dirinya. Istilah ini menarik hati kita oleh kerana ianya
memberikan konsep tentang kewujudan umat yang berdiri di atas aiaran dan
Pegangan yang nonnative, yang menjadi penentu,
atau neraca bagi memutuskan sesuatu itu benar atau wajar atau sebaliknya' 20
Itulah ummah ahlul-haqq yang orthodoks dalam pengertian yang sebenar-benamya.
Neraca inilah yang menentukan konsep Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang sistem
keilmuannya dihuraikan kemudiannya.

Bab II

Untuk meneliti beberapa tahap perkembangan sejarah Islam yang kemudiannya


membawa kepada berbagai perselisihan dan khllaf itu, menasabah kita mengingati
kembali beberapa persoalan yang berhubungan dengan hal itu. Antaranya ialah
sebagaimana yang disebutkan oleh al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dalam al-Farq
baina'l-Firaqnya. 21 Dinyatakan oleh bellau bahawa pada masa wafat Baginda S.A.W.
(iaitu pada tahun 10 hijrah) berada dalam perjalanan agama yang satu dalam dasar-
dasar agama (usulu'ddin) dan cawangan-cawangannya, selain daripada mereka yang
menzahirkan persetujuan dan yang menyembunyikan kemunafikan. Perkara khilaf
yang pertama berlaku ialah berkenaan dengan kewafatan Baginda S.A.W. Akhimya
mereka yang menyangka Baginda tidak mati tetapi diangkat oleh Allah sebagaimana
Sayyiduna 'Isa A.S. bersetuju Baginda memang wafat bila Abu Bakar radiya'Llahu
'anhu membaca ayat yang bermaksud:

'Sesungguhnya engkau mati dan mereka pun mati',.22


+

Beliau juga berkata kepada mereka, 'Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka
sesungguhnya Baginda telah wafat, dan sesiapa yang menyembah Tuhan
Muhammad, maka la Maha Hidup dan tidak mati'. Kemudian timbul khilaf tentang
tempat hendak dikebumikan Baginda S.A.W. Akhimya ia selesai dengan Abu Bakar
radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan kepada mereka hadith daripada Nabi S.A.W. yang
bermabsud: 'Sesungguhnya para anbiya' dikebumikan di mana mereka wafat'.,,3
Maka Baginda dikebumikan dalam biliknya di Madinah. Kemudian timbul ikhtilaf
berkenaan dengan khilafah, pihak al-Ansar ingin memberi bai'ah kepada Sa'd bin
'Ubadah; kemudian pibak Quraish menyatakan bahawa imamah mestilah di tangan
orang-orang Quraish berdasarkan kepada hadith yang bermaksud, 'Imam-imam
hendaklah dari kalangan orang-orang Quraish'. Ikhtilaf berkenaan dengan Imamah ini
berterusan sampailah ke zaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala dan
boleh dikatakan kesan-kesannya sampai sekarang masih ada di kalangan Muslimin.

Kemudian timbul ikhtilaf berkenaan dengan harta Fadak, akhimya diselesaikan


dengan Abu Bakar radiya'Llahu 'anhu meriwayatkan hadith yang berinaksud:
'Sesungguhnya para anbiya' tidak dipusakai,,.25 Lepas itu timbul masalah tentang
mereka yang tidak mahu menunaikan zakat, lepas itu mereka bersetuju dengan
keputusan Abu Bakar bahawa golongan yang enggan itu hendaklah diperangi. Lepas
itu mereka sibuk dengan peperangan melawan Tulaihah bila ia mengaku menjadi
nabi dan murtad daripada agama Islam. Selepas ia lari ke Syam, kemudian kembali
dalam zaman Umar kepada agama Islam, ia keluar jihad bersama Sa'ad bin Abi
Waqqas dalam peperangan Qadissiyyah dan ia syahid dalam peperangan Nehawand.
Kemudian Musliniin sibuk dengan peperangan melawan Musailamah al-Kadhdhab
yang mengaku nabi, serta alAswad bin Zaid'ansi. Lepas itu mereka sibuk dengan
membunuh mereka yang lain yang murtad keluar daripada agama Islam. Kemudian
mereka sibuk dengan peperangan melawan kerajaan Rom Timur dan juga kerajaan
Farsi, dan Allah membuka negeri-negeri untuk mereka. Pada masa itu mereka
berperang berdasarkan pegangan yang satu tentang bab-bab keadilan Tuhan, Tauhid,
al-Wa'd, al-Wa'id, dan lain-lain hal dalam usulu'd-din.

Adapun dalam masalah-masalah fiqh ada berlaku perselisihan pendapat di kalangan


mereka misalnya keadaan datuk menerima pesaka berserta saudara lelaki dan
saudara-saudara perempuan serta dengan bapa dan emak atau serta dengan bapa,
demikian seterusnya, tetapi perselisihan atau kelainan pendapat itu tidak membawa
kepada timbulnya kekafiran atau kesesatan di kalangan mereka. Demikianlah
keadaannya di zaman pemerintahan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiya'Llahu
'anhum ajma'in.

Kemudian berlaku khilaf di kalangan mereka berkenaan dengan 'Uthman bin 'Affan
dan perkara-perkara yang dituduh ke atasnya sehingga para penzalim
membunuhnya; kemudian mereka berikhtilaf lagi tentang para pembunuhnya dan
mereka yang menghasut manusia supaya menentangnya itu; demikianlah khilaf itu
masih ada sampai zaman kemudian, sampailah pada zaman alBaghdadi, dan boleh
kita katakan sampai abad kita ini.

Selepas itu berlaku ikhtilaf pula dalam hubungan dengan keadaan 'Ali bin Abi Talib
radiya'Llahu 'anhu dan mereka yang terlibat dalam peperangan alJamal, juga tentang
kedudukan Mu'awiyah dan mereka yang terlibat dalam peperangan Siffin, serta dua
orang hakam iaitu Abu Musa al-Ash'ari dan 'Amru bin al-'As; ikhtilaf yang melibatkan
mereka ini kekal sampailah ke zaman kemudian, dan kita sekarang boleh
mengatakan ianya kekal sampai hari ini.

Kemudian dalam zaman muta'akhkhirin dari kalangan para Sahabat berlakulah khilaf
golongan Qadariyah berkenaan dengan Qadar dan istita'ah atau ikhtiar makhluk,
yang datang dari Ma'bad al-Juhani dan Ghailan al-Dimashqi, serta Ja'd bin Darham.
Mereka yang muta'akhkhirin di kalangan para Sahabat bebas daripada perkara itu
semua, seperti 'Abdullah bin 'Amr, Jabir bin 'Abdullah, Abu Hurairah, Ibn 'Abbas, Anas
bin Malik, 'Abdullah bin Abi Aufa, 'Uqbah bin 'Amir al-Juhani dan yang semasa dengan
mereka itu.26 Mereka ini mewasiatkan orang ramai supayajangan memberi salam
kepada golongan Qadariyah dan jangan pergi sembahyang jenazah mereka itu.

Kemudian berlaku ikhtilaf di kalangan golongan Khawarij sehingga mereka berpecah


menjadi dua puluh golongan, tiap-tiap satu daripadanya mengkafirkan yang lain lagi.
Kemudian berlakulah pada zaman al-Hassan al-Basri radiya'Llahu 'anhu khilaf dengan
Wasil bin 'Ata' dalam masalah Qadar dan masalah manzilah bainal-manzilatain (iaitu
kedudukan antara dua kedudukan: antara iman dan kufr); masalah itu menjadi
bertambah pula dengan timbulnya bid'ah daripada 'Amru bin 'Ubald bin Bab yang
keduanya disingkir oleh alHasan daripada majlisnya, Ialu mereka berdua
meninggalkanjamaah di Masjid Basrah. Keduanya itu dan para pengikutnya dipanggil
Mu'tazilah kerana mereka itu memisahkan diri daripada pegangan ummat di mana
mereka mendakwakan bahawa orang fasiq dari kalangan Muslimin tidak Mu'min dan
juga tidak kafir.27

Adapun golongan Rawafid maka cawangan yang dipanggil al-Sababiyah di kalangan


mereka menzahirkan bid'ah mereka itu pada zaman 'Ali bin Abi Talib lagi. Mereka itu
dihukum oleh 'Ali dan Ibn Saba dikenakan hukuman pembuangan kerana bid'ahnya.
Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpendapat 'Ali radiya'Llahu
'anhu sebagai Tuhan. Selepas zaman 'Ali, golongan Rafidah itu berpecah menjadi
empat golongan laitu Zaidiyah, Imamiyah, Kaisaniyah dan golongan
Ghulat(pelampau). Golongan Zaidiyah pula menjadi berpuaK-puaK,, satu golongan
mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat Islam.
Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan Islam
(firaq al-Islam) ; 28 Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir
mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bernama
Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Ziyah, juga timbul khilaf golongan
Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan.
Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan
kesesatannya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini
bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi.
Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan
khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid, yang kuat di kalangan mereka
ialah tiga iaitu Janidiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga
golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi
Talib pada hari keluarnya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik.

Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya


kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad
bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi
yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada
masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang
lain.

Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini
menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah,
Shumaitiyah,'Ammariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna
'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisharn bin al-Hakam, atau dari pengikut
Hisham bin Salim al-Jawaliqi,Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan
Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq
dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata
yang paling keji tentang
'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang
merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima
belas dari Imamiyah.

Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imam-imam
mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang
menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti
Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang
mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam
walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.

Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka
mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdlyah,
Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimiyah,
Shu'aibiyah, Ma'lumiyah, Majhuliyah, Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah,
Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan
menjadi Hafsiyah, Harithiyah,Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah.
Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan
mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada
pendapat bahawa shari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya
nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam). Demikian
juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada
golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari
anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan
oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu
dinisbahkan kepada golongan Islam.

Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik
berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya.
Mereka itu ialah golongan lsliyah, 'Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah,
'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah,Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah
dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah,Kalblyah, Jubba'iyah, Hashimiyah,
dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh
golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah
dan Himariyah.29
Zaidiyah pula menjadi berpuak-puak, demikian juga Imamiyah dan Ghulat, satu
golongan mengkafirkan yang lainnya. Seluruh golongan Ghulat keluar daripada umat
Islam. Adapun golongan Zaidiyah dan Imamiyah, mereka terbilang daripada golongan
Islam (firaq al-Islam) ; 28- Golongan Bakhkhariyah berpecah dan mereka saling kafir
mengkafirkan; timbul khilaf dari golongan Bakriyah, iaitu dari seorang yang bemama
Bakr, dari saudara perempuan 'Abdul Wahid bin Zlyah, 'uga timbul khilaf golongan
Dirariyah dari Dirar bin 'Amr, dan khilaf al-Jahmiyah dari Jahm bin Safwan.
Kemunculan Jahm, Bakr dan Dirar adalah pada zaman zahir Wasil bin 'Ata' dengan
kesesatannya.

Dalam zaman al-Ma'mun al-'Abbasi timbullah seruan Batiniyah dan mereka ini
bukanlah dari golongan Islam, bahkan mereka ini adalah daripada golongan Majusi.
Dan muncul dalam zaman Muhammad bin Tahir bin 'Abdullah bin Tahir di Khurasan
khilaf al-Karramiyah al-Mujassimah.

Mengenai golongan Zaidiyah dari kalangan Rawafid,yang kuat di kalangan mereka


ialah tiga iaitu Jarudiyah, Sulaimaniyah juga dipanggil Haririyah dan al-Batriyah. Tiga
golongan ini bersepakat tentang imamah Zaid bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi
Talib pada hari keluamya iaitu pada zaman Hisham bin 'Abdul Malik.

Dari golongan Kaisaniyah pula timbul banyak golongan, bagaimanapun akhimya


kembali kepada dua golongan sahaja. Satunya yang mendakwa bahawa Muhammad
bin al-Hanaflyah hidup tidak mati dan mereka menantinya timbul sebagai al-Mahdi
yang dinanti-nantikan itu. Satu golongan lagi yang mempercayai imamahnya pada
masa hidupnya sahaja dan bila ia meninggal imamahnya itu berpindah kepada orang
lain.

Golongan Imamiyah yang mufarawah bagi Zaidiyah, Kisa'iyah dan Ghulat, mereka ini
menjadi lima belas firqah iaitu Muhammadiyah, al-Baqiriyah, alNawisiyah,
Shumaitiyah, 'Animariyah, Isma'iliyah, Mubarakiyah, Musawiyah, Qat'iyah dan Ithna
'Ashariyah, Hishamiyah daripada pengikut Hisham bin al-Hakam, atau dari pengikut
Hisham bin Salim al-Jawaliqi, Zharariyah, dari pengikut Zurarah bin U'yun dan
Yunusiyah dari pengikut Yunus al-Qummi dan Shaitaniyah dari pengikut Shaitan al-Taq
dan Kamiliyah dari pengikut Abu Kamil; beliau inilah yang mengeluarkan kata-kata
yang paling keji tentang
'Ali dan para sahabat yang lain, radiya'Llahu 'anhum. Inilah dua puluh golongan yang
merupakan golongan Rawafid; tiga daripada Zaidiyah, dua dari Kaisaniyah dan lima
belas dari Imamiyah.

Adapun golongan Ghulat mereka itu yang berpegang kepada ketuhanan Imamimam
mereka dan mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan oleh. syara', dan yang
menggugurkan kewajipan perkara-perkara yang wajib daripada shariat seperti
Bayyaniyah, Mughiriyah, Janahiyah, Mansuriyah, Khattabiyah dan Hululiyah dan yang
mengikuti perjalanan mereka itu. Maka mereka itu bukan daripada golongan Islam
walaupun mereka itu dikaitkan dengannya.

Adapun golongan Khawarij, bila berlaku perpecahan dalam kalangan mereka, maka
mereka menjadi dua puluh golongan iaitu Muhakkimah Ula, Azraqiyah, Najdiyah,
Sifriyah, 'Ajradiyah dan daripada 'Ajradiyah itu berpecah menjadi Khazimlyah,
Shu'aibiyah, Ma'lun-iiyah, Majhuliyah,Ma'badiyah, Rashidiyah, Mukarramiyah,
Hamziyah, Ibrahimiyah dan Wafiqiyah. Dari golongan lbadiyah timbul perpecahan
menjadi Hafsiyah, Harithiyah, Yazidiyah dan para ahli taat yang bukan terhadap Allah.
Yazidiyah itu ialah dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn Yazid bin Unais dan
mereka itu bukan daripada golongan Islam oleh kerana mereka berpegang kepada
pendapat bahawa shari'at Islam menjadi mansukh di akhir zaman dengan adanya
nabi yang dibangkitkan dari kalangan orang-orang bukan Arab (al-'Ajam). Demikian
juga daripada 'Ajradiyah itu timbul golongan Maimuniyah yang bukan daripada
golongan Islam kerana mereka mengharuskan perkahwinan anak perempuan dari
anak perempuan dan anak perempuan dari anak lelaki sebagaimana yang diharuskan
oleh orang-orang Majusi, walaupun disebutkan bahawa Yazidiyah dan Maimuniyah itu
dinisbahkan kepada golongan Islam.

Golongan Qadariyah Mu'tazilah yang men-iisahkan diri mereka dari yang baik
berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya.
Mereka itu ialah golongan lsliyah, 'Umariyah,Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah,
'Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiyah, Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah
dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah, Kalbiyah, Jubba'iyah, Hashimiyah,
dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn alJubba'i. Mereka itu terdiri daripada dua puluh
golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah
dan Himarlyah.29
Golongan Murji'ah ada tiga cawangan; satunya mereka yang murji'ah beriman dan
berpegang kepada Qadar mengikut Mazhab Qadar'yah, maka dengan itu mereka
terbilang di kalangad golongan Qadariyab; keduanya Murji'ah seperti Abu Shimr al-
Murji'i dan Muhammad Shabib al-Basri al~Khalidi. Satu golongan lagi ialah mereka
yang beraliran Murj 'ah, beriman dan cenderung kepada ajaran Jahm dalam bab
amalan-amalan, maka mereka itu daripada golongan Jahmiyah dan Murji'ah. Satu
golongan lagi ialah golongan Murjl'ah 'dak cenderung kepada aliran yang lain. Mereka
'alah golongan-

yang ti

golongan Yunsiyah, Ghassaniyah, Thaubianiyah, Tuminiyah dan Muralsiyah. Adapun


golongan Najjariyah pada zaman Baghdadi mereka berada di Rayy, mereka terdiri
daripada sepuluh golongan leblh;mereka ini kembali kepada asal tiga golongan iaitu
Burghuniyah, Za'faraniyah dan Mustadrikah. Adapun golongan Bakriyah dan
Dirariyah, tiap-tiap satunya adalah satu golongan tersendiri yang tidak mempunyai
pengikut yang ramai, demikianjuga golongan Jahmiyah satu golongan tersendiri, dan
golongan Karramiyah berada di Khurasan, terdiri daripada tiga golongan iaitu
Haqqaqiyah, Tarayiqiyah dan Ishaqiyah, tetapi tiga golongan ini tiap satunya tidak
mengkafirkan yang lainnya.

Selepas menyenaraikan firqah-firqah itu, al-Baghdadi rahirnahu'Llahu Ta'ala


menyatakan30 bahawa itulah firqah-firqah yang disenaraikannya yang terdiri
daripada tujuh puluh dua firqah, dua puluh daripadanya dari kalangan Rawafid, dua
puluh dari kalangan Khawarij, dua puluh lagi dari kalangan Qadariyah, sepuluh dari
kalangan Murji'ah dan tiga dari kalangan Najjariyah, Bakriyah, Dirariyah, Jahmiyah
dan Karramiyah. Inilah yang dikatakan tujuh puluh dua firqah itu.

Lepas itu beliau menyebutkan golongan yang ketujuh puluh tiga katanya itulah
golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang terdiri daiipada dua golongan besar di
kalangan mereka iaitu golongan yang banyak berpegang kepada pendapat (al-ra'y)
(selain daripada mereka berpegang kepada Quran dan Sunnah), dan mereka yang
berpegang kepada Hadith (iaitu mereka lebih banyak bersandar kepada hadith
daripada menggunakan fikiran di dalam memutuskan sesuatu).

Beliau menyatakan bahawa golongan fuqaha' mereka itu, juga golongan qurra'nya,
ahli-ahli hadithnya, golongan ilmu kalamnya, di kalangan ahliabli hadith dari
kalangan mereka berinuafakat di atas pegangan yang satu

tentang mentauhidkan Tuhan yang menjadikan alam ini, serta sifat-sifatnya,


keadilannya, hikmatnya, nama-namanya, dan sifat-sifatnya, juga mereka
bermuafakat di dalam bab-bab nubuwwah, juga bab Imamah, mereka juga
bermuafakat tentang hukum-hukum di alam akhirat, dan lain-lain lagi yang terdiri
daripada masalah-masalah usulu'd-din atau pun perkara-perkara asas dalam agama.
Mereka ini hanya berikhtilaf dalam masalah halal haram daripada perkara-perkara
furu' atau cawangan dalam hukum, dan tidak ada dalam perkara-perkara yang
mereka ikhtilafkan itu yang membawa kepada kesesatan atau kefasikan. Mereka
itulah yang merupakan firqah yang selamat (al-firqah al-najiyah) yang bersepakat
dalam berikrar tentang keesaan Tuhan yang menjadikan QidamNya dan Qidam sifat-
sifatnya yang Azaliyah dan harus memandangnya dengan tidak ada tashbih dan
ta'til;juga mereka bersepakat tentang berikrar beriman terhadap kitab-kitab
Allah,para RasuINya dan percaya mereka itu diperkuatkan dan ditolongkan dengan
Shari'at Islamiyah, dan mereka itu mengharuskan apa yang diharuskan oleh Quran
dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Qur'an serta pula dengan kawalan-
kawalan daripada apa yang sah datangnya daripada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.,
mereka juga bersepakat dalam beriman kepada kebangkitan dan perhimpunan hari
akhirat, soalan Munkar dan Nakir, tentang Kolam Nabi S.A.W., tentang Neraca
Timbangan Amal. Maka sesiapa yang beriman dengan ini semua dan tidak
mencampurkannya dengan sesuatu daripada bid'ah-bid'ah Khawarij, Rawafid dan
Qadariyah serta lain-lain dari kalangan mereka yang mengikuti hawa nafsu mereka
sendiri maka tergolonglah ia ke dalam golongan yang selamat, kalaulah takdimya
habis umumya dalam keadaan demikian itu.

Termasuk ke dalam golongan yang selamat ini ialah jumhur ummat Islam dan
golongan terbanyaknya (al-sawad al-a'zam) yang terdiri daripada para pengikut
Imam-imam Malik, Shafie, Abu Hanifah Auza'i, Thauri dan Daud Zahiri.

Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh


dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.

Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja'Ali dan keluarganya;
mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan
'Uthman. Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan.

Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina


'Ali radiya'Llahu 'anhu. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada
pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafin
Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan.

Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak


mempunyai sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri
dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga,
dan bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara
syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi S.A.W.
adalah dengan roh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua
puluh golongan.

Keempatnya ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa


yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudharat bila ia sudah
beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang
bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini
kemudiannya berpecah kepada lima golongan.

Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa


perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai
sifatsifat. Mereka berpecah kepada tiga aliran.

Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa


manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama
sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja.

Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan


bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia,
umpamanya Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan
turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja.
Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan.
Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli'sSunnah
wal-Jama'ah.

Sebagai reaksi daripada apa yang timbul itu yang membawa kepada timbulnya
berbagai firqah itu, maka timbullah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang
diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam Usulu'd-din iaitu Syaikh Abu'l Hasan al-
Ash'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu. Dari
segi 'aqidah seseorang itu boleh dipanggil Sunni sahaja, yang menunjukkan bahawa
ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli's-Sunnah; ataupun ia boleh
dipanggilkan Asy'ari atau Asya'irah.

Abu-Hasan al-Asy'ari lahir di Basrah tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah
tahun 324 Hijrah. Mula-mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah
sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran
itu setelah mendapat hidayat daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya
ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz.

Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu
Bakar al-Qaffal (men. 365 Hijrah), Abu Ishaq al-Isfara'ylni (men. 411 Hijrah), Imam
Hafiz al-Baihaqi (wafat 458 Hijrah), Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-
Ghazali (wafat 460 Hijrah), Imam al-Qusyairi (wafat 465 Hijrah), Imam a]-Baqillani,
dengan kitab at-Tamhidnya yang terkenal (wafat 403 Hijrah), Imam al-Ghazali (wafat
505 Hijrah), Imam Fakhruz-Razi (meninggal 606 Hijrah), Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-
Salam (men. 606 Hijrah) yang semuanya pendokong aliran Ahli's-Sunnah
sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy'ari.

Dalam masa-masa kemudian para ulama'yang mendokong faham al-Asy'ari ini ialah
antaranya seperti Syaikhul-Islam Syaikh Abdullah asy-Syarqawi (men. 1227 Hijrah),
Syaikh Ibrahim al-Bajuri (men. 1272 Hijrah), Syaikh Nawawi a]-Bantani (men. 1315
Hijrah) dengan kitab tauhidnya Tljanu'd-Darari, FathulMajid, antara lainnya Syaikh
Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan 'Aqidatun-Najin, Syaikh Husain al-
Tarabalasi dengan al-Husun alHamidiyahnya yang terkenal itu.33

Imam Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu juga dianggap sebagal pengasas
usulu'd-din di kalangan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebut
bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung
Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333
Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau
mempertahankan pegangan Ahli's-Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman
yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan
al-Asy'ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli's-Sunnah wal-
Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi,
bila dikatakan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yan
diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al Maturidi.34

Bab III

Siapakah yang digolongkan ke dalam firqah Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah itu? Antara


mereka yang dinyatakan tennasuk ke dalam firqah Ahli's-Sunnah itu ialah
sebagaimana yang dicatitkan oleh al-Baghdadi dalam al-Farq baina'lFiraq nya.'-3
Dinyatakan bahawa mereka itu terdiri daripada lapan golongan.

Pertamanya mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab


mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa'd Oanjl memberi balasan baik
kepada mereka yang melakukan kebaikan) dan wa'id (iaitu janji memberi balasan
jahat kepada mereka yang melakukan kejahatan jika tidak diampunkan), pahala,
balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama
yang demikian ini. Mereka ini termasuk daripada golongan mutakallimin yang bebas
daripada tashbih dan ta'til daripada perkara-perkara bid'ah Rawafid, Khawarij,
Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikuti hawa nafsu.

Keduanya mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri
daripada dua golongan pula, laitu mereka yang berpegang kepada hadith (dan tidak
begitu berpegang kepada fikiran, ra'y) dan yang berpegang kepada hadith (selepas
daripada berpegang kepada Qur'an); mereka ini terdiri daripada golongan yang
beri'tikad tentang dasar-dasar agama (usulu'd-din) mazhab yang percaya kepada
sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan
Mu'tazilah. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat
dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit
dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam
Nabi, Sirat, Shafa'at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah.
Mereka percaya kepada kekalnya ni'mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab
neraka kkepada ahlinya. Na,udhi billahi min dhalik. Mereka percaya kepada Imamah
Abu Bakar, 'Umar, 'Uthinan dan 'Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih
dengan pujian yang baik dan mereka berpegang kepada wajibnya sembahyang
juma'at di belakang para imam Jumu'at bersih diri mereka daripada bid'ah ahli hawa
nafsu yang mengikut keinginan mereka dalam Pegangan itu. Mereka ini juga
berpegang kepa da wajibnya istinbat hukum hukum Syari'at daripada Qur'an dan
Sunnah dan ijma' para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus
menyapu kasut panjang (dalam wudhu') dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka
mengharamkan mut'ah serta berpegang kepada wajibnya taatnya kepada Sultan di
dalam perkara yan bukan ma'siat terhadap Allah.

Termasuk ke dalam golongan ini ialah para pengikut imam-imam Malik, Syafi'i, Auza'i,
al-Thauri Abu Hanifah, Ibn Abi Laila juga para pengikut Abi Thaur, Ahmad b. Hanbal
dan ahli zahir dan lain-lain ulama fiqh yang berpegang kepada Perkara-perkara yang
boleh dicapai dengan akal dan berpegang kepada asal usul sifat Allah serta tidak
mencampurkan fiqhnya dengan suatu daripada bid'ah-bid'ah sesat daripada mereka
yang mengikut hawa nafsu yang sesat.

Golongan Ahlis-Sunah Yang ketiga ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup
tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang
datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-
riwayat yang sahih, yang 'sakit', dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya
para periwayat, dan 'adil'nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima)
dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli
hawa nafsu yang sesat.

Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu mencukupi tentang
sastera dan nahu serta tasrif serta mereka Yang mengikuti perjalanan imam-imam
dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l, Abu 'Amru bin al-'Ala, Sibawaih, al-Farra', al-
Akhfash, al-Asma'i, al-Mazini dan Abi 'Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahu yang
terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah Yang tidak
mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid'ah-bid'ah sesat daripada kaum-kaum
sesat itu, seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij. Sesiapa daripada mereka
yang cenderung kepada sesuatu daripada aliran bid'ah sesat kaum sesat itu, maka
mereka tidak termasuk ke dalam golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah dan
pendapatnya dalam lughat dan nahu tidak menjadi hujjah lagi.
Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi
berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur'an (qira'at) serta segi-segi tafsir ayat-
ayat Qur'an dan ta'wil-ta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli's Sunnah wal-
Jama'ah, dan bukan ta'wil-ta'wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-
sufiyah) yang mempunyai pandangan yang tajam, serta mereka mengawal diri
daripada apa yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dan mendapat
pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mereka
mengambil i'tibar sebaiknya dan mereka redha dengan apa yang ditakdirkan oleh
Allah. Mereka rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah
kepada mereka), dan mereka ini tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan
fu'ad atau hati, itu semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang
dilakukan. Mereka itu menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau
sebesar zarrah, dan mereka mempersiapkan bagi diri mereka persiapan yang
sebaiknya bagi hari yang penghabisan itu iaitu Akhirat. Mereka menghuraikan ilmu
mereka dengan menggunakan jalan 'ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli
ilmu hadith, bukan mengikut mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak
melakukan apa yang baik kerana ria' dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik
itu kerana malu kepada sesiapa. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid
yang menolak tashbih dan mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk (tafivid)
kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta tunduk taslim bagi perintahnya serta
merasai memadai dengan apa yang direzekikan olehnya serta berpaling daripada
menentang apa yang ditentukan Allah. Mereka itu adalah sebagaimana yang
digambarkan dalam Qur'an.

Maksudnya: 'Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang
dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'.

Golongan yang ketujuh ialah mereka yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu
Muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang
melawan seteru Muslimin dan mereka menjaga kawasan Muslimin dan juga memberi
perlindungan kepada para wanita maeremkuasiltiumminaz dan rumah tangga
mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli's-Sunnah wal-
Jama'ah. Dalam hubungan dengan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

Maksudnya: 'Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar
akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami'.

Mudah-mudahan Allah kurniakan kepada mereka itu taufik dengan pemberian dan
kemurahannya.

Golongan kelapan ialah negeri-negeri yang mendokong mazhab Ahli's-Sunnah wal-


Jama'ah, bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syi'ar-syi'ar bagi
golongan-golongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Yang dimaksudkan dengan
golongan ini ialah golongan orang ramai di mana-mana yang beri'tikad tentang
benarnya ulama' Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang berpegang kepada bab-bab
keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa'd, wa'id, dan mereka merujuk kepada ulama'
Ahli's-Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama mereka serta mereka mengikuti
Para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan haram. Mereka
tidak beri'tikad suatupun daripada perkara yang ada dalam pegangan golongan-
golongan ahli kesesatan itu. Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan
Ahli's-Sunnah wal-Jama ah. Merekalah pemegang agama yang benar dan mereka
berada di atas Sirat al-Mustaqim. Moga-moga Allah tetapkan mereka di atas kalimah
yang hak dan tetap di atas dunia ini dan akhirat. Allahumma amin.
Inilah yang dikatakan golongan Ahli's-Sunnah yang dicatitkan daripada huraian
'Abdul-Qahir al-Baghdadi yang merupakan sesuatu yang sudah jelas selepas
perjalanan sejarah Islam selama empat abad lebih lamanya (Al-Baghdadi meninggal
pada tahun 429 Hijrah/1037 Masehi). Gambarannya adalah sesuatu yang merupakan
'crystallization' daripada pegangan insan dan sejarahnya yang boleh rnenjadi sebagai
indeks bagi kita memahami persoalan ini. Dengan berdasarkan kepada neraca yang
diberikan oleh al-Baghdadi ini, kita boleb menentukan kedudukan Ahli's-Sunnah wal-
Jama'ah dan mereka Yang berpegang kepadanya, dalam keadaan menghadapi
berbagai aliran faham Timur dan Barat yang datang dari dalam masyarakat Islam
sendiri dan juga dari luarnya. Bagaimanapun ini bukanlah tujuan utama
perbincangan ini.

Dalam membela kebenaran Ahli's-Sunnah dan keselamatan kedudukan mereka


sebagaimana yang dijanjikan dalam hadith-hadith Nabi S.A.W., al-Baghdadi dengan
penuh keyakinan nampaknya menyatakan bahawa:

'Dan kami tidak mendapati sehingga hari ini dari kalangan firqah-firqah ummat ini
siapakah di kalangan mereka itu yang bersepakat dengan perjalanan para Sahabat
radiya'Llahu 'anhum melainkan golongan Ahli'sSunnah wal-Jama'ah dari kalangan
para fuqaha' ummat ini dan para mutakallimin mereka itu yang berpegang kepada
Sifat-sifat Allah lain daripada golongan Rafidah, Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah,
Najjariyah, Mushabbihah, Ghulat dan Hululiyah'.

Lepas itu beliau menyebut satu persatu di mana tidak selamatnya pendirian-
pendirian golongan lain seperti golongan Qadariyah, Khawarij dan seterusnya.
Kemudian beliau menghuraikan dasar-dasar yang disepakati di kalangan Ahli's-
Sunnah wal-Jama'ah.39

Dasar pertamanya, tentang mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu. Katanya


bahawa para Ahli's-Sunnah berijma' tentang thabitnya ilmu-ilmu sebagai pengertian-
pengertian yang ada pada para ulama' dan mereka mengatakan tentang peri
sesatnya mereka yang menafikan ilmu pengetahuan dan sifat-sifat yang ada pada
benda dengan mereka menganggap jahilnya golongan Sophists yang menafikan ilmu
dan hakikat sesuatu semuanya. Dianggapnya mereka itu sebagai golongan yang
mengingkari apa yang mereka telah mengetahuinya dengan secara daruri. Demikian
juga dengan golongan Sophists (Sufasta'iyah) yang syak tentang wujudnya hakikat-
hakikat. Demikian juga golongan daripada mereka itu yang berpegang kepada ajaran
bahawa hakikat segala sesuatu mengikut anggapan dan mereka menganggapkan
sah semua i'tikad-i'tikad walaupun semuanya saling canggah bercanggah dan nafi
menafikan. Semua tiga golongan ini kafir dan engkar serta degil untuk menerima apa
yang diwajibkan akal secara dharuri.

Bagi Ahli's-Sunnah, ilmu manusia dan ilmu haiwan-haiwan lain terdiri daripada tiga
jenis ilmu.

Pertamanya ilmu yang badihi iaitu secara tersendiri tanpa difikirkan. Keduanya ilmu
yang bersifat hissi iaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali
iaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya.
Mereka menyatakan bahawa sesiapa yang menolak ilmu-ilmu yang badihi ataupun
ilmu yang hissiyah yang datang melalui pengalaman pancaindera yang lima, itu
adalah orang yang degil. Adapun orang yang tidak menerima ilmu-ilmu yang bersifat
nazariah dan yang datang dengan pemikiran dengan mengambil dalil, ia perlu diteliti.
Kalau lanya terdiri daripada orang yang menolak dan mengingkari pemahaman
dengan akal tentang ilmu-ilmu yang boleh difahami dengan akal langsung, maka ia
adalah kafir mulhid, hukumnya adalah seperti hukum Dahriyah (atau fahaman yang
tidak percaya kepada Tuhan dan mengithbatkan wujud alam benda sahaja) kerana
pegangan mereka bahawa alam ini abadi, dan menafikan Tuhan yang menjadikan
tambahan lagi dengan pegangan mereka membatalkan semua agama-agama.

Adapun seseorang yang berpegang kepada kefahaman akal dalam perkaraperkara


yang boleh difahamkan dengan akal, dan ia tidak menerima qiyas dalam masalah
furu' hukum Syariat, seperti ahli mazhab Zahiriyah,maka ia tidak menjadi kafir
dengan ia mengingkari qiyas secara syar'i itu. Golongan Ahli's-Sunnah menerima
pancaindera sebagai punca-punca pengetahuan yang diakui dan pengesanan
pancaindera adalah diterima.

Golongan Ahli's-Sunnah menyatakan juga bahawa khabar mutawatir adalah satujalan


ilmu yang dharuri dan benda yang datang melalui punca itu adalah sahih, misalnya
tentang sahnya ada negeri yang belum dikunjungi oleh seseorang itu, tetapi ia
dengar berita mutawatir tentangnya. Itu adalah sebagaimana ilmu kita tentang
adanya para anbiya' dan raja-raja sebelum zaman kita. Adapun tentang benamya
pengakuan para anbiya'tentang pangkat kenabian mereka maka itu diketahui olch
kita dengan hujah-hujah ilmu secara nazariah.

Golongan Ahli's-Sunnah menyatakan bahawa hadith yang melazimkan kita beramal


dengannya adalah tiga jenis: mutawatir, ahad dan yang menengah antara keduanya.
Khabar mutawatir yang mustahil lanya direka-rekakan adalah berkedudukan sebagai
ilmu yang dharuri dan contohnya ialah seperti berita tentang negeri-negeri yang
belum kita kunjungi,dan ilmu yang kita tahu tentang raja-raja dan nabl-nabl serta
generasi-generasi sebelum kita. Dengan itulah seseorang mengetahui kedua
ibubapanya dan dengan keduanya ia dinisbahkan.

Adapun khabar ahad maka bila sah isnadnya dan matannya bukan menasabah dan
bukan mustahil pada akal, maka ianya wajib diamalkan; ianya berkedudukan sebagal
kesaksian orang yang adil di sisi hakim bahawa wajib ia memutuskan hukum
dengannya pada zahir walaupun ia tidak mengetahui tentang benamya iaitu dalam
kesaksian. Dan dengan khabarjenis inilah maka para fuqaha'menthabitkan
kebanyakan daripada furu'hukum-hukum Syariah dalam ibadat, mu'amalat, dan lain-
lain bab haial haram. Dan golongan Ahli'sSunnah menganggapkan sesat mereka
yang menggugurkan wajib beramal dengan khabar ahad dari kalangan Rafidah,
Khawarij dan lain-lain golongan sesat.

Adapun khabar mustafid yang duduk di tengah-tengah antara yang mutawatir dan
yang ahad, maka ianya seperti mutawatir dalam wajibnya berilmu dengannya dan
beramal dengannya; tetapi ia berlainan pula daripada yang mutawatir kerana ilmu
yang datang darinya adalah ilmu yang muktasab yang nazari, adapun ilmu yang
datang dari yang mutawatir adalah dikirakan dharuri ti 'dak muktasab. Dan khabar
jenis ini ada bahagian-bahagiannya pula. Termasuk ke dalam jenisnya ialah khabar-
khabar tentang para anbiya'. Tertnasuk ke dalam jenis ini juga khabar yang tersebar
di kalangan manusia yang tidak sahih mereka itu melakukan pembohongan, bila
sesuatu berita dikhabarkan di kalangan mereka. Bila seseorang di kalangan mereka
tidak mengatakan ianya bohong, maka kita ketahui bahawa orang itu berkata benar.
Dengan khabar cara inilah kita ketahui tentang mu'jizat-mu'jizat Nabi kita S.A.W.
tentang terbelahnya bulan, bertasbihnya anak batu dalam tangannya, menangisnya
pelepah tamar dan sebagainya. Demikian juga khabar-khabar mustafidah antara
imam-imam hadith dan fiqh yang mereka ijma' bahawa ianya adalah sahih seperti
hadith-hadith tentang Syafa'at, Hisab, Haud, Sirat, Mizan, azab kubur, soal Munkar
dan Nakir.
Demikian juga khabar mustafidah dalam banyak daripada hukum-hukum fiqh seperti
nisab zakat, had bagi yang n-dnum arak, hadith-hadith tentang menyapu khuf,
tentang rejam, dan yang sepertinya, daripada apa yang diijma'kan oleh fuqaha'.
Maka golongan Ahli's-Sunnah menganggap sesat mereka yang tidak

memahami seperti mereka dalam hal-hal itu seperti kaum-kaum sesat yang mengikut
hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rejam,
dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum arak dan
mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari
memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.

Demikian juga Ahli's-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong


tangan pencuri yang mencuri sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau
tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid
demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan
mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha' golongan Ra'y dan
Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang
mengharuskan kahwin mut'ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.

Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta'ala mewajibkan ke atas para


hambanya supaya mencapai ma'rifat terhadapnya, dan juga mewajibkan ke atas
mereka ma'rifat terhadap rasuinya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang
ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah.

Juga golongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan - dari


kalangan Qadariyah dan Rafidah - bahawa Allah tidak mewajibkan ma'rifat
terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan alJahiz, dan satu
golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiaptiap ilmu kasbi dan nazari
harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka
menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu'tazilah, bahawa
ma'rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak
termesti kepada ma'rifatnya.

Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa punca-punca hukum-hukum Syar'iyah


adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma' golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir
orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini - kalau pada
zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah - tidak ada hujah dalam Qur'an dan Sunnah
kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian
daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.

mengikut hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang
menolak rej am, dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had kerana meminum
arak dan mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang
mengingkari memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan
azab kubur.

Demikian juga Ahli's-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong


tangan pencuri yang mencun' sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau
tidak, sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid
demikian juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan
mansukhnya hukum khabar yang sepakat tentangnya fuqaha' golongan Ra'y dan
Hadith sebagaimana juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang
mengharuskan kahwin mut'ah walhal keharusannya sudah dimansukhkan.
Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Allah Ta'ala mewajibkan ke atas para
hambanya supaya mencapai ma'rifat terhadapnya, dan juga mewaj ibkan ke atas
mereka ma'rifat terhadap rasuINya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang
ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah.

Juga golongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan - dari


kalangan Qadariyah dan Rafidah - bahawa Allah tidak mewajibkan ma'rifat
terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan al-Jahiz, dan satu
golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahawa tiap-tiap ilmu kasbi dan
nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka
menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu'tazilah, bahawa
ma'rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak
termesti kepada ma'rifatnya.

Golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa punca-punea hukum-hukum Syar'iyah


adalah al-Quran, Sunnah, dan ljma' golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir
orang yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahawa pada hari ini - kalau pada
zaman al-Baghdadi, abad kelima Hijrah - tidak ada hujjah dalam Qur'an dan Sunnah
kerana mereka mendakwakan bahawa para sahabat ada mengubahkan sebahagian
daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.

(jolongan Ahli's-Sunnah menganggapkan kafir golongan Khawarij yang menolak


seluruh kitab sunan yang diriwayatkan oleh perlwayat-Periwayat hadith kerana pada
pandangan mereka periwayat-periwayat hadith itu kafir.

Merekaj'uga menganggapkan kafir al-Nazzam yang mengingkari hujjah ijma' dan


hujjah daripada riwayat mutawatir. Mereka juga menghukum kafir bag] orang yang
berpendapat mungkin seluruh ummat Islam berljma' dalam kesesatan (ijtima'al-
ummah 'ala al-dalalah), juga kerana ia berpendapat harus mereka yang terlibat
dalam riwayat yang mutawatir itu bermuafakat mereka-rekakan sesuatu yang
bohong. Inilah penerangan tentang apa yang disepakati oleh Ahli's-Sunnah dalam
hubungan dengan rukun yang pertama.40 -

Dasar yang kedua ialah pegangan Ahii's-Sunnah tentang barunya alam ini. Mereka
telah ijma'kan bahawa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah,
mereka ijma'kan bahawa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada
sifat-sifatnya yang azali adalah makhiuk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah.
Mereka juga bersepakat bahawa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan
yang diciptakan dan bukan daripada jenis alam ini dan bukan daripadajenis sesuatu
daripada juzuk alam ini.

Mereka bersepakat lagi bahawa bahaglan-bahagian daripada alam ini ada dua, jauhar
dan 'arad (pl. Jawahir dan a'arad), khilaf pendapat mereka yang menafikan a'arad.

Mereka bersepakat bahawa setiap jauhar adalah juzuk yang tidak boleh berpecah
lagi. Dan mereka menganggapkan kafir al-Nazzam dan ahli-ahli falsafah yang
menganggap boleh berpecahnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk benda dengan
tidak berkesudahan dan ini dikirakan berlawanan dengan ayat yang bermaksud:

'Dan Dia (Allah) menghitung segala sesuatu satu persatu.' (Surah al-Jin;28)

Golongan Ahli's-Sunnah juga mengithbatkan para malaikat, jin dan syaitan sebagai
makhluk-makhluk yang ada dalam alam ini, dan mereka menganggap kafir mereka
yang menafikan demikian itu dari kalangan ahli falsafah dan golongan Batiniyah.
Kemudian kenyataan ini disusuli dengan beberapa kenyataan tentang sesatnya
golongan ahli falsafah dan Mu'tazilah dalam hubungan dengan alam benda dan
konsep alam.

Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpegang kepada pegangan bahawa


ni'mat syurga dan azab neraka itu terputus dan mereka menganggap kafir golongan
Jahmiyah yang berpendapat syurga dan neraka itu tidak kekal.

Dasar yang ketiga ialah berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-
SifatNya. Pada Ahli's-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang
menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan
bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan
'arad-'arad. Mereka menganggap kafir Mu'ammar dan para pengikutnya dari
kalangan Qadariyah yang berpendapat bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu
daripada 'arad-'arad. la hanya menjadikan jisim-jisim.

Antaranya disebutkan bahawa golongan Ahli's-Sunnah bersepakat bahawa Tuban


tidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya masa, khilaf golongan yang
mengatakan Tuhan menyentuh'Arsy, dan'golongan Syihamiyah dan Karramiyah.
Ahli's-Sunnah juga berijma' menafikan adanya kecederaan, kesedihan, kesakitan dan
kelazatan daripada Tuhan, serta gerak dan diam, khilaf pendapat golongan
Hisyamiyah dari golongan Rafidah yang menganggap harus ada gerak pada Tuhan.

Antaranya yang dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah Maha Kaya
tidak berkehendakkan kepada makhluknya, dan la Itidak mendapat manfaat daripada
menjadikan makhluknya itu dan juga la tidak menolak kemudaratan daripada DiriNya
dengan menjadikan makhluknya itu. Inilah khilaf pegangan Majusi yang mendakwa
bahawa Allah menjadikan para malaikat bagi menolakkan kesakitan pada DiriNya
yang datang daripada syaitan dan penolong-penolongnya.

Ahli's-Sunnah juga berijma'Tuhan yang menjadikan alam itu tunggal, khilaf pendapat
yang mengatakan Tuhan itu dua yang sedia kala, satunya cahaya, Nur dan satu lagi
ialah kegelapan Zulmah (Yazdan dan Ahriman di kalangan Majusi). Pegangan tentang
keesaan Tuhan ini berlawanan dengan pegangan golongan Ghulat di kalangan
Rafidah yang menyatakan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam kepada'Ali yang
merupakan Khaliq yang kedua.

Dasar keempat , berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli's Sunnah
berpegang kepada pegangan bahawa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya,
HayatNya, IradatNya, Sama'Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya
yang azali serta abadi. Golongan Mu'tazilah menyatakan bahawa tidak ada Qudrat,
Ilmu, Hayat bagi Allah Ta'ala dan la tidak dapat dilihat di Akhirat.

Ahli's-Sunnah berijma'bahawa Qudrat Allah yang berlaku di atas segala yang


ditakdirkan itu semuanya sebagai satu qudrat yang dengannya ditakdirkan semua
yang ditakdirkannya itu. Ini disusuli dengan kesesatan-kesesatan Mu'tazilah dalam
hubungan dengan hal ini.

Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Ilmu Allah adalah satu
yang dengannya itu la mengetahui segala maklumat secara satu persatu. Satu
golongan daripada Rafidah mengatakan bahawa Allah tidak mengetahui sesuatu
sebelum adanya dan Zurarah bin Kyun dan para pengikutnya di kalangan Rafidah
menyatakan bahawa Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, dan lain-lain sifat yang baru
bahawasanya ia tidak Hidup, Berkuasa dan Mengetahui melainkan sehingga la
menjadikan bagi DiriNya Hayat, Qudrat,Ilmu, Iradat, Sama', Basar.

Golongan Ahli'-Sunnah berijma' bahawa Sifat Sama' dan Basar Tuhan meliputi segala
yang didengar dan segala yang dilihat dan Tuhan sentiasalah melihat bagi DiriNya
dan Mendengar bagi Kalam DiriNya. Ini diikuti dengan khilaf Mu'tazilah.

Golongan Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Allah boleh dilihat oleh orang-orang yang
beriman di Akhirat. Ini adalah berlawanan dengan pendapat Qadariyah dan Jahmiyah
yang menganggap bahawa mustahil Allah boleh dilihat di Akhirat.

Antaranya dinyatakan bahawa Ahli's-Sunnah berijma' bahawa Iradat Allah adalah


Masyi'ah atau KehendakNya; dan mereka ijma'kan bahawa KehendakNya lulus dalam
apa yang dikehendakinya mengikut IlmuNya. Ini disusuli dengan golongan yang
menyalahinya, juga disusuli dengan kenyataan tentang sifat-sifat lain, seperti hayat,
tanpa Roh, Sifat Kalam dan khilaf golongan yang berpendirian berlainan.

Dasar yang kelima tentang nama-nama Allah yang diambil daripada Qur'an dan
Sunnah yang sahih.

Dasar keenam tentang keadilan Allah. Dinyatakan pendirian Ahli's-Sunnah, kemudian


diikuti dengan khilaf golongan yang b6rlainan pegangan daripadanya.

Dasar ketujuh tentang nubuwwah dan ri salah, perbezaan antara nabi dan rasul;
karamat, kedudukan para malaikat dengan para anbiya'disusuli dengan khilaf kaum-
kaum yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah.

Dasar kelapan berkenaan dengan mu'jizat dan karamat; mu'jizat yang dihubungkan
dengan nubuwwah, karamat dihubungkan dengan aullya' diikuti dengan khilaf
mereka yang menyalahi pegangan Ahli's-Sunnah.

Dasar kesembilan berkenaan dengan rukun-rukun Islam daripada syahadah


sampailah kepada rukun menunaikan haji. Diikuti dengan pegangan kaum-kaum yang
berlawanan dengannya.

Dasar kesepuluh berkenaan dengan suruhan dan tegahan dan hukum lima; wajib,
mahzur, masnun, makruh, mubah. Diikuti dengan pegangan kaum yang
menyalahinya.

Dasar kesebelas tentang fana'nya sekelian hamba Allah dan hukum terhadap mereka
dalam alam abadi, alam barzakh, Haud, Sirat, Mizan, Syafa'ah.

Dasar kedua belas tentang khjlafah dan Imamah. Khllafah diwajibkan di atas umat
bagi melakukan tugas-tugas tertentu. 'Aqd Imamah; disusull dengan khilaf kaum-
kaum yang menyalahinya, kedudukan Khulafa' al-Rashidin mengi 'kut tertib khilafah
mereka, disusuli dengan khilaf golongan yang berlainan pegangan daripadanya.

Dasar ketiga belas berkenaan dengan iman, Islam, tasdiq dan ma'rlfat. Diikuti dengan
khilaf pegangan-pegangan yang berlainan daripadanya.

Dasar keempat belas berkenaan dengan auliya', imam-imam dan para malaikat,
serta ajaran tentang ismah. Disusull dengan khilaf kaum-kaum yang berlainan faham
daripadanya.
Dasar kelima belas, hukum tentang seteru-seteru Islam, satu mereka yang ada
sebelum zahir daulah Islam, dan kedua mereka yang zahir dalam daulah Islam.

PENUTUP

Inilah antaranya apa yang boleh dipaparkan dalam hubungan dengan konsep Ahli's-
Sunnah wal-Jama'ah serta sedikit sebanyak perkembangan yang berlaku dalam
sejarah perkembangannya. Walaupun dalam terbentuknya konsep yang akhimya itu
kelihatan termasuk ke dalamnya segi-segi sejarah ummat ini, hakikat ajaran dan
amalan Ahli's-Sunnah adalah merupakan hakikat yang telah ada pada zaman awal
Islam lagi. Perkembangan kemudian itu adalah merupakan sesuatu sebagai
deployment, sesuatu pernyataan dirinya pada masa kemudian, sebagaimana pokok
adalah penyataan diri bagi hakikatnya yang ada dalam benihnya itu. Dalam konsep
Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah inilah terletaknya neraca penerimaan atau penolakan
segala sesuatu yang berhubungan dengan pegangan dan amalan keagamaan.

Anda mungkin juga menyukai