Anda di halaman 1dari 8

3/7/2018 Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan – WLA 104/03 Pengajian Islam

Increase Font Size

Home Read Sign in

Search …

WLA 104/03 PENGAJIAN ISLAM

CONTENTS

152

TASAWWUR ISLAM: CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN

TASAWWUR ISLAM: CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN

Perbincangan tentang ciri-ciri dan keistimewaan Islam dalam tasawwur tidak diperoleh secara
khusus dalam al-Qur’an, al-Hadith mahupun penulisan para ulama’ silam. Namun, berdasarkan
pemerhatian dan kajian yang teliti, mendalam serta objektif terhadap ajaran dan isi kandungan
Islam, maka kita dapat simpulkan bahawa Islam mempunyai beberapa ciri dan keistimewaan
unggul yang membezakannya daripada ajaran-ajaran lain. Ciri-ciri dan keistimewaan Islam ini
dapat dapat dirumuskan seperti berikut:

 
Previous Section Next Section

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-keistimewaan/ 1/8
3/7/2018 Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan – WLA 104/03 Pengajian Islam

Rabbani (Ketuhanan) Increase Font Size

Rabbani atau ketuhanan bermaksud segala hukum, konsep, nilai dan peraturan yang terdapat di
dalam Islam adalah ditetapkan dan diwahyukan oleh Allah s.w.t. Ia bukanlah hasil pemikiran
dan ciptaan manusia. Peranan manusia hanyalah sekadar memahami, memperkembangkan
dan melaksanakannya dalam kehidupan mereka. Manusia, walau setinggi mana pun
kedudukannya, tiada hak untuk campur tangan dalam urusan ketuhanan seperti penentuan
hukum haram, halal, dosa, pahala, nilai baik, buruk, jahat dan sebagainya. Peranan manusia
dalam hal ini hanyalah untuk mengkaji dan mengenal pasti hukum Allah dalam sesuatu
perkara. Kemudian, setelah jelas kepada mereka tentang hukum tersebut maka mereka perlu
melaksanakannya dalam kehidupan.

Ciri-ciri rabbani ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. pada banyak tempat di dalam al-Qur’an.
Antaranya, firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu kitab (al-


Qur’an) dengan kebenaran, maka taatlah kepada Allah dengan
penuh keikhlasan kepada-Nya, ingatlah bahawa agama yang
bersih (benar) itu adalah milik Allah.

(Surah al-Zumar: 2 – 3)

Al-Thabat wa al-Murunah (Tetap dan anjal)

Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran Islam, ada perkara yang
telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya.
Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek akidah dan hukum-hakam
amaliyyah yang dinyatakan secara qat’i (pasti) dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

Konsep al-thabat dalam aspek akidah dapat dilihat dari segi kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Perkara-perkara berkaitan akidah adalah tetap dan
tidak boleh dipinda atau diubah-ubah. Sementara dalam konteks amaliyyah seperti ibadat solat,
puasa, haji dan zakat telah ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam. Begitu
juga beberapa prinsip dalam muamalat seperti pengharaman riba, gharar (unsur-unsur yang
tidak ketentuan), kewajipan saling meredai dalam berakad dan lain-lain. Selain itu, hukum
jenayah yang diwajibkan dalam al-Qur’an dan al-Hadith seperti hukum hudud dan qisas tidak
boleh diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram bagi perkaraperkara yang
dijelaskan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah seperti khinzir, minum arak, berjudi dan riba. Perkara-
perkara ini ditentukan secara qat’i dan tidak mungkin berubah sampai bila-bila. Perkara-
perkara seperti inilah yang termasuk dalam konsep al-thabat.

Al-Murunah (anjal) pula bermaksud bahawa selain daripada perkara-perkara pokok dan dasar
yang tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara ranting dan cabang yang boleh
berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan maslahah manusia sepanjang peredaran
zaman. Hal
Previous ini menjadikan agama Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sentiasa sesuai
Section dan
Next Section

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-keistimewaan/ 2/8
3/7/2018 Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan – WLA 104/03 Pengajian Islam

bersifat senang dan mudah untuk diamalkan. Islam mementingkan kemudahanIncrease Font Size
dan tidak
sesekali menyusahkan umatnya dalam mengamalkan segala ajarannya. Sebagai contoh, solat
adalah wajib dan perlu dilaksanakan mengikut ketetapan rukun. Walaubagaimanapun, jamak
dan qasar dibenarkan dalam solat sekiranya seseorang itu bermusafir. Ini terbukti bahawa
hukum Islam tidak statik, sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel dengan memberi keutamaan
kepada keselesaan penganutnya.

Ciri menjaga kepentingan manusia ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:

Allah tidak sesekali memberatkan seseorang itu kecuali


dengan kadar upayanya. Baginya (pahala) bagi kebaikan yang
dikerjakannya, dan keatasnya (dosa) bagi kejahatan yang
dikerjakannya. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami
atas apa yang kami terlalai atau silap padanya. Ya Tuhan
kami, Janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat ke
atas kami sebagaimana yang Engkau bebani ke atas mereka
yang sebelum daripada kami.

(Surah al-Baqarah: 286)

Waq’iyyah (Realistik)

Waq’iyyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian dengan
realiti kehidupan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring dengan kenyataan hidup manusia.
Dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa mengambil kira realiti
semasa, setempat dan adat yang diamalkan. Umpamanya, jika sesuatu masyarakat telah
mengamalkan sesuatu adat atau budaya tertentu dalam menjalankan aktiviti ekonomi atau
perniagaan antara mereka, dan adat itu pula tidak mendatangkan sebarang keburukan dan
tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam.

Selain itu, dalam memerintahkan ketaatan manusia kepada hukum-hukumnya, Islam tidak
Previous Section manusia dengan hukuman yang tidak realistik sehingga manusia tidak
membebankan Next Section
mampu
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-keistimewaan/ 3/8
3/7/2018 Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan – WLA 104/03 Pengajian Islam

Increase
menunaikannya. Misalnya, Islam tidak memerintahkan manusia untuk beribadat Font Size
sepanjang
masa sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung
keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malah, kerja-kerja harian ini jika dilakukan
dengan betul dan memenuhi syarat-syaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya
diberi pahala yang banyak.

Islam merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun begitu, pada masa yang
sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan manusia di alam ini terdapat
perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan fizikal dan mental, taraf ekonomi dan lain-lain.
Dengan itu, dalam menunaikan keadilan ekonomi umpamanya, Islam tidak menuntut agar harta
kekayaan dibahagikan sama rata antara manusia. Hal ini kerana realitinya, manusia tidak sama
dari segi keupayaan fizikal, mental, kreativiti, kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain. Oleh itu,
anugerah dan habuan ekonomi juga berbeza-beza berdasarkan perbezaan setiap individu dari
segi usaha dan kesungguhan, kerajinan, kreativiti, tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain.

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang


lain (dari segi anugerah) rezeki.

(Surah al-Nahl: 71)

Namun begitu, Islam juga memerintahkan agar manusia yang dianugerahkan dengan kelebihan
rezeki itu tidak melupai golongan yang kurang bernasib baik. Realiti dalam kehidupan manusia
menunjukkan bahawa sentiasa terdapat golongan miskin dan kurang bernasib baik yang perlu
dibantu. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan anda berzakat dan memberikan pahala/ganjaran
yang besar kepada mereka yang bersedekah.

Ringkasnya, semua bukti menunjukkan bahawa Islam adalah realistik, malah telah berjaya
diamalkan dengan baik sehingga Islam dapat membina tamadun yang cemerlang serta menjadi
pelopor dalam pelbagai bidang kehidupan.

Tawazun (Keseimbangan)

Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek
kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan
kerohanian serta dunia dan akhirat.

Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan


masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak membenarkan umatnya mementingkan
aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan aspek jasmani dan kebendaan dan begitu
juga sebaliknya. Umpamanya, seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga
mengabaikan keperluan menjaga kesihatan tubuh badan atau mencari rezeki yang halal. Begitu
juga sebaliknya, umat Islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga mengabaikanNext Section
Previous Section

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-keistimewaan/ 4/8
3/7/2018 Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan – WLA 104/03 Pengajian Islam

Increase Font Size


kepentingan beribadat kepada Allah. Islam juga tidak membenarkan penganutnya
mementingkan aspek kehidupan dunia sehingga mengabaikan kehidupan akhirat, begitu juga
sebaliknya.

Islam memerintahkan agar kesemua aspek hidup manusia mestilah digabungkan dalam satu
gabungan yang seimbang, harmonis dan sepadu supaya kehidupan manusia menjadi sempurna
dan sejahtera.

Kepentingan ciri tawazun ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang bermaksud:

… apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari


Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan
tinggalkan jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu
mengetahui. Apabila solat telah dilakukan maka
bertaburanlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah
dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

(Surah al-Jumu’ah: 9 – 10)

Ayat di atas dengan jelas memerintahkan umat Islam untuk memberi perhatian yang
sewajarnya kepada kedua-dua aspek kehidupan di dunia dan akhirat.

Syumul (Menyeluruh)

Syumul bermaksud Islam merupakan agama yang sempurna dan menyeluruh serta mencakupi
segala aspek kehidupan setiap manusia.

Allah s.w.t. memiliki segala sifat kesempurnaan dan pengetahuan. Semua aspek kehidupan
manusia dijelaskan dan diberikan panduan oleh Allah s.w.t. dalam wahyu-Nya. Oleh itu, Islam
mempunyai peraturan hidup yang serba lengkap, merangkumi semua aspek kehidupan
manusia dari segi kepercayaan, pemikiran, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan,
pendidikan, alam sekitar, kesihatan dan lain-lain. Jika prinsip dan panduan ajaran Islam ini
dihayati sepenuhnya dengan bijaksana, maka ia berupaya menyelesaikan segala masalah yang
dihadapi manusia.

Namun begitu, tidak semua aspek kehidupan manusia ini dijelaskan dengan terperinci dalam al-
Qur’an dan al-Hadith. Hal ini kerana perjalanan hidup manusia akan berterusan manakala
wahyu al-Qur’an dan al-Hadith pula terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Oleh itu,
sebahagian besar panduan yang berkaitan aspek kehidupan manusia dinyatakan dalam wahyu
secara umum dan prinsipnya sahaja. Perinciannya dibiarkan kepada manusia mengikut
kesesuaian masa dan suasana kehidupan mereka. Inilah yang menjadikan ajaran Islam itu
sentiasa sesuai untuk semua manusia pada semua zaman. Contohnya, pelaburan duit di dalam
insurans nyawa dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Previous Section Next Section

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-keistimewaan/ 5/8
3/7/2018 Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan – WLA 104/03 Pengajian Islam

Increase
Kesempurnaan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-Hadith ituFont Size
dapat
dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan kami turunkan ke atas engkau kitab (al-Qur’an) sebagai


penjelasan bagi semua perkara.

(Surah al-Nahl: 89)

‘Alamiyyah (Sejagat)

‘Alamiyyah bermaksud Islam merupakan agama yang universal, tidak terikat dengan masa,
tempat dan ruang. Malah, Islam sesuai untuk semua manusia, setiap bangsa dan tidak terbatas
pada masa-masa tertentu. Aspek ‘alamiyyah merangkumi tiga bidang utama iaitu syariah,
akhlak dan akidah.

Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai kedudukan yang
sama di sisi Allah s.w.t. Tidak ada bangsa yang lebih mulia daripada bangsa lain kerana faktor
bangsa atau warna kulit atau bahasa semata-mata. Faktor tunggal yang membezakan seseorang
dengan yang lain ialah tahap ketakwaan kepada Allah s.w.t. Semakin bertakwa, maka semakin
tinggilah kedudukan orang tersebut di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya yang terlebih mulia daripada kalangan kamu


ialah yang paling bertakwa.

(Surah al-Hujurat: 13)

Manifestasi kesejagatan Islam bukan sahaja meliputi sesama manusia, malah merangkumi
makhluk yang lain. Allah s.w.t. bukanlah Tuhan bagi manusia sahaja, malah Allah s.w.t. juga
merupakan Tuhan bagi makhluk yang lain. Oleh itu, ajaran Islam diturunkan bukan sahaja
untuk menjaga kebahagiaan dan kebajikan makhluk manusia sahaja, tetapi juga makhluk yang
lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Dalam hal ini, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan


sebagai (membawa) rahmat ke seluruh alam”.

(Surah al-Anbiya’:107)

Wasatiyyah (Kesederhanaan)
Previous Section Next Section

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-keistimewaan/ 6/8
3/7/2018 Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan – WLA 104/03 Pengajian Islam

Increase
Wasatiyyah ialah elemen yang sangat penting dalam Islam. Islam menolak semua unsurFont Size
ekstremisme dalam kehidupan manusia. Sikap melampau bukan sahaja ditegah dalam aspek
kehidupan di dunia seperti pemakanan, mengumpul harta dan sebagainya. Malahan, dalam
aspek keakhiratan seperti beribadat dan berzikir, sekiranya dilakukan secara melampau, juga
tidak dibenarkan.

Islam amat menitikberatkan kesederhanaan dalam semua perkara kerana sifat kesederhanaan
ini sesuai dengan fitrah manusia. Dalam aspek pemakanan umpamanya, Allah s.w.t. menyuruh
manusia makan dan minum dari makanan dan minuman yang baik. Namun pada masa yang
sama juga Allah s.w.t. mengingatkan manusia agar tidak melampaui batas.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

… dan makanlah dan minumlah dan (tetapi) jangan kamu


melampaui batas kerana Ia (Allah) tidak suka orang yang
melampaui batas.

(Surah al-A’raf: 31)

Melampaui batas dalam apa jua aktiviti sekalipun, termasuk dalam pemakanan merupakan
sesuatu yang membahayakan diri manusia. Hal ini termasuk melakukan ibadat. Sikap
melampaui batas dalam beribadat akhirnya akan menyebabkan seseorang berasa susah,
tertekan dan akhirnya menjadi jemu.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan umat Islam dalam sabdanya yang bermaksud:

Lakukan amalan ibadat (sunat) sekadar yang kamu mampu,


kerana Allah s.w.t. tidak jemu sehingga kamu sendiri nanti
yang akan jemu.

(HR. al-Bukhari)

Namun ini tidak pula bermakna umat Islam mesti bersederhana dalam melaksanakan akidah
Islamiyyah. Ertinya beriman kepada semua rukun iman secara sederhana sahaja dan tidak
benar-benar yakin. Keimanan kepada Allah dan semua rukun iman mestilah dilakukan dengan
penuh yakin tanpa sebarang keraguan. Keimanan yang tidak kukuh dan ragu-ragu tidak
diterima oleh Allah s.w.t.

Aktiviti 5.1

Soalan kepada Cadangan jawapan untuk


aktiviti 5.1 aktiviti 5.1

Previous Section Next Section

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-keistimewaan/ 7/8
3/7/2018 Tasawwur Islam: Ciri-ciri dan keistimewaan – WLA 104/03 Pengajian Islam

  Increase Font Size

Latihan Kendiri 5.1

Soalan latihan Cadangan jawapan latihan


Kendiri 5.1 Kendiri 5.1

Powered by Pressbooks

Open Source | Open Textbooks | Open Book Publishing | Learn More

Previous Section Next Section

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-keistimewaan/ 8/8

Anda mungkin juga menyukai