Anda di halaman 1dari 4

Senarai Ikatan dan fungsi

Berikut merupakan beberapa jenis ikatan besertakan fungsi-fungsinya:

BUKU SILA Menyambungkan dua tali yang sama


besar.
Mengikat bungkusan.
Mengikat atau mematikan anduh.

BUNGA GETI Menyambung dua tali yang tidak sama


besar.
Menyambungkan penjuru kain dengan tali
seperti mengikat bendera dengan tali.

TINDIH KASIH Menyelamatkan orang di dalam


kecemasan (menaikkan atau menurunkan
orang).
Mengikat atau menarik kayu.

LILIT PEMATI BIASA Mematikan hujung tali supaya hujung tali


itu nampak kemas dan tidak terbuang.

SIMPUL MANUK Mengikat tali pada batang kayu.


Mengikat tail sampan atau bot semasa
berlabuh.
Mengikat khemah pada tiang kayu.
Memulakan ikatan pada kayu.
SIMPUL HIMPIT Menyambung dua tali yang putus.

BUNGA GETI BERGANDA Menyambung dua tali yang tidak sama


besar supaya dapat digunakan dengan
selamat.

IKATAN SERAYA Mengikat dua batang kayu/dua batang


buluh yang bersilang.

IKATAN SERONG Membuat jambatan, menara, gejet dan


menyambung kayu.

TINDIH KASIH BERGANDA Menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh
diubah untuk sesuaian orang sakit.
BELIT LUCUT Digunakan untuk mengikat bot atau
binatang.
Digunakan untuk turun dari atas pokok
dengan menggunakan tali.

SIMPUL KERUSI Diguna semasa kecemasan atau untuk


menuruni/menaiki tebing.

SILANG GUNTING Membuat jambatan, menara, gejet dan


menyambung kayu.

SILANG TUNGKU Membuat gejet dan menyambung kayu,


khas bagi mengikat tiga batang
kayu/buluh yang sama besar dan
panjangnya.

LILIT BALAK Mengikat atau mengheret kayu atau balak.


TINDIH KASIH AIR Untuk mengelakkan simpul dariapada
mengetat atau mudah lucut bila ditarik
dalam air.

IKATAN PENGAIL Digunakan untuk menyambungkan dua


tali yang halus/licin seperti tali tangsi.

LILIT KACANG Digunakan untuk menganyam ranting


pada rangka kayu untuk dijadikan papan
seperti pemuka meja.

http://pengakapkumpulan61.blogspot.com/2012/03/senarai-ikatan-dan-fungsi.html

Anda mungkin juga menyukai