Anda di halaman 1dari 12

BUKU SILA

(Reef/Square Knot)

(a)

(b)

(c)

(d)

Kegunaannya : Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

BUNGA KETI
(Sheet bend)

Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal

SIMPUL ANGKA LAPAN


(Figure of Eight Knot)

(a)

(b)

Kegunaannya : Simpulan angka lapan digunakan untuk mematikan ikatan. Kelebihan simpulan ini ialah ia lebih mudah dibuka berbanding simpulan mati. Walau bagaimanapun, Simpulan angka lapan berkembar (double figure eight loop) lebih

selamat untuk digunakan semasa melakukan aktiviti seperti pendakian.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT


(Round Turn and Two Half Hitches)

Kegunaannya : Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan

ikatan ke pokok atau ke pacang kerana cara begini mudah dibuka dan tidak mudah tanggal ikatannya

SIMPUL MANOK
(Clove Hitch)

Kegunaannya : Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

SIMPULAN PENGAIL
(Fisherman's Knot)

Kegunaannya : Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin

SIMPUL PULIH
(Sheep Shank)

(a)

(b)

(c)

Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh

LILIT BALAK
(Timber Hitch)

(a)

(b)

Kegunaannya : Untuk mengikat tali pada balak dan untuk

memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak

TINDIH KASIH
(Bowline)

Kegunaannya : Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga

SIMPUL PEMATI BIASA


(Common Whipping)

Kegunaannya : Untuk mematikan hujung tali supaya tidak terurai

Anda mungkin juga menyukai