Anda di halaman 1dari 4

IKATAN DAN SIMPULAN

BUKU SILA
Digunakan untuk mengikat ,balut-membalut dan untuk mengikat dua hujung tali yang sama. Tidak
sesuai untuk mengikat bungkusan

BUNGA GETI
Digunakan untuk menghubungkan dua tali ya g tidak sama besarnya. Juga un tuk menyambung tali ke
gelung.

IKAT PEMUKAT
Digunakan untuk membuat gelung yang tidak mudah terlunsur dan untuk menyambung dua utas
tali. Sangat berguna untuk kegunaan menyelamat kerana masa membuatnya singkat. Sangat sukar
dilonggarkan dika terselit.
SIMPUL MANUK

Digunakan untuk mengikat tali ke tiang . Tidak akan berlunsur jika sekiranya kekuatan itu sama dari
kedua-dua belahnya, atau hanya dari sebelah , asalkan tarikan itu lurus; akan terkeluar jika
digunakan untuk mengikat mengikat binatang

Cara A : digunakan apabila gelung boleh dimasukkan di hujung tiang


Cara B : digunakan apabila ikatan dibuat menggunakan hujug tali

SIMPUL BUNGKUSAN

SIMPULAN ANGKA LAPAN

Digunakan untuk menahan hujung tali daripada tercelus menerusi gelung.


TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat gelung yang tidak akan terlucut, terutama sekali apabila digunaakan
dalam kerja menyelamat. Boleh dilat mengeliingi seseorang atau benda.

IKATAN SERAYA
Rajah 1 menunjukkan bagaimana memulakan ikatan seraya dengan menggunakan simpul manuk
Dan bahagian hujung tali dililit keliling batang tali yang panjang sebelum dililit keliling kedua-dua
tiang seperti rajah 2 . Rajah 3 menunjukkan bagaimana permulaan untuk menguatkan lagi ikatan
ini. Rajah 4 menunjukkan bagaimana ikatan diakhiri dengan menggunakan simpul manuk di sebelah
tepi. Lihat rajah 5 menunjukkan satu cara alternatif untuk mengakhiri ikatan ini menggunakan
simpul manuk keliling tiang yang tegak .Hujung tali hendaklah diselitkan d bawah lilitan supaya
tidak kelihatan.
IKAT SERONG

Rajah 1 menunjukkan permulaan ikatan ini dengan simpul pengikat balak.


Rajah 2 : belit kedua-dua tiang dengan kuat . Akhiri dengan simpul manuk di salah satu tiang.

IKATAN SILANG GUNTING

Digunakan apabila beberapa batang kayu dijadikan gunting atau panopang

TINDIH KASIH LARI

Ikatan yang susah terbuka , senand dikat di pinggang sendiri atau di pinggang orang lain semasa
kerja-kerja menyelamat atau memanjat pokok.

Anda mungkin juga menyukai